ramadhan tiba lagi - jawijawi.gov.my/pdf_doc/buletin jawi_website.pdf · mereka yang memasuki bulan...

20
B U L E T I N Ramadhan tiba lagi... “Sesiapa menghidupkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya (yang terdahulu)”. [Bukhari dan Muslim] Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN •

Upload: others

Post on 25-May-2020

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

B U L E T I N

Ramadhan tiba lagi...

“Sesiapa menghidupkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas(kepada Allah), diampunkan dosanya (yang terdahulu)”.

[Bukhari dan Muslim]

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435

• JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN •

Page 2: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 14352

BULETIN

Kandungan

RAMADHAN KAREEM…

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T, pentadbir sekalian alam kerana

dengan limpahan rahmat dan kasih-sayangNya kita masih dapat lagi menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.

Buat julung-julung kalinya, JAWI telah berjaya menerbitkan Buletin JAWI sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat dan memaparkan aktiviti serta program yang telah dilaksanakan bagi setengah tahun pertama 2014. Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Buletin JAWI dengan usaha gigih bagi merealisasikan penerbitan pertama Buletin JAWI ini.

Buletin kali pertama ini juga diterbitkan hampir dengan kedatangan bulan keberkatan, keampunan dan rahmat iaitu bulan Ramadhan. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan, madrasah ibadah dan juga ujian penilaian ketaatan kita kepada Allah S.W.T. Rebutlah peluang keemasan yang datang hanya sekali dalam setahun bagi mempertingkatkan amal ibadat dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T.

Akhir kata, semoga penerbitan buletin ini dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca dan usaha-usaha untuk menerbitkannya dinilai sebagai sumbangan ikhlas untuk menyampaikan dakwah kepada seluruh umat Islam.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Kori Bin Jusoh Ketua Penolong PengarahUnit Perhubungan Awam dan PenerbitanBahagian Khidmat PengurusanJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Dari Meja Ketua Editor... PENAUNG |

YBhg. Tn. Hj. Paimuzi bin YahyaPengarah JAWI merangkapSetiausaha MAIWP

PENASIHAT |Tuan Ahmad Rajiun bin Abu BakarTimbalan Pengarah (Pengurusan)Tuan Hj. Che Husain bin IsaTimbalan Pengarah (Operasi)Tuan Hj. Musa bin RanliKPPK Bahagian Khidmat Pengurusan

KETUA EDITOR |Us. Mohamad Kori bin JusohKPP Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan

PENOLONG KETUA EDITOR |Khairunnisa binti BakriPP Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan

PASUKAN EDITORIAL |Mohd Kassim bin Maarof Maznah binti TahirAsnida binti Mohd YusoffMohd. Arif bin Abdul SamatAinon Baizura binti Abu BakarAriffi Idawati binti ZainuddinRobiah binti Mohd HassanFathiah binti Abdul RahmanNor Diyana binti Mohamed RaisNoor Hazwan bin NasruddinAyesha binti AriffinSahrin bin SallehAzizan bin OthmanFariza binti ZulkipliAdli Zil-Ikram bin Mohamed

FOTOGRAFI |Mohamad Hafiz bin Zakaria

~ Sidang Redaksi Buletin Jawi ~

• Senarai Semak Persiapan dan Pelaksanaan Puasa Ramadhan 3

• Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga : Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK) 5

• Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga : Soalan Lazim berkaitan perkahwinan di dalam Wilayah Persekutuan 6

• Bahagian Pelajaran : Multaqa Guru-Guru SRA dan KAFA JAWI 7

• Bahagian Pelajaran : Kursus Tranformasi Profesionalisme Keguruan Kepada Guru-Guru Lantikan Baru Siri 1/2014 8

• Bahagian Pelajaran : Projek Sekolah Rintis Kaedah Iqra’ antara Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 9

• Bahagian Penyelidikan : PEMIKIRAN ALIRAN BARU : Cabarannya Kepada Ummah 10

• Bahagian Penyelidikan : Kursus Penyembelihan Halal Siri 1/2014 & Taklimat Isu-Isu Semasa Akidah 11

• Bahagian Penguatkuasaan : JUDI : Kesenangan yang Sementara 12-14

• Bahagian Pengurusan Dakwah : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M 15

• Cawangan Labuan : Program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 16

• Cawangan Labuan : Majlis Ihtifal peringkat Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 17

• Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur • Program Solat Hajat anjuran 1M4U • Forum Khas Bicara Minda • Perbezaan Agama: Hidayah Milik Allah 18

• Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 1435H 19

Page 3: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 3

Sebagai persiapan awal, mari kita buat perancangan persediaan memasuki Ramadan. Mulakan kehidupan seharian seperti kita menjalani Ramadan nanti. Senarai semak perancangan ini sekadar sebagai panduan, para pembaca boleh menambah amalan

persediaan tersebut:-

SENARAI SEMAKPersiapan dan Pelaksanaan Puasa Ramadhan

Sebelum Ramadhan

1. Tingkatkan puasa sunat.

2. Mula biasakan bangun sahur.

3. Susun jadual untuk awal berbuka puasa.

4. Sesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang panas.

5. Meningkatkan kawalan emosi, pengurusan marah dan tekanan kerja.

6. Tambahkan kekerapan membaca al-Quran.

7. Biasakan bangun 30 minit sebelum Subuh untuk Qiam walau dua rakaat.

8. Senaraikan doa-doa ma’thur untuk diamalkan ketika Ramadan.

9. Memperbanyakkan sedekah.

10. Jauhi perkara yang boleh mengurangkan keberkatan puasa.

11. Banyakkan beristighfar dan memohon keampunan kerana Ramadan adalah bulan pengampunan dosa.

12. Biasakan berjemaah di masjid untuk persediaan Solat Terawih.

13. Menyediakan perbelanjaan harian untuk mengelak pembaziran.

14. Mengulangkaji semula ilmu yang berkaitan dengan puasa, meneliti semula rukun, syarat, adab-adab, sunnah, dan hikmah-hikmah ibadah puasa.

