buku peraturan am dan akademik pelajar sesi 2014/15 · pdf filetahun. b. setiap pelajar yang...

92

Upload: hoangduong

Post on 07-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod
Page 2: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod
Page 3: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

BAHAGIAN I

PERATURAN AM PELAJAR

Page 4: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. VISI DAN MISI __________________________________________________ 1

1.1. Visi _________________________________________________________ 1

1.2. Misi _________________________________________________________ 1

2. AM ___________________________________________________________ 1

2.1 Orientasi _____________________________________________________ 2

2.2 Sesi Kemasukan _______________________________________________ 2

3. JABATAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN ____________________________ 2

3.1 Cawangan ____________________________________________________ 2

4. KEMASUKAN ___________________________________________________ 3

4.1 Permohonan untuk Kemasukan __________________________________ 3

4.2 Syarat Kelayakan Masuk ________________________________________ 4

4.3 Pendaftaran __________________________________________________ 4

4.4 Pemeriksaan Kesihatan _________________________________________ 5

4.5 Rekod Peribadi dan Dokumentasi _________________________________ 5

5. KALENDAR AKADEMIK ___________________________________________ 6

5.1 Pengeluaran Kalendar Akademik _________________________________ 6

5.2 Kepelbagaian Kalendar Akademik ________________________________ 6

6. PERATURAN DAN POLISI BAYARAN YURAN __________________________ 6

6.1 Peraturan Bayaran Yuran _______________________________________ 6

6.2 Plan Ansuran Yuran Pengajian ___________________________________ 7

6.3 Bantuan Kewangan ____________________________________________ 7

6.4 Senarai Yuran yang Dikenakan ___________________________________ 8

6.5 Polisi Pemulangan _____________________________________________ 9

6.6 Prosedur Pemulangan Yuran _____________________________________ 9

6.7 Tangguh Pengajian ___________________________________________ 10

6.8 Prosedur Bayaran Yuran Pengajian_______________________________ 11

7. INSURAN PELAJAR _____________________________________________ 11

7.1 Polisi dan Perlindungan Insuran _________________________________ 11

7.2 Prosedur ____________________________________________________ 12

Page 5: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

8. UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR ___________________________________ 12

8.1 Asrama _____________________________________________________ 12

8.2 Tempat _____________________________________________________ 12

8.3 Kemudahan Kolej _____________________________________________ 13

8.4 Papan Kenyataan _____________________________________________ 13

8.5 Knowledge Learning Management System (KLAS) ___________________ 13

8.6 Mel ________________________________________________________ 14

8.7 E-mel ______________________________________________________ 14

8.8 Kehilangan Barangan __________________________________________ 14

9. AKTIVITI-AKTIVITI PELAJAR _______________________________________ 14

9.1 Majlis Perwakilan Pelajar ______________________________________ 14

9.2 Kelab dan Persatuan __________________________________________ 16

10. SISTEM PENASIHAT DAN KAUNSELING _____________________________ 18

10.1 Sistem Penasihat Akademik ____________________________________ 18

10.2 Khidmat Kaunseling ___________________________________________ 18

11. SISTEM MAKLUMBALAS PELAJAR _________________________________ 19

12. PERILAKU PELAJAR _____________________________________________ 19

12.1 Kad Matrik Pelajar ____________________________________________ 19

12.2 Penggunaan Telefon __________________________________________ 20

12.3 Penampilan dan Etika Berpakaian _______________________________ 20

13. TINGKAH LAKU PELAJAR _________________________________________ 21

13.1 Larangan Am ________________________________________________ 22

13.2 Kategori Kesalahan dan Penalti _________________________________ 22

13.3 Sesi Perbicaraan ______________________________________________ 24

13.4 Prosedur Rayuan _____________________________________________ 25

13.5 Keputusan Rayuan ____________________________________________ 25

14. PERPUSTAKAAN _______________________________________________ 25

14.1 Peraturan Am ________________________________________________ 25

14.2 Keahlian ____________________________________________________ 27

14.3 Peraturan Peminjaman Bahan Rujukan ___________________________ 27

14.4 Penempahan Bahan Rujukan ___________________________________ 28

Page 6: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

14.5 Pembaharuan Peminjaman _____________________________________ 28

14.6 Bahan Rujukan Tamat Tempoh Peminjaman _______________________ 29

14.7 Kategori Buku _______________________________________________ 29

14.8 Sistem Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan/Sistem Dokumentasi ___ 30

14.9 Kemudahan dan Perkhidmatan _________________________________ 30

14.10 Jurnal Elektronik _____________________________________________ 30

14.11 Buku Elektronik ______________________________________________ 33

14.12 Alat Bantuan Penyelidikan _____________________________________ 33

15. KESELAMATAN DAN KESIHATAN __________________________________ 33

15.1 Tanggungjawab pelajar ________________________________________ 34

15.2 Tanggungjawab Kolej _________________________________________ 34

15.3 Kawasan Berbahaya __________________________________________ 34

15.4 Laluan Keluar Kecemasan ______________________________________ 34

15.5 Merokok ____________________________________________________ 35

15.6 Situasi Kecemasan ____________________________________________ 35

16. ALUMNI ______________________________________________________ 35

17. PROGRAM ‘GRADUATE EMPLOYABILITY SKILLS ‘ _____________________ 36

17.1 Aktiviti Kurikulum Tambahan __________________________________ 36

17.2 Penglibatan Minimum _________________________________________ 36

17.3 Kerja Kursus Kemahiran Insaniah ________________________________ 37

17.4 Kompilasi Kerja Kursus ________________________________________ 38

17.5 Pensijilan ___________________________________________________ 38

Page 7: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

ALUAN PRESIDEN

Syabas kerana memilih Kolej PTPL sebagai institusi pengajian lanjut anda. Saya amat yakin bahawa pelajar akan menimba pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam bidang pengajian yang dipilih. Berada dalam suasana persekitaran baru sememangnya mencabar. Oleh itu, PTPL akan sentiasa memastikan penyesuaian anda dengan suasana baru kampus dapat diserasikan secepat mungkin. Di PTPL, kami sentiasa komited ke arah memastikan usaha yang dilakukan memenuhi segala aspirasi dan impian pelajar. Saya yakin bahawa ini akan mampu menjadikan pengalaman pembelajaran pelajar di sini lebih bermakna dan berkesan. Tenaga pengajar yang berdedikasi sentiasa menjadi kebanggaan kami dan ini membantu mewujudkan sebuah komuniti prihatin di PTPL. Penawaran kursus pengajian yang menyokong ke arah kebolehpasaran pelajar serta suasana kampus yang kondusif adalah bagi memastikan peluang lebih luas untuk anda menggarap kecemerlangan serta menimba pengalaman pembelajaran yang komprehensif. Kecemerlangan mampu diraih jika kita komited kepada apa yang dilakukan. Berlandaskan komitmen padu ini kami di PTPL menyediakan suasana pembelajaran unik yang melangkaui pendedahan di bilik-bilik kuliah. Maklumat yang terkandung dalam buku ini adalah sebagai panduan ketika menjalani kehidupan sebagai pelajar PTPL. Ia menggariskan panduan dan peraturan yang perlu diikuti bagi memastikan keselesaan pelajar di sepanjang pengajian di PTPL. Tanamkan usaha gigih ke dalam apa sahaja perancangan setelah tamat belajar kelak. Sekiranya pengajian lanjut di MSU yang menjadi pilihan, saya pasti satu lagi pengalaman yang berbeza akan anda lalui. Semoga pengalaman yang ditempuhi di PTPL akan menjadi pelengkap kepada usaha pelajar untuk mencipta kecemerlangan seterusnya. Selamat maju jaya. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid Presiden Kumpulan Kolej PTPL & Management & Science University.

Page 8: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

BUKU PERATURAN AM DAN AKADEMIK PELAJAR Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar ini diterbitkan oleh Pejabat Pendaftar. Ia merupakan makluman rasmi Kolej PTPL berkaitan polisi, garispanduan, peraturan serta standard tingkah laku yang bertujuan untuk menyediakan satu kerangka kerja kepada pelajar-pelajar supaya mereka beroleh manafaat daripada pendidikan yang disediakan oleh Kolej. Setiap pelajar bertanggungjawab untuk mengetahui dan memahami semua polisi, garispanduan, peraturan serta standard tingkah laku yang dinyatakan dalam buku ini. Kolej PTPL berhak untuk menukar sebarang polisi, garispanduan, peraturan atau standard tingkah laku pada bila-bila masa yang difikirkan perlu mengikut keperluan Kolej. Kolej PTPL juga berhak untuk meminda atau menamatkan mana-mana perkhidmatan, program atau aktiviti yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar ini.

Page 9: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 1

1. VISI DAN MISI

1.1. Visi

PTPL bermatlamat menjadi sebuah institusi pendidikan pilihan yang menyediakan program akademik yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan negara di samping mengekalkan nilai-nilai etika yang murni.

1.2. Misi

PTPL berusaha:

a. Menjana para graduan yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi serta komited ke arah kecemerlangan, kepimpinan, integriti dan profesionalisme dalam menyahut cabaran Negara.

b. Mengalakkan pembelajaran melalui penawaran peluang-peluang penididikan yang memenuhi keperluan industri dan pasaran.

c. Memastikan kerjaya graduan melalui pengunaan kurikulum berkualiti justeru menjaminkan pengiktirafan, akreditasi dan pensijilan.

d. Memupuk budaya kecermerlangan akademik melalui pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang inovatif.

e. Komited ke arah memastikan kejayaan pelajar melalui penyediaan suasana yang merangsang pemikiran serta memupuk pembelajaran dan pengajaran.

2. AM

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mempunyai reputasi baik, Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) menerapkan piawaian tinggi terhadap tingkah laku, tatatertib dan sahsiah pelajar. Sebagai pemimpin masa depan, pelajar diingatkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk dipikul. Reputasi Kolej amat bergantung kepada kelakuan dan sahsiah pelajar.

Page 10: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 2

Oleh itu, peraturan-peraturan am dan akademik telah digubal oleh Kolej PTPL untuk memastikan pencapaian sahsiah dan disiplin yang baik demi untuk menjamin keharmonian, toleransi serta kemajuan pelajar dan Kolej.

