buletin ramadhan 01

4
Taddarus Al-Quran 3 Ramadhan. SMK Chini Timur. Seramai hampir 50 pelajar lelaki dan perempuan me- mulakan program Taddarus Al-Quran sem- pena bulan ramadhan kali ini. Mereka diba- hagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tersebut dibimbing oleh guru-guru yang mahir dalam tajwid. Pro- gram ini telah menjadi tradisi di sekolah ini lebih dari 10 tahun yang lalu. Mereka terdiri dari pelajar tingkatan satu sehingga tingka- tan 5. Di samping dapat meningkatkan ama- lan dalam buran ramadhan ini, ianya juga dapat memperbaiki bacaan Al-Quran masing-masing. Menurut Penyelaras Bina Insan sekolah, Encik Norhamadi, pengli- batan pelajar masih lagi berkurangan. Be- liau berharap lebih ramai lagi pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini. WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN CHINI TIMUR 1 RAMADHAN ( 29 JUN ) 7:22 PM /5:29 AM 2-5 RAMAHADAN (30 -3 JUL) 7.22 PM / 5.30 AM

Upload: zahrisal

Post on 13-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edaran dalaman sahaja

TRANSCRIPT

  • Taddarus Al-Quran 3 Ramadhan. SMK Chini Timur. Seramai hampir 50 pelajar lelaki dan perempuan me-mulakan program Taddarus Al-Quran sem-pena bulan ramadhan kali ini. Mereka diba-hagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tersebut dibimbing oleh guru-guru yang mahir dalam tajwid. Pro-gram ini telah menjadi tradisi di sekolah ini

    lebih dari 10 tahun yang lalu. Mereka terdiri dari pelajar tingkatan satu sehingga tingka-tan 5. Di samping dapat meningkatkan ama-lan dalam buran ramadhan ini, ianya juga dapat memperbaiki bacaan Al-Quran masing-masing. Menurut Penyelaras Bina Insan sekolah, Encik Norhamadi, pengli-batan pelajar masih lagi berkurangan. Be-liau berharap lebih ramai lagi pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini.

    WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI

    KAWASAN CHINI TIMUR 1 RAMADHAN ( 29 JUN ) 7:22 PM /5:29 AM 2-5 RAMAHADAN (30 -3 JUL) 7.22 PM / 5.30 AM

  • AJK BINA INSAN SMKCT

  • SEJARAH PUASA RAMADHAN Puasa Ramadhan merupakan puasa yang diwajibkan bagi umat muslim di seluruh dunia untuk melaksana-kannya. Puasa Ramadhan dalam per-jalanan sejarahnya cukup menarik jika

    dikaji lebih mendalam.

    Berbagai pertanyaan mungkin saja pernah terlintas di benak Anda ten-tang bilakah ibadah Puasa Ramadhan mulai disyariatkan? Bagaimana model puasa yang dilakukan umat islam per-tama kali? Sejarah Puasa Ramadhan pertama kali di syariatkan Puasa Ramadhan mulai disyariatkan

    pada tanggal 10 Sya`ban tahun kedua Hijrah atau satu setengah tahun sete-lah umat islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, atau setelah umat Islam diperintahkan untuk memindahkan kiblatnya dari masjid Al- Aqsa ke Mas-jidil Haram. Perintah puasa ramadhan ini didasar-kan pada firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Dari ayat terse-but dapat dipahami bahwa puasa telah

    dilakukan sebelum masa kerasulan Muhammad saw. Hanya saja prakti-

    knya tidak seperti yang kita lakukan sekarang ini. Setelah ayat tersebut turun, Puasa

    Ramadhan menjadi kewajiban yang harus dilaksanakan oleh umat muslim

    selama satu bulan dengan memenuhi syarat dan dan rukun yang telah di

    syariatkan. Model Puasa Ramadhan yang Per-tama Kali Dilakukan Umat Islam Puasa pertama kali yang dilaksanakan Rasulullah saw adalah puasa bulan Asyura`, yaitu puasa yang dilakukan masyarakat Quraisy ketika itu dan setibanya di Madinah, Nabi pun me-merintahkan berpuasa pada bulan itu.

    Setelah turun perintah berpuasa pada

    bulan Ramadhan, Rasulullah memerin-tahkan para sahabatnya untuk ber-puasa bagi siapa saja yang menghen-dakinya. Saat itu, umat muslim boleh berpuasa dan boleh juga tidak, dan bagi mereka yang tidak berpuasa di-wajibkan untuk membayar fidyah Selanjutnya puasa Ramadhan menjadi kewajiban bagi setiap muslim, kecuali bagi mereka yang mempunyai uzur syarI.

  • FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

    Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan

    kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu

    Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan

    kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang

    lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itu-

    lah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan

    Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan

    dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelum-

    nya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada ta-

    hun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan

    menemuinya pada tahun hadapan.

    "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh

    keimanan dan pengharapan, akan diampunkan

    segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-

    Bukhari dan Muslim )

    " Semua amalan anak Adam digandakan kebai-

    kannya sepuluh kali ganda serupa dengannya

    hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla

    berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku

    dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka

    meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-

    Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua

    kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan ke-

    gembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau

    busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana ber-

    puasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-

    Bukhari dan Muslim )

    Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat me-

    latih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Anta-

    ranya:

    * sifat ikhlas

    Puasa merupakan ibadah yang paling hampir den-

    gan makna keihklasan bagi seorang hamba. Ini ker-

    ana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba

    dan tuhannya. seorang yang berpuasa boleh ber-

    buka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana

    ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir

    dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan

    redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya

    ibadat ini lebih istimewa dari yang lain. sifat inilah

    yang paling berharga dalam kehidupan seorang

    muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan

    keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak mem-

    buahkan hasil.

    * Kekentalan jiwa

    Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu

    syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalal-

    kan kepada kita untuk melakukannya selain Ramad-

    han. Ini mendidik kita lebih tegas dan meninggalkan

    perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh

    syariat di luar bulan Ramadhan.

    * Sabar

    Puasa melatih kita supaya dalam berhadapan den-

    gan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang

    Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam ber-

    hadapan dengan segala kemungkinan dalam ke-

    hidupan.

    * Memelihara fizikal

    Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara pe-

    rut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari

    perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

    * Prihatin dan belas kasihan

    Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan

    kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan za-

    kat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi

    perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak

    kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pem-

    baikan dalam masyarakat.

    * Membuka hijab antara diri dengan Allah

    Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan beru-

    paya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbu-

    kalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

    * Mengenali erti kejayaan sebenar

    Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bu-

    kanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengu-

    kur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat

    yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan

    yang hakiki. Orang yang berpuasa akan mem-

    perolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan

    kedua ketika menemui tuhannya.

    * Rasa belas dan lemah lembut

    Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseo-

    rang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka

    hendaklah ia berkata " Aku berpuasa!." Seorang

    mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan

    seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat

    disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlu-

    kan sikap berlapang dada dan kemam-

    puan menahan diri dari perasaan

    marah. Permusuhan dan perbalahan

    tidak sedikitpun mendatangkan keun-

    tungan kepada dakwah, bahkan me-

    rugikan masa dan tenaga.