catan cat air dan kraf sebelum merdeka

Upload: as-fariyandi

Post on 18-Jul-2015

616 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000,BANDARMaster subtitle Click to edit DARULAMANJITRA, KEDAH style

4/10/12

CATAN CAT AIR DAN KRAF SEBELUM MERDEKAPenulis..Click to edit Master subtitle style MUHAMAD ASYRAFMUHAMMAD AFIQ

Pensyarah pembimbing: En.Ibrahim bin Md Nor

4/10/12

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.4/10/12

Aktiviti

SEJARA H CATAN CAT AIR

Berbagai hasil produk hadir di dunia, dalam seni lukis saja misalnya dapat kita jumpai berbagai jenis cat air yang kesemuanya ini merupakan produksi yang gemilang dari perusahaan industri moden. Cat air mempunyai sifat-sifat dan keistimewaan tersendiri yang padanya tersimpan potensi-potensi artistik.

4/10/12

Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

4/10/12

4/10/12

PERKEMBANGAN

Cat air sudah lama dikenali sejak beberapa abad yang lalu dan dapat kita buktikan pada lukisan cat air pada dinding semen yang tetap tahan iklim kering, walaupun dapat dimusnahkan dengan menyapukan span basah pada permukaannya. Dari abad ke abad perkembangan cat air semakin menurun dan makin berkurang produktiviti lukisan cat air, ditambah makin meningkatnya produksi cat minyak.

4/10/12

Karya Yong Mun Seng Tajuk : Berfikir Di Tepi Kali, Cat Minyak

4/10/12

Pelukis pelukis terkenal seperti Abdullah Ariff , Yong Mun Sen, Kao Ju Ping, Khaw Sia, dan Tay Hooi Keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui konsep pembuatan, iaitu penyerapan pengaruh penjajahan

4/10/12

Tahun 1950-an

SENI CATAN CAT AIR DI TANAH MELAYU

4/10/12

4/10/12

4/10/12

4/10/12

4/10/12

SEJARAH KRAF SEBELUM MERDEKA

Seni tekat tergolong dalam seni sulaman tekstil, iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar, iaitu kain baldu. Seni tekat dikenali

4/10/12

SENI TEKAT

PERKEMBANGAN

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat.

4/10/12

Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

4/10/12

Fungsi tekat

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.

4/10/12

4/10/12

Jenis-Jenis Tekat.

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

4/10/12

1. Tekat Timbul Bunga Emas

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

4/10/12

4/10/12

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

4/10/12

SENI UKIRAN PENGENALAN

4/10/12

Sejarah perkembangan Ukiran kayu

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukirpengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa

4/10/12

Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri

4/10/12

4/10/12

BENTUK-BENTUK UKIRAN

a. Ukiran Tebuk Tembus4/10/12

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumahrumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri

4/10/12

4/10/12

b. Ukiran Bunga Timbul Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

4/10/12

c. Ukiran Arca

4/10/12

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

d. Larik Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

4/10/12

e. Ukiran Kayu Hanyut Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan sematamata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagianbahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

4/10/12

Konsep dan Falsafah Seni Ukir

Motif dengan pola pula mengarah kelangit merupakan simbol hubungan dengan Tuhan manakala pola yang mengarah kebawah ialah simbol hubungan dengan manusia atau manusia dengan alam persekitaran. Pengulangan motif secara berturut-turut menggambarkan suatu kehidupan yang yang kekal dan tiada penghujung,iaitu suatu manifestasi kehidupan yang kekal abadi dalam alam akhirat.

4/10/12

Setiap motif dalam konteks seni ukir mempunyai ciriciri dan makna tertentu.

Motif kuntuman bunga yang berkembang melambangkan kesegaran dan kegembiraan manakala yang kuncup merupakan lambang kematian atau tanda kesediahan dan kesayuan. Motif awan larat melambangkan sifat kehalusan budi pekerti dan liuk-liuk daunnya tanda sopan santun orang Melayu Hujung daun yang tidak pernah mencecah batang melambangkan masyrakat Melayu yang tidak menegur kesalahan orang lain atau menyampaikan hasrat hati secara terbuka Motif sulur bayur yang menghala ke atas melambangkan pemusatan kepada sesuatu kuasa yang amaat tinggi

4/10/12

Terdapat juga motif yang mengandugi falsafah untuk memberikan nasihat atau pengajaran. Contoh: Motif ayam berlaga mengingatkan penghuni rumah atau tetamu yang berkunjung supaya tidak beperangai seperti yang selalu berlaga. Motif itik pulang petang pula mengingatkan manusia supaya mengikut pemimpin dan tidak sombong serta tidak mengatasi pemimpin,

1.

2.

4/10/12

RUJUKAN

Psv Territory, Sejarah catan, kraf tekat dan kraf ukir di malaysia, http://gengpsv.blogspot.com/2009/01/sejarah-catan-dan-kraf-dia, (diakses pada 7 januari 2012 ) Pendidikan Seni Visual, Ukiran kayu, http:// senivisual1.blogspot.com/2009/11/ukiran-kayu.html, (diakses pada 11 januari 2012)

Pendidikan Seni Visual, Seni tekat, http:// senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-tekat.html, (diakses pada 11 Januari 2012)

4/10/12

Isma Hafizz88, Seni catan cat air di tanah air http://isma88catan.blogspot.com/, (diakses pada 7 januari 2012 )