destinasi ideal - · pdf fileyang tinggi. saya suka ke pasar seni ubud untuk membeli...

4
IDEAL D estinasi Lazimnya, ramai yang gemar melancong pada hujung tahun. Tidak kiralah bercuti solo, bersama keluarga atau rakan-rakan. Seperti lima personaliti berikut, Nurul Akhmar , Sarah Aqilah , Khairudin Saharom , Aaron Aziz dan Hajar Ali . Tepat untuk edisi Kembara bulan ini, mereka berkongsi pengalaman pengembaraan mereka baru-baru ini. Setiap satu mempunyai pengalaman percutian yang berbeza. Yang ingin rehatkan minda, yang berbulan madu, yang kembara solo, yang shopping sakan, yang bersukan dan banyak lagi. Selain itu, ikuti cara untuk buat tempahan penerbangan bajet, tip tangani bagasi yang hilang, cara beli insuran percutian secara on-line , muat turun aplikasi kembara, aksesori mesti di bawa dan banyak lagi! Ke mana sahaja ingin ditujui, yang pasti, anda enjoy sepanjang percutian! Oleh Aizam Omar, Nurul Asmida Ithnin Ira Musfirah Mohd Rashid

Upload: danghuong

Post on 06-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Destinasi IDEAL -  · PDF fileyang tinggi. Saya suka ke Pasar Seni Ubud untuk membeli kraftangan seperti lukisan, kain batik dan beg anyaman tikar. MEstI MAkAn

IDEALDestinasi

Lazimnya, ramai yang gemar melancong pada hujung tahun. Tidak kiralah bercuti solo, bersama keluarga atau rakan-rakan.

Seperti lima personaliti berikut,

Nurul Akhmar, Sarah Aqilah,

Khairudin Saharom, Aaron Aziz

dan Hajar Ali. Tepat untuk edisi Kembara bulan ini, mereka berkongsi pengalaman pengembaraan mereka baru-baru ini. Setiap satu mempunyai pengalaman percutian yang berbeza. Yang ingin rehatkan minda, yang berbulan madu, yang kembara solo, yang shopping sakan, yang bersukan dan banyak lagi.

Selain itu, ikuti cara untuk buat tempahan penerbangan bajet, tip tangani bagasi yang hilang, cara beli insuran percutian secara on-line, muat turun aplikasi kembara, aksesori mesti di bawa dan banyak lagi!

Ke mana sahaja ingin ditujui, yang pasti, anda enjoy sepanjang percutian!

Oleh Aizam Omar, Nurul Asmida Ithnin Ira Musfirah Mohd Rashid

Page 2: Destinasi IDEAL -  · PDF fileyang tinggi. Saya suka ke Pasar Seni Ubud untuk membeli kraftangan seperti lukisan, kain batik dan beg anyaman tikar. MEstI MAkAn

pantai seperti Pantai Dreamland di Pecatu. Pasirnya putih sekali!

DAErAh pALIng fAvourIt…Tentunya Seminyak sebab ia lebih santai dan tidak sesak dengan pelancong! Ubud juga syok dan terkenal dengan nilai keseniannya yang tinggi. Saya suka ke Pasar Seni Ubud untuk membeli kraftangan seperti lukisan, kain batik dan beg anyaman tikar.

MEstI MAkAn…Ayam bakar! Saya sarankan sajian signature Bali seperti ayam bakar betutu dan ayam bakar taliwang! Saya akan ke Warung Makan Halal As-Siddiq di Lake Bratan, Bedugul yang menyajikan ayam bakar taliwang! Restoran ini tak ada kipas

gEMAr kE BALI…Ideal dan santai selain dapat menenangkan fikiran, saya telah ke Bali sebanyak lapan kali! Setiap kunjungan berbeza dan saya akan fokus pada satu daerah saja. Antara yang pernah dikunjui, Seminyak, Ubud dan Kuta. Tak pernah rasa jemu, masih ada daerah yang belum saya teroka dan akan ke sana sekali lagi!

