laporan cadangan pemajuan (lcp) -...

56
LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) MRT 2 (SSP) – STESEN DAMANSARA DAMAI PERMOHONAN SECARA RUNDINGAN DI BAWAH SEKSYEN 20A DAN 19(2)(G), AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) BAGI CADANGAN MEMBINA STESEN MRT BERTINGKAT ATAS TANAH MRT DAMANSARA DAMAI YANG MENGANDUNGI : A. SATU BUAH BANGUNAN STESEN MRT 3 TINGKAT, B. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, C. SATU BUAH PODIUM TEMPAT LETAK KENDERAAN SEDIADA 6 TINGKAT, D. SATU BUAH BANGUNAN UTILITI / 33KV 2 TINGKAT, E. SATU BUAH BANGUNAN PUSAT KUMPUL SAMPAH, DAN F. SATU BUAH JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN DARI STESEN MRT BERTINGKAT KE JALAN D/A, DI ATAS LOT 68491, LOT 68493 - LOT 68495, SEBAHAGIAN LOT 70343, SEBAHAGIAN LOT 70345, SEBAHAGIAN RIZAB JALAN AWAM DAN SEBAHAGIAN RIZAB KAWASAN HIJAU / ZON PENAMPAN, JALAN PJU 10/10G, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN : MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN. BHD. MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN. BHD. (902884-V) No 46, Tingkat 5, Menara I&P 1, Jalan Dungun, Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur VERITAS PLANNING SDN. BHD. (813915-V) B-7-13, MEGAN AVENUE II, 12, JALAN YAP KWAN SENG, 40450 KUALA LUMPUR. Tel: 03-2162 3155 Fax: 03-2162 6155 KENTONMEN

Upload: trinhanh

Post on 19-Mar-2018

496 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP)

MRT 2 (SSP) – STESEN DAMANSARA DAMAI

PERMOHONAN SECARA RUNDINGAN DI BAWAH SEKSYEN 20A DAN 19(2)(G), AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) BAGI CADANGAN MEMBINA STESEN MRT BERTINGKAT ATAS TANAH MRT DAMANSARA DAMAI YANG MENGANDUNGI : A. SATU BUAH BANGUNAN STESEN MRT 3 TINGKAT, B. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, C. SATU BUAH PODIUM TEMPAT LETAK KENDERAAN SEDIADA 6 TINGKAT, D. SATU BUAH BANGUNAN UTILITI / 33KV 2 TINGKAT, E. SATU BUAH BANGUNAN PUSAT KUMPUL SAMPAH, DAN F. SATU BUAH JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN DARI STESEN MRT BERTINGKAT KE

JALAN D/A, DI ATAS LOT 68491, LOT 68493 - LOT 68495, SEBAHAGIAN LOT 70343, SEBAHAGIAN LOT 70345, SEBAHAGIAN RIZAB JALAN AWAM DAN SEBAHAGIAN RIZAB KAWASAN HIJAU / ZON PENAMPAN, JALAN PJU 10/10G, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN : MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN. BHD.

MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN. BHD. (902884-V) No 46, Tingkat 5, Menara I&P 1,

Jalan Dungun, Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur

VERITAS PLANNING SDN. BHD. (813915-V) B-7-13, MEGAN AVENUE II,

12, JALAN YAP KWAN SENG, 40450 KUALA LUMPUR.

Tel: 03-2162 3155 Fax: 03-2162 6155

KENTONMEN

Page 2: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar
Page 3: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

i

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 PENGENALAN 1 1.2 TUJUAN PEMBANGUNAN DAN KANDUNGAN LAPORAN 1 1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN 2

2.0 LATAR BELAKANG PERMOHONAN 3

2.1 KEPUTUSAN KERAJAAN 4 2.2 MANFAAT PROJEK MRT 2 (SSP) 4 2.3 JARINGAN MRT LEMBAH KLANG 4 2.4 LALUAN MRT 2 (SSP) 5 2.5 STESEN LALUAN MRT 2 (SSP) 6 2.6 INTEGRASI DENGAN SISTEM PERKHIDMATAN REL AWAM SEDIA ADA 7 2.7 OBJEKTIF PROJEK MRT 2 (SSP) 8 2.8 PERANAN PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA 8

3.0 PERIHAL TAPAK CADANGAN 9

3.1 LOKASI DAN PERSEKITARAN 9 3.2 HAKMILIK TANAH DAN SEKATAN KEATAS TANAH 10

4.0 ANALISIS TAPAK CADANGAN 11

4.1 ANALISIS KEADAAN SEMASA TAPAK CADANGAN DAN SEKITAR 11 4.2 ANALISIS GUNATANAH SEMASA TAPAK CADANGAN 11 4.3 ANALISIS JENIS TANAH TAPAK CADANGAN 13 4.4 ANALISIS GEOLOGI DAN AIR BAWAH TANAH 13 4.5 ANALISIS KETINGGIAN DAN KECERUNAN TAPAK CADANGAN 13 4.6 ANALISIS SISTEM SALIRAN TAPAK CADANGAN 14 4.7 ANALISIS ARAH ANGIN DAN ORENTASI MATAHARI TAPAK CADANGAN 15 4.8 ANALISIS AKSES DAN LALULINTAS TAPAK CADANGAN DAN SEKITAR 15 4.9 ANALISIS PEMBANGUNAN SEKITAR TAPAK CADANGAN 16 4.10 ANALISIS SOSIO EKONOMI TAPAK CADANGAN DAN SEKITAR 17

5.0 POTENSI DAN HALANGAN TAPAK CADANGAN 18 6.0 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DAN GARIS PANDUAN 19

6.1 RANCANGAN FIZIKAL NEGARA 29 6.1.1 MATLAMAT 19 6.1.2 OBJEKTIF 19 6.1.3 DASAR-DASAR 20

6.2 DASAR PERBANDARAN NEGARA (DPN) 23 6.2.1 FALSAFAH 24 6.2.2 OBJEKTIF 24 6.2.3 TERAS DASAR PERBANDARAN NEGARA 24

6.3 RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 26 6.3.1 WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR 26 6.3.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 26 6.3.3 DASAR PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 26

6.4 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DAN GARIS PANDUAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 2 2020 (RTMBPJ 2 2020) 31 6.4.1 KAWASAN PENTADBIRAN RTPJ 2 31 6.4.2 BLOK PERANCANGAN KECIL 2.1 (PJU 10) 35

Page 4: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

ii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 7.0 CADANGAN PEMBANGUNAN 37

7.1 MATLAMAT CADANGAN PEMBANGUNAN 37 7.2 KONSEP PEMBANGUNAN 37 7.3 CADANGAN PEMBANGUNAN DAN PECAHAN GUNATANAH 38 7.4 KOMPONEN PEMBANGUNAN DAN PECAHAN RUANG LANTAI 38 7.5 KAWASAN BANIR DINDING “PLINTH AREA” 43 7.6 NISBAH PLOT “PLOT RATIO” 43 7.7 AKSES KELUAR MASUK 43 7.8 PERKHIDMATAN “DROP-OFF ZONE”, BAS DAN TEKSI 44 7.9 KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KENDERAAN “PARK AND RIDE” 44 7.10 KEMUDAHAN LALUAN PEJALAN KAKI 44 7.11 KEMUDANAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) 45 7.12 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI 46

7.12.1 BEKALAN TENAGA 46 7.12.2 BEKALAN AIR 46 7.12.3 SISTEM PEMBENTUNGAN 47 7.12.4 SISTEM SALIRAN 47 7.12.5 KERJA TANAH 47 7.12.6 KEPERLUAN SISTEM TELEKOMUNIKASI 48

7.13 KESAN DAN IMPAK 48 7.13.1 PENGALIHAN/ PEROBOHAN GUNATANAH SEDIADA 48 7.13.2 IMPAK LALULINTAS 48 7.13.3 IMPAK ALAM SEKITAR 49

8.0 RUMUSAN 50

Page 5: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

iii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI RAJAH Rajah 2.1 : Jaringan MRT Lembah Klang 5 Rajah 2.2 : Laluan MRT 2 (SSP) 6 Rajah 3.1 : Cadangan Lokasi Stesen Damansara Dama Pakej Utara 9 Rajah 4.1 : Keadaan Semasa Tapak Cadangan 11 Rajah 4.2 : Gambar Tapak Cadangan 12 Rajah 4.3 : Jenis Tanah Tapak Cadangan 13 Rajah 4.4 : Pelan Kerja Ukur, Kuntor, dan Topografi Tapak Cadangan 14 Rajah 4.5 : Contoh Sistem Saliran Yang Terdapat Di Sekitar Tapak Cadangan 14 Rajah 4.6 : Akses dan Pengangkutan Tapak Cadangan 15 Rajah 4.7 : Pembangunan Sekitar Tapak Cadangan dan Kawasan Tampungan Stesen MRT Damansara Damai 16 Rajah 6.1 : Cadangan Pembangunan Jalan dan Laluan Transit 30 Rajah 6.2 : Blok Perancangan RTPJ 2 31 Rajah 6.3 : Cadangan Laluan Rail dan Transit RTPJ 2 34 Rajah 6.4 : Gunatanah BPK 2.1 36 Rajah 7.1 : Konsep Pembangunan Stesen MRT Damansara Damai 37 Rajah 7.2 : Pelan Susunatur Tapak Cadangan 40 Rajah 7.3 : Pelan Lantai Aras Tanah Bagi Stsesn MRT Damansara Damai 41 Rajah 7.4 : Pelan Lantai Aras Konkos Bagi Stsesn MRT Damansara Damai 41 Rajah 7.5 : Pelan Lantai Aras Intermediate Bagi Stsesn MRT Damansara Damai 41 Rajah 7.6 : Pelan Lantai Aras Platform Bagi Stsesn MRT Damansara Damai 42 Rajah 7.7 : Pelan Lantai Keratan Rentas A-A Bagi Stsesn MRT Damansara Damai 42 Rajah 7.8 : Pelan Lantai Keratan Rentas B-B Bagi Stsesn MRT Damansara Damai 42 Rajah 7.9 : Rajah Kemudahan Pengangkutan dan Laluan Pejalan Kaki 45 Rajah 7.10 : Rajah Kemudahan Pejalan Kaki dan Kemudahan OKU 46

Page 6: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

iv

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT SENARAI JADUAL Jadual 2.1 : Senarai Stesen MRT 2 (SSP) 6 Jadual 2.2 : Senarai Stesen MRT 2 (SSP) Yang Berintegrasi Dengan Sistem Rel Awam Sediada 7 Jadual 3.1 : Senarai Lot Tanah Yang Terlibat Di Dalam Cadangan Stesen Damansara Damai 10 Jadual 6.1 : Blok Perancangan Kecil (BPK) RTPJ 2 31 Jadual 6.2 : Pecahan Guna Tanah Semasa 2003 32 Jadual 6.3 : Cadangan Guna Tanah Utama 33 Jadual 6.4 : Kelas Kegunaan Tanah BPK 2.1 35 Jadual 7.1 : Petunjuk Gunatanah 38 Jadual 7.2 : Ringkasan Ruang Lantai Pembangunan 39

Page 7: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

1

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

1.0 PENDAHULUAN Seksyen 21(A) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933) memperuntukkan semua pemohon kebenaran merancang untuk menyediakan satu Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) sebagai satu dokumen yang menyokong dan membantu pihak berkuasa perancang negeri dan tempatan didalam menilai permohonan berdasarkan maklumat yang lengkap dan justifikasi yang jelas.

1.1 PENGENALAN Pembangunan Projek “MASS RAPID TRANSIT 2” Lembah Kelang: Laluan Sungai Buloh – Serdang dan Putrajaya adalah merupakan projek Kerajaan Persekutuan Malaysia di mana pihak Kerajaan telah melantik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai wakil kerajaan selaku Badan Pemantau, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp.) sebagai Pemilik dan Pemaju Projek dan MMC-Gamuda JV sebagai Projek Delivery Partner untuk melaksanakan Projek MRT Lembah Kelang Dua : Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP). Laluan 2 ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya dan merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.Laluan yang dicadangkan mempunyai jarak 52.2 km di mana 13.5 km laluan yang berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah akan dibina.Apabila beroperasi pada suku kedua 2022, Laluan SSP dijangka akan mencatat 529,000 penumpang sehari. Ini dijangka akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur. Stesen MRT Damansara Damai ini adalah pembangunan pengangkutan awam yang bersepadu. Projek ini terdiri daripada (1) Stesen MRT yang disediakan dengan aras konkos (elevated) untuk menyambung secara langsung ke Laluan 2 MRT (SSP) dan stesen-stesen MRT yang lain. Pengemukaan Pelan Susunatur dan Laporan Cadangan Pemajuan ini adalah khusus untuk mendapatkan Kelulusan Kebenaran Merancang bagi Cadangan Pembangunan Stesen Bertingkat Damansara Damai. 1.2 TUJUAN PEMBANGUNAN DAN KANDUNGAN LAPORAN Laporan Cadangan Pemajuan ini disediakan oleh firma jururancang Veritas Planning Sdn. Bhd. untuk memperincikan cadangan-cadangan dan justifikasi bagi Permohonan Secara Rundingan Di Bawah Seksyen 20A Dan 19(2)(G), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Bagi Cadangan Membina Stesen MRT Bertingkat Atas Tanah MRT Damansara Damai, Jalan PJU 10/10G, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Oleh yang sedemikian, tujuan utama Laporan Candangan Pemajuan (LCP) ini dibuat adalah untuk menterjemahkan Cadangan Projek Mass Rapid Transit Laluan 2 (SSP) bagi membina Stesen MRT Bertingkat Damansara Damai yang melibatkan kawasan-kawasan yang dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Laporan Cadangan Pemajuan bertindak sebagai satu dokumen sokongan kepada pelan susunatur yang mana ia merupakan perincian terhadap cadangan pembangunan Stesen MRT Damansara Damai ini. Secara umumnya, laporan ini akan menyentuh aspek berkaitan: i. Latar belakang permohonan dan butiran cadangan elemen pembangunan MRT ii. Analisis tapak cadangan, iii. Dasar-dasar dan garis panduan yang berkaitan, dan iv. Justifikasi dan Cadangan pembangunan.

Page 8: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

2

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Laporan ini juga bertujuan memberitahu mengenai latar belakang dan cadangan-cadangan pembangunan ini melalui pelan konsep yang telah disediakan bagi menentukan rasional cadangan ini dari dilaksanakan. Penyediaan Laporan ini diharap dapat membantu Pihak Berkuasa Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam membuat penilaian sewajarnya terhadap pembangunan yang dicadangkan. 1.3 OBJEKTIF PEMBANGUNAN

Objektif yang digariskan bagi mencapai matlamat penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan ini ialah seperti di bawah: i. Menerangkan latar belakang Projek MRT Sg 2 (Buloh-Serdang-Putrajaya) dan hasrat

Kerajaan terhadap sistem pengangkutan “Mass Rapid Transit” di Lembah Kelang,

ii. Membuat analisa terhadap aspek-aspek tapak yang dikenalpasti bagi Cadangan Tapak Stesen Damansara Damai dari segi fizikal, hakmilik tanah, rangkaian jalan sedia ada, guna tanah sekitar dan kesan ke atas alam sekitar dan rangkaian jalan sekitar,

iii. Menerangkan cadangan pembangunan yang akan dimajukan dari segi pengambilan

tanah, rekabentuk, ruang lantai pembinaan, nisbah plot, kawasan plinth, akses masuk/keluar, perhentian bas dan teksi, “drop-off zone”, laluan sirkulasi kenderaan dan laluan pejalan kaki, tempat letak kenderaan, infrastruktur, bekalan utiliti, serta kerja-kerja naiktaraf jalan dan simpangan sedia ada di sekeliling tapak cadangan stesen, dan

iv. Menyediakan asas perancangan yang kukuh bagi memudahkan pihak berkuasa negeri

dan tempatan serta jabatan-jabatan teknikal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas cadangan pembangunan Stesen Damansara Damai berdasarkan maklumat yang dikemukakan.

