buletin skj siri 1 2015

5
2 PENASIHAT PN. ZUBAIDAH BT JAAFAR (GURU BESAR) PENOLONG PENASIHAT 1 PN. NORIDA BT ANNUAR (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) PENOLONG PENASIHAT 2 PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) PENOLONG PENASIHAT 3 EN. MOHD NIZAR BIN ZAINOL (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) KETUA EDITOR PN. SITI MUSLEHA BT MUSA (JURUTEKNIK KOMPUTER) SIDANG EDITOR PN. ZAHRATUL AKMAL BT YAHAYA (KP BM) PN. JEEVAJOOTHY A/P PALAYAN (KP BI) PN. NOOR HASIMAH BT MOHAMAD ANSOR (KP MT) PN. VANITHA A/P KANNAN (KP SN) PN. FARIDAH BT YUSOFF (KP PI) PN. KHAIRUNNISA BT BARUDDIN (KP PM) EN. SABARUDIN BIN MOHAMAD YUSOF (KP PSV) PN. FATIMAH BT ABDULLAH (KP PSK) PN. SITI FATIMAH BT MAT DAUD (KP PMZ) PN. NOORDINA BT MOHD HARON (KP PJK) PN. HANISAH BT HARON (KP KH) PN. NORAZIMAH BT AZIZ (KP KT) PN. SITI NORBAYA BT ABDULLAH ZAWAWI (KP SJ) EN. MOHD ROSHAYDI BIN AHMAD (KP RBT) PN. FARIDAH BT ABDULLAH (KP TMK) PN. RUHUL HUDA BT ABD HALIM (KP BA) PN. D.RHAYVADHI A/P DEVATHASI (KP BT) PN. SHAHANUM BT HAMID (PEMULIHAN) PN. SAODAH BT MAT YOB (PRASEKOLAH) SIRI H SEKAPUR GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI ASSALAMUALAIKUM, DAN SALAM SEJAHTERA Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah memberikan keizinan dan kekuatan kepada kita bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Penerbitan Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi Tahun 2015 Siri 1 (Edisi Sekolah) menggambarkan komitmen dan kesepakatan yang jitu dikalangan warga sekolah dalam menghimpunkan maklumat yang dipaparkan melalui buletin ini. Terhasilnya buletin ini bukan sahaja catatan peristiwa dan aktiviti sekolah semata-mata, malah boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan akan segala peristiwa dan kejayaan sekolah yang dicapai sepanjang tahun 2015. Peristiwa, aktiviti dan kejayaan yang dimuatkan dalam buletin ini boleh dijadikan asas untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam merangka program yang lebih baik dan membawa impak yang maksimum kepada sistem pendidikan kita. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini. Saya percaya segala maklumat yang dipaparkan boleh dimanfaatkan sebagai satu himpunan aktiviti dan kejayaan yang seharusnya disimpan malahan juga boleh dijadikan sumber rujukan serta peransang untuk kita terus berjaya pada masa hadapan selaras dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan kini. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI ASSALAMUALAIKUM,

Upload: skjawiskk

Post on 16-Aug-2015

82 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin SKJ Siri 1 2015

2

PENASIHATPN. ZUBAIDAH BT JAAFAR

(GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT 1PN. NORIDA BT ANNUAR

(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PENOLONG PENASIHAT 2PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI

(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

PENOLONG PENASIHAT 3EN. MOHD NIZAR BIN ZAINOL

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

KETUA EDITORPN. SITI MUSLEHA BT MUSA

(JURUTEKNIK KOMPUTER)

SIDANG EDITORPN. ZAHRATUL AKMAL BT YAHAYA (KP BM)

PN. JEEVAJOOTHY A/P PALAYAN (KP BI)PN. NOOR HASIMAH BT MOHAMAD ANSOR (KP MT)

PN. VANITHA A/P KANNAN (KP SN)PN. FARIDAH BT YUSOFF (KP PI)

PN. KHAIRUNNISA BT BARUDDIN (KP PM)EN. SABARUDIN BIN MOHAMAD YUSOF (KP PSV)

PN. FATIMAH BT ABDULLAH (KP PSK)PN. SITI FATIMAH BT MAT DAUD (KP PMZ)PN. NOORDINA BT MOHD HARON (KP PJK)

PN. HANISAH BT HARON (KP KH)PN. NORAZIMAH BT AZIZ (KP KT)

