cara kebudayaan malaysia menyatukan rakyat

11
1.a Huraikan amalan budaya mengenai tiga kumpulan etnik di Malaysia dan bagaimana kepelbagaian budaya dapat menyumbang kepada keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Namun begitu, kaum Melayu, Cina dan India merupakan tiga etnik utama di Malaysia dan telahpun menetap di Malaysia selama 5 abad. Setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan masing-masing yang telah diwarisi sehingga hari ini. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kebanyakkan adat orang melayu juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual. Tarian Masyarakat Melayu, Makyong ialah satu tarian drama Melayu tertua yang berasal dari negeri Siam. Tarian ini dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh bangsa Melayu, terutamanya ke negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Pada asalnya, Makyong hanya dipersembahan di istana sahaja. Alat muziknya dipengaruhi oleh alat mizik lama, seperti rebab iaitu sejenis perkakas alat muzik yang memakai tiga utas tali yang digesek seperti biola, tetapi bezanya ia mempunyai ukiran dan dicat dengan warna-warni yang merupakan percampuran kesenian Siam dengan Melayu. Gendang, geduk, gedombak, celempong, gong dan sepasang buluh yang panjangnya sekira-kira 18 inchi untuk tempoh irama dalam lahu Makyong ini ikut sama dalam tarian itu. Dalam satu pasukan Makyong adalah mengandungi kira-kira 20 orang lelaki dan perempuan termasuk ahli seni bunyian dan serombnongan penari perempuan yang digelar "Jong Dondang". segala jalan cerita dilakonkan itu bukanlah dengan bertulis tetapi dijalan dengan berhafal. Cerita yang dilakukan oleh Makyong berasaskan cerita dongeng dan khayalan, cerita jin dan mambang, dan

Upload: leong-chunhung

Post on 16-Feb-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

WAJ 3106

TRANSCRIPT

Page 1: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

1.a Huraikan amalan budaya mengenai tiga kumpulan etnik di Malaysia dan

bagaimana kepelbagaian budaya dapat menyumbang kepada

keharmonian hubungan etnik di Malaysia.

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup

dengan harmoni. Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira

80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan

Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Namun begitu, kaum Melayu, Cina dan India

merupakan tiga etnik utama di Malaysia dan telahpun menetap di Malaysia

selama 5 abad. Setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan masing-

masing yang telah diwarisi sehingga hari ini.

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan

santunnya. Kebanyakkan adat orang melayu juga merupakan peraturan

terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Tarian Masyarakat Melayu, Makyong ialah satu tarian drama Melayu

tertua yang berasal dari negeri Siam. Tarian ini dibawa masuk ke Tanah Melayu

oleh bangsa Melayu, terutamanya ke negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Pada asalnya, Makyong hanya dipersembahan di istana sahaja. Alat muziknya

dipengaruhi oleh alat mizik lama, seperti rebab iaitu sejenis perkakas alat muzik

yang memakai tiga utas tali yang digesek seperti biola, tetapi bezanya ia

mempunyai ukiran dan dicat dengan warna-warni yang merupakan percampuran

kesenian Siam dengan Melayu. Gendang, geduk, gedombak, celempong, gong

dan sepasang buluh yang panjangnya sekira-kira 18 inchi untuk tempoh irama

dalam lahu Makyong ini ikut sama dalam tarian itu. Dalam satu pasukan

Makyong adalah mengandungi kira-kira 20 orang lelaki dan perempuan termasuk

ahli seni bunyian dan serombnongan penari perempuan yang digelar "Jong

Dondang". segala jalan cerita dilakonkan itu bukanlah dengan bertulis tetapi

dijalan dengan berhafal. Cerita yang dilakukan oleh Makyong berasaskan cerita

Page 2: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

dongeng dan khayalan, cerita jin dan mambang, dan sebagainya. Jarang sekali

mengupas cerita kehidupan masyarakat di sekelilingnya.

Permainan gasing dan wau merupakan permainan tradisonal kaum

melayu. Permainan gasing memerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di

merata-rata tempat di negara Malaysia. Gasing yang besar amat popular di

Kelantan dan Terengganu. Ia dimainkan selepas musim menuai. Di pantai barat

Semenanjung gasing yang dimainkan adalah jenis yang kecil dan mempunyai

pelbagai bentuk. Layang-layang atau Wau amat digemari oleh penduduk-

penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang

lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,

Terengganu, Kedah dan Perlis.

