cadangan untuk mempertingkatkan prestasi semasa perniagaan

Upload: latte-min

Post on 10-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

    1/3

    Perniagaan Kerepek Latte

    CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI SEMASA PERNIAGAAN

    Untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya dalam jangka pendek, iaitu dalam tempoh

    setahun, saya bercadang untuk mengurangkan belanja yang tidak memerlukan seperti belanja alat

    tulis. Oleh itu, saya hanya membeli alat tulis sekali dalam tempoh 3 bulan dan tidak membeli

    dalam kuantiti yang banyak.

    Selain itu, saya juga bercadang untuk mengurangkan kadar bayaran. Hal ini dapat

    dilaksanakan sekiranya pemilik perniagaan dan pengkilang tidak membazirkan air dan elektrik.

    Di samping itu, saya patut meningkatkan jualan dengan mencari pasaran baru. Sebagai

    contoh, saya memasarkan kerepek saya di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

    Saya juga akan membayar hutang secepat mungkin bagi memperoleh diskaun tunai. Ini

    akan menyebabkan kos belian menjadi kurang dan untung akan meningkat.

    Akhlirnya saya juga meningkatkan hasil dengan menyewa sebahagian bangunan pejabat

    saya. Saya juga boleh meningkatkan harga kerepek untuk meningkatkan hasil jualan Hal ini

    dapat meningkatkan untung saya dalam jangka pendek.

  • 7/22/2019 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

    2/3

    Perniagaan Kerepek Latte

    CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG

    PERNIAGAAN

    Bagi mempertingkatkan prestasi perniagaan dalam jangka panjang, saya bercadang untuk

    menukarkan pemilikan tunggal kepada perkongsian. Melalui perkongsian, modal perniagaan

    akan menjadi lebih besar dan pelbagai peningkatan taraf perniagaan dapat dijalankan.

    Selain itu, saya akan memperbesar perniagaan saya dengan meningkatkan belian dan

    jualan agar dapat menjual lebih banyak barang siap. Hal ini dapat meningkatkan keuntungan

    perniagaan .

    Di samping itu, saya akan membuka cawangan baru untuk memasarkan hasil saya.

    Akhirnya, saya akan mendapatkan bantuan Penyelidikan dan Pembangunan(R&D)

    daripada agensi kerajaan dan luar untuk memperoleh peluang bagi memasarkan kerepek saya ke

    luar Negara.

  • 7/22/2019 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

    3/3

    Perniagaan Kerepek Latte

    RUMUSAN

    Dalam melaksanakan perniagaan saya, saya telah memperoleh pelbagai ilmu tentang

    pengurusan perniagaan. Saya telah mengetahui cara untuk merekod urus niaga secara sistematik

    dan menyediakan pelbagai penyata untuk mengetahui kedudukan ekonomi perniagaan saya. Saya

    telah dapat merancang perniagaan saya pada masa depan dengan menyediakan belanjawan tunai.

    Dalam melaksanakan perniagaan ini, saya telah mengamalkan nilai kerajinan. Untuk

    mengusahakan perniagaan agarnya berkembang maju, saya haruslah sentiasa bersikap inovatif

    dan kreatif untuk menarik perhatian pelanggan. Saya juga telah mengamalkan sikap

    bertanggungjawab kerana sentiasa memikul tanggungjawab bagi memperoleh keuntungan yang

    lebih. Saya juga bersikap rasional dalam membuat keputusan agar tidak menanggung kerugian

    yang teruk manakala memperoleh keuntungan yang tinggi.

    Saya berharap agar perniagaan saya dapat diteruskan dan tidak menghadapi masalah yang

    rumit manakala berkembang dan terkenal di seluruh dunia pada masa yang akan datang.