c01-catatan refleksi intership

6
CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) MINGGU 1 / Tarikh: Khamis– 02 April 2015 1. ISU/ perkara yang di fokus; Mesyuarat Pelaksanaan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 12.. . 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Sebelum mesyuarat, senarai ahli jawatankuasa dan tentatif program serta tugas bagi setiap ahli jawatankuasa telah disediakan oleh setiausaha sukan.. Pn Hjh Fazidah bte Mohamad, selaku Penolong Kanan Kokurikulum, telah mempengerusikan mesyuarat dan dapat menerangkan dengan lebih tepat tentang kehendak program. Mesyuarat berjalan dengan lancar, setiap tugas guru dapat difahami dengan penerangan dan bersoal jawab. Kekuatan Tentatif yang disediakan telah membantu guru memahami tugas mereka serta keperluan yang mesti disediakan sebelum perjalanan setiap slot. Melalui perbincangan juga segala kekurangan dan masalah dapat di atasi. Kelemahan Mesyuarat dijalankan berasingan di antara guru sebelah pagi dan sebelah petang. Segala keputusan mestilah mendapat persetujuan dari semua guru. Keputusan tidak boleh dibuat pada masa itu juga. Terdapat juga ada

Upload: qistinafarhan

Post on 10-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 1 / Tarikh: Khamis 02 April 20151. ISU/ perkara yang di fokus;Mesyuarat Pelaksanaan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 12...2. Analisa Isu / perkara yang difokus.Sebelum mesyuarat, senarai ahli jawatankuasa dan tentatif program serta tugas bagi setiap ahli jawatankuasa telah disediakan oleh setiausaha sukan.. Pn Hjh Fazidah bte Mohamad, selaku Penolong Kanan Kokurikulum, telah mempengerusikan mesyuarat dan dapat menerangkan dengan lebih tepat tentang kehendak program. Mesyuarat berjalan dengan lancar, setiap tugas guru dapat difahami dengan penerangan dan bersoal jawab. KekuatanTentatif yang disediakan telah membantu guru memahami tugas mereka serta keperluan yang mesti disediakan sebelum perjalanan setiap slot. Melalui perbincangan juga segala kekurangan dan masalah dapat di atasi.

KelemahanMesyuarat dijalankan berasingan di antara guru sebelah pagi dan sebelah petang. Segala keputusan mestilah mendapat persetujuan dari semua guru. Keputusan tidak boleh dibuat pada masa itu juga. Terdapat juga ada beberapa tugas guru yang tiada dalam senarai jawatankuasa menjadikan kekurangan AJK setiap pembahagian tugas.

3. Cadangan PenambahbaikanSebelum mesyuarat, perancangan kertas kerja program perlu diselia lebih awal oleh GPK Kokurikulum dan juga Guru Besar bagi memastikan tiada kesilapan teknikal berlaku.

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 2 / Tarikh: Isnin 06 April 2015

1. ISU/ perkara yang di fokus;Pemantauan fasi LINUS untuk Saringan 1

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.Fasi LINUS dari Pejabat Pendidikan Daerah memantau cara penandaan instrument dan mengisi borang pelaporan. KekuatanDengan adanya pemantauan dari fasi LINUS in dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru, terutama guru yang tiada pengalaman dalam penandaan dan mengisi borang linus ini. Ini akan dapat mengurangkan kesalahan dari segi penandaan instrumen. KelemahanFasi linus tidak dapat membuat pemantau kepada semua guru. Hanya empat orang guru sahaja yang dapat dipantau dan disemak segala instrument. Guru juga tidak bersedia dengan kehadiran fasi linus ini menyebabkan guru tidak menyediakan segala instrument dengan baik. Ini menyebabkan guru mengambil masa yang lama untuk menyedaiakan segala keperluan. Selain daripada itu juga fasi linus tidak boleh berbincang secara terperinci kerana guru terpaksa masuk kelas.

4. Cadangan PenambahbaikanPihak fasi linus hendaklah memberitahu kepada pihak sekolah tentang pemantauan yang hendak dibuat supaya semua guru bersiap sedia segala instrument dan borang-borang . Guru-guru juga hendaklah sentiasa bersedia dan menyediakan BBM ketika pdp dijalankan. Guru-guru juga hendaklah membuat saringan linus ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 3 / Tarikh: Rabu 15 April 20151. ISU/ perkara yang di fokus;Taklimat dari guru besar rentetan aduan seorang penjaga yang anak beliau dipukul oleh guru..2. Analisa Isu / perkara yang difokus.Guru hendaklah menjaga tingkahlaku ketika bersama murid. Guru tidak boleh memukul murid kecuali kepada guru yang berkenaan sahaja. Guru didakwa telah memukul anak beliau sehingga menunjukkan kesan kepada murid tersebut. Penjaga murid itu telah membuat aduan di balai polis dan Pejabat Pendidikan Daerah. Rentetan dari adauan itu pihak pegawai PPD telah membuat lawatan ke sekolah. Masalah dapat diselesaikan dengan mohon kemaafan kepada penjaga tersebut.KekuatanMemberi kesedaran kepada semua guru, guru hendaklah mengawal tingkahlaku ketika berada di sekolah. Guru tidak boleh memukul murid sesuka hati. Guru besar juga memberi garis panduan kepada guru cara-cara mengawal emosi dan guru hendaklah memberitahu kepada murid mengapa mereka didenda.

KelemahanDi sini guru tidak boleh mengambil tindakan kepada murid sekiranya murid membuat kesalahan. Ini akan menyebabkan murid merasa mua. Selain daripada itu juga guru yang didakwa akan merasa malu dan ini mungkin akan menjejaskan emosi guru tersebut.

3. Cadangan PenambahbaikanMengadakan sesi kaunseling kepada murid bermasalah dan juga kepada guru yang stress. Juga mengadakan ceramah tatatertib dikalangan guru.

CATATAN REFLEKSI (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 4 / Tarikh: Isnin 20 April 20151. ISU/ perkara yang di fokus;Kursus FROG VLE2. Analisa Isu / perkara yang difokus.Membuka minda pengetahuan tentang FROG VLE. Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.KekuatanKebaikan kepada guru iaitu Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

Kebaikan kepada murid pula maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.

Kebaikan kepada ibu bapa pula kuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan mereka.

KelemahanKurang pendedahan kepada guru. Guru kurang mahir untuk melaksanakan program ini. Pengajaran menggunakan program memerlukan masa yang agak panjang untuk membina rph dan bahan media. Kelajuan internet yang agak terbatas menyukarkan guru membuat bahan yang menarik.

3. Cadangan PenambahbaikanMengadakan kursus dan pendedahan kepada guru tentang pembinaan Rph menggunakan Frog ini. Selainkan daripada itu pihak sekolah hendaklah melantik mentor untuk tujuan pengajaran .