Page 9: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

3

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

2.0 LATAR BELAKANG PERMOHONAN Permohonan kebenaran merancang secara rundingan ini akan dibuat ke Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor berdasarkan kedudukan tapak cadangan yang berada di dalam bidang kuasa pentadbiran PBT ini dan seterusnya pihak JPBD akan memproses dan meluluskan permohonan tersebut. Antara perunding-perunding yang terlibat di dalam proses kebenaran merancang ini dilampirkan di bawah ini. AGENSI KAWAL SELIA : SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

: Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers, 50470 Kuala Lumpur. : 03-2726 7000&03-2726 7000

PEMILIK PROJEK : MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN. BHD. : 5th Floor, Menara I&P 1, Jalan Dungun,

Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. : 03 - 2095 3030 & 03 - 2095 2121

PROJEK PEMBINAAN BERSAMA : MMC GAMUDA KVMRT (PDP) SDN. BHD.

: Block A, Level 7, Menara MK, PJ Trade Center, No. 8, Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

: 03 – 7494 2200 & 03 – 7725 6525

PERUNDING PERANCANG BANDAR : VERITAS PLANNING SDN. BHD. : B-7-13, Blok B, Megan Avenue 2, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. : 03 - 2162 3155 & 03 - 2162 6155

PERUNDING ARKITEK : VERITAS ARCHITECTS SDN. BHD.

: Tingkat 2, Bangunan Getah Asli, 148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. : 03 - 2162 2300 & 03 - 2162 2310

PERUNDING ARKITEK LANDSKAP : VERITAS LANDSCAPE SDN. BHD. : B-12-15, Blok B, Megan Avenue 2, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. : 03 - 21636971 & 03 - 2162 2310

PERUNDING JURUTERA C&S : SEPAKAT SETIA PERUNDING SDN. BHD. : Wisma SSP, No. 1, Jalan SR 8/3, Serdang Raya,

Seksyen 8, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

: 03 - 8943 3366 & 03 - 8943 2691

PERUNDING JURUTERA M&E : SEPAKAT SETIA PERUNDING SDN. BHD. : Wisma SSP, No. 1, Jalan SR 8/3, Serdang Raya,

Seksyen 8, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

: 03 - 8943 3366 & 03 - 8943 2691

PERUNDING JURU UKUR TANAH : STUDIOUKUR GEOMATICS SDN. BHD. : No. 23-3, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur : 03 - 2162 3155 & 03 - 2162 6155

Page 10: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

4

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

2.1 KEPUTUSAN KERAJAAN Projek ”MY RAPID TRANSIT” Lembah KelangLaluan 2 : laluan Sungai Buloh – Serdang - Putrajaya merupakan salah satu projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia untuk menyediakan sistem pengangkutan yang bersepadu dan mampan bagi kawasan Lembah Kelang. Projek ini diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada 26 Februari 2014 di bawah ”Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Economic Area” seperti yang diperincikan dalam Program Transformasi Ekonomi. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan kapasiti penggunaan yang menggunakan pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masa perjalanan di Lembah Klang. Menurut kenyataan daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Disember 2010, hanya 12% daripada semua perjalanan di Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam pada tahun 2009. Kerajaan berhasrat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam sebanyak 50% pada tahun 2020. 2.2 MANFAAT PROJEK MRT 2 (SSP) Penambah baik mobiliti dengan Projek MRT akan menjadikan “Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang” tempat tumpuan pelaburan dan modal insan. SPAD juga mengunjurkan bahawa Projek MRT ini akan menjana sebanyak 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya. Projek ini juga dijangka akan menjana “Gross National Income (GNI)” di antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari 2011 ke 2020. Hasil pendapatan antara RM8 bilion dan RM 12 bilion akan dijana melalui “spinoff” semasa operasi pembinaan. Tambahan pula, sebanyak RM21 bilion setiap tahun boleh dijana daripada penambahan nilai hartanah disepanjang laluan MRT. 2.3 JARINGAN MRT LEMBAH KLANG Sistem MRT di Lembah Kelang ini meliputi 3 laluan berbeza, iaitu laluan pertama (SBK) membabitkan Sg Buloh, Kota Damansara, Kuala Lumpur dan Cheras hingga ke Kajang. Manakala laluan kedua (SSP), Sg Buloh ke Kepong, Kuala Lumpur dan Serdang akan merentasi Dataran Perdana (Kuala Lumpur International Financial District) berdekatan Jalan Tun Razak di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Laluan ketiga (Circle Line) akan merentasi kawasan Kuala Lumpur dan mengintegrasikan dengan stesen MRT dan LRT yang sedia ada dan yang akan dibangunkan pada masa akan datang. Secara Umumnya, Projek MRT Lembah Klang (KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel, yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan atau Light Rail Transit (LRT), Monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP). Seperti yang sediamaklum, projek laluan MRT ini terbahagi kepada 3 bahagian utama laluan : i. MRT 1 Sungai Buloh – Kajang (SBK), ii. MRT 2 Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP), dan iii. MRT 3 Circle Line.

Page 11: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

5

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 2.1 : Jaringan MRT Lembah Klang

Sumber : MRT Corp. Laluan 1 MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) merupakan fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang. Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan termasuk laluan kedua (SSP) ini telah dicadangkan dan dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh SPAD. Pembanguan laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa akan datang. 2.4 LALUAN MRT 2 (SSP) Laluan 2 MRT (SSP) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya ini ialah laluan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi bagi MRT Lembah Klang ke Pelabuhan Klang, dan kini ia dirancangkan dari Sungai Buloh, Selayang ke Pandan, bukan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang. Kerajaan telah memilih laluan 2 ini sebagai projek yang dilaksanakan selepas laluan 1 di dalam projek MRT di Lembah Klang kerana ia akan bertindak sebagai sokongan kepada laluan 1 dan akan bertindak sebagai pemberi perkhidmatan awam rel utama bagi kawasan-kawasan yang terpilih. Kerja pembangunan bagi jajaran ini dijangka akan bermula pada awal tahun 2016 dan akan mengambil masa sebanyak lima hingga enam tahun untuk sedia beroperasi.

Laluan 2 ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya dan merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.Laluan yang dicadangkan mempunyai jarak 52.2 km di mana 13.5 km laluan yang berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah akan dibina.Apabila beroperasi pada suku kedua 2022, Laluan SSP dijangka akan mencatat 529,000 penumpang sehari. Ini dijangka akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

Page 12: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

6

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 2.2 : Laluan 2 MRT (SSP)

Sumber : MRT Corp. 2.5 STESEN LALUAN MRT 2 (SSP) Sebanyak 36 stesen akan dibangunkan sepanjang Laluan Sg Buloh – Serdang – Putrajaya di mana 25 stesen terletak di atas tanah dan 11 stesen di bawah tanah. Kajian “MRT Railway Scheme” yang dijalankan oleh pihak Prasarana Negara Bhd telah mengunjurkan bilangan pengguna sehari bagi setiap stesen seperti disenaraikan berikut sehingga tahun 2032. Jadual 2.1 : Senarai Stesen MRT 2 (SSP)

NO NAMA STESEN UNJURAN

PENGGUNA SEHARI (AM & PM)

KEMUDAHAN PARK & RIDE

KEDUDUKAN STESEN

1 Damansara Damai 3,203 Ada

Kawasan Utara –

Stesen Atas Tanah

2 Sri Damansara West 2,582 Ada

3 Sri Damansara East 6,837 Ada

4 Kepong Sentral 15,688 Ada

5 Metro Prima 11,434 Tiada

6 Kepong Baru 3,391 Tiada

7 Jinjang 4,793 Ada

8 Sri Delima 3,561 Tiada

9 Kampung Batu 15,368 Tiada

10 Kentonmen 7,888 Ada

11 Jalan Ipoh 4,636 Tiada

Page 13: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

7

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

12 Sentul West 12,527 Tiada

Kawasan Tengah –

Stesen Bawah Tanah

13 Titiwangsa 25,454 Tiada

14 Hospital Kuala Lumpur 5,092 Tiada

15 Kampung Baru North 13,406 Tiada

16 Ampang Park 24,482 Tiada

17 KLCC East 21,631 Tiada

18 Conlay 12,095 Tiada

19 TRX 28,161 Tiada

20 Chan Sow Lin 12,114 Tiada

21 Bandar Malaysia North 8,190 Tiada

22 Bandar Malaysia South 18,729 Tiada

23 Kuchai Lama 5,067 Ada

Kawasan Selatan –

Stesen Atas Tanah

24 Taman Naga Emas 4,248 Ada

25 Sungai Besi 15,542 Ada

26 Serdang Raya North 3,780 Ada

27 Serdang Raya South 3,420 Ada

28 Sri Kembangan 3,430 Tiada

29 UPM 3,896 Ada

30 Taman Universiti 1,512 Tiada

31 Equine Park 7,466 Ada

32 Taman Putra Permai 5,111 Tiada

33 Sierra 4,926 Tiada

34 Cyberjaya North 4,612 Ada

35 Cyberjaya City Centre 7,377 Tiada

36 Putrajaya Sentral 18,002 Ada Sumber : MRT Corp.

2.6 INTEGRASI DENGAN SISTEM PERKHIDMATAN REL AWAM SEDIADA Terdapat Sembilan (9) stesen yang berintegrasi dengan sistem perkhidmatan rel awam sediada: Jadual 2.2 : Senarai Stesen MRT 2 (SSP) yang Berintegrasi Dengan Sistem Rel Awam Sediada

NO NAMA STESEN (MRT) INTEGRASI SISTEM PERKHIDMATAN REL 1 Kepong Sentral • KTM 2 Kampung Batu • KTM 3 Titiwangsa • AG / SP LRT

• Monorel 4 Ampang Park • KJ LRT 5 TRX • MRT (SBK) 6 Chan Sow Lin • AG / SP LRT 7 Bandar Malaysia South • High Speed Rail

• ERL • KTM

8 Sungai Besi • AG / SP LRT 9 Putrajaya Sentral • ERL

• High Speed Rail Sumber : MRT Corp.

Page 14: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

8

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

2.7 OBJEKTIF PROJEK MRT 2 (SSP) Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya ini bertujuan untuk: i. Memberi perkhidmatan pengangkutan rel awam yang mencukupi di kawasan penempatan

yang padat,

ii. Menambahbaikan masalah kesesatan trafik di kawasan Lembah Klang amnya dan KL Metropolitan khususnya,

iii. Meningkatkan integrasi dengan sistem perkhidmatan rel awam sedia ada di Lembah

Klang, dan

iv. Memperluaskan servis pengangkutan rel awam ke lebih banyak kawasan penempatan dan pusat kegiatan ekonomi di Lembah Klang.

2.8 PERANAN PIHAK KERJAAN DAN SWASTA Kerajaan telah melantikkan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Inc, sebagai pemilik infrastruktur (asset owner) projek MRT, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai pihak penyelia projek (projek supervising agency) dan MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk projek MRT. Peranan PDP dalam projek ini ialah sebagai pengurus projek. Bagi memastikan bahawa projek MRT ini disempurnakan dalam masa dan mengikut kos yang ditetapkan penalti akan dikenakan. Sebarang “cost overrun” dan kelewatan projek akan ditanggung oleh pihak PDP.

Page 15: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

9

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

3.0 PERIHAL TAPAK CADANGAN Bahagian ini menerangkan secara ringkas mengenai perihal tapak cadangan iaitu lokasi dan persekitaran tapak khususnya pembangunan gunatanah di sekitar Cadangan Stesen Damansara Damaiserta perihal tanah yang meliputi keluasan dan hak milik tanah serta syarat-syarat nyata dan sekatan kepentingan terhadap tapak cadangan ini.

3.1 LOKASI DAN PERSEKITARAN Tapak cadangan pembangunan stesen ini terletak di dalam kawasan pembangunan Damansar Damai, Daerah Petaling, Selangor. Jika dilihat di dalam skala wilayah, tapak cadangan berada di dalam Daerah Petaling dan di bawah pentadbiran pihak berkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Merujuk kepada skala makro, tapak cadangan terletak di dalam kawasan pembangunan Damansara Damai dimana kawasan ini juga terlibat di dalam pembangunan pusat penempatan utama Daerah Petaling. Jika dilihat kepada pembangunan semasa di sekeliling tapak ini didominasi oleh guna tanah kediaman dan disokong oleh sektor perniagaan dan perkhidmatan, kemudahan dan sebagainya. Kawasan-kawasan utama yang terdapat di sekitar tapak cadangan adalah seperti Taman Desa Aman, Kampung Desa Aman, Sierramas, Saujana Damansara dan Damansara Damai. Tapak cadangan merupakan kawasan limpahan pembangunan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan juga dikelilingi oleh projek-projek perumahan dan perniagaan yang sedang membangun dan telah siap dibangunkan seperti yang dilampirkan di Rajah 3.1 dibawah. Tapak cadangan dikatakan strategik kerana mempunyai rangkaian akses yang baik dengan kawasan sekitar melalui Jalan Kuala Selangor. Berdasarkan kepada faktor ini, tapak cadangan mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai kawasan kemudahan pengangkutan awam di masa hadapan.

Rajah 3.1 : Cadangan Lokasi Stesen Damansara Damai Pakej Utara

Sumber : Veritas Planning

Page 16: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

10

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

3.2 HAKMILIK TANAH DAN SEKATAN KEATAS TANAH Bahagian ini menerangkan secara ringkas mengenai perihal tanah yang meliputi keluasan dan hak milik tanah serta syarat-syarat nyata dan sekatan kepentingan terhadap tapak lot-lot tanah yang terlibat di dalam Cadangan Stesen Damansara Damai ini. Seperti yang sediamaklum, projek MRT 2 (SSP) adalah merupakan sesuatu pemajuan bagi pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam utama negara. Oleh yang sedemikian ia akan melibatkan proses pengambilan balik tanah dan bangunan yang membabitkan aset-aset milik individu oleh kerajaan. Bagi peringkat permohonan ini (Cadangan Stesen Damansara Damai), ia hanya melibatkan aset-aset yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Negeri Selangor sahaja. Selaras dengan Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960, sejumlah 8 lot dengan berkeluasan 20.65 ekar telah dikenalpasti sebagai tanah yang berkemungkinan akan diambil balik untuk permohonan pada peringkat ini. Bagi cadangan ini, ia melibatkan lot-lot tanah rizab kerajaan seperti rizab jalan, rizab kawasan hijau dan rizab zon penampan manakala selain rizab-rizab kerajaan ialah lot-lot milik individu dan swasta. Setelah “Right of Way” MRT 2 Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) ini dimuktamadkan, kesemua lot-lot tanah yang terlibat akan diwartakan untuk diambil balik di bawah Seksyen 8 akta yang sama. Merujuk kepada rajah dan jadual di bawah, dilampirkan lot-lot dan rizab-rizab yang terlibat pada peringkat permulaan ini. Memandangkan pembinaan laluan MRT 2 (SSP) ini akan melalui Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960, peringkat ini hanya lah peringkat cadangan awalan berkenaan koridor laluan MRT 2 (SSP). Keputusan muktamad berkenaan lot-lot yang terlibat hanya dapat diketahui apabila kelulusan telah diperolehi. Jadual 3.1 : Senarai Lot-lot Tanah Yang Terlibat Di Dalam Cadangan Stesen Damansara Damai.

