buletin ramadan siri 2

4
Sudah bertahun-tahun kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Seharusnya kebiasaan dan kelaziman akan menghasilkan kesempurnaan. Semakin kita berpuasa akan menjadikan kita semakin bertakwa. Sepatutnya jiwa akan tenang dan adil saksama dalam banyak perkara. Persoalannya, adakah ibadah puasa kita sudah membuahkan takwa?Adakah ibadah ritual menghasilkan nilai spiritual kelas pertama? Adakah nilai ketaatan hasil tarbiah Ramadan berjaya mengalahkan nafsu dan godaan syaitan? Berpuasa umpama menanam pokok. Matlamatnya untuk menghasilkan buah. Buah puasa ialah takwa iaitu sifat di dalam siri seseorang yang mampu mengawal dirinya dan menjaga serta berhati-hati dengan halal dan haram. Impak takwa menjadikan diri sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak melanggar perintah Allah. Malah, bagaikan terdorong pula untuk menambah pahala. Jelas, puasa itu adalah proses latihan mengurus dan mengawal nafsu. Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H EDISI 2/2013 MAJLIS BICARA WAHYU Bil.7/2013 Mimpi Laitatul Qadr Tarikh: 19Julai 2013M / 10 Ramadhan 1434H Penceramah: Tn Hj Zulkefli b Hamat (Mursyid Imam Muda) Penampilan Khas: Imam Muda Najdi Nizam (Laksamana) Ali (XPDC) Warga KPM dijemput hadir SYIAR RAMADAN Dalam surah Yusuf ayat 53 Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang”. Kalimah Saum atau berpuasa itu sendiri bermaksud ‘menahan’. Ertinya, orang yang benar-benar berpuasa ialah individu yang dapat menahan hawa nafsunya daripada melakukan kemungkaran. Kita perlu memastikan puasa kita itu memberi impak kepada jiwa bukan hanya membekas di perut kerana lapar dan daha- ga. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja”- Riwayat Ibnu Majah. Buah ilmu pada amal, buah puasa pada takwa. Selamat berpuasa!-Sidang Redaksi HEBATNYA PUASA BUAHNYA TAKWA Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah pun dilancarkan pada 28 Jun yang lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu KPM. Kupan tabung tersebut masih berjalan di peringkat Bahagian KPM. Hasil kupan akan diserahkan kepada anak- anak yam dan pelajar- pelajar yang kurang berkemampuan bersempena dengan Majlis Iſthar KPM pada 2 Ogos 2013 DARIPADA Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Apabila datang Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. -Riwayat al-Bukhari dan Muslim Ibn hajar al-Haitami menyebut dalam Ihafu Ahlu al-Islam Khususiyat al- Siyam menyebut: pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. HADIS PILIHAN Ikatan dan belenggu syaitan pula merujuk kepada menahan perbuatan jahat dan pu daya kepada manusia. Dalam Ahkam al-Siyam Dr. Muhammad Uqlah menyebut: Maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyaki mereka.

Upload: tuan-mohd-nasarudin

Post on 25-Jun-2015

326 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin ramadan siri 2

Sudah bertahun-tahun kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Seharusnya kebiasaan dan kelaziman akan menghasilkan kesempurnaan. Semakin kita berpuasa akan menjadikan kita semakin bertakwa. Sepatutnya jiwa akan tenang dan adil saksama dalam banyak perkara.

Persoalannya, adakah ibadah puasa kita sudah membuahkan takwa?Adakah ibadah ritual menghasilkan nilai spiritual kelas pertama? Adakah nilai ketaatan hasil tarbiah Ramadan berjaya mengalahkan nafsu dan godaan syaitan?

Berpuasa umpama menanam pokok. Matlamatnya untuk menghasilkan buah. Buah puasa ialah takwa iaitu sifat di dalam siri seseorang yang mampu mengawal dirinya dan menjaga serta berhati-hati dengan halal dan haram. Impak takwa menjadikan diri sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak melanggar perintah Allah. Malah, bagaikan terdorong pula untuk menambah pahala.

