buletin ramadhan 05.pdf

Upload: zahrisal

Post on 14-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • NUZUL QURAN

    17 Ramadan. SMK Chini Timur. Lebih 500 pelajar dan guru SMK Chini Timur telah me-nyemarakkan kehadiran Ihya Ramadan tahun ini dengan mengadakan program khas iaitu Program Nuzul Quran. Program yang dirancang oleh Badan Bina Insan sekolah dimulai dengan bacaan Yassin, Kuiz dan ce-ramah agama. Bagi pengisian ceramah agama kali ini,

    pihak pengelola telah menjemput Ustaz Nik Ibrahim dari Jabatan Agama Islam Pahang. Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai guru telah menyampaikan ceramah dengan penuh semangat dan gaya yang tersendiri menjadikan ceramah beliau menarik dan terkesan dihati pelajar dan guru-guru. Dengan berselang-seli jenaka yang mencuit hati beliau Berjaya menyampaikan mesej ce-ramahnya yang berkisar terhadap tanggung-jawab kita terhadap Al-Quran yang sewajarn-ya diberi perhatian. Antaranya ialah menya-kini, membaca, memahami, mengamal dan menyebarkan segala perintah dan larangan yang terdapat di dalamnya.

    WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI

    KAWASAN CHINI TIMUR

    21-12 RAMADAN (0910 JUL) 7:23 PM / 5:32 AM 13-15 RAMADAN (07 08 JUL) 7.24PM / 5.33 AM

    BIL 05 | 21 - 30 RAMADAN 1435 H | 19 - 28 JUL 2014 M | PERCUMA

  • Soalan 1 Saya tidak sempat menggantikan puasa saya selama 3 hari pada tahun lepas kerana haid, sehinggalah masuk bulan ramadhan pada tahun ini. Saya rasa amat berdosa. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan.

    Jawapan: Hendaklah digantikan jumlah 3 hari puasa yang ditinggalkan itu, ditambah dengan menge-luarkan fidyah sebanyak 1 cupak untuk 1 hari. Kiraan 1 cupak ialah bersamaan dengan 675 gram (RM1.80) makanan asasi. Oleh itu, anda wajib berpuasa ganti selama 3 hari dan tunaikan fidyah sebanyak 2025 gram (RM5.40) di samping banyakkan bertaubat kepada Allah. Fi-dyah boleh diserahkan kepada mana-mana faqir yang ada di tempat anda.

    Soalan 2 Adakah wanita yang tidak berpuasa rama-dhan kerana haid boleh makan di siang hari.

    Jawapan: Ya boleh, kerana mereka adalah haram berpuasa. Walau bagaimana pun perempuan yang haid tetap haram makan di khalayak ramai pada siang hari ramadhan. Soalan 3 Kedai runcit bapa saya kerap di kunjungi oleh mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan dan minuman. Bagaimana dengan pen-dapatan bapa saya.

    Jawapan: Haram menjual makanan dan minuman

    kepada mereka yang tidak berpuasa. Penjual juga

    turut mendapat saham dari dosa mereka yang tid-

    ak berpuasa tersebut.Wallahu Alam.

  • Separuh Ramadan & Puasa Yang

    Tercabar

    Petikan dari laman web Dr. Zaharuddin Abd Rahman

    Beribu-ribu ahli agama dan pendakwah meng-

    ingatkan diri dan orang ramai agar memper-gandakan ibadah di bulan mulia ini. Di

    samping menjauhi diri dari perkara yang pasti

    akan merosakkannya.

    Ibn Al-`Arabi dan al-Qaradawi masing-masing mengulas bahawa pahala puasa akan hancur

    dengar kesalahan-kesahalahan ini, puasa tid-

    ak batal tapi pahalanya batal, hingga jadilah puasanya kosong, lagi gagal menghasilkan

    taqwa yang menjadi sasaran.