Buku panduan ini mengandungi maklumat yang berguna sebagai rujukan. Ia tidak menyeluruh dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk mendapatkan pencerahan kepada perkara-perkara yang kurang jelas atau yang tidak dinyatakan dalam buku ini.

2.1 Orientasi

Program orientasi menyediakan pelajar dengan maklumat bagi membiasakan mereka kepada persekitaran pembelajaran yang baru. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pelajar-pelajar lain dan menyesuaikan diri dengan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Kolej. Program orientasi diuruskan oleh Unit Pembangunan Pelajar (UPP).

2.2 Sesi Kemasukan

a. Sesi kemasukan pelajar adalah pada bulan Mac, Jun dan Oktober setiap tahun.

b. Setiap pelajar yang diterima masuk ke Kolej akan diberikan Kad Matrik pelajar yang memaparkan nama pelajar, nombor matrik, gambar dan program yang didaftarkan.

3. JABATAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN

3.1 Cawangan

Jadual 1: Senarai Cawangan No Cawangan

PTPL Pengetua No. Tel E-mel

a. Shah Alam Norazril Shamsul Abu Hassan

03-5513 6688 [email protected]

b. Ampang Norhayati Binti Muhammad 03-4270 2870 [email protected]

c. Sentral Haliza Baharudin 03-2272 4988 [email protected]

d. Seremban Siti Turijah Salim 06-764 8686 [email protected] e. Sungai Petani Hisyamuddin Haji Abdullah

Hashim 04-425 7602 [email protected]

f. Penang Cheah Gaik Chiam 04-227 4870 [email protected]

Page 11: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 3

No Cawangan PTPL

Pengetua No. Tel E-mel

g. Kota Bharu Ahmad Masri Hj Mokhtar 09-743 3051 [email protected] h. Kuala

Terengganu Norkhairani Khairudin 09-6312788 [email protected].

my i. Sabah Suif Bin Sainan 088-221977 [email protected] j. Sarawak Aidil Adzhar Abu Samah 082-464 270 [email protected]

4. KEMASUKAN

4.1 Permohonan untuk Kemasukan

a. Pelajar-pelajar yang memohon masuk ke Kolej perlu menghantar borang permohonan yang lengkap kepada Pejabat Kemasukan dan Rekod Pelajar atau melalui permohonan atas talian. Permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen berikut akan diproses:

i. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil yang setara yang telah diperakui / disahkan;

ii. Salinan Sijil Matrikulasi / Diploma yang telah diperakui / disahkan;

iii. Salinan sijil-sijil akademik lain yang diiktiraf;

iv. Salinan MyKad / atau paspot pelajar dan ibu bapa;

v. Salinan Borang J atau penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga;

vi. Empat (4) keping gambar bersaiz pasport.

b. Pelajar-pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan kemasukan dan/atau sesi temuduga sebelum ditawarkan tempat untuk belajar di Kolej untuk kawasan tertentu.

c. Pelajar-pelajar dinasihatkan untuk melengkapkan borang permohonan atau permohonan atas talian secara terperinci dan memastikan nama, alamat surat-menyurat, e-mel dan nombor telefon adalah jelas.

d. Nama yang ditulis pada borang permohonan dan sijil-sijil akademik yang dilampirkan hendaklah sama pada paspot untuk memudahkan proses visa atau hal-hal berkaitan Imigresen bagi pelajar antarabangsa.

Page 12: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 4

e. Surat tawaran akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar yang memenuhi semua keperluan akademik seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Badan-badan Profesional berkaitan dan Kolej.

f. Butir-butir pendaftaran serta maklumat lain yang berkaitan hendaklah dinyatakan di dalam surat tawaran.

g. Tawaran hanya terpakai untuk tempoh dua (2) semester sahaja dan permohonan baru perlu dibuat selepas tempoh tersebut tamat (terma dan syarat-syarat akan dikenakan).

4.2 Syarat Kelayakan Masuk

a. Peringkat Sijil

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 kredit di dalam mana-mana kursus (tertakluk kepada Surat Kelulusan Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan Malaysia dari masa ke semasa).

b. Peringkat Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau yang setaraf dengannya, dengan mencapai sekurang-kurangnya 3 kredit di dalam mana-mana kursus (tertakluk kepada Surat Kelulusan Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa).

c. Peringkat Ijazah

Lulus Kursus Asas / Matrikulasi / Diploma atau sijil yang setaraf dengannya (tertakluk kepada Surat Kelulusan Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa).

4.3 Pendaftaran

a. Pelajar mesti mematuhi tarikh pendaftaran yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sekiranya terdapat keadaan yang menghalang pelajar daripada mendaftar seperti ditetapkan, pemberitahuan hendaklah dibuat kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar secepat mungkin.

Page 13: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 5

b. Pelajar yang berdaftar dalam sesuatu program hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat peribadi untuk rujukan pihak kolej.

c. Pihak kolej berhak menarik balik tawaran yang diberikan kepada mana-mana pelajar yang didapati menggunakan sijil palsu semasa membuat permohonan.

4.4 Pemeriksaan Kesihatan

a. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan kepada semua pelajar baru sebelum mendaftar ke Kolej. Perbelanjaan yang terlibat ditanggung oleh pelajar.

b. Kolej mempunyai hak untuk menolak permohonan kemasukan jika disahkan sebagai tidak layak oleh seorang pakar perubatan yang berkelayakan. Jika pelajar mempunyai masalah kesihatan semasa dalam pengajian dan memudaratkan, Kolej berhak untuk menasihatkan pelajar agar tidak meneruskan pengajiannya sehingga pakar perubatan yang berkelayakan memperakui bahawa pelajar telah pulih sepenuhnya.

c. Kemasukan ke Kolej adalah tertakluk kepada pengesahan pemeriksaan kesihatan.

4.5 Rekod Peribadi dan Dokumentasi

a. Semua dokumen dan rekod pelajar yang dikemukakan semasa proses pendaftaran tidak akan dikembalikan dan disimpan oleh Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar.

b. Data peribadi dan semua keputusan penilaian disimpan dan dikemaskini secara elektronik menggunakan sistem ‘Knowledge Learning Management System 2 (KLAS2).

c. Pelajar perlu memaklumkan kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Page 14: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 6

5. KALENDAR AKADEMIK

5.1 Pengeluaran Kalendar Akademik

a. Kalendar akademik dikeluarkan kepada pelajar pada awal semester oleh Pejabat Naib Canselor.

b. Pelajar boleh akses dan menyemak kalendar akademik di laman web PTPL (http//:www.ptpl.edu.my) atau e-KLAS (http//:klas.msu.edu.my). Pelajar bertanggungjawab menyemak kalendar akademik tersebut dengan pihak Kolej, Sekolah atau e-KLAS dari masa kesemasa untuk sebarang pengemaskinian.

5.2 Kepelbagaian Kalendar Akademik

a. Sijil

Terdapat tiga (3) sesi kemasukan pelajar Sijil iaitu pada sesi Mac, Jun dan Oktober. Pelajar mendaftar mengikut saluran kemasukan masing-masing berdasarkan tarikh pendaftaran kemasukan. Jun dan Oktober merupakan semester panjang manakala Mac merupakan semester pendek.

b. Diploma

Terdapat tiga (3) sesi kemasukan pelajar Diploma iaitu pada sesi Mac, Jun dan Oktober. Pelajar yang mendaftar akan mendaftar mengikut saluran kemasukan masing-masing berdasarkan tarikh pendaftaran kemasukan. Jun dan Oktober merupakan semester panjang manakala Mac merupakan semester pendek.

6. PERATURAN DAN POLISI BAYARAN YURAN

6.1 Peraturan Bayaran Yuran

a. Semua pelajar perlu membayar yuran pengajian dan lain-lain yuran yang dikenakan seperti yang diwartakan mengikut program pengajian di PTPL. Pelajar perlu membayar yuran di Jabatan Akaun, Kolej PTPL.

b. Yuran pengajian dibayar samada secara penuh atau mengikut Pelan Ansuran yang diluluskan semasa pendaftaran oleh Jabatan Akaun. Jika pembayaran ansuran telah dipersetujui, tetapi pelajar gagal membayar pada tanggal 7 pada setiap bulan, tambahan denda akan dikenakan

Page 15: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 7

sebanyak RM2.00 sehari sehingga jumlah bayaran yuran telah dibuat sepenuhnya.

c. Pelajar yang gagal mendaftar pada semester berikutnya pada tarikh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar akan dikenakan denda sebanyak RM100.00 dan tambahan RM10.00 sehari akan dikenakan sehingga pelajar mendaftar.

d. Pelajar hendaklah menjelaskan yuran pengajian dan yuran peperiksaan sebelum dibenarkan menduduki mana-mana peperiksaan.

e. Pelajar juga dikehendaki menjelaskan yuran sebelum mendapatkan sijil transkrip, diploma atau ijazah. Pihak kolej tidak akan mengeluarkan sebarang sijil atau transkrip sehingga semua yuran telah dijelaskan oleh pelajar.

6.2 Plan Ansuran Yuran Pengajian

Pelan ansuran yuran pengajian adalah tertakluk kepada keputusan Bendahari, di mana pelajar membayar yuran pada setiap bulan. Bayaran untuk semester panjang dan pendek hendaklah dijelaskan masing-masing dalam 4 dan 2 ansuran bulanan. Jumlah bayaran setiap bulan berbeza berdasarkan jumlah kredit yang didaftar oleh pelajar pada setiap semester.

6.3 Bantuan Kewangan

6.3.1 Pinjaman pembelajaran

Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pembelajaran boleh dipohon daripada mana-mana badan seperti senarai dibawah:

a. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

b. Majlis Amanah Rakyat (MARA);

c. Yayasan Sabah;

d. Yayasan Sarawak;

e. Yayasan Selangor;

Page 16: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 8

f. Yayasan Terengganu.

6.3.2 Yayasan MSU

Yayasan MSU ditubuhkan selari dengan objektif Pendidikan Kolej PTPL, di mana ia menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang mempunyai kelayakan dari aspek sosio ekonomi, latar belakang dan juga akademik.

