8. cara menulis rujukan

21
Cara Menulis Penulisan Rujukan Ahli Kumpulan: Chang Jing Sian Hung Siew Siew Khoo Phau Liang Lim Yi Xin Yan Shang Xian 1

Upload: kelly-yixin

Post on 15-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Cara Menulis Penulisan Rujukan

Ahli Kumpulan:Chang Jing SianHung Siew SiewKhoo Phau Liang Lim Yi XinYan Shang Xian

FORMAT BIBLIOGRAFI DAN RUJUKANCIRI-CIRI KHUSUS PENULISAN ILMIAHTerdapat beberapa ciri khusus dalam penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:1. Catatan Pustaka2. Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat3. Petikan Langsung dan Tak Langsung4. Bibliografi / Rujukan / Daftar PustakaSalah satu ciri yang menyokong karya penulisan ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penyelidikan pihak / orang lain yang dipersembahkan dalam bentuk bahan rujukan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan perpustakaan yang berkaitan dengan isu/masalah yang sedang dibincangkan dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh penulisan tersebut. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengukur mutu perbincangan suatu penulisan, kerana tujuan utama penyediaan bibliografi adalah untuk mengidentitikan karya ilmiah tersebut. Bibliografi / Senarai Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):(i)Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarangyang dirujuk, contohnya: Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya: Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu kaedah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti: Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya: Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.BibliografiMenulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Bibliografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi:1. Bibliografi tidak diberi nombor2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf3. Gelaran penulis tidak dimasukkan4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis.Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah: Nama penulis Tahun penerbitan Judul digaris atau dicetak miring Tempat penerbitan Nama penerbitPerhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini.BibliografiAbdullah Hassan, 1984.Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.Campbell. W.G., 1976.Form And Style In Thesis Writing.Boston.Houghton Mifflis Company.Mohd. Senu Awang, 1994.Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras.KualaLumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Nik Safiah karim, et. All. 1993.Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2.KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Soosai Ganesh, 1981.Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur.Penerbitan Geetha.Tan Ching Kwang, 1985.Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash.Teo Kok Seong, 1997.Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis,dlm. Jurnal Dewan Bahasa.41 : 3 Mac, hlm. 243-251.Razak A. Majid, 2002.Bahasa untuk Masyarakat Madani,dlm. BeritaHarian. September, hlm 12.http://www.dbp.gov.my/http://www.bharian.com.myhttp://ww.utusan.com.my/majalah/massaKamusKamus Dewan, 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:(a) BukuWan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993).Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan.Kuala Lumpur: DBP.(b) Artikel dalam bukuSouthworth, G. (2002).Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence.dlm. Mikac, N. School Leadership and Management. Boston: Allyn & Bacon. 73-91.(c)Artikel dalam jurnalHallinger. P dan Murphy, J.F. (1985).Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.(d) TesisChew Chee Wan (1993).Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School.Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkanSalim Sulaiman (2000).Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan.PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.Catatan PustakaDalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatan pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut:Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh:Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat.ATAUHassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.ATAUMengikut pandangan Saville Troike (1986 : 52-63), peristiwakomunikasi.Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh:Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.(Keris Mas, 1988 : 136)Catatan KakiCatatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh:..kajian etimologi tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.Catatan Kaki SingkatCatatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka.ibid.(singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas).Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya.op.cit(singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karyayang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain.loc.cit(singkatan daripada loco citati, ertinya tempat yang telah dipetik)sepertiop.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain.Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut:1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 752. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 253. Ibid, hal. 454. John Dewey,op.cit., hal 89.5. John Dwey,loc.cit.Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilahselaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten.PetikanPetikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung.Petikan tak langsungmerupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringkasan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.Petikan langsungpula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan.Petikan langsung diberi tanda petik ( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut:segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-sebutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran.(Zaba, 1965 : 165).Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemerhatian mereka iaitu:.peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang.(Brown, 1951 : X).RujukanKebanyakan jurnal mempunyai pilihan tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukandalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran rencana. Gaya Penerbit UKM menggunakan kaedah rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah rujukan dalam teks atau dikenali sebagai sistem pengarang-tarikh dan senarai rujukan iaitu susunan pembutiran rujukan dicetak di akhir rencana.Huruf CondongOleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah, pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan.Penulisan Nama dalam TeksMenurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu, Arab, Cina dan Barat. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut:a) Nama Melayu iaitu A. Samad Said bukan Said, A. Samad.b) Nama Arab iaitu Abu al-Barakat Hibat Allah ibn Ali bukan Hibat Allah ibn Ali, Abu al-Barakat.b) Nama Cina iaitu Chiang Kai Shek bukan Kai Shek, Chiang.c) Nama orang Barat iaitu John F. Kennedy bukan Kennedy J. F.SingkatanGunakan singkatan SI dalam bentuk singular misalnya cm (bukan sm tetapi dieja sentimeter), 3 mm (bukan 3mms).Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat.Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan 3l).Dalam jadual dan graf gunakan singkatan nama bulan misalnya Jan., Feb., dsb.e) Singkatan untuk nama orang diberikan ruang misalnya A. H. Zakri, bukan A.H.Zakri.f) Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik misalnya OUP, PFB, UMNO dsb.Sistem Pengarang-Tarikh (Author-Date System)Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbitan tanpa tanda baca apabila digunakan di dalam teks. Sistem ini memungkinkan pemakaian rujukan dalam teks yang membutirkan nama pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu ayat. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau buku, dipanggil rujukan. Ini memudahkan atur huruf. Oleh kerana sistem ini ringkas, menjimatkan kos dan tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah.Rujukan dalam TeksRujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbit tanpa tanda baca di antara nama dan tarikh:(Ismail 1997) atau Ismail (1997).Halaman khusus, bahagian, persamaan atau bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas tarikh dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga digunakan antara tarikh dan halaman:(Wan Hashim 1997, 47)(Zakaria 1994: 23-6)Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal tanda koma dan titik bertindih (:) digunakan:(Barns 1983, 3:124)Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau tiga pengarang. Perkataan dan boleh digantikan dengan ampersand (&):(Kamal Roslan dan Che Aziz 1996)(Md. Nor & Ong 1993)(Mohd. Ghazali, Zawiyah, dan Rosnah 1992)Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan nama yang pertama disusuli dengan et al.:(Dahlan et al. 1997)Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang diterbitkan atau dibiayai persatuan agensi kerajaan atau kumpulan:(Bank Pembangunan Malaysia 1985)Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama gunakan tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi rujukan dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi:(Sham 1996a, 1996b)(Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12)Senarai RujukanMaklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah buku.1. Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editor atau institusi yang bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut abjad.2. Tarikh terbitan.3. Tajuk penuh buku termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan).4. Tajuk siri jika ada dan jilid atau nombor siri.5. Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam beberapa jilid.6. Edisi jika bukan edisi asal/ pertama.7. Bandar/ tempat terbitan.8. Nama penerbit.Pengarang TunggalAthi Sivan Mariappan. 1997.Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Bangi:Penerbit UKM.Pengarang BersamaAminuddin Mohd. Yusof & Mohd. Ali Kamarudin. 1988.Kepimpinan pemuda UMNO:Antara personaliti dan situasi. Bangi: Penerbit UKM.Penyunting (sunt.) atau Terjemahan (terj.)Sidi Gazalba, dan Zainab Ismail, sunt. 1993.Dakwah Islamiah Malaysia masa kini. Bangi:Penerbit UKM.Organisasi/ InstitusiJabatan Perangkaan Negara. 1993.Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 1991.Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.Majalah dan Surat KhabarGamal Nasir Mohd. Ali. 1994.Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac.Bahagian BukuNor Aini Hj Idris. 1997.Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia diMalaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan.Bangi: Penerbit UKM.EdisiAlias Baba. 1997.Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua. Bangi:Penerbit UKM.Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku:Jambari Hj. Ali. 1994.Kepelbagaian siput air tawar Malaysia.Dlm. Kesatuan dalamkepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah Abdullah,Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposiumIshak Shari. 1996.Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di SeminarKemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13 Julai,Kuala Lumpur.Disertasi atau TesisZaiton Harun. 1992.Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia.Disertasi IjazahDoktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, SelangorD. E.Program KomputerStatistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1).SPSS,Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass.Untuk jurnal atau terbitan berkala,maklumat yang dimasukkan adalah sepertiberikut:1. Nama pengarang2. Tahun3. Judul rencana4. Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan)5. Jilid/bilangan keluaran6. Halaman rencanaContoh:Fatimah Abdullah. 1995.Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar. JurnalAntropologi dan Sosiologi 22: 55-71.Berikut dinyatakan tatacara penulisan lengkap bagi buku, artikel dalam jurnal dan majalah, berita dalam akhbar, bahan tidak terbit dan seumpamanya.1. a.Rujukan Lengkap Untuk BukuRujukan lengkap bagi buku hendaklah dimasukkan maklumat menurut urutan berikut: Nama pengarang, noktah Tahun penerbitan,noktah Judul buku (italic),noktah Penyunting, penyusun, penterjemah(jika ada), noktah Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri(jika ada), noktah Edisi,selain daripada edisi pertama, noktah Bilangan jilid, noktah Tempat terbit, titik bertindih Penerbit,noktahBaris kedua rujukan hendaklah diengsot masuk ke dalam seperti contoh di bawah.