MEncArI kEtEnAngAn… Pemandangan di Bali sungguh indah! Setiap kali ke sana, saya akan menginap di sebuah villa lengkap dengan kolam renang. Sambil membaca buku di tepi kolam, dapatlah melihat pemandangan indah seperti sawah padi yang bertingkat! Saya juga gemar ke Fo

to: Ih

san

nu

ru

l ak

hm

ar

dan

ww

w.s

xc.h

u

kEtEnAngAnInginkan

Nurul Akhmar Elias, 29 thnpEngAcArA/pELAkon

MAnIsKenangan

BuLAn MADu unIk…Berbeza daripada pengantin lain yang berbulan madu secara berpasangan, saya dan suami, Md Jabbaar Kamsani telah berbulan madu beramai-ramai bersama ahli keluarga sebelah suami. Saya juga telah membawa anak perempuan saya daripada perkahwinan sebelum ini, Nur Ayra Eiliyah Md Sahri. Walaupun ramai yang ikut, kemeriahan percutian selama tiga minggu merupakan satu kenangan indah dan teristimewa buat saya dan suami.

MELBournE MEnjADI pILIhAn…Ia amat laid back. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kami melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar sambil menikmati alam semulajadi, berkelah di taman dan menyaksikan keindahan sewaktu matahari terbenam di pinggir tasik. Destinasi ini memang tepat untuk pasangan yang inginkan suasana yang tenang tanpa perlu kelam kabut dan menikmati pemandangan indah.

pEngInApAn roMAntIs… Kami menetap di McMillans di Metung Resort yang terletak berhampiran sebuah tasik yang besar dan amat cantik! Pemandangannya indah sekali. Saya dan suami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar pusat peranginan ini sambil menikmati matahari terbenam. Bilik penginapan kami juga romantis dan dilengkapi dengaan jakuzi privet!

MAsAk sEnDIrI…Memang ada makanan halal tapi ia juga mudah untuk masak sendiri sebab mudah untuk dapatkan barangan runcit atau bahan-bahan yang halal di sana. Lagipun, ibu mentua saya pandai masak dan saya ambil kesempatan itu untuk belajar masak darinya. Secara tak langsung saya dapat berkenalan dengannya dengan lebih rapat lagi.

MEstI kunjungI Kilang coklat di Yara Valley. Tempat ini popular. Kami enjoy menikmati minuman coklat dan pelbagai jenis pastri di sini. Yang best dapat sampel coklat secara percuma! Hahaha.

roAD trIp… Untuk ke Great Ocean Road, kami memandu sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan. Saya dan suami telah bergilir-gilir memandu dengan panduan peta atau penggunaan alat GPS!

pErBELAnjAAn sEpAnjAng pErcutIAn tIgA MInggu…Anggaran $5,000 - $9,000.

Foto

: Ih

san

sar

ah

aq

Ilah

Sarah Aqilah Sumathi, 31 thnpEnyAnyI/pEnIAgA onLInE

angin atau alat hawa dingin. Suasana sekelilingnya berhampiran tasik Bratan yang dingin. Di warung ini turut menghidangkan makanan asli Bali! Makanan kami disajikan dengan beralaskan kertas bungkus sahaja. Syok!

kEnAngAn tErInDAh … Semasa kunjungan solo pertama saya pada Mac lalu. Saya dapat saksikan perayaan kaum Hindu, Hari Raya Nyepi. Saya tinggal di Gianyar dengan keluarga pemandu wisata yang saya sudah kenal sejak 2012. Pengalaman menarik termasuk hidup semalaman tanpa cahaya lampu dan suasana sepi seluruh kampung. Berbanding dengan kunjungan sebelumnya, saya juga berpeluang merasakan kehidupan di kampung Bali. Saya dapat bermain bersama anak-anak mereka di tepi sawah. Amat bermakna sekali!

MEstI BAwA BILA kE BALI…Buku cerita dan losen tanning.