6.3.3 Biasiswa Presiden

Sebagai sebahagian dari sumbangan kepada pelajar, Biasiswa Presiden diberikan kepada pelajar yang layak mengikut kesesuaian seperti yang disenaraikan di bawah:

a. Biasiswa Presiden - MSU / STAR Education Fund;

b. Biasiswa Presiden - MSU / Berita Harian;

c. Biasiswa Presiden - MSU / Utusan Malaysia;

d. Biasiswa Presiden - Yayasan MSU;

e. Biasiswa Presiden - Skim Zakat.

6.4 Senarai Yuran yang Dikenakan

Selain daripada yuran pengajian, terdapat yuran-yuran lain yang perlu dibayar oleh pelajar seperti berikut:

6.4.1 Yuran Tetap

a. Yuran Permohonan Kemasukan;

b. Yuran Kad Pelajar;

c. Yuran Orentasi;

d. Yuran Alumni;

e. Yuran Konvokesyen.

Page 17: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 9

6.4.2 Yuran tahunan:

a. Yuran Perpustakaan;

b. Yuran Makmal IT;

c. Yuran Makmal Sains dan Teknikal (bagi program yang berkaitan sahaja);

d. Yuran Aktiviti;

e. Yuran e-KLAS ;

f. Yuran alatan pembelajaran

6.5 Polisi Pemulangan

a. Pemulangan yuran pengajian jika perlu adalah atas budi bicara pihak kolej. Setiap pemulangan yuran perlu melalui dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Akaun.

b. Pelajar yang telah mendaftar kursus dan kemudian menarik diri dari Kolej tanpa membayar yuran pengajian adalah tertakluk kepada yuran penuh untuk semester tersebut, kecuali jika disebabkan oleh masalah kesihatan. Pelajar perlu mengemukakan bukti laporan kesihatan daripada doktor yang bertauliah kepada pihak Kolej. Dalam situasi begini, pengiraan yuran adalah seperti di bawah:

Jadual 3: Polisi pemulangan Tarikh Tarik diri Jumlah bayaran yang dikenakan 10 hari pertama dari tarikh pendaftaran pelajar

25%

Hari 11 – Hari 25 50 % Hari 26 – Hari 35 75 % Selepas 35 hari 100 %

c. Yuran Pendaftaran TIDAK DI PULANGKAN

6.6 Prosedur Pemulangan Yuran

a. Sebarang permohonan bagi pemulangan wang hendaklah dibuat secara bertulis dan dengan mengisi Borang Pemulangan.

Page 18: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 10

b. Borang Pemulangan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Jabatan Akaun pada atau sebelum tanggal 30 pada setiap bulan. Penerimaan borang selepas tarikh ini akan diproses pada bulan yang berikutnya.

c. Pemulangan wang pelajar hanya akan dibuat jika dokumen-dokumen sokongan telah lengkap dan tertakluk kepada prosedur pihak Kolej.

d. Arahan pemulangan wang pelajar akan dihantar ke bank pada tanggal 21 pada setiap bulan. Proses pemulangan wang pelajar akan mengambil masa sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh penerimaan borang pemulangan yuran ke Jabatan Akaun.

e. Yuran tidak akan dipulangkan jika pelajar diminta meninggalkan Kolej atas alasan berikut:

i. Memberi maklumat palsu atau dengan sengaja menyembunyikan maklumat semasa memohon mana-mana program di Kolej.

ii. Terlibat dengan mana-mana kesalahan disiplin atau jenayah.

6.7 Tangguh Pengajian

a. Tangguh pengajian bermaksud ketidakhadiran pelajar bagi semester yang sepatutnya pelajar hadir. Alasan permohonan tangguh pengajian oleh pelajar mestilah sah dan dibenarkan oleh pihak Kolej. Pelajar TIDAK DIBENARKAN tangguh pengajian tanpa alasan yang kukuh dan mendapat kelulusan dari pihak Senat Kolej.

b. Jika pelajar memilih untuk tangguh pengajian selepas membayar yuran pengajian untuk semester berkenaan, pihak Kolej akan mengekalkan yuran pengajian berkenaan. Ini termasuklah juga jika pelajar memilih untuk menukar bidang pengajian mereka yang ditawarkan oleh Kolej.

6.7.1 Yuran bagi Tangguh Pengajian

Sekiranya permohonan tangguh pengajian telah diluluskan untuk semester yang dipohon, bayaran yuran pengajian yang diterima akan dikecualikan. Tetapi jika tangguh pengajian pada semester semasa, yuran adalah tertakluk kepada Jabatan Akaun mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kolej.

Page 19: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 11

6.8 Prosedur Bayaran Yuran Pengajian

Kegagalan untuk menjelaskan yuran pengajian sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan, boleh menyebabkan pelajar:

a. tidak dibenarkan untuk akses kelas, tutorial, sesi makmal dan kemudahan perpustakaan;

b. ditangguh penerimaan mana-mana anugerah oleh Senat Kolej sehingga bayaran yuran diselesaikan;

c. ditangguh jemputan ke majlis konvokesyen;

d. dibuang Kolej; atau

e. dikenakan tindakan undang-undang terhadap tunggakan yuran pengajian yang belum dilunaskan.

7. INSURAN PELAJAR

7.1 Polisi dan Perlindungan Insuran

a. Polisi insuran pelajar boleh dirujuk kepada Plan Kumpulan Hospital dan Surgikal Takaful. Pelajar perlu membayar premium sebanyak RM50.00 setahun untuk perlindungan insuran semasa/sepanjang berada di Kolej.

b. Plan insuran ini termasuk wad dan kemalangan jalanraya selama pelajar masih aktif sebagai pelajar Kolej.

c. Perincian perlindungan insuran pelajar adalah seperti dibawah:

Jadual 4: Insuran No Kriteria Jumlah Maksimum (RM) a. Kematian 10,000.00 b. Lumpuh kekal 10,000.00 c. Caj wad 60.00 sehari, maksimum 120 hari d. ICU 200.00 sehari, maksimum 15 hari e. Perbelanjaan perubatan Seperti caj f. Yuran ambulan 200.00 g. Pindahan organ Tidak berkenaan

Page 20: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 12

7.2 Prosedur

Pelajar adalah tertakluk kepada prosedur berikut semasa tuntutan insuran dibuat:

a. Menghantar laporan kesihatan bersama-sama dengan borang tuntutan insuran. Borang tuntutan insuran boleh didapati di Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar.

b. Laporan dari pihak polis juga hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan borang tuntutan insuran jika melibatkan tuntutan kemalangan jalanraya. Laporan polis hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dari masa kemalangan berlaku.

c. Tuntutan hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kemalangan berlaku atau jika disahkan sakit. Tuntutan selepas dari tarikh tersebut tidak dilayan.

8. UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

8.1 Asrama (perkhidmatan disediakan di cawangan tertentu sahaja)

Penginapan disediakan bagi pelajar baru dan boleh diatur melalui Unit Pembangunan Pelajar (UPP). Pemilihan asrama untuk pelajar adalah berdasarkan konsep ‘first come, first serve’. Keberkesanan perkhidmatan ini dipastikan melalui pelbagai langkah-langkah keselamatan yang disediakan.

8.2 Tempat Letak Kenderaan (perkhidmatan disediakan di cawangan tertentu sahaja)

Pelajar yang memiliki kenderaan dikehendaki membeli pelekat kenderaan untuk masuk dan meletak kenderaan mereka di dalam kawasan kampus. Pelekat kenderaan boleh dibeli di kaunter Unit Pembangunan Pelajar. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di luar kawasan Kolej. Ruang tempat letak kenderaan di Kolej adalah terhad dan berdasarkan konsep ‘first come, first serve’.

Pengawal keselamatan yang bertugas mempunyai hak untuk mengenakan kompaun jika terdapat kesalahan meletak kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Page 21: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 13

8.3 Kemudahan Kolej (Perkhidmatan disediakan di cawangan tertentu sahaja)

8.3.1 Kemudahan Rekreasi

Kolej PTPL menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk kegunaan pelajar. Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kolej apabila menggunakan kemudahan tersebut. Kemudahan rekreasi yang lain boleh didapati di kawasan berdekatan Kolej.

8.3.2 Bilik & Dewan

Bilik-bilik dan dewan disediakan untuk aktiviti harian atau aktiviti ko-kurikulum. Tempahan bilik atau dewan dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di Unit Pembangunan Pelajar (UPP). Borang permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan. Kelulusan tertakluk kepada tujuan atau masa penggunaan bilik dan dewan.

8.4 Papan Kenyataan

Papan kenyataan boleh didapati di pelbagai lokasi di Kolej. Semua pelajar dinasihatkan menyemak pengumuman yang ditampal di papan kenyataan setiap masa untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti Kolej.

8.5 Knowledge Learning Management System (KLAS)

8.5.1 Sistem KLAS

Sistem KLAS merupakan singkatan daripada ‘Knowledge & Learning Management System’. Ia merupakan sistem elektronik yang berfungsi sebagai platform bersepadu bagi memudahkan pentadbiran Kolej, e-pembelajaran dan pengurusan maklumat pelajar. Sistem ini menyediakan platform yang memberi akses interaksi atas talian kepada pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan Kolej.

8.5.2 Fungsi Sistem KLAS

Pelajar dapat melihat, menyemak atau mencetak maklumat berikut dengan menggunakan sistem KLAS:

Page 22: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 14

a. Jadual Peperiksaan;

b. Keputusan Peperiksaan;

c. Pembayaran Yuran Dalam Talian;

d. Nota Kuliah;

e. Bahan Elektronik.

8.6 Mel

Sebarang surat-menyurat yang diterima untuk pelajar akan disusun setiap hari dan diletakkan di Pusat Maklumat Kolej. Pelajar boleh menyemak surat mereka dengan pegawai yang bertanggungjawab di Pusat Maklumat Kolej.

8.7 E-mel

Semua pelajar mesti memberikan alamat e-mel mereka untuk memudahkan komunikasi dengan pihak Kolej berkaitan pendaftaran, aktiviti pelajar, program dan acara-acara lain. Pengumuman penting dan lain-lain aktiviti akan mudah dimaklumkan kepada pelajar melalui e-mel.

