cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat fpk dan fpg dalam melaksanakan kssr untuk...

4
1.0 Pengenalan FPK dan FPG merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini dapat membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan. 2.0 Berdasarkan teks ucapan di atas, huraikan bagaimana cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan. 2.1 Guru harus mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh 1

Upload: yuvarani-subramaniam

Post on 10-Jun-2015

20.341 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan

1.0 Pengenalan

FPK dan FPG merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala

usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini dapat

membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan

mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang

terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG

akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan.

2.0 Berdasarkan teks ucapan di atas, huraikan bagaimana cara guru dapat memainkan

peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk

membangunkan modal insan.

2.1 Guru harus mengamalkan kemahiran profesional

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan

untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional

serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi

yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke

arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007).

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.

Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-

murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi

era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada

pandangan jauh dan luar biasa.

Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai

pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan

mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan

pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka

pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1

Page 2: cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan

2.2 Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif

Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri

pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir

secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong

pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis

dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negara

menerusi pemikiran mereka.

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan

modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan

berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam

mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Apabila seorang

guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat

memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea baru

yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang

dan berdaya kreatif serta berkebolehan.

Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang

tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang boleh

merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang

memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar

bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu

sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber

pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah

di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan

murid.

2.3 Guru berperanan menggilap potensi murid-murid

Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan

kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi

manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara.

Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar

tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.

2

Page 3: cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan

Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan

bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan

kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid

dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran

Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang

bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh

mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat

menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.

2.4 Guru bertindak sebagai pembentukan nilai/role model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu perkara.menurut Ragbir Kaur

(2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai

nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan

instrumental.

Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan

sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan

sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan

diterapkan dalam jiwa murid. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi

role model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk

beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

2.5 Guru berperanan sebagai pembimbing

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran

mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru

perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang

mungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan kaunselor

sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia yang berilmu,

yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang lebih selesa

dan sempurna.

Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,

rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu

dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka

akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu

3

Page 4: cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan

menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam

proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika

profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat

dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan

dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran

dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi

memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada

sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara.

4