daftar sekolah agama swasta demi keselamatan kerajaan ... · pdf filesemua sekolah agama yang...

12
BPPDP BIL. (06) 2017, EDISI JUN ____________________ Kerajaan komited tingkat pendidikan sekolah Tamil Datuk P. Kamalanathan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sokongan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan pembangunan sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik dan meningkatkan lagi mutu sistem penyampaian pendidikan bagi sekolah tersebut. Datuk P. Kamalanathan mengucapkan terima kasih atas bantuan kerajaan dalam membangunkan sekolah Tamil. "Kini dengan pembinaan lebih banyak lagi sekolah Tamil terutamanya di penempatan golongan pertengahan, ia akan meningkatkan keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan sekolah Tamil," Sumber: Berita Harian, 30 Jun 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Semua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil berdaftar dengan kerajaan bagi memastikan aspek keselamatan premis dan pelajarnya mampu dipertingkatkan. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, pengusaha sekolah agama swasta boleh berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau kerajaan negeri melalui jabatan agama Islam negeri masing-masing. Beliau berkata, sekolah agama swasta yang ditubuhkan tanpa pengetahuan pihak berwajib menyebabkan bantuan sukar diberikan khususnya dalam aspek keselamatan. Menurut beliau, ada sekolah agama swasta ditubuhkan tanpa petunjuk prestasi utama (KPI) dalam aspek akademik ketika proses pembelajaran. Seharusnya mereka mempunyai tanggungjawab dalam akademik agar tidak akan memberi imej tidak baik kepada sekolah agama. Pengusaha sekolah agama swasta boleh berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau kerajaan negeri melalui jabatan agama Islam negeri masing-masing” Sumber: Berita Harian, 5 Jun 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Upload: lyhuong

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

BPPDP BIL. (06) 2017, EDISI JUN

Disember 2016

____________________

Kerajaan komited tingkat pendidikan sekolah Tamil

Datuk P. Kamalanathan

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.

Subramaniam berkata sokongan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan pembangunan sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik dan meningkatkan lagi mutu sistem penyampaian pendidikan bagi sekolah tersebut.

Datuk P. Kamalanathan mengucapkan terima kasih atas bantuan kerajaan dalam membangunkan sekolah Tamil.

"Kini dengan pembinaan lebih banyak lagi sekolah Tamil terutamanya di penempatan golongan pertengahan, ia akan meningkatkan keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan sekolah Tamil,"

Sumber: Berita Harian, 30 Jun 2017

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Daftar sekolah agama

swasta demi keselamatan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Semua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil

berdaftar dengan kerajaan bagi memastikan aspek keselamatan

premis dan pelajarnya mampu dipertingkatkan. Menteri

Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, pengusaha

sekolah agama swasta boleh berdaftar dengan Kementerian

Pendidikan atau kerajaan negeri melalui jabatan agama Islam

negeri masing-masing. Beliau berkata, sekolah agama swasta

yang ditubuhkan tanpa pengetahuan pihak berwajib menyebabkan

bantuan sukar diberikan khususnya dalam aspek keselamatan.

Menurut beliau, ada sekolah agama swasta ditubuhkan tanpa

petunjuk prestasi utama (KPI) dalam aspek akademik ketika

proses pembelajaran. Seharusnya mereka mempunyai

tanggungjawab dalam akademik agar tidak akan memberi imej

tidak baik kepada sekolah agama.

“Pengusaha sekolah agama swasta boleh berdaftar dengan Kementerian Pendidikan atau

kerajaan negeri melalui jabatan agama Islam negeri masing-masing”

Sumber: Berita Harian, 5 Jun 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Page 2: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

“ Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam

riak besar kehidupan.” (Goethe)

Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas' dan bermasalah dikenal pasti

Datuk Chong Sin Woon

Sejumlah 91 buah sekolah ‘panas’ dan 311 buah

sekolah lain dikenal pasti sebagai memiliki masalah disiplin oleh Kementerian Pendidikan setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya dan beberapa agensi lain akan memantau sekolah berkenaan secara lebih dekat selain akan melaksanakan beberapa mekanisma yang lebih proaktif dalam membendung masalah disiplin dalam kalangan murid.

