cerita kerja kursus s6.docx

4
Cerita ini telah disampaikan oleh salah seorang suku sakat keturunan keluarga yang menjadi watak utama dalam cerita ini. Watak-watak dalam cerita inilah digunakan untuk menamakan jalan dua jalan di kawasan kampung yang berhampiran masjid iaitu Jalan Patinggi Ali dan Jalan Muda Hashim. Ceritanya bermula seperti yang tertulis di bawah. Datuk Patinggi Gaboi dan Tuk Diah adalah sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak yang bernama Patinggi Ali. Datuk Gaboi merupakan pemerintah negeri Sarawak pada ketika itu. Mereka sekeluarga tinggal di istana. Pada suatu malam, Patinggi Ali bermimpi tentang seekor kura-kura emas. Dalam mimpinya itu mengarah agar Patinggi Ali pergi ke sungai yang tidak jauh dari istana jika hendak mendapat kura-kura emas tersebut. Jadi, keesokan harinya Patinggi Ali pun mengajak ibunya Tuk Diah pergi ke sungai yang dimaksudkan. Untuk sampai ke sungai tersebut, Patinggi Ali dan ibunya terpaksa melintasi sebatang pokok kayu ara. Menurut kepercayaan orang-orang tua dahulu, pokok kayu ara mempunyai penunggu atau kata lain hantu. Apabila Patinggi Ali dan ibunya melintas pokok kayu ara itu, penunggunya terus mengusik dengan melafazkan pantun empat kerat seperti berikut : Pepat kayu api,

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 15-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Cerita ini telah disampaikan oleh salah seorang suku sakat keturunan keluarga yang menjadi watak utama dalam cerita ini. Watak-watak dalam cerita inilah digunakan untuk menamakan jalan dua jalan di kawasan kampung yang berhampiran masjid iaitu Jalan Patinggi Ali dan Jalan Muda Hashim. Ceritanya bermula seperti yang tertulis di bawah.

Datuk Patinggi Gaboi dan Tuk Diah adalah sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak yang bernama Patinggi Ali. Datuk Gaboi merupakan pemerintah negeri Sarawak pada ketika itu. Mereka sekeluarga tinggal di istana.

Pada suatu malam, Patinggi Ali bermimpi tentang seekor kura-kura emas. Dalam mimpinya itu mengarah agar Patinggi Ali pergi ke sungai yang tidak jauh dari istana jika hendak mendapat kura-kura emas tersebut. Jadi, keesokan harinya Patinggi Ali pun mengajak ibunya Tuk Diah pergi ke sungai yang dimaksudkan.

Untuk sampai ke sungai tersebut, Patinggi Ali dan ibunya terpaksa melintasi sebatang pokok kayu ara. Menurut kepercayaan orang-orang tua dahulu, pokok kayu ara mempunyai penunggu atau kata lain hantu. Apabila Patinggi Ali dan ibunya melintas pokok kayu ara itu, penunggunya terus mengusik dengan melafazkan pantun empat kerat seperti berikut :

Pepat kayu api,Tetak buluh tiang parak ;Empat makanku pagi,Lima makanku kelak.Maka dibalas oleh Tuk Diah pantun penunggu itu seperti berikut ;

Pepat kayu api,Tetak buluh tiang parak ;Empat makanku pagi,Sepuluh makanku kelak.Apabila mendengarSetelah mendengar balasan pantun daripada Tuk Diah, penunggu itu berasa takut kerana anggapannya manusia makan mangsa lebih banyak daripada hantu atau penunggu. Lalu penunggu atau hantu itu tidak berani hendak mengganggu orang yang hendak melintas pokok kayu ara tersebut. Tidak lama kemudian, tibalah Tuk Diah dan Patinggi Ali di sungai. Patinggi Ali terus masuk ke dalam air untuk mandi-manda.

Sedang leka mandi-manda, tiba-tiba hujan panas turun. Tuk Diah segera memberitahu anaknya agar mengambil rumpuk dan meletakkannya di celah telinga untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus. Selepas itu, Patinggi Ali pun mandi semula. Tidak semena-mena air sungai itu tiba-tiba berkocak-kocak dan berputar-putar dalam satu bulatan. Patinggi Ali pun berkata kepada ibunya bahawa kura-kura emasnya akan timbul sebentar lagi.

Memang benar seperti yang dikatakan oleh Patinggi Ali. Kura-kura emas itu pun timbul. Dengan pantas, kura-kura itu diambil oleh Patinggi Ali lalu dibawanya pulang ke istana.

Menjelang malam, kura-kura itu berakkan tahi yang merupakan emas. Setiap malam kura-kura emas itu akan berak sebanyak satu tahil emas. Maka tersebarlah berita tentang kura-kura yang berakkan emas ini ke seluruh kampung. Berita itu telah menggempurkan. Akhirnya berita tentang kura-kura emas tersebut sampai ke pengetahuan pemerintah negei Brunei ketika itu iaitu Pengiran Muda Hashim.

Pengiran Muda Hashim bersama rombongannya pun belayar ke Kuching untuk mendapatkan kura-kura lemas tersebut. Tibanya di istana, Pengiran Muda Hashim berunding dengan Datuk Gaboi dan Tuk Diah hendak membuat pertukaran hak milik terhadap kura-kura itu. Menurut rundingan itu, Pengiran Muda Hashim hendak memberi cucukan cincin emas yang panjang iaitu dari Muara Sejaie hingga ke Muara Sebangan sebagai pertukarannya. Namun Tuk Diah tidak bersetuju. Tuk Diah naik marah. Dengan kemarahan itu, Tuk Diah bertindak membunuh kura-kura emas itu dengan mengacip lehernya dengan menggunakan kacip untuk membelah pinang pada zaman dahulu.

Matilah kura-kura emas itu. Lalu diserahkan oleh Tuk Diah kepada Pengiran Muda Hashim. Pengiran Muda Hashim berasa marah dan kecewa. Berangkatlah rombongan mereka kembali ke Brunei. Dalam perjalanan belayar, tiba-tiba hujan turun, ribut, guruh dan kilat sabung-menyabung. Laut bergelora. Ombak besar menghempas kapal yang dinaiki oleh rombongan Pengiran Muda Hashim. Dalam keadaan yang tidak terkawal itu, pecah dan karamlah kapal tersebut di laut. Semua penumpang kapal mati lemas termasuklah Pengiran Muda Hashim.

Tidak lama selepas kejadian itu, Tuk Diah pun bermimpi. Dalam mimpinya muncullah kura-kura emas. Kura-kura emas itu marah dan telah menyumpah Tuk Diah sekeluarga. Menurut sumpah kura-kura emas itu, tujuh keturunan Tuk Diah tidak akan hidup senang.

Untuk mengingat kembali tentang kisah keturunan dan asal usul keluarga ini, maka beberapa jalan di Kuching ini dinamakan Jalan Patinggi Ali dan Jalan Muda Hashim berdasarkan nama individu-individu dalam cerita ini.