buku skrap konda kondi

7

Click here to load reader

Upload: lieynarameli

Post on 09-Dec-2014

174 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

permainan tradisional

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Skrap Konda Kondi

BUKU SKRAP

PERMAINAN TRADISIONA

L

Page 2: Buku Skrap Konda Kondi

(KONDA-KONDI)

ASAL USUL PERMAINAN KONDA-KONDI

Konda-kondi adalah salah satu permainan

tradisional. Permainan ini merupakan salah

satu ciptaan masyarakat melayu pada

zaman dahulu sebagai salah satu cara

untuk menghibur dan bergembira setelah

penat bekerja. Konda-kondi ialah sejenis

Page 3: Buku Skrap Konda Kondi

Permainan Konda kondi

Konda-kondi adalah salah satu permainan

tradisional. Permainan ini merupakan salah

satu ciptaan masyarakat melayu pada

zaman dahulu sebagai salah satu cara

untuk menghibur dan bergembira setelah

penat bekerja. Konda-kondi ialah sejenis

TUJUAN PERMAIN

Page 4: Buku Skrap Konda Kondi

TUJUAN PERMAINAN 

Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan

mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan. 

KAWASAN PERMAINAN

Kawasan yang terbuka dan lapang 

PERALATAN 

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang

kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang

kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu

yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang dipanggil

‘ibu’Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu

panjang. 

CARA BERMAIN

Sediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran ½

kaki dan satu kayu panjang berukuran 1 kaki. Sebuah lubang

dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara

melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua

pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. Undian di

buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu.

Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang

Page 5: Buku Skrap Konda Kondi

tempat bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata

tempat. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis

kayu pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu panjang.

Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang.

Apabla pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan

yang bermain dikira mati. Mata akan dikira daripada bilangan

ukuran yang dibuat. Permainan diteruskan apabila pemain

berjaya melaksanakan langkah 1. Mata yang dikumpulkan oleh

pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi

mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul

bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu. 

Cara bermain konda kondi

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap

oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu

Page 6: Buku Skrap Konda Kondi

pendek dikira ‘mati’. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya

menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan

sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira ‘mati’ dan

kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan

lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang,

pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan terpaksa

memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang

sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan

permainan.