Jelas, puasa itu adalah proses latihan mengurus dan mengawal nafsu.

Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H

EDISI 2/2013

MAJLIS BICARA

WAHYU Bil.7/2013

Mimpi Laitatul Qadr

Tarikh:

19Julai 2013M / 10 Ramadhan 1434H

Penceramah:

Tn Hj Zulkefli b Hamat

(Mursyid Imam Muda)

Penampilan Khas:

Imam Muda Najdi

Nizam (Laksamana)

Ali (XPDC)

Warga KPM dijemput hadir

SYIAR RAMADAN

Dalam surah Yusuf ayat 53 Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang”.

Kalimah Saum atau berpuasa itu sendiri bermaksud ‘menahan’. Ertinya, orang yang benar-benar berpuasa ialah individu yang dapat menahan hawa nafsunya daripada melakukan kemungkaran. Kita perlu memastikan puasa kita itu memberi impak kepada jiwa bukan hanya membekas di perut kerana lapar dan daha-ga. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja”-Riwayat Ibnu Majah.

Buah ilmu pada amal, buah puasa pada takwa. Selamat berpuasa!-Sidang Redaksi

HEBATNYA PUASA BUAHNYA TAKWA

Tabung Ihya’ Ramadan

KPM telah pun dilancarkan

pada 28 Jun yang lalu

sewaktu Majlis Bicara

Wahyu KPM.

Kutipan tabung tersebut

masih berjalan di peringkat

Bahagian KPM.

Hasil kutipan akan

diserahkan kepada anak-

anak yatim dan pelajar-

pelajar yang kurang

berkemampuan

bersempena dengan

Majlis Ifthar KPM pada 2

Ogos 2013

DARIPADA Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Apabila datang Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga,

ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.

-Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Ibn hajar al-Haitami menyebut dalam Ittihafu Ahlu al-Islam Khususiyat al-

Siyam menyebut: pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut

hakikatnya.

HADIS PILIHAN

Ikatan dan belenggu syaitan pula merujuk kepada menahan perbuatan jahat

dan tipu daya kepada manusia. Dalam Ahkam al-Siyam Dr. Muhammad

Uqlah menyebut: Maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan

menyakiti mereka.

Page 2: Buletin ramadan siri 2

Page 2

SIDANG EDITORIAL:

Penasihat:

Tn Hj Abdullah b Md Din

Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam KPM

Pengerusi:

Pn Hjh Kamariah Bt Isa

Timbalan Pengarah,

Pengurusan Dakwah dan Syiar

Islam

BPI KPM.

Ketua Editor:

Tn Hj Mohamad Zaki b Husin

Ketua Sektor Dakwah &

Kepimpinan

BPI KPM

Pen. Ketua Editor :

Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh

Ketua Sektor Pembangunan

Akhlak dan Syiar Islam, BPI KPM

Editor:

Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid

Ust Ahmad Zulfakor b Darusa

Ust Mohd Sayuti b Omar

Ust Mohd Zamri b Mohd Noor.

Penulis:

Ust Ruzain Syukur b Mansor

Wartawan:

Ust Hairon b Zainal Abidin

Ust Abd Rahman b Che Soh

Ust Alhuzaee b Sulaiman

Ust Mohd Hamidi b Zakaria

Bulan Ramadan hadir dengan pakej pelbagai.

Ia bulan ibadah penuh dengan ruang pahala

berganda. Sejarah menyaksikan pelbagai

kemenangan diraih dalam bulan Ramadan.

Antaranya:

Kemenangan tentera Badar dengan

kekuatan 313 orang tentera Islam

berbekalkan iman yang tinggi.

Pembukaan kota Makkah juga berlaku

dalam bulan Ramadan.

Peristiwa meruntuhkan segala bentuk

berhala di ka’abah dan di kota Makkah

berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-7

hijrah

Kemenangan tentera Islam dalam Pe-

perangan Qadisiyah pada tahun ke-15

Hijrah

Sallahuddin al-Ayyubi dan tenteranya

mengalahkan pasukan tentera salib pada

Ramadan 584 Hijrah.

