buletin ramadhan 02

4
Bual Bicara Ramadhan. 6 Ramadhan. SMK Chini Timur. Satu forum Bual Bicara Ramadhan telah diadakan di Da- taran Ibnu Sina yang melibatkan semua warga SMKCT. Forum ini dipengerusikan oleh 2 orang pelajar Tingkatan 5 iaitu Nur Zarifah Binti Mohd Zaidi dan Khairunnisa Bt Za- inudin. Ahli panel yang dijemput untuk men- jayakan forum ini ialah Tn. Haji Fauzi Bin Dolah yang merupakan GPK Kokurikulum SMK Chini Timur. Forum ini membicarakan tentang persoalan-persoalan yang sentiasa timbul menjelang bulan Ramadhan. Ianya ber- langsung selama 1 jam. Bual Bicara ini mem- beri manfaat yang berkesan kepada semua pe- lajar serta guru-guru kerana segala persoalan telah terjawab dengan begitu jelas sekali. Malahan gaya bersahaja dan celoteh yang menarik yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi telah berjaya menambat hati hadirin. Be- berapa pelajar yang ditemui selepas program menyatakan kepuasan dengan ilmu yang diperolehi dan berharap program ini diada- kan lagi pada masa akan datang. WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN CHINI TIMUR 6 - 8 RAMADHAN (04 06 JUL ) 7:23 PM /5:31 AM 9-10 RAMAHADAN ( 07 08 JUL) 7.23PM / 5.32 AM BIL 02 | 06 - 10 RAMADHAN 1435 H | 04 - 08 JUL 2014 M | PERCUMA

Upload: zahrisal

Post on 13-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • Bual Bicara Ramadhan.

    6 Ramadhan. SMK Chini Timur. Satu forum

    Bual Bicara Ramadhan telah diadakan di Da-

    taran Ibnu Sina yang melibatkan semua warga

    SMKCT. Forum ini dipengerusikan oleh 2

    orang pelajar Tingkatan 5 iaitu Nur Zarifah

    Binti Mohd Zaidi dan Khairunnisa Bt Za-

    inudin. Ahli panel yang dijemput untuk men-

    jayakan forum ini ialah Tn. Haji Fauzi Bin

    Dolah yang merupakan GPK Kokurikulum

    SMK Chini Timur. Forum ini membicarakan

    tentang persoalan-persoalan yang sentiasa

    timbul menjelang bulan Ramadhan. Ianya ber-

    langsung selama 1 jam. Bual Bicara ini mem-

    beri manfaat yang berkesan kepada semua pe-

    lajar serta guru-guru kerana segala persoalan

    telah terjawab dengan begitu jelas sekali.

    Malahan gaya bersahaja dan celoteh yang

    menarik yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi

    telah berjaya menambat hati hadirin. Be-

    berapa pelajar yang ditemui selepas program

    menyatakan kepuasan dengan ilmu yang

    diperolehi dan berharap program ini diada-

    kan lagi pada masa akan datang.

    WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI

    KAWASAN CHINI TIMUR 6 - 8 RAMADHAN (04 06 JUL ) 7:23 PM /5:31 AM 9-10 RAMAHADAN ( 07 08 JUL) 7.23PM / 5.32 AM

    BIL 02 | 06 - 10 RAMADHAN 1435 H | 04 - 08 JUL 2014 M | PERCUMA

  • Soalan 1 :

    Kenapakah waktu imsak dan subuh adalah

    2 waktu yang berlainan padahal puasa dikata-

    kan menahan lapar dan dahaga serta perkara

    yang membatalkan puasa daripada terbit fajar

    hingga terbenam matahari. Bukankah terbit fa-

    jar bermakna masuk waktu subuh ?

    Jawapan :

    Waktu puasa itu bermula apabila ma-suknya waktu subuh. Hal ini telah pun

    disepakati oleh Ijma Ulama. Adapun waktu im-sak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit

    sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira

    tempoh membaca 50 ayat Al-Quran yang seder-hana panjang. Imsak adalah perkataan bahasa

    Arab yang bermaksud menahan daripada se-

    suatu. Waktu imsak ini adalah sebaik-baik

    waktu bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya

    bersiap-siap untuk menantikan masuknya waktu

    subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-

    jaga /berwaspada)agar tidak tergopoh-gapah ber-

    sahur hingga masukya waktu subuh. Bersahur

    ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih

    afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW.

