catatan refleksi pengajaran dan pembelajaran

11

Click here to load reader

Upload: lin-ina

Post on 18-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU PERTAMA

( 30 Mac hingga 3 April 2015 )

Isu / Perkara yang difokuskan:

Pelaksanaan Internship Program Pengsiswazahan Guru di Sekolah Rendah

Pada minggu pertama saya telah menyerahkan semua butir-butir program Internship yang akan saya laksanakan sepanjang empat minggu di sekolah kepada pihak pengurus sekolah yang mana seorang guru telah dilantik menjadi mentor saya iaitu Guru Penolong Kanan HEM ( En. Lee Thuan Lek ). Ujian awal juga dilaksanakan pada minggu ini.

Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Walaupun pada permulaannya saya agak terkejut kerana perlu melalui program ini yang masih samar-samar bagi saya namun saya bersikap positif dan menganggap bahawa program ini akan memantapkan lagi keprofesionalan saya sebagai seorang guru yang bakal bergelar guru bersiswazah. Guru pembimbing saya adalah seorang yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama lebih kurang 25 tahun.

2.2 Kelemahan:

Tarikh pelaksanaan program internship ini agak tidak sesuai dengan takwim sekolah saya. Ini disebabkan pada bulan ini pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan. Antaranya LINUS yang mana saya memegang 2 kelas. Di samping taklimat yang perlu saya hadiri. Serta membawa murid bagi pertandingan mewarna di MITC sempena Karnival Pendidikan.

Cadangan penambahbaikan:

Justeru saya berharap pelaksanaan program internship ini diberitahu lebih awal dan diberi tempoh masa yang panjang bagi saya laksanakannya dengan lebih baik dan tidak bertindan dengan pelbagai aktiviti. Di samping saya dapat memaklumkan pada pihak sekolah tentang program ini agar pihak sekolah dapat memberi ruang program saya ini di dalam takwim sekolah. Apa yang saya dapati program ini amat baik dan bagus dilaksanakan. Ia perlu ditambahbaik melalui tempoh pelaksanaannya agar fleksibel dengan aktiviti sekolah.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU KEDUA

( 6 April HINGGA 10 April 2015 )

Isu / Perkara yang difokuskan:

Pelaksanaan Projek Inovasi 'Rumah Ajaib'

Pada minggu kedua saya telah memperkenalkan kaedah inovasi saya kepada murid saya iaitu seramai 7 orang murid dari kelas Tahun 4 Cerdas. Ini merupakan peringkat awal iaitu memperkenalkan kaedah saya dalam menukarkan nombor pecahan kepada nombor perpuluhan.

Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Saya telah memperkenalkan projek inovasi saya iaitu 'Rumah Ajaib' kepada murid-murid saya. Saya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai lokasi pengajaran dan pembelajaran inovasi saya. Saya menggunakan Jadual Rumah nilai tempat. Murid-murid memberi kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

2.2 Kelemahan:

Disebabkan saya baru memperkenalkan projek inovasi ini maka saya dapati murid-murid ini masih baru untuk mengikutinya dan perlu penjelasan yang terperinci dan jelas bagi memberi pemahaman kepada mereka tentang penggunaan kaedah saya ini terutama mereka perlu mengingati jadual nilai tempat yang mereka perlu bina sendiri nanti. Sekarang ini mereka diberikan jadual 'Rumah Ajaib' tersebut.

Cadangan penambahbaikan:

Saya perlu lebih yakin dalam menyampaikan penerangan tentang kaedah inovasi saya ini kepada murid-murid yang lemah ini agar ia lebih terperinci bagi membantu mereka faham cara dan penggunaan Jadual 'Rumah Ajaib'. Saya juga perlu sabar dalam mendedahkan kaedah inovasi saya kepada murid-murid yang lemah ini kerana sememangnya mereka perlu mengambil masa untuk menyesuaikan serta menerima inovasi saya yang dianggap baru bagi mereka. Saya juga perlu kerap menunjukkan jadual nilai tempat agar mereka dapat mengingati jadual tersebut.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU KETIGA

( 13 April HINGGA 17 April 2015 )

Isu / Perkara yang difokuskan:

Pengajaran tentang penukaran nombor bercampur kepada nombor perpuluhan.

