cabaran perundangan di peringkat pra-kontrak 1_cabaran... · pembentukan sesebuah kontrak tidak...

49
CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK OLEH Sr AMRAN BIN MOHD MAJID B.Sc. (Hons) Quantity Surveying, B. Jurisprudence (External)[External Law Degree], Certificate in Legal Practice (CLP), M.Sc. Project Management, Certificate in Adjudication, Professional Diploma in Innovation Management, CQS, FRISM AMRAN BIN MOHD MAJID 1

Upload: danghuong

Post on 18-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK

OLEH

Sr AMRAN BIN MOHD MAJIDB.Sc. (Hons) Quantity Surveying,

B. Jurisprudence (External)[External Law Degree],Certificate in Legal Practice (CLP),

M.Sc. Project Management,Certificate in Adjudication,

Professional Diploma in Innovation Management,CQS, FRISMAMRAN BIN MOHD MAJID

1

Page 2: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Mukadimah

Cabaran perundangan di peringkat pra-kontrak sering bergantungkepada tingkah laku pihak-pihak yang berkontrak.

Dalam hal ini pihak JKR sering tertekan dengan permintaanKementerian/Jabatan Pelanggan untuk mempercepatkanpelaksaan sesebuah projek.

Dalam hal ini sering didapati pihak JKR lebih-lebih lagi pihak Headof Project Team (HOPT) menggesa pihak Head of Design Team(HODT) untuk mengarahkan perunding untuk memulakan lukisanreka bentuk meskipun kelulusan daripada Pihak Berkuasa masihbelum lagi diperolehi.

Tambah lagi, Surat Setuju Terima (SST) masih belum dikeluarkankepada perunding.

AMRAN BIN MOHD MAJID

2

Page 3: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Mukadimah

Apabila ini berlaku, adalah dikhuatiri satu ikatan kontrak sudahpunterbentuk dengan pihak perunding.

Namun apa yang dikhuatiri adalah sekiranya projek tersebutditangguh atau kaedah perolehannya ditukarkan.

Apabila ini berlaku adalah dikhuatiri perunding yang diarah itumengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan.

Di peringkat pra-kontrak, adalah wajar juga segala persiapanberhubung dengan reka bentuk dan juga dokumen tenderdisediakan dengan rapi. Sekiranya ini tidak dilaksanakan,berkemungkinan besar perubahan kerja akan timbul di peringkatpasca kontrak di mana ini akan menyulitkan pentadbiran kontrakoleh Pegawai Penguasa/Pengarah Projek kelak.

AMRAN BIN MOHD MAJID

3

Page 4: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satusurat lantikan. Pembentukan sesebuah kontrak boleh wujud secaralisan ataupun secara tingkah laku.

Rujukan boleh dibuat kepada seksyen 3 Akta Kontrak 1950 yangmenyatakan:

Communication, acceptance and revocation of proposals3. The communication of proposals, the acceptance of proposals, andthe revocation of proposals and acceptances, respectively, aredeemed to be made by any act or omission of the party proposing,accepting, or revoking, by which he intends to communicate theproposal, acceptance, or revocation, or which has the effect ofcommunicating it.

AMRAN BIN MOHD MAJID

4

Page 5: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Dari sudut proses perlantikan perunding perunding mahukanperlantikan kontraktor, adalah wajar lantikan hanya dibuat setelahkesemua kelulusan diperolehi daripada Lembaga Tender atauJPPJ.

Sekiranya arahan telah dikeluarkan kepada kontraktor mahupunkepada perunding untuk menjalankan kerja ataupun perkhidmatanrundingan, maka kontraktor atau perunding boleh berhujjah satukontrak sudah terbentuk.

Dalam keadaan ini pihak Kerajaan ditegah daripada menyatakanbahawa satu kontrak tidak wujud dengan alasan kelulusandaripada Lembaga Tender atau JPPJ masih belum lagi diperolehidan maka dengan itu Surat Setjuterima (SST) masih belumdikeluarkan.

AMRAN BIN MOHD MAJID

5

Page 6: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Merujuk kepada seksyen 71 Akta Kontrak 1950, seksyen 71 itumenyatakan:

Obligation of person enjoying benefit of non-gratuitous act71. Where a person lawfully does anything for another person, ordelivers anything to him, not intending to do so gratuitously, and suchother person enjoys the benefit thereof, the latter is bound to makecompensation to the former in respect of, or to restore, the thing sodone or delivered. Apabila kontraktor ataupun perunding menjalankan kerja

mahupun perkhidmatan di mana ia bukan bertujuan secara ehsanatau secara percuma, maka pihak Kerajaan hendaklahmembayarnya oleh kerana telah menerima manfaatnya.

