buletin osh - kimia.gov.my osh... · jangkitan virus hepatitis b. ia boleh ... pegawai rps membuat...

14
BULETIN OSH BIL. 2/2018 BULETIN OSH BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SIDANG EDITOR Penaung: Puan Hjh Rosnah Bt Awang Penasihat: Tuan Hj Mohamad Bin Safie Ketua Editor: Amir Firdaus Bin Shuhaimi Editor: Farizsya Hani Hammim Nurhayati Basharuddin Syed Mustafa Syed Azman Shahrulnizahana Mohammad Din Muhammad Hafiy Daud@Laudek WORLD OSH DAY 2018 UJIAN SARINGAN HEPATITIS B MINGGU OSH 2018 JKM NEGERI JOHOR LATIHAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA DI SELAT JOHOR (MSJCE) LATIHAN MENYELAMAT MANGSA TERPERANGKAP DI DALAM LIF Apa itu Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ? Apa Itu Radiasi ? Apa itu ergonomik? Sumathy Rajendran Nazila Talib Azlin Mat Saman Norfadillah Talib

Upload: lamdieu

Post on 20-Apr-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

BULETIN OSH BIL. 2/2018

BULETIN OSHBULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

SIDANG EDITOR

Penaung:Puan Hjh Rosnah Bt Awang

Penasihat:Tuan Hj Mohamad Bin Safie

Ketua Editor:Amir Firdaus Bin Shuhaimi

Editor:Farizsya Hani HammimNurhayati BasharuddinSyed Mustafa Syed AzmanShahrulnizahana Mohammad DinMuhammad Hafiy Daud@Laudek

WORLD OSH DAY 2018

UJIAN SARINGAN

HEPATITIS B

MINGGU OSH 2018

JKM NEGERI JOHOR

LATIHAN TUMPAHAN

BAHAN KIMIA DI

SELAT JOHOR (MSJCE)

LATIHAN MENYELAMAT

MANGSA TERPERANGKAP

DI DALAM LIF

Apa itu Penyakit

tangan, kaki dan mulut (HFMD) ?

Apa ItuRadiasi?

Apa ituergonomik?

Sumathy RajendranNazila TalibAzlin Mat SamanNorfadillah Talib

Page 2: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

2

Pada 2 Mei 2018 yang

lepas, Ibu Pejabat

Jabatan Kimia Malaysia,

Petaling Jaya telah

menyertai program “MEGA

OSH TOOL BOX”. Program

ini yang julung kali

diadakan turut mengukir

sejarah dalam “The

Malaysia Book of Records”.

Seramai 15 orang

kakitangan Pusat Analisis

Industri dan Tarif Kastam

telah terlibat dalam

program ini. Program ini

telah diselaras oleh Seksyen

OSH, Bahagian

Keselamatan Kimia.

APAKAH “OSH TOOL BOX”?

Satu perjumpaan tidak rasmi yang dikhususkan

terhadap topik keselamatan di kawasan pekerjaan

tersebut.

FAEDAH “OSH TOOL BOX”?

Mengingatkan kakitangan berkaitan

keselamatan dan sesi perkongsian ilmu

bersama pekerja yang lebih

berkemahiran dan berpengalaman.

WORLD OSH DAY 20182 MEI 2018 | Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Page 3: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

3 BULETIN OSH BIL. 2/2018

Sijil Penyertaan Mega OSH Tool Box 2018Sempena World OSH Day 2018

Page 4: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

Semakan nama kakitangan di kaunter pendaftaran

Kakitangan yang hadir sabar menunggu giliranmasing-masing

Antara kakitangan yang hadiruntuk menjalani ujian

Apakah Hepatitis B?Hepatitis B adalah sejenis penyakithepar yang disebabkan olehjangkitan virus Hepatitis B. Ia bolehmenyebabkan jangkitan sepanjanghayat serta boleh mengakibatkancirrhosis hepar, kanser hepar, kegagalan hepar dan kematian.

Sumber:Garis Panduan PelaksanaanProgram Imunisasi Hepatitis B bagiAnggota Kementerian KesihatanMalaysia

PROGRAM UJIAN SARINGAN HEPATITIS B22-23 MEI 2018 | JABATAN KIMIA MALAYSIA, PETALING JAYA

Program ujian saringan Hepatitis B inidiselaras oleh Seksyen OSH danmelibatkan seramai 150 orangkakitangan Ibu Pejabat Jabatan KimiaMalaysia, Petaling Jaya. Kakitanganyang dipilih adalah mereka yangmengendalikan sampel biologi yangterdedah kepada jangkitan Hepatitis B.

