catatan refleksi mingguan -int8

Upload: anizai-tun-wahab

Post on 08-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

CATATAN REFLEKSI MINGGUANMINGGUCATATAN REFLEKSI

Minggu 110 Ogos 2015

hingga

14 Ogos 2015Ini adalah minggu pertama saya akan menjalankan internship di sekolah saya, iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Empat (1) yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur. Program ini akan dijalankan selama empat minggu bermula 10 Ogos 2015 sehingga 5 September 2015. Perasaan saya pada ketika ini, bercampur-baur antara suka, risau dan gementar. Suka kerana program ini dijalankan di sekolah sendiri jadi tidak perlu memikirkan tentang pengurusan masa untuk ke sekolah lain. Perasaan risau pula ada kerana bebanan kerja sebagai pelajar Program Pengsiswazahan Guru (PPG) dan juga sebagai guru di sekolah tersebut. Tambahan pula pada waktu yang sama pihak Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul mengarahkan supaya mengemaskini data maklumat guru-guru. Perasaan gementar hadir memandangkan saya perlu mencipta satu inovasi untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran yang diajar dalam kelas. Saya sangat berharap agar semuanya berjalan lancar seperti yang saya rancangkan.

Langkah pertama yang saya lakukan adalah memaklumkan dan menerangkan tujuan dan objektif internship ini kepada pihak sekolah akan perkara ini, terutamanya Guru Besar dan mentor saya (Puan Niziani Binti Jusoh). Tidak dilupakan kepada ketua panitia matematik turut dimaklumkan akan hal ini dengan harapan mereka akan memberi kerjasama yang baik selama empat minggu ini. Saya juga ada memaklumkan dan berbincang dengan penyelaras LINUS, Encik Mohd Hilmi Bin Mohd Noor memandangkan saya mengajar murid LINUS tahun tiga. Selain itu, saya membuat perbincangan ringkas bersama guru matematik yang lain berkenaan kesesuaian bahan yang saya cipta, iaitu Kad Nombor. Saya telah menyediakan satu kertas kerja berkaitan dengan satu inovasi yang akan saya jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran nanti yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Menolak dengan Mengumpul Semula menggunakan Kad Nombor. Bahan inilah yang akan digunakan untuk membantu murid-murid LINUS dalam proses menolak dengan mengumpul semula. Murid-murid LINUS ini mengalami kesukaran dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula.

Minggu 217 Ogos 2015

hingga

21 Ogos 2015Pada minggu kedua ini, saya telah mula merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai panduan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran nanti berdasarkan kertas kerja yang telah saya sediakan. RPH ini akan mengambil masa selama 30 minit. Dalam minggu ini juga saya ada menerangkan serba sedikit tentang penggunaan Kad Nombor ini kepada murid-murid sebelum sesi pengajaran sebenar berlangsung. Segala persediaan saya buat dengan rapi agar rancangan pengajaran itu dapat berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Bahan bantu belajar juga telah saya sediakan untuk digunakan dalam pengajar dan pembelajaran (PdP) nanti.Sepanjang minggu ini, sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dijalankan seperti biasa. Bermula dengan hari Isnin yang sibuk, saya perhatikan murid-murid saya juga agak kepenatan. Kami sedang membuat persediaan untuk menyambut Hari Kebangsaan 2015, jadi banyaklah aktiviti yang dirancang. Jadi, tidak banyak kemahiran yang diajar sepanjang minggu ini kerana saya sangat faham, badan yang letih tidak akan membantu otak menjadi cergas. Saya khuatir apabila saya memperkenalkan kemahiran yang susah, mereka tidak faham dan tidak dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul. Hal ini akan menyebabkan mereka hilang semangat dan minat dengan matematik. Dalam minggu ini, hanya kemahiran-kemahiran mudah yang diajar di samping membuat sedikit ulangkaji tentang kemahiran-kemahiran yang lepas.