NO DAERAH NOT LOT DAN P.T 1 PETALING 68491 2 PETALING 68493 3 PETALING 68494 4 PETALING 68495 5 PETALING SEBAHAGIAN LOT 70343, 6 PETALING SEBAHAGIAN LOT 70345, 7 PETALING SEBAHAGIAN RIZAB JALAN AWAM

8 PETALING SEBAHAGIAN RIZAB KAWASAN HIJAU / ZON PENAMPAN

Sumber : MRT Corp.

Page 17: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

11

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

4.0 ANALISIS TAPAK CADANGAN Analisis yang dijalankan memberikan penekanan kepada kelebihan dan kelemahan yang dimiliki oleh tapak cadangan di dalam memastikan kesesuaiannya bagi tujuan cadangan ini dimajukan. Justeru itu, ianya akan memberikan gambaran berkaitan aspek-aspek berhubung tapak cadangan yang secara tidak langsung atau sebaliknya mempengaruhi komponen-komponen pembangunan yang akan dicadangkan.

Rajah 4.1 dan Rajah 4.2 di bawah memberikan gambaran berhubung tapak cadangan dalam konteks mikro. Sementara itu, Rajah4.7 menunjukkan gambaran pembangunan di sekitar tapak cadangan pada skala makro.

4.1 ANALISIS KEADAAN SEMASA TAPAK CADANGAN DAN SEKITAR

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat ke atas tapak cadangan, analisis mendapati bahawa stesen tapak cadangan merupakan kawasan yang terletak di rizab sungai, antararizab-rizab kawasan hijau dan kolam takungan air. Oleh yang demikian, analisis mendapati bahawa tapak cadangan sesuai dicadangkan dengan laluan landasan dan lokasi stesen pada masa hadapan kerana keadaan tapak yang masih belum dibangunkan dan memiliki kualiti alam sekitar yang baik. Tapak cadangan mempunyai potensi yang tinggi kerana terletak dalam lingkungan kawasan sekitar perniagaan perkhidmatan dan kemudahan awam.

Rajah 4.1 : Keadaan Semasa Tapak Cadangan

Sumber: Veritas Planning Sdn Bhd

4.2 ANALISIS GUNATANAH SEMASA TAPAK CADANGAN Analisis mendapati zon gunatanah utama yang dicadangkan di dalam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) bagi tapak cadangan telah dicadangkan sebagai Zon Kawasan Hijau dan Zon Penampan.

Page 18: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

12

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 4.2 : Gambar Tapak Cadangan

Sumber : Veritas Planning

Page 19: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

13

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

4.3 ANALISIS JENIS TANAH TAPAK CADANGAN Tapak cadangan adalah kawasan tanah yang masih belum dibangunkan dengan apa-apa struktur binaan dan terletak di rizab sungai serta dipenuhi dengan semak samun. Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 4.3, didapati jenis tanah tapak cadangan terdiri daripada tanah mineral dan tanah liat yang sesuai untuk tanaman pertanian dan juga untuk tujuan sesuatu pembangunan. Selain itu, analisis juga mendapati bagi tujuan pembangunan yang hendak dicadangkan, tanah jenis ini tidak menghadapi sebarang masalah untuk dimajukan.

Rajah 4.3: Jenis Tanah Tapak Cadangan

Sumber: Veritas Planning Sdn Bhd

4.4 ANALISIS GEOLOGI DAN AIR BAWAH TANAH Berdasarkan kepada pemerhatian keatas tapak dan pelan kerja ukur (Rajah 4.4) yang dijalankan, kajian mendapati bahawa tidak terdapat sebarang air bawah tanah di tapak cadangan. Walau bagaimanapun, Laporan Siasatan Tapak terperinci diperlukan daripada Perunding Geologi bagi menentukan kedudukan sebenar kandungan air bawah tanah bagi tapak cadangan agar pembangunan yang dicadangkan tidak mengalami masalah tanah apabila dibangunkan. 4.5 ANALISIS KETINGGIAN DAN KECERUNAN TAPAK CADANGAN Secara umumnya, tapak cadangan ini merupakan kawasan yang rata dan beralun dengan kawasan sekitar dengan purata ketinggian di bawah 100 meter bawah dari paras laut. Jika dilihat daripada Rajah 4.4 di bawah, ia menjelaskan topografi paling tinggi yang terdapat di dalam tapak cadangan ialah 45.11 meter kebanyakan terdapat di bahagaian Selatan tapak manakala topografi paling rendah ialah 37.29 meter dari paras laut yang kebanyakkan terdapat di bahagian Utara tapak. Analisis mendapati tapak cadangan tidak menghadapi masalah untuk dimajukan kerana keadaan kecerunan yang mendatar dan mempunyai kecerunan kurang dari 5 darjah dengan lot tanah berjiran dan tidak mengundang kepada masalah gelinciran tanah berdasarkan perancangan lebih rapi diterapkan antaranya “Split Level” yang lebih teratur mengikut kontur sediaada.

Page 20: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

14

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 4.4 : Pelan Kerja Ukur, Kontur dan Topografi Tapak Cadangan

Sumber: Veritas Planning Sdn Bhd

4.6 ANALISIS SISTEM SALIRAN TAPAK CADANGAN Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa terdapat saliran semulajadi yang merentasi tapak cadangan. Terdapat kolam takungan airyang terletak di antara Jalan Kuala Selangor dan Jalan PJU 10/2A, bersebelahan dengan tapak cadangan. Sistem saliran sedia ada ini adalah rizab parit yang tertutup di mana ia disediakan di bahu-bahu jalan terutama di Jalan Kuala Selangor dan Jalan PJU 10/1 yang terletak di bahagian Selatan tapak cadangan.

Rajah 4.5: Contoh Sistem Saliran Yang Terdapat Disekitar Tapak Cadangan

Sumber: Veritas Planning Sdn Bhd

Contoh Rizab Parit yang terletak di antara Jalan Kuala Selangor

dan Jalan PJU 10/1

Kolam takungan air yang terletak bersebelahan dengan tapak cadangan

Page 21: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

15

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Sistem laluan perparitan yang tersusun akan direka bentuk oleh perunding jurutera untuk menampung peningkatan kuantiti air larian di permukaan bumi selepas tapak cadangan dinaik tarafkan. Spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS) akan dipatuhi. Air larian permukaan akan disalurkan menerusi longkang sedia ada di sekitar tapak cadangan. Selain itu, berdasarkan kepada analisis yang dilakukan, sistem saliran sedia ada di sekitar tapak cadangan adalah terancang dan disediakan ditepi rizab-rizab jalan yang sedia ada dan bertutup. Keadaan semasa sistem saliran di dalam tapak dan diluar tapak cadangan dapat menyokong kepada cadangan ini dan masih perlu dipertingkatkan tahap penyediaan berdasarkan persetujuan di antara pihak MBPJ dan pihak pemohon serta perunding. 4.7 ANALISIS ARAH ANGIN DAN ORENTASI MATAHARI TAPAK CADANGAN Arah tiupan angin merupakan elemen penting dalam merancang sesuatu pembangunan. Arah tiupan angin bagi negara ini adalah 2 hala iaitu bertiup dari Selat Melaka (Monson Barat Daya) bermula pada Mac hingga September. Manakala angin bertiup dari timur laut bermula pada Oktober hingga Febuari. Analisis mendapati bahawa tapak cadangan dilihat menerima arah tiupan angin dari kedua-dua arah. Perkara ini dilihat dapat menawarkan elemen keselesaan bagi pengguna stesen MRT ini yang akan dibina pada masa akan datang. Manakala orientasi matahari biasanya akan mempengaruhi rekabentuk dan juga kedudukan bangunan dan analisis mendapati bahawa tapak cadangan tidak menghadap arah matahari terbit (Timur) dan terbenam (Barat) dan ini dapat memberikan keselesaan kepada aktiviti harian yang akan dijalankan di dalam tapak cadangan ini nanti kelak. Oleh yang sedemikian, perancangan yang akan dilakukan kelak akan menitikberatkan analisis ini kerana setiap rekabentuk yang dilakukan akan mempengaruhi aktiviti yang akan berjalan di dalam pembangunan ini nanti. 4.8 ANALISIS AKSES DAN LALULINTAS TAPAK CADANGAN DAN SEKITAR Jalan perhubungan untuk sampai ke tapak cadangan adalah dengan melalui Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke susur masuk Jalan Kuala Selangor dari arah Selatan tapak cadangan. Jalan perhubungan utama ini memainkan peranan yang utama sebagai jaringan kepada konteks perhubungan antara kawasan sekitar. Berdasarkan kepada lawatan tapak yang dibuat, sistem kemudahsampaian ke tapak cadangan adalah terancang kerana telah dicadangkan jalan sedia ada 66' bagi menghubungkan tapak cadangan dengan kawasan sekitar yang lain. Jalan utama yang menghubungkan tapak cadangan dengan kawasan sekitar yang lain ialah Jalan Kuala Selangor. Dari Jalan Cempaka SD 12/5 juga tapak cadangan juga akan dihubungkan dengan kawasan sekitar melalui jalan-jalan yang lain. Dari aspek aksesibiliti di peringkat makro, tapak cadangan mudah diakses melalui Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dan melalui lebuhraya ini tapak cadangan akan dihubungkan dengan Jalan Kuala Selangor.

Page 22: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

16

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 4.6: Akses dan Pengangkutan Tapak Cadangan

Sumber: Veritas Planning Sdn Bhd Analisis mendapati aspek aksesibiliti di tapak cadangan dengan kawasan sekitar adalah berada pada tahap penyediaan yang baik. Oleh yang demikian, isipadu kenderaan yang melalui kawasan tapak cadangan juga dilihat mampu ditampung pada masa hadapan terutama di masa-masa puncak. Perkara ini juga disokong oleh cadangan penyediaan laluan bas awam yang bertindak sebagai pengangkutan awam yang akan menghubungkan tapak cadangan dengan kawasan sekitar yang lain. 4.9 ANALISIS PEMBANGUNAN SEKITAR TAPAK CADANGAN Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, tapak cadangan terletak di dalam kawasan pembangunan Pusat Perkhidmatan Damansara Damai dimana gunatanah utamanya ialah kawasan-kawasan penempatan dan kediaman dan disokong oleh kawasan perniagaan dan perkhidmatan serta kemudahan yang lain. Kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran dengan tapak cadangan juga dilihat bertindak sebagai kawasan kediaman adalah seperti One Damansara Kondominium, Pangsapuri Permai, Pangsapuri Bayu dan Pangsapuri Impian. Merujuk kepada RTD MBPJ 2, tapak cadangan dilihat menjadi tumpuan pembangunan yang menawarkan aktiviti-aktiviti tempat tinggal, perniagaan dan perkhidmatan dan juga perusahaan. Hal ini kerana kawasan kajian ini mudah dihubungi melalui Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dan Jalan Kuala Selangor. Oleh itu, jika dilihat pada pembangunan semasa sekitar tapak cadangan telah mengalami proses pembangunan dan gunatanah-gunatanah yang komited.

Page 23: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

17

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 4.7: Pembangunan Sekitar Tapak Cadangan dan Kawasan Tampungan Stesen MRT Damansara Damai

Sumber: Veritas Planning Sdn Bhd

Merujuk kepada Rajah 4.2 dan 4.7 di atas, keadaan sekitar tapak cadangan telah mengalami proses pembangunan bangunan-bangunan perniagaan dan perkhidmatan, kediaman dan juga bangunan-bangunan dan lot-lot perusahaan. Ini menguatkan lagi potensi tapak cadangan untuk dibangunkan dengan stesen MRT Damansara Damai pada masa hadapan. Selain daripada itu, perkara ini juga dikuatkan dengan aksesibiliti yang efisien untuk ke tapak cadangan. 4.10 ANALISIS SOSIO-EKONOMI TAPAK CADANGAN DAN SEKITAR Berdasarkan kepada laporan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2 telah mengenal pasti bahawa pertambahan penduduk di dalam Daerah Petaling ini setiap tahun adalah dipengaruhi faktor penghijrahan masuk penduduk serta penambahan semulajadi penduduk. Peningkatan pembangunan sosio-ekonomi pada masa akan datang secara relatifnya akan memberikan kesan kepada beberapa sektor seperti tekanan terhadap permintaan perumahan, perniagaan dan kemudahan-kemudahan asas serta juga kawasan petempatan sedia ada. Daerah Petaling mengalami pertumbuhan penduduk yang tinggi. Kadar purata pertumbuhan tahunan (2000 – 2020) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.4% dimana tahun 2000 jumlah penduduk ialah 305,703 penduduk dan pada tahun 2020, jumlah penduduk ialah 490,200 orang penduduk.Jika dilihat kepada keadaan sosio ekonomi tapak cadangan dan sekitar, ia lebih kepada penawaraan peluang perkerjaan dimana secara asasnya pekerjaan yang berdasarkan professional. Ini kerana pembangunan yang sedang berlaku di kawasan Damansara adalah lebih kepada penawaraan ruang-ruang pejabat dan perniagaan serta perkhidmatan yang disokong oleh sektor kediaman.Hal ini dilihat mampu menarik penduduk-penduduk luar kawasan RTPJ 2 untuk berhijrah ke dalam kawasan RTPJ 2 dimana yang mampu mewujudkan permintaan-permintaan terhadap sektor perumahan, perniagaan dan kemudahan-kemudahan asas yang lain yang mampu untuk mempertingkatkan nilai tanah kawasan RTPJ 2 dan taraf hidup penduduk ke arah yang lebih moden dan selesa.

