cara menulis rumusan

Upload: aelyn-azlan

Post on 04-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sila edit berdasarkan kesesuaian

TRANSCRIPT

1.JENIS ISI

Pendahuluan: Gambaran keseluruhan tentang petikan yang diberi(fokus dalam petikan)-meliputi pendahuluan yang terdiri daripada satu ayat dan satu fokus sahajaFormula pengenalan1.Kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/kelebihan/hikmah/keistimewaan/memaslahatan2.Langkah/cara/usaha/strategi/kaedah/tindakan/saranan3.Kesan/implikasi/akibat/natijah/impak4.Punca/sebab/tujuan/faktor5.Peranan/tanggungjawab/tugas/fungsi6.Kekangan/halangan/tentangan/rintangan7.Keburukan/natijah/risiko/kelemahan

Petikan membincangkan ......................................... ( pada rakyat Malaysia )1. pada rakyat Malaysia/ pada manusia/ di dunia/2. dalam kalangan masyarakat/ dalam kehidupan seharian3. di negara ini/ di Malaysia4. pada hari ini/ pada masa kini/ sekarang

ContohSOALAN: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangusaha-usahauntuk memartabatkan batik Malaysiasertakekanganuntuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan PENDAHULUAN: Petikan membincangkanstrategi-strategiberpeluh kepada manusiadi persada dunia

Layak mendapat 2 markah. Satu ayat. Satu fokus. Apa yang difokuskanusaha-usahaditukarkan dengan perkataan sinonimstrategi-strategi/langkah-langkah/tindakan-tindakan/. ayat pendahuluan ditambah dengan (di persada dunia )

WAJIB TUKAR perkataan yang sama erti bagi apa yang kehendak soalan ingin fokuskan.

Isi Tersurat: Isi yang terdapat dalam petikan (arahan pertama soalan)-meliputi 6 atau lebih isi tersurat

Contoh jawapan ISI TERSURAT: Antara usahanya ialah........ ATAU Usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia ialah.....

Ada dua cara.1. Antara .....(arahan pertama soalan).....nya ialah- nya merujuk kepada arahan/fokus. AWAS! Berhati-hati jangan sesekali tulis Antaranya ialah....Antaranya < nya di sini tidak tahu fokus kepada apa! Jadi kena tulis Antara ......( ).....nya ialah

2. Usaha-usaha untuk memartabatkan batik Malaysia ialah-Salin balik arahan/fokus soalan.-Tak perlu tukar kepada perkataan sinonim

Isi Tersirat: Isi yang tiada dalam petikan (arahan kedua soalan)-meliputi 2/3 atau lebih isi tersirat

Contoh jawapan ISI TERSURAT:1. Antara kekangannya ialah...........

2. Kekangan untuk melaksanakannya ialah.........

-cara menjawab sama seperti isi tersurat tetapi yang membezakannya ialah isi tersirat, isi yang tiada dalam petikan dan perlu fikir berdasarkan kehendak soalan.-JAWAPAN yang diberikan mestilah tepat dan tiada huraian. Tak perlu beri contoh! Jangan sesekali ambil jawapan daripada teks petikan.-fokus isi tersirat tak perlu tukar perkataan sinonim.

Kesimpulan: Penegasan isi berdasarkan idea-idea yang telah dirumuskan.-meliputi kesimpulan yang terdiri daripada satu ayat sahaja- cadangan + harapan .

Contoh jawapan KESIMPULAN: Kesimpulannnya, semua pihak mesti bekerjasama memartabatkan batik Malaysia agar warisan batik tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.