“Jadi sekarang kita ingin menegaskan pelaksanaan, (daripada pihak PPD hinggalah ke pihak sekolah) supaya membuat pelaporan secara terperinci. Kalau itulah jumlah kes (disiplin), perlu lapor dengan betul.

Maka, perlulah mereka melaksanakannya, dan kita ada pegawai yang akan melakukan pemeriksaan ke atas pihak sekolah.

Menurutnya lagi, pihak kementerian mendapati jumlah murid yang terlibat dengan masalah disiplin adalah pada kadar 2.03 peratus setahun bagi tempoh 2012 sehingga 2016.

Sumber: Berita Harian, 21 Jun 2017

Bagi kes buli sehingga Jun 2017, rekod menunjukkan sebanyak 872 kes dicatatkan. Walaupun sesetengahnya dianggap terpencil dan bukan berterusan sepanjang tahun, pihak Kementerian Pendidikan tetap memandang serius kes berkaitan buli.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan

Kementerian Pendidikan siasat

video murid mabuk dibuli rakan

Datuk P. Kamalanathan

Kementerian Pendidikan sedang menyiasat

video memaparkan sekumpulan remaja berpakaian uniform sekolah mengganggu rakan mereka yang dipercayai mabuk, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan. Perbuatan berkenaan dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai video berkenaan semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana.

Video dua minit setengah itu dipercayai membabitkan lapan orang murid dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, Khamis lepas. Dalam video itu, kesemua mereka juga dilihat saling berbalas kata-kata tidak sopan dalam bahasa Tamil.

Kamalanathan berkata kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin murid secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli.

Kementerian Pendidikan akan sentiasa terima pandangan dan teguran orang ramai untuk bantu dalam menyelesaikan masalah itu, katanya.

“Peranan ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat boleh

membantu isu salah laku murid khasnya di luar kawasan sekolah”

Sumber : Berita Harian, 25 Jun 2017

.

Page 3: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi Jun 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

20172017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN, UTUSAN

MALAYSIA, STAR,

NEW STRAITS TIMES

BILANGAN

TAJUK

BAHAN

JUMLAH 92

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

49 49

Jumlah Kumulatif sehingga 30 Jun 2017: 191,999

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 2

3. Koleksi Tesis 35

4. Koleksi CD-ROM 0

5. Koleksi Jurnal 0

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 12

JUMLAH 49

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN JUN 2017

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 02 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 05 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 02 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 03 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN JUN 2017

Bilangan Pengguna 83

Pendaftaran Baharu 9

Pinjaman Buku/CD/Bahan KPM 8

Rujukan Tesis 69

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM

SEHINGGA 30 JUN 2017

38,841 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 4: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

Mata pelajaran 'budi' wajib di sekolah dan IPT

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim berkata pihaknya

sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya sukatan pelajaran budi atau bimbingan budaya diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi.

beliau yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata mata pelajaran itu penting sebagai asas pembentukan budaya dan cara hidup rakyat negara ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang memiliki ketinggian budaya.

"Selaras dengan Kongres Budaya 2017 baru-baru ini, saya akan menemui Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 15 Jun (Khamis) ini bagi membincangkan sukatan pelajaran budi.

"Kita akan membincangkan skop mata pelajaran ini dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian dan kita mahukan silibus budi ini membentuk jati diri bangsa termasuk budi pekerti, saling hormat-menghormati dan amalan gotong-royong,"

Beliau berkata perjumpaan ini akan turut membincangkan cara bimbingan dan penerapan budi dalam kalangan guru dan pendidik terlebih dahulu bagi memastikan penyampaian kepada pelajar lebih berkesan.

Mata pelajaran itu penting sebagai asas pembentukan budaya dan cara hidup rakyat negara ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang memiliki ketinggian budaya

Sumber : BERNAMA, 12 Jun 2017

!

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

Page 5: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

BPPDP : KE ARAH ISO 9001:2015

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP) memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pendidikan negara melalui perancangan dan penyelidikan ke arah sistem pendidikan berkualiti. Dalam usaha meningkatkan kecemerlangannya, BPPDP telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan MS ISO 9001:1994 dan telah diperakukan pensijilannya pada Disember 2002. Seterusnya, BPPDP telah memperluaskan skop pelaksanaan SPK dan diperakukan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Mac 2004. Mulai tahun 2010, pensijilan MS ISO dipertingkatkan dengan melaksanakan SPK MS ISO 9001:2008. Terkini, BPPDP dalam proses untuk menaik taraf sijil MS ISO 9001:2008 kepada standard baharu yang telah dilancarkan pada September 2015 iaitu ISO 9001:2015.