8.8 Kehilangan Barangan

Pelajar boleh membuat laporan di Pejabat Unit Pembangunan Pelajar (UPP) jika berlaku kehilangan barang. Barangan yang dijumpai di kawasan kampus hendaklah dilaporkan dan dihantar ke Pejabat UPP dengan segera.

9. AKTIVITI-AKTIVITI PELAJAR

9.1 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

a. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah sebuah badan yang dilantik oleh Presiden. Pemilihan MPP melalui sistem pengundian dilakukan setiap tahun oleh pelajar kolej. MPP ditubuhkan sebagai pengiktirafaran kepada hak, fungsi dan tanggungjawab pelajar di mana:

i. Semua pelajar yang berdaftar dengan Kolej adalah dengan sendirinya menjadi ahli Persatuan Pelajar-Pelajar PTPL.

Page 23: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 15

ii. Persatuan Pelajar-Pelajar PTPL hendaklah memilih suatu jawatankuasa induk yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

iii. MPP hendaklah memilih di antara ahli-ahlinya seorang Yang Dipertua, seorang Timbalan Yang Dipertua, lima orang Naib Yang Dipertua yang setiap seorang untuk menjadi Naib Pengerusi Akademik, Naib Pengerusi Kebajikan Pelajar, Naib Pengerusi Moral Pelajar dan dua orang menjadi Naib Pengerusi Aktiviti Pelajar, Seorang Setiausaha Kehormat dan seorang Bendahari Kehormat.

iv. MPP hendaklah juga melantik ahli-ahli jawatankuasa sokongan yang bertujuan membantu MPP dalam melaksanakan tugas-tugas dan tujuannya.

v. Ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatan hendaklah dipilih selama satu tahun.

vi. Keputusan-keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak di kalangan ahli-ahli MPP.

vii. MPP boleh membentuk Jawatankuasa ‘ad hoc’ dengan mendapat kelulusan dari Presiden dari semasa ke semasa bagi menyusun aktiviti-aktiviti atau acara khas.

viii. Pelajar yang dikenakan tindakan disiplin akan digugurkan dari atau tidak boleh dipilih menjadi ahli MPP.

ix. Bendahari Kehormat MPP hendaklah menyimpan akaun-akaun MPP dan menyediakan laporan kewangan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum sebelum pwmilihan baru dibuat.

x. MPP hendaklah mengadakan mesyuarat secara berkala sebagaimana yang difikirkannya perlu di mana Yang DiPertua MPP bertanggunjawab mempengerusikan mesyuarat. Setiausaha Kehormat MPP perlu mencatat dan menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat MPP dan minit itu hendaklah disahkan di mesyuarat yang berikutnya.

Page 24: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 16

xi. Timbalan Yang DiPertua MPP akan menggantikan tempat Yang DiPertua MPP semasa ketiadaan beliau.

b. Peranan umum MPP adalah bertindak sebagai wakil pelajar Kolej untuk mengutarakan masalah dan keperluan pelajar kepada Pengurusan Kolej. MPP juga bertindak sebagai orang perantaraan untuk menyampaikan maklumat, mandat dan penjelasan daripada Pengurusan Kolej kepada semua pelajar.

c. Dalam usaha untuk meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pelajar Kolej, MPP boleh mengatur dan menyelaras kemudahan rekreasi, aktiviti-aktiviti akademik dan bukan akademik. Mereka boleh membuat rayuan kepada pihak Pengurusan Kolej dan menyediakan maklumat mengenai kebajikan pelajar serta aktiviti-aktiviti mereka. MPP juga boleh melaksanakan mana-mana aktiviti yang telah ditentukan oleh Majlis Pelajar, UPP atau Kolej.

d. MPP perlu mengadakan mesyuarat bulanan dengan Naib Presiden Akademik untuk memberi maklumbalas mengenai kurikulum dan proses pengajaran-pembelajaran di Kolej. MPP juga perlu bertemu dengan Presiden sekali sepanjang perkhidmatan mereka untuk perbincangan dan memberikan maklumbalas.

9.2 Kelab dan Persatuan

a. Di peringkat Kolej, pelajar digalakkan untuk menyertai kelab-kelab dan persatuan yang menganjurkan aktiviti untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar. UPP membantu kelab-kelab dan persatuan dalam menyediakan cadangan untuk program-program dan aktiviti-aktiviti mereka, serta mengemukakan cadangan kepada Presiden untuk diluluskan. UPP menugaskan pegawainya untuk menyelia dan memantau pelajar semasa aktiviti sedang dijalankan. UPP juga menyediakan laporan mengenai aktiviti untuk tujuan rekod.

b. Di peringkat Sekolah, pelajar yang mendaftar untuk program tertentu secara automatik menjadi ahli kelab akademik. Aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab akademik dipantau oleh Ketua Sekolah dan memerlukan kelulusan daripada Ketua Akademik. Kelab-kelab akademik boleh mendapatkan bantuan dari UPP dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktivitinya.

Page 25: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 17

i. Semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Kolej. Garis panduan untuk menganjurkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

ii. Penubuhan kelab atau persatuan baru memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang anggota dengan kelulusan daripada Presiden. Kelab atau persatuan itu terikat dengan apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Kolej.

iii. Setiap kelab atau persatuan mestilah memilih seorang ketua, penolong ketua, setiausaha dan bendahari yang bertanggung jawab menyelenggarakan perjalanan kelab atau persatuan.

iv. Mana-mana pelajar yang berminat untuk menjadi ahli mana-mana kelab atau pertubuhan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang keahlian yang disediakan.

v. Kertas cadangan untuk sebarang aktiviti yang perlu dikemukakan tiga (3) minggu sebelum tarikh yang dicadangkan bagi aktiviti itu.

vi. Kertas cadangan ini perlu disertakan butiran nama aktiviti, tarikh, objektif, jawatankuasa yang terlibat untuk aktiviti tertentu, jumlah peserta, dan jumlah bajet.

vii. Jika aktiviti yang melibatkan perjalanan jauh, kehadiran sekurang-kurangnya satu (1) kakitangan akademik adalah perlu.

c. Senarai Kelab dan Persatuan

Berikut adalah senarai Kelab dan Persatuan yang boleh disertai oleh pelajar (tertakluk kepada penawaran oleh Kolej PTPL yang berkaitan):

• Kelab Bola Jaring • Kelab Futsal • Kelab Bola sepak • Kelab Badminton • Kelab Bola Tampar • Kelab Athletic • Kelab Ragbi • Kelab Kembara • Persatuan Silat Cekak Hanafi

Page 26: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 18

• Kelab Sanggar Mustika • Kelab Art Scream • Kelab Penyayang • Kelab Fasilitator • Badan Teknokrat Islam • Edu Biz Club (SBMP) • Kelab Saintis Muda • Kelab Seni Kreatif • Kelab Pendidikan Awal Kanak-Kanak

10. SISTEM PENASIHAT DAN KAUNSELING

10.1 Sistem Penasihat Akademik (Mentor-Mentee)

Sistem Penasihat Akademik atau Mentor diperkenalkan untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada pelajar (mentee) dalam semua perkara semasa belajar di Kolej. Setiap pelajar mempunyai seorang penasihat akademik sebagai Mentor di samping menjadi perantara dengan ibu bapa pelajar. Penasihat Akademik arif tentang dasar-dasar dan prosedur yang digariskan dalam Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar. Penasihat Akademik berperanan untuk:

a. Melaksanakan aktiviti-aktiviti bersemuka atau menganjur mesyuarat berkaitan hal akademik atau sosial bersama pelajar (mentee).

b. Menyimpan maklumat peribadi serta rekod dan pencapaian akademik mentee.

c. Memberi khidmat nasihat berkaitan kursus dan beban kredit yang perlu didaftarkan oleh mentee bagi setiap tempoh pengajiannya. Ini dilakukan semasa sesi pra dan selepas pendaftaran.

d. Menilai dan menganalisa kemajuan akademik mentee melalui pemantauan berterusan di samping membantu mereka supaya jelas dengan matlamat pendidikan serta nilai-nilai yang ingin dicapai.

10.2 Khidmat Kaunseling

Pelajar mempunyai akses kepada perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Unit Pembangunan Pelajar (UPP) bagi perkara bukan

Page 27: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 19

akademik. Pelajar yang memerlukan sokongan samada dari sudut rohani, psikologi atau sosial, boleh mendapatkan bantuan dari UPP dan akan dirujuk kepada Kaunselor. Sesi kaunseling akan dilaksanakan di Bilik Kaunseling kerana semua maklumat yang diberikan oleh pelajar semasa sesi kaunseling adalah sulit.

Pelajar yang mendapatkan khidmat kaunseling akan dipantau kemajuannya melalui laporan kemajuan dan rekod beliau.

11. SISTEM MAKLUMBALAS PELAJAR

Sistem maklumbalas pelajar adalah satu mekanisma yang disediakan bagi mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan membuat rayuan bertulis. Aduan akan disiasat dan maklumbalas akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah membuat aduan. Sebagai contoh, pelajar boleh mengisi borang Maklumbalas Penginapan sekiranya ingin membuat rayuan atau cadangan penambahbaikan mengenai penginapan.

Pelajar juga boleh menyalurkan maklumbalas melalui perkhidmatan kaunseling yang disediakan melalui UPP. Semua maklumat yang diberikan oleh pelajar semasa sesi kaunseling adalah dirahsiakan.

12. PERILAKU PELAJAR

12.1 Kad Matrik Pelajar

12.1.1 Kesahihan Kad Matrik Pelajar

a. Semua pelajar akan diberikan Kad Matrik semasa pendaftaran. Kad Matrik pelajar adalah sah bagi tempoh keseluruhan pengajian di Kolej. Tarikh tamat tempoh yang dicetak atas Kad Matrik pelajar berdasarkan kepada tempoh minima pengajian yang dibenarkan untuk program yang didaftar.

b. Kad Matrik pelajar digunakan untuk mendapat akses kepada kemudahan pembelajaran di Kolej seperti pendaftaran, penggunaan dewan peperiksaan, membuat bayaran yuran serta pinjaman buku-buku dan rujukan dari perpustakaan.