Kemenangan tentera Mesir dan Syria

mengalahkan tentera Israel di

semenanjung Sinai pada Ramadan 1393.

Hukum solat tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat

dituntut. Inilah pendapat mazhab Hanafi, al-Syafie, Hambali dan

sebahagian Maliki.

Hukum sunat ini termasuk bagi lelaki dan wanita. Solat Tarawih ini

termasuk dalam menegakkan syiar agama yang zahir lagi nyata.

Sesiapa yang mendirikan solat Tarawih akan mendapat pahala yang

berlipat kali ganda kerana ia hanya dapat dilaksanakan pada bulan

Ramadan. Tetapi tidak pula mendatangkan dosa jika tidak

mengerjakannya.

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan malam bulan Ramadan (dengan

amal ibdah) kerana percaya dengan janji Allah dan ikhlas untuk

mendapat pahala kerana Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya

yang telah lalu”-Riwayat al-Bukhari dan Muslim

HUKUM SOLAT TARAWIH

RAMADAN BULAN KEMENANGAN

Para sahabat menuju ke medan perang

dengan kekuatan fizikal dan semangat

cintakan Islam yang mendalam. Di dalam

hatinya ada semangat jihad. Hatinya sudah

tidak terpikat dengan kemewahan dunia

selain mengharapkan kenikmatan di dalam

syurga. Mereka berjaya mengalahkan

nafsu syahwat demi mengejar peluang

bergelar syuhada’. Maka merekalah sebaik

-baik pemenang, memperolehi trofi kea-

gungan di bulan Ramadan.

Jelaslah kepada kita, Ramadan

merupakan medan meraih kemenangan.

Kemenangan yang bakal kita kecapi bukan

lagi dengan bermandikan darah

menentang musuh, tetapi kemenangan

mengalahkan nafsu syahwat melampau.

Kemenangan mengalahkan hawa

nafsu bukan letaknya pada ketajaman

mata pedang, tetapi pada utuhnya iman di

hati menepis segala godaan syaitan.

Kuncinya ada pada hati yang sentiasa

mengharapkan keredaan Allah.

Page 3: Buletin ramadan siri 2

EDISI 2/2013 RAHSIA TAMAR

Jawapan: Menggunakan ubat gigi ketika bersugi pada siang Ramadan dibolehkan. Tetapi lebih afdhal ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut.-pendapat Syeikh Uthaimin.

Manakala hukum bersiwak (gosok gigi) selepas gelincir matahari adalah khilaf. Sebahagian mengatakan ianya makruh manakala yang lain mengharuskannya. Pendapat yang sahih dan rajih adalah harus.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa”-Riwayat Ahmad, al-Tirmizi & Baihaqi. Ulama’ muktabar menunjukkan contoh terbaik dalam perkara ini, contohnya:

Abdullah b al-Mubarak memberi makan saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat sedangkan dia ssendiri sedang berpuasa pada ketika itu.

Hammad menjamu 500 orang yang berpuasa pada setiap malam.

Hassan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.

Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh ulama’ terdahulu dalam menyantuni orang yang berpuasa. Memberi makan orang berpuasa ini suatu yang dituntut. Pilihlah untuk memberi, kerana dengan memberi kita diredhai.

Soalan: Apak a h dibolehka n

menggunakan ubat gigi ketika

bersugi di siang hari pada bulan

Ramadan?

FADHILAT MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA

Menurut hasil 50

penelitian yang

d i k e t e n g a h k a n

dalam International

Congress on Health

and Ramadan di

Casablanca pada

1994, puasa dapat

m e m b a n t u

mengatasi pelbagai

g a n g g u a n

kesihatan.

Misalnya penyakit

maag.

