cadangan penambahbaikan

10
LAPORAN SEBELUM PERLAKSANAAN LOMPAT TINGGI Bagi melaksanakan simulasi pengajaran lompat tinggi, kumpulan kami telah mendapat pemberitahuan pada hari Ahad mengenai tajuk latihan yang kami akan bentangkan pada hari Selasa. Tajuk yang perlu kami bentangkan adalah lompat tinggi. Pada kesokan harinya, saya dan kumpulan telah mula menyusun perancangan dengan bertemu dengan Puan Choong untuk bertanya lebih lanjut mengenai tajuk pembentangan kami untuk mendapatkan pencerahantentang apa yang harus kami lakukan semasa pembentangan nanti. Encik Yusri juga telah memberikan kepada kami juga beberapa contoh aktiviti yang sesuai berbentuk “softcopy” untuk dijadikan sebagai rujukan semasa merancang aktiviti pengajaran latihan lompat tinggi. Setelah itu pada petang harinya, kami telah berkumpul bersama- sama dan merancang pengajaran aktiviti ansur maju yang sesuai untuk dilaksanakan mengikut fasa-fasa yang terdapat dalam lompat tinggi. Setelah berjaya menyusun perancangan ini dengan rapi, rancangan pengajaran telah disiapkan untuk dicetak dan digunakan sebagai panduan pada hari pembentangan. Pembahagian kumpulan mengikut fasa telah dilakukan bagi mengagihkan tugasan dengan adil supaya setiap daripada ahli kumpulan mempunyai peranan dalam membentangkan aktiviti latihan lompat tinggi. Kami juga telah sama-sama turun ke padang bagi melakukan sesi latihan bagi aktiviti yang telah direncanakan. Menerusi sesi latihan ini, kami telah dapat membuat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan semasa hari pembentangan nanti. Bagi memastikan perjalanan aktiviti latihan lompat tinggi berlaku dengan lancar, kami telah meminjam dan menggunakan beberapa peralatan sukan yang diperlukan semasa sesi latihan. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya masalah semasa 920128-07-5354 1 LAPORAN LOMPAT TINGGI

Upload: nurhanis-zamshah

Post on 23-Dec-2015

80 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

simulasi lompat tinggi

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

LAPORAN SEBELUM PERLAKSANAAN LOMPAT TINGGI

Bagi melaksanakan simulasi pengajaran lompat tinggi, kumpulan kami telah

mendapat pemberitahuan pada hari Ahad mengenai tajuk latihan yang kami akan

bentangkan pada hari Selasa. Tajuk yang perlu kami bentangkan adalah lompat tinggi. Pada

kesokan harinya, saya dan kumpulan telah mula menyusun perancangan dengan bertemu

dengan Puan Choong untuk bertanya lebih lanjut mengenai tajuk pembentangan kami untuk

mendapatkan pencerahantentang apa yang harus kami lakukan semasa pembentangan

nanti. Encik Yusri juga telah memberikan kepada kami juga beberapa contoh aktiviti yang

sesuai berbentuk “softcopy” untuk dijadikan sebagai rujukan semasa merancang aktiviti

pengajaran latihan lompat tinggi.

Setelah itu pada petang harinya, kami telah berkumpul bersama-sama dan

merancang pengajaran aktiviti ansur maju yang sesuai untuk dilaksanakan mengikut fasa-

fasa yang terdapat dalam lompat tinggi. Setelah berjaya menyusun perancangan ini dengan

rapi, rancangan pengajaran telah disiapkan untuk dicetak dan digunakan sebagai panduan

pada hari pembentangan. Pembahagian kumpulan mengikut fasa telah dilakukan bagi

mengagihkan tugasan dengan adil supaya setiap daripada ahli kumpulan mempunyai

peranan dalam membentangkan aktiviti latihan lompat tinggi. Kami juga telah sama-sama

turun ke padang bagi melakukan sesi latihan bagi aktiviti yang telah direncanakan. Menerusi

sesi latihan ini, kami telah dapat membuat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan

semasa hari pembentangan nanti. Bagi memastikan perjalanan aktiviti latihan lompat tinggi

berlaku dengan lancar, kami telah meminjam dan menggunakan beberapa peralatan sukan

yang diperlukan semasa sesi latihan. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya masalah

semasa membentang atau melatih peserta-peserta yang lain. Seusai kami berlatih, kami

telah mengadakan sesi perbincangan kali terakhir.

