bebekapa aspek pembangunan , . kebitdayaan ......kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah...

10
BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 25-Nov-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN

, . KEBITDAYAAN KEBANGSAAN

MALAYSIA

Page 2: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

BEBERAPA ASPEK PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Suntingan AZIZ DERAMAN

Kementerian Kebudayaan. Belia dan Sukan Malaysia.

iii

Page 3: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA

KEBUDA Y AAN KEBANGSAAN MALAYSIA MESTI­LAH BERTERASKAN KEPADA KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU INI.

UNSUR-UNSUR KEBUDA Y AAN LAIN YANG SESUAI DAN WAJAR BOLEH DITERIMA MENJADI UNSUR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN; DAN

ISLAM MENJ ADI UNSUR YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN KEBUDA Y AAN KEBANGSAAN ITU.

v

Page 4: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

Prakata

Pendahuluan

BAHAGIAN I

KANDUNGAN

I. Kearah Pengwujudan Kebudayaan Kebangsaan . Oleh: Balzaruddin Haji Musa

Halaman vii

viii

2. Konsep Kebudayaan Kebangsaan: Kearah 11 Pemupukan dan Pengembangannya.

3. Perancangan dan Pentadbiran Keblldayaan di 23 Malaysia: Masalah Perancangan dan Kearah Penglibatan Rakyat.

Ofeh: Ismail Zain

BAHAGfAN IT 4. Kearah Menggalak dan Memperkembangkan 47

Keilmuan dan Pemikiran Keblldayaan. OTeh: Aziz Deraman

5. Beberapa Aspek Kepentingan Mengenai Sumber- 63 Sumber Kebudayaan MelaYll dan Usaha-Usaha Pendokumentasiannya.

Oleh: Drs. Abd. Rahman AI-Ahmadi

BAHAGIAN lIT 6. Kesenian Daerah Dalam Pembentukan Kesenian 87

Kebangsaan Malaysia. Oleh: Ismail Zain

7. Penc1idikan Seni dan Pembangunan Masyarakat: 93 Pengisian Unsur Pribumi dalam Konteks Bentuk dan lsi.

Oleh: Ismail Zain

8. Perkembangan Muzik Tradisi / Ethnik di Malaysia. 99 Oleh: Ayub Ismail

9. Tarian dan Arah Perkembangannya di Malaysia. 104 Oleh: Ahmad Omar

10. Sepintas Lalu Tentang Ciri-Ciri Kepinggiran 122 Teater di Malaysia.

OTeh: Ismail Zain

II. Pembangunan Kebudayaan: Peranan Galakan 128 dan Latihan.

OTeh: Mohamed Ibrahim

12. Hujungan 135

vi

, \

Page 5: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

PRAKATA

Usaha Kerajaan untuk mengwujudkan satu Kebudayaan Ke­bangsaan di negara ini bukanlah suatu usaha yang mudah dan ringan. Usaha ini memerlukan penekanan dan ketabahan hati. Dasar Kebudayaan Kebangsaan negara kita adalah berteraskan kepada Kebudayaan Melayu (dalam ertikata luas dan sempitnya). Unsur-unsur lain yang sesuai dan wajar memanglah juga diterima selagi ianya tidak bercanggah dengan prinsip Dasar Kebudayaan tadi dan Islam sebagai agama resmi negara.

Kita tidaIc maIm melihat Kebudayaan Kebangsaan itu sebagai suatu kebuclayaan yang tidak dapat menunjukkan keperibadian dan mutunya yang tinggi. Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan dari masa kesemasa sesuai dengan perubahan zaman dan kehendak-kehendak masya­rakatnya. Kita mahu melihat sem ua rakyat negara ini, Melayu. lain-lain suku pribumi, China dan India menghormati dan menyan­jung tinggi kebudayaan negara kita. Untuk menanamkan kesedaran saperti ini memanglah sukl;i r dan mengambil masa yang lama. Bagaimana pun perkara ini bukanlah suatu perkara yang mustahil pula. Kejayaan perlaksanaannya bergantung kepada kita semua.