Kakitangan yang terlibat adalah daripada:

1. Pusat Analisis Sains Forensik2. Pusat Analisis Keselamatan Air Minum,

Makanan dan Alam Sekitar 3. Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam4. Pusat Pengurusan Kualiti dan

Penyelidikan

BULETIN OSH BIL. 2/20184

Page 5: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

1. Latihamal Kecemasan Radiologikal,Kebakaran dan Tumpahan BahanKimia telah dijalankan sempenaMinggu OSH 2018 Jabatan KimiaMalaysia Negeri Johor.

2. Lokasi terlibat adalah di garajkenderaan dengan senario kebakarandan tumpahan bahan kimia dan di BilikInstrumen Blok B Jabatan KimiaMalaysia Negeri Johor dangan senariokebocoran sinaran radiologikal.

3. Latihamal ini melibatkan ahli-ahliPasukan NOVAChem, semuakakitangan Jabatan dan 4 orangpekerja kontraktor pembersihan.

4. Kakitangan bergerak dengan lancardan berkumpul di dataran Galaktika,sementara ahli-ahli Novachem yangterdiri dari Unit Radiologikal dan RPS,Pasukan Kebakaran, Unit tumpahandan Unit Pertolongan Cemasmelakukan kerja-kerja mengawalkecemasan di lokasi-lokasi kejadiandengan cekap, dan pantas di bawaharahan Incident Controller.

Pasukan Melawan Kebakaran bertindak

PasukanPertolongan

Cemasbertindak

PasukanTumpahan BahanKimia mengeluarkanmangsa daritempat kejadian

Incident Controller membuat pemeriksaan kakitangan

Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasiterhadap mangsa

BULETIN OSH BIL. 2/20185

Latihamal Kecemasan Radiologikal, Kebakaran& Tumpahan Bahan Kimia | 14 Mei 2018

Page 6: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

1. Aktiviti demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api telah

diadakan sempena Minggu OSH 2018 Jabatan Kimia

Malaysia Negeri Johor.

2. Taklimat dan cara penggunaan

Alat Pemadam Api yang betul

dilakukan terlebih dahulu oleh

Taklimat Penggunaan Alat Perlindungan Diri (PPE) | 15 Mei 2018

Taklimat berinfomatif bertajuk Penggunaan Alat

Perlindungan Diri (PPE) telah dijalankan di JKM Johor.

Penceramah dari Permula Sdn Bhd, En Mohd Faiz Zulkifli

memberikan taklimat yang komprehensif tentang

penggunaan PPE.

Ia merangkumi cara-cara penggunaan face

mask yang betul, jenis- jenis catridge dalam

respirator, kasut yang sesuai di pakai di dalam

makmal dan PPE yang perlu digunakan semasa

menjalankan analisis.

Demontrasi Penggunaan Alat Pemadam Api | 14 Mei 2018

pengajar terlatih dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor

sendiri, dan diikuti oleh kakitangan-kakitangan lain Jabatan.

Program OSH Explorace| 14 Mei 2018

Aktiviti ‘OSH Explorace’ telah dijalankan sempenaMinggu OSH 2018. Aktiviti tersebut melibatkan 8 pasukanyang mewakili setiap seksyen di Jabatan Kimia MalaysiaNegeri Johor.

6 BULETIN OSH BIL. 2/2018

Aktiviti ini memerlukan setiap pasukan menjawab soalan-soalan berkaitan OHSAS 18001 pada setiap check point

yang ditetapkan danpermarkahan diberikan bagisetiap soalan dan pemenangdikira dari segi kepantasanpasukan menjawab soalan. Masatamat bagi setiap pasukandicatat bagi menentukanpemenang.

Tn Hj Mohamad Safie menyampaicenderahati kepada penceramah

Page 7: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

Program Pemeriksaan Kesihatan (KOSPEN)15 Mei 2018

1. Satu program PemeriksaanKesihatan dikalangan kakitanganJKMN Johor di bawah ProgramKomuniti Sihat Perkasa Negara(KOSPEN) telah dijalankan di bilikMesyuarat Blok B JKMN Johor pada15 Mei 2018 yang lalu.