Contoh:Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Said. 1403H/1983M.Jamharat Asnab al-Arab.Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. (Contoh:Pengarang Tunggal)Al-Abbadi, Ahmad Mukhtar & Salim, al-Sayyid Abd al-Aziz. 1981.Tarikh al-Bahriyyah al-Islamiyyah fi Misr wa al-Sham. Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah. (Contoh:Pengarang Bersama)Sharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan. ed. Ke-2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh:Edisi cetakan)Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei Sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Contoh:Karya Susunan, pnys=penyusun)Zakri A. Hamid. Ismail Sahid & Mohd. Nor Embi (pnyt.). 1990.Prioriti Penyelidikan Untuk Kemajuan Sains dan Teknologi:Kumpulan Kertas Kerja 16. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh:Karya Suntingan, pnyt. = penyunting)Chamcuri Siwar. 1991. Industri Padi dan Beras: Beberapa Isu Dasar, Arah Aliran, Masalah dan Prospek.Dlm. Redzuan Othman & Mohd. Sheffie Abu Bakar (pnyt.).Komoditi Utama Malaysia:Kepentingan, Masalahdan Prospek, hlm. 100-125. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Contoh:Bab Dalam Buku, Dlm.= Dalam).1. b.Rujukan Lengkap Bagi Artikel Dalam Jurnal, Majalah dan AkhbarBerikan maklumat selengkap mungkin seperti yang berikut: Nama Pengarang, noktah Tahun, noktah Judul makalah, noktah Nama jurnal(italic) Nombor jilid(bold) Nombor keluaran(dalam tanda kurung), noktah bertindih Halaman seluruhmakalah, noktah