PN. SITI NORBAYA BT ABDULLAH ZAWAWI (KP SJ)EN. MOHD ROSHAYDI BIN AHMAD (KP RBT)

PN. FARIDAH BT ABDULLAH (KP TMK)PN. RUHUL HUDA BT ABD HALIM (KP BA)

PN. D.RHAYVADHI A/P DEVATHASI (KP BT)PN. SHAHANUM BT HAMID (PEMULIHAN)PN. SAODAH BT MAT YOB (PRASEKOLAH)

EN. DZULHASDI BIN MAT ZAMAN (KAUNSELING)PN. NOORAINI BT NOOR (SAL)

PN. HJH RODZIAH BT IBRAHIM (STUDIO)PN. SUGANTHI A/P NALLATHAMBI (DR.MUDA)

FOTOGRAFIEN. CHE SALIM BIN OTHMAN (PSS)

PN. NOOR LUBNA BT ISMAIL (PIBG)PN. NOR HAFIZOH BT NORDIN (JQAF)

PN. ROHANI BT OSMAN (DATA)

SIRIHSEKAPUR

Mutiara Kata : Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari salah dan berani mengaku adalah lebih satria.

GURU BESARSEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

ASSALAMUALAIKUM,DAN SALAM SEJAHTERA

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah memberikan keizinan dan kekuatan kepada kita bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Penerbitan Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi Tahun 2015 Siri 1 (Edisi Sekolah) menggambarkan komitmen dan kesepakatan yang jitu dikalangan warga sekolah dalam menghimpunkan maklumat yang dipaparkan melalui buletin ini.

Terhasilnya buletin ini bukan sahaja catatan peristiwa dan aktiviti sekolah semata-mata, malah boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan akan segala peristiwa dan kejayaan sekolah yang dicapai sepanjang tahun 2015. Peristiwa, aktiviti dan kejayaan yang dimuatkan dalam buletin ini boleh dijadikan asas untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam merangka program yang lebih baik dan membawa impak yang maksimum kepada sistem pendidikan kita.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini. Saya percaya segala maklumat yang dipaparkan boleh dimanfaatkan sebagai satu himpunan aktiviti dan kejayaan yang seharusnya disimpan malahan juga boleh dijadikan sumber rujukan serta peransang untuk kita terus berjaya pada masa hadapan selaras dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan kini.

PENOLONG KANAN PENTADBIRANSEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

ASSALAMUALAIKUM,DAN SALAM SEJAHTERA

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana izinNya jualah maka Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi ini dapat diterbitkan untuk tatapan semua warga Sekolah Kebangsaan Jawi. Dengan adanya buletin ini adalah diharapkan supaya setiap aktiviti yang dijalankan dapat dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan seterusnya dapat berkongsi maklumat untuk memajukan kualiti pendidikan Negara selaras Transformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kemaafan dipinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam terbitan sulung ini dan komen-komen yang membina daripada warga pendidikan amat dialu-alukan.

Page 2: Buletin SKJ Siri 1 2015

2

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

HARI ORIENTASI TAHUN 1 (31 DISEMBER 2014) Hari Orientasi Tahun 1 telah dijalankan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Jawi. Program ini diadakan pada setiap tahun sebagai tujuan persiapan atau persediaan kepada murid tahun 1 melangkah ke awal persekolahan mereka. Program ini turut melatih keyakian murid dan ketahanan dari segi fizikal dan mental. Selain itu ibubapa turut memainkan peranan dengan mengetahui tanggungjawab mereka sebagai ibubapa bagi memantau prestasi atau perkembangan pembelajaran mereka di sekolah nanti.

TRANSISI TAHUN 1 (12 JANUARI 2015) Program Transisi tahun 1 diadakan selama seminggu pada setiap tahun bertujuan bagi melihat pekembangan tahap pendidikan murid tahun 1. Hal ini kerana setiap murid diajar dan diberi ujian untuk mengetahui tahap kefahaman mereka sebelum mereka belajar dengan lebih mendalam lagi. Dengan program ini guru-guru dapat mengenalpasti kelemahan mereka yang perlu ditangani supaya tahap kefahaman dapat dibaiki dari peringkat awal untuk kepentingan mereka.