15. Berazam untuk menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti membazir ketika membeli juadah berbuka puasa, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.

Semasa Ramadhan

1. Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith.

2. Memohon ma’af kepada kedua-dua orang tua, suami isteri, anak-anak, saudara - mara dan para sahabat atau kerabat anda, oleh sebab setiap hari anda berhubung dengan mereka. Oleh itu, lupakanlah kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubung dengan mereka.

3. Bersihkan pakaian taqwa dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri hati ,dengki, hasad, menghasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum berpuasa, ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.

4. Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah-ibadah sunat.

5. Tingkatkan iman dan taqwa, selenggarakan & hadiri majlis ilmu di tempat anda.

6. Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) juzuk sehari selama ibadah puasa.

7. Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.

8. Tingkatkan amar ma’ruf nahi mungkar, saling menasihati di jalan Allah dan perbanyak bersabar.

9. Usahakan beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

10. Melaksanakan Qiamullail (solat malam).

~ Sidang Redaksi Buletin Jawi ~

Page 4: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 14354

Selepas Ramadhan1. Puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal (Puasa Enam).

2. Perbanyakkan puasa sunat Isnin dan Khamis sebagai meneruskan ibadat Ramadhan.

3. Meneruskan solat secara berjemaah seperti kita lakukan dalam solat terawih .Penuhi masjid dan surau sebagaimana dalam bulan Ramadhan.

4. Teruskan semangat takwa yang kita dapat dari latihan Ramadhan,dengan tidak mengumpat dan mencela orang lain seperti dalam Ramadhan.

5. Teruskan membaca al-Quran dan berzikir seperti di dalam bulan Ramadhan.

6. Bertekad supaya dapat menjaga benih-benih amalan yang telah kita suburkan dan semaikan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat, rosak dan dapat terus diamalkan pada bulan-bulan seterusnya.

3 Golongan Selepas Bulan Ramadhan

Selepas Ramadhan ini terdapat tiga golongan manusia yang dapat kita perhatikan, iaitu:

Golongan pertama:

Mereka yang sentiasa dalam ketaatan sebelum kedatangan Ramadhan. Apabila datang Ramadhan, mereka semakin rancak dan bersungguh-sungguh beribadah dengan berpuasa, qiamullail, sedekah, membaca al-Qur’an, solat di masjid, silaturrahmi dan segala yang mendatangkan keredhaan Allah SWT. Apabila Ramadhan berlalu mereka sangat sedih kerana mereka telah mengecapi nikmat dan kelazatan beribadah sepanjang Ramadhan. Air mata mereka mengalir dan hati mereka merindui Ramadhan yang berikutnya. Mereka terus dalam taat di antara harap dan takut. Keadaan mereka persis sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 57-61 bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.

Mereka memahami bahawa ibadah dan taat bukan hanya di dalam bulan Ramadhan semata-mata, tetapi setiap masa dan ketika selagi hayat dikandung badan. Kerana amalan yang paling baik adalah yang berterusan. Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa nabi SAW bersabda bermaksud:

Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan walaupun sedikit. (Riwayat al-Bukhari)

Golongan kedua:

Mereka yang lalai dan leka sebelum kedatangan Ramadhan. Apabila datangnya Ramadhan, mereka berubah dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan dengan pelbagai amal soleh. Namun selepas Ramadhan pergi, ibadah dan amalannya juga turut pergi jauh entah ke mana. Mereka kembali lalai dan melakukan maksiat seperti sebelum Ramadhan.

Ramadhan adalah penjara bagi mereka. Apabila Ramadhan habis maka mereka bebas semula tanpa ikatan taat dan amal. Mereka adalah ahli ibadah bermusim yang hanya mengenal Allah SWT mengikut musim tertentu. Maka apakah ertinya mereka beribadah selama sebulan Ramadhan sedangkan selepas itu kembali kepada perangai lama? Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 92 bermaksud:

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; Dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisih padanya.

Jika kita kekal dan istiqamah dengan amal soleh adalah tanda amalan diterima, maka berhenti melakukan amal soleh selepas melakukannya pula adalah petanda amalan kita tidak diterima. Malanglah mereka yang tidak mengenal Allah Azza wa Jalla melainkan dalam bulan Ramadhan sahaja.

Golongan ketiga:

Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan, lalai, leka dan bergelumang dengan dosa. Ramadhan tiada makna bagi mereka. Apabila Ramadhan berlalu mereka masih begitu bahkan lebih malang lagi jika menjadi lebih jahat dari sebelumnya.

Benarlah sabda nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Rugilah sesiapa yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak bersolawat kepadaku, dan rugilah sesiapa yang Ramadhan datang kepadanya dan berlalu tanpa diampunkan dosanya, dan rugilah sesiapa yang mempunyai kedua ibubapa tetapi tidak menyebabkannya dia masuk syurga. (Riwayat Tirmizi)

Kesimpulannya, jadilah golongan yang pertama dengan meneruskan ketaatan dan amal soleh kepada Allah Azza wa Jalla walaupun selepas berlalunya Ramadhan. Para ulama berkata: ”Kun abdan rabbaniyan walaa takun ramadhaniyan (Jadilah hamba Allah yang rabbani dimana sahaja dan setiap masa, jangan hanya menjadi hamba Allah di bulan Ramadhan sahaja)”. Wallahu a’lam.

Page 5: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 5

Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Pusat

Khidmat Sosial (PKS) merupakan program jangka panjang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) seluruh Malaysia dalam mengatasi masalah sosial masyarakat Islam di negara ini yang semakin serius dan membimbangkan.

Tujuan Penubuhan:

• Membantu memperkukuh peranan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah Persekutuan melalui sesi khidmat nasihat yang dijalankan.

• Membantu masyarakat menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan dengan isu rumah tangga, kekeluargaan, remaja, kejiranan serta keagamaan.

• Memberi kemudahan kepada masyarakat mendapatkan khidmat nasihat secara langsung dan percuma pada masa-masa yang telah ditetapkan.