Page 24: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

18

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

5.0 POTENSI DAN HALANGAN TAPAK CADANGAN Rumusan daripada huraian-huraian analisis di atas, secara keseluruhannya cadangan pembangunan Stesen MRT Damansara ini di dalam tapak cadangan sangat sesuai dari segi guna tanah, lokasi dan keadaan pembangunan sekitar. Walaupun terdapat sedikit halangan disebabkan oleh keadaan fizikal tapak yang telah dibangunkan, tetapi pembangunan masih boleh diteruskan dengan teknik-teknik pembinaan terkini dan prinsip-prinsip perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan supaya tidak menjejaskan pembangunan sediada tapak. Tapak cadangan mempunyai potensi-potensi pembangunan yang tinggi jika ianya dieksploitasikan dengan baik. Antara potensi yang dimiliki oleh tapak cadangan ialah : i. Keadaan semasa sekitar tapak cadangan yang sudah dibangunkan dimana keperluan-keperluan

kemudahan dan infrastruktur serta utiliti sudah disediakan,

ii. Tapak cadangan berada di antara kawasan pembangunan koridor biru yang demikian menjadikan tapak cadangan amat berpotensi untuk dibangunkan dengan Stesen MRT bagi menampung keperluan permintaan terhadap kemudahan pengangkutan awam yang permintaannya semakin meningkat pada masa kini,

iii. Tapak cadangan mempunyai akses yang baik dan sempurna di mana terdapat akses sedia ada

yang dapat menghubungkan tapak cadangan dengan kawasan sekitar sama ada hubungan di peringkat tempatan mahu pun diperingkat daerah,

iv. Dengan wujudnya pembangunan kemudahan pengangkutan awam ini, maka pembangunan ini

akan mewujudkan lebih peluang pekerjaan disamping menggalakkan kemasukkan pelabur-pelabur luar ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Manakala halangan yang wujud di dalam tapak cadangan ialah i. Sekitar tapak cadangan sudah mempunyai pembangunan sediada dimana ia memerlukan

perancangan yang rapi bagi memastikan segala garis panduan panduan perancangan adalah mencukupi bagi pembangunan sediada dan pembangunan akan datang, dan

ii. Kerja-kerja pembinaan bangunan baru setelah diluluskan perlu menerapkan prinsip-prinsip keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna bagi bangunan sediada.

Page 25: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

19

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

6.0 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DAN GARIS PANDUAN

6.1 RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE – 2 (RFN)

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merumuskan dasar-dasar strategik perancangan spatial dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am pemajuan pembangunan, kegunaan dan pemuliharaan tanah di Semenanjung Malaysia.

Akta 172 merupakan asas perundangan dalam penyediaan RFN. RFN Ke-2merupakan dokumen mengenai dasar perancangan spatial negara dan tidak diwartakan sebagai rancangan pemajuan. Laporan RFN Ke-2 merupakan hasil kajian semula ke atas RFN. Ini adalah penting bagi memastikan kesemua dasar dan strategi perancangan spatial negara kekal terkinidan relevan dengan trend danperubahan pesat dalam ekonomi, sosial, fizikal dan teknologi. Justeru, RFN Ke-2 yang terkini dan realistik akan memberikan gambaran tepat mengenai matlamat dan strategi spatial negara, sertamenyediakan satu panduan perancangan yang positif.

6.1.1 MATLAMAT Matlamat RFN Ke-2 ialah:

PEMBENTUKAN SATU RANGKA KERJA SPATIAL NEGARA YANG EFISIEN,

SAKSAMA DAN MAMPAN UNTUK MEMANDU PEMBANGUNAN KESELURUHAN NEGARA KE ARAH MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN

TINGGI MENJELANG TAHUN 2020

6.1.2 OBJEKTIF

Untuk mencapai matlamat tersebut, lima objektif utama telah dikenal pasti:

i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara dengan disokong oleh infrastruktur strategik untuk mencapai ekonomi yang efisien dan berdaya saing global,

ii. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan mampan dan pemuliharaan biodiversiti,

iii. Menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang untuk mewujudkan integrasi

ekonomi dan perpaduan sosial,

iv. Mempertingkatkan kualiti spatial dan persekitaran, kepelbagaian dan keselamatan untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi dan sesuai didiami, dan

v. Mengintegrasikan hubungan antara negeri yang lebih efisien dan peruntukan ruang

awam bagi interaksi sosial dan komuniti mampan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Melalui objektif yang digariskan dalam RFN Ke-2, objektif empat telah dikenal pasti sebagai objektif yang menyumbang di dalam sektor pengangkutan.

Objektif 4 : Mempertingkatkan Kualiti Spatial dan Persekitaran, Kepelbagaian dan Keselamatan untuk Mencapai Kualiti Hidup yang Tinggi dan Sesuai Didiami NKRA yang dikenalpasti adalah menambah baik tahap pengangkutanawam dalam jangka masa sederhana. Terdapat enam komponen asas utama dalam pembentukan bandar yang sesuai didiami dan masyarakatmampan. Salah satu komponenmerupakan pendekatan ke arah pembaikan pengangkutan iaitu:

Page 26: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

20

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

i. Menggalakkan Pengangkutan Awam yang Efisien menerusi integrasi perancangan guna tanah dan pengangkutan untuk mengurangkan keperluan perjalanan dan meminimakan perjalanan ke tempat kerja. Adalah penting untuk menggalakkan satu sistem pengangkutan awam yang tersusun dan efisien terutama hab pengangkutan pelbagai dan antara mod di dalam pusat bandar utama. Di dalam membuat keputusan mengenai strategi spatial dan dasar-dasar RFN Ke-2, antara prinsip yang dilaksanakan ke arah sektor pengangkutan adalah seperti berikut:

P2 Mewujudkan Perancangan dan Pembangunan Guna Tanah Mampan Prinsip asas yang menyokong perancangan fizikal adalah pembangunan mampan. Ianya merupakan penentu bagi tahap kualiti sesuatu kawasan dankehidupan masyarakat. Pembangunan mampan juga menyokong ekonomi yang cergas serta penting di dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi. Dalam membentuk bandaraya, prinsip pembangunan mampan perluditerap dan diintegrasikan ke dalam semua dasar-dasar sektoral dan langkah-langkah pelaksanaan sebagaimana yang dimaksudkan dalam RFN Ke-2. Antaranya adalah: • Meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, peluang pekerjaan dan

pendapatan; • Menyediakan rangkaian pengangkutan yang bersepadu serta

infrastruktur strategik yang utama; • Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan keterangkuman sosial; • Melindungi persekitaran secara berkesan dan menggunakan sumber alam

secara bijaksana; • Mewujud dan memelihara sumber-sumber pertanian dan pelancongan.

P7 Mengutamakan Pengangkutan Awam daripada Kenderaan Persendirian untuk Pergerakan Antara Bandar dan Dalaman Bandar Perancangan spatial memainkan peranan positif untuk membantu mengurangkan pembebasan gas karbon dan juga menggalakkanpenggunaan teknologi hijau, seperti penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, dalam usaha mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Satu langkah utama adaptasi adalah menggalakkan penggunaanpengangkutan awam yang tinggi berbanding kenderaan persendirian. Inimemerlukanpembangunan sistem pengangkutan awam antara bandar yang efisien merangkumi rel berkelajuan tinggi dan hab pengangkutan di pusat bandar. Bagi perjalanan dalaman bandar, usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kecekapan perkhidmatankereta api dan mod-mod pengangkutan lain. Untuk mencapai pengangkutan awam yang ekonomik serta berdaya maju, bandaraya dan bandar perlu dibangunkan dalam bentuk yang lebih padat dan berdensiti tinggi seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).

6.1.3 DASAR-DASAR

RFN Ke-2 telah mencadangkan strategi pembangunan yang mengandungi 41 dasar. Dasar-dasar ini dibahagikan kepada lapan tema dan disokong oleh langkah-langkah pelaksanaan utama. Tema 1 : Pembentukan Rangka Kerja Spatial Negara Tema 2 : Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Tema 3 : Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tema 4 : Pembangunan Pelancongan Mampan Tema 5 : Pengurusan Petempatan Manusia Tema 6 : Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Tema 7 : Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara Tema 8 : Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian

Page 27: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

21

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Di dalam Tema 7 iaitu Penyepaduan Rangkaian pengangkutan Bandar dan negara, strategi yang digariskan adalah menerusi pembaikan pengangkutan bandar dan sistem pengangkutan pintar.

Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar Strategi pengangkutan bandar akan memberi penekanan kepada pembangunan satu sistem pengangkutan yang efisien di semua pusat bandar utama di Semenanjung Malaysia. Penekanan akan diberikan kepada keperluan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan pengangkutan persendirian. Adalah dicadangkan bagi pusat bandar utama di Malaysia, sasaran nisbah modal split 30:70 menjelang tahun 2020 antara pengangkutan persendirian dan awamserta nisbah modal split jangka panjang 50:50 diguna pakai sebagai satumatlamat pembangunan bandar. Penggunaan sistem dan rangkaian bersepadu sepenuhnya memerlukanpenubuhan satu pihak berkuasa yang menyediakan pengangkutan pelbagai mod dan fungsi untuk menyelia pengangkutan awam. Kajian terperinci di peringkat conurbation adalah diperlukan dengan memberi keutamaan kepada penyediaan infrastrukturuntuk mencapai modal split dan menyelaras rangkaian laluan tetap di kawasanyang mempunyai permintaan tinggi. Pengangkutan Sistem Pengangkutan Pintar (SPP), akan melengkapkan pembangunan kemudahan pengangkutan bandar awam yang moden. Sistem ini bergantung kepada komunikasi elektronik canggih dan IT untuk memantau dan mendapatkan maklumat masa sebenar mengenai aliran trafik dan isipadu untuk pengurusan ruang jalan yang terhad secara lebih baik. Tahap infrastruktur SPP sedia ada juga akan diperluaskan ke tiga conurbation utama lain.

Antara dasar-dasar yang digariskan berkait dengan pengangkutan adalah seperti berikut:

RFN 28 RANGKAIAN PENGANGKUTAN NEGARA BERSEPADU PERLU DIWUJUDKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN ANTARA GUNA TANAH DAN PENGANGKUTAN PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu Langkah-langkah: i. Satu Dasar Pengangkutan Negara dan Pelan Induk Rangkaian Perkhidmatan

Pengangkutan yang merangkumi peranan dan fungsi kemudahan dan perkhidmatan jalan, rel, laut dan udara di peringkat negara perlu disediakan.

ii. Hierarki dan fungsi sistem jalan perlu saling melengkapi dan tidak bertindih di antara satu sama lain.

iii. Untuk memudahkan pembangunan rangkaian guna tanah-pengangkutan bersepadu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti koridor-koridor pengangkutan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam RS dan RT.

iv. Koridor pengangkutan yang telah dikenal pasti di dalam RS dan RT perlu dilindungi daripada lain-lain guna tanah.

v. Walaupun pelaksanaan rangkaian pengangkutan dijalankan secara berperingkat, program kerja keseluruhan perlu dilaksanakan secara konsisten untuk memastikan perlaksanaan ke arah mencapai penyepaduan modal.

vi. Semua terminal pengangkutan awam utama akan dibangunkan di setiap conurbation utama, ibu negeri dan pusat bandar sebagai satu hab pengangkutan pelbagai mod yangbersepadu bagi bas, teksi, kereta persendirian, LRT, MRT dan kereta api antara negeri.

vii. Hierarki sistem pengangkutan merangkumi perkhidmatan rel, jalan, laut dan udara yang menghubungkan semua aktiviti ekonomi negeri di Semenanjung Malaysia perlu diperkukuhkan. Rel berkelajuan tinggi akan berperanan sebagai sistem utama disokong oleh rangkaian jalan.

Page 28: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

22

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

RFN 29 SATU SISTEM REL BERKELAJUAN TINGGI BERSEPADU NEGARA PERLU DIWUJUDKAN BAGI MELENGKAPI RANGKAIAN REL SEDIA ADA

PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara Langkah-langkah: i. Satu Pelan Induk Kereta Api Negara perlu disediakan dengan menggabungkan

rangkaian rel berkelajuan tinggi dan program landasan berkembar elektrik KTM yang meliputi pergerakan penumpang dan kargo.

ii. Koridor untuk sistem rel berkelajuan tinggi perlu dikenal pasti dan dilaksanakan mengikut program fasa pembangunan.

iii. Kesemua ibu negeri dan conurbation utama akan dihubungkan melalui rangkaian rel berkelajuan tinggi dengan stesennya berperanan sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti komuniti dan pengangkutan.

RFN 32 KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) PERLU DIGALAKKAN SEBAGAI ASAS PERANCANGAN GUNA TANAH BANDAR BAGI MEMASTIKAN KEBOLEHLAKSANAAN PENGANGKUTAN AWAM Langkah-langkah: i. Terminal rel utama perlu dibangunkan sebagai terminal pengangkutan pelbagai

mod bersepadu dan tumpuan untuk aktiviti komersial, perumahan dan sosial dan dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dan mesra pengguna.

ii. Kemudahan bas perantara dan park-and-ride perlu disediakan bagi menggalakkan stesen kereta api sebagai hab pengangkutan bandar di lokasi yang sesuai.

iii. Rangkaian laluan pejalan kaki berbumbung perlu disediakan untuk menghubungkan stesen kereta api dengan mercu tanda atau pembangunan utama di dalam pusat bandar.

iv. Bagi bandar-bandar utama, stesen kereta api dan kawasan persekitarannya perlu dijadikan sebagai kawasan perdagangan dan perumahan berkepadatan tinggi.

v. Bagi bandar yang mempunyai rangkaian rel sendiri, stesen-stesen tersebut perlu dijadikan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan dan aktiviti pelbagai guna.

vi. Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru perlu merangkumkan laluan LRT, MRT, ERL dan BRT (Bus Rapid Transit) di dalampembangunan perbandaran.

RFN 33 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU PERLU DIBANGUNKAN DI SEMUA PUSATBANDAR UTAMA Langkah-langkah: i. Kajian integrasi guna tanah-pengangkutan awam yang komprehensif perlu

dijalankan di semua conurbation utama. ii. Pengangkutan di semua pusat bandar utama perlu mengguna pakai modal split

30:70 menjelang tahun 2020 dan sasaran jangka masa panjang 50:50 di antara pengangkutan awam dan persendirian.

iii. Bagi petempatan bandar yang mempunyai penduduk melebihi 0.5 juta orang, sistem transit aliran berkapasiti tinggi yang bersepadu perlu disediakan.

iv. Langkah-langkah pengurusan trafik termasuk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) perlu diguna pakai untuk meningkatkan kecekapan trafik.

Page 29: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

23

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

DASAR-DASAR AGENSI PELAKSANA UTAMA

INISIATIF PELAKSANAAN UTAMA

RFN 28 Rangkaian pengangkutan negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan

• UPE, • MOT, • Kementerian Kerja

Raya, • JKR, • JPBD SM, • Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

• Menyediakan Dasar Integrasi

Guna Tanah - Pengangkutan

RFN 29 Satu sistem rel berkelajuan tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada

• MOT, • JPBD SM, • Kementerian

Kewangan, • UPE

• Menyediakan kajian feasibiliti,

mengenal pasti, koridor rel dan hab-hab pengangkutan melalui RS dan RT.

RFN 32 KonsepPembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam

• MOT, • PBT, • JPBD SM

• Mengenal pasti TOD untuk

kawasan conurbation, RS dan RT di dalam Pelan Rancangan Wilayah.

RFN 33 Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat bandar utama

• UPE, • MOT, • JPBD SM, • PBT, • Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

• Menyediakan Pelan Integrasi

Guna Tanah Rangkaian Pengangkutan untuk kawasan bandar

• Memperkenalkan pembangunan bandar padat dan sistem pengangkutan awam berintegrasi di semua pusat bandar.

• Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam termasuk bas dan rel di semua pusat bandar.

6.2 DASAR PERBANDARAN NEGARA (DPN)

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara. Dasar Perbandaran Negara (DPN) ialah suatu pernyataan bertulis yang menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar dan langkah-langkah bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien dan sistematik. DPN disediakan mengikut peruntukan di bawah Bahagian IIB Seksyen 6B (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), pindaan tahun 2001 (Akta A1129).

Page 30: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

24

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

6.2.1 FALSAFAH

Pembentukan dasar-dasar perbandaran perlu berasaskan kepada falsafah bandar yang sejahtera merangkumi perkara-perkara berikut: i. Menjana pembangunan ekonomi bagi kemakmuran negara yang boleh dikongsi dan

dinikmati bersama. ii. Menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan awam, infrastruktur dan utiliti yang

berkualiti untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk. iii. Menekankan aspek keselamatan di dalam bandar. iv. Memastikan keindahan rekabentuk dan kualiti fabrik bandar berasaskan

kebudayaan tempatan negara. v. Memberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. vi. Menggalakkan pembangunan sosial dan perpaduan nasional. vii. Menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam membangunkan komuniti

masing-masing dengan peningkatan tadbir urus yang lebih efisien dan berkesan. viii. Membasmi kemiskinan bandar. ix. Sensitif dan inovatif kepada perkembangan dan kemajuan teknologi.

6.2.2 OBJEKTIF

Berdasarkan kepada matlamat di atas, enam objektif telah dikenalpasti iaitu: i. Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan; ii. Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing; iii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunansosial; iv. Membasmi kemiskinan bandar; v. Memperkukuhkan sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan; vi. Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.

6.2.3 TERAS DASAR PERBANDARAN NEGARA

i. Dasar Perbandaran Negara digubal berdasarkan enam teras berikut: ii. Pembangunan Perbandaran yangEfisien dan Mampan iii. Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing iv. Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien v. Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti vi. Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti vii. Tadbir Urus Bandar yang Efektif

Melalui teras yang digariskan, teras dasar empat merupakan teras yang menggariskan mengenai sistem pengangkutan bandar.

Teras 4: SISTEM PENGANGKUTAN BANDAR YANG BERSEPADU DAN EFISIEN Sistem pengangkutan yang komprehensif dan efisien adalah penting untuk meningkatkan daya saing sesuatu bandar. Peningkatan jumlah penduduk dan pemilikan kenderaan persendirian yang tinggi serta ketidakcekapan pengangkutan awam memerlukan satu strategi yang dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul hasil dari keadaan ini. Justeru itu, pembangunan sistem pengangkutan bersepadu perlu dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri multimodal dan mesra alam untuk menangani masalah kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar seperti Konurbasi Kuala Lumpur. Dasar yang memberi galakan kepada penggunaan sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efektif, mesra pengguna dan mampu dinikmati oleh semua golongan penduduk hendaklah diwujudkan. Perancangan pengangkutan yang diintegrasikan dengan perancangan gunatanah akan dijadikan teras utama untuk menjamin kejayaan dasar penggunaan sistem pengangkutan awam.

Page 31: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

25

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Selain itu, pengurusan lalulintas perlu dilaksanakan dengan lebih komprehensif bagi memastikan masalah kesesakan di bandar-bandar dapat dikurangkan. Dasar-dasar untuk mencapai hasrat ini adalah:

DPN 15 Sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna dibangunkan. Langkah i. Menyediakan pelan induk pengangkutan awam di semua peringkat perbandaran. ii. Menyediakan garispanduan berdasarkan kepada sasaran mod pengangkutan

awam yang telah disediakan. iii. Membina terminal pengangkutan multi-modal mengikut hierarki bandar. iv. Mengintegrasi sistem pengangkutan awam di dalam perancangan guna tanah

dengan menggunakan konsep ‘Transit Oriented Development’ (TOD). v. Membangunkan sistem pengangkutan awam berkapasiti tinggi di Konurbasi

Pertumbuhan Negara, Wilayah, Separa Wilayah dan Pertumbuhan Negeri. vi. Menyediakan terminal ‘Park and Ride’ di Konurbasi Pertumbuhan Negara, Wilayah

dan Separa Wilayah. vii. Meningkatkan kawasan liputan laluan pengangkutan awam dan memastikan

perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap, efisien dan menepati waktu. viii. Memperkenalkan sistem tiket bersepadu yang merangkumi semua mod

pengangkutan awam. ix. Memberi keistimewaan kepada OKU dan warga emas melalui penyediaan

kemudahan fizikal, diskaun tiket dan kemudahan sokongan lain. x. Mewujudkan satu agensi khusus bagi mentadbir, merancang dan melaksanakan

sistem pengangkutan awam. xi. Menyelaraskan operator-operator yang terlibat dalam penyediaan pengangkutan

awam. xii. Memastikan operator-operator yang terlibat dalam penyediaan pengangkutan

awam mematuhi pelan laluan yang telah ditetapkan. xiii. Menyemak semula perundangan yang berkaitan dengan pengurusan sistem

pengangkutan awam. xiv. Memastikan aspek perancangan pengangkutan awam diberi penekanan dalam

Rancangan Tempatan. xv. Menggalakkan program berkongsi kereta untuk mengurangkan penggunaan

kenderaan persendirian. xvi. Menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam bagi mengurangkan tahap

pencemaran udara.

DPN 22 Kemudahan awam yang mencukupi, lengkap serta mesra pengguna disediakan dengan pengurusan dan penyelenggaraan yang berterusan.

Langkah i. Menyediakan kemudahan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, tempat

ibadat untuk pelbagai agama, tanah perkuburan dan kemudahan-kemudahan lain berdasarkan keperluan penduduk serta mengikut garispanduan dan piawaian perancangan.

ii. Menyediakan kemudahan awam di lokasi yang mudah sampai dan mesra pengguna.

iii. Menyediakan kemudahan awam yang berkualiti. iv. Mengkaji semula garis panduan perancangan yang berkaitan dengan penyediaan

kemudahan-kemudahan awam untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. v. Meningkatkan akses kepada kemudahan awam melalui kesinambungan rangkaian

siar kaki yang selesa dan laluan sikal yang selamat, selesa dan mesra pengguna. vi. Membudayakan amalan pengurusan dan penyelenggaraan yangberterusan.

Page 32: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

26

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

6.3 RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2020 (RSN SELANGOR)

Pengangkutan Dan PerhubunganRangkaian perhubungan ini berupaya meningkatkan penggunaan mod pengangkutan awam ke pusat-pusat pembangunan di dalam Wilayah Lembah Klang (WLK) yang secara tidak langsung mengurangkan kemasukan kenderaan persendirian ke wilayah tersebut seterusnya mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di dalam wilayah berkenaan.

6.3.1 WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR Wawasan Pembangunan Selangor Maju 2005 adalah untuk menjadikan Negeri Selangor maju secara menyeluruh atau syumul. Negeri maju yang syumul atau holistik ini menekankan keseimbangan pencapaian di antara jasmani dan rohani dalam persekitaran ekonomi dan kualiti hidup yang mampan, berteraskan teknologi maklumat dan tradisi keilmuan, ke arah mewujudkan masyarakat madani dan insan rabbani dalam konteks tamadun yang berwawasan. 6.3.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Matlamat pembangunan Negeri Selangor adalah untuk menjadi negeri maju menjelang tahun 2005 di mana pendapatan per kapita penduduk akan meningkat

kepada RM26,100 (USD 9,500) dan setiap penduduknya menikmati mutu kehidupan yang tinggi, harmoni, stabil dan adil.

6.3.3 DASAR-DASAR

Di dalam dasar yang terkandung dalam rancangan struktur negeri selangor ini merangkumi tiga dasar utama iaitu dasar ekonomi, dasar sosial dan, dasar fizikal dan alam sekitar. Dalam aspek pengangkutan awam, cadangan terhadap peningkatan pengangkutan awam dijelaskan hanya menerusi dua dasar iaitu dasar ekonomi dan, dasar fizikal dan alam sekitar seperti dibawah.

A. DASAR EKONOMI Matlamat • M-EK1 Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi • M-EK2 Mencapai Pembangunan Eknomi yang Mampan

DASAR EK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DI WLK AKAN TERUS DIGALAKKAN DAN DIMUDAHCARAKAN.

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

EK3 C3 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengangkutan awam dan aksesibiliti di seluruh WLK.

• UPEN, • PBPT, • LPKP

B. DASAR FIZIKAL DAN ALAM SEKITAR

Matlamat M-FZ4 Penyediaan Kemudahan Perhubungan Dan Pengangkutan Yang Cekap dan Mampan • Meningkatkan penyediaan kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang lebih

cekap, menyeluruh dan mencukupi selaras dengan keperluan akan datang.

Page 33: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

27

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

DASAR FZ 14 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DILAKSANAKAN DI SEMUA BANDAR UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN SEMUA MOD PENGANGKUTAN.

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

FZ14 C1 Menubuhkan sebuah badan korporat yang bertindak sebagai penyelaras di dalam perancangan, operasi dan pengurusan sistem pengangkutan awam bersepadu.

• JKR, • PBT, • LPKP

FZ14 C2 Mengintegrasikan operasi sistem pengangkutan awam seperti penyatuan dan penyelarasan sistem tambang, sistem informasi dan masa, laluan perkhidmatan pengangkutan awam serta perkhidmatan bas perantara.

• LPKP

FZ14 C3 Menggabungkan penyediaan kemudahan sokongan secara bersama seperti penyediaan terminal pelbagai mod, kemudahan tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki.

• PBPT

FZ14 C4 Meningkatkan aplikasi sistem pengangkutan pintar (Intelligent Transport System) yang melibatkan semua mod pengangkutan di dalam aspek pengurusan pengangkutan dan perkhidmatan pengguna seperti pengawalan trafik bandar, penyeliaan dan pengawalan trafik, sistem tiket bersepadu, pengurusan keselamatan jalan raya dan pengurusan kemalangan atau sesuatu kejadian.

• PBT

FZ14 C5 Mengenalpasti dan meyusun semula sistem pengangkutan awam (rel, bas dan teksi) supaya ianya dapat diintegrasikan dengan menyediakan kemudahan pertukaran antara mod di lokasi-lokasi strategik.

• SPNB, • PBPT, • Penyedia

perkhidmatan FZ14 C6 Mengambilkira keperluan semua golongan pengguna dalam

merekabentuk laluan dan kemudahan sokongan. • JKR, • PBPT

FZ14 C7 Memastikan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan diambilkira di dalam reka bentuk kemudahan sokongan seperti laluan dan kemudahan pejalan kaki.

• JKR, • PBPT, • PBT

FZ14 C8 Mengintegrasikan sistem pengangkutan awam bandar dan luar bandar serta wilayah supaya efisien, berkesan dan mampan.

• LPKP, • SPNB

FZ14 C9 Meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas jarak jauh di kawasan-kawasan luar bandar untuk mempertingkatkan kebolehsampaian semua petempatan.

• LPKP, • SPNB

DASAR FZ 15 SISTEM PENGURUSAN PERMINTAAN PERJALANAN (TRAVEL DEMAND MANAGEMENT) PERLU DILAKSANA BAGI MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN BANDAR YANG MAMPAN.

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

FZ15 C1 Mengaplikasikan strategi-strategi pengurusan permintaan perjalanan di dalam konsep perancangan guna tanah seperti konsep 'smart-growth', 'transit-oriented development', 'new urbanism', 'traffic calming', dan 'road pricing'.

• PBPT

FZ15 C2 Meningkatkan kerjasama antara pelbagai agensi awam dan swasta di dalam pelaksanaan sistem pengangkutan.

• PBT

DASAR FZ 16 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM PERLU DIPERLUASKAN UNTUK MENGINTEGRASIKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BERASASKAN REL.

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

FZ16 C1 Meluaskan liputan perkhidmatan pengangkutan berasaskan rel di dalam zon-zon perbandaran dan di antara zon supaya mempertingkatkan penggunaan awam.

• Penyediaan perkhidmatan

Page 34: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

28

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

FZ16 C2 Memastikan perkhidmatan rel disokong oleh mod-mod pengangkutan lain yang cekap dan berkesan.

• Penyediaan perkhidmatan SPNB,

• PBT FZ16 C3 Menyediakan kemudahan sokongan yang boleh

dimanfaatkan oleh semua golongan pengguna pengangkutan awam.

• PBPT

FZ16 C4 Menyediakan bas-bas pengantaraan yang mencukupi, cekap dan 'reliable' serta memberi liputan perkhidmatan yang menyeluruh untuk menyokong perkhidmatan rel.

• PBT, • Penyedia

perkhidmatan FZ16 C5 Menyediakan kemudahan 'park and ride' yang mencukupi

di setiap stesen transit dengan kadar bayaran yang berpatutan.

• Penyedia perkhidmatan,

• PBT, • PBPT

DASAR FZ 17 KEMUDAHAN SOKONGAN PENGANGKUTAN YANG SELAMAT DAN MESRA PENGGUNA PERLU DISEDIAKAN DENGAN MENCUKUPI, MENYELURUH DAN BERTERUSAN.

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

FZ17 C1 Menyediakan pelbagai kemudahan sokongan seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki dan penungggang basikal.

• Penyediaan perkhidmatan,

• PBT, • PBPT

FZ17 C2 Menyediakan kemudahan sokongan yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna.

• Penyediaan perkhidmatan,

• PBT, • PBPT

FZ17 C3 Memastikan reka bentuk dan kemudahan yang disedia mengambilkira keperluan semua golongan pengguna termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

• PBT, • PBPT

Isu dan Masalah I-FZ9 Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar-Bandar Besar • Kebanyakan jalan-jalan utama di kawasan bandar mengalami masalah kesesakan

lalu lintas akibat daripada kadar penggunaan kenderaan persendirian yang tinggi dan kadar tumpuan aktiviti perbandaran di sepanjang jalan utama.

DASAR FZ 37 PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DAN PENDEKATAN 'TRAVEL DEMAND MANAGEMENT' PERLU DILAKSANAKAN DI BANDAR UTAMA

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

FZ37 C1 Mempertingkatkan penggunaan mod pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan utama.

• PBT, • PBPT

FZ37 C2 Menyediakan laluan dan perkhidmatan alternatif untuk meningkatkan tahap kebolehsampaian.

• PBT, • PBPT

FZ37 C3 Menyediakan stesen perhentian yang diintegrasi dengan mod-mod pengangkutan lain yang selamat serta kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan.

• PBT

FZ37 C4 Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna termasuk penyediaan kemudahan pengangkutan yang bersih, rangkaian perjalanan yang menyeluruh, dan perkhidmatan yang tepat pada masa dan mencukupi terutamanya pada waktu puncak.

• PBT

FZ37 C5 Menyediakan laluan khas untuk bas dan teksi serta ;lay by' di setiap hentian bagi memastikan kelancaran perjalanan perkhidmatan bas dan teksi, serta mencegah kesesakan yang berpunca daripada pergerakan bas dan teksi.

• PBT, • PBPT

Page 35: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

29

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

FZ37 C6 Mengadaptasikan konsep 'Transit Oriented Development' (TOD) di dalam perancangan pembangunan terminal dan perhentian pengangkutan dengan kawasan sekitarnya.

