buletin edisi 2/2017 - ppj.gov.my · pdf filemenyambung pengajian siri 1 bagi membolehkan ......

14
BULETIN INFORMASI PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN EDISI 2/2017

Upload: doanthuan

Post on 14-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

BULETINBULETIN INFORMASI PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN

EDISI 2/2017

Page 2: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

ISI KANDUNGAN EDISI 02

Lawatan Interaktif Penanda Arasan Ke Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya

Sidang redaksi Buletin PPK mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Email pertanyaan hendaklah ditujukan kepada:[email protected]

Seksyen Portal & Multimedia Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

PertanyaanUntuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my

http://ppk.ppj.gov.my

Facebook/putrajaya

Facebook/perpustakaanputrajaya

Twitter@putrajayacorp

Youtube/perbadananputrajaya

Instagram/perbadananputrajaya Instagram/perpustakaanputrajaya

6

7

11

12Kelas Kemahiran Al-Quran

“Hafazan dan Pemantapan Solat”

Kelas Kemahiran Mewarna Kreatif

Kelas Kemahiran Smart English For Kids

Kelas Kemahiran Menulis & Membaca Jawi - Siri 1

Pusat Sumber Braille Putrajaya

89

10

Koleksi dan Aktiviti@Putrajaya Multicultural Children’s Library

Bengkel IT - Adobe Illustrator ( Basic )

Bengkel IT - Photo Editing ( Basic Photoshop )

1314

Page 3: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

Program Kerjasama Malaysia Board on Books for Young People ( MBBY @ Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja)Tarikh : 29 Nov – 20 Disember Tempat : TBC

Kelas Kemahiran – Mudahnya Bahasa ArabTarikh : 22 Julai – 26 Ogos Tempat : Bilik Serbaguna PPK Presint 16

*TBC – To Be Confirm*Segala perubahan tertakluk kepada pengurusan Seksyen Pusat Pembelajaran Kejiranan

KALENDAR AKTIVITI PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK)TAHUN 2017BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNITI JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR

Bengkel Bijak Belajar UPSR – Pecutan Akhir English Penulisan 2017Tarikh : 29 Julai Tempat : Auditorium, Kompleks Kejiranan Presint 16

Bengkel Pendidikan KesihatanTarikh : 12 Ogos Tempat : Dewan Utama, Kompleks Kejiranan Presint 11

Pertandingan Teka Muka Surat Buku Tarikh : 12 - 13 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Pertandingan Melukis & MewarnaTarikh : 13 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Pertandingan Spelling BeeTarikh : 12 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Kelas Kemahiran – Menulis dan Membaca Jawi (Siri 2)Tarikh : 23 Julai – 27 Ogos Tempat : Bilik Serbaguna PPK Presint 9

English is Fun Tarikh : 09,10,16 & 17 Disember Tempat : TBC

Pertandingan Mereka Bentuk BlokTarikh : 12 - 13 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Pertandingan Golf Simulator Tarikh : 13 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Ekspo Jualan BukuTarikh : 12 - 13 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Pertandingan PPK Go! Tarikh : 12 - 13 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

“Sesi Bercerita Bersama Umi”Tarikh : 12 Ogos Tempat : Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 11

Page 4: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL
Page 5: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL
Page 6: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

PUSAT SUMBER BRAILLE PUTRAJAYA

Pusat Sumber Braille Putrajaya yang bertempat di Pusat Pembelajaran

Kejiranan Presint 9 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 07 November 2015. Penubuhan Pusat Sumber ini adalah hasil daripada kerjasama di antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan KL Braille Resources. Tujuan utama pembukaan Pusat Sumber Braille adalah untuk berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan bahan bacaan dalam format Braille, alat tulis Braille, teknologi percetakan, peralatan keperluan khas OKU, kemudahan khusus serta pusat aktiviti untuk program bimbingan dan latihan ke arah memupuk masyarakat OKU sejahtera di Putrajaya.selain dari sekitar Putrajaya.

Melalui kerjasama antara KL Braille Resources, pihak PPK telah melaksanakan beberapa bentuk program dan aktiviti seperti :

i. Pinjaman buku Braille secara percumaii. Mengadakan Kelas Menulis dan Membaca Braille. iii. Kelas Mengaji Al-Qur’an Brailleiv. Ceramah Kerjaya OKU.v. Bengkel Mobiliti dan Orientasi OKU.

Sebagai permulaan, Pusat Sumber Braille, Presint 9 menyediakan kemudahan asas seperti menyediakan ruang belajar dan pinjaman buku-buku braille. Sehingga kini Pusat Sumber Braille Putrajaya, memiliki sebanyak 193 naskah koleksi buku-buku braille dan koleksi peralatan alat bantuan cacat penglihatan.

Page 7: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN – “HAFAZAN DAN PEMANTAPAN SOLAT” @

PPK PRESINT 16

Kelas Kemahiran Al-Quran – “Hafazan dan Pemantapan Solat” telah diadakan di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya bermula pada 01 April hingga 20 Mei 2017 yang lalu. Seramai

40 orang peserta telah menyertai kelas tersebut. Ustaz Wan Ahmad bin Wan Muda dan Ustaz Muhammad Nur bin Abu Hassan telah berganding

bahu menjayakan kelas ini selama 8 sesi. Para peserta terdiri daripada ahli PPK yang berumur 8 hingga 12 tahun.

Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai perkara-perkara wajib dalam mengerjakan solat fardhu mengikut syarat dan rukun solat. Para peserta juga dapat mempelajari jenis-jenis solat sunat dan cara mengerjakannya. Selain daripada itu, tenaga pengajar turut membantu peserta untuk menghafal, memperbetulkan bacaan dan menerangkan maksud Surah-Surah Al-Quran yang digunakan dalam solat fardhu dan solat sunat.

Sambutan daripada ibu bapa peserta begitu menggalakkan dan kelas ini akan diteruskan di masa akan datang atas permintaan.

Kelas Hafazan dan Pemantapan Solat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai perkara-perkara wajib dalam mengerjakan solat fardhu mengikut syarat dan rukun solat.

Page 8: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

KELAS KEMAHIRAN MEWARNA KREATIF @ PPK PRESINT 8

Kelas Kemahiran Mewarna Kreatif sudah tidak asing lagi di Pusat Pembelajaran Kejiranan. Kelas ini mendapat permintaan setiap tahun.

Pada tahun ini, Kelas Kemahiran Mewarna Kreatif telah diadakan bermula 01 April hingga 20 Mei 2017 yang lalu di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8, Putrajaya.

Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pelbagai jenis warna serta cara menghasilkan warna melalui teknik campuran. Selain daripada itu, tenaga pengajar telah memberi tunjuk ajar mengenai teknik dan pemilihan warna yang tepat. Kelas ini telah memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara seperti melukis, mewarna dan sebagainya.

Para peserta telah dibimbing oleh Puan Nooralya binti Rozian dan Puan Wan Anisah binti Wan Isa selaku tenaga pengajar kelas tersebut. Terbuka kepada Ahli PPK yang berumur 7 hingga 9 tahun dengan kadar bayaran RM30.00 seorang tidak termasuk GST. Seramai 32 orang peserta telah mengikuti kelas ini yang dijalankan selama 8 sesi.

Kelas Kemahiran Mewarna Kreatif adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pelbagai jenis warna serta cara menghasilkan warna melalui teknik campuran.

Page 9: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

KELAS KEMAHIRAN SMART ENGLISH FOR KIDS @ PPK PRESINT 11

Kelas Kemahiran Smart English for Kids adalah

pertama kali diadakan di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11, Putrajaya pada 02 April hingga 21 Mei 2017 yang lalu. Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Puan Siti Aeisha binti Joharry dan pembantu tenaga pengajar Cik Nadia Zawani binti Hussin. Terbuka kepada ahli PPK dan 30 orang peserta kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun telah hadir untuk mengikuti kelas ini.

Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Selain

daripada itu, menigkatkan penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak. Justeru, teknik mempelajari Bahasa Inggeris dapat di pelbagaikan selari dengan perkembangan dan kemahiran fizikal kanak-kanak untuk bermain dan meneroka ilmu pengetahuan.

Kelas ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari Ahad di Bilik Serbaguna, PPK Presint 11, Putrajaya. Sambutan amat menggalakkan daripada kalangan ibu bapa peserta untuk meneruskan kelas yang sama di masa yang akan datang.

Melalui Kelas Kemahiran Smart English For Kids ini, kanak-kanak telah didedahkan cara mempelajari Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Page 10: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

KELAS KEMAHIRAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI (SIRI 1) @ PPK PRESINT 9

Kelas Kemahiran Menulis dan Membaca Jawi (Siri 1) telah diadakan di Pusat

Pembelajaran Kejiranan Presint 9, Putrajaya bermula pada 02 April hingga 28 Mei 2017 yang lalu. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kelas tersebut yang terdiri daripada ahli PPK yang berumur 8 hingga 12 tahun. Kelas dijalankan selama 8 sesi setiap hari Ahad pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Ustaz Hasbullah bin Abu Bakar telah dilantik sebagai tenaga pengajar bagi mengendalikan kelas menulis dan membaca jawi ini. Di antara objektif adalah mengajar asas mengenal huruf-huruf jawi dan memberikan pendedahan mengenai tatacara bacaan jawi yang betul. Di samping itu, memupuk minat peserta untuk mempelajari dan mendalami penulisan dan pembacaan jawi.

Pada bulan Julai 2017, Kelas Kemahiran Menulis dan Membaca Jawi (Siri 2) akan diadakan bagi menyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan para peserta mendalami dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang telah dipelajari sebelum ini.

Objektif Kelas Kemahiran Menulis dan Membaca Jawi adalah untuk mengajar asas mengenal huruf-huruf jawi dan memberikan pendedahan mengenai tatacara bacaan jawi yang betul .

