buletin bulanan transformasi kementerian pendidikan · pdf fileadalah dengan terhasilnya pelan...

4
1 Anjakan Bil. 8 30 November 2013 1 AGENDA PENENTU KEJAYAAN PPPM Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 6 Disember 2013 akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga Kementerian. Antara usaha beliau yang sangat bermakna dalam sejarah pendidikan negara adalah dengan terhasilnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Perancangan untuk menyediakan PPPM telah dimulakan pada Ogos 2011. Sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyediaan PPPM telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut. Y.Bhg. Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Pengerusi telah berjaya menggerakkan jawatankuasa ini sehinggalah PPPM dilancarkan pada 6 September 2013. Tan Sri telah memberi keutamaan yang tinggi terhadap penghasilan PPPM dengan meluangkan masa hampir setiap hari mendapatkan perkembangan terkini berkaitan penulisan PPPM. Sebagai peneraju dalam penghasilan PPPM, hasrat untuk memastikan PPPM berjaya dilaksanakan adalah tinggi. Ini pernah disuarakan dalam bengkel penetapan KPI inisiatif PPPM untuk 2014, “…untuk menghasilkan PPPM bukanlah sesuatu yang sukar tetapi untuk memastikan PPPM berjaya adalah lebih mencabar.” Dalam usaha untuk memastikan PPPM mencapai aspirasi yang ditetapkan beliau menyeru agar semua warga kementerian bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan. Menurutnya 1Agenda iaitu kesefahaman bersama menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan PPPM. Pencapaian KPI bagi setiap Bahagian akan menentukan pencapaian KPI Menteri dan Perdana Menteri. Justeru, semua Bahagian perlu merancang dan bertindak secara professional. Warga Kementerian juga digesa untuk melakukan perubahan. Perkara penting untuk berubah ialah kepekaan kepada persekitaran, contohnya peka kepada jangkaan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka. ISU #8, 30 NOVEMBER 2013 Dalam isu ini: 1. Bengkel penetapan 14 inisiatif PPPM untuk tahun 2014 2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Kecekapan 3. Berita Pameran PPPM 2013-2025 di Ibu Pejabat UNESCO Paris Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: trantruc

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan · PDF fileadalah dengan terhasilnya Pelan Pembangunan ... Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan ... strategik yang kukuh

1 Anjakan Bil. 8 30 November 2013

1 AGENDA PENENTU KEJAYAAN PPPM

Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 6 Disember 2013 akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga Kementerian. Antara usaha beliau yang sangat bermakna dalam sejarah pendidikan negara adalah dengan terhasilnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Perancangan untuk menyediakan PPPM telah dimulakan pada Ogos 2011. Sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyediaan PPPM telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut. Y.Bhg. Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Pengerusi telah berjaya menggerakkan jawatankuasa ini sehinggalah PPPM dilancarkan pada 6 September 2013. Tan Sri telah memberi keutamaan yang tinggi terhadap penghasilan PPPM dengan meluangkan masa hampir setiap hari mendapatkan perkembangan terkini berkaitan penulisan PPPM. Sebagai peneraju dalam penghasilan PPPM, hasrat untuk memastikan PPPM berjaya dilaksanakan adalah tinggi. Ini pernah disuarakan dalam bengkel penetapan KPI inisiatif PPPM untuk 2014, “…untuk menghasilkan PPPM bukanlah sesuatu yang sukar tetapi untuk memastikan PPPM berjaya adalah lebih mencabar.” Dalam usaha untuk memastikan PPPM mencapai aspirasi yang ditetapkan beliau menyeru agar

semua warga kementerian bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan. Menurutnya 1Agenda iaitu kesefahaman bersama menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan PPPM. Pencapaian KPI bagi setiap Bahagian akan menentukan pencapaian KPI Menteri dan Perdana Menteri. Justeru, semua Bahagian perlu merancang dan bertindak secara professional. Warga Kementerian juga digesa untuk melakukan perubahan. Perkara penting untuk berubah ialah kepekaan kepada persekitaran, contohnya peka kepada jangkaan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka.

ISU #8, 30 NOVEMBER 2013

Dalam isu ini:

1. Bengkel penetapan 14 inisiatif PPPM untuk tahun 2014

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Kecekapan

3. Berita Pameran PPPM 2013-2025 di Ibu Pejabat UNESCO Paris

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan · PDF fileadalah dengan terhasilnya Pelan Pembangunan ... Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan ... strategik yang kukuh

2 Anjakan Bil. 8 30 November 2013

Memahami Kandungan PPPM : Kecekapan Program Gallery Walk PPPM 2013-2025

Selain daripada meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan kecekapan produktiviti sumber, pengurusan kewangan dan sumber manusia juga menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Gallery Walk PPPM telah diadakan di Ibupejabat UNESCO pada 8 November 2013. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah UNESCO, H.E Madam Irina Bokova dan Duta Besar Malaysia.

Kandungan ucapan YAB Menteri Pendidikan semasa majlis resepsi tersebut adalah berkaitan perkara-perkara berikut:

Pencapaian utama sistem pendidikan negara sejak merdeka hingga kini

Penetapan matlamat yang lebih mencabar dan perlu dicapai pada penghujung 2025

Perancangan satu program transformasi pendidikan yang menyeluruh

Penyediaan PPPM 2013-2025,

tumpuan kepada proses penyediaan, objektif, aspirasi, anjakan, inisiatif dan kaedah pelaksanaan.