• PBT, • PBPT

FZ37 C7 Menyediakan laluan pejalan kaki dan penunggang basikal yang menyeluruh dan berterusan terutamanya di kawasan kejiranan.

• PBT

FZ37 C8 Mengawal kemasukan kenderaan persendirian ke pusat-pusat bandar besar melalui pendekatan 'Travel Demand Management'.

• PBT

Isu dan Masalah I-FZ10 Kadar Kemalangan Jalan Raya Yang Tinggi • Kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi terutama di jalan-jalan persekutuan dan

jalan negeri.

DASAR FZ 38 KESELAMATAN SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA, TERMASUK PEJALAN KAKI, PENUNGGAN MOTOSIKAL DAN BASIKAL, PERLU DITITIKBERATKAN DI SEMUA KAWASAN PEMBANGUNAN.

CADANGAN AM AGENSI

PELAKSANA UTAMA

FZ38 C1 Menyediakan kemudahan seperti 'lay-by' lorong kecemasan, lorong motosikal yang berterusan, lintasan yang selesa dan selamat, papan tanda yang jelas dan sistem pencahayaan yang baik di mana sesuai dan diperlukan.

• PBT, • JKR, • LLM

FZ38 C2 Meningkatkan keberkesanan skim pengurusan lalu lintas bersepadu.

• PBPT, • JKR

FZ38 C3 Melaksanakan langkah-langkah penenang lalu lintas (traffic calming) untuk meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal serta mengurangkan pencemaran di kawasan yang mengalami konflik lalu lintas yang tinggi.

• PBPT, • JKR

FZ38 C4 Menggalakkan pengasingan laluan mengikut mod kenderaan (mod seperation) di jalan-jalan persekutuan dan negeri, serta mana boleh, di kawasan kejiranan.

• PBPT, • JKR

Page 36: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

30

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 6.1 : Cadangan Pembangunan Jalan dan Laluan Transit

Sumber : Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 (RSN 2020)

Page 37: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

31

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

6.4 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DAN GARIS PANDUAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 2 2020 (RTMBPJ 2 2020)

6.4.1 KAWASAN PENTADBIRAN RTPJ 2

Bagi tujuan perancangan dan pengawalan penggunaan tanah yang lebih sistematik, kawasan RT MBSA 2020, RTPJ 2 dan RT MPSJ 2020 telah dibahagikan kepada tiga blok perancangan mengikut sempadan kawasan Pihak Bekuasa Tempatan (PBT). Kawasan RTPJ 2 terletak di kawasan Blok Perancangan (BP) 2 dan telah dibahagikan kepada lima Blok Perancangan Kecil (BPK).

Jadual 6.1 : Blok Perancangan Kecil (BPK) RTPJ 2

BPK BLOK PERANCANGAN KECIL KELUASAN (HEKTAR)

BPK 2.1 PJU 1 - PJU 5, PJU 10 3,811.31 BPK 2,2 PJU 6 - PJU 9 1,560.22 BPK 2.3 SS 2 - SS 9, SS 11, SS 20 - SS 26 1,410.19 BPK 2.4 Seksyen 13 101.96 BPK 2.5 SS 10, Sek 18, PJS 1 - PJS 6, PJS 8 & PJS 10 676.30

JUMLAH 7,559.98 Sumber: Kajian Rancangan Tempatan MBSA, RT MBPJ, RT MPSJ 2020 (2003)

Rajah 6.2 : Blok Perancangan RTPJ 2

Sumber : Kajian Rancangan Tempatan MBPJ 2(2020)

Page 38: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

32

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

A. DASAR-DASAR

Berdasarkan laporan yang digariskan di dalam RTPJ 2, dasar bagi pengangkutan awam yang diguna pakai adalah yang berkait rapat dengan dasar fizikal seperti dibawah:

KOD DASAR DASAR TINDAKAN RTPJ

2 KE ATAS DASAR RSN

FZ 14

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DILAKSANAKAN DISEMUA BANDAR UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN SEMUA MOD PENGANGKUTAN

Cadangan sistem pengangkutan awam telah diselaraskan dengan cadangan dikemukakan dalam Kajian Pengangkutan Awam Lembah Klang.

FZ 15

SISTEM PENGURUSAN PERMINTAAN PERJALANAN (TRAVEL DEMAND MANAGEMENT) PERLU DILAKSANAKAN BAGI MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN BANDAR YANG MAMPAN

FZ 16

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM PERLU DIPERLUASKAN UNTUK MENGINTEGRASIKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BERASASKAN REL

FZ 17

KEMUDAHAN SOKONGAN PENGANGKUTAN YANG SELAMAT DAN MESRA PENGGUNA PERLU DISEDIAKAN DENGAN MENCUKUPI, MENYELURUH DAN BERTERUSAN

FZ 37

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU DAN PEDEKATAN 'TRAVEL DEMAND MANAGEMENT' PERLU DILAKSANAKAN DI BANDAR-BANDAR UTAMA

Cadangan perkhidmatan pengangkutan awam telah mengambil kira pendekatan yang bersepadu dan telah di selaraskan dengan cadangan pengangkutan awam seluruh Lembah Klang.

FZ 38

KESELAMATAN SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA, TERMASUK PEJALAN KAKI, PENUNGGAN MOTOSIKAL DAN BASIKAL, PERLU DITITIKBERATKAN DI SEMUA KAWASAN PEMBANGUNAN

B. GUNA TANAH SEMASA

Guna tanah semasa RTPJ 2 meliputi keseluruhan seluas 7,559.98 hektar. Guna tanah pengangkutan mempunyai keluasan 1,280.54 hektar iaitu 16.94% daripada keluasan keseluruhan RTPJ 2.

Jadual 6.2 : Pecahan Guna Tanah Semasa 2003

GUNA TANAH LUAS (HEKTAR) (%) Kediaman 1,466.94 19.40 Industri 270.30 3.58 Perniagaan dan perkhidmatan 261.90 3.46 Institusi dan kemudahan masyarakat 1,031.32 13.64 Tanah lapang dan rekreasi 742.90 9.83 Tanah berumput / Lalang / Tapak Projek Dalam Pembinaan

1,481.74 19.60

Pengangkutan 1,280.54 16.94 Infrastruktur dan utiliti 405.43 5.36 Hutan 465.97 6.16 Badan air 152.94 2.02

JUMLAH KESELURUHAN 7,559.98 100.00 Sumber : Kajian Rancangan Tempatan MBPJ 2(2020)

Page 39: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

33

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

C. ASET DAN PROSPEK PEMBANGUNAN

Rangkaian Perhubungan dan Pengangkutan Yang Efisien Kewujudan rangkaian perhubungan dan pengangkutan sedia ada seperti rangkaian lebuh raya dan laluan rel serta terdapatnya tiga pusat transit bertaraf dunia di Lembah Klang iaitu KL Sentral, KLIA dan Pelabuhan Klang juga merupakan aset-aset yang dapat menyumbangkan pertumbuhan dan pembangunan daerah ini serta peningkatan kualiti kehidupan penduduk. Pemodenan dan penggalakan penggunaan sepenuhnya kemudahan ini oleh penduduk-penduduk dijangkakan dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di daerah ini.

D. PARAMETER ASAS PEMBENTUKAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Parameter asas yang dijadikan asas dalam merangka strategi pembangunan adalah seperti berikut: Rangkaian Pengangkutan dan Perhubungan Terdapatnya rangkaian perhubungan dan pengangkutan yang baik dan terancangadalah merupakan aset dan mampu menawarkan aksesibiliti yang baik, di mana ianya merupakan kriteria penting dalam mempengaruhi arah tuju pembangunan kawasan ini.

E. CADANGAN GUNA TANAH UTAMA KAWASAN RTPJ 2

Menjelang tahun 2020 guna tanah bagi kawasan RTPJ 2, guna tanah bagi pengangkutan akan terus meningkat daripada 16.94% kepada 19.14%. Dari segi keluasan peningkatan daripada 1,280.54 hektar kepada 1,446.67 hektar menyumbang kepada perbezaan sebanyak 166.13 hektar.

Jadual 6.3 : Cadangan Guna Tanah Utama

Guna Tanah 2003 2020 Perbezaan Hektar % Hektar % Hektar

Perumahan 1,466.94 19.40 1,986.61 26.28 519.67 Perindustrian 270.30 3.58 302.48 4.00 32.18 Perniagaan dan Perkhidmatan 261.90 3.46 772.91 10.22 511.00 Institusi dan Kemudahan Masyarakat 1,031.32 13.64 1,219.36 16.14 188.04 Tanah Lapang dan Rekreasi 742.90 9.83 1,054.28 13.95 311.38 Pengangkutan 1,280.54 16.94 1,446.67 19.14 166.13 Infrastruktur dan Utiliti 405.43 5.36 346.45 4.57 58.98 Hutan 465.97 6.16 308.74 4.08 157.23 Badan Air 152.94 2.02 122.48 1.62 30.46

Jumlah Kecil 7,559.98 100 7,559.98 100 1,975.67 Sumber : Kajian Rancangan Tempatan MBPJ 2(2020)

F. CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM

i. Cadangan Terminal Pengangkutan Awam Di kawasan RTPJ 2, terdapat satu cadangan terminal pengangkutan awam di Kota Damansara bagi menampung keperluan perkhidmatan bas. Terminal ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada pengguna. Terminal ini perlulah diintegrasikan dengan mod pengangkutan awam yang lain supaya ianya lebih berkesan dalam memberikan perkhidmatan. ii. Cadangan Perkhidmatan Rel dan Transit Terdapat cadangan untuk menyediakan stesen dan laluan rel di kawasan MBPJ bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan. Penawaran perkhidmatan rel ini dijangka akan menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam di dalam urusan seharian sebagai mod pengangkutan utama.

Page 40: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

34

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 6.3 : Cadangan Laluan Rail dan Transit RTPJ 2

Sumber : Kajian Rancangan Tempatan MBPJ 2(2020)

Page 41: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

35

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

6.4.2 BLOK PERANCANGAN KECIL 2.1 (PJU 10)

A. LATAR BELAKANG DAN CIRI-CIRI KAWASAN PEMBANGUNAN Kawasan perancangan ini meliputi kawasan seluas 3,811.31 hektar iaitu lebih kurang 50.41% dari keseluruhan kawasan BP2. Kawasan pembangunan baru Damansara Damai dan Kota Damansara merupakan kawasan utama yang mempengaruhi corak pembangunan dalam blok perancangan ini, selain daripada kawasan RRIM yang juga turut mempengaruhi corak guna tanah blok perancangan ini. BPK ini terletak di bahagian barat kawasan RTPJ 2 dan dihubungi melalui jaringan sistem pengangkutan seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan Sungai Buloh-Subang, dan jaringan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT). B. CADANGAN GUNA TANAH Pembangunan baru di BPK ini adalah lebih bercorak 'infill' dengan kepadatan sederhana yang mana tumpuan pembangunan baru adalah di kawasan Damansara Damai, Kota Damansara, PJU 1 dan PJU 1A. C. KELAS KEGUNAAN TANAH BAGI BPK 2.1 Jadual menunjukkan klasifikasi kelas guna tanah bagi semua kawasan-kawasan dalam BPK ini. Ia perlu dirujuk bersama-sama dengan bab Peta Cadangan Guna Tanah BPK 2.1.

Jadual 6.4 : Kelas Kegunaan Tanah BPK 2.1

KOLUM I KOLUM II KOLUM III KOLUM IV KOLUM V KOLUM VI

SEKSYEN / TAMAN

GUNA TANAH UTAMA

AKTIVITI DIBENARKAN

AKTIVITI DIBENARKAN DENGAN SYARAT

AKTIVITI TIDAK

DIBENARKAN CATATAN

AKTIVITI SYARAT PJU 10 Perumahan Pengangkutan • Tertakluk

kepada keperluan dan piawaian penyediaan yang berkaitan

• Semua aktiviti yang tidak tersenarai dalam Kolum II, III & IV

• Aktiviti yang mencemarkan atau mempunyai potensi pencemaran

• Aktiviti-aktiviti yang bercanggahan dengan kawasan perumahan

Pembangunan hendaklah merujuk kepada garis panduan dan piawaian pembangunan yang ditetapkan JPBD, MBPJ dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

PJU 10 (Pusat Latihan Perhutanan)

Institusi Insititusi dan Kemudahan Masyarakat

• Kegunaan Kerajaan (Pejabat, Kompleks/Pusat Pengurusan)

• Kegunaan Laihan Kemahiran / Sekolah / Keagamaan / Perkuburan (RRIM sahaja)

Pengangkutan

• Tertakluk kepada keperluan dan piawaian penyediaan yang berkaitan

• Semua aktiviti yang tidak tersenarai dalam Kolum II, III & IV

• Aktiviti yang mencemarkan atau mempunyai potensi pencemaran

• Aktiviti-aktiviti yang bercanggahan dengan kawasan perumahan

Pembangunan hendaklah merujuk kepada garis panduan dan piawaian pembangunan yang ditetapkan JPBD, MPPJ dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Page 42: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

36

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

PJU 10 (kawasan perniagaan Damansara Damai)

Perniagaan Perniagaan (pusat bandar)

Pengangkutan • Tertakluk kepada keperluan dan piawaian penyediaan yang berkaitan

• Semua aktiviti yang tidak tersenarai dalam Kolum II, III & IV

• Aktiviti yang mencemarkan atau mempunyai potensi pencemaran

• Aktiviti yang bercanggahan dengan kawasan perniagaan

Rajah 6.4 : Gunatanah BPK 2.1

Sumber : Kajian Rancangan Tempatan MBPJ 2(2020)

Page 43: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

37

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

7.0 CADANGAN PEMBANGUNAN Pembangunan yang dicadangkan adalah bagi tujuan pembinaan sebuah Stesen MRT Bertingkat yang akan disokong oleh elemen kemudahan awam dan infrastruktur yang lain. Pembangunan persekitaran, keperluan polisi dan dasar berkaitan serta garis panduan yang telah ditetapkan akan diterapkan di dalam melaksanakan pembentukan cadangan bagi pembangunan yang bakal dijalankan. Justeru itu, cadangan pembangunan yang dibentuk dianggap mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan kawasan persekitarannya.

7.1 MATLAMAT CADANGAN PEMBANGUNAN

Matlamat Cadangan Pembangunan ini ialah

“Menawarkan Satu Skim Pembangunan Stesen MRT Berserta Kemudahan Dan Infrastruktur Yang Berkonsepkan ‘Free Standing Building’ Dengan Menerapkan Sistem

Sirkulasi Yang Baik Berserta Dengan Kemudahan-Kemudahan Yang Moden Bagi Pembangunan Ini Bergerak Selari Dengan Wawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

untuk menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Banda Raya Bertaraf Dunia”

7.2 KONSEP PEMBANGUNAN

Stesen MRT Damansara Damai ini ialah sebuah stesen yang berkonsepkan stesen bertingkat (elevated) dan direkabentukkan sebagai “island platform station”. Stesen jenis “island platform” ini berkonsepkan dua laluan rel, ia itu di kiri dan kanan dimana penumpang menunggu, menurun/menaiki tren dari satu kawasan tengah yang berada di antara dua-dua rel tersebut.

