cerita praktikum ainun

7
Ainun Jaafar Nama Guru : Ainun Bariah binti Jaafar Tahun/ Darjah : 2 Standard Kandungan : 8.1 Mengenal dan menyebut nilai mata wang Malaysia. Standard Pembelajaran : i. Mengenal pasti mata wang kertas RM 50 dan RM 100 ii. Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM 100 Fasa : Persediaan Tajuk Cerita : Hari Raya BBM : Wang kertas contoh Muzik latar belakang Selamat Hari Raya Hari ini Hari Raya Aidilfitri. Yeay seronoknya! Hari raya selalunya saya dan keluarga saya akan berkunjung ke rumah sanak saudara. Pada Hari raya, hidangan paling enak ialah lemang, ketupat dan lontong. Nyum..nyum..nyum sedapnya! Kebiasaannya, kanak-kanak akan mendapat duit raya apabila kunjung mengunjung. Pada hari raya pertama, kami sekeluarga pergi ke rumah Pak Long. Pak long beri duit raya sebanyak sekeping wang RM 5 kepada saya. Wang tersebut berwarna hijau. Kemudian kami pergi ke rumah Pak Ngah. Pak Ngah duit beri wang berwarna merah sebanyak 3 keping. Wang tersebut ialah RM10. Saya sangat seronok. Saya telah mendapat banyak duit raya hari ini. Saya akan simpan duit raya saya dalam Bank Simpanan Nasional. Menabung akan menjamin masa depan yang lebih cerah. Esok saya ingin beraya lagi. Pada hari raya berikutnya, kami ke rumah Mak su, mak su beri duit raya sekeping wang berwarna biru turqoise dan mempunyai gambar kelapa sawit, terdapat muka lelaki yang memakai tengkolok dan gambar bunga raya. Wang apakah itu? Ya. Saya telah mendapat sekeping RM50 daripada Mak Su saya. Boleh kawan-kawan beritahu pada saya ciri-ciri lain yang terdapat pada wang RM 50 yang kawan-kawan tahu? Nama Guru : Ainun Bariah binti Jaafar Tahun/ Darjah : 2

Upload: ainun-jaafar

Post on 11-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Ceriakan pengajaran kita! Ainun Bariah binti Jaafar

TRANSCRIPT

Ainun JaafarNama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.1 Mengenal dan menyebut nilai mata wang Malaysia.

Standard Pembelajaran:i. Mengenal pasti mata wang kertas RM 50 dan RM 100ii. Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM 100

Fasa: Persediaan

Tajuk Cerita: Hari Raya

BBM:Wang kertas contohMuzik latar belakang Selamat Hari Raya

Hari ini Hari Raya Aidilfitri. Yeay seronoknya! Hari raya selalunya saya dan keluarga saya akan berkunjung ke rumah sanak saudara. Pada Hari raya, hidangan paling enak ialah lemang, ketupat dan lontong. Nyum..nyum..nyum sedapnya! Kebiasaannya, kanak-kanak akan mendapat duit raya apabila kunjung mengunjung.Pada hari raya pertama, kami sekeluarga pergi ke rumah Pak Long. Pak long beri duit raya sebanyak sekeping wang RM 5 kepada saya. Wang tersebut berwarna hijau. Kemudian kami pergi ke rumah Pak Ngah. Pak Ngah duit beri wang berwarna merah sebanyak 3 keping. Wang tersebut ialah RM10. Saya sangat seronok. Saya telah mendapat banyak duit raya hari ini. Saya akan simpan duit raya saya dalam Bank Simpanan Nasional. Menabung akan menjamin masa depan yang lebih cerah. Esok saya ingin beraya lagi. Pada hari raya berikutnya, kami ke rumah Mak su, mak su beri duit raya sekeping wang berwarna biru turqoise dan mempunyai gambar kelapa sawit, terdapat muka lelaki yang memakai tengkolok dan gambar bunga raya. Wang apakah itu? Ya. Saya telah mendapat sekeping RM50 daripada Mak Su saya. Boleh kawan-kawan beritahu pada saya ciri-ciri lain yang terdapat pada wang RM 50 yang kawan-kawan tahu?Nama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.2 Menambah nilai wang

Standard Pembelajaran:i. Menambah dua nilai wang yang melibatkan c) ringgit dan sen jumlah nilai yang tertentu hingga RM 100