Usaha mengoptimumkan kecekapan ini dilihat penting kerana Kementerian Pendidikan memperoleh peruntukan yang besar pada setiap tahun. Bagi mencapai aspirasi sistem kelima ini, Anjakan 10 dalam PPPM menggariskan dua perkara utama iaitu:

Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun; dan

Memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

Melalui kedua-dua strategi ini, Kementerian dijangka akan terus memanfaatkan anggaran 16% perbelanjaan yang diterima daripada kerajaan untuk terus melabur dalam pendidikan berimpak tinggi dan menjurus kepada keberhasilan murid. Usaha-usaha ke arah penambahbaikan khususnya dari segi amalan kerja, pengurusan berbelanja dan penjajaran semula program atau aktiviti akan dilakukan mulai 2014. Penjimatan hasil daripada usaha ini akan dilaburkan kembali kepada bidang yang diberi keutamaan.

Kecekapan : Sistem yang memaksimumkan

keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada

Page 3: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan · PDF fileadalah dengan terhasilnya Pelan Pembangunan ... Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan ... strategik yang kukuh

3 Anjakan Bil. 8 30 November 2013

KPI 14 inisiatif utama PPPM bagi tahun 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 14 inisiatif untuk dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada tahun 2014. Bengkel penetapan insiatif telah diadakan di Langkawi pada 16 hingga 19 November 2013 melibatkan lebih 60 pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2013, Kementerian telah menetapkan 100 inisiatif di bawah 1 Agenda yang perlu dilaksanakan dalam tiga gelombang bagi merealisasikan hasrat mencapai kedudukan satu pertiga teratas dalam kalangan sistem pendidikan terbaik dunia. Untuk memantapkan pelaksanaan, Kementerian telah meneliti semula kesemua inisiatif tersebut dan kini menyenaraikan 60 inisiatif untuk mencapai matlamat PPPM. Tidak seperti tahun 2013 yang menetapkan 25 inisiatif utama, tahun hadapan sebanyak 14 inisiatif yang menjurus kepada keberhasilan murid akan dipantau

dengan rapi. Di samping itu, keseluruhan 14 inisiatif tersebut dipilih bagi memenuhi kesemua lima aspirasi sistem – akses, ekuiti, kualiti, perpaduan dan kecekapan. Secara umumnya, pelaksanaan inisiatif bagi 2014 masih berfokus kepada meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru dan kepimpinan sekolah. Pada 29 November, satu bengkel bersama JPN dan PPD telah diadakan untuk menetapkan KPI bagi empat inisiatif di bawah tanggungjawab JPN dan PPD masing-masing. Inisiatif tesebut adalah LINUS, Pendaftaran Prasekolah, Pelan Transformasi Daerah dan Infrastruktur.

Page 4: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan · PDF fileadalah dengan terhasilnya Pelan Pembangunan ... Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan ... strategik yang kukuh

4 Anjakan Bil. 8 30 November 2013

14 Inisiatif Utama 2014

Bil Nama Keberhasilan

Ku

alit

i

Ku

alit

i

Eku

ati

Pe

rpad

uan

Ke

ceka

pan

1 MeMaksimakan keberhasilan mumurid bagi setiap RM yang dibdibelanjakan

Penjimatan kos dan mecapai KPI menepati keberhasilan dan bajet oleh semua inisiatif

2 Piagam guru Satu instrumen untuk penilaian yang berteraskan kompetensi dan prestasi yang jelas dalam meningkatkan prestasi dan kualiti PPP

3 KBAT Elemen-elemen KBAT diterapkan di dalam semua aspek PdP, pentaksiran,

pelibatan ibu bapa, komuniti dan kokurikulum supaya menyokong aspirasi mencapai 1/3 kedudukan teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025

4 Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan PISA

Mencapai skor 500 dalam TIMSS menjelang 2015 dan kedudukan 1/3 teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025

5 LINUS 100% murid menguasai kemahiran asas literasi (BM & BI) dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah Tahap I) di sekolah rendah kecuali murid berkeperluan khas.

6 Standard garis asas infrastruktur

Kesemua 10,000 sekolah mempunyai infrastruktur asas yang berada dalam keadaan baik menjelang 2015

7 Program Transformasi

Daerah (DTP) PPD memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam peningkatan kualiti pendidikan setiap sekolah dalam daerah masing-masing

8 Enrolmen prasekolah Meluaskan peluang pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti melalui

program Prasekolah

9 Pelibatan ibu bapa dan komuniti

Ibu bapa, ahli komuniti yang terdiri dari agensi awam dan NGO terlibat secara aktif, berstruktur dan meluas dalam melaksanakan agenda pendidikan dalam PPPM 2013 – 2025

10 Pengukuhan fungsi teras organisasi dan penstrukturan semula KPM

Kementerian menjalankan fungsi dengan cekap dan berkesan ke arah penyediaan pendidikan berkualiti

11 Transformasi Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional sebagai laluan yang menarik, yang cukup bersedia untuk memenuhi permintaan industri, terutamanya menerusi kolaboratif strategik yang kukuh bersama rakan industri yang strategik

12 1BestariNet Menyediakan infrastruktur ICT dan platform pembelajaran maya sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran

13 Program Peningkatan

Profisiensi Guru Bahasa Inggeris

Guru Bahasa Inggeris yang mengikuti program Pro-ELT akan meningkat satu band dalam CEFR dan akhirnya meningkatkan keberhasilan murid

14 Piagam Pemimpin Sekolah

Pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang dapat meningkatkan prestasi sekolah, kualiti guru dan pencapaian murid

Sila hubungi PADU jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan

Pelan, atau cetakan ini.

Emel: [email protected]

Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605