Rajah 7.1 : Konsep Pembangunan Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd.

Page 44: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

38

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

7.3 CADANGAN PEMBANGUNAN DAN PECAHAN GUNATANAH

Konsep rekabentuk cadangan pembangunan ini menitikberatkan tahap kesesuaian dan keselesaan ruang untuk menepati fungsi dan keperluan sebagai sebuah pembangunan kemudanan pengangkutan. Disamping itu, pembangunan ini juga akan menonjolkan identiti tersendiri secara tidak lansung akan menjadi salah satu mercu tanda bagi sekitar tapak cadangan.

Merujuk kepada cadangan pembangunan, keluasan tapak cadangan ini ialah 20.65 ekar (83,571.50 meterpersegi). Berikut ialah keluasan tapak cadangan dan ringkasan bagi pembangunan sekitar tapak cadangan.

Luas Tapak : 20.65 ekar Pembangunan Sekitar

Utara : Jalan Kuala Selanor Selatan : Lot-Lot Kedai Teres Timur : Zon Penampan Barat : Kawasan Perumahan

Rujuk Rajah 7.2 sebagai Pelan Susunatur Tapak Cadangan manakala Jadual 7.1 dibawah menerangkan pecahan keluasan penggunaan tanah bagi cadangan pembangunan ini. Jadual 7.1 : Petunjuk Gunatanah

KOMPONEN GUNATANAH MPS EKAR PERATUS STESEN MRT 4,565.35 1.13 5.47 LANSKAP KERAS 2,586.17 0.64 3.10 KAWASAN HIJAU / KAWASAN LAPANG AWAM 19,975.93 4.93 23.90 UTILITI DAN INFRASTRUKTUR 433.63 0.11 0.52 JALAN RAYA / TEMPAT LETAK KERETA (TERBUKA) 38,558.56 0.88 4.26 MSPR / TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT 3,558.56 9.54 46.22 SUNGAI DAN SALIRAN 13,823.57 3.41 16.54

JUMLAH 83,571.50 20.65 100.00 Sumber : Veritas Planning Sdn. Bhd.

7.4 KOMPONEN PEMBANGUNAN DAN PECAHAN RUANG LANTAI

Merujuk kepada konsep pembangunan yang diterapkan di dalam cadangan stesen ini, stesen ini mengandungi 3 aras iaitu aras bawah, aras konkos dan aras platform. Kawasan cadangan pembangunan juga turut dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna perkhidmatan MRT seperti pejalan kaki terbuka dan tertutup, akses (ramp dan lif) untuk golongan orang kurang upaya (OKU), dan juga kemudahan untuk pengangkutan awam yang lain seperti perkhidmatan bas dan teksi serta kemudahan tempat letak kenderaan serta “drop off zone”. Aras Tanah bagi cadangan stesen ini akan mengandungi ruang untuk ”refuse storage room”, “water tank dan pump room”, “MDF room”, “CTER room”, BUS regulator room”, tangga, lif dan ramp. Aras konkos pula akan mengandungi kawasan untuk ”paid side” dan ”unpaid side”, mesin tiket layan sendiri, ”fare gates”, papan maklumat, telefon awam, tandas staf, tandas awam (serta untuk orang kurang upaya), pejabat staf, lif dan escalator, tangga, dan ruang sirkulasi awam. Kawasan awam dikekalkan di tengah-tengah aras konkos ini. Bilik M&E, ”switchgear”, ”signalling and telecommunications”, ”station control”, surau, pejabat penyelenggaraan, stor, dan ”first aid station” diletakkan berhampiran dengan eskalator untuk ke aras intermediate dan aras platform. Aras intermediate mengandungi komponen seperti “APG equipment room”, “rwh tank”, lif serta eskalator. Aras platform pula dicadangkan akan mengandungi kawasan untuk menunggu dan menaiki tren serta bilik ”earth ISOL panel” dan “DB panel”.

Page 45: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

39

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Untuk memudahkan akses dari kemudahan pengangkutan awam dan kawasan tempat letak kereta yang berada di aras lantai ke konkos MRT, eskalator dan lif disediakan di kedua-dua belah bangunan stesen dari aras lantai ke paras konkos. Pecahan ruang lantai terperinci bagi setiap aras untuk stesen MRT Damansara Damai dan konkos bersepadu disenaraikan dalam Jadual 7.2 dibawah sebagai penerangan bagi Taburan Ruang Lantai yang dicadangkan bagi stesen MRT Damansara Damai ini manakala Jadual 7.2 sebagai ringkasannya. Jadual 7.2 : Ringkasan Ruang Lantai Pembangunan

TINGKAT GFA (MPS) NFA (MPS) Ruang Aras Tanah (G) – 1 Tingkat ENTRANCE STATION 633.35 - UTILITI DAN INFRASTURKTUR 433.63 - RUMAH SAMPAH 9.00 - A. JUMLAH KECIL 1,075.98 633.35 Ruang Aras Konkos (1) – 1 Tingkat ARAS KONKOS 287.28 - CIRCULATION & MEP SERVIS 4,263.49 - B. JUMLAH KECIL 4,550.77 287.28 ARAS INTERMEDIATE - - CIRCULATION & MEP SERVIS 1,179.62 - C. JUMLAH KECIL 1,179.62 - Ruang Aras Plat Form (2) – 1 Tingkat ARAS PLATFORM - - CIRCULATION & MEP SERVIS 1,436.81 - D. JUMLAH KECIL 1,436.81 -

JUMLAH KESELURUHAN 8,243.18 920,63 Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Page 46: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar
Page 47: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

41

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 7.3 : Pelan Lantai Aras Tanah Bagi Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Rajah 7.4 : Pelan Lantai Aras Konkos Bagi Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Rajah 7.5 : Pelan Lantai Aras Intermediate Bagi Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Page 48: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

42

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 7.6 : Pelan Lantai Aras Platform Bagi Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Rajah 7.7 : Pelan Keratan Rentas A-A Bagi Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Rajah 7.8 : Pelan Keratan Rentas B-B Bagi Stesen MRT Damansara Damai

Sumber : Veritas Architects Sdn. Bhd.

Page 49: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

43

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

7.5 KAWASAN BANIR DINDING “PLINTH AREA” Pengiraan banir dinding bagi pembangunan ini adalah seperti di bawah:- Keluasan tapak yang didirikan bangunan ialah 8,619.74 mps atau 2.13 ekar. Keluasan banir dinding yang dicadangkan ialah 10.31% daripada keluasan tapak, maka pengiraan banir dinding adalah seperti berikut:-

Banir dinding = X 100

= X 100

= 10.31 %

Berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan, keluasan banir dinding yang dicadangkan adalah 10.31 % dan ini bersesuaian dengan keluasan banir dinding yang dibenarkan oleh MBPJ iaitu tidak melebihi 60%.

7.6 NISBAH PLOT “PLOT RATIO”

Sebelum pengiraan nisbah plot dapat dilakukan, luas lantai kasar bagi ruang bangunan stesen bersepadu diperlukan. Jumlah luas lantai kasar bagi pembangunan yang dicadangkan bagi tujuan pembangunan ini ialah 8,243.18 mps (rujuk Jadual 7.2), manakala keluasan tapak cadangan ialah 83,571.50 mps. Jumlah luas lantai yang terlibat di dalam pengiraan nisbah plot ini hanyalah melibatkan ruang aras tanah (konkos bersepadu), ruang konkos dan ruang platform. Pengiraan nisbah plot adalah seperti berikut:- Nisbah plot = = = 1 : 0.099 Oleh yang demikian, didapati nisbah plot pembangunan yang dicadangkan ialah 1 : 0.099 dan tidak melebihi nisbah plot yang dibenarkan oleh MBPJ iaitu 1 : 4 7.7 AKSES KELUAR MASUK Jalan utama yang terdekat yang menghubungkan Stesen Damansara Damai dengan kawasan disekitarnya ialah Jalan Kuala Selangor, Jalan PJU 10/10G dan juga Jalan PJU 10/10B. Manakala akses ke stesen MRT dari arah Utara menyeberangi Jalan Kuala Selangor ialah dari Jalan Desa Aman. Sebuah jejantas akan disediakan dari aras konkos untuk ke akses tersebut bagi memudahkan pengguna melintasi Jalan Kuala Selangor. Akses ke stesen MRT ini untuk kenderaan pengangkutan awam (bas dan teksi), kenderaan untuk “Drive& ride” serta tempat letak kenderaan terbuka juga adalah melalui jalan-jalan tersebut. Rujuk Rajah 7.9 di bawah sebagai rujukan Akses Keluas Masuk ke Stesen ini.

8,619.74 mps 83,571.50 mps

Luas tanah yang didirikan bangunan Luas tapak

8,243.18 mps 83,571.50 mps

Jumlah luas ruang lantai Luas tapak

Page 50: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

44

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

7.8 PERKHIDMATAN “DROP-OFF ZONE”, BAS DAN TEKSI Merujuk kepada penerangan Bab 7.7 di atas, jelas menunjukkan laluan utama ke stesen ini adalah melalui Jalan Kuala Selangor dan Jalan PJU 10/10E. Oleh yang sedemikian, akses ke stesen MRT ini untuk kenderaan pengangkutan awam (bas dan teksi), kenderaan untuk “Kiss & Ride” adalah melalui Jalan-jalan tersebut. Penyediaan ruang untuk bas dan teksi yang disediakan di Stesen Damansara Damai ini adalah bagi menggalakkan integrasi antara mod pengangkutan awam yang lain dengan MRT. Untuk stesen ini, zon perkhidmatan lay-by bas dan teksi serta drop off disediakan di bawah bangunan stesen itu sendiri untuk meningkatkan tahap aksessibiliti dan juga memberikan keselesaan kepada pengguna MRT. Bilangan ruang lay-by seperti berikut: i. Enam (6) lay-by untuk bas (bawah stesen), ii. Enam (6) lay-by untuk teksi (bawah stesen), iii. Enam (6) lay-by untuk “Kiss & Ride” atau “Drop-Off” (bawah stesen), iv. Dua (2) lay by untuk teksi (Entrance 3), dan v. Dua (2) lay-by untuk “Kiss & Ride” atau “Drop-Off” (Entrance 3). Rujuk Rajah 7.9 di bawah sebagai rujukan lokasi Lay-by dan Drop Off Zone. 7.9 KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KENDERAAN “PARK AND RIDE” Merujuk kepada kajian dan Manual Garis Panduan Penyediaan Stesen MRT yang dirangka oleh pihak Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd (MRT Corp.), bagi cadangan ini keperluan tempat letak kereta (TLK) ialah sebanyak 400 TLK, Motosikal (TLM) ialah sebanyak 50 dan basikal (TLB) adalah sebanyak 6 TLB. Jika merujuk kepada pembangunan sekitar tapak cadangan, terdapat sebuah podium tempat letak kenderaan di bahagian Selatan tapak yang tidak berapa digunakan sepenuhnya. Oleh yang sedemikian pihak MRT berhasrat untuk mengambil alih bangunan tersebut dan dijadikan sebagai kegunaan MRT dimana ia akan dinaiktaraf kemudahan-kemudahannya seperti contoh satu laluan pejalan kaki berbumbung akan disediakan bagi menghubungkan podium tempat letak kenderaan tersebut dengan stesen MRT. Bagi cadangan stesen ini juga, 1 petak tempat letak OKU (3.6 m X 5 m) telah disediakan berdekatan dengan bangunan stesen ini iaitu diletakkan di bawah bangunan stesen. Ruang TLK OKU ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan OKU yang lain seperti “Ramp”, “Railing”, Lift OKU dan kemudahan-kemudahan lain. Rujuk Rajah 7.9 di bawah sebagai rujukan lokasi Kemudahan Tempat Letak Kenderaan. 7.10 KEMUDAHAN LALUAN PEJALAN KAKI Menerajui konsep pembangunan kejiranan hijau bagistesen MRT Damansara Damai, penyediaan laluan pejalan kaki diberi keutamaan dalam menyediakan persekitaran serta perkhidmatan terbaik kepada pengguna dan penduduk sekitar stesen terutama dalam jarak 200 meter dari stesen. Pembinaan laluan-laluan pejalan kaki ini mengambil kira elemen rekabentuk bandar selamat supaya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dan orang awam disamping menggalakkan suasana yang sihat dalam kalangan masyarakat. Bagi cadangan ini, Laluan pejalan kaki yang disediakan adalah terletak di bahu-bahu jalan terutamanya Jalan PJU 10/10E dan Jalan PJU 10/10G. Terdapat juga laluan yang disediakan bagi menghubungkan stesen MRT dan juga podium tempat letak kenderaan sediada yang terdapat di Selatan tapak bagi mengintegrasikan stesen dan tempat letak kenderaan. Pembangunan stesen MRT ini tidak mengabaikan aspek keselamatan dan keselesaan pejalan kaki dimana pihak MRT akan menyediakan laluan pejalan kaki selebar 3 meter hingga ke 5 meter dan berbumbung. Laluan pejalan kaki berbumbung ini bermula dari bangunan konkos dan akan

Page 51: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

45

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

berintegrasi dengan pembangunan sekitar tapak. Bagi mewujudkan ciri-ciri keselamatan pengguna, laluan pejalan kaki ini juga akan dilengkapi dengan pagar (anti snatch fence) bagi tujuan memisahkan konflik pejalan kaki dengan jalan utama dan risiko jenayah. Bagi cadangan stesen ini, sebuah jejantas berbumbung akan disediakan di Utara tapak bagi menyeberangi Jalan Kuala Selangor. Jejantas ini juga akan bertindak sebagai alat penghubung antara pengguna MRT dengan pembangunan sediada di bahagian Utara tapak iaitu Sierramas dan Kampung Desa Aman. Rujuk Rajah 7.9 seperti di bawah bagi lokasi kemudahan laluan pejalan kaki.

Rajah 7.9 : Rajah Kemudahan Pengangkutan dan Laluan Pejalan Kaki

Sumber : Veritas Planning Sdn. Bhd.

7.11 KEMUDANAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) Bagi golongan OKU, fasiliti yang sesuai turut disediakan di Stesen MRT. Ramp untuk memudahkan pergerakan golongan OKU akan dibina di bahu jalan dan juga dalam bangunan stesen. Susurtangan akan disediakan pada setiap sisi dinding atau pada “balustrade”. Lif juga akan disediakan bagi menghubungkan antara Aras Bawah, Aras Konkos dan Aras Platform akan memudahkan pergerakan golongan OKU terutama yang berkerusi roda. Setiap laluan masuk utama akan disediakan kemudahan laluan yang berkerusi roda. Tambahan pula, stesen akan dilengkapi dengan kemudahan seperti laluan “tactile” (guiding blocks) dan akan disediakan di laluan masuk dan keluar bangunan stesen untuk memudahkan pergerakan OKU yang cacat penglihatan. Selain itu, kemudahan tempat letak kereta OKU akan disediakan berdekatan dengan kemudahan ramp dan laluan masuk. Simbol tempat letak kereta OKU yang jelas dan mudah dilihat akan disediakan. Tandas untuk golongan OKU juga disediakan dalam bangunan stesen di Aras Konkos.