BALI

destInAsI

In d O n e sIA

MeLBOURne

destInAsI

A U s t R A LIA

Page 3: Destinasi IDEAL -  · PDF fileyang tinggi. Saya suka ke Pasar Seni Ubud untuk membeli kraftangan seperti lukisan, kain batik dan beg anyaman tikar. MEstI MAkAn

Foto

: Ih

san

dIy

an

a h

alI

k d

an

ww

w.t

pg

Imag

es.c

om

sEkELuArgACuti

AnnyEong hAsEyo…Negara Korea menjadi pilihan mereka kerana ketiga-tiga anak ingin bermain dengan salji. Walaupun bukan pertamai kali ke sana, mereka tetap ghairah setiap kali berpeluang bercuti di Korea.

BILA BErcutI DEngAn AnAk-AnAkHarus membawa pakaian secukupnya. Selalunya saya akan membuat segala persiapan pakaian untuk Aaron dan anak-anak. Selain itu harus bertemu doktor peribadi kami untuk mengambil segala perubatan yang diperlukan seperti ubat sakit perut, selesema, batuk dan mabuk. Apabila berada di iklim berbeza, kita mungkin mudah mendapat jangkitan jadi harus sentiasa bersedia.

BEkAL MAkAnAn… Bekal biskut kerana takut anak-anak lapar. Yang lucunya, saya akan bawa sos cili, rendang dan sambal tumis yang dibekukan untuk Aaron. Sebab dia tak adventurous dengan makanan. Kami tinggal di service apartment yang dilengkapi dengan dapur jadi boleh panaskan lauk.

ItInErArI AnAk…Saya pastikan tempat-tempat yang anak-anak ingin pergi didahulukan. Contohnya ke Vivaldi Ski Resort kerana mereka ingin sangat melakukan sukan ski. Juga ke Lotte World kerana itu adalah taman

hiburan terbaik buat kanak-kanak. Dan, untuk memenuhi permintaan Danish yang berminat dengan sejarah Dinasti Joseon, kami bermalam di Hanok Village untuk rasakan pengalaman tinggal di desa seperti orang Korea zaman dahulu.

ketinggalan dan cuba menjelajah sambil menikmati sejarah seni halus dan seni bina kota ini dengan berbasikal. Bagi saya, setiap pengunjung harus berbasikal untuk rasakan sendiri pengalaman unik ini. Terdapat lebih 800,000 basikal di Amsterdam. Jumlahnya lebih ramai daripada manusia.

BErLArI-LArI AnAk…Itulah antara kegiatan kegemaran saya semasa di sana. Apabila di Amsterdam saya berlari di taman Vondelpark. Di Rotterdam pula, saya mulakan dengan berlari-lari anak sepanjang Sungai Maas. Seronok dan rasa ghairah apabila melihat keindahan pemandangan sekeliling.

tIDAk tErIkAt… Saya telah ke kota-kota di Netherlands selama dua minggu pada tahun lepas. Apabila bergerak secara solo, saya mempunyai kebebasan untuk melakarkan jadual mengikut masa sendiri. Saya tertarik dengan Netherlands kerana negara ini mempunyai bangunan baru dan lama. Dua kota yang telah saya kunjungi, Amsterdam dan Rotterdam.

sEnAng BErBAsIkAL…Sudah menjadi amalan penduduk di sana untuk berjalan kaki dan berbasikal! Saya turut tidak mahu Fo

to: Ih

san

kh

aIr

ud

In s

ah

ar

om

Khairudin Saharom, 39 thnArkItEk / hos

AMsteRdAM& ROtteRdAM

destInAsI

netheRLAnds

soLoKembara

Aaron Aziz, 39 thn Diyana Halik, 33 thnpELAkon/ pEngArAh/usAhAwAn & pEngurus/usAhAwAn

cAfé-hoppIng…Selama berada di sana, ia merupakan musim gugur. Suhu anggaran 16 - 23 darjah selsius. Cuacanya tepat untuk bersantai secara al fresco. Syok dapat mencuba pelbagai jenis pastri dan kek. And mesti cuba pencuci mulut stroopwafels yang dimakan hangat dengan strawberi segar! Dekor kafe juga menarik dan saya mendapat layanan terbaik.