Fasa: Persediaan

Tajuk Cerita:Jom beli belah

BBM:Kotak hikmah

Ainun seorang yang sangat suka membeli belah pada hujung minggu. Dia ingin pergi ke pasaraya Parkson, Mydin, Tesco, Jusco, KipMart, Giant dan banyak lagi pusat-pusat menarik untuk membeli-belah. Muzik akan dimainkan menandakan Ainun bergerak dari rumah ke pusat beli-belah. Apabila muzik dihentikan, menandakan Ainun berhenti ke sebuah pusat beli-belah dan membeli suatu barangan. Tolong Ainun kira berapa jumlah barangan yang perlu beliau bayar di kaunter pembayaran.Kamu akan diedarkan kotak, apabila kamu tiba di pasaraya, kamu dikehendaki mengambil satu sampul. Di sampul tersebut akan tertera pusat beli belah yang Ainun kunjungi. Tolong Ainun menyelesaikan masalah untuk membeli barangan tersebut.

Cadangan barangan

RM 7RM 3

Nama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.2 Menambah nilai wang

Standard Pembelajaran:ii. Menambah tiga nilai wang yang melibatkan c) ringgit

Fasa: Persediaan

Tajuk Cerita:Menabung Amalan Mulia

Pelakon:PelajarCikgu RenyGuru BesarIbuPegawai Bank

Hari ini sekolah saya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit China. Saya berhias diri dengan cantiknya. Saya memakai baju kurung baharu.Apabila tiba di sekolah untuk sambutan tersebut, kebetulan saya berjumpa dengan Guru Besar. Beliau membuka dompetnya lalu memberikan saya duit raya sebanyak RM15. Alhamdulillah, rezeki..rezeki..Selepas itu, saya ternampak Cikgu Reny mengangkat beg yang berat seorang diri, lalu saya pergi membantu Cikgu Reny dan beliau memberi upah sebanyak RM 5 kepada saya. Alhamdulillah, rezeki..rezeki..Saya pulang ke rumah dengan hati yang gembira pada hari ini. Di rumah, saya menyatakan hasrat saya untuk menyimpan wang tersebut di Bank Simpanan Nasional. Ibu sangat suka mempunyai anak yang baik dan pandai menabung seperti saya. Lalu ibu beri duit sebanyak RM10 kepada saya. Kata ibu, menabunglah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Menabung juga menjamin masa depan yang lebih cerah kepada saya apabila saya besar nanti.Saya pun pergi ke bank untuk menyimpan wang tadi. Pegawai bank bertanyakan kepada saya Berapakah jumlah wang yang ingin awak simpan?. Lalu saya pun mengira wang yang telah saya peroleh tadi. Kawan-kawan boleh bantu saya kira jumlah wang yang telah saya peroleh?

Nama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.3 Menolak nilai wang

Standard Pembelajaran:i. Menolak dua nilai wang yang melibatkan a) ringgit

Fasa: Imaginasi

Tajuk Cerita:Menabung Amalan Mulia

BBM:Wang kertas contohGambar berkaitan berserta tag harga

Hari ini, Ikhwan ingin ke Jaya Jusco untuk membeli belah. Dia ingin membeli botol minuman berharga RM 8. Ikhwan hulurkan RM10 sekeping kepada penjual. Berapa agaknya baki wang yang diterima oleh Ikhwan?Ikhwan meneruskan perjalanan, tiba-tiba perutnya berbunyi kriuk! Kriuk! Waduh, lapar pula. Ikhwan pun pergi ke KFC dan membeli KFC Snack Plate yang berharga RM10. Ikhwan memberi wang kertas RM10 sebanyak sekeping, berapa agaknya baki wang yang diterima oleh Ikhwan?Setelah kenyang, Ikhwan berjalan jalan lagi sekitar Jaya Jusco. Ikhwan teringat akan adik lelakinya di rumah, lalu Ikhwan ingin mencari hadiah yang sesuai untuk adiknya. Ikhwan pun terjumpa dengan beg sandang yang sangat cantik. Pasti adik Ikhwan sangat menyukainya. Beg sandang tersebut berharga RM45. Ikhwan pun menghulurkan wang RM 100. Siapa boleh bantu, berapakah baki wang yang perlu dipulangkan kepada Ikhwan?Selesai membeli hadiah untuk adik lelaki Ikhwan. Sekarang Ikhwan ingin membeli hadiah untuk adik perempuan kesayangannya pula. Adiknya berusia 6 tahun dan suka membaca buku. Oleh itu, Ikhwan membelikan adiknya sebuah buku cerita yang bertajuk Frozen. Buku tersebut berharga RM18. Jika Ikhwan memberikan dua keping wang RM10, berapakah baki yang bakal Ikhwan terima?