Malaysia wajib mempunyai Kebudayaan Kebangsaannya sendiri bagi mencapai mtalamat perpaduan bangsa dan negara, keperi­badian kebangsaan dan kearah memperkaya serta mempertinggikan kualiti kehidupan kemanusiaan dan rohaniah yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi. Sebagai sebuah negara, negara kita mestilah diisi dengan pembangunan jasmani dan rohani. Pengolah­an kebudayaan mestilah dilakukan supaya dapat memanifestasikan pengwujudannya dan melahirkan identiti negara daJam keluarga bangsa-bangsa di dunia. Oleh itu langkah mengwujudkan Ke­budayaan Kebangsaan yang boleh diterima oleh rakyat negara ini adalah merupakan hasrat yang paling utama.

Me<;kipun buku ini tidaklah mencakupi setiap aspek pem­banglman kebudayaan, saya harap sekurang-kurangnya ia dapat memberikan gambaran tentang cita-cita pembinaan kebudayaan, rasionaJitinya, usaha-usaha dan sed ikit sebanyak panduan dalam menyusun kegiatan kebudayaan. Buku ini saya kira berguna untuk pertubuhan-pertubuhan. institusi, badan-badan saperti M~ilis-mailis Kebudayaan. Jabatan-jabatan Kebudayaari dan kita semua yang mahu menegakkan keperibadian bangsa.

Sekian

Ogos, 1978

HAJI ABDUL SAMAD lORIS Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Malaysia.

vii

Page 6: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

PENDAHULUAN

Pembangunan Kebudayaan sesungguhnya tidak dapat dipisah­kan dengan pembangunan negara. Pembangunan selama ini telah dibuat dengan penakrifan yang menekankan: sehinggakan apa-apa jua pembangunan hanyalah dirujukkan kepada 'Pembangunan Ekonomi' . Perubahan mengenainya telah dirasakan selepas Dasar Ekonomi Baru dikemukakan sebagai penjelmaan dari peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut merupakan manifestasi yang jelas dari satu masyarakat yang sakit yang mengalami berbagai masalah sosial dan kebudayaan yang menghadapi ujian yang paling genting dalam pembenaan sebuah negara yang merdeka dan bersatupadu.

Masalah perpaduan rakyat dan keadilan masyarakat tidaklah semata-mata dapat dicapai dengan hanya melalui aktiviti politik dan ekonomi tetapi sebaik-baiknya adalah menerusi satu matlamat yang sarna didalam kehidupan sosial dan kebudayaan kita. Satu tugas yang maha be rat sekarang yang mahu atau tidak mahu harus dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan jujur ialah memenuhi cita-cita menyusun semula masyarakat di dalam negara kita disamping faktor-faktor ekonomi bagi membasmikan ke­miskinan. Pemisahan demografi masyarakat kita diantara luar­bandar dan bandar, antara kawasan perusahaan dengan kawasan pertanian, antara golongan berada dengan tidak berada dan diantara satu kaum dengan satu kaum yang lain wajiblah dicari cara-cara penyelesaian segera.

Pembangunan ekonomi hanyalah merupakan sebahagian dari­pada pembangunan manusia secara keseluruhannya dan kerana itu hasrat dan cita-cita melahirkan satu identiti bangsa dan negara tidak dapat dicapai melalui rancangan tersebut semata-mata. Di datam konsep pembangunan negara yang sebenarnya selain dari ciri-ciri kemajuan ekonomi dan sosial, maka ciri-ciri pembenaan negara dari sudut kejiwaan dan spiritual mestilah digandingkan seimbang dari masa ke semasa.

AhIi-ahli sains politik biasanya menekankan dua matlamat penting bagi sesuatu negara membangun seperti Malaysia ini yakni dari sudut pembenaan negara dan kemajuan ekonomi sosialnya. Pembenaan negara adalah melibatkan pendirian warganegaranya dan sesebuah negara tidak akan sempurna dibena jika umpamanya tidak ada ketaat-setiaan atau rakyat tidak mempunyai suatu cita-cita dan hasrat di dalam mempertahankan negara mereka. MatIamat pembenaan negara itu seharusnya di semai melalui ciri­ciri persa maan yang pokok dikalangan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan lapisan hidup. Fakta-fakta ini perlu diseimbang­kan dengan kemaiuan ekonomi dan sosial rakyatnya. Kedua-dua matlamat ini tidaklah dapat dipisahkan; tetapi Malaysia sesungguh­nya telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dalam

viii

Page 7: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

bidang ekonomi dan sosial yang dimungkinkan oleh iklim dan alam serta kecekapan kepimpinan negara. Pembenaan negara yang selama ini kurang diberikan perhatian terhadapnya memerIu­kan peranan dan penekanan yang sebenar-benar supaya masalah ini dapat dihadapi dengan cara yang tegas dan segera.