ISO 9001:1987. ISO 9001 merupakan satu

standard antarabangsa yang menetapkan dan

menyenaraikan keperluan asas yang perlu ada

dalam SPK. Secara ringkasnya, standard ini

bertindak sebagai blueprint bagi sesebuah

organisasi untuk menambah baik dan meningkatkan

sistem penyampaian produk dan perkhidmatan

dengan lebih efisien. Selain itu, ISO 9001 turut

membantu meningkatkan kepuasan pelanggan

secara konsisten. Standard ISO kebiasaannya

disemak setiap lima tahun sekali. Hasil daripada

semakan tersebut, muncul ISO 9001:1994, ISO

9001:2000 dan ISO 9001:2008. Terkini, versi ISO

9001:2015 baru sahaja dilancarkan untuk

mengantikan versi ISO 9001:2008.

Blueprint ISO 9001:2015 dimantapkan bagi sesebuah organisasi untuk menambah baik dan meningkatkan sistem penyampaian produk dan perkhidmatan dengan lebih efisien.

Samb : Muka surat 6

Sumber : Kosmo 2017

ISU SEMASA JUN 2017

Kementerian Pendidikan, Jakim akan tubuh jawatankuasa kerja perkemas Kafa

Sistem pendidikan awal kanak-kanak ditambah baik

850 murid di Setiawangsa terima tajaan pembelajaran

Kes disiplin: 402 buah sekolah 'panas'

dan bermasalah dikenal pasti

Kementerian Pendidikan siasat video

pelajar mabuk dibuli rakan

Kerajaan komited tingkat pendidikan sekolah Tamil

PPD dan pengurusan sekolah perlu

proaktif tangani isu buli

Sumber : Utusan/ Berita Harian

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, April 2017

Page 6: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Samb : Muka surat 5

Semakan semula ISO 9001:2015 dibuat selari dengan

perubahan trend dalam persekitaran perniagaan dan organisasi yang semakin kompleks pada masa kini berbanding beberapa dekad yang lepas. Peningkatan ekpektasi pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain serta kemudahan pencapaian maklumat dan informasi dapat memberi peluang hak bersuara yang lebih tinggi kepada masyarakat berbanding sebelum ini. Maka, ISO 9001 harus mengenal pasti segala perubahan tersebut untuk memastikan kegunaan standard ini masih relevan seiring dengan perubahan masa dan gaya hidup masa kini.

Versi baharu ini mempunyai aras struktur yang lebih tinggi yang mudah diguna pakai dengan standard sistem pengurusan yang lain. Penekanan yang lebih diberi kepada pengurusan risiko atau dikenali sebagai risk-based thinking. Organisasi perlu menentukan risiko proses yang terlibat dan mengukur darjah risiko tersebut untuk memastikan operasi organisasi berjalan lancar. Standard baharu ini turut memberi penekanan yang lebih kepada keperluan pelanggan dan komitmen pengurusan atasan sesebuah organisasi. Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh pengurusan tertinggi untuk memahami semua perkara yang berkaitan dengan organisasi serta mengetahui cabaran dalaman dan luaran yang boleh mengugat kebolehan organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, fleksibiliti dalam penyediaan dokumentasi turut ditekankan iaitu pengurangan kepada kepentingan dokumen mula dititikberatkan. Perbezaan struktur ISO 9001:2008 dan ISO 9001:2015 dijelaskan dengan lebih lanjut dalam jadual berikut:

Jadual Perbezaan Struktur ISO 2008 : 2015.