CERAMAH KESIHATAN (29 JANUARI 2015)Ceramah Kesihatan ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan bagi menerangkan langkah-langkah memelihara kebersihan diri dan kesihatam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Persai Selatan. Dengan adanya program seperti ini, murid-murd dapat mengetahui serba sedikit tentang penjagaan diri dan keselamatan diri mereka dengan baik dan berkesan.

PEMBERIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (16 JANUARI 2015)Program Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 ini bertujuan untuk menyerahkan duit bantuan persekolahan sebanyak Rm100.00 kepada setiap murid. Guru kelas telah ditugaskan untuk menguruskan penyerahan duit RM100 kepada setiap murid di dalam kelas mereka. Hal ini sekurang-kurangnya telah membantu ibubapa dalam merancang untuk persiapan persekolahan anak mereka.

PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 (17 JANUARI 2015)Perjumpaan waris tahun 6 bertujuan untuk mendekatkan hubungan dikalangan murid, guru dan ibubapa dimana murid-murid tersebut bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Ia juga bertujuan untuk memberi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan UPSR yang bakal mereka hadapi. Guru-guru SK Jawi turut memberi bebarapa tips kepada murid dan ibubapa sebagai pendorong mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Disamping itu ibubapa boleh bersoal jawab dengan guru berkenaan anak mereka.

Page 3: Buletin SKJ Siri 1 2015

2

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PERTANDINGAN MINI CATUR NEGERI (14 FEBRUARI 2015)Pertandingan Mini Catur ini telah disertai oleh adik Nurul Akma Quzaina bt Khairolnisal dari kelas 4 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Jawi. Beliau telah memenangi Johan Negeri di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. Ternyata bakat yang ada oleh beliau akan dapat digilap lagi untuk kejayaan di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar kepada beliau.

PERSARAAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN – PN. INSON BT MANSOR (29 JANUARI 2015)Pn. Inson telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jawi mulai tahun 2004. Beliau telah berkhidmat disini selama 11 tahun. Program persaraan ini bertujuan bagi meraikan Majlis Persaraan beliau dimana telah bersara pada umur 60 tahun. Pelbagai aktiviti yang dijalankan diantaranya persembahan Multimedia, persembahan dari murid, penyampaian hadiah dan sesi bersalaman dikalangan guru, staf, pekerja dan murid sekolah.

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI (5 FEBRUARI 2015)Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti ini telah diadakan di D’Bella Jawi dimana program ini adalah meraikan guru bertukar, guru yang dinaikkan pangkat dan guru bersara. Program ini bertujuan sebagai penghargaan kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada sekolah di sepanjang perkhidmatan mereka di Sekolah Kebangsaan Jawi. Sebagai penghargaan sekolah, mereka telah diberi beberapa saguhati dari pihak sekolah.

KEM PENGAWAS (31 JANUARI 2015)Kem Pengawas ini telah dijalankan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Jawi. Semua guru terlibat menguruskan program yang dijalankan pada setiap tahun bagi memantapkan jati diri murid dari segi fizikal dan mental untuk memegang amanah dan tanggungjawab dengan baik sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Puan Zubaidah bt Jaafar selaku Guru Besar SK Jawi turut hadir memberi semangat dan dorongan dalam program tersebut kepada murid yang terlibat.

MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI (14 FEBRUARI 2015)Penyertaan Merentas Desa Peringkat Negeri ini telah diadakan di SMK Sg Acheh. Seramai 6 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Jawi dari 600 orang peserta yang terlibat telah menyertai program ini. Peserta sekolah telah mendapat tempat saguhati (Top 20). Tahniah juga diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat. Semoga terus maju untuk meraih kejayaan di peringkat yang lebih tinggi serta dapat memberikan kejayaan atau sumbangan kepada sekolah.

Page 4: Buletin SKJ Siri 1 2015

2

PENCAPAIAN UPSR

Page 5: Buletin SKJ Siri 1 2015

2

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program-program yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Jawi sepanjang tahun 2015.

PN. ZUBAIDAH BT JAAFARGuru Besar Sekolah Kebangsaan Jawi

PN. NORIDA BT ANNUARPenolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jawi

PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALIPenolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jawi

EN. MOHD NIZAR BIN ZAINULPenolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jawi

EN. ROHAIZAR BIN HARONYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Jawi

SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PIBG SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP

PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI DAN KUMPULAN ATAU INDIVIDU YANG MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI PADA TAHUN 2015.

PENGHARGAANSEKALUNG