Menurut Yusuf Ahmad

(Ensiklopedia Mukjizat

Sains dalam al-Qur’an

dan sunnah) Buah kurma

merupakan nikmat agung

daripada Allah. Ia

membekalkan pelbagai

zat yang diperlukan oleh

dan dapat diserap ke

dalam system tubuh ba-

dan manusia dengan ce-

pat. Glukosa yang terkan-

dung dalam buah kurma

boleh dihadamkan

dengan pantas dan ma-

suk ke dalam sel hati,

otak, darah, sistem otot.

Soalan: Apakah dengan

menjolok kerongkong sehing-

ga termuntah membatalkan

puasa?

Jawapan:

Jika menjolok jari ke dalam

kerongkong dengan niat

sengaja untuk muntah,

maka puasanya batal.

Jika tidak sengaja, seperti

mabuk kenderaan, mabuk

kapal, dan sebagainya,

puasanya tidak batal.

Soalan: Apakah hukum

menggunakan inhaler di siang

hari bagi pesakit asma?

Jawapan: Menggunakan inhaler di

siang hari dibolehkan kerana gas

tersebut tidak sampai ke dalam

perut, tetapi sekadar untuk

pernafasan. Itulah pendapat Dr.

Yusuf al-Qardhawi, Syeikh Bin Baz,

dalam perbincangan feqah

berkenaan hal perubatan dan rawa-

tan kali ke-9. begitu juga pendapat

Syeikh Uthaimin dan syeikh Ibn

Jabrin

Jawapan:

Suntikan yang mengandungi

bahan makanan seperti glukos

pada siang hari Ramadan mem-

batalkan puasa kerana ia di-

anggap makanan pada uruf

yang boleh mengenyangkan,

seperti makanan biasa. –fatwa

Syeikh Atiyah Saqr.

PUASA DAN KESIHATAN

Soalan: Apakah hukum suntikan yang

mengandungi bahan makanan seperti

glukos pada siang hari Ramadan?

Page 4: Buletin ramadan siri 2

Tajuk : Ramadan, Pelbagai Hukum dan fatwa Puasa

Penulis : Dr Zulkifli b Mohamad Al-Bakri

Penerbit : Darul Syakir Enterprise

Buku ini mengupas permasalahan dan menjawab kekeliruan umat Islam khususnya berkenaan dengan puasa. Kupasannya berdasarkan al-Qur’an dan hadis serta pandangan ulama’ muktabar.

Kandungannya mudah difahami menyentuh beberapa aspek terutamanya fadhilat Ramadhan, kesempurnaan puasa, fatwa mengenai puasa, kemusykilan solat tarawih dan witir.

Perbincangan puasa dilanjutkan pula dengan perbahasan menyambut Aidilfitri mengikut ajaran Islam dan ajaran Nabi SAW. Ia tidak rugi untuk dimiliki dan sesuai untuk dijadikan rujukan.

LENSA IHYA’ RAMADAN

Forum Bicara Wahyu Bil. 6/2013 telah diadakan di Dewan

Serbaguna Blok E12, KPM Putrajaya pada 12 Julai 2013. Ahli

panel terdiri daripada Ustaz Mohd Nidzam b Abdul Kadir

(Pensyarah UIAM) dan Dr Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh

(Pensyarah Kanan USIM). Forum tersebut dimoderatorkan

oleh Tn Hj Zulkefli b Hamat (Mursyid Imam Muda). Forum

tersebut juga telah dirakam oleh pihak Bahagian Teknologi

Pendidikan KPM dan akan dimuat naik ke dalam portal Edu-

webTV KPM.

Sila emelkan sebarang

maklum balas dan

cadangan membina

kepada :

[email protected]

bagi tujuan penambahbaikan

Jadual Waktu Berbuka Puasa

BINGKISAN MINDA

Sebarang pertanyaan mengenai Ihya Ramadan sila

berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh,

Penyelaras Ihya’ Ramadan KPM di talian 0199390400

Mana-mana Bahagian KPM dialu-alukan

untuk menghantar info aktiviti ringkas Ihya’

Ramadan di bahagian masing-masing

berserta foto aktiviti ke :

[email protected]