buletin ramadhan 1436h 2.pdf
TRANSCRIPT
-
RAMADHAN 1436H/IRSYADKUANTAN/BULETIN/EDISI 2
1 | B U L E T I N E D I S I 2
Assalamualaikum wbt,
Kepada semua warga al-Irsyad, guru-guru,kakitangan , para pelajar dan ibu bapa yang
dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w beserta kaum
keluarga dan sahabat handai sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
dan izinNya kita semua masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk kita beribadah di
bulan Ramadhan tahun ini.Marilah sama-sama kita berusaha menggandakan amal ibadah kita
di bulan Ramadhan ini dengan doa yang bersungguh-sungguh agar kita dipertemukan oleh
Allah SWT dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar.
Kita juga hendaklah bersungguh-sungguh berdoa agar di akhir Ramadhan kita ini, kita
mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Kesempatan ini, saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua muallim dan
muallimah serta kakitangan Sekolah al-Irsyad Kuantan. Antum adalah tonggak kepada Sistem
Pendidikan al-Irsyad. Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang tidak terhingga lebih-lebih
lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah di atas jalan
yang diredhaiNya. Terima kasih kepada ibu bapa dan para dermawan yang sentiasa
menyokong dan menghulurkan sumbangan untuk memajukan al-Irsyad.Hanya Allah yang
dapat membalasnya.
Sekian ,
Puan Aineszun Binti Amzah
Pengetua,
Sekolah Menengah Islam al-Irsyad
Kuantan.
Cuti Persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri:
Sekolah akan mula bercuti pada 15 Julai 2015 Sehingga 21 Julai 2015.
Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan
Batin. Terima kasih atas sumbangan ikhlas yang telah disumbangkan bagi
menjayakan program Ihya Ramadhan Sekolah Islam al-Irsyad . Hanya
Allah yang dapat membalasnya.
Selamat menyambut Aidilfitri;Eid Mubarak kepada semua para ibu
bapa,pelajar , guru-guru serta warga kerja al-Irsyad dan umat Islam amnya.
Semoga tarbiah Ramadhan yang telah dilalui akan tetap berterusan dalam
kehidupan seharian kita, Insya Allah. Sambutlah Aldilfitri dengan sebaiknya dan
jangan lupa kepada mereka yang memerlukan.
Puan Aminah Binti Abd Rahman
Mudirah
Sekolah Rendah Islam al-Irsyad
Kuantan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Bulan ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmat dan bulan utama, pahala
digandakan,doa diterima. Bulan Lailatul Qadar yang istimewa .
Isilah ramadhan dengan sebaiknya, kerana ia datang setahun sekali. Tahun
hadapan belum tentu jumpa, kerana kita mati bila-bila masa.
Ramadhan adalah klinik untuk merawat hati-hati yang selama ini diisi
dengan pelbagai rencah kehidupan yang bersifat duniawi. Lalu, di bulan ini
kita diperintahkan untuk melaksanakan Rukun Islam yang ketiga ( berpuasa
di bulan ramadhan ) bagi menyucikan segala kekotoran diri.
Namun,mungkin ramai juga yang mengeluh dengan kehadirannya
letih,lapar,mengantuk,malasnya.( namun percayalah, hadirnya adalah
sebagai hadiah kecintaan Khalik buat hamba-hambaNya.
Selangkah kebaktian yang dilakukan, akan dibalas dengan pahala yang
berlipat ganda. Ditutup segala pintu neraka bahkan dibuka pintu syurga
seluas-luasnya. Di kesempatan ini , mohonlah keampunan kepadaNya.
Akhirul kalam, sama-samalah kita mendekatkan diri kepada Allah.
Selangkah kita menghampiriNya, seribu langkah Dia menghampiri kita.
Wassalam
Dengan ini kami warga SRAIT mengucapkan:
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa dan Menyambut 1 Syawal .