Page 11: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

KOLEKSI DAN AKTIVITI @ PUTRAJAYA MULTICULTURAL

CHILDREN’S LIBRARY

Tanggal 12 Mei 2017 yang lalu telah genap setahun Putrajaya Multicultural Children’s

Library di buka kepada komuniti Putrajaya. Hasil daripada pembukaan Pusat Sumber tersebut, terdapat pelbagai koleksi buku kanak-kanak yang boleh didapati di sini seperti koleksi dari negara Korea, India, China, Indoensia, Thailand dan Jepun. Putrajaya Multicultural Children’s Library ini memberi peluang kepada komuniti untuk mendapat bahan bacaan berkualiti serta mengalakkan sikap suka membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Di samping itu, beberapa aktiviti telah diadakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Malaysia Board on Books for Young People (MBBY). Aktiviti tersebut adalah sesi bercerita bersama pelajar dari Universiti Malaya sempena Perasmian Putrajaya Multicultural Children’s Library dan program Mari Membaca yang diadakan pada 05 November 2016 yang lalu.

Bagi tahun 2017, sebanyak 4 aktiviti telah dirancang untuk pengisian aktiviti di Putrajaya Multicultural Children’s Library. Maklumat mengenai aktiviti tersebut akan di war-war di dalam facebook atau portal PPK dalam masa terdekat.

Page 12: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

LAWATAN INTERAKTIF PENANDA ARASAN (BENCH MARKING OFFICIAL VISIT)

LATAR BELAKANG Program : Lawatan Interaktif Penanda Arasan (Bench Marking Official Visit) Tarikh : 08 Mei 2017 (Isnin)Masa : 09.00 pagi – 05.30 petangTempat : Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya

Lawatan Interaktif Penanda Arasan (Bench Marking Official Visit), ini adalah program tahunan anjuran Bahagian perkhidmatan Komuniti bagi memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pekhidmat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di tempat lawatan tersebut. Seramai 32 orang pekhidmat telah menyertai lawatan ini.

OBJEKTIF LAWATANObjektif lawatan ini diadakan adalah

bertujuan untuk: • Melihat kemudahan, infrastruktur,

koleksi bahan serta sistem yang diguna pakai di kedua-dua tempat tersebut.

• Memberikan pendedahan dan dijadikan contoh kepada petugas di Bahagian Perkhidmatan Komuniti yang menguruskan perkhidmatan yang hampir sama dengan kedua-dua tempat yang dilawati.

• Dapat bertukar idea dan pandangan seterusnya membina networking di Perbadanan Putrajaya dengan tempat tersebut.

SINOPSIS LAWATAN KE PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

• Pada pukul 10.00 pagi, kami telah sampai di Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya dan seterusnya taklimat ringkas telah diberikan oleh wakil pustakawan.

• Sejurus selesai sesi taklimat, pihak kami telah dibawa ke setiap perkhidmatan kemudahan yang disediakan di sini. Sesi melawat kawasan adalah bertujuan untuk bertukar-tukar idea atau berkongsi pandangan mengenai perkhidmatan yang disediakan.

• Sebagai tanda terima kasih pihak Perbadanan Putrajaya kepada Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya, sesi penyampaian cenderahati dan bergambar bersama turut dirakamkan untuk dijadikan kenangan bersama.

• Sesi lawatan ke Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya telah selesai dengan jayanya tepat jam 12.00 tengah hari.

Page 13: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

OBJEKTIF BENGKEL

• Memberi pengetahuan dan pendedahan asas kepada peserta dalam menggunakan serta mengaplikasikan penggunaan tools dalam perisian Adobe Illustrator.

• Memberi penekanan mengenai teknik merekabentuk dan penyuntingan grafik yang kreatif seperti poster, brosur, banner, bunting, signage dan lain-lain.

BENGKEL IT – ADOBE ILLUSTRATOR (BASIC)LATAR BELAKANG Program : Bengkel IT - Adobe Illustrator (Basic)Tarikh : 20 Mei 2017 (Sabtu)Masa : 10.00 pagi – 4.00 petangTempat : Bilik Multimedia, PPK Presint 16Peserta : 15 tahun ke atasYuran : RM40.00 tidak termasuk GST 6% (RM2.40)Pengajar : Akureka Graphic (Muhammad Zaidi Bin Abdullah)

Page 14: BULETIN EDISI 2/2017 - ppj.gov.my · PDF filemenyambung pengajian Siri 1 bagi membolehkan ... contoh kepada petugas di Bahagian ... banner, bunting, signage dan lain-lain. BENGKEL

BENGKEL IT – PHOTO EDITING (BASIC PHOTOSHOP)

LATAR BELAKANG Program : Bengkel IT – Photo Editing (Basic Photoshop)Tarikh : 21 Mei 2017 (Ahad)Masa : 10.00 pagi – 04.00 petangTempat : Bilik Multimedia, Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16Peserta : 15 tahun ke atasYuran : RM40.00 tidak termasuk GST 6% (RM2.40)Tenaga Pengajar : Akureka Graphic (Muhammad Zaidi Bin Abdullah)

OBJEKTIF BENGKEL

• Memberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan di alam asas fotografi dan editing.

• Perkongsian pengalaman dan idea di kalangan peserta bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan menarik.

• Meningkatkan ilmu pengetahuan dan memantapkan teknik fotografi di kalangan peserta.