Minggu 324 Ogos 2015

hingga

28 Ogos 2015Saya merancang akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang pada hari Selasa bersamaan 25 Ogos 2015. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik saya menyempurnakan tugasan ini lebih awal. Saya hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan, sesi rakaman tidak dapat dijalankan kerana murid-murid LINUS tersebut mengikuti program Jejak Jaya anjuran Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul di sekolah lain selama 2 hari Pada 26 Ogos 2015 (Rabu), pihak sekolah membuat persiapan terakhir untuk majlis pada hari esoknya. Pada 27 Ogos 2015 (Khamis) pihak sekolah bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Radio KLFM akan mengadakan aktiviti sempena Bulan Kebangsaan 2015. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti motivasi pelajar, motivasi keibubapaan dan sebagainya. PdP di dalam bilik darjah dibekukan buat sementara waktu. Tambahan pula pada hari Jumaat, saya tidak mempunyai waktu untuk masuk ke kelas murid-murid LINUS tersebut.

Minggu 41 September 2015

hingga

4 September 2015Saya mengadakan sesi rakaman pada 1 September 2015 (Selasa), saya hanya mengambil beberapa orang murid Linus yang belum menguasai kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula. Jikalau saya mengambil murid yang sudah menguasai kemahiran ini, dikhuatiri akan mengganggu kefahaman murid yang sedia ada. Pada awalnya, kelihatan murid agak keliru dan tertanya-tanya apa yang saya sedang ajarkan sewaktu saya menunjukkan Kad Nombor tersebut. Namun, selepas beberapa kali penerangan dan contoh diberikan, mereka mula faham dan mahir. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid lebih berminat dan seronok menggunakan kad itu kerana ianya lebih cepat dan mudah untuk difahami. Daripada tiga set soalan yang diberi, 2 orang murid lelaki (Danish dan Azrizal) dapat menjawab dua soalan dengan betul. Berbanding sebelum ini, selalunya mereka berdua memang tidak pernah mendapat jawapan yang betul. Mereka akan menolak nombor berdasarkan nombor besar tolak dengan nombor kecil. Kaedah penggunaan Kad Nombor ini membantu murid tersebut menjawab soalan yang melibatkan tolak dengan mengumpul semula. Satu kepuasan buat diri saya apabila saya dapati murid-murid yang saya ajar dapat menjawab soalan yang diberi dengan tepat sambil tersenyum girang. Saya akan memantau dari masa ke semasa perkembangan murid-murid LINUS ini. Sewaktu waktu PdP kelas selepas memperkenalkan kaedah tersebut, saya ada menguji murid LINUS ini beberapa soalan tentang kemahiran tolak dengan mengumpul semula. Ini adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka tentang tajuk ini dan sejauh mana keberkesanan Kad Nombor yang telah saya perkenalkan. Didapati murid-murid ini sudah boleh menjawab soalan dengan yakin dan betul. Walaupun mereka memerlukan masa untuk melakarkan atau melukis Kad Nombor dalam buku latihan masing-masing tetapi jawapan yang diberikan adalah tepat. Usaha yang gigih dengan mengaplikasikan Kad Nombor yang saya cipta itu amat menyentuh hati saya. Ini adalah satu perkembangan positif, saya akan menggunakan penggunaan Kad Nombor dalam PdP akan datang. Ia juga merupakan satu usaha kepuasan bagi diri saya. Sikap yang perlu ada pada seorang guru itu amatlah penting. Jangan mudah berputus asa dengan perangai murid yang kurang menunjuk minat untuk belajar. Berusaha mencari kaedah baru bagi menolong murid tersebut menguasai satu-satu konsep supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Bahan bantu belajar amatlah penting pada peringkat sekolah rendah ini bagi membantu kefahaman murid dalam sesuatu kemahiran yang diajar. Tidak semestinya bahan yang mahal sahaja sesuai untuk digunakan, kadang-kadang bahan buangan yang ada di sekitar juga boleh menjadi alat yang efektif jika kita pandai mengolahnya. Saya berharap, saya akan terus yakin dan bersabar dalam mendidik anak bangsa tanpa ada rasa jemu. Semoga sedikit ilmu ini dapat membantu anak-anak didik saya dalam mengharungi masa depan mereka nanti, insha Allah.