buletin ramadhan 04

4
 IFTAR JAMA’E 16 Ramadan. SMK Chini Timur . Pelajar ng- katan 2 Kompeten telah mengadakan majlis Iar Jama’e . Majlis yang disertai juga guru- guru yang mengajar dikelas tersebut berjalan dalam suasana yang s ederhana tetapi tet ap meriah. Beberapa pelajar teruja ker ana dak menduga apabila kehadiran guru kelasnya Cikgu Nizam bersama isterin ya. Beliau yang baru mendirikan rumahtangga sebulan yang lalu sempat menghidangkan juadah untuk pelajarnya. Majlis Iar Jama’e ini meningkatkan hubungan siraturrahi m dikalangan pelajar dengan guru-guru mereka. Menurut Ustaz Idzhar yang turut hadir pada majlis itu, ungkapan I ar Jama’e adalah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ber- buka puasa secara berkumpulan. Sebelum majlis berakhir pelajar lelaki khususnya telah menunaikan solat magrib berjemaah di su- rau sekolah dengan diimamkan oleh ustaz Idzhar. Difahamkan sebelum dan selep as ini beber apa kelas lagi akan mengadakan majlis yang serupa bersama guru masing-masing. WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN CHINI TIMUR 11-12 RAMADAN (09–10 JUL) 7:23 PM / 5:32 AM 13-15 RAMADAN (07– 08 JUL) 7.24PM / 5.33 AM BIL 04 | 16 - 20 RAMADAN 1435 H | 14 - 18 JUL 2014 M | PERCUMA 

Upload: zahrisal

Post on 05-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edaran terhad

TRANSCRIPT

  • IFTAR JAMAE 16 Ramadan. SMK Chini Timur. Pelajar ting-katan 2 Kompeten telah mengadakan majlis Iftar Jamae. Majlis yang disertai juga guru-guru yang mengajar dikelas tersebut berjalan dalam suasana yang sederhana tetapi tetap meriah. Beberapa pelajar teruja kerana tidak menduga apabila kehadiran guru kelasnya Cikgu Nizam bersama isterinya. Beliau yang baru mendirikan rumahtangga sebulan yang lalu sempat menghidangkan juadah untuk pelajarnya. Majlis Iftar Jamae ini meningkatkan

    hubungan siraturrahim dikalangan pelajar dengan guru-guru mereka. Menurut Ustaz Idzhar yang turut hadir pada majlis itu, ungkapan Iftar Jamae adalah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ber-buka puasa secara berkumpulan. Sebelum

    majlis berakhir pelajar lelaki khususnya telah menunaikan solat magrib berjemaah di su-rau sekolah dengan diimamkan oleh ustaz Idzhar. Difahamkan sebelum dan selepas ini beberapa kelas lagi akan mengadakan majlis yang serupa bersama guru masing-masing.

    WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI

    KAWASAN CHINI TIMUR

    11-12 RAMADAN (0910 JUL) 7:23 PM / 5:32 AM 13-15 RAMADAN (07 08 JUL) 7.24PM / 5.33 AM

    BIL 04 | 16 - 20 RAMADAN 1435 H | 14 - 18 JUL 2014 M | PERCUMA

  • Soalan 1 Saya tidak sempat menggantikan puasa saya selama 3 hari pada tahun lepas kerana haid, sehinggalah masuk bulan ramadhan pada tahun ini. Saya rasa amat berdosa. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan.

    Jawapan: Hendaklah digantikan jumlah 3 hari puasa yang ditinggalkan itu, ditambah dengan menge-luarkan fidyah sebanyak 1 cupak untuk 1 hari. Kiraan 1 cupak ialah bersamaan dengan 675 gram (RM1.80) makanan asasi. Oleh itu, anda wajib berpuasa ganti selama 3 hari dan tunaikan fidyah sebanyak 2025 gram (RM5.40) di samping banyakkan bertaubat kepada Allah. Fi-dyah boleh diserahkan kepada mana-mana faqir yang ada di tempat anda.

    Soalan 2 Adakah wanita yang tidak berpuasa rama-dhan kerana haid boleh makan di siang hari.

    Jawapan: Ya boleh, kerana mereka adalah haram berpuasa. Walau bagaimana pun perempuan yang haid tetap haram makan di khalayak ramai pada siang hari ramadhan.

    Soalan 3 Kedai runcit bapa saya kerap di kunjungi oleh mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan dan minuman. Bagaimana dengan pen-dapatan bapa saya.