AMRAN BIN MOHD MAJID

6

Page 7: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Peruntukan seksyen 71 Akta Kontrak 1950 itu adalahperuntukan common law iaitu peruntukan “quantum meruit”yang bermaksud “as much as he deserve”.

Dari sudut kontrak binaan, bayaran yang perlu dibayaradalah berdasarkan kepada kadar harga pasaran semasa.

AMRAN BIN MOHD MAJID

7

Page 8: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Rujukan boleh dibuat kepada kes JNA Ikhtisas Sdn Bhd lwn.Kerajaan Malaysia (In the High Court of Malaya At Kuala Lumpur Inthe State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil Division) (Civil SuitNo.:21C-4-09/2013).

ISTS Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan sebagai kontraktor rekadan bina bagi projek fasa 1 pembinaan kompleks Penjara Tegar diJohor Bahru.

Plaintif adalah sebuah firma perunding kejuruteraan. Plaintifberserta dengan perunding arkitek yang telah dilantik olehkontraktor ISTS telahpun menyediakan pelan induk bagi komplekspenjara tegar berserta dengan kerja-kerja infrastruktur yangberkaitan.

AMRAN BIN MOHD MAJID

8

Page 9: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Namun demikian pihak Kerajaan telah memutuskan untukmelaksanakan projek tersebut dengan mengurangkan sekop kerjadan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1 telah disiapkan oleh kontraktorISTS pada 4.4.2011.

Semasa kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1 sedang disiapkan, JKRsebagai jabatan pelaksana pihak Kerajaan telah berurusandengan para perunding kontraktor ISTS untuk memulakanpelaksanaan pembinaan fasa 2. Dalam hal ini pihak JKR telahmemaklumkan bahawa para perunding tersebut akan dilantik olehpihak Kerajaan dan telah mengarahkan para perunding untukmenyediakan lukisan reka bentuk.

AMRAN BIN MOHD MAJID

9

Page 10: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Seterusnya beberapa mesyuarat telah diadakan di antara pihakJKR dengan para perunding. Lukisan-lukisan berserta dengandokumen tender telah disediakan oleh para perunding dan ulasan-ulasan telah dikemukakan oleh pihak JKR lukisan-lukisan yang telahdisediakan. Dalam hal ini juga anggaran kos projek telahdisediakan.

Adalah juga didapati pelan pelaksanaan projek telah disediakanoleh pihak JKR di mana tarikh tender telah ditetapkan.

Malangnya pada 25.1.2011, Kementerian Kewangan Malaysia(MOF) telah memutuskan untuk melaksanakan pelaksanaan projekfasa 2 secara reka dan bina dengan melantik kontraktor yangsama bagi fasa 1 iaitu ISTS.

AMRAN BIN MOHD MAJID

10

Page 11: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Dengan keputusan MOF itu, maka segara urusan dengan paraperunding telah terhenti.

Kontraktor ISTS sebagai kontraktor reka dan bina tidak melantikplaintif sebagai perunding kejuruteraan sivil bagi kerja-kerjapembinaan fasa 2.

Sehubungan dengan plaintif telah mengemukakan tuntutanbayaran yuran sebanyak RM2,367,242.35 sebagai yuranperundingannya.

JKR bagi pihak Kerajaan telah enggan membayar dengan alasansatu kontrak tidak wujud di antara pihak Kerajaan dengan plaintif.Tambah lagi, perunding tidak berhak untuk menuntut yurantersebut memandangkan tahap perkhidmatan yang telahdilaksanakan adalah tidak setimpal dengan apa yang dituntut.

AMRAN BIN MOHD MAJID

11

Page 12: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Mahkamah Tinggi telah meneliti fakta kes dan mendapatibahawa pihak JKR telah bertindak secara proaktif apabilaKementerian Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN)hendak melaksanakan pelaksanaan projek fasa 2 dengansegera.

Dalam hal ini pihak HOPT, Cawangan Kerja Keselamatan(CKES) telah mengadakan satu mesyuarat dengan paraHODT dan para perunding kontraktor bagi fasa 1 bagimemastikan para perunding dilantik bagi pelaksanaan projekfasa 2.

AMRAN BIN MOHD MAJID

12

Page 13: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Dalam hal ini HOPT bercadang untuk melaksanaanpelaksanaan projek fasa 2 secara konvensyional. Dalampada masa yang sama pihak JKR melalui HOPT CKES sedangdalam proses mendapat kelulusan MOF untuk melantik paraperunding. Malangnya cadangan ini tidak kesampaianapabila MOF telah memutuskan untuk melaksanakanpelaksanaan projek fasa 2 secara reka dan bina dengankontraktor yang sama iaitu ISTS.