Merakam video pengajaran dan pembelajaran dalam melaksanakan projek Inovasi 'Rumah Ajaib'.

Pada minggu ini pada hari Jumaat ( 17 April 2015 ) saya telah membuat temujanji dengan guru pembimbing saya bagi memantau dan menilai pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan inovasi saya iaitu 'Rumah Ajaib'.

Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Murid dapat menerima pengajaran saya dalam penukaran nombor bercampur kepada nombor perpuluhan kerana ia sama juga seperti pengajaran minggu lepas yang telah didedahkan kepada mereka menggunakan kaedah inovasi saya. Saya dapat melaksanakan rakaman video pengajaran dan pembelajaran menggunakan inovasi saya dengan baik dan dapat disempurnakan.

Apa yang saya dapati murid-murid saya semakin berkeyakinan menggunakan kaedah inovasi saya dalam menyelesaikan masalah mereka iaitu penukaran nombor pecahan kepada nombor perpuluhan.

2.2 Kelemahan:

Minggu ini saya perlu melaksanakan Protim bagi murid Tahun 4. Di tambah lagi cuti peristiwa sempena Melaka Bandaraya Bersejarah pada hari Rabu ( 15 Aril 2015 ). Justeru masa amat singkat dalam pelaksanaan program ini. Semasa rakaman dijalankan bateri kamera tiba-tiba habis. Justeru rakaman yang dibuat tidak sampai 30 minit sebaliknya hampir 20 minit sahaja. Bahan yang digunakan bagi pelaksanaan inovasi saya kurang menarik.

3. Cadangan penambahbaikan:

Saya perlu membuat persediaan yang rapi dalam melaksanakan sesuatu program seperti rakaman dengan memastikan semua alatan dan bahan telah disemak dan disediakan sebaik mungkin bagi mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini berlaku. Di samping itu saya perlu menggunakan masa dan peluang yang ada semaksimanya dan sebaiknya. Saya perlu membina jadual nilai tempat tersebut dengan lebih menarik seperti menggunakan kad manila dan perkataan yang ditaip.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU KEEMPAT

( 20 April HINGGA 24 April 2015 )

Isu / Perkara yang difokuskan:

Perbincangan dengan guru pembimbing tentang pelaksanaan Program Internship

Setelah melaksanakan rakaman sambil dipantau oleh guru Pembimbing, maka minggu ini adalah minggu perbincangan saya dengan guru pembimbing tentang Projek inovasi yang telah saya jalankan. Disamping itu juga pelaksanaan Ujian akhir bagi menilai kemampuan murid saya dalam mengaplikasikan kaedah inovasi saya dalam penukaran nombor pecahan dan nombor bercampur kepada nombor perpuluhan.

Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Projek inovasi saya iaitu 'Rumah Ajaib' kepada murid-murid saya didapati baik dan memberi impak yang baik kepada murid lemah. Impaknya dapat ditunjukkan oleh murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan yang mana murid semuanya dapat menjawab latihan dengan betul walaupun pada awalnya agak lambat sikit. Mereka ketujuh-tujuh murid saya dapat menjawab kesemua 8 soalan ujian akhir dengan betul dan tepat dalam masa yang cepat.

2.2 Kelemahan:

Minggu ini amat penuh masa di sekolah kerana semua terlibat dengan latihan sukan sekolah. Dari pagi sehingga waktu balik adalah padat. Perbincangan dengan guru pembimbing amat ringkas dan padat kerana kekangan masa dengan aktiviti sukan sekolah. Saya perlu mencuri masa dalam melaksanakan ujian akhir kepada murid-murid tersebut.

3. Cadangan penambahbaikan:

Saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada projek inovasi saya setelah diberitahu oleh guru pembimbing saya sewaktu perbincangan tentang kekuatan dan kelemahannya. Saya perlu berkeyakinan tinggi terhadap projek inovasi yang saya jalankan agar ia berjaya dan membuat penambahbaikan lagi bagi digunapakai untuk kelas-kelas lain yang berkaitan. .

1