Ucapan Pengetua SMAI Ucapan Mudirah SRAIT
Ucapan Mudirah SRAI
Pengumuman
Sepanjang bulan Ramadhan ini, pelbagai aktiviti telah berlangsung. Aktivi-
aktiviti ini melibatkan para pelajar ,guru-guru dan ibu bapa. Program yang
telah berlangsung sepanjang Ramadhan ialah, Iftar perdana, Hifzil Quran
SRAI, Hifzil Quran SMAI,Iktikaf, Pertandingan Tazkirah dalam kalangan
pelajar, Forum Perdana Nuzul Quran, Iftar Perdana SRAI Tg.Lumpur dan
juga lawatan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan
Agama Islam Pahang ke SMAI.
Majlis Hifzil Quran telah berlangsung pada 3 Julai 2015(Jumaat) di
Kantin sekolah Islam al-Irsyad Kuantan melibatkan 24 orang peserta
daripada Tahun 1 hingga 6. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan
daripada pengerusi majlis diikuti ucapan perasmian oleh En.Yusof bin
Hashim (Tim.Pengerusi PIB.Sekolah Islam al-Irsyad). Majlis
kemudiannya diteruskan dengan ujian hafazan bagi murid tahun 1-6.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.
Hifzil Quran SRAI
Sempena peristiwa penurunan al-Quran (Nuzul Quran),jawatankuasa tarbiyah
SMAI telah menganjurkan forum perdana berkaitan Nuzul Quran bertujuan untuk
memberi kefahaman dan penghayatan terhadap peristiwa besar penurunan al-
Quran ini. Forum ini telah dipengerusikan oleh Muallim Mohd Dasuki bin Mohd
Lebar. Manakala ahli panel terdiri daripada Muallim Zamri Mustapha dan
Muallim Shahrulnizam.
Forum Perdana Nuzul Quran
-
RAMADHAN 1436H/IRSYADKUANTAN/BULETIN/EDISI 2
2 | B U L E T I N E D I S I 2
DANA PEMBANGUNAN TAHFIZ
AL-IRSYAD CENDERING
Sumbangan anda masih diperlukan . Jumlah yang diperlukan RM200,000
Bagi kerja-kerja menambun tanah dan pembinaan bangunan Tahfiz al-Irsyad.
Iftar Perdana Sekolah Islam al-Irsyad telah berlangsung pada 26 Jun 2015 bersamaan 9 Ramadhan 1436H. Majlis telah
dimulakan seawal 2.30 petang bagi penyediaan juadah berbuka diikuti dengan ucapan pelancaran tabung wakaf Pembangunan
Tahfiz al-Irsyad cawangan Chendering pada jam 6.30 petang oleh Ustaz Azhar bin Jaafar selaku Pengerusi Ahli Jemaah
Pengurus. Juadah berbuka pada hari tersebut ialah Nasi Beriani dan bubur lambuk khas sumbangan PIBG Sekolah Islam al-
Irsyad. Jemaah kemudiannya bersolat maghrib dan mendengar tazkirah ringkas daripada Ustaz Mohd Shukry bin Jusoh. Majlis
berakhir usai solat Tarawih.
Kemana Wakaf/Derma
anda dibelanjakan?
Iftar pelajar
Saguhati anak
yatim/asnaf
Pembagunan Sekolah
Program pelajar
(Ihya' Ramadhan)
Musabaqah Al-Quran
Saguhati Imam/Pemberi
tazkirah
06-019-01-007715-6 Sistem Pendidikan al-Irsyad Berhad
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun BIMB atas nama Sistem Pendidikan al-Irsyad Berhad
06-019-01-007715-6 atau di kaunter pejabat
sekolah.
JOM TAMBAH SAHAM
AKHIRAT !!
Al- Irsyad mengadakan majlis bersama masyarakat untuk mengimarahkan Ramadhan yang mulia ini.Jika sebelum ini warga Irsyad sama
ada guru dan pelajarnya akan beriktikaf di masjid yang terpilih,tetapi tahun ini ada kelainan. Pihak sekolah telah mengadakan majlis
bersama masyarakat dengan menghulurkan sedikit sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan yang diadakan di Masjid Al
Khairiah,Batu 8 pada 3 Julai 2015.Seramai 40 pelajar SMAI serta empat orang guru menyertai program ini.CEO Irsyad Ustaz Mohd Shukry
turut menyampaikan tazkirah Ramadhan selepas solat Tarawih.
Iftar Perdana
Program bersama Masyarakat