Sehubungan dengan itu terserahlah kepada kontraktor ISTSuntuk melantik plaintif sebagai perunding kejuruteraan sivilsekiranya dia mahu.

AMRAN BIN MOHD MAJID

13

Page 14: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Mahkamah Tinggi mendapati JKR telah memberi beberapamaklum balas ke atas lukisan reka bentuk plaintif. Apabilaplaintif mengemukakan pindaan reka bentuknya pada22.3.2011, pihak MOF bagi pihak Kerajaan telah memutuskanuntuk melaksanakan projek ini secara reka dan bina pada21.2.2011.

Dalam hal ini pihak JKR mendakwa bahawa tiada wujudnyasatu ikatan kontrak di antara plaintif dengan pihak Kerajaan.Meskipun terdapat perbincangan berserta surat menyurat diantara kedua-dua belah pihak namun urusan tersebuthanyalah berhubung dengan perkiraaan IBS Score sahaja.

AMRAN BIN MOHD MAJID

14

Page 15: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

JKR turut mendakwa bahawa plaintif sememangnya sudahpuntahu bahawa perlantikannya sebagai perunding perlantikannyahendaklah menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh MOF.

Tambah lagi lukisan-lukisan yang telah disediakan tidak pernahdiluluskan oleh pihak KDN. Maka dengan itu sudah tentulah tiadaikatan kontrak wujud di antara kedua-dua belah pihak.

Pihak JKR juga mendakwa bahawa sehingga bulan Mac 2011,lukisan-lukisan yang disediakan adalah hanya pada peringkatDesign Stage 1 dan hanya siap setakat 50% sahaja dan bukannyasiap sebahagian besar sebagaimana yang didakwa oleh plaintif.

AMRAN BIN MOHD MAJID

15

Page 16: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Setelah meneliti fakta kes, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawaterdapat cukup bukti yang menunjukkan bahawa pihak JKR telahmengarahkan plaintif untuk menyediakan lukisan reka bentuk sivildan struktur.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan isu samaada wujudnya satuikatan kontrak bukanlah asas tuntutan plaintif. Sebaliknya plaintifhanya ingin menuntut bayaran yuran bagi perkhidmatan yangtelah diberikan.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan meskipun tiada satu kontrakresmi yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak,namun ciri-ciri pembentukan sebuah kontrak wujud oleh keranaterdapatnya tawaran, peneriman dan balasan.

AMRAN BIN MOHD MAJID

16

Page 17: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Dalam hal ini Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yangmenunjukkan bahawa pembentukan sebuah kontrak rundinganbergantung kepada satu kontrak resmi yang dimeterai ataubergantung kepada satu surat setujuterima.

Sebaliknya terdapat bukti yang menunjukkan pihak JKR berniatuntuk plaintif memberi perkhidmatan rundingan di bawah satukontrak secara lantikan terus.

Memandangkan terbukti bahawa plaintif telah memberiperkhidmatan, maka pihak Kerajaan bertanggungan untukmembayarnya.

Dalam hal ini juga Mahkamah Tinggi memutuskan wujudnya satukontrak yang sah di antara plaintif dengan Kerajaan.

AMRAN BIN MOHD MAJID

17

Page 18: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Mahkamah Tinggi mendapati bahawa plaintif telah menyiapkanlukisan-lukisan reka bentuknya sehingga telah dijilidkan di dalamdokumen tender yang telah disediakan oleh perunding ukurbahan.

Ini bermakna bahawa plaintif telah mencapai design stage (i) dan(ii).

Mahkamah Tinggi juga mendapati tiada bukti yang menunjukkanbahawa lukisan-lukisan yang telah disediakan oleh plaintif adalahdi bawah tahap yang dikehendakki.

Mahkamah Tinggi juga berpendapat ketiadaan kelulusan oleh JKRberhubung dengan lukisan-lukisan plaintif tidak bermakna lukisan-lukisan yang telah disediakan itu tidak mencapai tahap yangdikehendakki.

AMRAN BIN MOHD MAJID

18

Page 19: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Memandangkan tiada jumlah yuran yang telah dipersetujui, makaMahkamah Tinggi telah merujuk kepada skala yuran yang telahditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).

