cadangan penambahbaikan projek inovasi

2
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK INOVASI “DADU TISUKAWA” Penggunaan teknik bermain menggunakan bahan dijadikan fokus utama dalam melaksanakan projek inovasi kali ini. Bahan bantu mengajar berbentuk dadu yang bersaiz besar beserta manila kad yang telah dibentuk menjadi tikar suku kata yang berwarna warni menjadi pilihan. Projek inovasi ini telah diaplikasikan ke atas murid tahun 1 USM di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2. Projek ini amat sesuai untuk mereka kerana ia dicipta selaras dengan tahap kemampuan mereka yang masih lagi mempelajari suku kata terbuka kv+kv. Ia direka dengan penambahan penggunaan kertas warna warni yang tertulis suku kata terbuka kv di atasnya. Begitu juga pada dadu, ia telah diubahsuai menjadi dadu gergasi yang berwarna dan mesra pengguna. Keselamatan murid juga diutamakan semasa penggunaan bahan. Walaupun pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan memperlihatkan kekuatan dan keberkesanannya terhadap kemahiran membaca murid namun masih terdapat beberapa perkara yang dilihat memerlukan penambahbaikan. Penambahbaikan ini untuk melicinkan serta menjadikan projek ini lebih berkesan semasa pelaksanaannya. Selain itu, ia mampu memberi kesan kepada prestasi murid agar lebih mahir membaca agar dapat menguasai kemahiran membaca yang lebih susah dan beraras tinggi. Semasa saya mengaplikasikan Dadu Tisukawa dalam pengajaran kelas yang terpilih. Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti memerlukan penambahbaikan agar keberkesanan penggunaan bahan inovasi ini diperkukuhkan. Antara kelemahan yang perlu difokuskan ialah arahan guru. Murid memerlukan arahan sebagai panduan dalam melakukan sesuatu jika arahan tidak jelas murid akan keliru dan tidak dapat melakukan apa yang disasarkan oleh guru. Guru perlu memberi penerangan dan arahan yang jelas tentang peraturan permainan perlu dilakukan secara terperinci kepada murid sama ada melalui paparan di skrin menggunakan LCD. Jika guru memilih untuk memberi penerangan secara manual, guru perlu menjelaskan kepada murid satu persatu arahan dan objektif yang guru sasarkan di akhir aktiviti. Selain itu, guru perlu menyediakan tayangan video cara penggunaan bahan dadu gergasi dan tikar suku kata berwarna kepada murid. Selepas penerangan berpandukan tayangan video berlangsung, guru boleh melakukan simulasi dan tunjuk cara secara manual di hadapan murid cara permainan dimainkan.

Upload: salfarina-darman

Post on 12-Dec-2015

431 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Penambahbaikan Projek Inovasi

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK INOVASI

“DADU TISUKAWA”

Penggunaan teknik bermain menggunakan bahan dijadikan fokus utama dalam

melaksanakan projek inovasi kali ini. Bahan bantu mengajar berbentuk dadu yang bersaiz

besar beserta manila kad yang telah dibentuk menjadi tikar suku kata yang berwarna warni

menjadi pilihan.

Projek inovasi ini telah diaplikasikan ke atas murid tahun 1 USM di Sekolah

Kebangsaan Taman Kota Kulai 2. Projek ini amat sesuai untuk mereka kerana ia dicipta

selaras dengan tahap kemampuan mereka yang masih lagi mempelajari suku kata terbuka

kv+kv. Ia direka dengan penambahan penggunaan kertas warna warni yang tertulis suku

kata terbuka kv di atasnya. Begitu juga pada dadu, ia telah diubahsuai menjadi dadu gergasi

yang berwarna dan mesra pengguna. Keselamatan murid juga diutamakan semasa

penggunaan bahan.

Walaupun pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan memperlihatkan kekuatan dan

keberkesanannya terhadap kemahiran membaca murid namun masih terdapat beberapa

perkara yang dilihat memerlukan penambahbaikan. Penambahbaikan ini untuk melicinkan

serta menjadikan projek ini lebih berkesan semasa pelaksanaannya. Selain itu, ia mampu

memberi kesan kepada prestasi murid agar lebih mahir membaca agar dapat menguasai

kemahiran membaca yang lebih susah dan beraras tinggi.

Semasa saya mengaplikasikan “Dadu Tisukawa” dalam pengajaran kelas yang

terpilih. Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti memerlukan

penambahbaikan agar keberkesanan penggunaan bahan inovasi ini diperkukuhkan. Antara

kelemahan yang perlu difokuskan ialah arahan guru. Murid memerlukan arahan sebagai

panduan dalam melakukan sesuatu jika arahan tidak jelas murid akan keliru dan tidak dapat

melakukan apa yang disasarkan oleh guru.

Guru perlu memberi penerangan dan arahan yang jelas tentang peraturan permainan

perlu dilakukan secara terperinci kepada murid sama ada melalui paparan di skrin

menggunakan LCD. Jika guru memilih untuk memberi penerangan secara manual, guru

perlu menjelaskan kepada murid satu persatu arahan dan objektif yang guru sasarkan di

akhir aktiviti.

Selain itu, guru perlu menyediakan tayangan video cara penggunaan bahan dadu

gergasi dan tikar suku kata berwarna kepada murid. Selepas penerangan berpandukan

Page 2: Cadangan Penambahbaikan Projek Inovasi

tayangan video berlangsung, guru boleh melakukan simulasi dan tunjuk cara secara manual

di hadapan murid cara permainan dimainkan.

Murid-murid kelas 1 USM terdiri dari kalangan murid yang aktif dan ada masanya

sukar dikawal ia ditambah dengan kehadiran dua orang murid yang hiperaktif. kedua-dua

sikap kanak-kanak ini ada masanya sukar diduga sehubungan dengan itu guru perlu

menyediakan perancangan lain untuk murid-murid ini agar tingkah laku mereka dapat

dikawal dan tidak mengganggu murid lain di dalam kelasa sepanjang aktiviti berlangsung.

Bagi penyediaan carta kosa kata yang digunakan untuk menulis suku kata yang

diperolehi, ia perlu lebih relevan dan memudahkan murid menggunakannya. Guru perlu

mengubahsuai carta tersebut agar mempunyai dua ruang lajur bagi suku kata pertama dan

kedua yang didapati semasa permainan ini dilaksanakan. Rekaan ini bertujuan memudahkan

murid menulis dengan jelas dan tidak keliru dengan kehendak guru.

Diharap segala penambahbaikan ini mampu mengubah permainan ini menjadi lebih

berkesan dan lebih inovatif. Ia bukan sahaja permainan yang mampu menarik minat murid

untuk menyertai aktiviti bahkan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid.