buletin sekolah siri 1

4

Click here to load reader

Upload: abi-syurfa

Post on 30-Mar-2016

242 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

school, news

TRANSCRIPT

Page 1: buletin sekolah siri 1

Kepada semua ibu bapa / penjaga

murid-murid SK Methodist (ACS), Ipoh.

Tuan-tuan / Puan-puan ,

Selamat Sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu

saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan

puan-puan kerana diberi kesempatan bersua muka dengan tuan-tuan / puan-puan melalui

keluaran Buletin SK Methodist (ACS), Ipoh buat kali yang pertama bagi tahun 2010.

Sekolah merupakan suatu institusi di mana murid berpeluang meluaskan pengetahuan

serta mempelajari nilai-nilai hidup supaya membangunkan diri menjadi insan yang

beriman , berakhlak mulia , berketrampilan dan sejahtera. Di samping itu, mereka perlu

dibimbing supaya dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. Kejayaan tidak datang

bergolek. Kejayaan adalah hasil usaha yang gigih dan berterusan. Seseorang murid perlu

mempunyai azam untuk berusaha bersungguh-sungguh dan berintegriti , melakukan

sesuatu yang betul walaupun tiada sesiapa yang memerhatikannya. Sebarang tindakan

yang dilakukan oleh murid mesti sebab murid berkenaan inginkan kejayaan dan bukan

mereka disuruh atau dipantau.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu, bapa , penjaga atau guru

untuk menjadi suatu tauladan yang baik kepada semua murid agar mereka mendapat

dorongn untuk meningkat maju dalam apa jua yang diusahakan. Harapan saya agar

kita dapat membimbing murid-murid SK Methodist (ACS), Ipoh supaya mereka mempunyai

visi dan hala tuju hidup yang positif serta membantu mereka membuat pilihan yang tepat

agar apa yang diusahakan akan membawa hasil yang membanggakan.

Saya berharap keluaran Buletin kali ini akan membolehkan tuan-tuan / puan-puan

mengikuti perkembangan semasa sekolah serta mendorong tuan-tuan / puan-puan

memberi sokongan dan kerjasama untuk menentukan sekolah terus berjaya.

SK Methodist (ACS), Ipoh mempunyai suatu tradisi yang membanggakan. Mari kita

mengubah sikap dan “mind-set” serta berusaha meneruskan tradisi kecemerlangan ini

“ Orang yang berhenti tidak akan menang. Orang yang menang tidak akan berhenti.”

Sekian, terima kasih.

Lim Kwan Wah,

Guru Besar, SK Methodist (ACS), Ipoh.

KataKata--kata Aluan Guru Besarkata Aluan Guru Besar

Buletin SK. Methodist (ACS),Ipoh.Buletin SK. Methodist (ACS),Ipoh.Buletin SK. Methodist (ACS),Ipoh. SK .Method i st

(A CS ) , Ipoh

Isi Kandungan:

Berita Berita Berita

Kokurikulum Kokurikulum Kokurikulum

2

Berita tentang Berita tentang Berita tentang

guruguruguru

2

AktivitiAktivitiAktiviti---

aktiviti Yang aktiviti Yang aktiviti Yang

Akan DatangAkan DatangAkan Datang

2

Program Program Program

SekolahSekolahSekolah

3

AkademikAkademikAkademik

Jadual ujian

bulanan dan

PKS

P r o g r a m -

p r o g r a m

yang telah

d j j a lankan

oleh pihak

sekolah

4

Program Program Program Kecemerlan-Kecemerlan-Kecemerlan-gan Murid gan Murid gan Murid

Tahun 6 Tahun 6 Tahun 6

4

Volume 1, Issue 1 29 March 2010

Muka Surat

Page 2: buletin sekolah siri 1

Berita Kokurikulum

Kelahiran Cahaya Mata

OLARAGA

Pasukan lumba lari ACS telah

menjadi pasukan jemputan

beberapa sekolah bagi

menyertai acara 4x100m. Di SK

Sri Kinta, ACS mendapat tempat

keempat. Pasukan ACS turut

dijemput oleh SJKT Chettiar dan

telah bejaya mendapat tempat

ketiga. Selain itu, SK Panglima Bukit

Gantang juga turut menjemput

pasukan ACS dan ACS telah muncul

sebagai johan.