• Berusaha menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat melalui program-program yang diadakan.

• Penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat oleh pegawai yang terlatih dan mampu memberi nasihat secara berkesan.

• Mendekatkan dan menjalinkan hubungan masyarakat setempat dengan pihak jabatan serta institusi-institusi agama yang lain.

Perkhidmatan yang disediakan:

• Memberi khidmat nasihat dan rundingcara kepada masyarakat mengenai pelbagai masalah sosial berkaitan isu rumahtangga, kekeluargaan, keagamaan dan remaja

• Menyalurkan aduan dan masalah yang diterima kepada pihak-pihak berkenaan terutamanya kepada pihak JAWI untuk tindakan lanjut

• Merancang dan menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan keluarga berpandukan program-program yang telah ditetapkan oleh PPKI dan PKS seperti berikut:

- Modul Kemahiran Keibubapaan - Modul Pendidikan Kanak-kanak - Modul Ibu Hamil - Modul Keluarga Bermasalah

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

PUSAT KHIDMAT KELUARGA SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK)

A) Isnin hingga Jumaat (10.00 pagi - 12.00 tengah hari) 1. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur. Tel : 03-2283 3707

2. Masjid Amru Al-Ass, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-4044 9611

B) Sabtu dan Ahad (9.00 pagi - 4.00 petang)

1. Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur. Tel : 03-9173 4728

2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8880 4300

3. Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan, 57100 Kuala Lumpur Tel : 03-9172 5357

4. Masjid Al– Akram, Kg. Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Tel : 03-4257 0529

5. Masjid Al-Imam As– Syafie, Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur. Tel : 03-9281 2472

6. Masjid Al– Ikhlasiah, Kg. Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. Tel : 03-2282 8912

7. Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-4041 9233

8. Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, 51200 Kuala Lumpur. Tel : 03-6257 0533

LOKASI PERKHIDMATANPUSAT KHIDMAT KELUARGA SOSIAL

DAN KOMUNITI (PPKSK):

Page 6: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 14356

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Soalan LAZIM BERKAITANPERKAHWINAN DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Bagaimana proses permohonan pernikahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

PEMOHON LELAKI:

• Hadir kursus pra perkahwinan Modul MBKPPI • Dapatkan borang permohonan untuk kebenaran berkahwin ‘borang (1)’ di JAWI atau muat turun borang melalui Laman Sesawang JAWI. • Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI atau muat turun borang di laman sesawang JAWI. • Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah) • Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah kariah (imam jurunikah kariah). • Hantar dan dapatkan kebenaran berkahwin dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluaga JAWI

PEMOHON PEREMPUAN:

• Hadir kursus pra perkahwinan Modul MBKPPI • Dapatkan borang permohonan untuk kebenaran berkahwin ‘borang (1)’ di JAWI atau muat turun borang melalui Laman Sesawang JAWI. • Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI atau muat turun borang di laman sesawang JAWI. • Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah) • Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah kariah (imam jurunikah kariah) – Pemohon perlu hadir bersama wali. • Hantar dan dapatkan kebenaran berkahwin dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluaga JAWI

2. Bagi pemohon perempuan perlukah wali hadir untuk menandatangani borang permohonan untuk kebenaran berkahwin?

Ya.Wali hendaklah hadir bersama pemohon dihadapan jurunikah untuk tujuan pengesahan wali dan membawa bersama dokumen lampiran bagi tujuan pengesahan ‘Borang 1’.Tandatangan wali hendaklah diturunkan dihadapan jurunikah kariah.

3. Sekiranya pemohon tinggal di kawasan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, Jabatan Agama manakah yang harus dirujuk untuk tujuan permohonan berkahwin?

Sekiranya pemohon tinggal di kawasan tersebut,tindakan yang perlu dibuat adalah dengan memastikan tempat cukai pintu dibayar. Sekiranya pemohon membayar cukai pintu di Selangor, Jabatan Agama yang harus dirujuk ialah JAIS atau PAID dan sekiranya membayar cukai pintu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah merujuk kepada JAWI.

4. Berapakah bayaran yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kebenaran berkahwin di Wilayah Persekutuan dan bilakah perlu diserahkan ?

Bayaran kebenaran berkahwin dalam Wilayah Persekutuan termasuk pendaftaran berkahwin ialah RM 25.00 dan hendaklah diserahkan bersama- sama borang permohonan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI.

Page 7: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 7

3 April 2014 (Khamis) - Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengadakan Program Multaqa Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Dan Kelas Al-Quran & Fardhu Ain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur.

Objektif program ialah untuk memberikan informasi terkini berkaitan dasar-dasar pendidikan Negara disamping menghargai sumbangan warga pendidik JAWI di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Program yang dihadiri seramai 1200 orang guru SRA dan KAFA ini telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B).

Dalam majlis yang sama, seramai 657 orang guru KAFA dan 56 orang guru SRA Elaun menerima insentif berupa bantuan kewangan sebanyak RM500.00 seorang. Sumbangan yang berjumlah RM356,500.00 keseluruhannya adalah peruntukan daripada Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP). Insentif ini merupakan antara usaha JAWI untuk menjaga kebajikan guru-guru KAFA dan SRA di Wilayah Persekutuan

Dengan pemberian sumbangan tersebut, diharapkan semua warga pendidik SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan akan terus meningkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi pemimpin masyarakat yang boleh dicontohi.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI dan YBhg. Dato’ Razali Bin Shahabuddin, Timbalan Pengarah JAKIM, Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM.

Bahagian Pelajaran

MULTAQA GURU-GURU SRA DAN KAFA JAWI

Page 8: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 14358

19 - 21 Mac 2014 (Rabu hingga Jumaat) - Bahagian Pelajaran, JAWI, mengucapkan tahniah di atas kejayaan kepada 207 orang guru baru yang dilantik secara tetap berjawatan gred DGA29. Mereka inilah yang mengisi kekosongan jawatan sebagai guru-guru agama di sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perkara ini dimaklumkan oleh YBhg. Tuan Haji Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) selaku mewakili Pengarah JAWI, semasa merasmikan kursus ini.