    Jawapan: Haram menjual makanan dan minuman

    kepada mereka yang tidak berpuasa. Penjual juga

    turut mendapat saham dari dosa mereka yang tid-

    ak berpuasa tersebut.Wallahu Alam.

  • Separuh Ramadan & Puasa Yang

    Tercabar

    Petikan dari laman web Dr. Zaharuddin Abd Rahman

    Beribu-ribu ahli agama dan pendakwah meng-

    ingatkan diri dan orang ramai agar memper-

    gandakan ibadah di bulan mulia ini. Di

    samping menjauhi diri dari perkara yang pasti

    akan merosakkannya.

    Ibn Al-`Arabi dan al-Qaradawi masing-masing

    mengulas bahawa pahala puasa akan hancur

    dengar kesalahan-kesahalahan ini, puasa tid-

    ak batal tapi pahalanya batal, hingga jadilah

    puasanya kosong, lagi gagal menghasilkan

    taqwa yang menjadi sasaran.

    Umar ibn Al-Khattab berkata :

    "Puasa bukan hanya menahan diri dari

    makan dan minum, tetapi juga dari bercakap

    bohong, tipu dan cakap kosong"

    MARAH DAN KEMARAHAN

    Lisan yang suka memaki hamun apabila

    marah, mengeji apabila benci, mengumpat

    apabila dengki, mengadu domba apabila

    busuk hati, berbohong untuk menyelamat diri

    dan mendapati yang dihajati.

    Bercerita tentang keaiban orang dan

    keburukannya mungkin ada suatu kesedapan

    dan kelazatannya yang tersendiri. Ya, lazat

    yang diulami oleh nafsu ke dalam diri. Agar

    manusia tunduk menjadi hamba kepadanya.

    Lalu di bulan ini, Nabi mendesak kita untuk

    mengawalnya, mengekangnya dari terus ber-

    maharajalela dalam diri.

    Nabi mengingatkan :-

    Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan

    seseorang berkata buruk dan melakukan per-

    buatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya

    ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu

    jawablah : Aku berpuasa, sebanyak dua kali.

    ( Riwayat Al-Bukhari)

    Tahanlah marahmu..

    Manusia bila dikuasai marah, kerap berkata

    keras, memaki lagi menghina. Maka kawal ia

    sehabis mungkin. Elakkan dari berkata-kata

    buruk kerananya, ambillah wudhu dan berge-

    raklah dari tempat kemarahan ke tempat atau

    perbuatlah urusan lain. Jika kamu sedang

    berdiri, duduklah, dan seterusnya. Dari Abu

    Hurayrah r.a:-

    :

    Ertinya : Sekiranya ada seorang mencerca-

    mu, maka katakanlah : Aku berpuasa, dan ji-

    ka kamu sedang berdiri, duduklah. ( Riwayat

    Ibn Khuzaymah, Fath Al-Bari, hlm 126)

    Ya, ubah posisimu, agar aqal yang tidak waras

    kerana marah dapat dibendung dari

    memudaratkan diri dan orang lain yang

    berdekatan.

    Ada yang marah sehingga membunuh,

    kemudian menyesal dan tidak menyangka itu

    perbuatannya. Ya ia seperti arak yang

    memabukkan, menghilangkan pertimbangan

    waras aqal dan iman.

    Moga-moga kita semua beroleh taqwa

    sempena Ramadhan ini yang mampu mem-

    bantu kita untuk meraih redha Allah swt, di-

    ganjari SyurgaNya dan segala nikmatnya.

    Selanjutnya sila lawati: www.zaharuddin.net

  • PANTUN RAMADHAN Segak jejaka berkeris bertanjak, Sopan jelita menyusun langkah; Kembali bertandang ramadhan almubarak, Bulan mulia penuh barakah.

    Mekar kemboja harum setaman, Menaroh debar dihati teruna; Bersama kita munafaatkan ramadhan, Tarbiah diri agar lebih sempurna.

    Tradisi badwi berpindah randah, Bermukim pasti di tanah lembah; Jadikan ramadhan bulan ibadah, Gandakan solat banyakan sedekah.

    Terhidang sudah santapan diraja,, Bersulam emas kain seperah, Talam tembaga bertatah berlian; Kasih Allah kepada hambanya, Lalu dikurniakan bulan marfirah, Segeralah bersujud bermohon keampunan.

    Masak memerah buah rambutan, Nun di sana pisang sesisir; Ramadhan melahirkan rasa keinsafan, Mari elakkan tabiat membazir.

    Berganding tangan semangat setia kawan, Gunting dalam lipatan perosakbangsa; Wahai teman pengunjung budiman, Selamat jalani ibadah puasa.