920128-07-5354 1

LAPORAN LOMPAT TINGGI

Page 2: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

LAPORAN SEMASA PERLAKSANAAN

Perlaksanaan pembentangan pengajaran latihan lompta tinggi kumpulan kami

adalah pada hari Selasa bersamaan dengan tarikh 10 Februari 2015. Saya dan ahli

kumpulan telah berpakat untuk berkumpul di padang lebih awal daripada biasa iaitu pada

pukul 7.15 pagi. Hal ini adalah bagi melakukan persediaan tempat kawasan dan alatan di

padang. Pada pukul 7.30 pagi, kami telah bersedia bersama semua peralatan. Selepas

persiapan tempat ini selesai, para pelajar lain diminta untuk berkumpul untuk diambil

kehadiran oleh Puan Choong dan seterusnya melakukan rutin “fitness” yang diketuai oleh

ahli kumpulan kami iaitu Abdullah Muhaimin. Selepas itu, kami telah membahagikan para

pelajar mengikut kumpulan kecil berserta dengan jurulatih-jurulatih daripada kalangan kami.

Setelah mereka semua dibahagikan, kami telah membawa mereka ke tempat kawasan

latihan mengikut kumpulan masing-masing.

Semasa pembentangan, saya dan kumpulan telah dipantau oleh Encik Mohd Sidek

Bin Muhammad. Pembentangan bagi pengajaran latihan lompat tinggi kami telah dimulakan

dengan taklimat ringkas oleh Encik Sidek dan seterusnya diikuti dengan memulakan sesi

latihan dengan melaksanakan pemanasan badan. Aktiviti pemanasan badan bagi kumpulan

kami telah dimulakan dengan melompat setempat dan kemudiannya berlari dan seterusnya

diikuti dengan aktiviti melompat sambil melentikkan badan. Tiong Su Ling telah mengetuai

aktiviti pemanasan badan bagi kumpulan kami. Aktiviti pemanasan badan ini telah dilakukan

secara berpasangan. Seterusnya, para peajar juga secara berpasangan dikehendaki

membaling bola ke belakang dan akan disambut oleh rakan sambil melompat. Pertama

sekali, aktiviti ini dijalankan setempat dan kemudiannya diikuti dengan cara dinamik.

Selepas aktiviti pemanasan badan, pengajaran latihan lompat tinggi kumpulan kami

telah diteruskan lagi dengan fasa pertama dalam lompat tinggi iaitu penujuan. Saya telah

diamanahkan untuk mengetuai aktiviti pengajaran latihan fasa penujuan. Dua latihan aktiviti

ansur maju yang telah dijalankan bagi melatih fasa penujuan ini. Latihan pertama yang

dijalankan ialah latihan larian bulatan 8. Peserta dikehendaki untuk berlari dengan keadaan

lutut tinggi serta membuat aksi “spring” dalam bentuk lapan. Latihan ini diulang sebanyak

tiga kali. Latihan seterusya yang dijalankan dalam fasa ini ialah latihan larian penujuan.

Dalam latihan ini, peserta berlari dalam kawasan lengkungan yang ditandakan dengan kon.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi kepastian kepada pelajar mengetahui kaki

dominannya. Peserta juga telah ditegur semasa mereka menjalankan sesi latihan ini,

supaya peserta boleh belajar kaedah yang betul untuk melakukannya.

920128-07-5354 2

LAPORAN LOMPAT TINGGI

Page 3: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pengajaran latihan lompat tinggi kumpulan kai diteruskan lagi dengan fasa kedua

dalam lompat tinggi iaitu fasa lonjakan yang diketuai oleh Ailin Wong. Menerusi fasa ini, Ailin

telah menjalankan sebanyak tiga latihan ansur maju. Latihan ansur maju yang pertama

adalah latihan lonjakan sebelah kaki. Pekajar dikehendaki untuk melompat ke dalam gelung

rotan dengan menggunakan bebebola kaki dan hanya satu kaki sahaja yang boleh berada

pada satu gelung rotan dalam satu masa. Seterusnya, latihan diteruskan dengan latihan

lonjakan dua kaki secara mengiring. Para pelajar dikehendaki untuk melompat ke dalam

setiap gelung rotan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki serta mengangkat tangan

ke atas. Latihan ketiga pula ialah larian lonjakan asas di mana peserta-peserta berlari

mengikut arah kon yang telah disusun dengan melonjakkan badan di penamat. Tahap

kesukaran dalam latihan ini berubah dari peringkat ke peringkat seterusnya. Encik Sidek

juga telah banyak membimbing kami semasa kami melakukan latihan tersebut.