Kepincangan keperibadian manusia akan ujud jikalau pem­bangunan ekonomi sahaja yang diutamakan yakni apabila manusia itu hanya memandang kepada kekayaan material semata-mata dan langsung mengejar aspek-aspek luaran kehidupan manusia; sedangkan jiwa dan semangat mereka hampir-hampir kosong dan tidak bererti. Pembangunan kebudayaan adalah bertujuan untuk mengatasi kekosongan jiwa yang disebutkan itu. Didalam konteks inilah dapat kita lihat bagaimana kepentingan Rukunegara sebalZai falwfah kenegaraan yang dapat menjadi panduan dan ikutan kepada semua golongan rakyat negara kita termasuk para perancang sendiri. Prinsip-prinsip Rukunegara itu ternyata adalah lahir dari kesedaran nilai dan norma kebudayaan yang tinggi dikalangan masyarakat kita : Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan NeRara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesllsilaan. Kelima­dasar ini akan menjadi panduan yang baik jika semuanya di­praktikkan di dalam pemikiran dan tindak tanduk kita semua.

Di dalam proses kita menglljudkan satu negara yang kuat berasaskan ekonomi seluruh rakyat maka cita-cita ini hanya dapat disalurkan melalui satu kebudayaan yakni di dalam konteks dan penakrifan yang amat Il.Ias itu merangkumi keseluruhan kompleks cara-cara hidllP bangsa kita baik yang berbentuk rnmerial, atau non-material di dalam bidang-bidang adat istiadat, kesenian. llndang-u ndang, moral , perancan~an luar bandar, kemlldahan­kemud ahan sosio-ekonomi dan lain-Iainnya yang secara tegas mestilah dirasakan oleh semlla pihak.

Bllku ini adalah diterbitkan sebagai llsaha-usaha dalam sid mengllmpulkan kertaskerja-kertaskerja yang pernah dihasilkan di Kementerian ini yang ada hllbllngan dengan tllgas penting dan cara-cara pelaksanaan satu-satll bidang itu dapat dilakukan yang merupakan sllatu pandangan Kementerian tetapi tidak semestinya menggambarkan setiap aspek yang berhllbllng dengan permasalahan ini.

Konsep kebudayaan kebangsaan dan masalah pembangunannya I dibawah tajuk yang berjlldul "Kearah Pengujudan Kebudayaan

Kebangsaan" yang disarankan oleh Sdr. Baharuddin Haji Musa dengan jelasnya memberikan satu gambaran terhadap kehendak­kehendak didalam penglljudan kebudayaan di negara ini. Corak kebudayaan yang hendak ditimbulkan itu semestinya mengandungi segala unsur yang telah lama ujud di negara ini dan bukannya mencirikan apa-apa juga yang datang mendadak. Perkembangan

ix

Page 8: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

budaya kita telah memberikan satu identiti dan satu kebudayaan yang dapat dibanggakan kerana mempunyai nilai yang tinggi sebagai lanjutan dari ratusan dan ribuan ahli kebudayaan kita yang telah lalu. Konsep yang telah diterima sebagai teras Kebudayaan Kebangsaan itu ternyata kerasionalannya berdasarkan fakta-fakta pensejarahan dan realiti kehidupan manusia Malaysia ini. Kebudayaan yang tumbuh dan berkembang selama ini adalah Kebudayaan Melayu yakni Kebudayaan rakyat Serantau di Alam Melayu yang telah menerima dan berkeupayaan besar mengubah­suaikan unsur-unsur pengaruh luar menerusi pertembungan sosio-

' budayanya dari zaman ke zaman itu. Saranan ini dihuraikan dibawah "Konsep Kebudayaan Kebangsaan: Kearah Pemupukan ./ dan Pengembangannya". Kita memerlukan tindakan-tindakan yang teratur untuk mencapai cita-cita itu dan di sini lah Kementerian Kebudayaan. Belia dan Sukan memainkan peranannya termasuklah didalam usaha-usaha mendapatkan kerjasama didalam perancangan kebudayaan dengan sempurna seperti yang disarankan oleh Sdr. Ismail Za.in didalam kertasnya "Perancangan dan Penladbiran Kebudayaan di Ma!aysia: Masalah Perancangan dan KeG/·ah Penglihalan Rakyat" tetapi ianya juga adalah cita-cita untuk membena satu negara yang bersatu melalui satu kebudayaan kebangsaan yang tidaklah dapat hanya dilaksanakan melalui ucapan dan kata-kata semata-mata.