1. Skop 1. Skop

2. Rujukan Normatif 2. Rujukan Normatif

3. Istilah dan Takrifan 3. Istilah dan Takrifan

4. Sistem Pengurusan Kualiti 4. Konteks Organisasi

5. Tanggungjawab Pengurusan 5. Kepimpinan

6. Pengurusan Sumber 6. Perancangan Sistem

Pengurusan Kualiti

7. Penghasilan Produk 7. Sokongan

8. Pengukuran, analisis dan

penambahbaikan 8. Operasi

9. Penilaian Prestasi

10. Penambahbaikan

Oleh itu, beberapa siri kursus dan bengkel untuk memberi pendedahan kepada semua warga BPPDP tentang transisi ini dan sekali gus memastikan pengiktirafan dalam standard baharu ISO 9001:2015 berjaya dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Sumber : Sektor Kualiti BPPDP

Sumber : Kosmo 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

INFO SEMASA

Selamat Datang

Pn. Siti Nurulzariah binti Mohd

Rawawi

Pegawai Tadbir Dan

Diplomatik Gred M41 ke

BPPDP sebagai Ketua Unit

Pentadbiran

Program Ihya Ramadan

BPPDP 2017

Tadarus Perdana

Tazkhirah Ramadan

Majlis Berbuka Puasa &

Khatam Al-Quran

Sumbangan Anak Yatim

SELAMAT HARI RAYA

Maaf Zahir Batin

Ikhlas daripada

Warga BPPDP

Page 7: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

NOTA ILMIAH

Guru disaran mula guna sekarang

Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia

Program intervensi yang akan dijalankan

mulai Julai ini di sekolah-sekolah di Selangor,

Kuala Lumpur dan Sarawak, akan memberi

tumpuan kepada semua guru `wajib’

mengakses Tutor Guru dan e-Paper Utusan

Malaysia.

Walau bagaimanapun, guru bebas

mengaplikasikan Tutor Guru dalam

pembangunan Lembaran Kerja mengikut

selera masing-masing.

Perumpamaannya ialah, guru diberikan

kereta. Mereka perlu menghidupkan enjin

kereta sebagai `salam perkenalan’ apabila

mendapat kunci.

Jika belum dapat, cuba tanya wakil-wakil

berkenaan sebelum sekolah anda dikunjungi

kumpulan intervensi.

Justeru, sila mula mengakses dan mula mengalami Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia. Guru boleh mengakses kedua-dua aplikasi itu tanpa menggunakan tablet yang canggih.

Program intervensi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia menjadikan guru lebih kreatif dalam PdP

2017

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Guru boleh mengakses menggunakan komputer riba, komputer meja atau tablet persendirian. Aplikasi Tutor Guru memberi kemudahan kepada guru untuk membuat persediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penciptaan Lembaran Kerja Digital (LKD) yang mengandungi:

• Soalan untuk latihan • Sumber rangsangan multimedia • Jawapan soalan latihan

Terdapat 2 komponen utama bagi guru mengaplikasi Tutor Guru dalam pengajaran dan pembelajaran:

A. Persediaaan Guru B. Lembaran Kerja Digital

Komponen ini membolehkan guru memilih soalan yang tersedia ada, memasukkan sumber rangsangan dan memaparkan jawapan melalui fitur-fitur berikut:

1. Cipta Lembaran Kerja Digital

Dalam proses mencipta lembaran kerja digital, guru boleh memilih:

(i) Tahap – UPSR, PT3 & SPM (ii) Subjek – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. (iii) Bahagian – Topikal, kertas 1 dan kertas 2 (iv) Topik – mengikut topik yang disenaraikan (v) Paparan soalan - memaparkan informasi

jumlah keseluruhan soalan yang tersedia ada dalam simpanan.

Bahan pengajaran yang dicipta boleh disimpan, dicetak, disunting atau dihapus.

Sumber : Utusan Malaysia, 19 Jun 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6

Page 8: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Maklumat Perancangan Pendidikan