Nama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.3 Menolak nilai wang

Standard Pembelajaran:ii. Menolak dua nilai wang yang melibatkan b) senc) ringgit dan sen

Fasa: Imaginasi

Tajuk Cerita:Jom berniaga

BBM:Wang kertas dan syiling contohGambar berkaitan berserta tag harga

Upin dan Ipin ingin membeli barangan kelengkapan sekolah mereka. Muzik akan dimainkan menandakan Upin dan Ipin sedang bergerak dari rumah ke pusat beli belah sekitar Melaka. Apabila muzik dihentikan, menandakan Upin dan Ipin berhenti di kedai jualan kamu. Pilih satu sampul yang berisi barangan yang ingin dibeli oleh Upin dan Ipin serta wang. Kamu perlu jadi berlakon sebagai peniaga dan rakan di sebelah kamu perlu berlakon sebagai Upin dan Ipin.Upin dan Ipin : Berapa harga kasut ini encik?Peniaga: Harga kasut ini ialah RM 39.90Upin dan Ipin: Baiklah, ini wangnya RM 50.00Peniaga: Baki wang yang perlu saya pulangkan kepada kamu ialah sebanyak RM 10.10. Saya jual.Upin dan Ipin: Saya beli. Terima kasih encik.(Muzik dimainkan semula untuk murid seterusnya)**Peranan muzik dan kotak hikmah bergerak ke seluruh kelas supaya semua murid bersedia untuk menjadi pelakon dan menyelesaikan masalah yang diberikan.

Nama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.3 Menolak nilai wang

Standard Pembelajaran:iii. Menolak berturut-turut dua nilai wang daripada sebarang nilai wang hingga RM 100 yang melibatkana) ringgitb) senc) ringgit dan sen

Fasa: Imaginasi

Tajuk Cerita:Jom berniaga

BBM:Wang kertas dan syiling contohGambar berkaitan berserta tag harga

Hari ini hujung minggu. Yeay! Saya dan keluarga saya pergi berkelah di tepi pantai. Di mana ya destinasi perkelahan kami? Pastinya kami memilih untuk ke Pantai Klebang. Kami menaiki kereta yang di pandu oleh ayah. Vrommm..vrommm..Setibanya kami di pantai, saya dan adik berasa sangat haus dan lapar. Ayah memberikan wang sebanyak RM 10 kepada kami. Saya pun pergi membeli coconut shake yang berharga RM 2.80 dan kemudiannya roti telur berharga RM 1.50. Berapa baki wang saya sekarang? Adakah cukup untuk diberikan kepada adik saya.Baki wang tadi sebanyak RM 5.70 saya berikan kepada adik saya. Sekarang adik saya membeli air 100 plus yang berharga RM 2.50 dan pisang goreng cheese yang berharga RM 2.50 dengan menggunakan wang yang saya beri sebentar tadi. Baki wang sekarang ialah sebanyak berapa ringgit?

Nama Guru:Ainun Bariah binti Jaafar

Tahun/ Darjah:2

Standard Kandungan:8.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

Standard Pembelajaran:i. Mereka cerita berdasarkan ayat Matematik tambah yang melibatkan wang.ii. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah berkaitan wang.

Fasa: Imaginasi

Tajuk Cerita:Jom berniaga

BBM:Wang kertas dan syiling contohGambar berkaitan berserta tag harga

Hari ini hari selasa. Saya bangun pagi (mengeliat..huahhhhh). Saya pun pergi mandi membersihkan diri (dushhh...dushhh..) Uhhh sejuknya air pagi ini. (grrrrr...grrrrr...menggigil kesejukan). Setelah mandi, saya siapkan diri. Pakai baju, pakai seluar, sikat rambut, pakai tudung. Subhanallah, cantiknya! Setelah siap, saya pun pergi ke meja makan untuk sarapan pagi. Saya makan roti dan air susu. Nyum..nyumm..nyumm Sedapnya.Sebelum ke sekolah, ayah berikan pada saya wang saku RM 5 dan ibu pula memberikan wang saku sebanyak RM 2. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu.Maka, saya ke sekolah pada hari tersebut membawa wang saku sebanyak...?