buku skrap

8
ASAL USUL ETNIK MELANAU Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'. Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'. 'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun 'mulong'

Upload: amniey-izzaty-roslan

Post on 12-Aug-2015

39 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

K

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Skrap

ASAL USUL ETNIK MELANAU

Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa

yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak

mengetahui asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'. Kira-kira setengah abad yang

lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap

kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut

hasil daripada penduduknya.

Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke

Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang

menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya,

"Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang

memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari

oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.

'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana

bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini.

Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini

dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang

dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang

bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun

'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang

kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka

memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka

juga mungkin terancam.Perkataan “Melanau” adalah semata-mata satu pekerjaan yang

dipusaka oleh datuk-nenek moyang mereka.

Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau'

(Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum

di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang

didiami orang Melanau sekarang.

Page 2: Buku Skrap

RUMAH ETNIK MELANAU

Ketinggian rumah ini adalah 10m dan keatas daripada permukaan tanah.

Rumah tinggi melanau merupakan tempat yang paling selamat dari segi pertahanan. Ketinggiannya membolehkan ia tidak dapat di jolok dengan tombak dari permukaan tanah.

Tiangnya pula diperbuat daripada batang balak kayu berlian yang mampu bertahan hingga 100 tahun dan lebih.

Di Sarawak cuma terdapat 2 buah rumah tinggi Malanau yng masih wujud, pertama sekali di Kampung Budaya Sarawak dan keduanya di Kampung Sok, Matu, Mukah

Struktur susunan dan kombinasi lantai nibong yang unik yang jarang namun,orang di bawah rumah tidak dapat melihat pergerakan orang di atas tetapi orang di atas dapat melihat dengan jelas pergerakan orang bawah rumah.

Page 3: Buku Skrap

PERAYAAN

PERAYAAN KAUL

Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau “Pagan”.

Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan.

Page 4: Buku Skrap
Page 5: Buku Skrap

ADAT RESAM

Page 6: Buku Skrap

PAKAIAN TRADISIONAL

Page 7: Buku Skrap

MAKANAN

Page 8: Buku Skrap

BAHASA PERTUTURAN