Mahkamah Tinggi telah mengambil kira siling peruntukan bagiprojek dan telah menolak 10% daripada jumlah siling peruntukanoleh kerana secara lazimnya 10% bukan merupakan nilai kerjapembinaan.

Memandangkan perkhidmatan yang telah diberikan oleh plaintiftelah mencapai design stage (i) dan (ii), maka plaintif berhak untukdibayar 75% daripada jumlah yuran iaitu sebanyak RM2,089,017.00

AMRAN BIN MOHD MAJID

19

Page 20: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Mary Lim,H, dalam penghakimannya antara lain menyatakan:“….After evaluating all the evidence presented, the Court is satisfiedthat there is ample evidence to show that the Plaintiff was required bythe Defendant to prepare civil and structural drawings which theDefendant subsequently used in the limited tender contract for Phase2. Not only is this forthcoming from PW1 but also from the evidence ofDW1 and DW2 which have already been set out earlier….”“…Although there is no formal contract entered between the parties,the elements of offer, acceptance and consideration necessary forthe formation of a contract are clearly present. The offer was madeby the Defendant which was accepted by the Plaintiff….”

AMRAN BIN MOHD MAJID

20

Page 21: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

“…Since there is proof that the Plaintiff has rendered the servicesrequested by the Defendant, the Defendant must therefore payfor those services.The first issue is therefore answered in the Plaintiff’s favour. Thereis indeed a valid and binding contract between the parties inthe facts of this case….”

AMRAN BIN MOHD MAJID

21

Page 22: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

“….As the Plaintiff had reached 55% by design stage (ii), thePlaintiff is entitled to be paid 55% of this sum which isRM1,531,945.80. More than that, the Court finds that the Plaintiffhas reached design stage (ii) where the Plaintiff is thereforeentitled to be paid 75% of its total fees. That 75% is a sum orRM2,089,017.00 together with interest at the rate of 5% perannum from the date of judgment to the date of realisationtogether with costs of RM50,000.00….”

AMRAN BIN MOHD MAJID

22

Page 23: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini, apabila pihakKerajaan telah meminta perunding untuk memberi perkhidmatanikhtisas seperti menyediakan lukisan r eka bentuk dan SenaraiKuantiti, maka ini boleh mewujudkan satu kontrak terbentuk.

Ini adalah kerana terdapat ciri-ciri pembentuk kontrak, iaitu:a) Tawaranb) Penerimaanc) Balasand) Niat untuk berkontrake) Perkara yang dikontrakkan tidak bercanggah dengan polisi awamf) Kemampuan berkontrak.

AMRAN BIN MOHD MAJID

23

Page 24: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Maka dengan itu adalah sukar bagi pihak Kerajaankemudiannya menyatakan pembentukan kontrak perlulahmendapat kelulusan Jawatankuasa Perlantikansebagaimana yang disyaratkan dalam pekeliling MOF.

Ini adalah kerana sebelum arahan diberikan kepadaperunding, pihak Kerajaan perlulah mematuhi pekliling MOFterlebih dahulu.

Dalam hal ini meskipun satu kontrak resmi belum lagiditandatangani, namun demikian Mahkamah akan merujukkepada adat resam perniagaan bagi mentaksirkan bayaranyuran yang terlibat.

AMRAN BIN MOHD MAJID

24

Page 25: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Pembentukan Kontrak Tidak BergantungKepada Apa-Apa Surat Lantikan.

Dalam hal ini Mahkamah akan merujuk kepada skala yuran yangdikeluarkan oleh Lembaga Profesional masing-masing.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, dalam keadaan inibayaran berdasarkan kepada skala yuran adalah lebih tinggi.

Maka dengan itu adalah wajar apa-apa arahan yang hendakdibuat kepada perunding, rujukan serta kelulusan daripadaJawatankuasa Perlantikan Perunding Jabatan (JPPJ) diperolehiterlebih dahulu. Kemudiannya Satu Surat Setujuterima (SST) denganmenyatakan syarat-syarat bayaran dan terma-terma lain yangberkaitan hendaklah dikeluarkan sebelum arahan diberikankepada perunding.

