buletin 5s bil. 1 2016 - selamat datang ke laman web...

2
AUDIT PENGEKALAN 5S TERBITAN: JK PROMOSI BULETIN 5S BILANGAN 1/ 2016 JK PROMOSI Pn Zubaidah Pn Nur Aisyah En Ruslan Pn Fauziah Pn Afida Ediana Sekiranya tuan / puan ada sebarang makluman 5S yang ingin dikongsikan bersama semua ahli , sila hubungi kami. JAN—MAC 2016 Sekali lagi Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru melakar sejarah apabila berjaya mem- perbaharui Pensijilan Amalan Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk kali ke lima berturut-turut. Pengauditan telah dijalankan pada tanggal 5 November 2015 oleh Encik Mazuan Salih dan Encik Muhammad Hafiz Sabarudin . Majlis dimulakan tepat jam 8.30 pagi dengan sesi ucapan pembukaan majlis daripada Ketua Pegawai Farma- si, Dr. Siti Norlina Bt Md Said dan kemudian disusuli dengan Tayangan ‘Slide Power Point” sejarah dan perjalanan Aktiviti 5S daripada Penyelaras 5S, Jabatan Farmasi iaitu Encik Tan Chee Chin dan kemudian disusuli dengan taklimat ringkas daripada juruaudit. Sesi audit bermula dengan semakan dokumentasi di fail Jawatankuasa Induk dan fail setiap zon. Juruaudit kemudiannya membuat pembahagian tugas dan mula membuat lawatan ke zon– zon yang dipilih. Kejayaan memperbaharui semula sijil 5S ini memperlihatkan satu jalinan kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan semua kakitangan dalam membudayakan Amalan 5S. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga kerja Jabatan Farmasi harus diberi pujian. Syabas dan Tahniah diucapkan dan semoga 5S akan terus menjadi amalan berterusan dalam membudayakan Amalan 5S di Jabatan Farmasi. Majlis Penyampaian Sijil Pengekalan Amalan Berkualiti 5S telah di adakan semasa Perhimpunan Bulanan HSAJB pada 25 Februari 2016. Sijil tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Rooshaimi Merican binti A. Rahim Merican kepada Ketua Jabatan Farmasi, Dr. Siti Norlina bt Md Said. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Puan Pengarah Hospital dan semua anggota Jabatan Farma- si, HSAJB. MAKLUMAN Rombakan zon di Unit Farmasi Logistik telah dibuat. Oleh yang demikian Zon Daisy telah diserap ke Zon Reflesia dan Zon Lavender telah diserap ke Zon Exo- ra. Diharap dengan penambahbaikan ini Zon –zon yang bergabung ini akan lebih cemerlang.

Upload: vunhu

Post on 01-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN 5S BIL. 1 2016 - Selamat Datang Ke Laman Web ...hsajb.moh.gov.my/versibaru/uploads/farmasi/BULETIN 5S BIL...J abatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah diundang

AUDIT PENGEKALAN 5S

T E R B I T A N : J K P R O M O S I BULETIN 5SB I L A N G A N 1 / 2 0 1 6

J K P R O M O S I

• Pn Zubaidah

• Pn Nur Aisyah

• En Ruslan

• Pn Fauziah

• Pn Afida Ediana

Sekiranya tuan /puan ada sebarang makluman 5S yang ingin dikongsikan bersama semua ahli , sila hubungi kami.

J A N — M A C 2 0 1 6

Sekali lagi Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru melakar sejarah apabila berjaya mem-

perbaharui Pensijilan Amalan Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk kali ke

lima berturut-turut. Pengauditan telah dijalankan pada tanggal 5 November 2015 oleh Encik Mazuan Salih

dan Encik Muhammad Hafiz Sabarudin .