Sesi penjawat awam kongsi pandangan

TN50 Penjawat awam jangan mudah puas hati - PM

Transformasi Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu

anggota perkhidmatan awam berusaha ke tahap kemampuan maksimum atau melebihi had dan menolak sikap mudah berpuas hati dengan pencapaian yang "lebih kurang atau ok" sahaja. Mengakui beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri yang berkesan tanpa perkhidmatan awam yang berkesan, Najib berkata, beliau mahu penyelesaian secara kreatif dan inovatif diamalkan untuk mencapai sasaran lonjakan berganda untuk Malaysia. "Jika kita boleh melaksanakan sesuatu perkara secara kolektif, output (hasil) mesti lebih besar, menyeluruh dan bermakna lagi. "Kita perlu sentiasa berusaha mencari penyelesaian kreatif dan inovatif," katanya pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Kementerian Kewangan. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menjadi moderator majlis dialog itu yang dihadiri kira-kira 1,300 penjawat awam. Najib berkata, beliau mahu melihat lonjakan berganda perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam kepada rakyat Malaysia dengan meningkatkan aspek kreatif dan inovatif.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau turut membayangkan kewujudan sekolah satu aliran pada masa depan yang bertujuan mengukuhkan kesatuan nasional dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Katanya, ia (kesatuan nasional dan perpaduan) harus dimulakan dari peringkat sekolah dan pada masa sama, tidak berhasrat untuk menutup sekolah Cina atau Tamil.

"Saya membayangkan pada 2050, kita akan ada satu sekolah satu aliran di mana bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar; bahasa Inggeris diperkasakan dan bahasa ibunda lain dijadikan pilihan elektif yang kuat.

Bagaimanapun, ini bukan cadangan tapi bayangan saya pada masa itu, " katanya.

Sumber : Berita Harian, 1 Jun 2017

NEGARA KU MALAYSIA .

7 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Page 9: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Kajian Penyelidikan Pendidikan

8

AMALAN PENGGUNAAN BAHAN

BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM

KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

(KBAT)

MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN

Sekolah Kebangsaan Seri Samudera, Manjung,

Perak

[email protected]

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

amalan penggunaan BBM di kalangan guru

Pendidikan Islam dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP) berdasarkan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Negeri Perak.

Komponen Bahan Bantu Mengajar (BBM)

dilihat menerusi tiga komponen utama iaitu

BBM pola rutin, BBM pola sampingan dan BBM

bukan pola melalui aspek PdP guru yang

melibatkan pelaksanaan kemahiran berfikir

aras tinggi (KBAT) menerusi peringkat

mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

mencipta. Kajian ini menggunakan analisis

deskriptif (melalui instrumen soal selidik).

Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina

oleh pengkaji dengan pengubahsuaian

daripada instrumen KBAT Kementerian

Pendidikan Malaysia(KPM) dan kandungannya

disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai

kebolehpercayaan Alfa Cronbach yang

diperoleh adalah tinggi iaitu (0.82173). Seramai

400 orang guru Pendidikan Islam dipilih secara

rawak berstrata dan berkelompok untuk

menjawab instrumen soal selidik. Data kajian

dianalisis secara deskriptif menggunakan

frekuensi dan peratusan serta min.

ABSTRAK KAJIAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati

amalan penggunaan BBM dalam pengajaran guru

berdasarkan KBAT adalah berada pada tahap tinggi

menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan

berdasarkan BBM pola rutin yang mencatatkan min

4.45, BBM pola sampingan mencatatkan min 4.44 dan

BBM bukan pola mencatatkan min 4.40. Implikasi dan

cadangan yang dikemukakan dapat memberi

gambaran yang bermanfaat kepada kementerian,

sekolah, guru dan masyarakat dalam meningkatkan

tahap amalan penggunaan BBM dalam pengajaran

guru berdasarkan KBAT seperti yang dihasratkan di

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Kata kunci : BBM. KBAT, Guru Pendidikan

Islam

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP

Contoh ABM Pendidikan Islam

Contoh ABM atas talian

Jurnal

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Page 10: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Berita Aktiviti BPPDP

MEKANISME PELAKSANAAN DAN

PEMANTAUAN

EDUCATION 2030 - SUSTAINABLE

DEVELOPMENT GOAL 4: ENSURE

INCLUSIVE AND EQUITABLE QUALITY

EDUCATION AND PROMOTE LIFELONG

LEARNING OPPORTUNITIES FOR ALL

__________________________________

_________________________________

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

telah melancarkan 17 Matlamat Global (Global Goals) yang dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDGs) di New York, Amerika Syarikat pada 25 September 2015. Secara amnya, Matlamat Global ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan, memelihara bumi dan memastikan kesejahteraan sejagat dinikmati oleh semua. Matlamat Global ini mempunyai sasaran yang perlu dicapai dalam tempoh 15 tahun. Pendidikan merupakan asas yang penting dalam SDGs. Sehubungan dengan itu, matlamat keempat Sustainable Development Goal 4 (SDG 4): Ensure Inclusive and Equitable Quality Education and Promote Lifelong Learning Opportunities for All merupakan matlamat global yang berfokus khusus kepada pembangunan pendidikan. SDG4 dikenali sebagai Education 2030 merupakan agenda pendidikan baharu (menggantikan Education for All) yang holistik dan komprehensif dengan skop yang lebih luas dan turut mengambil kira pencapaian Millenium Development Goals (MDG) dan Education for All (EFA) yang telah muktamad pada tahun 2015.

