cadangan dan penambahbaikan dan kesimpulan 3p

10
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng sekolah. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini. 1. Peranan Pihak Sekolah dan Guru Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan

Upload: nurmiftahhuljannahnorlee

Post on 14-Nov-2015

112 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cp&K

TRANSCRIPT

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKANPerkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng sekolah. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.1. Peranan Pihak Sekolah dan GuruGuru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan dan pembelajaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu, memperbanyakkan penggunaan Bahan Bantu mengajar yang kreatif dan menarik dan mempergiatkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baru dan bijak dalam membuat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu menjadi mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi role model yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping memperoleh banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah.Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan pelajar dengan meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerja pun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan sendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak. Malah, semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa, guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa. Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras gejala ponteng sekolah secara berkesan. Malah tanamkan suasana Sekolahku Syurgaku untuk mewujudkan rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah. Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah. Adalah wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Relevenya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disiplin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya .

2. Peranan Ibu BapaIbu bapa perlu memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan sama ada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan melanggar peraturan sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan berbeza ; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka sendiri.Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibu bapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibu bapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi oleh ibu bapa.Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namun, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.3. Peranan Diri Pelajar SendiriLangkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga ialah dilihat melalui aspek sikap pelajar di mana pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semakin banyak pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka ketinggalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan semasa sekarang di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ianya dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimana seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan. Malah, pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara negatif kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.Sewajarnya, ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.4.Peranan Kerajaan Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang tertinggi dalam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut dengan permasalahan mereka.Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

KESIMPULANGejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingannya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kejayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras dengan falsafah pendidikan negara yang akan yang akan memastikan kelangsungan kemajuan dan keharmonian negara.Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa hadapan juga, maka langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.

BibliografiAhmad Redzuwan Mohd Yunus (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam punca dan penyelesaian. Utusan Publications & distributors SDN BHDAmira Syamimi Azman. Pembentukan Diri Anak Muda dalam Dewan Budaya. Jilid 23 Bilangan 2 keluaran Februari 2001. Harian SDN BHD diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, KL.Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Utusan Publications & Distributors SDN BHDShariff, M. A. (1998). Perkembangan remaja : pandangan,pemahaman dan interpretasi. Perpustakaan Negara Malaysia.http://ms.wikipedia.org/wiki/Pontenghttp://ohcikgu.com/2010/09/16/masalah-pelajar-ponteng-sekolah/http://www.sabah.edu.my/sk.pghapsah/pontengsekolah.htm