Majlis dimulakan tepat jam 8.30 pagi dengan sesi ucapan pembukaan majlis daripada Ketua Pegawai Farma-

si, Dr. Siti Norlina Bt Md Said dan kemudian disusuli dengan Tayangan ‘Slide Power Point” sejarah dan

perjalanan Aktiviti 5S daripada Penyelaras 5S, Jabatan Farmasi iaitu Encik Tan Chee Chin dan kemudian

disusuli dengan taklimat ringkas daripada juruaudit. Sesi audit bermula dengan semakan dokumentasi di fail

Jawatankuasa Induk dan fail setiap zon. Juruaudit kemudiannya membuat pembahagian tugas dan mula

membuat lawatan ke zon– zon yang dipilih.

Kejayaan memperbaharui semula sijil 5S ini memperlihatkan satu jalinan kerjasama yang erat antara pihak

pengurusan dan semua kakitangan dalam membudayakan Amalan 5S. Komitmen yang ditunjukkan oleh

semua warga kerja Jabatan Farmasi harus diberi pujian. Syabas dan Tahniah diucapkan dan semoga 5S

akan terus menjadi amalan berterusan dalam membudayakan Amalan 5S di Jabatan Farmasi.

Majlis Penyampaian Sijil Pengekalan Amalan Berkualiti 5S telah di adakan semasa Perhimpunan Bulanan

HSAJB pada 25 Februari 2016. Sijil tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh.

Rooshaimi Merican binti A. Rahim Merican kepada Ketua Jabatan Farmasi, Dr. Siti Norlina bt Md Said.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Puan Pengarah Hospital dan semua anggota Jabatan Farma-

si, HSAJB.

M A K L U M A N

Rombakan zon di Unit Farmasi Logistik telah dibuat. Oleh yang demikian Zon Daisy telah diserap ke Zon Reflesia dan Zon Lavender telah diserap ke Zon Exo-ra. Diharap dengan penambahbaikan ini Zon –zon yang bergabung ini akan lebih cemerlang.

Page 2: BULETIN 5S BIL. 1 2016 - Selamat Datang Ke Laman Web ...hsajb.moh.gov.my/versibaru/uploads/farmasi/BULETIN 5S BIL...J abatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah diundang

Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah diundang oleh

Bahagian Kesihatan Pergigian Johor Bahru sebagai penceramah/ Fasilitator Kursus Budaya Kerja 5S kepada kakitangan jabatan tersebut pada 28 Mac 2016. Ceramah tersebut telah diberikan oleh Encik Mohd Shafie bin Zabidi, Pegawai Far-masi dan juga Penasihat JK Audit 5S, Jabatan Farmasi.

Semoga setelah menghadiri Kursus Budaya Kerja 5S ini, Bahagian Kesihatan Pergigian Johor Bahru dapat mengaplikasikan ilmu yang diterima dan seterusnya Amalan 5S dapat diamalkan dan dijadikan budaya kerja seharian di jabatan mereka. TAHNIAH !!

Kursus Budaya Kerja 5S

Buku Panduan 5S, Jabatan Farmasi, HSAJB

Oleh kerana Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah, telah

lima tahun berjaya mengekalkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S berturut-turut, maka selayaknya kita mempunyai

Buku Panduan 5S. Buku ini sedikit sebanyak menerangkan tentang bagaimana per-laksanaan 5S di Jabatan Farmasi dan bakal dijadikan panduan kepada unit atau jab-atan lain yang ingin melaksanakan 5S.

Bagi menzahirkan buku panduan ini, satu jawatankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada 6 orang ahli. Sasaran ditetapkan agar buku panduan ini dapat disediakan selengkapnya pada bulan Jun 2016. Pengumpulan maklumat dan gambar telah dibuat pada awal tahun dan mereka kerap bermesyuarat bersama penyelaras 5S dan JK In-duk bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah betul dan tepat.

Diharap agar Buku Panduan 5S, Jabatan Farmasi, HSAJB yang bakal diterbitkan pa-da Jun 2016 ini menjadi satu aspirasi dan pemudahcara untuk unit dan jabatan lain memahami cara dan pelaksanaan 5S dan seterusnya berjaya melaksanakan dan mengamalkan aktiviti 5S di tempat mereka.