Perancangan kebudayaan sebagai satu-satunya yang berhubungan dengan kehidupan kita dan dengan pengetahuan masyarakat mesti­lah dapat disalurkan menerusi berbaga i-bagai ajensi. badan ber­kanun bahkan juga swasta sendiri supaya ciri-ciri kebudayaan nasional yang telah ditetapkan itu dapat diterima sebagai hak milek bersama bangsa Malaysia. Suatu tajuk mengenai "Kearah Penggala/wn dan Memperkembangkan Keilmuan dan Pemikiran Kebudayaan". telah cuba memperlihatkan pemasalahan kebuda ­yaan itu didalam konteks yang lebih luas dan bagaimanakah pula polisi kebudayaan yang sesungguhnya adalah ras ional itu dapat didokong bersama oleh selllruh lapisan masyarakat baik didalam konteks sosio-ekonomi dan konsep pembenaan negara ini sendiri. Kerjasama dan kesedaran berbagai institusi didalam negara ini sesunggllhnya amatlah penting. Sdr. Drs. Abd. Rahman AI­Ahmadi dengan "8eberapa Aspek Kepentingan Mengenai Sumber­Sumber Kebudayaan Melayu dan Usaha-Usaha Pendokumentasian­nya" pula cuba melihat titik-titik sejarah masalah pendokumenta­sian keblldayaan negara kita. Konsep kita dan konsep ini juga yang diterima oleh UNESCO mengenai kebudayaan Melayu. sesungguhnya amat luas dan jelas berdasarkan fakta-fakta pense­jarahan sosio-budaya di rantau ini sendiri yang terkenal dengan amat kaya tentang warisan budayanya merangkumi ciri-ciri kebudayaan Indonesia. Filipina. Thailand. negara-negara Kepulauan Pasifik dan sehinggalah ke Malagasi di Timur Afrika.

x

Page 9: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

Menerusi Kebudayaan matI am at yang hendak dicapai ialah:

i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Ke­budayaan Kebangsaan. /

ii) Memelihara, mengembang dan mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan kem·ah pengwujudan keperibadian kebangsaan.

iii) Memperkaya dan mempertinggikan kualiti kehidupan ke­manusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan sosio­ekonomi.

Dalam apa jua kaedah yang sesuai matlamat-matlamat ini haruslah dapat dirangkaikan dalam perencanaan terhadap kesejahteraan manusia baik individu maIm pun masyarakat di negara kita. Peranan kebudayaan adalah jelas bagi menanam nilai-nilai positif yang akan memajukan usaha-usaha sosio-ekonomi. Tanggung­jawab ten tang kebudayaan itu adalah tanggungjawab bersama dan oleh itu kesedaran kebudayaan perlu sekali dipupuk supaya hasrat pembentukan Kebudayaan Kebangsaan negara kita akan menye­luruh disegenap lapisan rakyat.

Peranan kita adalah kearah mengwujudkan Kebudayaan Ke­bangsaan. Masalah ini samalah saperti masalah mendaulatkan Bahasa MeJayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa resmi negara dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Jadinya, Kebuda­yaan Kebangsaan itu haruslah dibedakan dengan kebl.1dayaan kesukuan at au kebudayaan kaum. Berdasarkan riga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu, kita mempunyai tanggapan baha­wa. . .. Kebudayaan Kebangsaan akan merupakan kebudayaan yang mengatasi kebudayaan-keblldayaan sukuan atau kaum dan akan merang!wmkan ciri-ciri penting mengenai lambang-lambang dan institusi-institusi kebangsuan yang dapat menimbulkan emosi dan kepunyaan kita bersama. Kebudayaan yang dicita-citakan itu bukanlah kebudayaan yang berbentuk sl.1kuan at au kaum tetapi akan merupakan kebudayaan rakyat yang mengandungi keselu­ruhan kompleks unsur-unsur budaya rakyat asal rantau ini mene­rusi hasil-hasil ciptaan nasional dalam bidang-bidang kesenian, falsafah, pemikiran, manifestasi, nilai, pengetahuan, etika dan estetika, bahasa dan kesusasteraan, sosio-ekonomi, sejarah, ke­percayaan, moral, undang-undang dan cara-cara kehidupan bangsa yang dikenafi sebagai bangsa Malaysia. Manakala kebudayaan sukuan atau kaum adalah kebl.1dayaan yang diamalkan oIeh suku kaum yang terdapat di negara kita samada oleh orang-orang In~ia, China, Iban, Kadazan, Murut, Melanau, Bajau dan sebagainya dan kebudayaan ini akan menjadi warisan sesuatu suku kaum itu sendiri. Meskipun begitu unsur-unsur yang sesuai dan wajar dari