MEstI DILAkukAn…Ke muzium seperti The Rijksmuseum di Amsterdam kerana seni binanya mengkagumkan. Bangunan lama ini telah menjalani proses pemuliharaan yang teperinci dan teliti. Anda dapat lihat pameran lukisan dari Renaissance Masters. Jelajah sejarah silam Red Light District di Amsterdam untuk memahami kisah sedih di sebalik pelacuran di sana. Bagi penggembar seni bina pula, anda mesti melalui Rotterdam Architecture Trail!

tIp untuk pEnggEMBArA soLo…Travel light. Pakai baju sama tak apa sebab tak ada orang akan tegur! Jangan lupa beritahu keluarga tentang pergerakan anda dan pastikan untuk lakukan kajian terlebih dahulu. Usah panik jika sesat. Sentiasa tenang dan cuba dapatkan bantuan. Ada kalanya semasa sesat, anda dapat teroka tempat baru.

BEBAs… Saya suka melancong solo kerana dapat waktu me time. Dan saya sukakan kebebasan untuk bergerak. Saya juga gemar sketching semasa melancong. Kalau saya seorang diri, ia memberikan saya kebebasan untuk duduk di mana sahaja sambil melukis!

KOReAseLAtAn

destInAsI

gILA shoppIng…Saya ‘menggila’ di Dongdaemun. Saya akan beli streetwear dan habiskan berjam-jam di sana! Untuk membeli barang berjenama pula saya akan ke Lotte Shopping Avenue.

DEtIk BAhAgIA…Semasa lawatan Disember lalu, ia terlalu awal untuk melihat salji turun walaupun cuaca amat sejuk. Tapi lewat satu malam semasa sedang bersedia untuk tidur, kami ternampak salji turun dari tingkap apartmen! Kami terus memakai kot dan lari ke bawah untuk bermain dengan salji! Saya dan Aaron gembiralah melihat anak-anak berseronok! Very magical!

Page 4: Destinasi IDEAL -  · PDF fileyang tinggi. Saya suka ke Pasar Seni Ubud untuk membeli kraftangan seperti lukisan, kain batik dan beg anyaman tikar. MEstI MAkAn

sukAn LAsAk… Saya juga tidak ketinggalan dan telah mencuba sukan lasak kite ski ini. Ia merupakan gabungan sukan kite surfing dan kite boarding dengan menggunakan layang-layang khas. Faktor angin penting dalam sukan ini.

MEncABAr tApI BEst…Saya terjatuh sehinggakan muka diheret salji tapi ia amat seronok! Satu pengalaman yang menakjubkan. Saya rasa seperti terapung atas salji!

BuDAyA norwEgIAn…Saya sarankan Norway sebagai destinasi terbaik untuk mencuba sukan kite ski kerana salji di Norway kering dan teksturnya lebih lembut. Seperti budaya di sana, sukan skiing sudah menjadi aktiviti yang menjadi kegamaran penduduk Norway yang rata-rata gemar bersukan. Fo

to: Ih

san

haja

r a

lI d

an

ww

w.t

pg

Imag

es.c

om

Hajar Ali, 35 thnpEngAsAs urBAnE noMADs

+ sukAnCuti

Pergerakan tubuh harus sentiasa mengikut arah angin. Suhunya boleh turun hingga 20 darjah selsius. Ini belum termasuk faktor angin. Bagi yang sudah mahir, mereka boleh membuat lagak lompat sambil kite skiing.

fIrst tIMEr…Bagi yang pertama kali ini mencuba sukan ini, anda akan diberikan latihan secukupnya dan segala alat keselamatan turut disediakan. Jika anda mempunyai pengalaman dalam downhill skiing, ia akan lebih mudah untuk melakukan sukan ini.

kEInDAhAn sEkELILIng…Selain sukan, jangan lupa untuk menikmati keindahan landskap Norway yang terkenal seperti fjords atau danau yang panjang. Jika bertuah, anda boleh nampak aurora borealis, fenomena lampu kemerahan dan kehijauan di langit gelap. Musim dan cuaca memain peranan untuk melihat fenomena tersebut. Selalunya ia dijangkakan timbul pada lewat musim gugur dan salji serta awal musim bunga!

nORwAy

destInAsI