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki iaitu baju Melayu Terdapatnya tiga

jenis baju Melayu bagi kaum lelaki iaitu baju gunting cina, baju cekak musang

dan baju teluk belangga. Baju gunting cina merupakan pakaian yang biasanya

dipakai di rumah dan waktu bertamu ke rumah kerabat terdekat. Baju ini akan

dilengkapi dengan celana dan songkok. Baju cekak musang selalunya dipakai

dalam pertemuan setengah rasmi atau acara keluarga seperti kenduri. Pada

perayaan hari raya dan majlis perkahwinan, baju teluk belanga biasanya menjadi

pilihan kaum lelaki samaada yang dewasa mahupun kanak-kanak. Cara

pemakaian baju cekak musang dan baju teluk belanga adalah berbeza. Samping

baju teluk belanga biasanya dipakai di luar manakala samping baju cekak

musang dipakai di dalam.

Pakaian kaum perempuan melayu yang biasa dipakai iaitu baju kurung

dan baju kebaya. Baju kurung merupakan baju bersopan yang berciri

keselesaan, longgar, labuh dan panjang. Kelengkapan baju kurung terdiri

daripada selendang atau tudung. Baju kurung mempunyai paten yang tidak

sama seperti baju kurung Johor, Pahang, Kedah, moden dan sebagainya. Baju

kebaya pula mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya

pendek. Potongan baju kebaya labuh yang juga dikenali sebagai baju panjang

Page 3: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

mempunyai labuh baju yang dikecilkan sedikit mengikut bentuk badan pemakai.

Baju kebaya pendek pula telah diubahsuai iaitu mempunyai sulaman berbiku di

bahagian hujung lengan dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.

Kelengkapan baju kebaya lazimnya terdiri daripada selendang, aksesori dan

sebagainya. Selain baju kurung dan baju kebaya, terdapat juga jenis baju yang

lain seperti baju kebarung, baju jubah, baju kaftan dan lain-lain.

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia

akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut

juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan

puasa pada bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan

harinya berdasarkan Takwim Tahun Islam.

Di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah

pada setiap tahun. Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan

membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini dengan

menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat

berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang

datang berkunjung ke rumah.

Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap

anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu

makanan asasi rakyat di negara kita.

Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan

untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari

yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke

rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil

kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim. Bagi

kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian

yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa.

Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh

Page 4: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan

menggembirakan anak-anak yang masih muda.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna

pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak

tertentu. Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan

untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah

istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir.

Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku

dialek.Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Teochew,

Hainan, dan Fuzhou(Hokchiu). Masyarakat cina juga mengamalkan pelbagai

bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka.

Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur

sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka,

pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.

Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.

Pada asasnya, adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa

peringkat iaitu adat merisik, penetapan hari pertunangan dan hari perkahwinan.

Dalam upacara menetapkan hari pertunangan, khidmat tukang tilik digunakan

untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku. Hari

perkahwinan diadakan setelah bertunang mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pada malam hari perkahwinan, saudara mara dan kawan akan dijemput

menghadiri kenduri.

Di samping itu, pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan

oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan

bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk. Sebagai contoh, wanita

mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi

yang lahir akan mengalami kecacatan. Mereka juga terpaksa berpantang selama

40 hari selepas melahirkan anak. Seperti masyarakat melayu, mereka turut

mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan. Masyarakat

Page 5: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka

menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.

Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh

masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender

mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi

kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada

malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian

bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina

adalah perayaan Chap Goh Meh.

Pada asalnya, busana kaum cina berlapis-lapis, penuh dengan sulaman

benang emas dan sutera. Pada masa kini walaupun telah diubahsuai. Jubah

labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam

upacara majlis. Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan

menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam

hias benang emas dan sutera.

Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis

makanan. Salah satu daripadanya adalah kuih bulan. Kuih bulan merupakan

sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim

luruh. Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki inti biji buah

teratai di tengahnya.

Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional

dalam budaya cina. Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.

Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh

menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah. Gerakan-gerakan dalam

persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan

maruah. Tarian singa juga merupakan adat warisan masyarakat cina. Antara dua

tarian singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa

Selatan”.

Page 6: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga

salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah

masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India

juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan

kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan

oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan

masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.

Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai

suku kaum.

Perkahwinan masyarakat India iaitu Thirumanam bermaksud penyatuan

atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal

hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india

iaitu Vaitikat Thirumanam, Tamil Thirumanam, dan Diya Thirumanam yang

dijalankan berlandaskan suku kaum India. Adat yang dilakukan dalam

perkahwinan adalah untuk menghormati, mendapat restu dan menandakan

pasangan telah menjadi suami isteri secara rasmi.

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,

iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.

Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,

dimana jasad akan hancur, tetapi roh kembali ke alam barzakh. Dalam

masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan

upacara ini pelbagai adat di tentukan, iaitu Thaali vaangutal dan upacara

vaikkarasi. dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak

sulung akan membawa kollic catti untuk bapa yang telah meninggal dunia dan

anak bongsu untuk ibu. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur

rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti

rambut yang baru tumbuh.

Kaum india merayakan perayaan Deepavali, Thaipusam, dan

Ponggal pada setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan

Page 7: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.

Selepas itu, penganut hindu akan mengunjungi kuil untuk memberikan kalungan

bunga kepada patung dewa hindu. Perayaan Thaipusam pula merupakan

perayaan yang menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka

bumi. Sebahagian penganut hindu melakukan Nazar yang membawa maksud

memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan . Jika permohonan dikabulkan,

maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Ponggal diraikan

secara beramai-ramai dengan memasak menggunakan periuk yang

kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan

masa mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan

kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal dianggap sebagai hari

masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Pakaian bagi kaum lelaki India dilengkapi dengan turban yang diperbuat

daripada lembaran kain yang berwarna putih yang panjang. Pakaian ini hanya

boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak

berminat dengan pakaian tersebut. Golongan ceti juga sering memakai dhoti.

Mereka memakai kain tersebut yang dililit dibahagian pinggang dan diikat pada

celah peha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Pakaian bagi kaum wanita ia

lah Sari. Ia merupakan pakaian seharian dan pakaian pada musim perayaan.

Sari digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja memakai skirt labuh

(henga) yang dipadankan dengan baju lengan pendek atau choli.

Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia. Roti canai

biasa dijual di restoran mamak. Makanan ini kini sangat disukai bukan sahaja

kaum India tetapi rakyat Malaysia.

Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung.

Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut

sehingga terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor,

roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain. Ia dimakan

sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan

Page 8: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Roti canai biasa disaji bersama dengan

sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti

adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan,

menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai

dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni

"Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama

bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal

dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Roti canai di India dan

Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti

canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Setelah memperkenalkan budaya tradisional kaum Melayu, Cina dan

India, kita dapat mendapati terdapat persamaan dan perbezaan budaya setiap

kaum. Walaubagaimanapun, kepelbagaian budaya di Malaysia bukan sahaja

diamalkan oleh etnik masing-masing, malah ia juga menyumbang kepada

keharmonian hubungan antara etnik di Malaysia.

Pertama sekali, permainan Wau dan Gasing telah mengeratkan

hubungan semua rakyat Malaysia terutamanya di pantai timur semenanjung

Malaysia. Wau bulan amat popular di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini

kerana kawasan tersebut terletak di kawasan berangin kuat. Oleh itu, kanak-

kanak yang tinggal di tepi pantai sentiasa bermain wau pada waktu petang, tidak

kira kaum Melayu, Cina, India ataupun kaum lain. Selain itu, terdapat juga rakyat

Malaysia membuat tempahan untuk membeli wau bulan yang cantik dan besar

untuk menjadikan hiasan di dalam atau rumah. Semasa musim pertandingan

wau, iaitu pada musim kemarau setelah selesai menuai padi terdapat banyak

pertangingan wau dianjurkan di sekitar pantai timur semenanjung Malaysia.

Pertandingan ini biasanya disertai oleh 2 golongan utama, iaitu golongan kanak-

kanak dan orang dewasa. Melalui pertandingan wau, rakyat Malaysia dapat

mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa dan budaya.

Page 9: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

Bagi permainan gasing, ia juga dimainkan selepas musim menuai. Ia

digunakan sebagai hiburan setelah penat menuai padi. Selain dimainkan pada

waktu harian, terdapat juga pertandingan gasing di Malaysia. Semua peserta

yang menyertai pertandingan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bermain

gasing. Semasa pertandingan, rakyat yang berbilang kaum dari perumahan yang

berdekatan akan datang menonton dan memeriahkan tempat pertandingan.

Semasa pertandingan, para penonton akan memberi sorakan kepada pemain

yang mereka rasa akan menang. Selain itu, mereka juga akan saling berbincang

tentang kemahiran pemain yang sedang bertanding. Dengan ini, ia permainan ini

menjadi satu topik kepada rakyat yang berbilang kaum di malaysia untuk

berkongsi pendapat dan pandangan seterusnya mengeratkan hubungan antara

satu sama lain.

Seterusnya, pakaian tradisional kaum melayu turut dijadikan pakaian

rasmi dalam majlis tertentu dan guru perempuan juga dikehendaki memakai baju

melayu pada hari Khamis. Pakaian ini telah menjadi budaya yang milik raakyat

Malaysia dan bukan lagi pakaian khas untuk kaum Melayu. Dalam Program

Latihan Khidmat Negara, terdapat juga peserta kaum lain cuba memakai baju

melayu atas rasa ingin tahu tentang perbezaan pakaian yang berlainan kaum.

