osh bulletin keluaran 3/2007 osh - kimia.gov.my · pekerjaan osh untuk timbalan wakil pengurusan...

8
OSH Bulletin Keluaran 3/2007 OSHBULLETIN Keluaran 3/2007 Julai – Sept 2007 Untuk Edaran Dalaman Sahaja KIMIA MALAYSIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) KANDUNGAN: Perasmian Minggu OSH 2007 di Ibu Pejabat (9-13/7/07) Kempen Derma Darah di HQ Mesyuarat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OSH untuk Timbalan Wakil Pengurusan (DMR) & Pengurus OSH. Ceramah di HQ o Ceramah ‘Stress management’ o Ceramah 3G (Gebu, Gemuk, Gempal) o Ceramah ‘LEV’ Minggu OSH Jabatan Kimia Cawangan Kuching 2007 (16-17 Julai 2007) Minggu OSH Jabatan Kimia Cawangan Pahang 2007 (6-10 Ogos 2007) Minggu OSH Jabatan Kimia Cawangan Melaka 2007 (16-19 Ogos 2007) Minggu OSH Jabatan Kimia Cawangan Terengganu 2007 (02- 06 September 2007) Penaung Datuk Khalid Safan Ketua Pengarah Kimia Malaysia Penasihat N. Hithaya Jeevan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Datin Maharam bt. Jusoh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Editor Chang Hon Fong Halmi Ahmad Raja Subramaniam Noor Azimah Sumbangan artikel dari kakitangan Kimia Malaysia sangat dialu-alukan Sila e-mail kepada : [email protected]

Upload: vuonghanh

Post on 03-Jul-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

OSHBULLETIN Keluaran 3/2007 Julai – Sept 2007 Untuk Edaran Dalaman Sahaja

KIMIA MALAYSIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

KANDUNGAN:

Perasmian Minggu OSH 2007 di Ibu

Pejabat (9-13/7/07) Kempen Derma Darah di HQ

Mesyuarat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OSH untuk Timbalan Wakil Pengurusan (DMR) & Pengurus OSH.

Ceramah di HQ

o Ceramah ‘Stress management’

o Ceramah 3G (Gebu, Gemuk, Gempal)

o Ceramah ‘LEV’

Minggu OSH Jabatan Kimia

Cawangan Kuching 2007 (16-17 Julai 2007)

Minggu OSH Jabatan Kimia

Cawangan Pahang 2007 (6-10 Ogos 2007)

Minggu OSH Jabatan Kimia

Cawangan Melaka 2007 (16-19 Ogos 2007)

Minggu OSH Jabatan Kimia

Cawangan Terengganu 2007 (02-06 September 2007)

Penaung Datuk Khalid Safan Ketua Pengarah Kimia Malaysia

Penasihat N. Hithaya Jeevan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)Datin Maharam bt. Jusoh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Editor Chang Hon Fong Halmi Ahmad Raja Subramaniam Noor Azimah

Sumbangan artikel dari kakitangan Kimia Malaysia sangat

dialu-alukan Sila e-mail kepada : oosshh__ppjj@@kkiimmiiaa..ggoovv..mmyy

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

PERASMIAN MINGGU OSH 2007 Di IBUPEJABAT (9-13/7/07) .Minggu OSH di Ibu Pejabat telah diadakan pada 9 hingga 12 Julai 2007. Ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kimia Datuk Khalid Safan pada 10 Julai 2007. Datuk Khalid Safan telah menyampaikan dokumen Sistem Manual dan SOP Manual OHSAS 18001 yang terbaru kepada semua Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat dan DMR dari semua cawangan.

• Mesyuarat KKP untuk DMR dan OSH Manager

• Ceramah Minggu OSH 2007 di HQ pada kali ini di sambut secara kecil-kecilan untuk menggalakkan Minggu OSH disambut di setiap cawangan. Minggu OSH ini diadakan selari dengan Minggu OSH Kebangsaan yang disambut pada Minggu ke-2 bulan 7 setiap tahun. Diharap ianya dapat mempertingkatkan kesedaran di kalangan warga Kimia.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu OSH 2007 adalah:

• Pameran

• Kempen Derma Darah

KEMPEN DERMA DARAH Di HQ

Kempen derma darah telah diadakan pada 9 Julai 2007 sebagai pembuka tirai sempena bermulanya Minggu OSH 2007. Seramai 36 penderma yang layak menderma darah.

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

MESYUARAT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN OSH UNTUK TIMBALAN WAKIL

PENGURUSAN (DMR) & PENGURUS OSH (9-10 JULAI 2007)

Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OSH untuk Timbalan Wakil Pengurusan (DMR) & Pengurus OSH telah diadakan sempena Minggu OSH 2007 di Bilik Mesyuarat, Bangunan Persekutuan JKM di Ibu Pejabat. Ketua Seksyen Bahan Kimia dan OSH, En. Chua Chong Oie dan Ketua Unit OSH iaitu En. Halmi telah mempengerusikan mesyuarat ini.

Semua DMR dan OSH Manager dari setiap cawangan telah hadir untuk kajian semula Sistem Manual dan SOP Manual OHSAS 18001. Deraf Manual Sistem baru yang telah disiapkan oleh Unit OSH telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Semua maklum balas telah direkodkan dan akan diedarkan sebelum 20 Julai 2007.