AKUATIK

Kejohanan Akuatik Majlis Sekolah-

Sekolah Perak 2010 telah diadakan

pada 23 dan 24 Februari 2010 di

Kolam Renang MBI Kuala Kangsar.

Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Ipoh telah

menghantar 2 orang wakil iaitu Darryl Cheong Kai Xiang

dari kelas 6N dan Timothy Pang Ien Ming dari kelas 5J.

Pada kejohanan itu, Darryl Cheong Kai Xiang telah

terpilih mewakili Perak di Kejohanan Akuatik Sekolah-

Sekolah Malaysia 2010 yang akan diadakan di Pusat

Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Kejohanan itu akan

Ustaz Amran

m e n d a p a t

cahaya mata

yang keempat

pada 27 Februari

2 0 1 0 . B a y i

seberat 4.2kg diberi nama

Muhammad Rayyan Afiq b.Amran.

Bulletin SK. Methodist (ACS) Muka Surat 2

Wah,

hebatnya

guru!

Berita tentang guru

En. Faizul merupakan jurulatih

badminton Perak untuk Sirkit Remaja

Kebangsaan. Beliau berpengalaman

dalam sukan badminton dan

memenangi pelbagai kejohanan.

Antaranya adalah Naib Johan

Kejohanan Badminton Melayu Malaysia

2009 di Pulau Pinang. En Faizul juga

muncul Johan MAKSAK ( Majlis

Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan

Malaysia ) di Perak bagi tahun 2006,

2007dan 2008. Pada kejohanan yang

sama bagi tahun 2005 dan 2009,

beliau telah berjaya menjadi Naib

Johan. Selain itu, En. Faizul juga telah

menyertai Kejohanan MAKSAK

Kebangsaan dan berjaya mendapat

tempat ketiga pada tahun 2009 di

Kuantan dan 2010 di Ipoh.

SKUASY

Brian Akiilesh a/l Pannerchelvam

telah menyertai beberapa

pertandingan skuasy. Beliau telah

muncul johan bagi Pertandingan

Dunlop Perak Junior Circuit

kategori lelaki bawah 12 tahun.

Beliau juga telah menyertai Dunlop

National Junior Circuit kategori

lelaki bawah 12 tahun dan

mendapat tempat kelapan.

27 March 2010

Mesyuarat Agong PIBG kali

ke 35, jam 9.00 pagi, Dewan

Horley

Aktiviti-aktiviti Yang Akan Datang

05 April 2010

Pelancaran Projek Kutipan Derma – ”READATHON”

Matlamat Kutipan : RM40,000.00

Cadangan Projek :

1)Mengurus program kurikulum dan Kokurikulum

sekolah

2)Mengurus program kebajikan murid

3)Meningkatkan prasarana sekolah

10 April 2010

Sukan Tahunan

APRIL

Perlawanan bola sepak dan olahraga

Pertandingan Tilawah Al-Quran (hafazan

dan bercerita)

Page 3: buletin sekolah siri 1

04.Januari hingga 15.Januari 2010

Program Transisi Murid-murid Tahun 1.

Murid-murid didedahkan kepada

persekitaran dan peraturan

sekolah. Mereka juga diberi peluang

untuk mengenali guru dan kawan-kawan

agar dapat menyesuaikan diri dengan

persekitaran yang baru.

Muka Surat 3 Bulletin SK. Methodist (ACS)

08 Februari 2010

Sempena Tahun Baru Cina.

Pemberian “Angpow” kepada

murid-murid miskin / yatim

Cina sempena Tahun Baru Cina.

31 Disember 2009

Orientasi Murid Tahun 1

Hari Pendaftaran bagi murid-

murid Tahun 1 diadakan di

Dewan Horley SK Methodist

(ACS), Ipoh, jam 8.00 pagi.

Seramai 164 orang murid telah

mendaftar pada hari tersebut.

10 Februari 2010

Hari Pelanggan Siri

Pertama PIBG

Telah diadakan jam 12.00 –

1.30 tgh , di Bilik

Multimedia .

16 Januari 2010

Program Transisi Tahun 4

Dedahkan murid Tahun 3

melangkah era baru ke Tahun 4

dengan pelbagai aspek positif

membina rohani, jasmani,

kelakuan dan sahsiah, Antara

ceramahnya- ceramah kurikulum,

kesihatan, sahsiah dan lain-lain.