2. Seramai 60 orang kakitangan telahmenjalani pemeriksaan kesihatanasas seperti pemeriksaan tekanandarah, pemeriksaan kandunganglukosa dalam darah danpemeriksaan indeks jisim badan(BMI).

3. Pemeriksaan tersebut telah dijalankanoleh AJK pemeriksaan kesihatanjabatan yang terlatih di bawahProgram Komuniti Sihat PerkasaNegara (KOSPEN) dan dipantau olehseorang Matron dan seorangJururawat dari Klinik Kesihatan Ibu danAnak Johor Bahru.

4. Majoriti kakitangan yang telahmenjalani pemeriksaan tersebutdidapati pada tahap kesihatan yangnormal dan baik.

Pemeriksaan tinggi dan berat bagi pengiraan BMI

Pemeriksaan tekanan darah

Pemeriksaan kandungan glukosa dalam darahMatron dan jururawat daripada Klinik Kesihatan

Johor Bahru yang memantau program ini.

BULETIN OSH BIL. 2/20187

Page 8: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

8

LATIHAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA DI LAUT DI SELAT JOHOR TIMUR | 12 Julai 2018di bawah kerjasamaMalaysia-Singapore Joint Committee on Enviroment (MSJCE)

Senario Latihan:

Pada 12 Julai 2018, selepas memuatkankira-kira 3000MT Benzene, kapal tangki MTBenz yang belayar sepanjang Selat JohorTimur untuk operasi pemunggahan kargo diSingapura telah mengalami kegagalanstereng mengakibatkan perlanggarandengan kapal tangki MT Produk,berhampiran Tanjung Tajam.

Akibat pelanggaran tersebut Kapal MT Benz mengalami kerosakan pada tangki kargoNo.3P dan No.4P dan kira-kira 500 tan Benzene tumpah ke laut. Kapal MT Produkmengalami kerosakan ringan

Kesan perlanggaran itu juga menyebabkan 2anak kapal MT Benz yang bekerja di atas dekjatuh. Salah seorang mangsa tidak sedarkan dirimanakala seorang lagi cedera.

Angin Selatan-Barat meniup pada kelajuankira-kira 6 knot. Beberapa laporan bau anehditerima daripada kakitangan Sekolah OutBound (Pulau Ubin) dan penduduk sekitarkawasan perumahan Kampung Pasir Putih, PasirGudang

Pasukan Emergency Response daripada Malaysiadan Singapura telah bertindak dalam menanganitumpahan bahan Kimia dan menyelamat mangsa.Agensi Malaysia yang terlibat ialah Jabatan Laut,Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pelabuhan Johor,APMM, Polis Marin dan Jabatan Kimia Malaysia.

Jabatan Kimia MalaysiaNegeri Johor terlibatdalam memantau tahapkandungan gasberbahaya di laut dan didarat. Tahap kandungangas akan di laporkan kepusat kawalan setiap 15minit sehingga kawasantumpahan dapat di kawalsepenuhnya

En Nor Hidayat di dalam Bot Al Tairbersama Pasukan HAZMAT Bomba

En Syed Mustafa di dalamBot ‘Penggalang 15’ bersama Pasukan APMM En Ezzad dan En Hamid

memantau kualiti udara di Kg Pasir Putih, Pasir Gudang.

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Page 9: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

9

Pengawal keselamatan memaklumkanSyarikat Lif (Sigma) untuk menghantarCompetent Person (CP) dengan segera.

CP tiba dan membuka pintu lif dengan segera

Mangsa segera dikeluarkan dandiberikan bantuan kecemasanoleh pasukan PBSM.

Mesyuarat pascalatihan (post-mortem)

GA

RIS

M

AS

A P

RO

GR

AM

Mangsa membunyikanpenggera keselamatan

Pengawal keselamatan mendapatkanmaklumat daripada mangsa yangterperangkap melalui intercom.

Penyelaras Program : Seksyen OSHPemerhati : Encik Ameyrullah bin Arshad

(JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor)Pegawai yang terlibat : Unit Selenggara, Pegawai Keselamatan dan ahli PBSM Unit 84,

Cabang Petaling.

Latihan ini telah diadakan di Bangunan Utama, Ibu Pejabat

Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan telah dijalankan

dengan lancar. Program ini diadakan untuk:

1. Menguji keberkesanan arahan kerja berkaitan keselamatan lif

yang telah disediakan pada tahun 2018.

