teknik mewarna catan cat air

15
CATAN – BAHAN Cat Minyak 1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub. 2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat. 3. Bahantara: turpentin. 4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan Cat Air

Upload: abdul-raheym-ahmad

Post on 25-Jan-2016

130 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Teknik Mewarna Catan Cat Air

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Mewarna Catan Cat Air

CATAN – BAHAN

Cat Minyak 

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.3. Bahantara: turpentin.4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada teknik yang digunakan

Cat Air1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.2. Pengilat: gam arab.3. Bahantara: air4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, 

Page 2: Teknik Mewarna Catan Cat Air

membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan. 

Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.2. Ciri-ciri: bersifat legap.3. Bahantara: air.4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau 

keras.5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk2. Pengilat: kuningg telur3. Bahantara: air.4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut 

Page 3: Teknik Mewarna Catan Cat Air

atau keras seta tempat pembancuh warna.6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

Page 5: Teknik Mewarna Catan Cat Air

CATAN CAT AIR

ALATAN DAN BAHAN 

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub 2. Pengilat: gam arab.3. Bahantara: air4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah 

cat air dalam tiub

Page 6: Teknik Mewarna Catan Cat Air

cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula

cat air jenis kek

pelbagai saiz dan bentuk jenis berus lembut

Page 7: Teknik Mewarna Catan Cat Air

Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura

Gam arab

Kotak Alatan Cat Air, bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan  cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas. Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri.

Page 8: Teknik Mewarna Catan Cat Air

PROSES CATAN CAT AIR

1. Penyediaan Kertas Cat AirRegangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk CatanPemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi 

3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. 

5. Kemasan dan PersembahanCatan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

CONTOH-CONTOH CATAN CAT AIR

Page 9: Teknik Mewarna Catan Cat Air
Page 10: Teknik Mewarna Catan Cat Air

TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah

BASAH ATAS BASAH 

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. 

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. 

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. 

catan teknik basah atas kering

Page 11: Teknik Mewarna Catan Cat Air

BASAH ATAS KERING 

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. 

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada. 

Catan teknik kering atas kering

KERING ATAS KERING 

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

Page 12: Teknik Mewarna Catan Cat Air

CATAN CAT AIR - TEKNIK MEWARNA - BUAH-BUAHAN

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.

2. Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

Page 13: Teknik Mewarna Catan Cat Air

4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti.Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap.

Perkemaskan kesan jalinan.Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.