ceem 586 arts in education

2
BAGAIMANA AKTIVITI FIZIKAL DIMASUKKAN KE DALAM MATA PELAJARAN LAIN Aktiviti fizikal merupakan satu aktiviti yang penting dalam proses pembelajaran manusia. Aktiviti fizikal bukan sahaja merupakan aktiviti yang hanya boleh digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani tetapi juga sesuai untuk mata pelajaran yang lain. Kini penggunaan aktiviti fizikal adalah amat digalakkan dalam kelas. 3 mata pelajaran telah dipilih sebagai bahan untuk dibincang dalam laporan ini, iaitu mata pelajaran Bahasa Cina, Matematik dan Muzik. Dalam mata pelajaran Bahasa Cina, aktiviti fizikal seperti lakonan telah banyak digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman petikan. Dengan menggunakan aktiviti lakonan, pelajar mendapat pengalaman sebenar dan lebih senang untuk memahami maklumat dan perasaan yang disampaikan dalam petikan. Cikgu akan mencipta dialog yang sesuai bagi petikan yang tidak mempunyai dialog yang sedia ada dan memcipta satu situasi untuk pelajar berlakon. Setiap kali selepas aktiviti, pelajar akan diberi masa untuk menulis perasaan mereka semasa aktiviti. Ini telah banyak meningkat kemahiran menulis pelajar. Dalam mata pelajaran Matematik, aktiviti fizikal boleh digambung dengan operasi matematik untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik. Dua contoh aktiviti yang telah digunakan dalam kelas matematik ialah Angin Tiup dan Poligon Badan . Aktiviti Angin Tiup digunakan untuk membantu pelajar memahami penambahan nilai wang. Pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu nilai wang syiling, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Cikgu akan bermula dengan berkata Angin tiup! ,pelajar akan bertanya kepada cikgu Tiup berapa? , cikgu akan menyebut satu nilai wang dan pelajar akan mencari rakan- rakan lain supaya membentuk kumpulan yang cukup nilai yang diberitahu. Poligon Badan pula adalah satu aktiviti fizikal yang membantu pelajar untuk mengingati bentuk-bentuk poligon. Pelajar

Upload: alphane2300

Post on 13-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

CEEM 586 Arts in Education

TRANSCRIPT

BAGAIMANA AKTIVITI FIZIKAL DIMASUKKAN KE DALAM MATA PELAJARAN LAINAktiviti fizikal merupakan satu aktiviti yang penting dalam proses pembelajaran manusia. Aktiviti fizikal bukan sahaja merupakan aktiviti yang hanya boleh digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani tetapi juga sesuai untuk mata pelajaran yang lain. Kini penggunaan aktiviti fizikal adalah amat digalakkan dalam kelas.3 mata pelajaran telah dipilih sebagai bahan untuk dibincang dalam laporan ini, iaitu mata pelajaran Bahasa Cina, Matematik dan Muzik. Dalam mata pelajaran Bahasa Cina, aktiviti fizikal seperti lakonan telah banyak digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman petikan. Dengan menggunakan aktiviti lakonan, pelajar mendapat pengalaman sebenar dan lebih senang untuk memahami maklumat dan perasaan yang disampaikan dalam petikan. Cikgu akan mencipta dialog yang sesuai bagi petikan yang tidak mempunyai dialog yang sedia ada dan memcipta satu situasi untuk pelajar berlakon. Setiap kali selepas aktiviti, pelajar akan diberi masa untuk menulis perasaan mereka semasa aktiviti. Ini telah banyak meningkat kemahiran menulis pelajar.Dalam mata pelajaran Matematik, aktiviti fizikal boleh digambung dengan operasi matematik untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik. Dua contoh aktiviti yang telah digunakan dalam kelas matematik ialah Angin Tiup dan Poligon Badan. Aktiviti Angin Tiup digunakan untuk membantu pelajar memahami penambahan nilai wang. Pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu nilai wang syiling, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Cikgu akan bermula dengan berkata Angin tiup! ,pelajar akan bertanya kepada cikgu Tiup berapa?, cikgu akan menyebut satu nilai wang dan pelajar akan mencari rakan-rakan lain supaya membentuk kumpulan yang cukup nilai yang diberitahu. Poligon Badan pula adalah satu aktiviti fizikal yang membantu pelajar untuk mengingati bentuk-bentuk poligon. Pelajar akan bekerjasama untuk membentuk bentuk poligon yang dinyata oleh cikgu dengan menggunakan seluruh bahagian badan mereka.Dalam mata pelajaran muzik, aktiviti menari adalah salah satu aktiviti fizikal yang paling kerap digunakan dalam kelas. Pelajar akan belajar lagu atau muzik serta membuat pergerakan yang sesuai berdasarkan lagu dan muzik yang diajar. Pengerakan lembut, kuat, laju dan perlahan akan membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengikut tempo muzik dan juga menggunakan perasaan yang betul dengan lagu yang disampaikan. Secara kesimpulannya, mengikut kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar, proses pembelajaran manusia melibatkan komunikasi verbal dan non-verbal. Aktiviti fizikal yang mengandungi kebanyakan komunikasi non-verbal amat penting meningkatkan kemahiran pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Aktiviti fizikal yang bersuaian dengan mata pelajaran masing-masing patut sentiasa digunakan untuk kebaikan pelajar kita.