2. Menutup penemuan Audit Luaran OHSAS 18001:2007 Tahun

2017

LATIHAN MENYELAMAT MANGSA TERPERANGKAP DI DALAM LIF

18 Julai 2018 | Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Page 10: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

10

Apa itu Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ?Bahagian 1

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat peningkatanbilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease”(HFMD) di Malaysia. Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak21644 kes berbanding hanya 9,398 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017.Bilangan kes dikebanyakan negeri telah melepasi paras amaran.

Cara Jangkitan

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premistempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bagi tahun 2018, sehingga kini,sebanyak 316 buah taska/ tadika/pra-sekolah melaporkan cluster HFMD di premismereka, iaitu 52% dari jumlah wabak yang dilaporkan. Survelan virus HFMD jugamendapati peningkatan aktiviti enterovirus-71 (EV71) dalam persekitaran semenjak bulanMac 2018.

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yangdikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie VirusA16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularanpenyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhanlangsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh(blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti sertasentuhan pada permukaan dan alatan permainanyang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkansatu atau lebih tanda seperti demam, luka(ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapaktangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkanjangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yangdisebabkan oleh jangkitan EV71 bolehmenyebabkan komplikasi seperti radang otakdan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unikmunculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatansihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan.Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demamdisebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam)boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpamenelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Situasi semasa kejadian penyakit tangan,

kaki dan mulut (HFMD) di Malaysia

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Page 11: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

11

Apa itu Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ?Bahagian 2

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluargadinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasukkerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

• Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabunsebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin danmencuci najis.

• Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.• Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta

mainan.• Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum

menguruskan anak atau bayi mereka.• Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.• Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah,

pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya merekamempunyai tanda-tanda jangkitan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalahdiminta mendapatkan nasihatdaripada doktor secepatnyajika anak mereka mendapattanda-tanda HFMD. Merekaseharusnya peka kepadasebarang perubahantingkahlaku anak-anak merekaseperti kerengsaan danmengantuk. Jika mereka tidakmahu minum atau makan,muntah berterusan, ataumengantuk, ibu bapa /penjaga hendaklah segeramembawa anak mereka kehospital. Elakkan menghantaranak yang mempunyai gejalaseperti di atas ke sekolah, prasekolah atau nurseri. Sapu danbersihkan hidung serta mulutanak dengan tisu dan buangtisu yang telah digunakandengan sempurna.

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Sumber : Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 12: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

12

Apa Itu Radiasi?Bahagian 1

Pengenalan

Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasibersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripadagelombang-gelombang elektromagnet dan tenagamagnet yang bergerak seiringan melalui ruang padakelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinarUltraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombangmikro, dan gelombang radio.

Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahanradioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan,produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi,perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan menggunapakai radiasi,doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikandengan rawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untukmembunuh sel-sel kanser.

Jenis Radiasi

1. Radiasi Pengion (Ionizing Radiation- IR)

Ia mengandungi tenaga yang secukupnyauntuk menghasilkan pengionan. Pengionanadalah proses di mana elektron-electron

dilucutkan daripada atom dan molekulnya.

2. Radiasi Bukan Pengion (Non-Ionizing Radiation- NIR)

Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirimhidup. Ia menyebabkan sedikit kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untukmenyebabkan sebarang kerosakan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga radiofrekuensi, cahaya nampak dan radiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan yang sama, radiasi mengion lebih mampu memberi kesan keatas kesihatan berbanding radiasi bukan-mengion disebabkan oleh proses pengionan.

Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan yangmembawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asiddeoksiribonuklei) atau bahan genetik. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinargamma adalah contoh radiasi pengion.

Punca Radiasi

1. Secara Semulajadi: seperti dalam Bumidan dari Kosmik

2. Buatan Manusia: seperti digunakandalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan,Perubatan Nuklear dan Radioterapi)

3. Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahanbakar nuklear

Punca-punca Radiasi

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Page 13: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

13

Apa Itu Radiasi?Bahagian 2

Pengkelasan Radiasi

Pengkelasan radiasi adalah bergantungkepada tenaga, frekuensi dan panjanggelombang yang dimilikinya. Bahan radiasiyang memiliki tenaga rendah, frekuensirendah tetapi panjang gelombang yangtinggi dipanggil gelombang elektromagnetyang tidak mengion (electromagnatic wave).TV, Radio, telefon bimbit dan microwavetergolong dalam gelombang elektromagnet.