1. Sasaran Education 2030 meliputi peringkat awal kanak-kanak sehingga peringkat tertiari dan pendidikan sepanjang hayat. Skop yang luas ini adalah bagi memastikan pendidikan dapat diperoleh oleh

Pendidikan 2030

Sasaran Education 2030 meliputi peringkat awal kanak-kanak sehingga peringkat tertiari dan pendidikan sepanjang hayat. Skop yang luas ini adalah bagi memastikan pendidikan dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat di samping merapatkan jurang pencapaian pendidikan di pelbagai peringkat. Kerangka Education 2030 berasaskan tiga prinsip utama, iaitu akses, inklusif dan kualiti. Bagi memastikan penyampaian dan pemantauan yang berkesan, Education 2030 telah menetapkan 10 sasaran (Lampiran 1) dengan 43 indikator untuk tujuan pemantauan perkembangan setiap sasaran Education 2030 secara komprehensif. Setiap indikator itu setanding di peringkat global (globally comparable indicators).

YB Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan perasmian Majlis Pelancaran dan Simposium Education 2030 pada 23 Ogos 2016 menyatakan agar kementerian “mewujudkan mekanisme pemantauan bagi memastikan perkembangan pendidikan selari dengan perkembangan pendidikan di peringkat antarabangsa” (Utusan Online, 24 Ogos 2014). Bagi memastikan keberkesanan Pelaksanaan dan Pemantauan Education 2030 di peringkat KPM dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Pemandu (JKP) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Jawatankuasa Teknikal (JKT) serta pelantikan Penyelaras Kebangsaan (National Coordinator) dan Pengurus Data Kebangsaan (National Data Manager) telah ditubuhkan. Memandangkan fokus dan sasaran Education 2030 adalah lebih luas, pelibatan Kementerian, Bahagian KPM dan agensi luar perlu diberi lebih penekanan.

Education 2030 merupakan

agenda pendidikan baharu

(menggantikan Education for All)

yang holistik dan komprehensif

Samb – muka surat 10

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

Page 11: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

Samb – muka surat 9

Di peringkat nasional, pemantauan dan pelaksanaan 17 Matlamat SDGs adalah di bawah Unit

Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri. Tujuh belas (17) Matlamat ini dikelompokkan di bawah lima (5) Kluster dan SDG4 –Education 2030 adalah di bawah Kluster Human Capital. Kelima-lima kluster ini diletakkan di bawah Jawatankuasa Pemandu (di peringkat nasional) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UPE yang seterusnya akan melaporkan perkembangan dan pencapaian SDGs kepada Majlis SDG Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mekanisme pemantauan ini adalah penting bagi memastikan perkembangan ketujuh belas matlamat SDGs adalah selari dengan perkembangan global, dan secara khususnya bagi memastikan perkembangan pendidikan kebangsaan selari dengan perkembangan pendidikan di peringkat antarabangsa. Fokus 10 Sasaran SDG4-Education 2030 ini saling melengkapi dan selari dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi fokus kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan berkaitan pendidikan di pelbagai peringkat di Malaysia perlu mengambil kira fokus SDG4-Education 2030 secara komprehensif dengan pelaksanaan PPPM bagi memastikan kesinambungan inisiatif adalah selari dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.