Objektif kursus ini adalah bagi pegawai lantikan baru memahami peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam serta dapat menguruskan tugas-tugas mengikut panduan dan peraturan yang telah ditetapkan serta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan.

JAWI amat mengambil berat terhadap bidang pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan terutama segi sumber tenaga pengajar iaitu guru-guru. Faktor guru kurang mahir adalah salah satu punca kualiti pendidikan terganggu. Dengan adanya perlantikan guru yang mahir dan tetap ini diharap dapat memberi sinar dalam bidang pendidikan Islam di JAWI seterusnya meningkatkan tahap kualiti pendidikan.

Pada sesi akhir kursus, pihak JAWI telah menyerahkan surat penempatan kepada semua guru. Surat penempatan ini telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hajjah Zaiton binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran, JAWI .

Bahagian Pelajaran

KURSUS

Tranformasi Profesionalisme Keguruan Kepada Guru-Guru Lantikan Baru Siri 1/2014

Page 9: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 9

15 April 2014 (Selasa) - Bahagian Pelajaran, JAWI dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) dan Darul Fikir telah mengadakan Bengkel Projek Sekolah Rintis Kaedah Iqra’ Antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Dewan Hadhari, JAWI, Kuala Lumpur. Bengkel ini adalah lanjutan kepada Kursus Bersiri Pengajaran Kaedah Iqra’ dan Kaedah Al-Quran Berwarna (Mushaf Tajwid) yang telah diadakan sebanyak empat (4) Siri sepanjang bulan Mac yang melibatkan seluruh sekolah di SK dan SRA dengan pihak Darul Fikir telah menyumbangkan tenaga penceramah iaitu Al-Fadhil Ustaz Dr. Muhammad Furqon merupakan utusan khas daripada Pusat Iqra’ Yogyakarta Indonesia ke Malaysia dan murid kepada Allahyarham Ustaz As’ad Humam, Pengasas Kaedah Iqra’.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memantapkan penguasaan kaedah iqra’ kepada semua guru supaya sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berlaku adalah mengikut kaedah yang betul. Hasil dari bengkel ini, pihak JAWI telah merancang untuk membuat pengukuran impak terhadap kaedah ini di sekolah melalui Projek Rintis Kaedah Iqra’ iaitu melibatkan kerjasama antara sekolah rendah agama dan sekolah kebangsaan.

Sekolah yang terlibat bagi pelaksanaan projek rintis ini ialah:

Zon 1 : SRA Saidina Hamzah bersama SK Taman Koperasi Polis Zon 2 : SRA Ibnu Qayyim bersama SK Bandar Baru SentulZon 3 : SRA al-Suyuti bersama SK Tun Hussein OnnZon 4 : SRA al-Alusi bersama SK Datuk Keramat (1)Zon 5 : SRA al-Muqarrabin bersama SK Bandar Tasik SelatanZon 6 : SRA Ibnu Kathir bersama SK. Sg. Pencala

Projek sekolah rintis ini yang berlangsung selama 3 bulan bermula daripada 21 April 2014 ini diharap mengenalpasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam mengenal, mengeja, menyebut dan membaca huruf, kalimah mahupun ayat-ayat al-Quran al-Karim. Dengan demikian beberapa kaedah pendekatan, bahan pembelajaran serta aktiviti alternatif yang dibawa oleh guru boleh di sampaikan kepada murid yang bermasalah ini. Disamping itu juga dapat merealisasikan hasrat murni menjadikan mata pelajaran al-Quran sebagai teras dalam pendidikan Islam di SRA dengan hasrat agar setiap murid dapat menguasai mata pelajaran tersebut bermula pada tahun satu lagi . Semoga projek ini dapat merealisasikan objektif jabatan dalam usaha menghapuskan buta al-Quran dikalangan murisd-murid di Wilayah Persekutuan.

Bil SRA Rintis Jumlah Murid Terlibat

1 Sekolah Rendah Agama Saidina Hamzah,Kg Batu Muda, Kuala Lumpur 74 orang

2 Sekolah Rendah Agama Ibnu Qayyim,Kg Chubadak Sentul, Kuala Lumpur. 63 orang

3 Sekolah Rendah Agama al-Suyuti,Kampong Pandan, Kuala Lumpur. 85 orang

4 Sekolah Rendah Agama al-Alusi,Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 165 orang

5 Sekolah Rendah Agama al-Muqarrabin,Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur 153 orang

6 Sekolah Rendah Agama Ibnu Kathir,Kg Sg Pencala, Kuala Lumpur. 65 orang

Projek Sekolah Rintis Kaedah Iqra’ Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Projek Sekolah Rintis Kaedah Iqra’antara Sekolah Rendah Agama dan

Sekolah Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bahagian Pelajaran

Page 10: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 143510

18 April 2014 (Jumaat) - Unit Syariah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Syariah siri 1, 2014 yang bertajuk Pemikiran Aliran Baru : Cabarannya Kepada Ummah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamar Oniah bt Kamaruzzaman, Pengarah International Centre for The Alliance of Civilizations (INTAC) IIUM.

Diskusi bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari, bertempat di Dewan Syura Perdana, Tingkat 11 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini dihadiri pegawai kanan, pegawai dan kakitangan JAWI seramai 27 orang. Program berbentuk diskusi ini berkonsepkan perbincangan dua hala yang berbentuk soal jawab dan berdasarkan persoalan yang diajukan oleh para peserta khususnya mengenai isu semasa syariah yang terdapat dalam masyarakat kini.

Seusai program, majlis penyampaian cenderahati disempurnakan oleh Pn. Kamariah binti Abdullah, KPPK Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga.

