cara membuat lukisan batik lukis

Upload: mohd-rizal

Post on 09-Oct-2015

112 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Batik

TRANSCRIPT

  • Cara Membuat Lukisan Batik LukisWritten by AdministratorTuesday, 19 June 2012 14:51 - Last Updated Tuesday, 19 June 2012 14:55Berikut ini adalah alat dan bahan yang harus disiapkan untuk membuat batik lukis : - Material (kain) dari jenis kapas, rayon, sutera dan linen. - Canting sebagai alat melukis motif. - Pemidang sebagai tempat untuk menghampar kain dengan keadaan tegang. - Dapur untuk mencairkan lilin dan rozin - Warna cecairLangkah-langkah memproses batik lukis (Mulakan dulu dengan menggunakan bingkai (frame)yang kecil dulu). Cara menghasilkan batik lukis amat mudah tetapi memrlukan disiplin danketekunan. Caranya menghasilkan lukisan batik lukis adalah seperti berikut : 1. Melakar reka corak dengan pensil lembut pada permukaan kain di pemidang mengikutselera dan idea masing-masing, samada flora fauna, semi abstrak, geometrikal atau organikdengan cara spiral, gelombang, susunan batu-bata dan sebagainya. 2. Melukis dengan lilin malam menggunakan canting pada lakaran pensil yang telah dilukistadi. Sila pastikan semua RUPA reka corak yang dilukis hendaklah bercantum untkmemastikan ruang yang diwarnakan nanti tidak merebak keluar dari corak tersebut. 3. Sapukan cecair warna (dyestuff) mengikut selera pelukis dengan menggunakan beruscina (lebih mudah). Padankan warna supaya kelihatan menarik. 4. Setelah kering, sapukan pemati warna (Sodium Silicate) pada permukan kain yang telahdiwarnakan tadi dan tunggu sehingga kering selama 2 hingga 3 jam. 5. Setelah cukup masanya, kain tersebut dikeluarkan daripada bingkai dan basuhkannya. Inibermakna warna pada kain telah dimatikan dan ia tidak akan luntur lagi. 6. Rebuskan kain tersebut untuk memisahkan lilin pada kain dengan memasukkan sedikitserbuk soda. 7. Keringkan dan gosokkannya. 8. Pasangkan pada bingkai cermin untuk dijadikan sebagai hiasan dinding.Perkara yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan canting dan keselamatan. Lilin yangdiceduk dengan canting adalah panas dan perlu berhati-hati supaya dapat mengelakkankecederaan. Lilin panas tersebut akan jadi sejuk setelah melakukan beberapa lakaran dan perlubertukar ganti. Lakukannya secara berulang kali sehingga lukisan batik lukis dapat diselesaikandengan puas hati. --- MasterWan Batik

    1 / 1