01March hingga 31 March

2010

Pendaftaran Tahun 1 /2011

(Lahir 2 Januari 2004 –

1 Januari 2005)

02 March hingga 04 March

2010

Pemeriksaan Kesihatan dan

Suntikan

Lawatan Kesihatan Jururawat

dari Klinik Kesihatan

Greentown.Pemeriksaan

Kesihatan murid Tahun 6,

Suntikan pelalian murid Tahun 1.

08 March 2010

Program Murid Sahsiah Terpuji

(Tahun 1 -6)

Dua orang murid dari setiap kelas dipilih

oleh guru kelas setiap

minggu. Sijil Penghargaan akan diberi

kepada murid yang terpilih

sebanyak 3 kali atau lebih.

10 March 2010

Rawatan Pergigian

oleh jururawat pergigian

sekolah untuk murid Tahun 1 -6

03 March 2010

Program Tak Nak

Orientasi Murid

Tahun 1

15 March 2010

Program Motivasi Tahun 6

Program Sekolah

Page 4: buletin sekolah siri 1

Akademik

Bil Perkara Tarikh

1 Ujian bulanan 1 23/02/2010 - 25/02/2010

2 Ujian Bulanan 2 20/04/2010 - 24/04/2010

3 Ujian PKS 1 24/05/2010 – 26/05/2010

4 Ujian Bulanan 3 & Percubaan UPSR 03/08/2010 – 05/08/2010

5 Ujian PKS 2 01/11/2010 – 03/11/2010

Program-program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah:

Jadual ujian bulanan dan PKS bagi tahun 2010 (tertakluk pada pindaan)

Program LINUS (Literasi dan Numerasi)

Program ini telah dijalankan pada bulan Mac melibatkan semua murid tahun 1 bagi matapelajaran Bahasa Melayu

dan Matematik.

Program WAJA (Wajib Jawab)

Ia dijalankan sepanjang Bulan Mac – September. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang

kepada murid mendapat latihan minima yang diperlukan bagi subjek Sains dan Matematik. Sasaran utama

program ini bagi murid sederhana dan lemah mencapai sekurang-kurangnya gred C dalam UPSR.

Program Diagnostik

Program ini juga melibatkan matapelajaran Sains dan Matematik. Tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam mata pelajaran tersebut. Murid yang dikenalpasti lemah akan

dibimbing untuk memperbaiki mutu pembelajaran dalam subjek berkenaan.

PROTIM (Program Pemulihan 3M)

Protim diperkenalkan bagi murid Tahun 4 – Tahun 6 untuk memastikan mereka dapat menguasai kemahiran

Membaca, Menulis, dan Mengira.

Melalui program ini, murid-murid tahun 6 telah dikategorikan

kepada 6 kumpulan . Tiga kumpulan dikategorikan dalam

kumpulan cemerlang, manakala tiga kumpulan lagi dikategori

potensi lulus. Antara program yang dijalankan ialah :

Program WAJA

Program DIAGNOSTIK

Kelas Tambahan

Kelas tambahan dijalankan bermula pada bulan Februari dari

hari Isnin hingga hari Khamis. Mata pelajaran yang dibincang-

kan melibatkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik

dan Sains bermula jam 1.00- 2.00 petang.

Program SAL MAS

Program SAL MAS telah dijalankan pada hari Selasa hingga

Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Murid-murid

diberi soalan latih tubi.

Program Kecemerlangan Murid Tahun 6

Program Motivasi

Ia telah diadakan pada 15/03/2010 hingga 16/03/2010.

Sesi motivasi dan teknik belajar telah disampaikan oleh

En. Zaid b. Abu Othman iaitu Guru Cemerlang Bimbingan

Kaunseling SMK Sayong, Kuala Kangsar. Sepanjang sesi ini,

murid-murid telah diberi pendedahan tentang teknik belajar

dan motivasi selama 4 jam. Disamping itu juga, para ibu

bapa turut dijemput hadir bagi mengikuti Kursus Pendidikan

Keibubapaan. Ia turut dititikberatkan bagi memberi

kesedaran kepada ibu bapa akan tanggungjawab dan

peranan mereka terhadap anak-anak.

Muka Surat 4