Bahagian Penyelidikan

PEMIKIRAN ALIRAN BARU :

Cabarannya Kepada Ummah

Page 11: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 11

26 April 2014 (Sabtu) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Siri 1/2014 yang bermula jam 8.00 am hingga 2.00 pm dan Taklimat Isu-Isu Semasa Akidah yang bertajuk Cabaran Akidah Umat Islam bermula pada jam 8.00 pm hingga 10.00 pm. Program ini dihadiri oleh Jawatankuasa Masjid dan anak Kariah Masjid yang dianggarkan 150 orang.

Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyakarat mengenai konsep pemakanan halalan toyyiban dan juga isu-isu akidah khususnya penyelewengan akidah terhadap umat Islam.

KURSUS

Penyembelihan Halal Siri 1/2014 & Taklimat Isu-Isu Semasa Akidah

Bahagian Penyelidikan

Page 12: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 143512

Tiada manusia yang waras fikirannya berkeinginan agar hidupnya susah dan sengsara. Tanyalah sesiapa saja dan

apa bangsa sekalipun, jawapan pantas yang keluar dari nikmat mulut yang Allah kurniakan, tetap inginkan kehidupan yang senang dan selesa.

Sebenarnya, kesenangan hidup ini takdirnya berbeza antara manusia. Ada manusia yang terlampau senang hidupnya, ada yang sederhana dan ada yang tidak pernah senang tapi tidak susah. Semua ini mengikut pilihan usaha kita yang mana akhirnya Allah jua yang akan tentukan kesudahannya. Namun begitu, ianya tetap tidak akan lari dari dua perkara ini. Iaitu :

a) Niat dan tujuan untuk kehidupan yang senang b) Cara dan bentuk mendapatkan kesenangan itu

Kedua-dua inilah yang akan membezakan samada kesenangan yang kita perolehi itu halal ataupun haram .

Di Wilayah Persekutuan, berjudi dianggap satu kesalahan jenayah syariah kepada orang Islam. Ianya jelas di bawah Seksyen 18 ( 1 ) (2) , Akta Jenayah Syariah 559 di mana

( 1 ) “Mana-mana orang yang berjudi,atau didapati berada di rumah judi , adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya”

( 2 ) “ Mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, samada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau di simpan bagi maksud perjalanan apa- apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib, samada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapatkan wang atau nilai wang”

Di mana jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan tidak lebih dari 2 tahun atau denda tidak melebihi RM3000 atau kedua-duanya . BENTUK DAN AKTIVITI JUDI DI MALAYSIA

Di Malaysia , syarikat-syarikat judi telah mula diberikan lesen sejak tahun 70 an lagi . Misalnya syarikat besar seperti Genting Highlands Berhad sanggup menghabiskan berjuta-juta ringgit bagi meningkatkan prasarana bertujuan memberikan keselesaan kepada kaki kaki judi untuk berjudi di sana. Antara syarikat syarikat judi yang masih aktif di Malaysia adalah :

• Magnum Corporation Berhad - mempromosi, mengendali dan menguruskan pertaruhan nombor ramalan empat digit (4D)• Pan Malaysia Pools Sdn Bhd - menawarkan pertaruhan 3 digit (3D)• Sports Toto Malaysia Sdn Bhd - Pelbagai permainan 4D, 5D, 6D, permainan loteri seperti Toto 4/49, Toto 6/42 Jackpot dan Super Toto 6/49

JENIS-JENIS JUDI

C.T. Dobree dalam bukunya, Gambling Games of Malaya menyebut tentang pertaruhan dan permainan loteri, permainan kad (Inggeris atau Cina), permainan domino, permainan dadu dan pelbagai lagi permainan. Berikut adalah kategori atau jenis perjudian dengan contoh-contohnya.

1. Pertaruhan dan permainan loteri : • Chee Fah • Chee Tam • Sap Sam Tai Poh • Tikam Ekor

2. Permainan dengan kad permainan orang Inggeris : • Main Terup • Main Cabut atau Main Colek • Minta daun

3. Permainan dengan kad orang Cina : • Soo Sik • Chap Oh • Tien Chong • Kau Or Chap

4. Permainan domino : • Pai Kow • Tau Ngau • Tien Kow

5. Permainan Dadu : • Tai Sai • Luk Kow • Sepat Ta Kai

6. Permainan-permainan lain : • Chap Ji Kee Pangjang • Daun Empat atau See Kee Yah • Pek Bin • Dadi Katak Ular

Bahagian Penguatkuasaan

JUDI: Kesenangan yang Sementara

Page 13: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 13

Manakala permainan di Casino de Genting boleh dikategorikan kepada Permainan Di Meja, Mesin Slot dan Keno. Berikut adalah kategori permainan yang boleh didapati di Casino de Genting dan contoh-contohnya.

1. Permainan di meja • Roulette • Baccarat • Blackjack

2. Mesin Slot • Linked Progressive Jackpot Machine • Stand Alone Progressive Jackpot Machine • Tokkenised Machines • Bill Validator Machines

3. Keno • Standard Keno Games • Keno 7, 8, 9 & 10 Progressive Jackpot

ISLAM MENGHARAMKAN JUDI

Islam amat tegas dan selalu mengingatkan kaum Muslimin terhadap adat istiadat jahiliah ini. Antaranya larangan berjudi. Allah swt telah berfirman :

“..Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

“..Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan amalan itu)

(al-Maidah : 90-91)

Jika ditinjau lagi dari sudut hukum Islam, hukum keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya. Yang menyedihkan lagi, kaki judi tidak pernah menang dan senang dalam jangka masa panjang kerana kemenangan itu digunakan untuk membiayai tabiat judinya. Apa yang menjadikan kaki judi itu ketagih adalah kemenangannya yang tidak berpanjangan.Maka, kaki judi akan terus melipatgandakan lagi wang pertaruhannya dengan harapan mendapat kembali wang yang hilang tetapi akhirnya terperangkap dengan hutang.