Seterusnya, Abdullah Muhaimin Bin Ahamad telah mengetuai fasa yang ketiga iaitu

fasa layangan. Tiga latihan telah dilakukan bagi memperkukuhkan kemahiran pelajar dalam

latihan bagi fasa layangan ini. Abdullah Muhaimi telah memulakan latihan dengan latihan

melompat sambil melentik yang memerlukan pelajar untuk melonjak ke depan sambil

melentikkan diri ke belakang. Latihan yang kedua ialah melayang dan menyentuh bola

tergantung. Menerusi latihan ini, pelajar perlu melonjak diri ke belakang dan pada masa

yang sama tangan peserta hendaklah mencapai bola yang tergantung di atas. Setelah

selesai melakukan latihan itu tadi, latihan telah diteruskan lagi dengan latihan ketiga iaitu

melayang. Dalam sesi latihan ini, peserta dikehendaki untuk melonjak ke belakang melepasi

gelang getah dan kedua-dua tangan dinaikkan ke atas serta pada masa yang sama posisi

badan seharusnya melentik ke belakang. Seperti pada fasa-fasa yang lain, fasa ini juga

kami telah banyak diperbetulkan supaya dapat mempelajari teknik yang betul untuk

melakukannya.

Latihan seterusnya diiteruskan lagi dengan fasa pendaratan. Menerusi fasa ini,

kumulan kami telah melakukan latihan pendaratan dan juga melompat dari bangku. Pelajar

telah dilatih tentang bagaimana untuk mendarat dengan betul iaitu dengan mendarat di atas

tilam dengan menggunakan belakang badan dan luruskan kaki semasa mendarat. DI

samping itu, pelajar juga dikehendaki untuk berdiri di atas bangku dan kemudiannya

melonjak dan mendarat menggunakan belakang badan. Semasa fasa ini dilakukan, terdapat

segelintir pelajar yang mendarat dengan cara yang salah dan boleh menyebabkan bahaya.

Hal ini telah ditegur oleh pensyarah yang memantau dan dilakukan dengan cara yang betul.

Aktiviti akhir bagi pengajaran latihan lompat tinggi, kumpulan kami telah menguji keupayaan

dan kepekaan pelajar sepanjang aktiviti ansur maju dilakukan untuk mengaplikasikan teknik-

920128-07-5354 3

LAPORAN LOMPAT TINGGI

Page 4: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

teknik lompat tinggi dengan betul. Kami telah memilih beberapa peserta untuk menunjukkan

langkah-langkah penuh untuk melompat tinggi dengan betul. Sedikit ulasan oleh Puan

Choong diberikan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa melakukan

acara lompat tinggi.

LAPORAN SELEPAS PERLAKSANAAN LOMPAT TINGGI

Setelah sesi pengajaran latihan bagi lompat tinggi tamat, Puan Choong telah

memberikan sedikit kesimpulan dan rumusan. Menerusi ini, puan telah menyatakan

kelebihan dan kekurangan yang telah dilakukan oleh kumpulan kami sepanjang masa

latihan dijalankan untuk dijadikan sebagai pengajaran dan panduan kepada pelajar lain

supay tidak mengulang mana-mana kesilapan yang telah kami lakukan. Saya dan ahli

kumpulan yang lai telah mengambil semua teguran tersebut serta mencatatnya untuk

dijadikan sebagai pengajaran bagi masa depan.

Setelah kesimpulan ringkas ini dilakukan, saya dan ahli kumpulan telah mengumpul

dan mengemaskan peralatan-peralatan sukan yang telah kami gunakan. Bilangan peralatan

telah dilakukan bagi memastikan kuantiti peralatan yang dipinjam adalah cukup untuk

dipulangkan semula peralatan tersebut ke stor GERKO. Kesemua peralatan sukan yang

dipinjam telah dipulangkan dengan selamat.

920128-07-5354 4

LAPORAN LOMPAT TINGGI

Page 5: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, menerusi perlaksanaan simulasi dan ansur maju lompat tinggi yang

telah dikelola oleh kumpulan saya, sememangnya sedikit sebanyak telah dapat mendidik

dan memberi gambaran kepada saya untuk menghadapi pengurusan di dalam sesebuah

kelas kelak di sekolah. Namun begitu, di sebalik semua aktiviti yang telah dijalankan, saya

juga telah dapat mengesan beberapa kelemahan yang telah dilakukan oleh kumpulan kami.

Beberapa penambahbaikan perlulah dilakukan bagi memperbaiki serta mengelakkan

daripada kesilapan yang telah dilakukan daripada berulang.

