cerita jenaka

14
CERITA RAKYAT CERITA JENAKA

Upload: ladyrozy

Post on 10-Jun-2015

8.116 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu Tradisional Kertas 1

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Jenaka

CERITA RAKYAT

CERITA JENAKA

Page 2: Cerita Jenaka

DEFINISI CERITA JENAKA

Cerita yang mengandungi unsur humor atau unsur lucu.

Cerita jenaka ini membawa kesan menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan.

Unsur-unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak yang menimbulkan rasa gelihati dan seterusnya membawa kegembiraan dan terhibur.

Page 3: Cerita Jenaka

Bodoh sial

Pintar

Bodoh sial – antaranya termasuklah cerita Pak KadukPintar bodoh Pintar bodoh – seperti cerita Pak Pandir

Pintar – misalnya cerita Si Luncai dan Pak Belalang

Page 4: Cerita Jenaka

Bodoh Sial

Cerita-cerita “Pak Kaduk” dan “Lebai Malang” dikelompokkan

dalam bahagian ini kerana kebodohan mereka dalam

melakukan sesuatu tindakan sehingga merugikan diri mereka

sendiri.Sebagai contohnya, dalam cerita Lebai Malang, Lebai Malang telah terlepas peluanguntuk menikmati

jamuan dalam beberapa majlis kenduri pada hari yang sama

sebagai akibat kebodohan dan ketamakkannya.

Page 5: Cerita Jenaka

Pintar bodoh

Cerita Pak Pandir dikelompokkan dalam bahagian ini kerana dalam

kebodohan dan kelurusan Pak Pandir selaku watak utamanya, terdapat beberapa insiden yang memperlihatkan kepintarannya.

Sebagai contohnya, Pak pandir telah berjaya membunuh gergasi dan anak-anak gergasi melalui tipu

helahnya.

Page 6: Cerita Jenaka

1. Struktur Isi Cerita

Cerita berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyentuh watak-watak tertentu yang melucukan.Cerita-cerita dibahagi kepada episod tertentu. Setiap episod boleh berdiri sendiri dan setiap episod merupakan sebuah cerita.

Perkembangan plot cerita tidak ada asal usul watak, tiada unsur supernatural, fantasi dan unsur dewa-dewi.Kesudahan cerita terdapat dalam berbagai-bagai situasi ada yang ‘happy ending’ dan ada ‘tragik ending’.

Page 7: Cerita Jenaka

2. Watak dan Perwatakan

Watak utama berpusat di kalangan rakyat biasa atau orang bawahan.

Nama watak melambangkan sifat-sifat watak seperti:

•Watak bodoh-sial : Pak Kaduk

•Watak pintar-bodoh : Pak Pandir

•Watak Pintar : Si Luncai dan Pak BelalangPerwarnaan watak atau pelukisan watak dinyatakan secara jelas dari segi fizikal seperti bentuk tubuh badan, cara berpakaian serta perlakuan.

Page 8: Cerita Jenaka

Terdapat watak dari kalangan istana yang peranan tidak begitu penting dan tidak miliki sifat ‘supernatural’.

Cerita dan perlukisan watak berpijak di bumi nyata iaitu sifat-sifat sebenar manusia yang wujud di muka bumi.

Page 9: Cerita Jenaka

3. Dari segi Latar

Latar cerita berlaku di alam nyata iaitu dalam masyarakat manusia biasa.

Suasana atau latar masyarakat terdiri daripada golongan masyarakat tani atau nelayan.Terdapat dalam beberapa buah cerita berlatar istana, namun demikian latar istana tidak bercampur-aduk dengan alam fantasi.

Page 10: Cerita Jenaka

1. Sebagai Alat HiburanCerita Jenaka memberi hiburan kepada pendengar atau pembaca, dari unsur lucu , gelihati membawa kepada orang ketawa.

Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu yang berlaku pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.

Page 11: Cerita Jenaka

2. Memberi Pengajaran dan Pendidikan

Di sebalik lucu, jenaka dan gelihati terselit unsur nasihat, ingat mengingati dan panduan ke arah hidup yang sejahtera.

Antara unsur-unsur pengajaran ialah :

a. Jangan mengamalkan judi atau bertaruh kerana akan membwa kesusahan dan papa kedana. Contohnya, cerita Pak Kaduk

b. Jangan percaya kepada ramalan nujum kerana kebanyakkan nujum tidak benar, banyak tipu helah dan muslihat. Contohnya, Pak Belalang

Page 12: Cerita Jenaka

c. Jangan mengamalkan sifat tamak dan haloba. Sifat ini merupakan amalan keji yang akan membawa kerugian. Contohnya : Cerita Lebai Malang.

Page 13: Cerita Jenaka

3. Berperanan Sebagai alat kritikan Sosial

Terkandung sindiran tajam yang ditujukan kepada golongan berkedudukan tinggi, dimliakan dakam masyarakat seperti golongan raja dan lebai.Misalnya cerita Lebai MalangKritikan terhadap ketidakadilan, kekejaman yang sering dilakukan golongan berkuasa terhadap rakyat miskin dan lemah. Misalnya,cerita Pak Kaduk.

Page 14: Cerita Jenaka

5. Sebagai Alat Untuk Menjelaskan Gambaran Masyarakat Melayu.

Cerita jenaka berfungsi sebagai alat hiburan yang mana ia merupakan sebagai alat ‘pelarian’ atau ‘ escapism’. Apabila pendengar mendengar cerita jenaka , ia berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan setelah penat seharian bekerja.Cerita jenaka dijadikan alat sebagai menjelaskan gambaran masyarakat Melayu yang hidup sederhana, memandang tinggi golongan lebaiseperti dalam cerita Lebai Malang, suka berjudi dan berlaga ayam. seperti dalam cerita Pak Kaduk.

4. Sebagai Alat Hiburan