Dalam perayaan Hari Raya dan bulan Ramadan, kita juga dapat

memperlihatkan dengan jelas bagaimana makanan melayu mengeratkan

hubungan semua rakyat di Malaysia. Semasa kaum Melayu berbuka puasa pada

waktu petang, kaum lain turut ikut serta ‘berbuka puasa’ dan menjamu selera

bersama-sama. Kita dapat memperlihatkan rakyat yang berbilang kaum

mengunjung dari gerai ke gerai sambil membeli makanan yang ingin dicuba.

Walaupun kebanyakan makanan kaum Melayu dimasak pedas, tetapi ia tidak

menghalang kaum lain mencuba makanan mereka kerana makanan mereka

tetap sedap walaupun tidak ditambah kuah pedas. Terdapat juga penjual yang

prihatin akan sediakan makanan yang kurang pedas kepada pembeli kaum lain.

Page 10: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

Semasa perayaan Hari Raya, kaum Melayu akan saling kunjung

mengunjungi dan saling bermaaf-maafan. Terdapat juga golongan Melayu yang

akan menjemput rakan mereka untuk menhadiri rumah terbuka. Apabila rakan

datang, mereka akan menghidangkan pelbagai kuih buatan sendiri dan makan

bersama-sama sambil bergembira. Kanak-kanak pula akan diberikan duit raya.

Dalam kebudayaan kaum Cina pula, Perayaan Tahun Baru Cina juga

mengeratkan hubungan dengan kaum yang lain. Seperti perayaan Hari Raya,

kaum Cina juga akan membuat rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina.

Semasa rumah terbuka, golongan yang sudah berkahwin perlu memberi angpau

kepada mereka yang belum berkahwin. Oleh itu, kanak-kanak akan berasa amat

gembira kerana mereka akan dapat banyak angpau semasa Tahun Baru Cina.

Dalam rumah terbuka, biasanya tuan rumah akan menjemput Tarian Singa atau

tarian naga membuat persembahan di rumah mereka untuk meriahkan lagi

suasana di rumah. Kanak-kanak dari kaum lain turut akan menonton bersama.

Pada asalnya, tarian singa hanya ditari oleh kaum cina sahaja. Akan

tetapi, kini ia juga ditari oleh kaum lain setelah mereka dilatih oleh jurulatih

berkenaan. Tarian singa bukan sahaja ditari semasa Tahun Baru Cina, melah ia

juga ditari apabila dijemput oleh orang lain. Pernah sekali sepasang pengantin

kaum Melayu menjemput kaum cina untuk membuat persembahan tarian singa

dalam perkahwinan mereka.

Selain daripada perayaan Tahun Baru Cina, rakyat kaum lain juga

menyertai Dragon Boat festival. Dalam perayaan tersebut, sekumpulan orang

yang terdiri daripada rakyat yang pelbagai kaum akan berlumba merakit perahu

naga. Dalam pertandingan tersebut peserta yang berbilang kaum akan berusaha

dan bekerjasama untuk merakit ke garisan penamat.

Kaum India terkenal dengan makanan tradisional mereka, ia itu roti canai.

Makanan ini adalah makanan yang murah dan disukai oleh rakyat di Malaysia

tanpa mengira kaum. Semasa pertandingan bola sepak ataupun pertandingan

sukan, kita boleh mendapati restoran mamak yang diusahakan oleh kaum India

Page 11: cara kebudayaan Malaysia menyatukan rakyat

penuh dengan orang. Para pengunjung akan memesan roti canai dan secawan

minuman seterusnya menonton pertandingan sukan bersama rakannya di

restoran mamak kerana terdapat televisyen. Apabila bola masuk goal, suasana

restoran akan menjadi sangat meriah. Para penonton akan menjeritkan

kegembiraan mereka dan ada juga yang berasa kecewa kerana pihak lawan bagi

kumpulan yang disukainya mendapat goal. Walaubagaimanapun, tidak ada

pergaduhan yang berlaku. Dalam perkara ini, kita boleh mendapati makanan ini

telah menjadikan restoran mamak sebagai salah satu tempat untuk rakyat yang

berbilang kaum menikmati keseronokan.

Melalui perayaan, makanan dan pakaian pelbagai kaum di Malaysia, kita

boleh mendapati kepelbagaian budaya tidak menghalang rakyat yang berbilang

kaum mencapai keharmonian dan bersatu padu. Secaran langsung dan tidak

langsung, kebudayaan berbilang kaum telah merapatkan lagi hubungan antara

kaum melalui keadaan yang dinyatakan di atas.