Begitulah putaran kisah kaki judi yang tiada penghujungnya. Kesenangan yang diharapkan bukan sahaja tidak berpanjangan bahkan ada yang tersungkur di tengah jalan. Lebih tragis lagi, kesan dan akibatnya mampu merosakkan sebuah ikatan kekeluargaan dan meruntuhkan nilai kasih sayang antara ibu bapa dan anak anak atau sebaliknya. Benarlah kata kata indah ini “Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat”.

KESALAHAN AKIDAH

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Akta 559 adalah merupakan Akta bagi mengadakan peruntukan kesalahan Jenayah Syariah dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.

“Kesalahan”, maksudnya dalam konteks Jenayah Syariah ialah apa-apa perbuatan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan-kesalahan yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa.

Di dalam buku Akta, Akta Undang-undang Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan, Akta 559, dijelaskan bahawa peruntukan seksyen yang berkaitan dengan kesalahan Akidah disebut pada bahagian yang kedua.

Antara kesalahan Yang berhubungan Dengan Akidah ialah sebagaimana berikut :

Seksyen 3. Pemujaan Salah

* Bagi membendung perbuatan ini daripada berleluasa, seksyen 3 memperuntukkan :

(1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan ini berkaitan dengan aktiviti pemujaan apa-apa unsur alam semulajadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana unsur seperti pokok, kubur, pantai, tempat, orang dan sebagainya dengan mempercayai bahawa tempat-tempat atau orang itu mempunyai kuasa atau keistimewaan tertentu dan begitu juga termasuk mengagungkan seseorang serta menganggapnya sebagai ‘Tuhan’. Ini sudah tentu akan menjejaskan Akidah orang Islam yang menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan Kesalahan dan apabila disabitkan maka boleh didenda tidak melebihi Tiga Ribu Ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Dua Tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan pihak-pihak penguatkuasa yang berautoriti seperti penguatkuasa Agama supaya rampasan dilakukan terhadap apa-apa bahan, barang yang digunakan dalam aktiviti pemujaan atau apa sahaja yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucutkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun disabitkan atas kesalahan itu.

Seksyen 4. Doktrin Palsu

Pendukung Ajaran Sesat selalunya terbabit dengan pengajaran doktrin atau ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Pihak berkuasa mesti mengenal pasti ciri-ciri yang menunjukkan mereka mengajar doktrin yang salah.

* Bagi membendung perbuatan ini daripada berleluasa, seksyen 4 memperuntukkan :

(1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan

Page 14: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 143514

apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan, jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana Fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Lima Ribu Ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi Tiga Tahun atau disebat tidak melebihi Enam Sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan pihak-pihak penguatkuasa yang berautoriti seperti penguatkuasa Agama supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam perlakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucutkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun disabitkan atas kesalahan itu.

Seksyen 5. Mengembangkan Doktrin Agama, dsb

* Bagi membendung perbuatan ini daripada berleluasa, seksyen 5 memperuntukkan :

Mana-mana orang yang mengembangkan Doktrin atau kepercayaan agama selain doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Tiga Ribu Ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Dua Tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 6. Dakwaan Palsu

Terdapat sesetengah pemimpin-pemimpin kumpulan Ajaran Sesat ini yang mendakwa dirinya sebagai nabi, Imam Mahdi, pakar ilmu ghaib dan sebagainya. Semuanya ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi pengikut agar mempercayai dengan segala ajaran yang dibawa.

* Bagi membendung perbuatan ini daripada berleluasa, seksyen 6 memperuntukkan :

Mana-mana orang yang -:

(a) Mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau nabi, Imam Mahdi atau wali, atau…

(b) Menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,

Sedangkan peristiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Lima Ribu Ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Tiga Tahun atau kedua-duanya.

KESIMPULAN

Dalam usaha membanteras Jenayah Syariah dalam kalangan orang Islam di dalam negara ini, anggota masyarakat Islam perlu disedarkan tentang kewujudan kesalahan-kesalahan ini. Apabila wujud kesedaran dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi kesedaran perundangan maka mereka akan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya dengan pihak Pegawai Penguatkuasa Agama dalam bentuk memberikan maklumat, tampil mengemukakan aduan ataupun dalam bentuk nasihat-menasihati sesama mereka.

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 143514

BULETIN

Page 15: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 15

Bil Kategori Penerima Hadiah

1. Anugerah Khas Individu

1. Dr. Roslan bin Mohd. Nor 2. Pn. Sittie Aishah binti Abdullah3. En. Muhammad Lee bin Abdullah4. En. Amran Anbarasu bin Abdullah5. En. Abdul Hakim bin Manan6. Mohd. Zubair bin Edymainoe

Setiap individu menerima:1. Wang Tunai

RM1,500.002. Piala Iringan3. Sijil

2. Anugerah Khas Pengurusan Masjid / SurauJumaat / SurauTerbaik

1. Masjid Usamah bin Zaid No.8, Jalan 2/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju,

53300, Kuala Lumpur.2. Surau Al-Mizan Presint 8, Putrajaya.3. Surau Al-Hidayah Keramat AU3 Kuala Lumpur

Setiap kategori menerima : 1. Wang Tunai

RM5,000.002. Piala Iringan3. Sijil

Menjadi satu amalan masyarakat Islam untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.aw. pada 12 Rabiulawal Amalan ini dilakukan oleh ulama-ulama silam dan diwarisi zaman berzaman hinggalah kepada masyarakat Islam hari ini

Sambutan Maulidur Rasul bertujuan untuk mengagungkan Nabi Muhammad SAW, dengan melahirkan kegembiraan di atas keputeraan baginda, disamping melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana mengutuskan rasul yang memandu ummatnya ke jalan yang benar dan lurus.

Majlis seperti ini secara tidak langsung memberi pendidikan yang memperingati sirah Nabi SAW, perjuanganya menegakkan agama Allah di Mekah dan Madinah, pengajaran dan contoh teladan yang perlu dijadikan panduan dan amalan. Ini bertujuan untuk memberikan rangsangan dan nasihat yang boleh mendekatkan hamba kepada Tuhannya.

Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai

urusetia tetap bagi majlis diperingkat Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis tersebut pada 18 Januari 2014 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan.

Dengan bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, sambutan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W tersebut telah dimeriahkan dengan beberapa acara seperti perarakan kontijen dari jabatan kerajaan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan beruniform, institut pengajian tinggi IPT, Sek. Ren/SRA dan Masjid di samping ceramah, Nasyid dan penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) YBhg. Dato’ Hj. Othman Bin Mustapha. Beliau juga telah menyampaikan Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan kepada 2 kategori iaitu:

Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M

Majlis SambutanMaulidur Rasul

Bahagian Pengurusan Dakwah

Page 16: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 143516

Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Pusat Pengajian Saudara Kita dan Masjid Jamek An-Nur telah dengan jayanya mengadakan Program

Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 6 Mei 2014 (Selasa) di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur. Jalinan kerjasama program ini adalah julung-julung kalinya diadakan dalam merealisasikan strategi lautan biru yang diwarwarkan pihak kerajaan. Penceramah yang didatangkan khas pada kali ini adalah selebriti yang tidak asing lagi di kaca-kaca televisyen iaitu Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang. Program yang berjalan selama setengah hari ini telah dibentangkan dengan 2 tajuk yang signifikan bagi penjawat awam ; Mencuri tulang berkatkah?” dan Rasulullah pekerja cemerlang. Para peserta telah didatangkan dengan pembentangan contoh-contoh serta penerangan yang cukup padat mengenai tajuk berkaitan. Aspek pekerja yang berkualiti untuk mentransformasikan agensi kerajaan ditekankan bagi melahirkan pekerja yang bukan sahaja bekerja namun pekerja yang bahagia, cemerlang dan berintegriti. Perkara yang turut disentuh adalah kerja yang dilakukan sebagai satu ibadah.

Para peserta yang terlibat adalah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Polis Diraja Malaysia, KAGAT, Majlis Agama Islam WP Labuan, Mahkamah Syariah Labuan, Pejabat Mufti Labuan, Guru-Guru SRAI JAWI, Guru-guru Mubaligh dan kakitangan awam yang memeluk Islam.

Ustaz Syed Mohd Norhisyam sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat

Para peserta ceria dan bersemangat dalam menyertai aktiviti santai yang

dijalankan

PROGRAM CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI

ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT WILAYAH

PERSEKUTUAN LABUAN

Cawangan Labuan

Page 17: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 17

Pada 19 April 2014 (Sabtu) telah berlangsung Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) dan Kelas Al-Quran

Dan Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan yang diadakan di SRAI Nurul Hidayah Layang-Layangan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan. Dalam ucapan perasmian beliau menyeru kepada ibu bapa dan guru-guru untuk sama-sama menyokong dan memberi semangat kepada anak-anak untuk mencintai kesenian Islam kerana ini adalah satu cara untuk kita membentuk generasi-genarasi yang cintakan agama dan bakal menjadi para ulama yang terulung di masa akan datang.

Majlis ini telah disertai seramai 300 orang murid terdiri daripada 10 buah SRAI dan KAFA seluruh W.P Labuan. Tambah menyeronokkan lagi, SRAI Nurul Hidayah Layang-Layangan selaku tuan rumah bagi majlis tersebut telah menjadi juara keseluruhan.

YBhg. Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam Majlis Ihtifal SRAI dan KAFA Peringkat W.P Labuan.

Antara para peserta yang sedang menanti untuk membuat persembahan dan tetamu yang hadir ke Majlis Ihtifal SRAI dan KAFA Peringkat W.P Labuan

YBhg. Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan sedang menyampaikan ucapan

perasmian sempena Majlis Ihtifal SRAI dan KAFA Peringkat W.P Labuan

MAJLIS IHTIFAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) DAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) PERINGKAT

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Cawangan Labuan

Page 18: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 143518

PROGRAM SOLAT HAJAT ANJURAN 1M4UMajlis Solat Hajat bagi memohon kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia telah dianjurkan oleh 1M4U dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL). Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada majlis tersebut telah disambut oleh urusetia program yang diketuai oleh Dato’ Hj Irmohizam bin Hj. Ibrahim, Jawatankuasa Eksekutif 1M4U diiringi Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL. Majlis di dewan solat utama dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Imam Besar MWPKL. Majlis diakhiri dengan solat hajat dan bacaan doa selepas solat Isyak.

FORUM KHAS BICARA MINDAMasjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Forum Khas Bicara Minda sempena sambutan Maulidur Rasul 2014 bertempat di Dewan Solat Utama selepas solat Isyak. Panel jemputan yang dijemput bagi menjayakan forum tersebut ialah Dr. Ahmad Termizi bin Abdul Razak, (Personaliti ASTRO Oasis), Us. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Pensyarah UIAM, Personaliti Tanyalah Ustaz TV9) dan Ustazah Zawiah binti Hassan (Pendakwah Perunding Motivasi) Majlis diakhiri dengan persembahan alunan qasidah oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.

PERBEZAAN AGAMA: HIDAYAH MILIK ALLAHDiskusi Fitrah Insani “ Perbezaan Agama ( Hidayah Milik Allah )” telah berlangsung di Dewan Muslimin MWPKL anjuran cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL. Panel yang dijemput ialah YBhg. Us.Hj.Muhammad Fitri bin Abdullah dan YBhg. Dr. Hj. Ann Wan Seng manakala Puan Wardina Safiyyah Fadlullah dijemput sebagai moderator program diskusi tersebut.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Page 19: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