    Umar ibn Al-Khattab berkata :

    "Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari bercakap

    bohong, tipu dan cakap kosong"

    MARAH DAN KEMARAHAN

    Lisan yang suka memaki hamun apabila

    marah, mengeji apabila benci, mengumpat apabila dengki, mengadu domba apabila

    busuk hati, berbohong untuk menyelamat diri

    dan mendapati yang dihajati.

    Bercerita tentang keaiban orang dan

    keburukannya mungkin ada suatu kesedapan

    dan kelazatannya yang tersendiri. Ya, lazat

    yang diulami oleh nafsu ke dalam diri. Agar

    manusia tunduk menjadi hamba kepadanya.

    Lalu di bulan ini, Nabi mendesak kita untuk

    mengawalnya, mengekangnya dari terus ber-

    maharajalela dalam diri.

    Nabi mengingatkan :-

    Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan

    seseorang berkata buruk dan melakukan per-

    buatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu

    jawablah : Aku berpuasa, sebanyak dua kali.

    ( Riwayat Al-Bukhari)

    Tahanlah marahmu..

    Manusia bila dikuasai marah, kerap berkata

    keras, memaki lagi menghina. Maka kawal ia

    sehabis mungkin. Elakkan dari berkata-kata buruk kerananya, ambillah wudhu dan berge-

    raklah dari tempat kemarahan ke tempat atau

    perbuatlah urusan lain. Jika kamu sedang berdiri, duduklah, dan seterusnya. Dari Abu

    Hurayrah r.a:-

    :

    Ertinya : Sekiranya ada seorang mencerca-mu, maka katakanlah : Aku berpuasa, dan ji-

    ka kamu sedang berdiri, duduklah. ( Riwayat

    Ibn Khuzaymah, Fath Al-Bari, hlm 126)

    Ya, ubah posisimu, agar aqal yang tidak waras kerana marah dapat dibendung dari

    memudaratkan diri dan orang lain yang

    berdekatan.

    Ada yang marah sehingga membunuh,

    kemudian menyesal dan tidak menyangka itu perbuatannya. Ya ia seperti arak yang

    memabukkan, menghilangkan pertimbangan

    waras aqal dan iman.

    Moga-moga kita semua beroleh taqwa

    sempena Ramadhan ini yang mampu mem-

    bantu kita untuk meraih redha Allah swt, di-

    ganjari SyurgaNya dan segala nikmatnya.

    Selanjutnya sila lawati: www.zaharuddin.net

  • RAMADHAN, ATAU RAMADAN?

    Istilah bagi bulan puasa ialah bu-lan Ramadan. Perkataan yang berasal da-ripada bahasa Arab itu digunakan secara secara meluas, sama ada ketika ceramah dan tazkirah, atau dalam penulisan dalam akhbar, majalah, poster, kain rentang, ta-yangan pada skrin televisyen, iklan, mala-han di mana-mana sahaja.

    Malangnya, kebanyakan pihak yang menggunakan perkataan itu dalam penu-lisan, masih keliru akan ejaan yang tepat. EjaanRamadhan digunakan dengan meluas. Hal sedemikian terjadi kerana pengaruh sebutan bahasa Arab. Tidaklah salah sekiranya dibunyikan seperti sebutan asal, namun demikian, ejaan sedemikian tidak wujud dalam Sistem Ejaan Rumi Ba-haru Bahasa Malaysia yang diguna pakai

    semenjak 16 Ogos 1972.

    Padanan bunyi untuk ejaan bagi dh dalam bahasa Melayu ialah d. Penetapan ini dibuat dengan berdasarkan hakikat bahawa dalam bahasa Melayu tiada bunyi berkenaan. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf (lambang bagi bunyi dalam tulisan) juga tidak wujud. Oleh itu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi dh hendaklah diejakan dengan d, seperti daif, darab, dif, fadilat, fardu, kadi, mudarabah, reda ("rela"), qada ("ganti"), qadar("ketentuan"), dan seumpamanya.

    Sungguhpun ejaan ditetapkan begitu, penutur dibenarkan untuk menggunakan bunyi atau sebutan asal demi untuk menja-ga ketepatan makna perkataan-perkataan tersebut.