SASARAN SDG4-EDUCATION 2030

Sasaran Education 2030 telah menetapkan sepuluh sasaran seperti yang berikut:

i. Sasaran 1: By 2030 ensure that all girls and boys complete free, equitable and quality primary and secondary education leading to relevant and effective learning outcomes;

ii. Sasaran 2: By 2030 ensure that all girls and boys have access to quality early childhood development, care and pre-primary education so that they are ready for primary education;

iii. Sasaran 3: By 2030 ensure equal access for all women and men to affordable quality technical vocational and tertiary education, including university;

iv. Sasaran 4 : By 2030 substantially increase the number of youth and adults who have acquired relevant skills, including technical and vocational skills, for employment, decent jobs and entrepreneurship;

v. Sasaran 5 : By 2030 eliminate gender disparities in education and ensure equal access to all levels of education and vocational training for the vulnerable, including persons with disabilities, indigenous peoples and children in vulnerable situations;

vi. Sasaran 6 : By 2030, ensure that all youth and at least x% of adults, both men and women, achieve literacy and numeracy

vii. Sasaran 7 : By 2030, ensure all learners acquire knowledge and skills needed to promote sustainable development, including among others through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of culture and peace and non-violence, global citizenship, and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development;

viii. Sasaran 8 (Mekanisme Pelaksanaan): By 2030, build and upgrade education facilities that are child, disability and gender sensitive and provide safe, non-violent, inclusive and effective learning environments for all;

ix. Sasaran 9 (Mekanisme Pelaksanaan): By 2030 substantially expand globally the number of scholarships available for developing countries, in particular least developed countries, small island developing States and African countries, for enrolment in higher education, including vocational training and information and communications technology, technical, engineering and scientific programmes in developed countries and other developing countries; and

x. Sasaran 10 (Mekanisme Pelaksanaan): By 2030, substantially increase the supply of qualified teachers, including through international cooperation for teacher training in developing countries, especially least developed countries, small island developing States.

Sumber : Sektor Perancangan Makro, BPPDP

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10

1

Page 12: Daftar sekolah agama swasta demi keselamatan Kerajaan ... · PDF fileSemua sekolah agama yang dikendalikan swasta digesa tampil ... Terkini, BPPDP dalam proses ... beberapa siri kursus

EDUCATION IN MALAYSIA

12 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 11

News

Cutting edge technology for schools nationwide Datuk P. Kamalanathan

The Education Ministry has set its sights on

introducing cutting edge technology to all classrooms nationwide to ensure the country’s education system advances in tandem with the latest technological innovations. Deputy Education Minister Datuk P. Kamalanathan said this included the possible creation of an online portal, which could be used by schoolchildren and their parents to access school related information and announcements. He saids, in future, students would no longer have to carry bags to school and parents did not have to meet teachers in person, which report cards, homework and circulars will all be available in the portal. He also added virtual learning and technology assisted education was made possible thanks to the 1BestariNet programme, a joint initiative by the Ministry and YTL Foundation. The initiative aims to equip 10,000 schools nationwide with high speed internet.

Source : New Straits Times, 1 June 2017

Upgrading and maintaining schools nationwide

Datuk Seri Alias Ahmad

Upgrading and maintenance works for schools will

soon be underway nationwide as the Education Ministry optimises a special allocation given by the government for the purpose. Education Ministry Secretary-general Datuk Seri Alias Ahmad said under the 2017 Budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, RM599 million had been allocated for numerous upgrading and maintenance works at school premises.

As many as 6,697 schools have been identified for the project, which makes up roughly 73 percent of the total number of national schools, fully residential schools, and government assisted religious schools, which stands at 9,051. From these schools, there will be 8,171 projects to be carried out related to electrical wiring, fire prevention, termite eradication, upgrading of school gates, and maintenance of water tanks. He added, ministry have 10,185 schools and from the reports, 80% of them needs maintenance. A total of 80% of schools are also 20 years old and above.

Source : New Straits Times, 5 June 2017

Improving early education system YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

The National Early Education Committee has been

tasked with carrying out an in-depth study to improve the country’s early education system. Education Minister Dato’ Seri Mahdzir Khalid said the committee, comprising education experts from several ministries and spearheaded by the Education Ministry, would carry out an comprehensive study to improve the curriculum and co-curriculum in early education system. He added, the committee consist of experts from the Rural and Regional Development Ministry, National Unity and Integration Department, Malaysian Islamic Development Department, Women, Family and Community Development Ministry and Permata Negara. He also added the study would look into suggesstions to make it compulsory for teachers in early education institutions to have at least a diploma qualification. The ministry need to improve the academic (curriculum) and co-curriculum aspects under one platform to ensure an excellent early education system for children aged below 6.

Source : New Straits Times, 19 June 2017