AMRAN BIN MOHD MAJID

25

Page 26: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Merujuk kepada klausa 24.1 dan 24.2, serta klausa 25.1 syarat-syarat kontrak PWD 203A (Rev. 1/2010), klausa-klausa itumenyatakan:

24.0 VARIATIONS24.1 The S.O. may issue instructions requiring a Variation in a form of a Variation Order. Novariation required by the S.O. shall vitiate this Contract. Upon the issuance of such VariationOrder, the Contractor shall forthwith comply with the Variation Order issued by the S.O.24.2 The term ‘Variation’ means a change in the Contract Document which necessitates thealteration or modification of the design, quality or quantity of the Works as described by orreferred to therein and affects the Contract Sum, including:(a) the addition, omission or substitution of any work;(b) the alteration of the kind or standard of any of the materials, goods to be used in theWorks; or(c) the removal from the Site of any work executed or materials or goods brought thereon bythe Contractor for the purposes of the Works other than work, materials or goods which arenot in accordance with this Contract.AMRAN BIN MOHD MAJID

26

Page 27: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

25.1 All variations instructed in writing by the S.O. in accordance with clause 24hereof shall be measured and valued by the S.O. The valuation of Variations, unlesspreviously or otherwise agreed, shall be made in accordance with the followingrules:(a) the rates in the Bills of Quantities after adjustment if necessary as provided inclauses 26.6 and 26.7 hereof, shall determine the valuation of work of similarcharacter and executed under similar conditions as work priced therein;(b) the said rates, where work is not of similar character or executed under similarconditions as aforesaid, shall be the basis of rates for the same, so far as may bereasonable, failing which a fair valuation thereof shall be made by the S.O.;(c) the rates in the Bills of Quantities shall determine the valuation of itemsomitted, PROVIDED THAT if the omission substantially vary the conditions underwhich any remaining items of work are carried out, the rates of such remainingitems shall be valued under rule (b);

AMRAN BIN MOHD MAJID

27

Page 28: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Adalah jelas berdasarkan kepada klausa-klausa tersebut,perubahan kerja yang diarahkan oleh P.P. melibatkan pindaanreka bentuk, kualiti dan kuantiti Kerja.

Dalam hal ini P.P. hendaklah mengukur perubahan kerja danmenilainya menurut peruntukan kontrak.

Seterusnya klausa 26.1 syarat-syarat kontrak PWD 203A (Rev. 1/2010)menyatakan:

26.1 The quality and quantity of the Works as set out in the Bills ofQuantities shall be the basis of the Contract Sum. Any error indescription or quantity or omission of Works from the Bills of Quantitiesshall not vitiate this Contract but shall be rectified and the amount inrespect of such rectification shall be added to or deducted from theContract Sum as the case may be.

AMRAN BIN MOHD MAJID

28

Page 29: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Adalah jelas klausa 26.1 ini menyatakan bahawa Senarai Kuantitiadalah menjadi asas Harga Kontrak. Apa-apa kesilapan SenaraiKuantiti hendaklah diperbetulkan sewajarnya.

Dalam hal ini apabila terdapat arahan perubahan kerja, maka P.P.hendaklah menilai perubahan kerja menurut peruntukan kontrakdenga mengukur kerja yang dilaksanakan dan menilai denganmenggunakan kadar harga sebagaimana yang dibenarkan dalamsyarat-syarat kontrak.

Dalam hal ini sekiranya kuantiti kerja yang dilaksanakan berbezadengan apa yang dilaksanakan di tapak bina, maka Senarai Kuantititersebut perlulah dipinda dengan sewajarnya.

Sebaliknya sekiranya pihak-pihak kepada kontrak bersetuju untuk tidakmeminda Senarai Kuantiti kontrak maka Senarai Kuantiti kontrak ituakan mengikat dan tidak perlu dipinda.

AMRAN BIN MOHD MAJID

29

Page 30: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Rujukan boleh dibuat kepada kes Chung Nyap Yoon Sdn Bhd lwn.Cypark Sdn Bhd [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam(Bahagian Sivil) Guaman Sivil No.: 22-920-2001].

Defendan adalah kontraktor yang telah dilantik oleh majikan SHSBbagi projek “Cyber Park Development Project Phase 1“ secara rekadan bina.

Plaintif telah dilantik oleh defendan sebagai subkontraktor bagikerja-kerja tanah dengan harga sebanyak RM5.2 juta.

Untuk tujuan itu, kontraktor telah mengeluarkan tiga surat arahankerja yang masing-masing berjumlah RM1.5 juta, 1.2 juta dan RM1.1juta.

AMRAN BIN MOHD MAJID

30

Page 31: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Surat-surat arahan, Senarai Kuantiti (Bills of Quntities - BQ),lukisan kerja tanah dan keperluan teknikal adalah menjadisebahagian daripada kontrak di antara kedua-dua belahpihak.

Peruntukan-peruntukan kontrak yang berkaitan adalahseperti berikut:

(i) The earthworks shall be carried out according to the designand specifications at the agreed rates in accordance to theworking drawings and based on the submitted Bill ofQuantities.