Dokumen ini akan dihantar ke setiap cawangan berbentuk softcopy dalam CD yang berformat PDF untuk memudahkan pencetakkan. Bagi Ibu Pejabat pula dokumen ini boleh diperolehi dengan melayari intranet jabatan.

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

CERAMAH DI HQ

CERAMAH ‘STRESS MANAGEMENT’ Oleh: Prof. Madya Dr. Retneswari Masilamani

Dari: Pusat Perubatan Universiti Malaya

CERAMAH 3G (GEBU GEMUK GEMPAL) Oleh: Prof. Pn. Kamarul Faridah Kamarul Zaman,

Dari: Lembaga Pendududuk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

CERAMAH ‘LEV’ Oleh: Enviroterm Sdn. Bhd.

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

MINGGU OSH JABATAN KIMIA CAWANGAN KUCHING 2007 (16 – 17 JULAI 2007)

Minggu OSH di Jabatan Kimia Kuching telah di hadiri oleh wakil dari Jabatan Mineral dan Geosains, Pensyarah dari Fakulti Sains UiTM Kota Samarahan, En Halmi dari lbupejabat dan murid-murid sekolah berdekatan. Antara acara sepanjang Minggu OSH berlangsung ialah; • Demonstrasi cara menggunakan PEE, • tayangan video, • kuiz Minggu OSH, • ceramah kesedaran • Kawad kebakaran bersama pihak bomba.

Empat ceramah telah disampaikan oleh;

1. En. Halmi Ahmad dari Ibu pejabat ‘OSHA vs OHSAS’

2. En. Arahman bin Hj Jamel dari JKKP Sarawak. ‘Kemalangan di tempat kerja dan Akta Pekerjaan 1994’.

3. Pn. Karen dari Sainstrade ‘Demonstarsi Penggunaan PPE’. 4.Dr. Rohani dari Jabatan Kesihatan Negeri

Sarawak ‘Penyakit Pekerjaan’

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

MINGGU OSH JABATAN KIMIA CAWANGAN PAHANG 2007 (6 – 10 OGOS 2007)

Jabatan Kimia Cawangan Pahang telah menganjurkan Minggu OSH 2007 pada 6 – 10 Ogos 2007. Perasmian telah dibuat oleh En. Khairul Hadi bin Hj. Abd Raof dan disusuli dengan tayangan video berkenaan keselamatan. Pameran berlansung secara tertutup untuk warga kimia tetapi mendapat kunjungan tidak rasmi dari agensi kerajaan seperti polis, Kesihatan dan pihak swasta yang kebetulan hadir untuk menghantar ekshibit. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu OSH ini ialah; • Tayangan Video • Pameran OSH

• Taklimat dan Latihan Penggunaan PPE Penceramah: Cik Hartini Zubir VKI Marketing.

• Taklimat dan Latihan Spill Response telah dijayakan oleh warga kimia Pahang.

• Taklimat dan Latihan Pertolongan Cemas

Penceramah: En. Zulfuri, En. Alias dan En. Norazlee

Bahagian Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan.

• Taklimat dan Latihan Melawan Kebakaran Penceramah: En. Mohd Ismail b. Abd. Latif BOMBA Kuantan.

• Pertandingan Makmal Selamat Penilai: VKI dan HTAA.

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

MINGGU OSH JABATAN KIMIA CAWANGAN MELAKA 2007 (16 – 19 OGOS 2007)

Minggu OSH di makmal Melaka telah diadakan

dari 16 hingga 19 Ogos 2007 dengan

kerjasama dan penglibatan semua kakitangan

JKM Melaka. Minggu OSH tahun ini telah

dirasmikan oleh Pengarah Kimia Melaka.

Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti :

(a) tayangan video berkaitan dengan

keselamatan tempat kerja,

(b) sesi-sesi ceramah seperti tumpahan bahan

kimia oleh 3M,

(c) pertolongan cemas dan CPR oleh JPA3,

(d) pengurusan stress oleh wakil dari Hospital

Melaka, dan

(e) pengurusan risiko kebakaran oleh En.

Mohanadas, pembantu makmal kanan dari

JKM Melaka.

Aktiviti-aktiviti lain telah dijalankan untuk

meningkatkan pengetahuan dan penglibatan

kakitangan seperti:

(a) pertandingan kuiz,

(b) pencarian harta karun “Amazing OSH”,

(c) pertandingan mencipta slogan, dan

(d) pertandingan kebersihan

OSH Bulletin Keluaran 3/2007

MINGGU OSH JABATAN KIMIA CAWANGAN TERENGGANU 2007 (02 – 06 SEPTEMBER 2007)

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan Minggu OSH pada 2 – 6 September 2007. Agensi luar di jemput untuk memberi ceramah dan latihan kepada kakitangan untuk menimbulkan kesedaran pentingnya keselamatan di tempat kerja. Kursus Asas Pertolongan Cemas dan Kursus Lanjutan Pertolongan Cemas telah diadakan dengan kerjasama pihak JPA 3 bersempena Minggu OSH ini. Sijil telah diberikan kepada peserta kursus pertolongan cemas yang telah lulus. Ceramah:

1. General Office Safety Tuan Haji Samsudin b. Abd. Shukor (JKKP Negeri Terengganu)

2. Penularan Penyakit AIDS dan HIV Dr. Azlihanis bt. Abdul Hadi (Unit Kesihatan Pekerjaan, JKN Terengganu)

3. Kesihatan di tempat Kerja Dr. Haji Azmi b. Hassan (Unit Kesihatan Pekerjaan, JKN Terengganu)