“Drop off” dan “Lay By” Laluan Pejalan Kaki

Page 52: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

46

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

Rajah 7.10 : Rajah Kemudahan Pejalan Kaki dan Kemudahan OKU

Sumber : Veritas Planning Sdn. Bhd.

7.12 INFRASTRUKTUR DAN UTILITI Sistem infrastruktur kawasan sekitar tapak cadangan ini pada umumnya adalah baik dari segi perhubungan iaitu sistem jalan raya, bekalan elektrik dan sistem saliran atau perparitan. Hal ini kerana tapak cadangan terletak di dalam kawasan pelan induk perniagaan yang telah diluluskan dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti sedia ada.

7.12.1 BEKALAN TENAGA ELEKTRIK Kadar maksimum anggaran permintaan bagi keseluruhan laluan MRT Line 2 (Sg Buloh-Serdang-Putrajaya) termasuk stesen-stesen adalah 129.3 MW. Persetujuan telah dibuat bersama TNB bahawa pengambilan bekalan tenaga untuk jajaran MRT Line 2 adalah pada 132KV dan ia mestilah terdapat 3 titik pengambilan iaitu di stesen Jinjang, Kuchai Lama dan Serdang. Daripada 3 titik pengambilan ini, hanya stesen Jinjang SSU perlu diletakkan dalam laluan 'Northern Elevated'. Retikulasi kuasa dari 3 titik pengambilan hendaklah diagihkan ke seluruh aliran SSP melalui talian kuasa sepanjang jejambat pada 33KV. 7.12.2 BEKALAN AIR Jumlah kiraan dan keperluan air dan hidrolik adalah berdasarkan garispanduan teknikal 'water reticulation' dan perpaipan dari SPAN. Jumlah keperluan air bagi semua stesen MRT adalah 770,500 liter sehari. Air ini akan disalurkan dari aliran paip sediada / cadangan alihan bagi laluan paip yang bersaiz dari 200mm hingga 600 mm bagi diameter. Laluan paip utama adalah bersaiz 200mm diameter dan adalah jenis 'ductile iron pipe'.

Tandas OKU yang terletak di Aras Konkos Laluan pejalan kaki dan TLK OKU di Aras Tanah

Page 53: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

47

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

7.12.3 SISTEM PEMBENTUNGAN Metodologi dan prinsip – prinsip reka bentuk muktamad dalam system pembentungan adalah berdasarkan keperluan – keperluan Edisi Ke-dua MASMA. Sistem pembentungan untuk stesen adalah dihadkan kepada ‘surface drainage’ di dalam kawasan ROW dan jalan keluar masuk ke stesen melainkan dispesifikasikan oleh pihak berkuasa. Kawasan tadahan air larian (runoff catchement area) adalah terdiri daripada keseluruhan kawasan bumbung stesen, kawasan jalan keluar masuk (di mana longkang perlu disediakan untuk menadah air larian permukaan) dan kawasan khas tempat letak kereta dan kawasan landskap di sekeliling stesen. Selari dengan keperluan MASMA untuk mengelakkan lebihan muatan kepada longkang sedia ada, kemudahan tangki takungan tapak (OSD Tank) juga telah dirancang bagi cadangan sistem pembentungan ini. Kolam takungan yang dipilih adalah jenis kolam bawah tanah. Air hujan dari bumbung akan dikumpulkan melalui longkang bumbung dan akan disalirkan melalui saluran paip (rainwater down pipe) dan longkang parameter sementara akan menahan air di dalam tangki OSD dimana ia akan disalirkan secara perlahan ke longkang sedia ada. 7.12.4 SISTEM SALIRAN

7.12.5 KERJA TANAH Pelan Kawalan Hakisan dan Pemendapan akan disediakan bagi mengelakkan akibat hakisan tambahan semasa aktiviti kerja tanah dan pembinaan dilakukan. Pagar kelodak (silt fence), longkang sementara, empangan dan lembangan/ perangkap sedimen telah dicadangkan untuk ditempatkan bagi memastikan limpahan dan kelodak tidak memasuki ke kawasan bersebelahan atau berdekatan. Kerja – kerja kawalan akan dilaksanakan berdasarkan Keperluan MASMA Edisi Ke-dua

Page 54: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

48

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

7.12.6 KEPERLUAN SISTEM TELEKOMUNIKASI

MGJV merancang untuk melanggan kepada Telekom Malaysia untuk semua talian perkhidmatan bagi stesen MRT. Berdasarkan kajian awal, ia dianggarkan 30 talian masuk bagi telefon adalah diperlukan bagi setiap stesen. 1 bilik MDF perlu disediakan pada setiap stesen. Dari bilik MDF ini, talian akan disambungkan melalui 'manhole' dan akan disalurkan ke 'manhole' TMB sediada di berhampiran.

7.13 KESAN DAN IMPAK Setiap pembangunan yang dilakukan, pasti akan memberi kesan-kesan dan impak-impak samada positif atau negatif pada persekitarannya. Kesan dan impak yang diwujudkan dari sesuatu pembangunan terdiri daripada sosio ekonomi, fizikal dan sosial. Antara kesan dan impak yang wujud dari cadangan pembinaan Stesen MRT ini ialah seperti penerangan di bawah.

7.13.1 PENGALIHAN/ PEROBOHAN GUNATANAH SEDIADA Bagi cadangan tapak stesen ini, lot tanah yang diambil ialah lot tanah yang telah dirizabkan sebagai zon penampan hijau dan kolam takungan banjir sediada. Oleh yang sedemikian pembinaanya tidak melibatkan kerja-kerja meroboh bangunan atau struktur sediada. Bagi kolam takungan banjir sediada, ia akan digantikan dengan lokasi yang baru yang akan dicadangkan berdekatan dengan cadangan setesen Sri Damansara West. Di sekeliling cadangan tapak stesen ini, terdapat banyak utiliti sedia ada seperti TNB, Telekom dan paip air SYABAS. Bagi jalan-jalan yang terlibat dengan kerja-kerja pelebaran jalan, tiang-tiang elektrik, telekom dan lampu jalanraya yang terkesan akan dialihkan ke bahagian bahu jalan baru terutama yang terdapat di Jalan Pju 10/10G. Manakala, bagi kabel-kabel dan paip air yang terletak di bawah jalan sedia ada, sesetengah akan dialihkan ke bahagian bahu jalan baru dan lorong perlahan baru bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan di masa hadapan. 7.13.2 IMPAK LALULINTAS Menurut penemuan Laporan Penilian Impak Trafic (TIA) yang telah disediakan untuk Stesen Damansara Damai ini, secara umumnya Jalan FR54 menghala dari Sungai Buloh ke Persimpangan 1 (jalan utama keluar/ masuk ke stesen MRT), pada waktu puncak pagi dan petang beroperasi dengan “volume to capacity ratio” maksima, iaitu masing-masing 0.13 dan 0.28 dan mempunyai tahap perkhidmatan (level of service) masing-masing "A", iaitu aliran yang stabil (free flow) dan "B", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit kelewatan (slight delay). Jalan FR54 menghala dari Persimpangan 1 ke Kepong (jalan utama keluar/ masuk ke stesen MRT), pada waktu puncak pagi dan petang beroperasi dengan “volume to capacity ratio” maksima, iaitu masing-masing 0.51 dan 0.30 dan mempunyai tahap perkhidmatan (level of service) masing-masing "C", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit kelewatan (free flow) dan "B", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit kelewatan (acceptable delay). Jalan FR54 menghala dari Kepong ke Persimpangan 1 (jalan utama keluar/ masuk ke stesen MRT), pada waktu puncak pagi dan petang beroperasi dengan “volume to capacity ratio” maksima, iaitu masing-masing 0.43 dan 0.58 dan mempunyai tahap perkhidmatan (level of service) masing-masing "B", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit kelewatan (slight delay) dan "C", iaitu aliran yang stabil dengan kelewatan yang boleh diterima (acceptable delay). Jalan FR54 menghala dari Persimpangan 1 ke Sungai Buloh (jalan utama keluar/ masuk ke stesen MRT), pada waktu puncak pagi dan petang beroperasi dengan “volume to capacity ratio” maksima, iaitu masing-masing 0.95 dan 0.51 dan mempunyai tahap perkhidmatan (level of service) masing-masing "E", iaitu aliran yang tidak stabil (unstable flow) dan "C", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit kelewatan (acceptable delay). Selain itu, Jalan PJU 10/10b, pada waktu puncak pagi dan petang beroperasi dengan "volume to capacity ratio", iaitu masing-masing sebanyak 0.34 dan

Page 55: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

49

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

0.45, dan mempunyai tahap perkhidmatan (level of service) masing-masing "B", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit masa menunggu (slight delay) dan, "C", iaitu aliran yang stabil dengan sedikit kelewatan (slight delay). Jalan PJU 10/10g beroperasi dengan “volume to capacity ratio” sebanyak 0.09 dan 0.08 masing-masing pada waktu puncak pagi dan petang, dan mempunyai tahap perkhidmatan bersamaan dengan "A", iaitu memuaskan. Dari segi kapasiti jalan, hanya Jalan PJU 10/10b dan Jalan PJU 10/10g masih mampu menampung permintaan trafik (traffic demand). Kajian TIA untuk Stesen Damansara Damai menganggarkan bahawa kebanyakan daripada trafik yang berasal dari stesen MRT akan menggunakan Jalan FR54. Penemuan Laporan TIA mengesyorkan bahawa jumlah bilangan kenderaan di Jalan FR54 dan Jalan PJU akan bertambah dengan stesen MRT, tetapi jumlah yang diunjurkan lebih kurang daripada jumlah trafik yang dijangkakan tanpa stesen MRT semasa waktu puncak (peak hours).

Tanpa mengira sama ada stesen MRT itu dibina atau tidak, keadaan Jalan FR54 pada masa sekarang tidak akan dapat menampung pertambahan aliran trafik semasa waktu puncak. Di samping itu, Jalan FR54 akan beroperasi dalam tahap perkhidmatan sama ada “C” atau "D", iaitu aliran yang tidak stabil. Oleh sebab ini, Jalan FR54 perlu dinaik taraf tanpa mengira samada adanya stesen MRT atau tidak. Dengan menaik taraf, Jalan FR54 boleh beroperasi dengan tahap perkhidmatan “B”, iaitu, “stable flow with slight delay”, seperti penerangan yang lebih perinci di dalam Laporan TIA.

Bagi Jalan PJU, keadaan pada masa sekarang amat memuaskan dan ia dijangka dapat menampung pertambahan bilangan trafik pada masa depan, meskipun dengan pembinaan MRT. 7.13.3 IMPAK ALAM SEKITAR EIA Terperinci untuk Projek MRT telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Putrajaya (JAS) di dalam Mesyuarat Panel Pengulas pada 26 Mei 2015 melalui Surat Kelulusan yang dikeluarkan pada 09 Julai 2015 (AS(PN)91/110/622/1487). Hasil kajian menunjukkan bahawa laluan jajaran dan stesen MRT tidak melalui serta tidak menjejaskan mana-mana kawasan sensitif ekologi, tanah lembap atau hutan sediada. Di samping itu, kajian EIA Terperinci juga menunjukkan tahap kualiti udara di kawasan stesen di dalam Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia. Tahap vibration yang diramalkan di stesen juga di bawah paras yang ditetapkan oleh pihak JAS Putrajaya, dan dianggap tidak akan mengancam kerosakan kepada struktur rumah atau menggangu keselesaan penduduk sekitar stesen tersebut. Walau bagaimanapun, tahap bunyi bising yang diukur di tapak stesen agak melebihi tahap bunyi yang disyorkan untuk kawasan-kawasan perumahan. Tetapi ini tidak akan menimbulkan isu di Stesen Damansara Damai ini kerana kawasan berdekatan merupakan kawasan perniagaan dan perkhidmatan. Kawasan perumahan yang terdekat terletak di luar jejari 500 meter dari stesen MRT tersebut.

Page 56: LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) - …eser.syabas.com.my/edplasv2/attachment/PLAN/26082016_111626.pdf4.0 analisis tapak cadangan 11 4.1 analisis keadaan semasa tapak cadangan dan sekitar

50

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) – Projek Mass Rapid Transit 2SSP STESEN DAMANSARA DAMAI

8.0 RUMUSAN Pembangunan yang dicadangkan ini seharusnya diberikan sokongan yang kuat bagi mewujudkan kesinambungan dengan pembangunan yang sedang dan telah dicadangkan pada kawasan sekeliling tapak. Selain itu, ia juga penting dalam merealisasikan perancangan yang dijalankan pada peringkat bandar raya mahupun peringkat pusat bandar raya mampu dilaksanakan. Kesemua peruntukan dan garis panduan yang telah termaktub di dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) bagi kawasan tapak cadangan menunjukkan kawasan pembangunan ini mempunyai potensi yang tinggi iaitu melalui pengezonan perniagaan dan perkhidmatan yang telah dipatuhi mengikut garis panduan yang dinyatakan. Pembangunan yang dicadangkan di kawasan tapak cadangan berpotensi membuka peluang kepada penduduk setempat untuk turut sama menikmati pembangunan yang kian rancak dibangunkan di kawasan ini menerusi pembangunan perbandaran yang mampan. Tambahan pula, pembangunan ini secara tidak langsung potensi meningkatkan nilai hartanah di kawasan ini selaras dengan wawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menjadikan Petaling Jaya Bandaraya Dinamik, sejahtera dan milik semua. Oleh sebab itu, penilaian yang menyeluruh telah dijalankan melibatkan aspek fizikal, konsep dan potensi terhadap pembangunan bagi tapak cadangan dilihat memiliki visi dan misi yang selaras dengan langkah kerajaan untuk menjadikan pembangunan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Kesimpulannya, cadangan pembangunan yang akan dijalankan di tapak ini mampu memberikan kesan dan pulangan yang positif kepada semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta serta penduduk khususnya penduduk setempat serta penduduk sekitar. Oleh yang demikian, diharapkan agar Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada cadangan pembangunan: PERMOHONAN SECARA RUNDINGAN DI BAWAH SEKSYEN 20A DAN 19(2)(G), AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) BAGI CADANGAN MEMBINA STESEN MRT BERTINGKAT ATAS TANAH MRT DAMANSARA DAMAI YANG MENGANDUNGI : A. SATU BUAH BANGUNAN STESEN MRT 3 TINGKAT,

B. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, C. SATU BUAH PODIUM TEMPAT LETAK KENDERAAN SEDIADA 6 TINGKAT, D. SATU BUAH BANGUNAN UTILITI / 33KV 2 TINGKAT, E. SATU BUAH BANGUNAN PUSAT KUMPUL SAMPAH, DAN F. SATU BUAH JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN DARI STESEN MRT BERTINGKAT KE

JALAN D/A, DI ATAS LOT 68491, LOT 68493 - LOT 68495, SEBAHAGIAN LOT 70343, SEBAHAGIAN LOT 70345, SEBAHAGIAN RIZAB JALAN AWAM DAN SEBAHAGIAN RIZAB KAWASAN HIJAU / ZON PENAMPAN, JALAN PJU 10/10G, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN : MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN. BHD.