AMRAN BIN MOHD MAJID

31

Page 32: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

(ii) Records of labour, plant and materials necessary to carry outthese works will be maintained by the plaintiff.

(iii) Invoices for work completed shall be submitted at the end of theworking month and will be processed on a back to back basis withSetia Haruman. Issuance of payment shall be within 2 weeks of thedefendant receiving the same from Setia Haruman. Menurut surat awad, kaedah pembinaan kerja-kerja tanah adalah

dengan menggunakan “replacement method”. Namun demikian apabila kerja-kerja dilaksanakan, jurutera

mendapati kaedah “displacement method” adalah lebihekonomik dan lebih sesuai.

AMRAN BIN MOHD MAJID

32

Page 33: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Mahkamah Tinggi mendapati apabila ini berlaku, terdapat keadahpelaksanaan kerja yang berbeza daripada peringkat asal kepadaperingkat pembinaan.

Pertukaran kepada kaedah “displacement method” tersebut telahdisahkan oleh perunding kejuruteraan kontraktor melalui suratbertarikh 25.11.1999.

Subkontraktor mendakwa BQ memperuntukan kaedah pembinaansecara “replacement method”.

Subkontraktor telah menjalan kerja-kerja tanah dengan kaedah“displacement method”.

Tuntutan kerja tanah adalah berdasarkan kepada kadar-kadarharga dalam BQ.

AMRAN BIN MOHD MAJID

33

Page 34: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Dalam hal ini kontraktor telah membayar berdasarkankepada tuntutan subkontraktor setelah mendapat bayarandaripada majikan SHSB yang berjumlah RM2,852,407.16 bagituntutan bayaran interim no. 1 – 6.

Subkontraktor telah menyiapkan kerja-kerja tanah pada8.6.2000 dan telah memakluman perkara ini kepadakontraktor pada 14.6.2000.

Tuntutan bayaran no. 7 telah dikemukakan pada 25.6.2000 dimana kontraktor tidak pernah membantah ke atas tuntutantersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID

34

Page 35: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Pada 12.8.2000 subkontraktor memakluman kepadakontraktor yang mengesahkan persetujuan kedua-dua belahpihak bahawa perakuan muktamad akan disediakan pada15.8.2000 berdasarkan BQ asal.

Pada 7.9.2000, kontraktor mencadangkan jumlah tuntutanakhir adalah sebanyak RM4,715,827.65 dan RM240,000sebagai kos kerja-kerja awalan.

Subkontraktor bersetuju dengan jumlah tuntutan akhirsebanyak RM4,715,827.65 tetapi mempertikaikan kosRM240,000 bagi kerja-kerja awalan.

AMRAN BIN MOHD MAJID

35

Page 36: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Namun demikian melalui surat kontraktor bertarikh 2.10.2000,kontraktor bersetuju untuk menaikkan kos bagi kerja-kerja awalankepada RM270,000.

Malangnya kontraktor tidak membayar tuntutan bayaran interimno.7 dan pertikaian ini telah diketengahkan oleh subkontraktorkepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat satu keputusan.

Dalam hal ini subkontraktor mendakwa terdapat persetujuandengan kontraktor bahawa jumlah akhir bagi kerja-kerja tanahadalah sebanyak RM4,747,127.65. Memandangkan bayaransebanyak RM2,851,407.16 maka baki bayaran yang tertunggakadalah sebanyak RM1,894,720.49.

AMRAN BIN MOHD MAJID

36

Page 37: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Kontraktor telah berhujjah di Mahkamah Tinggi denganmenyatakan BQ asal menyatakan tiga langkah pembinaan,iaitu kerja-kerja pengorekan (excavation), penambunansemula tanah (backfilling) dan menambun tanah yangdiimpot (importing suitable material).

Namun demikian apa yang telah dilaksanakan di tapak binaberdasarkan kaedah “displacement method” adalah dualangkah sahaja. Maka dengan itu kuantiti tanah tambunanadalah berbeza daripada kuantiti dalam BQ asal.Memangkan BQ asalah berdasarkan kepada “replacementmethod”, maka BQ asal tidak lagi terpakai.

AMRAN BIN MOHD MAJID

37

Page 38: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Sehubungan dengan itu tuntutan subkontraktor sebanyakRM1,894,720.49 berdasarkan kepada BQ asal adalah khilaf dantidak berasas.

Kontraktor kemudiannya membuat tuntutan balas sebanyakRM42,000.00 oleh kerana terpaksa menanggung perbelanjaandisebabkan lantikan kontraktor, SS secara berasingan untukmembaiki kecacatan kerja-kerja tanah yang telah dilaksanakanoleh subkontraktor.