Page 28: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 20

c. Pelajar DILARANG membenarkan orang lain menggunakan Kad Matriknya untuk sebarang tujuan. Ini dianggap sebagai suatu kesalahan tatatertib.

12.1.2 Pengeluaran Semula Kad Matrik Pelajar

Kad Matrik pelajar mesti diganti / dikeluarkan semula atas sebab-sebab berikut:

a. Kad rosak atau hilang;

b. Pelajar membuat penukaran program pengajian.

12.1.3 Yuran Pembaharuan Kad Matrik Pelajar

Pelajar akan dikenakan yuran sebanyak RM20.00 untuk mengganti atau mengeluarkan Kad Matrik pelajar yang baru.

12.2 Penggunaan Telefon

Telefon mudah alih dalah dilarang dibawa semasa menduduki mana-mana peperiksaan atau ujian. Telefon mudah alih juga mesti dimatikan semasa pelajar berada dalam kuliah, tutorial atau kelas praktikal.

12.3 Penampilan dan Etika Berpakaian

12.3.1 Pelajar Lelaki

a. Berpakaian kemas dan rapi setiap kali berada di premis Kolej.

b. Memastikan rambut sentiasa pendek dan kemas.

c. Tidak mewarna rambut atau menyimpan ‘ekor’. Topi dan barangan lain yang menutupi kepala tidak dibenarkan kecuali yang bertujuan keagamaan.

d. Memastikan janggut dan misai dikemaskan.

e. Tidak membuat tindikan badan dan tatu.

f. Boleh memakai seluar jeans dan kemeja-T tetapi adalah digalakkan memakai pakaian yang memaparkan imej profesional.

Page 29: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 21

g. Tidak memakai pakaian yang dicetak dengan kata-kata kesat dan gambar lucah.

h. Pelajar dikehendaki memakai kasut dan stokin. Selipar adalah dilarang sama sekali.

12.3.2 Pelajar Wanita

a. Berpakaian kemas dan rapi setiap kali berada di premis Kolej.

b. Pelajar boleh memakai seluar jeans dan kemeja-T tetapi digalakkan memakai pakaian yang memaparkan imej profesional.

c. Pelajar dilarang memakai pakaian ketat dan mendedahkan tubuh, berskirt pendek (dari paras lutut ke atas) atau dengan belahan, dan topi.

d. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang dicetak dengan kata-kata kesat dan gambar lucah.

e. Tidak membuat tindikan badan dan tatu.

f. Pelajar dikehendaki memakai kasut atau sandal. Selipar adalah dilarang sama sekali.

g. Contoh kod pakaian yang sepatutnya diterima pakai oleh semua pelajar seperti berikut:

Page 30: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 22

13. TINGKAH LAKU PELAJAR

13.1 Larangan Am

Pelajar tidak boleh terlibat dalam mana-mana aktiviti berikut semasa berada dalam premis Kolej:

a. Menyerupai perjudian dan pertaruhan;

b. Merokok;

c. Melibatkan kekasaran, tingkah laku tidak terkawal dan pergaduhan;

d. Merosakkan harta benda (vandalisme) dan penulisan ‘Graffiti’;

e. Mengedarkan artikel, gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang mengandungi unsur-unsur lucah atau sensitif yang boleh menimbulkan kemarahan individu atau kumpulan tertentu;

f. Memiliki, mengedar dan / atau mengambil apa-apa jenis dadah, arak dan racun;

g. Menjalankan apa-apa aktiviti yang akan menyebabkan kerosakan, marah, malu atau kegusaran kepada orang lain atau memburuk-burukkan imej dan reputasi Kolej;

h. Menggunakan Kad Matrik pelajar lain;

i. Melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

13.2 Kategori Kesalahan dan Penalti

13.2.1 Kesalahan

Jadual 5: Kategori Kesalahan

Kelas A Kelas B

Tidak hadir untuk tiga (3) sesi kuliah/akademik

Melanggar undang-undang dan peraturan mengenai penampilan diri

Lewat masuk ke kuliah untuk tiga (3) sesi akademik

Membuang sampah merata-rata

Tidak hadir sesi perbicaraan sekiranya bersabit kesalahan

Tidak memakai Kad Matrik Pelajar ketika di kawasan Kolej

Page 31: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 23

Kelas A Kelas B

Mencuri atau membuat kerosakan ‘vandalism’ pada harta Kolej, kakitangan atau pelajar lain

Menampal notis atau poster tanpa kebenaran pihak Kolej

Menyimpan, mengedar atau menggunakan dadah, arak atau racun

Mengendalikan sebarang aktiviti di premis atau yang melibatkan Kolej tanpa kebenaran

Merokok Memakai pakaian tidak sopan Melakukan kegiatan atau aktiviti yang boleh merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baik pelajar kakitangan dan Kolej

Berjudi Mengugut pelajar lain atau kakitangan Kolej Menyimpan atau mengedar artikel, gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang mengandungi unsur-unsur lucah atau sensitif yang boleh menimbulkan kemarahan individu atau kumpulan tertentu Menipu di dalam peperiksaan Plagiat Berkelakuan sumbang dan memalukan terutamanya di antara lelaki dan perempuan termasuk melibatkan kontak secara fizikal

Menggunakan Kad Matrik pelajar lain Mengemukakan dokumen palsu atau merosakkan dokumen yang diperlukan atau apa-apa keterangan untuk Kolej

13.2.2 Penalti

Jadual 6: Katagori Penalti Kelas A

Salah satu atau gabungan yang berikut Kelas B

Salah satu atau gabungan yang berikut Dibuang dari kolej Surat makluman kepada ibubapa, penjaga

dan penaja (sekiranya ada) Digantung pengajian selama 1 atau lebih semester

Menjalani aktiviti khidmat masyarakat

Surat makluman kepada penaja dan ibu bapa akan dihantar

Diberikan amaran bertulis

Dibuang kolej atau gagal di dalam satu atau semua kursus atau menduduki semula satu atau semua kursus untuk kes menipu atau meniru semasa peperiksaan

Dikenakan denda dengan jumlah minima tidak kurang daripada RM50.00

Tidak dibenarkan menduduki peperiksaan

Page 32: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 24

Kelas A Salah satu atau gabungan yang berikut

Kelas B Salah satu atau gabungan yang berikut

Diletakkan di bawah pemerhatian atau /dan dikehendaki mengikuti sesi kaunseling Diberikan amaran bertulis Dikenakan denda dengan jumlah minima tidak kurang daripada RM 150.00

13.3 Sesi Perbicaraan

a. Pelajar yang melakukan kesalahan serius WAJIB menghadiri sesi perbicaraan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Disiplin. Pelajar yang gagal menghadirkan diri untuk sesi perbicaraan tanpa alasan yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Disiplin boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub di dalam Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar.

b. Pelajar mesti berpakaian kemas dan rapi semasa menghadiri sesi perbicaraan. Ibu bapa, penjaga dan / atau pihak penaja (sekiranya ada) akan dimaklumkan mengenai sesi perbicaraan ini.

c. Saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan. Segala bukti yang boleh membantu perbicaraan juga akan dikemukakan.

d. Setelah berpuas hati dengan hasil siasatan, Jawatankuasa Disiplin akan mencapai kata sepakat untuk menjatuhkan hukuman seperti yang terkandung di dalam Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar.

e. Keputusan perbicaraan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Disiplin akan dirujuk kepada Senat. Segala keputusan Senat adalah muktamad.

f. Pelajar akan dimaklumkan mengenai keputusan tersebut melalui surat daripada Jabatan Peperiksaan. Salinan surat turut diberikan kepada Jabatan Peperiksaan, ibubapa, penjaga dan pihak penaja (sekiranya ada).

Page 33: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 25

13.4 Prosedur Rayuan

Pelajar diberi tempoh selama tujuh (7) hari selepas tarikh hukuman dijatuhkan untuk membuat sebarang rayuan. Rayuan boleh dibuat secara bertulis kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod.

13.5 Keputusan Rayuan

Apabila pelajar membuat rayuan, Jawatankuasa Rayuan akan memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden yang akan membuat keputusan akhir berdasarkan kepada bukti serta cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Rayuan. Sebarang keputusan yang telah ditetapkan oleh Presiden adalah muktamad dan rayuan seterusnya tidak dibenarkan lagi.

14. PERPUSTAKAAN

14.1 Peraturan Am

a. Penggunaan perpustakaan dan kemudahan yang disediakan hanya terhad kepada pelajar PTPL dan MSU sahaja.

b. Pelajar diwajibkan memakai Kad Matrik pelajar semasa berada di perpustakaan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pelajar dilarang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

c. Pelajar hendaklah berkelakuan baik dan berpakaian kemas mengikut kod etika semasa berada dalam perpustakaan. Selipar, seluar ketat ataupun seluar pendek tidak dibenarkan.

d. Semasa berada dalam perpustakaan, pelajar dilarang untuk membuat bising/berbual dan berbincang sehingga mengganggu ketenteraman pelajar lain. Pihak perpustakaan berhak menegur dan meminta pelajar keluar dari perpustakaan sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi. Semua jenis perbincangan perlu dilakukan di dalam bilik perbincangan yang disediakan di perpustakaan.