    Kesimpulannya, mereka yang makan/

    minum selepas waktu imsak tidaklah mem-

    batalkan puasanya selagi mana tidak sampai

    masuknya waktu subuh tetapi bersahur

    ketika hampir waktu imsak (tidak terlalu ce-

    pat atau lambat)adalah yang digalakkan ker-

    ana ia sunnah Rasulullah SAW dan meru-

    pakan adab bersahur yang sangat baik.

    Demi menjaga kesempurnaan ibadah

    puasa kita dan lebih beradab dalam melaksana-

    kan perintah Allah maka adalah baik jika kita

    mengikut panduan yang diberi.

  • Assalamu'alaikum wbt.

    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang

    istimewa bagi seluruh umat Islam di setiap penjuru

    dunia. Ramadhan merupakan ladang amal bagi

    orang-orang soleh,

    Allah SWT juga memberikan kemuliaan

    kepada tiap sepuluh hari pada bulan ramadhan.

    Sebagian ulama membagi bulan Ramadhan dalam

    tiga fasa, yaitu sepuluh hari pertama Ramadhan

    dinamakan terbukanya pintu Rahmat . Sepuluh hari

    kedua atau pertengahan dinamakan Magfirah yaitu

    di Ampuninya segala dosa-dosa dan sepuluh hari

    terakhir bulan ramadhan dinamakan pembebasan

    dari api neraka. Sebagaimana yang diterangkan

    dalam hadis Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sal-

    lam :Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, di-

    mana ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu

    Alaihi wa Sallam Bersabda :

    Awal bulan Ramadan adalah Rahmat, perten-

    gahannya Maghfirah, dan akhirnya Itqun Minan

    Nar (pembebasan dari api neraka).

    Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu.

    Diceritakan bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa

    Sallam Berkhutbah menjelang Ramadan, diantara

    isi khutbah beliau,

    Siapa saja yang memberi buka kepada orang yang

    puasa dengan seteguk susu, sebiji kurma, atau

    seteguk air, dan siapa yang mengenyangkan orang

    puasa maka ALLAH akan memberi minum dari te-

    laga dengan satu tegukan, yang menyebabkan ti-

    dak haus sampai masuk syurga. Inilah bulan, yang

    awalnya adalah Rahmat, Pertengahannya Magh-

    firah, dan akhirnya Itqun Minan nar (pembebasan

    dari api neraka). Perbanyaklah melakukan 4 hal

    dalam bulan Ramadan

    Para ulama memaknai sepuluh hari pertama

    bulan ramadhan sebagai Rahmat, yaitu terbukanya

    pintu Rahmat Allah SWT, yang diberikan kepada

    hamba-hamba pilihan-Nya yang menunaikan

    puasa.

    Dalam khazanah tasawuf Rahmat itu ada dua

    macam, pertama Rahmah Dzaatiyyah, yaitu Rah-

    mat dan Anugerah yang diberikan Allah SWT

    kepada semua mahluk-Nya tanpa terkecuali.

    Kedua Rahmah Khushushiyyah, yaitu Rahmat dan

    kasih sayang yang Allah SWT hanya diberikan

    kepada hamba-hamba Pilihan-Nya.

    Salah satu Rahmat dan kasih sayang Allah

    SWT yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya

    yang puasa dengan Iman dan taqwa yaitu dis-

    ediakan salah satu pintu masuk ke dalam surga

    yang tidak dilalui oleh siapapun kecuali para ahli

    puasa.

    Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda:

    Dari Sahal bin Saad Radhiyallahu Anhu bahwa

    Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda

    Sesungguhnya di Surga ada salah satu pintu yang

    dinamakan Rayyan; masuk dari pintu tersebut ahli

    puasa di hari kiamat, tidak ada yang masuk dari

    pintu itu selain ahli puasa, lalu diserukan Manakah

    para ahli puasa?, maka berdirilah para ahli puasa

    dan tak ada seorangpun yang masuk dari pintu itu

    kecuali mereka yang tergolong para ahli puasa,

    dan apabila mereka sudah masuk, maka pintu

    surga tersebut segera tertutup, dan tak ada satu-

    pun yang diperbolehkan masuk setelah mereka .

    (H.R. Bukhari dan Muslim).

    Keutamaan 10 Hari Pertama

    Bulan Ramadhan