Spektrum Elektomagnet

Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapat gelombang tersebut tidakmembahayakan kesihatan manusia. Ini kerana tenaga yang dimiliki oleh gelombangelektromagnet adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan.

Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbandinggelombang elektromagnet. Kemudian diikuti oleh cahaya nampak (visible light) danultraviolet. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinargamma dan tergolong dalam sinaran mengion. Radiasi seperti ini boleh mengancamkesihatan manusia jika dos yang diterima melebihi hadnya.

Kesan Radiasi

1. Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangkamasa singkat dan jangka masa panjang. Bagaimanapun ia bergantung sebanyakmanakah kita terdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kitaterdedah kepada radiasi iaitu stochastic effect dan deterministic effect.

2. Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaunradiasi yang sedikit dan tidak ada had. Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akanmeningkat dengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik ini tidakdapat dilihat dalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasapanjang seperti pertumbuhan sel kanser dalam badan.

3. Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masasingkat selepas terdedah kepada radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalahtinggi untuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang. Sebagai contoh kepadamereka yang menerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi deterministic effect inimempunyai tahap dipanggil threshold level yang mana kesannya tidak dapat dilihat dibawah dos 0.5 Sv (Sievert).

4. Secara jelasnya, sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedahkepada radiasi walaupun dengan amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akanmendapat stochastic effect yang membawa kepada pembentukan sel kanser dalambadan. Kesan ini tidak dapat dilihat sekarang tetapi mungkin dalam masa yang akandatang.

Sumber : Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Page 14: BULETIN OSH - kimia.gov.my OSH... · jangkitan virus Hepatitis B. Ia boleh ... Pegawai RPS membuat pemeriksaan tahap radiasi ... Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan

14

Apa itu Ergonomik ?Ergonomik merupakan sains yang menyesuaikantugas dan persekitaran kerja terhadap pekerja.

Faktor Risiko Ergonomik?

Faktor risiko ergonomik adalah sebarangfaktor atau pendedahan yang bolehmenyebabkan atau menyumbangkepada kecederaan muscular.

Faktor RisikoErgonomik

Force Exertion

Repetitive Motion

Hands arm and

whole body

vibrationEnvironmental risk Factor (Lighting,

Temperature, Ventilation,

Noise)

Awkward posture

Static & Sustained

Work Posture

Pengurusan Ergonomik di Tempat Kerja

Merujuk kepada Akta Keselamatan danKesihatan Pekerjaan 1994 di bawahSeksyen 15 (2)(e) ; adalah menjaditanggungjawab majikan bagi membuatpengadaan dan penyenggaraanpersekitaran pekerjaan bagi pekerja –pekerjanya yang, setakat yang praktik,selamat, tanpa risiko kepada kesihatan,dan memadai berkenaan dengankemudahan bagi kebajikan mereka yangsedang bekerja.

BULETIN OSH BIL. 2/2018

Statistik Penyakit Pekerjaan berkaitanErgonomik ?

Penyakit yang disebabkan oleh masalahergonomik adalah penyakit OccupationalMuscular Skeletal Disorders (OMSD).Sebanyak 127 kes OMSD telah diterima bagitahun 2017 berdasarkan statistik penyakitdan keracunan pekerjaan 2017.

10 PRINSIP ERGONOMIK

Kesan Penyakit OMSD ?

• Kesan penyakit OMSD adalah suatukeadaan yang mengganggu fungsisendi, ligamen, otot, saraf dan tendon,serta tulang belakang.

• Hasil daripada kesan penyakit ini akanmengakibatkan rasa sakit danmengurangkan kemampuan untukbergerak dalam melakukan kerja rutinsetiap hari.

• Gangguan penyakit OMSD dapatmempengaruhi setiap anggota dalamtubuh. Bahagian utama termasuk leher,bahu, pergelangan tangan, punggung,pinggul, lutut, dan kaki.

Pastikan semuabenda kerja

senang untukdicapai

Menambahbaikpersekitaran kerjayang selesa dan

kondusif

Meminimakan titiktekanan

Meminimakankelesuan danbeban statik

Menyediakanruang bekerja

yang sesuai

Bekerja dalampostur badan

natural

Mengekalkanpersekitaran kerjayang selesa dan

kondusif

Kurangkanpenggunaantenaga/daya

berlebihan/tiadanilai tambah

Kurangkanpergerakan

berlebihan/tiadanilai tambah

Bekerja dalamketinggian/aras

yang sesuai

Sumber : www.dosh.gov.my