Contoh:Mimi Kamariah Majid. 1990. Tafsiran Hendaklah Dihukum.Dewan1(5): 40-44. (Contoh:Artikel Jurnal,Pengarang Tunggal)Mohammad Haji Alias. 1988. Pembinaan dan Pemilihan Model Respons Penawaran Pengeluar Getah Asli.Jurnal Ekonomi Malaysia18: 3-25. (Contoh:Artikel Jurnal,Pengarang Tunggal)Ikram M. Said, Laily Din, Samsudin, M.W., Zuriati Zakaria, Nik Idris Yusoff, Ujang Suki, Aminah Manap, Zainuddin Ibrahim, A. & Latiff, A. 1990. A Phytochemical Survey of Ulu Kinchin, Pahang, Malaysia: The Rompin Endau Expedition.Malayan NatureJournal43: 260-266. (Contoh:Artikel Jurnal,Pengarang Bersama)Ismail Hamid. 1990. Sastera Kitab.Dewan Sastera, Mei: 79-83.(Contoh:ArtikelDalam Majalah)Faisal Othman. 1992. Jaga Kepentingan Umum Asas Pemerintahan Islam.Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6. (Contoh:Artikel Dalam Akhbar,Dengan Pengarang)Mingguan Malaysia. 1992. Masjid di Algeria Jadi Medan Latihan Golongan Pelampau. 23 Februari: 10. (Contoh:Artikel Dalam Akhbar, Tanpa Pengarang)Kandau Sidi. 2000. Kutu Rayau Cemar Kuala Lumpur.Berita Harian, 5 Julai: 17. (Contoh:Berita Dalam Akhbar,Berita/Rencana Dengan Nama Penulis)Telefon Bimbit Bukan Sekadar Penghubung. 2000.Berita Harian, 5 Julai: 24 (Contoh:Berita Dalam Akhbar, Berita/Rencana Tanpa Nama Penulis)Ali Baba Bujang Lapok. 1960. Filem cereka. Singapura: Shaw Brothers.(Contoh:Filem)Geophysical Techniques. t.th. Video. Milton Keynes: Open University. (Contoh:Video)Energy Generation and Storage. t.th. Slaid. Singapore: Toppan Company. (Contoh:Slaid)1. c.Rujukan Lengkap Bagi Rujukan ElektronikSuruhanjaya Sekuriti. 2009. Dana Unit Amanah di Malaysia-Ringkasan Statistik.http://www.sc.com.my/ main.asp?pageid=658&menuid+751&newsid=&linkid=&type=. 13 Januari 2009.1. d.Rujukan Lengkap Bagi Bahan Tidak TerbitBerikan maklumat selengkap mungkin seperti yang berikut: Nama pengarang, noktah Tahun, noktah Judul, noktah Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana tanda pengenalan yang lain, koma Nama koleksi, noktah Nama tempat(institusi, bandar, negeri) bahan tersebut disimpan, koma Tarikh, noktahContoh:Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan Potensi Konflik Dalam Hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh:Tesis)Ibrahim bin Haji Hashim. 1974. Peranan dan Pengurusan Zakat di Negeri Kedah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh:Latihan Ilmiah)Abdul Majid Mat Salleh. 1990. Tren Pertumbuhan dan Perubahan Penduduk: Implikasi, Prospek dan Cabaran Bagi Masa Hadapan. Kertas kerja Persidangan Kependudukan dan Orientasi Pembangunan Menjelang Abad Ke-21. Universiti Kebangsaan Malaysia, Sabah, 10-11 Disember. (Contoh:Kertas Kerja)Arbain Kadri & Titol Malim. 1990. Beberapa Aspek BiologiLittorina Melanostoma(Gray) di Pulau Besar, Melaka.Abstrak Kertas Tema, Lisan dan Poster, Persidangan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia: PA50.(Contoh: Abstrak Persidangan dan sebagainya)Mohd Kidin bin Shaharan. 1991. Kegunaan Submartingale Dalam Masalah Storan. Laporan Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh:Laporan Teknik)Laporan Unit Pengurusan dan Pentadbiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetua-pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 15-16 September. (Contoh:Laporan)Minit Mesyuarat Pengetua-pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut, Perak Darul Ridzuan, 7-9 Ogos. (Contoh:Minit Mesyuarat)Abdullah Haji Mohd. Salleh. 1999. Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 12 Mei. (Contoh:Temu bual

12