cara mengisi kemerdekaan

2
Pemasyhuran kemerdekaan merupakan sebuah pernyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan negara daripada penjajah British. Kewujudan Pemasyhuran Kemerderkaan telah memberi kesan yang impak terhadap Persekutun Tanah Melayu dengan memulangkan semula kuasa politik negara kepada pemrintah tempatan. Kita wajiblah memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia dengan mengisi kemerdekaan yang dikecapiagar dapat mengharumkan nama negara di seantara dunia. Banyak cara untuk kita mengisi kemerdekaan pada zaman sekarang. Antara cara untuk kita mengisi kemerdekaan ialah dengan menyemat semangat patriotisme yang tinggi dalam diri. Kita boleh menyemat semangat patriotisme dalam diri kita dengan menghormati rukun dan perlembagaan negara serta mematuhi peraturan dan melaksanakan tanggungjawab berlandaskan pegangan negara. Selain itu, kita boleh menyemat semangat patriotisme dengan menzahirkan sumbangan tenaga,masa, dan kepakaran untuk negara atau membantu mengharumkan nama negara dari semua aspek. Semangat patriotisme yang tinggi penting dalam membentuk jati diri dan masa hadapan negara. Selain itu,cara untuk kita mengisi kemerdekaan ialah menaikkan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi demi membangunkan negara. Kita boleh menciptakan barangan inovasi demi ekonomidan penggunaan rakyat. Selain itu, kita juga perlu melahirkan generasi muda yang celik dan bermentaliti kelas pertama. Contohnya,soalan KBAT yang diciptakan dapat mencabar minda para pelajar. Seterusnya,ekonomi tanah air menjadi lebih stabil dan dapat berdaya saing di

Upload: mohd-tarmizi-mohd-nor

Post on 03-Sep-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja sekolah

TRANSCRIPT

Pemasyhuran kemerdekaan merupakan sebuah pernyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan negara daripada penjajah British. Kewujudan Pemasyhuran Kemerderkaan telah memberi kesan yang impak terhadap Persekutun Tanah Melayu dengan memulangkan semula kuasa politik negara kepada pemrintah tempatan. Kita wajiblah memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia dengan mengisi kemerdekaan yang dikecapiagar dapat mengharumkan nama negara di seantara dunia. Banyak cara untuk kita mengisi kemerdekaan pada zaman sekarang. Antara cara untuk kita mengisi kemerdekaan ialah dengan menyemat semangat patriotisme yang tinggi dalam diri. Kita boleh menyemat semangat patriotisme dalam diri kita dengan menghormati rukun dan perlembagaan negara serta mematuhi peraturan dan melaksanakan tanggungjawab berlandaskan pegangan negara. Selain itu, kita boleh menyemat semangat patriotisme dengan menzahirkan sumbangan tenaga,masa, dan kepakaran untuk negara atau membantu mengharumkan nama negara dari semua aspek. Semangat patriotisme yang tinggi penting dalam membentuk jati diri dan masa hadapan negara. Selain itu,cara untuk kita mengisi kemerdekaan ialah menaikkan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi demi membangunkan negara. Kita boleh menciptakan barangan inovasi demi ekonomidan penggunaan rakyat. Selain itu, kita juga perlu melahirkan generasi muda yang celik dan bermentaliti kelas pertama. Contohnya,soalan KBAT yang diciptakan dapat mencabar minda para pelajar. Seterusnya,ekonomi tanah air menjadi lebih stabil dan dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Hal ini dapat mengeksportkan pelbagai barangan buatan negara ke luar. Penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam kalangan anak muda amat pemting bagi menjamin kemajuan negara. Cara untuk kita mengisi kemerdekaan juga dengan melestarikan alam dan budaya rakyat Malaysia serta meneroka dan menghargai alam semula jadi negara. Hal ini dapat dilakukan dengan melawat tempat pelancongan di tanah air kita. Selain itu, kita perlu meluaskan sektor pelancongan dengan menjadikan tempat-tempat pelancongan sebagai median untuk menarik perhatian para pelancong luar. Seterusnya mengamalkan budaya-budaya rakyat Malaysia yang baik seperti memberi senyuman dan bertutur dalam bahasa yang sopan bagi mengelakkan perbalahan antara kaum. Menghargai keindahan semula jadi dan memanfaatkannya sepunuhnya. Secara konklusinya,kita perlulah mengisi kemerdekaan yang dikecapi dengan sebaik mungkin dan menghargai tokoh-tokoh yang telah mendapatkan kemerdekaan kepada negara kita.