c2006-jenis kontrak

5
ATURCARA KONTRAK C200 6 KONTRAK TURNKEY Definisi Dalam kontrak turnkey, pihak klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien. Kebaikan Berpotensi untuk digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan yang mencabar ini. Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain. terdapat hanya satu kontrak sahaja diperlukan oleh pemilik yang meliputi kesemua perihal rekabentuk dan pembinaan serta proses pengendalian projek dilaksanakan oleh satu organisasi. hanya kordinasi oleh pemilik yang minimum juga diperlukan dalam projek dan ini menyenangkan kerja bagi pemilik yang kurang berpengetahuan tentang hal-hal pembinaan. tempoh projek dapat dikurangkan dengan pembinaan berfasa yang dirancang oleh sesebuah organisasi yang mengendalikan projek tersebut. Keburukan Boleh menjejaskan penglibatan perundingan-perundingan tempatan di mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri. 13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 1

Upload: zaim-zakwan

Post on 20-Jun-2015

4.566 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: c2006-jenis kontrak

C2006

KONTRAK TURNKEY

Definisi

Dalam kontrak turnkey, pihak klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien.

Kebaikan

Berpotensi untuk digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan yang mencabar ini.

Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir.

Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

terdapat hanya satu kontrak sahaja diperlukan oleh pemilik yang meliputi kesemua perihal rekabentuk dan pembinaan serta proses pengendalian projek dilaksanakan oleh satu organisasi.

hanya kordinasi oleh pemilik yang minimum juga diperlukan dalam projek dan ini menyenangkan kerja bagi pemilik yang kurang berpengetahuan tentang hal-hal pembinaan.

tempoh projek dapat dikurangkan dengan pembinaan berfasa yang dirancang oleh sesebuah organisasi yang mengendalikan projek tersebut.

Keburukan

Boleh menjejaskan penglibatan perundingan-perundingan tempatan di mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri.

Kontraktor Bumiputra dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi.

Harga bagi sesuatu projek adalah sangat tinggi. Penganggaran kos sukar dikenalpasti kecuali setelah pembinaan telah lama berjalan. terdapat sedikit sahaja pemeriksaan baki (check and balances) dibuat yang

menjadikan pemilik tidak diberi maklumat atau tidak sedar akan masalah rekabentuk atau pembinaan yang mengganggu perkembangan jadual kerja.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 1

Page 2: c2006-jenis kontrak

C2006

KONTRAK HARGA TAMBAH (“ COST REINBURSMENT”)

Definisi

Ia dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus Ia bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan

oleh pihak kontraktor. kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu (Saidin, 1998):

(i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap(ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran(iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

Kebaikan

sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat. para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek

tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum.

Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan.

Keburukan

Angka atau jumlah harga anggaran. Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi

daripada harga anggaran. Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan kontraktor yang

mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 2

Page 3: c2006-jenis kontrak

C2006

KONTRAK PEROLEHAN (PROCUREMENT)

Definisi

Kontrak perolehan adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian bangunan-bangunan moden masa kini melibatkan pakar-pakar dan kontraktor kecil.

Berbagai-bagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan diantaranya ialah:-

a) Kontrak Jumlah Gumpal berdasarkan senarai kuantiti.b) Kontrak harga Gumpal berdasakan lukisan, spesifikasi, dan jadual kadar harga.

a) Kontrak Jumlah Gumpal berdasarkan senarai kuantiti.

Kebaikan

Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.

Kadar harga yang terkandung didalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontrak dan menilai perubahan kerja.

Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan.

Kontraktor juga dapat menentukan sebut harga dari subkontraktor. Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

Keburukan

Jurukur bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 3

Page 4: c2006-jenis kontrak

C2006

KESIMPULAN

Dalam industri pembinaan, terdapat banyak jenis tender yang membolehkan klien mendapat kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek. Setiap tender juga mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Klien boleh memilih iaitu untuk mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor melalui tender terbuka atau hanya mengemukakan pelawaan terhadap kontraktor yang dipilih melalui tender terpilih. Tender perundingan pula lebih menguntungkan klien di mana terdapat perundingan secara terperinci antara klien dengan kontraktor sebelum bermulanya peringkat rekabentuk dan segala keperluan dibincang bersama. Tender prakelayakan pula biasanya diamalkan untuk mendapatkan kontraktor yang mempunyai kemahiran tertentu sahaja. Walaupun begitu, keputusan untuk memilih jenis tender yang ditawarkan bergantung juga kepada jenis, kos serta keperluan projek tersebut. Lebih besar serta kompleks projek tersebut, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung oleh klien.

Secara umumnya, prosedur dalam proses tender adalah boleh dikatakan tiada bezanya di antara praktis JKR dan penguasa tempatan kerana kedua-dua Jabatan masih mempraktikkan landasan yang digariskan di dalam Arahan Perbendaharaan dan pemilihan tender yang berjaya perlu dirujuk kepada Lembaga Perolehan seperti yang ditekankan di dalam Arahan Perbendaharaan.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 4