xi

Page 10: BEBEKAPA ASPEK PEMBANGUNAN , . KEBITDAYAAN ......Kebudayaan rakyat asal rantau ini aclalah memperlihatkan kecemerlangannya sejak berabad lamanya dan hakikat ini mestilah diperkukuhkan

kebudayaan sukuan atau kaum itu boleh diterima menjadi unsur­unsur Kebudayaan Kebangsaan apabila tidak bercanggah dengan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu sendiri yang berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini (dalam ertikata luasnya, Ke­budayaan Melayu dan Pribumi) dan Islam sebagai unsur yang penting dan sesuai pula dengan kedudukannya sebagai agama resmi negara. Ciri-ciri dari kebudayaan sukuan atau kaum yang didapati sesuai dan mencirikan unsur-unsur kebangsaan akan juga menjadi ciri-ciri kebangsaan dan mana yang tidak, seharusnya akan tetap menjadi amalan sukuan atau kaum. Perkara ini sesuai pula dengan hasrat Perlembagaan negara yang menjamin hak asasi rakyat dan Rukunegara yang menjamin warisan tradisi dan budaya secara liberal.

Kebudayaan itu juga mestilah dilihat dalam bidang-bidangnya yang am at luas, iaitu termasuk bukan sahaja kesenian saperti seni-tari, seni-rupa, seni-ukir, muzik atau sebagainya tetapi juga cara-cara kita hidup, adat istiadat, nilai, norma, kawalan masya­rakat dan peraturan-peraturan kehidupan yang mengekalkan per­hubungan masyarakat dan cita-cita serta semangat yang positif terutamanya dalam aspek-aspek pembangunan jasmani dan rohani. Kebudayaan yang sang at luas itu sesungguhnya adalah merang­kumi bidang-bidang non-material sapcrti filsafat (estetika, etika, logika, meta-fizika, epistemologi atau filsafat khusus mengenai hukum, sejarah dan sebagainya); ilmu pengetahuan (sains sosial, i1mu kemanusiaan dan sebagainya); kesenian (seni muzik, seni tari, seni-rupa, drama, teater, sastera dan sebagainya); adat istiadat (kaedah-kaedah yang berhubung dengan budaya saperti kesusilaan, kebiasaan masyarakat, istiadat dan sebagainya); bahasa (termasuk lisan dan tulisan); kepercayaan (tcrmasuklah ugama budaya atau filsafat kepercayaan, ideologi, ism a dan sebagainya); teknologi; kegiatan ekonomi; polilik; pendidikan (baik secara formal yang berpunca dari keluarga atau pendidikan informal dari luar rumah atau pendidikan kemasyarakatan) bahkan bidang-bidang lain yang lebih luas lagi. Di dalam kebudayaan material itu diantaranya termasuklah peralatan hidup (pakaian, perumahan, peralatan rumahtangga, senjata dan sebagainya); jalan; perairan; sawah dlat perhuhungan atau kebudayaan material bagi non-material saperti perala tan kesenian dalam alat-alat muzik, biola, piano, senjata, perhiasan dan sebagainya. Semuanya itu adalah menjadi hak dan kepunyaan sesuatu masyarakat yang terdapat dalam setiap masyarakat di dunia. Maka di negara kita bermaknalah juga kepunyaan-kepunyaan yang diwarisi oleh masyarakat­masyarakat pribumi saperti Melayu, Iban, Murut, Bajau, Kadazan, Melanau at au masyarakat India dan China.

xii