Page 34: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 26

e. Makanan, minuman dan merokok adalah dilarang sama sekali. Ini bertujuan untuk memelihara kebersihan dan keselamatan koleksi buku-buku dan bahan rujukan di perpustakaan.

f. Menanda, merosak atau memusnahkan mana-mana harta perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada barang tersebut adalah satu kesalahan. Pelajar akan dikenakan bayaran untuk menggantikan barang tersebut jika berlaku kerosakan.

g. Pelajar dilarang membawa bahan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa dipinjam secara sah di Kaunter Perkhidmatan.

h. Pelajar dilarang menempah tempat duduk dalam perpustakaan. Pelajar berhak menggunakan mana-mana tempat kosong dalam perpustakaan kecuali pada kawasan yang dilarang. Kakitangan perpustakaan berhak untuk mengalihkan barang-barang termasuk bahan perpustakaan yang ditinggalkan di meja bacaan ataupun kawasan ‘Carrel’ tanpa pengawasan.

i. Pelajar dilarang menyalahguna dan mengalih perabot dan peralatan dari tempat asalnya.

j. Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan mengenai pinjaman buku yang dibenarkan dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Denda akan dikenakan terhadap bahan-bahan perpustakaan yang lewat dipulangkan. Pelajar dilarang membawa masuk beg, topi keledar, payung dan bungkusan ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut boleh disimpan di ruang khas yang disediakan. Akan tetapi, pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barang-barang disebabkan oleh kecuaian pelajar.

k. Pelajar yang membuat salinan fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan yang melanggar Akta Hakcipta.

Page 35: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 27

l. Penggunaan telefon bimbit dibenarkan di dalam perpustakaan tetapi mesti diletak dalam ’mode’ bergetar (vibrate) atau senyap 'silent'.

m. Pelajar dibenarkan untuk mengecas komputer riba hanya di kawasan yang telah ditetapkan sahaja di dalam perpustakaan. Walau bagaimanapun, mengecas telefon bimbit dan alat elektonik lain dilarang sama sekali.

14.2 Keahlian

Keahlian perpustakaan dibuka kepada:

a. Semua pelajar yang berdaftar dengan MSU dan PTPL;

b. Semua kakitangan Kolej (akademik dan bukan akademik) termasuk tenaga pengajar sambilan.

14.3 Peraturan Peminjaman Bahan Rujukan

a. Pelajar perlu menggunakan Kad Matrik mereka untuk transaksi peminjaman.

b. Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman bagi pelajar lain.

c. Hak peminjaman bahan-bahan perpustakaan adalah mengikut kategori pengguna dan kategori bahan-bahan tersebut:

Jadual 7: Kategori Buku Kategori Buku Tempoh

Peminjaman Jumlah Buku

‘Open Shelves’ (OS) 7 hari 5 ‘Red-Spot’ (RS) 1 hari / 1 bahan Rujukan Rujukan didalam perpustakaan sahaja

d. Pelajar bertanggungjawab untuk memastikan buku yang dipinjam dipulangkan sebelum atau pada tarikh pemulangan.

e. Pelajar juga perlu memastikan buku yang dipinjam telah diimbas sebelum meninggalkan perpustakaan. Pelajar dikehendaki ke kaunter perpustakaan jika penggera sistem pengesanan berbunyi.

Page 36: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 28

f. Pelajar yang "disenaraihitamkan" iaitu mereka yang gagal memulangkan buku selepas tarikh pemulangan dan didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Kolej, dikehendaki membayar jumlah wang yang tertentu sebagai penalti. Sekiranya bayaran tidak dijelaskan, pelajar tidak dibenarkan meminjam sebarang bahan rujukan dari perpustakaan.

g. Secara am, buku rujukan (REF), buku bertanda merah ‘red spot’ (RS), majalah, suratkhabar, tesis, kertas projek, dan soalan peperiksaan tidak boleh dipinjam. Walau bagaimanapun, permohonan untuk meminjam bahan-bahan tersebut boleh dibuat dan kelulusan adalah mengikut budi bicara Ketua Pustakawan.

14.4 Penempahan Bahan Rujukan

a. Hanya lima (5) buah buku boleh ditempah pada satu-satu masa.

b. Buku yang ditempah diletakkan dalam status ‘On Hold’ di atas nama pelajar yang membuat penempahan.

c. Buku tersebut akan disimpan untuk tempoh tiga (3) hari bekerja dan akan diletakkan semula ke rak sekiranya tidak dituntut.

d. Buku hanya boleh diambil dan dipinjam oleh pelajar yang membuat penempahan itu sendiri.

14.5 Pembaharuan Peminjaman

a. Pelajar hanya dibenarkan untuk membuat pembaharuan peminjaman bagi buku yang tidak ditempah. Tempoh pinjaman selepas pembaharuan tertakluk kepada kategori buku.

b. Pembaharuan pinjaman hanya boleh dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja.

c. Buku yang lewat daripada tarikh pemulangan tidak boleh diperbaharui tempoh pinjamannya dan pelajar perlu menyelesaikan denda lewat terlebih dahulu.

Page 37: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 29

14.6 Bahan Rujukan Tamat Tempoh Peminjaman

a. Pelajar dikehendaki memulangkan buku sebelum atau pada tarikh pemulangan yang tertera di slip tarikh pemulangan.

b. Denda yang akan dikenakan bagi buku yang melewati tempoh peminjaman adalah seperti berikut:

i. Kategori ‘Open Shelf (OS): RM0.50/hari untuk satu buku;

ii. Sekiranya buku tersebut hilang atau rosak, pelajar dikehendaki membayar harga buku tersebut atau menggantikannya dengan buku yang baru. Pihak perpustakaan hanya menerima buku edisi sama seperti yang hilang atau edisi terkini sahaja.

14.7 Kategori Buku

14.7.1 ‘Open Shelves’ (OS)

Lokasi Petunjuk Tempoh Peminjaman

Dipamerkan pada rak di tingkat 1 & 2 perpustakaan

Nombor panggilan dan huruf ‘OS’ tertera pada label dibahagian tulang buku

Maksimum (5) buah buku dan tempoh peminjaman (7) hari

14.7.2 Red-Spot (RS)

Lokasi Petunjuk Tempoh Peminjaman

Dipamerkan pada rak di tingkat 2 perpustakaan

Nombor panggilan dan huruf ‘RS’ tertera pada label dibahagian tulang buku. Tanda merah pada bahagian tulang buku

Tempoh pinjaman 1 hari sahaja bagi setiap buku

14.7.3 Reference (REF)

Lokasi Petunjuk Tempoh Peminjaman Dipamerkan pada rak di tingkat 2 perpustakaan

Nombor panggilan dan huruf ‘REF’ tertera pada label dibahagian tulang buku

Untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja

Page 38: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 30

14.8 Sistem Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan/Sistem Dokumentasi

Koleksi Perpustakaan dikatalog, dikelaskan dan disusun mengikut standard antarabangsa. Perpustakaan dan Pusat Sumber PTPL menggunakan standard Anglo American Cataloging Rules 2 (AACR2) untuk mengkatalog semua bahan dan Dewey decimal classification (DDC), Library of Congress classification (LCC) dan National Library Medicine (NLM) untuk menetapkan nombor panggilan. Bagi penentuan kursus bagi bahan rujukan, perpustakaan ini menggunakan Library of Congress Subject Headings (LCSH) sebagai rujukan.

14.9 Kemudahan dan Perkhidmatan

• Peminjaman/pemulangan/pembaharuan/penempahan bahan rujukan melalui sistem perpustakaan;

• Peminjaman antara perpustakaan; • Bahan-bahan rujukan – buku dan bahan Multimedia; • Jurnal dan buku elektronik; • Koleksi kertas peperiksaan, tesis dan kertas kajian; • Ruangan membaca (terbuka); • Ruangan membaca persendirian; • Majalah; • Suratkhabar; • Koleksi rujukan; • Koleksi bertanda merah ‘Red Spot’; • Perkhidmatan rujukan; • Bilik perbincangan/mesyuarat; • Koleksi undang-undang; • Koleksi perubatan; • Kemudahan Wi-Fi; • Perkhidmatan komputer; • Bilik Edutaintment; • Laci menyimpan barang ‘locker’; • Perkhidmatan fotokopi.

14.10 Jurnal Elektronik

14.10.1 Academic One File

Academic One File adalah pangkalan data yang menyediakan akses penuh kepada artikel-artikel daripada jurnal terkemuka dunia dan sumber-sumber rujukan lain. Ia merangkumi bidang sains fizikal, teknologi,

Page 39: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 31

perubatan, sains sosial, kesenian, sastera dan sebagainya. Berjuta-juta artikel yang terdapat dalam pangkalan data Academic One File adalah komprehensif dan boleh diakses dalam format PDF dan HTML tanpa sebarang sekatan.

14.10.2 LexisNexis

Lexis Nexis menawarkan pelbagai sumber maklumat dalam bidang undang-undang dalam satu platform, khusus kepada professional undang-undang. Dengan Lexis Nexis, pengguna boleh mengakses kepada berbilion dokumen dan rekod dalam bidang undang-undang seperti artikel dan jurnal, kes dan analisis, kontrak dan perjanjian, berita, bahan rujukan dan sebagainya.

14.10.3 Emerald

Pangkalan data Emerald menyediakan akses kepada lebih daripada 200 koleksi jurnal daripada 22 disiplin pengurusan. Koleksi jurnal yang terdapat dalam Emerald akan terus berkembang kerana ianya menyediakan akses serta merta kepada tajuk jurnal yang baru, sebaik sahaja ianya ditambah ke dalam koleksi tanpa perlu sentiasa menaik taraf pangkalan data. Emerald juga menyediakan koleksi jurnal yang berkualiti tinggi dan praktikal yang dapat menghubungkan dunia akademik dengan amalan pengurusan.

14.10.4 IEEE Computer Society Digital Library CSDL

Pangkalan data IEEE Computer Society Digital Library (CSDL) menyediakan akses kepada lebih daripada 330,000 artikel dan kertas kerja daripada lebih 4,100 prosiding persidangan dan 27 terbitan berkala yang berkaitan dengan perkomputeran dan teknologi.

14.10.5 ClinicalKey

ClinicalKey adalah pangkalan data yang menyediakan keperluan penyelidikan klinikal untuk pakar-pakar perubatan dan kesihatan, pustakawan perubatan, CMO/CMOs, dan para pelajar perubatan. Maklumat yang terkadung di dalam ClinicalKey adalah menyeluruh, sahih dan terkini yang terdiri daripada jurnal dan buku elektronik, imej, video dan sebagainya. Clinicalkey juga mengindeks lebih daripada 22 juta abstrak MEDLINE, yang diperoleh setiap hari dari National Library of

Page 40: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 32

Medicine (NLM). Kandungan perubatan dan pembedahan yang sahih dalam Clinicalkey diperoleh dari portfolio perubatan Elsevier. Dengan menggunakan pangkalan data Clinikalkey, pengguna boleh mendapatkan maklumat yang pantas dengan mengurangkan masa pencarian.

