buletin elok rasanya, seseorang yang bercita-cita menjadi kaya merenung maksud hadis ini:...

2

Upload: trinhdien

Post on 14-Jul-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Elok rasanya, seseorang yang bercita-cita menjadi kaya merenung maksud hadis ini: “Sekiranya aku mempunyai emas sebesar gunung Uhud, aku tidak mahu sedikit pun daripadanya

Imam Syafi’e seorang ulama yang terk-enal dengan ketajaman akalnya yang juga turut memiliki sifat pemurah. Sesia-pa yang meminta bantuan daripadanya tidak akan pulang dengan tangan kosong. Suatu hari, beliau diberikan hadiah berupa wang. Namun, beliau tidak menggunakannya semata-mata untuk keperluan diri. Sebaliknya, wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan yang ditemui di sekitarnya. Sifat pemurahnya terbukti menerusi kata-katanya,

“Aku belum pernah memiliki kegagalan, tidak memiliki sesuatu apapun, sehing-ga aku harus menjual semua perhiasan milik isteriku dan puteri kesayanganku”.

Pemurahnya... Imam Syafi’e

Buletin

Elok rasanya, seseorang yang bercita-cita menjadi kaya merenung maksud hadis ini:

“Sekiranya aku mempunyai emas sebesar gunung Uhud, aku tidak mahu sedikit pun daripadanya tertinggal di sisiku selama tiga hari, kecuali suatu ba-hagian yang aku simpan berasingan untuk melunaskan hutang” (Riwayat Bukhari)

Tidak salah menjadi kaya, tetapi cuba kita renung sejenak bagaimanakah il-tizam Rasullullah jika baginda mendapat emas sebesar gunung Uhud. Di dalam hadis ini ada dorongan supaya memperbanyakkan sedekah daripada kekayaan, dalam masa yang sama, memperjelaskan hutang-piutang. Men-gapa Rasulullah berpesan sedemikian?

Ya, banyak terjadi pada zaman ini, orang yang menjadi kaya, mengira-gira akan kekayaannya (tidak segera infaq) dan bersikap acuh tidak acuh dalam menyelesaikan hutang-hutangnya.

Majlis Bicara Wahyu Siri 4 & Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan KPM 1438H

Siri 1 | 27 Mei-2 Jun 2017M / 1-7 Ramadan 1438H

Sedekah vs Hutang

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perump-amaan orang yang kedekut dan orang yang dermawan adalah seperti dua orang yang memakai baju besi dari dada ke bawah. Orang yang dermawan akan dapat merasa-kan baju besi tersebut lapang dan longgar serta berpadanan sehingga dapat menutupi jari-jemarinya tanpa sebarang rasa sakit pada kulitnya. Manakala orang yang kede-kut pula akan merasakan sempit dan ketat-nya baju itu sehingga setiap lingkar baju be-sinya itu melekat kuat di kulitnya dan dia tidak mampu untuk melonggarkan dan mel-uaskannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Umpama Memakai Baju Besi

Page 2: Buletin Elok rasanya, seseorang yang bercita-cita menjadi kaya merenung maksud hadis ini: “Sekiranya aku mempunyai emas sebesar gunung Uhud, aku tidak mahu sedikit pun daripadanya

Sidang Editorial :Editor :Tn. Hj. Zulkefli b. HamatUst. Alhuzaee b. SulaimanUst. Mohd Zamri b. Mohamed NoorUst. Hairon b. Zainal AbidinUst. Hamidi b. ZakariaPenulis :Ust. Mohammad Shariffuddin b. JahuriUst. Khafizan bin Mohd BaharUst. Mohd Suhaimi b. Mohd NizamWartawan :Ust. Abd. Rahman b. Che SohUst. Nooraziz b. MudakirUst. Muhd Zulhimi b. Haron

Penasihat : Pn. Hjh. Nor Hayati bt. L.Isa(Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM)Pengerusi : Pn. Hjh Kamariah bt. Isa(Timb. Pengarah Pengurusan Dakwah danSyiar Islam BPI, KPM)Ketua Editor : Tn. Hj Arifuddin b. Abd. Hamid(Ketua Sektor Dakwah & Kepimpinan BPI, KPM)(Ketua Sektor Dakwah & Kepimpinan BPI, KPM)Pen. Ketua Editor : Pn. Farhana bt. Abd Rashid(Ketua Sektor Pembangunan Akhlak danSyiar Islam BPI, KPM)

Sumber: Tanbihul Ghafilin

Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadan tidak mem-batalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membat-alkan puasa.

Adapun semata-mata terdapat ‘rasa’ daripada bibir yang dig-incu itu maka ianya tidaklah membatalkan puasa kecuali dia menelannya selepas itu. Di dalam kitab Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Rahimahullah ada menyebutkan:

“Tiada batal puasa sebab merasai makanan dengan lidah dan jika sampai rasa makanan itu kepada rukungan (kerong-kong) sekalipun dari kerana rasa makanan itu athar’ jua bukan ‘ain.”

Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.

Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa memakai gincu Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa memakai gincu untuk memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan ber-lebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Tetapi untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri.

Dividen Pahala

6 Oktober 1973 menyaksikan Mesir dan Syria menyerang negara haram Israel. Nama lainnya ialah Perang Yom Kippur, Peperangan Arab - Israel 1973, Perang Oktober dan Perang Ramadan. Dalam peperangan ini, tentera Mesir berjaya mer-ampas kembali semenanjung Sinai manakala Syria mengambil semula dataran tinggi Golan. Kedua-dua kawasan itu dirompak Israel dalam Perang Enam Hari, 1967. Sungguh, andainya negara Islam bersatu, rejim Israel di Palestin sudah lama berkubur.

Ramadan Bulan KemenanganBICARA MUFTI@Ramadan

Yazid al-Raqqasyi meriwayatkan bahawa Anas bin Malik pernah berkata: Tujuh sedekah yang dapat dit-erima pahala sampai sesudah matinya:1. Orang yang membangunkan masjid selama ada orang solat didalamnya.2. Orang yang mengalirkan air sungai selama ada yang minum daripadanya.3. Orang yang menulis mushaf selama ada orang yang membacanya.4. Orang yang menggali sumur selama masih ada orang yang mempergunakan airnya.5. Orang yang menanam tanaman selama dimakan oleh manusia dan binatang.66. Orang yang mengajar ilmu yang berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang men-doakan dan beristighfar untuknya.