cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk

3
Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/ Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim Pendahuluan Karangan SPM Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya) Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan

Upload: smktsj2

Post on 20-Jan-2015

26.296 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

layari laman web

TRANSCRIPT

Page 1: Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk

Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM

Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/

Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim

Pendahuluan Karangan SPM

Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK

Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)

Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada

fokus penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat

pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan

dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu

langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah

diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang

dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat

menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti

pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati

kehendak skema pemeriksa.

Soalan Contoh 1

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang

berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda,

mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras

kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang

awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara

ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan

melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai

menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang,

jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)Oleh itu, semua pihak harus

berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan

Page 2: Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk

Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM

Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/

Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim

berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu

dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)

Soalan Contoh 2

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan

kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.Jelaskan kelebihan bangunan

bersejarah tersebut.

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat

di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang

tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing

ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai

tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan

bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di

Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan

bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik

balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini

pasti meningkatkan imej negara. (K)

Pesanan seorang guru

Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan

perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan

gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal

yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan

menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan

karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi,

murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan

pendahuluan.

Page 3: Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk

Teknik (FACLK) dalam membina pendahuluan karangan SPM

Layari laman web kami di http://e-learningsmktsj2.blogspot.com/

Tulisan ilmiah oleh : Cikgu Mohd Khir Kassim

Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan

yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula,

biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50

hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan

pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan

pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R)dan juga

mempengaruhi markah pengolahan (P).