BULETIN

Edisi Pertama • Jun 2014 ~ Sya’ban 1435 19

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 1435H

KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

LABUAN

Tarikh Tarikh Masihi Hari Imsak Subuh Maghrib1

Ramadhan 29 Jun 2014 Ahad 5.34 5.44 7.28

2Ramadhan 30 Jun 2014 Isnin 5.34 5.44 7.29

3Ramadhan 1 Julai 2014 Selasa 5.35 5.45 7.29

4Ramadhan 2 Julai 2014 Rabu 5.35 5.45 7.29

5Ramadhan 3 Julai 2014 Khamis 5.35 5.45 7.29

6Ramadhan 4 Julai 2014 Jumaat 5.35 5.45 7.29

7Ramadhan 5 Julai 2014 Sabtu 5.35 5.45 7.29

8Ramadhan 6 Julai 2014 Ahad 5.36 5.46 7.30

9Ramadhan 7 Julai 2014 Isnin 5.36 5.46 7.30

10 Ramadhan 8 Julai 2014 Selasa 5.36 5.46 7.30

11 Ramadhan 9 Julai 2014 Rabu 5.36 5.46 7.3012

Ramadhan 10 Julai 2014 Khamis 5.37 5.47 7.30

13 Ramadhan 11 Julai 2014 Jumaat 5.37 5.47 7.30

14 Ramadhan 12 Julai 2014 Sabtu 5.37 5.47 7.30

15 Ramadhan 13 Julai 2014 Ahad 5.37 5.47 7.30

Tarikh Tarikh Masihi Hari Imsak Subuh Maghrib16

Ramadhan 14 Julai 2014 Isnin 5.38 5.48 7.30

17 Ramadhan 15 Julai 2014 Selasa 5.38 5.48 7.30

18 Ramadhan 16 Julai 2014 Rabu 5.38 5.48 7.30

19 Ramadhan 17 Julai 2014 Khamis 5.39 5.49 7.30

20 Ramadhan 18 Julai 2014 Jumaat 5.39 5.49 7.31

21 Ramadhan 19 Julai 2014 Sabtu 5.39 5.49 7.31

22 Ramadhan 20 Julai 2014 Ahad 5.39 5.49 7.31

23 Ramadhan 21 Julai 2014 Isnin 5.39 5.49 7.31

24 Ramadhan 22 Julai 2014 Selasa 5.39 5.49 7.30

25 Ramadhan 23 Julai 2014 Rabu 5.40 5.50 7.30

26 Ramadhan 24 Julai 2014 Khamis 5.40 5.50 7.30

27 Ramadhan 25 Julai 2014 Jumaat 5.40 5.50 7.30

28 Ramadhan 26 Julai 2014 Sabtu 5.40 5.50 7.30

29 Ramadhan 27 Julai 2014 Ahad 5.41 5.51 7.30

Tarikh Tarikh Masihi Hari Imsak Subuh Maghrib1

Ramadhan 29 Jun 2014 Ahad 4.35 4.45 6.36

2Ramadhan 30 Jun 2014 Isnin 4.36 4.46 6.36

3Ramadhan 1 Julai 2014 Selasa 4.36 4.46 6.36

4Ramadhan 2 Julai 2014 Rabu 4.36 4.46 6.36

5Ramadhan 3 Julai 2014 Khamis 4.36 4.46 6.36

6Ramadhan 4 Julai 2014 Jumaat 4.37 4.47 6.37

7Ramadhan 5 Julai 2014 Sabtu 4.37 4.47 6.37

8Ramadhan 6 Julai 2014 Ahad 4.37 4.47 6.37

9Ramadhan 7 Julai 2014 Isnin 4.37 4.47 6.37

10 Ramadhan 8 Julai 2014 Selasa 4.38 4.48 6.37

11 Ramadhan 9 Julai 2014 Rabu 4.38 4.48 6.3712

Ramadhan 10 Julai 2014 Khamis 4.38 4.48 6.37

13 Ramadhan 11 Julai 2014 Jumaat 4.39 4.49 6.37

14 Ramadhan 12 Julai 2014 Sabtu 4.39 4.49 6.37

15 Ramadhan 13 Julai 2014 Ahad 4.39 4.49 6.37

Tarikh Tarikh Masihi Hari Imsak Subuh Maghrib16

Ramadhan 14 Julai 2014 Isnin 4.39 4.49 6.37

17 Ramadhan 15 Julai 2014 Selasa 4.40 4.50 6.37

18 Ramadhan 16 Julai 2014 Rabu 4.40 4.50 6.37

19 Ramadhan 17 Julai 2014 Khamis 4.40 4.50 6.37

20 Ramadhan 18 Julai 2014 Jumaat 4.41 4.51 6.38

21 Ramadhan 19 Julai 2014 Sabtu 4.41 4.51 6.37

22 Ramadhan 20 Julai 2014 Ahad 4.41 4.51 6.37

23 Ramadhan 21 Julai 2014 Isnin 4.41 4.51 6.37

24 Ramadhan 22 Julai 2014 Selasa 4.42 4.52 6.37

25 Ramadhan 23 Julai 2014 Rabu 4.42 4.52 6.37

26 Ramadhan 24 Julai 2014 Khamis 4.42 4.52 6.37

27 Ramadhan 25 Julai 2014 Jumaat 4.42 4.52 6.37

28 Ramadhan 26 Julai 2014 Sabtu 4.42 4.52 6.37

29 Ramadhan 27 Julai 2014 Ahad 4.43 4.53 6.37

Page 20: Ramadhan tiba lagi - JAWIjawi.gov.my/Pdf_doc/Buletin JAWI_Website.pdf · Mereka yang memasuki bulan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, Keadaannya sama seperti sebelum kedatangan Ramadhan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

www.jawi.gov.my www.facebook.com/myJAWI

Ibu Pejabat JAWIJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,50676 Kuala Lumpur

Tel: 03-2274 9333Faks: 03-2273 1575

JAWI Cawangan Putrajaya,

Aras 7, Blok E2, Kompleks E,Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Tel: 03-8884 2600Faks: 03-8884 2700

JAWI Cawangan Labuan,Tingkat 8, Blok 4, Ujana Kewangan,

Peti Surat 82917, 87209Wilayah Persekutuan Labuan

Tel: 087-415 311Faks: 087-417 595

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Jalan Duta,50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-6201 8780Faks: 03-6201 8790

HOTLINE PENGUATKUASAAN JAWI: 1-800-88-1771