Penambahbaikan pertama yang dapat dilihat perlu diberi perhatian adalah dari segi

kepekaan terhadap tugasan, amanah dan tanggungjawab yang diberi. Hal ini adalah kerana

menerusi proses perlaksanaan simulasi lompat tinggi ini telah berlakunya sedikit

ketidaksefahaman mahupun salah faham serta kelambatan dari segi penerimaan giliran

tugasan perlaksanaan. Situasi ini telah menyebabkan saya dan ahli-ahli kumpulan

mempunyai masa yang singkat iaitu hanya selama 24 jam untuk berbincang dan merancang

rangka pengajaran bagi simulasi lompat tinggi. Persediaan perancangan yang lengkap dan

teratur adalah sangat penting bagi memastikan proses perlaksanaan sesuatu pengajaran

dengan lancar. Justeru itu, seseorang pelatih guru seharusnya lebih peka terhadap tugasan-

tugasan yang diberi supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang akan terlepas pandang

daripada dilakukan seperti yang telah berlaku semasa pengurusan proses perlaksanaan

simulasi bagi kumpulan kami. Malah, perhubungan komunikasi dan perbincangan sesama

ahli kumpulan dan ketua juga perlu dilakukan dengan baik dan kerap supaya tidak berlaku

salah faham mengenai sesuatu perkara sehingga boleh mendatangkan masalah ketika

berlakunya sesuatu aktiviti. Hal ini adalah kerana apabila berlaku sesuatu masalah, perkara

ini sedikit sebanyak akan mengganggu masa dan perjalanan program yang bakal diadakan.

Oleh itu, di masa ke hadapan, perkara-perkara sebegini perlulah dititikberatkan.

Penambahbaikan kedua yang perlu dilakukan adalah dari segi perancangan aktiviti.

Menerusi sepanjang perlaksanaan perancangan aktiviti simulasi lompat tinggi yang telah

kami lakukan, saya dapati bahawa hanya segelintir ahli kumpulan sahaja yang mahir

dengan cekap bagi setiap aktiviti yang telah dirancang. Hal ini telah menyebabkan

berlakunya penindihan arahan daripada ahli-ahli kumpulan yang terpaksa mencelah untuk

menerangkan dan mendemonstrasikan dengan lebih jelas. Setiap ahli kumpulan mahupun

kita sebagai seorang bakal guru, sememangnya harus meneliti dan mahir dalam setiap

920128-07-5354 5

LAPORAN LOMPAT TINGGI

Page 6: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

perkara yang akan diajarkan kepada murid-murid. Hal ini adalah supaya untuk memudahkan

murid-murid untuk memahami sesuatu input atau pembelajaran yang disampaikan.

Seterusnya pula adalah dari segi pengurusan masa perlaksanaan aktiviti pengajaran.

Menerusi perlaksanaan simulasi lompat tinggi yang telah dilakukan oleh kumpulan saya,

saya dapati bahawa saya dan ahli kumpulan telah terlebih dalam penggunaan masa. Saya

dan ahli kumpulan tidak dapat memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mencuba

aktiviti terakhir simulasi lompat tinggi. Sebaliknya hanya memilih beberapa orang pelajar

untuk dijadikan sebagai contoh untuk melakukan perlakuan aktiviti tersebut. Hal ini adalah

sangat penting apabila berada di sekolah kelak agar masa diberikan keutamaan agar proses

kelancaran pelaksanaan dapat dijalankan seperti yang direncanakan.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan juga adalah menerusi nada intonasi suara

ketika menyampaikan sesuatu pembentangan mahupun pengajaran. Menerusi

perlaksanaan aktiviti simulasi lompat tinggi yang telah kumpulan kami lakukan, saya dapati

bahawa nada suara serta intonasi suara adalah sangat memainkan peranan yang penting

dalam memastikan para pelajar peka, fokus dan memberi perhatian serta dapat mendengar

arahan yang disampaikan dengan jelas. Hal ini adalah kerana nada suara yang perlahan

adalah sukar dalam usaha untuk menarik perhatian pelajar untuk memberikan fokus serta

menjalankan arahan yang diberikan yang baik.

Di samping itu, penambahbaikan seterusnya yang perlu dilakukan ialah menerusi

pemantauan yang kurang terhadap kesalahan para pelajar melaksanakan dan melakukan

aktivit-aktiviti ansur maju dalam lompat tinggi. Hal ini adalah jelas dilahat apabila pensyarah

pemantaua kumpulan kami telah menegur tentang kurangnya pemantauan daripada pihak

kai kepada pelajar semasa perlaksanaan aktiviti latihan lompat tinggi. Semasa ketua

melakukan sesi pengajaran latihan lompat tinggi, ahli lain dalam kumpulan seharusnya

memantau peserta-peserta semasa melakukan latihan. Perkara ini perlu diambil perhatian

supaya pelajar yang melakukan aktiviti mengetaui kesalahan yang dilakukan mereka setelah

dipantau dan ditegur supaya mereka dapat melakukannya dengan baik.

920128-07-5354 6

LAPORAN LOMPAT TINGGI

Page 7: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

LAMPIRAN

920128-07-5354 7

LAPORAN LOMPAT TINGGI