Kontraktor seterusnya mendakwa bahawa pihaknya bersetujudengan pindaan kaedah pembinaan dengan syarat bayaranhendaklah berdasarkan keadah pengukuran semula kuantiti kerjatanah yang telah dilaksanakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID

38

Page 39: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Pengukuran semula kuantiti sementara ini perlulah dilaksanakanbagi tujuan penutupan akaun akhir bagi kerja-kerja tanah.

Mahkamah Tinggi berpendapat isu yang perlu diputuskan adalahsamaada pindaan kepada kaedah pembinaan daripadareplacement method kepada displacement methodmenyebabkan BQ asal itu tidak lagi berkaitan. Maka dengan itumenyebabkan tuntutan subkontraktor berdasarkan kepada BQ asalitu adalah khilaf.

Mahkamah Tinggi mendapat kaedah displacement method tidakdinyatakan dalam BQ. Namun demikian Mahkamah Tinggimendapati apabila terdapat pindaan kepada kaedahpembinaan, kedua-dua belah pihak masih lagi berurusanberdasarkan BQ asal.

AMRAN BIN MOHD MAJID

39

Page 40: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Melalui surat bertarikh 12.8.2000, subkontraktor telah menulis suratkepada kontraktor di mana mengesahkan satu mesyuarat yangdiadakan di antara kedua-dua belah pihak bahawa perakuanmuktamad akan disediakan berdasarkan BQ asal.

Surat subkontraktor itu telah diaku terima oleh kontraktor dan tiadapenafian berhubung dengan mesyuarat yang telah diadakan.

Melalui surat bertarikh 7.9.2000 subkontraktor telah menulis suratkepada kontraktor bagi mengesahkan persetujuan cadanganperakuan muktamad yang berjumlah RM4,715,827.65.

Dalam hal ini Mahkamah Tinggi mendapati kontraktor tidak menafikankandungan surat bertarikh 7.9.2000. Sebaliknya melalui surat bertarikh2.10.2000 kontraktor hanya mengesahkan persetujuan berhubungdengan kenaikan kos kerja-kerja awalan daripada RM240,000 kepadaRM270,000.00

AMRAN BIN MOHD MAJID

40

Page 41: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Mahkamah Tinggi mendapati bahawa persetujuan perakuanmuktamad berjumlah RM4,477,127.65 berdasarkan BQ asal adalahtidak bersyarat. Dengan perkataan lain kontraktor tidak pernahmenyatakan bahawa persetujuan tersebut adalah tertaklukkepada pengukuran semula kuantiti dan rekod-rekod bilangan loritanah.

Persetujuan itu juga tidak menyatakan bahawa pengukuransemula kuantiti hendaklah diukur oleh seorang Juruukur BahanBerdaftar.

Setelah meneliti fakta kes, Mahkamah Tinggi memutuskan kedua-dua belah pihak sudahpun bersetuju untuk memuktamadkanperakuan muktamad yang berjumlah RM4,747,127.65. MahkamahTinggi juga memutuskan bahawa kerja-kerja awalan yang telahdipersetujui adalah sebanyak RM270,000.00.

AMRAN BIN MOHD MAJID

41

Page 42: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Mahkamah Tinggi dengan itu memutuskan meskipun terdapatperbezaan dengan kaedah pembinaan kerja-kerja tanah, namundemikian BQ asal masih terpakai oleh kerana telah dipersetujui olehkedua-dua belah pihak.

Mahkamah Tinggi juga mendapati bahawa sebelum prosiding diMahkamah Tinggi, kontraktor sudahpun dibayar oleh majikan SHSB.Sehubungan dengan itu subkontraktor wajar dibayar olehkontraktor.

Bagi tuntutan balas sebanyak RM42,000 kontraktor bagi membaikikerja-kerja kecacatan kerja-kerja tanah, Mahkamah Tinggimendapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa perundingkejuruteraan kontraktor tidak berpuas hati dengan mutu kerja-kerjatanah subkontraktor.

AMRAN BIN MOHD MAJID

42

Page 43: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Bukti yang dikemukakan oleh kontraktor adalah surat lantikankontraktor kepada kontraktor SS bertarikh 16.11.2011 tetapibagi kerja-kerja untuk jambatan utama dan cerucukbenteng.

Surat lantikan itu tidak merujuk kepada kerja-kerjapembaikan bagi kerja-kerja tanah sebagaimana yangdidakwa oleh kontraktor.

