buletin ramadhan 03

4
Infaq Ramadhan. 11 Ramadhan. SMK Chini Timur. Satu program yang dikenali sebagai Infaq Rama- dan telah dianjurkan oleh Bina Insan SMK Chini Timur. Program yang telahpun menjadi aktiviti tahunan ini bermula sejak 1 Ramad- han lagi sudah memasuki tahun yang ketiga. Ianya dilaksanakan bertujuan mendidik jiwa pelajar agar sentiasa mempunyai keinginan untuk menginfaqkan harta sebagai fii sabiilil- lah khususnya dalam bulan yang barakah ini. Pelaksanaan infaq Ramadan ini lakukan sebanyak 2 kali seminggu iatu pada hari Isnin dan Jumaat. Beberapa pelajar yang juga oleh pengawas bertugas dengan mengedarkan tabung infaq kepada rakan dan guru semasa perhimpunan rasmi di Dataran Ibnu Sina. Menurut guru Pendidikan Islam sekolah, Ustazah Zaleha binti Bakar. hasil kutipan pada hari tersebut akan diserahkan kepada Bendahari Bina Insan yang kini dianggarkan berjumlah RM150.00. Berdasarkan jumlah tersebut, ianya mengambarkan sambutan yang amat meng- galakan di kalangan warga SMK Chini Timur ini. Difahamkan hasil sumbangan ini akan disalurkan kepada anak-anak yatim dan juga digunakan untuk majlis Khatam al-Quran, se- lain daripada dimasukkan ke dalam tabung kebajikan sekolah. WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN CHINI TIMUR 11-12 RAMADHAN (0910 JUL) 7:23 PM / 5:32 AM 13-15 RAMADHAN (0708 JUL) 7.24PM / 5.33 AM BIL 03 | 11 - 15 RAMADHAN 1435 H | 09 - 13 JUL 2014 M | PERCUMA

Upload: zahrisal

Post on 13-Sep-2015

262 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

edaran terhad

TRANSCRIPT

  • Infaq Ramadhan.

    11 Ramadhan. SMK Chini Timur. Satu

    program yang dikenali sebagai Infaq Rama-

    dan telah dianjurkan oleh Bina Insan SMK

    Chini Timur. Program yang telahpun menjadi

    aktiviti tahunan ini bermula sejak 1 Ramad-

    han lagi sudah memasuki tahun yang ketiga.

    Ianya dilaksanakan bertujuan mendidik jiwa

    pelajar agar sentiasa mempunyai keinginan

    untuk menginfaqkan harta sebagai fii sabiilil-

    lah khususnya dalam bulan yang barakah ini.

    Pelaksanaan infaq Ramadan ini lakukan

    sebanyak 2 kali seminggu iatu pada hari Isnin

    dan Jumaat. Beberapa pelajar yang juga oleh

    pengawas bertugas dengan mengedarkan

    tabung infaq kepada rakan dan guru semasa

    perhimpunan rasmi di Dataran Ibnu Sina.

    Menurut guru Pendidikan Islam sekolah,

    Ustazah Zaleha binti Bakar. hasil kutipan

    pada hari tersebut akan diserahkan kepada

    Bendahari Bina Insan yang kini dianggarkan

    berjumlah RM150.00.

    Berdasarkan jumlah tersebut, ianya

    mengambarkan sambutan yang amat meng-

    galakan di kalangan warga SMK Chini Timur

    ini. Difahamkan hasil sumbangan ini akan

    disalurkan kepada anak-anak yatim dan juga

    digunakan untuk majlis Khatam al-Quran, se-

    lain daripada dimasukkan ke dalam tabung

    kebajikan sekolah.

    WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI

    KAWASAN CHINI TIMUR

    11-12 RAMADHAN (0910 JUL) 7:23 PM / 5:32 AM 13-15 RAMADHAN (07 08 JUL) 7.24PM / 5.33 AM

    BIL 03 | 11 - 15 RAMADHAN 1435 H | 09 - 13 JUL 2014 M | PERCUMA

  • BILA KEMANISAN RAMADHAN ITU

    DIRASAI Terdapat 6 langkah untuk mencapai kesem-purnaan dalam berpuasa. 1. Mata : Hendaklah dijaga daripada melihat perkara- perkara maksiat. 2. Mulut : Hendaklah dijaga daripada menge-luarkan perkataan-perkataan maksiat seperti fitnah mengumpat dan sebagainya. 3. Telinga : Hendaklah dijaga daripada mendengar perkataan-perkataan maksiat. 4. Perut : Hendaklah sentiasa diisi dengan makanan yang halal dan tidak berlebih-lebihan. 5. Tangan dan kaki : Hendaklah sentiasa di-hindarkan dari melakukan dan menuju ke tempat-tempat maksiat. 6. Hati : Hendaklah sentiasa bermohon agar dikurniakan sifat sabar, taqwa dan redha.

    Indahnya andai kita sama-sama dapat mera-sai kemanisan bulan ramadhan. Berlumba-lumba untuk berbuat amal selagi Allah masih memberi nikmat umur yang panjang dan kesi-hatan kepada kita untuk beribadat. Hayati keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan ini dan hargai peluang yang Allah kurniakan kepada kita.

  • Infaq Ramadhan

    Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana

    kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan

    Ramadhan yang penuh kemuliaan. Bulan yang

    dinanti-nanti ketibaannya terutama sekali oleh

    orang-orang yang beriman. Inilah peluang bagi

    kita untuk mempertingkatkan ketakwaan kita

    kepada sang pencipta, Allah Azza Wajalla.

    Dalam bulan ini, kita boleh memperbaiki

    diri kepada yang lebih baik, mendekatkan diri

    dengan masjid mahupun surau dan memperban-

    yakkan amalan sedekah termasuklah membelan-

    jakan harta sementara kita ini kepada golongan mustadafin yang amat memerlukan.

    Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang

    yang memberi dan tangan yang di bawah adalah

    orang yang meminta. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini menunjukkan betapa kita perlu mem-

    bantu golongan yang memerlukan seperti fakir-

    fakir miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal

    dan gelandangan terutama dalam bulan Ramad-

    han.

    Banyak cara kita boleh mempraktikkan

    amalan sedekah dalam bulan yang mulia ini

    antaranya menyediakan juadah untuk moreh di

    masjid, menganjurkan majlis berbuka dan bersa-

    hur di rumah orang tua dan rumah anak yatim,

    menderma wang untuk program-program di

    masjid, menghulurkan juadah berbuka untuk ge-

    landangan dan banyak lagi.

    Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah

    adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan

    tujuh batang tangkai; setiap tangkai itu pula

    mengandungi seratus biji. Allah melipatganda-

    kan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya

    dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha

    Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 261)

    Ini janji Allah bagi mereka yang

    menderma atau bersedekah di jalan Allah iaitu

    ganjaran sehingga 700 kali ganda untuk setiap

    sedekah yang dihulurkan.

    Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan

    bersedekah terutama dalam bulan Ramadhan ini

    seperti dibebaskan dari seksa kubur, dikurniakan

    dada yang lapang dan hati yang gembira, Allah

    melipatgandakan pahala orang yang bersedekah,

    sedekah membawa keberkatan pada harta dan

    banyak lagi.

    Akhirnya, setiap ibadah yang kita jalani

    tidak kira dalam Ramadhan mahupun luar

    Ramadhan, ianya perlu disulami dengan niat

    yang ikhlas kerana setiap amalan itu bergantung

    kepada niat individu itu sendiri.