14.10.6 Ebsco Medline

Pangkalan data Medline terdiri daripada 4,600 jurnal bioperubatan semasa yang berkaitan dengan perubatan, kejururawatan, perubatan veterinar, sistem penjagaan kesihatan, pergigian, sains pra-klinikal dan banyak lagi. Medline dibangunkan oleh National Library of Medicine (NLM) dan menggunakan pengindeksan Medical Subject Headings (MeSH).

14.10.7 EbscoDynamed

DynaMed adalah pangkalan data yang mengandungi rujukan klinikal yang dicipta oleh pakar-pakar perubatan yang terdiri daripada lebih 3200 topik. Maklumat yang terkandung dalam DynaMed adalah relevan dan memudahkan pengguna untuk membuat rujukan dan rumusan serta menjadikan ianya sumber yang amat diperlukan untuk membantu menjawab soalan-soalan klinikal dan perubatan.

14.10.8 Ebsco Food Science source

Ebsco Food Science Source adalah pangkalan data yang dibentuk untuk menyokong keperluan maklumat industri makanan pada semua peringkat. Pangkalan data ini menawarkan jurnal yang relevan kepada banyak bidang yang penting untuk industri makanan yang terdiri daripada lebih 1,400 penerbitan termasuk jurnal, monograf, majalah, penerbitan perdagangan dan lain-lain. Selain daripada itu, lebih daripada 1,000 laporan industri makanan dan pasaran boleh didapati dalam pangkalan data ini.

14.10.9 Ebsco Hospitality & Tourism Complete

Ebsco Hospitality & Tourism Complete adalah pangkalan data yang merangkumi penyelidikan ilmiah dan berita industri yang berkaitan dengan semua bidang hospitaliti dan pelancongan. Pangkalan data ini mengandungi lebih daripada 828,000 rekod seawal tahun 1965. Jurnal-jurnal yang terkandung dalam pangkalan data ini terdiri daripada lebih

Page 41: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 33

490 penerbitan, termasuk terbitan berkala, laporan syarikat dan sebagainya.

14.10.10 Taylor & Francis Online (Education)

Taylor & Francis Online adalah satu platform yang menyediakan koleksi jurnal dalam bidang pendidikan. Platform ini memberikan akses dalam talian kepada lebih dari 180 jurnal pendidikan dari Taylor & Francis dan Routledge.

14.11 Buku Elektronik

14.11.1 Ebrary

Ebrary adalah satu pangkalan data yang menyediakan akses secara penuh kepada lebih dari 100,000 buku elektronik daripada lebih 500 penerbit. Ia merangkumi pelbagai bidang termasuk pertanian, pendidikan, sejarah, bahasa dan kesusasteraan, sains, teknologi dan lain-lain.

Ebrary membolehkan pelajar untuk membaca, mencetak, menyalin atau memuat turun kandungan teks penuh mana-mana buku elektronik dalam pangkalan data tersebut. Ia adalah alat carian yang berkesan dan dapat membantu pelajar dalam penyelidikan, kerja kursus dan projek.

14.11.2 WILEY Online Library

WILEY Online Library terdiri daripada 23 buah buku elektronik dalam kursus sains makanan.

14.12 Alat Bantuan Penyelidikan

a. TURNITIN.

b. Mendeley.

c. SWETS Wise Linker.

15. KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Pihak Kolej komited dalam menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi tujuan pembelajaran dan bekerja untuk semua pelajar, kakitangan dan pelawat. Oleh itu amat penting untuk pelajar menyedari tanggungjawab mereka kepada

Page 42: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 34

Kolej, kakitangan dan lain-lain apabila menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

15.1 Tanggungjawab pelajar

a. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan mereka dan juga orang disekelilingnya yang mungkin terjejas dengan apa saja tindakan yang mereka lakukan atau tidak lakukan.

b. Bekerjasama dengan semua kakitangan Kolej untuk mengekalkan persekitaran yang sihat dan selamat dengan mematuhi dasar, polisi dan peraturan Kolej serta peraturan keselamatan.

c. Tidak mengganggu, atau menyalahguna apa-apa yang disediakan untuk tujuan kesihatan, keselamatan dan kebajikan di Kolej seperti peralatan penggera kebakaran, alat pemadam api, pengesan asap, alat pertolongan cemas dan lain-lain.

15.2 Tanggungjawab Kolej

Kolej tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan harta pelajar, termasuk kerosakan kepada mana-mana kenderaan di premisnya melainkan disebabkan oleh kecuaian Kolej atau kakitangannya. Begitu juga sekiranya berlaku kematian atau kecederaan peribadi, melainkan disebabkan oleh kecuaian Kolej atau kakitangannya.

15.3 Kawasan Berbahaya

Premis kolej adalah selamat. Ini dapat dikekalkan jika semua pelajar mengambil tanggungjawab untuk melaporkan kepada Kolej apabila mengesan sebarang bahaya. Pelajar boleh memaklumkan kepada tutor, pensyarah, mentor, atau mana-mana kakitangan Kolej bagi mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.

15.4 Laluan Keluar Kecemasan

Pengurusan Kolej sentiasa memastikan semua laluan keluar kecemasan, lorong-lorong, koridor dan tangga selamat dan bebas daripada sebarang halangan yang mungkin membawa kepada kemalangan.

Page 43: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 35

15.5 Merokok

Kolej menetapkan dasar larangan merokok di seluruh bangunannya.

15.6 Situasi Kecemasan

Pelajar perlu merujuk sebarang kes-kes kecemasan kepada Unit Pembangunan Pelajar (UPP).

16. ALUMNI

a. Kolej menubuhkan Persatuan Alumni Kolej PTPL yang merancang serta menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menjalin hubungan rapat antara pihak Kolej dan graduannya.

b. Alumni dengan sokongan UPP membantu pelajar menyiapkan diri untuk menghadapi bidang kerjaya melalui:

i. Berkongsi pengalaman kerja mereka dengan pelajar melalui sesi ceramah kerjaya yang dianjurkan;

ii. Mengendalikan lawatan industri untuk memberi pendedahan kepada dunia pekerjaan kepada pelajar;

iii. Menganjurkan Seminar atau Bengkel Kerjaya;

iv. Menyediakan peluang latihan industri;

v. Menjadi rujukan pelajar untuk mencari pekerjaan.

c. Rangkaian bersama alumni dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti:

i. Jemputan menghadiri majlis sosial dan majlis makan malam;

ii. Jemputan bagi ceramah dan seminar;

iii. Melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan bersama pihak pengurusan, kakitangan dan pelajar Kolej;

iv. Melibatkan diri dalam program-program riadah.

Page 44: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 36

17. PROGRAM ‘GRADUATE EMPLOYABILITY SKILLS ‘

17.1 Aktiviti Kurikulum Tambahan

Program ‘Graduate Employability Skills’ (GEmS) dilaksana untuk membolehkan pelajar menyertai aktiviti yang meningkatkan kemahiran insaniah supaya mereka mampu mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Aktiviti GEmS dikategorikan seperti berikut:

a. Khidmat Masyarakat ( Kawajipan Sosial);

b. Kursus Pengkayaan Kemahiran Personal

c. Rangkaian Industri

d. Kelab dan Persatuan

e. Pertandingan (Luar/Dalaman)

f. International

g. Pensijilan Profesional

h. Sukan

17.2 Penglibatan Minimum

a. Pelajar digalakkan untuk menyertai pelbagai kurikulum tambahan sepanjang pengajian mereka di Kolej.

b. Pelajar boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Sekolah, UPP, mentor atau mana-mana persatuan yang diiktiraf oleh Kolej.

c. Pelajar mesti menyertai dan mengumpul mata minimum daripada aktiviti yang disertai berdasarkan kepada pengkelasan di Jadual 8 untuk bergraduat:

Page 45: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 37

Jadual 8: Klasifikasi Aktiviti Sijil Diploma

Kewajipan Sosial 1X10 mata 2x10 mata Pengkayaan Kemahiran Personal 2x10 mata 5x10 mata Rangkaian Industri (Dalaman) 1x10 mata 3x10 mata Rangkaian Industri (Luar) Tiada 2x10 mata Pertandingan / Sukan 1x10 mata 1x10 mata International * * Kelab / Persatuan (UPP) 1x10 mata 1x10 mata Kelab / Persatuan (Peringkat Sekolah) 1x10 mata 1x10 mata Pensijilan Profesional * * Jumlah mata minimum GEmS yang perlu dikumpul sebelum bergraduat

70

150

*Sangat digalakkan untuk diambil oleh pelajar

17.3 Kerja Kursus Kemahiran Insaniah

a. Pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran insaniah menerusi lapan (8) kursus Pengkayaan Kompetensi Personal atau ‘Personal Enrichment Competency’ (PEC) pada setiap semester sepanjang pengajian seperti mana di Jadual 9 berikut:

Jadual 9: Kursus Pengkayaan Kompetensi Personal (PEC) No Kursus Cadangan tahun

diambil 1 Kemahiran Berfikir 1 2 Kemahiran Berkomunikasi 1 3 Kemahiran Pengurusan 2 4 Kerja Berpasukan 2 5 Kemahiran Kepemimpinan 3 6 Kemahiran Keusahawanan 3 7 Kemahiran Teknologi Maklumat Pilihan 8 Pengurusan Kesihatan Pilihan

b. Pelajar diploma perlu memilih lima (5) dan pelajar sijil perlu memilih dua (2) daripada lapan (8) kursus PEC yang disenaraikan dalam klausa 17.3 (a).

c. Sekiranya pelajar telah mengambil salah satu daripada (5) atau (2) kursus yang sepatutnya diambil di sepanjang pengajian dalam program masing-masing, mereka boleh menggantikannya dengan kursus Teknologi Maklumat dan Pengurusan Kesihatan.