Sehubungan dengan itu Mahkamah Tinggi menolak tuntutanbalas kontraktor.

AMRAN BIN MOHD MAJID

43

Page 44: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Tengku Maimun Binti Tuan Mat,H, dalam penghakimannya antaralain menyatakan:

“….The main issue to be considered is whether the change in themethod from replacement to displacement has rendered the Bill ofQuantities inapplicable and consequently whether the plaintiff’s claimbased on the Bill of Quantities is erroneous and incorrect….”“….I agree with learned counsel for the defendant that the method ofvaluation of the works constructed based on the displacementmethod was not stated in any of the documents. However, havingtested the oral testimony of the witnesses against thecontemporaneous documents, I find that even after the change ofthe method, parties still conducted themselves according to the Bill ofQuantities….”AMRAN BIN MOHD MAJID

44

Page 45: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

“…The letter was acknowledged receipt by the defendant.There was no denial from the defendant of the meeting and ofthe agreement that the final certificate would be based on theoriginal Bill of Quantities….”“….It cannot be denied that item (i) in the defendant’s letterrelates to Bill No. 1 in the plaintiff’s letter dated 7.9.2000 whereinvide the same letter the plaintiff has confirmed acceptance ofBill No. 2 amounting to RM4,477,127.65. There cannot be anacceptance by the plaintiff unless there was a proposal by thedefendant….”

AMRAN BIN MOHD MAJID

45

Page 46: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

“….In the circumstances I am not able to accept the defendant’sposition that plaintiff’s claim No. 7 is only an estimate. The statementhas been finalized by the parties hence the schedule of paymentlisted by the defendant. And given paragraphs (ii) and (iii) of thedefendant’s letter dated 2.10.2000 setting out the mode of payment, Ifind that there had been an agreement on the amount to be paid tothe plaintiff. This is a proper case where the defendant should beestopped from taking a different position from their earlier stand asshown by the documentary evidence….”“…Having regard to all the above, I therefore find that the Bill ofQuantities is still applicable despite the change of method. There isclear evidence that the total agreed sum of the plaintiff’s work is in theamount of RM4,747,127.65…..”

AMRAN BIN MOHD MAJID

46

Page 47: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

“….The defendant sought to rely on a letter of award dated 16.11.2001to Sungai Suasa to show the appointment of Sungai Suasa for the soilstabilization works. The letter of appointment was for main bridge andpiled embankment. It makes no reference to rectification works or soilstabilization as alleged. Absent any proof of rectification works doneby Sungai Suasa, I find that the defendant has failed to prove itscounterclaim….” Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini, adalah wajar

kerja-kerja penyiasatan tanah dilaksanakan sebelum reka bentukdimuktamadkan. Apabila terdapat perbezaan profil tanahdaripada apa yang diperuntukan dalam kontrak, maka ini akanmelibatkan satu perubahan kerja.

AMRAN BIN MOHD MAJID

47

Page 48: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Apabila terdapat satu perubahan kerja, maka adalah wajarPegawai Penguasa (P.P.)/Pengarah Projek (P.D.) menyatakankaedah penilaian perubahan kerja itu hendaklah menurut syarat-syarat kontrak.

Dalam hal ini adalah wajar P.P./P.D. menilai berdasarkan kepadakerja sebenar yang dilaksanakan di tapak bina.

Dengan perkataan lain, sekiranya BQ asal tidak lagimenggambarkan kerja sebenar, maka pindaan perlulah dibuat.

Dalam hal ini P.P./P.D. tidak wajar bersetuju untuk menilai kerjaberdasarkan kepada kuantiti kerja asal dalam BQ. SekiranyaP.P./P.D. bersetuju maka P.P./P.D. ditegah (estopped) daripadamenafikan persetujuan tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID

48

Page 49: CABARAN PERUNDANGAN DI PERINGKAT PRA-KONTRAK 1_CABARAN... · Pembentukan sesebuah kontrak tidak bergantung kepada satu ... the State of Wilayah Persekutuan, Malaysia (Civil ... Plaintif

Perubahan Kerja dan Senarai Kuantiti

Sekiranya ini berlaku, maka pihak kontraktor menguatkuasaperjanjian tersebut dan adalah sukar bagi pihak Kerajaanuntuk tidak menguatkuasakan perjanjian oleh P.P./P.D.meskipun persetujuan itu adalah tidak sejajar denganperuntukan kontrak.

Maka dengan itu P.P./P.D. wajar mentadbir kontrak menurutperuntukan kontrak.

AMRAN BIN MOHD MAJID

49