Page 46: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 38

d. Pelajar perlu mendapat CGPA minima 2.00 and memperolehi gred C untuk setiap kursus PEC untuk melayakkan bergraduat.

e. Ringkasan penilaian kursus PEC akan dimasukkan ke dalam transkrip GEmS.

17.4 Kompilasi Kerja Kursus

a. Pelajar bertanggungjawab menyimpan kompilasi penyertaan mereka dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai bukti untuk mengumpul jumlah mata yang telah ditetapkan.

b. Mentor bertanggungjawab untuk memastikan semua mentee terlibat dalam aktiviti yang telah ditetapkan serta menyemak kompilasi bukti kerja kursus mereka.

c. Semua bukti-bukti fizikal mestilah disusun dalam fail pelajar iaitu dalam Portfolio ‘Graduate Employability’.

17.5 Pensijilan

Pelajar yang berjaya menamatkan aktiviti ko-kurikulum dengan mata minimum yang dinyatakan dalam jadual di atas akan dianugerahkan transkrip GemS selepas tamat pengajian.

Page 47: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

BAHAGIAN II

PERATURAN AKADEMIK PELAJAR

Page 48: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. ISTILAH DAN MAKLUMAT AKADEMIK _______________________________ 1

1.1. Definisi ______________________________________________________ 1

1.2. Tempoh Pengajian dan Taburan Jam Kredit _________________________ 4

2. PERTADBIRAN AKADEMIK ________________________________________ 5

2.1. Pendaftaran __________________________________________________ 5

2.2. Kehadiran ____________________________________________________ 6

2.3. Mengulang Kursus _____________________________________________ 7

2.4. Penangguhan Pengajian ________________________________________ 8

2.5. Pertukaran Program __________________________________________ 10

2.6. Kelayakan dan Prosedur Penukaran Program ______________________ 10

2.7. Tarik Diri dari Pengajian _______________________________________ 14

2.8. Penamatan dan Penyingkiran dari Pengajian _______________________ 14

3. PEPERIKSAAN ________________________________________________ 15

3.1. Kelayakan Menduduki Peperiksaan ______________________________ 15

3.2. Jangkamasa dan Tempoh Peperiksaan ____________________________ 15

3.3. Jadual Peperiksaan ___________________________________________ 16

3.4. Pertembungan Jadual Peperiksaan _______________________________ 16

3.5. Lokasi / Bilik Peperiksaan ______________________________________ 17

3.6. Slip Kemasukan Peperiksaan ____________________________________ 17

3.7. Senarai Kehadiran Peperiksaan dan Nombor Tempat Duduk __________ 17

3.8. Peraturan Peperiksaan ________________________________________ 18

3.9. Salahlaku Peperiksaan _________________________________________ 22

3.10. Penalti Salahlaku Peperiksaan __________________________________ 23

3.11. Peruntukan-peruntukan Lain ___________________________________ 24

3.12. Pengumuman Keputusan Peperiksaan ____________________________ 27

3.13. Sijil dan Transkrip Akademik ____________________________________ 27

4. STRUKTUR PENILAIAN __________________________________________ 27

4.1. Skema Penggredan dan Nilai Gred _______________________________ 27

4.2. Gred Tanpa Nilai _____________________________________________ 28

Page 49: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

4.3. Sistem Penilaian dan Purata Nilai Gred ___________________________ 29

4.4. Status Akademik _____________________________________________ 31

5. SALAHLAKU AKADEMIK _________________________________________ 32

6. RAYUAN ______________________________________________________ 33

7. GRADUASI DAN ANUGERAH AKADEMIK ____________________________ 36

7.1. Borang Graduasi _____________________________________________ 36

7.2. Penganugerahan Kelayakan ____________________________________ 36

7.3. Majlis Graduasi ______________________________________________ 37

7.4. Anugerah ___________________________________________________ 37

7.5. Penilaian untuk Bergraduat ____________________________________ 38

7.6. Penganugerahan Sijil dan Diploma _______________________________ 38

8. UMUM _______________________________________________________ 39

Page 50: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 1

1. ISTILAH DAN MAKLUMAT AKADEMIK

1.1. Definisi

a. Kolej

Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL).

b. Senat

Badan tertinggi akademik PTPL yang dianggotai oleh wakil daripada semua cawangan PTPL yang terdiri daripada Pengetua dan Ketua Akademik.

c. Jawatankuasa Program (Program Board)

Badan yang membuat laporan serta memberikan cadangan kepada Senat, di dalam hal-hal yang berkaitan dengan polisi, perjalanan, pengendalian dan operasi akademik. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Sekolah dan Pengurus Program yang dipengerusikan oleh Ketua Akademik.

d. Ketua Akademik

Seorang kakitangan kanan yang dilantik oleh pihak Pengurusan Kumpulan Kolej PTPL untuk mengetuai dan mengawasi operasi akademik di sesuatu cawangan kolej PTPL.

e. Ketua Sekolah

Seorang kakitangan kanan yang dilantik oleh pihak Pengurusan Kumpulan Kolej PTPL untuk mengetuai dan mengawasi operasi akademik di peringkat sekolah di sesuatu cawangan Kolej PTPL.

f. Pengurus Program

Kakitangan kanan yang dilantik oleh pengurusan Kolej untuk membantu Ketua Sekolah di dalam mengendalikan sesuatu program.

g. Penasihat Akademik / Mentor

Pengajar yang telah dilantik untuk memantau hal ehwal akademik serta prestasi sekumpulan pelajar (mentee).

Page 51: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 2

h. Semester

Semester panjang untuk pengambilan Jun dan Oktober mengambil masa selama tujuh belas (17) minggu mengambilkira aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, cuti dan peperiksaan (termasuk ujian-ujian dan kuiz serta tugasan). Semester pendek iaitu Semester Mac mengambil masa selama sembilan (9) minggu yang mana pelajar hanya mendaftar tidak melebihi sepuluh (10) jam kredit.

i. Sesi Kemasukan

Terdapat tiga (3) sesi kemasukan pelajar iaitu Mac, Jun dan Oktober. Pelajar yang telah mendaftar akan mengikut saluran kemasukan masing-masing berdasarkan tarikh pendaftaran.

j. Status Pelajar

Prestasi akademik seseorang pelajar di akhir sesuatu semester akan menentukan samada mereka layak untuk meneruskan pengajian masing-masing untuk semester yang berikutnya.

k. Jam Kredit

Jam kredit adalah unit yang memberi pemberat kepada nilai, tahap atau masa bagi sesuatu kursus untuk mengukur beban kerja pelajar dari segi kuliah, kerja amali, penempatan klinikal, latihan industri, penilaian dan lain-lain kerja di luar kelas. Satu (1) jam kredit kuliah adalah bersamaan dengan satu (1) jam kontak seminggu untuk kuliah formal. Satu (1) jam kredit amali /studio adalah bersamaan dengan 2 - 3 jam pertemuan rasmi seminggu. Satu (1) jam kredit Latihan Industri adalah bersamaan dengan 6 - 8 jam kerja dalam sehari untuk dua (2) minggu.

l. Pemindahan Kredit

Pemindahan kredit merujuk kepada kredit yang diberikan kepada pelajar bersama-sama dengan gred dan gred yang diperolehi dan diambil kira dalam pengiraan PNGS dan PNGK.

Page 52: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 3

m. Pengecualian Kredit

Pengecualian kredit membolehkan pelajar dikecualikan daripada mendaftar semula kursus yang telah diambil dalam program terdahulu dari mana-mana institusi yang diluluskan dan diiktiraf untuk kemasukan ke program baru. Ia merupakan sebahagian daripada keperluan kredit untuk bergraduat, dan kursus yang diberikan pengecualian kredit akan diberi status 'Ex'. Kredit tidak diambil kira dalam pengiraan PNGS dan PNGK.

n. Pengecualian Kursus

Pengecualian kursus merujuk kepada pengecualian yang diberikan bagi sesuatu kursus dalam program pengajian, tetapi diganti dengan kursus lain dengan jam kredit yang setara seperti yang ditetapkan oleh keperluan program.

o. Pengecualian (Advance Standing)

Pengecualian Awal (Advance Standing) menunjukkan bahawa pelajar dianggap memenuhi semua keperluan program yang terdapat dalam semester dan jam kredit dianugerahkan serta mengurangkan bilangan kursus-kursus yang pelajar perlu ikuti untuk menamatkan program ini.

p. Kesalahan Akademik

Sebarang pelakuan atau cubaan menipu dalam mana-mana peperiksaan atau lain-lain tugasan akademik.

q. PNGS (Purata Nilai Gred Semester)

Merujuk kepada purata nilai gred yang dicapai oleh pelajar di dalam sesuatu semester.

r. PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif)

Merujuk kepada purata nilai gred terkumpul bagi semua kursus yang telah di ambil daripada permulaan pengajian (Semester 1).

s. Menipu

Sebarang salah laku yang berkaitan dengan penilaian akademik.

Page 53: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 4

t. Plagiat

Tindakan menerbitkan sebarang bentuk hasil akademik yang bukan kepunyaan diri sendiri, samada berbentuk penerbitan bertulis dan sebagainya, tanpa membuat sebarang rujukan atau pengiktirafan kepada sumber asal / individu yang berkenaan.

u. Masalah Kesihatan & Lain-lain Keadaan yang Diperakui

Suatu keadaan yang mana pelajar diperakui tidak layak untuk menjalankan tanggungjawabnya memenuhi keperluan-keperluan akademik bagi kursus-kursus yang didaftar olehnya, disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tidak memuaskan; atau lain-lain keadaan yang tidak dapat dielakkan. Satu laporan kesihatan/sijil sakit daripada hospital kerajaan atau pusat perubatan swasta wajib dibawa untuk perakuan Senat, sebelum seseorang pelajar itu di isytiharkan ‘tidak layak’.

v. Badan Disiplin

Satu badan yang dilantik dan diberikan kuasa oleh Kolej untuk menguruskan hal ehwal berkaitan disiplin di kalangan para pelajar. Badan ini dipengerusikan oleh Pengetua Kolej dengan ahli-ahlinya yang terdiri daripada wakil-wakil program serta pegawai kanan bahagian pertadbiran kolej. Badan ini akan bermesyuarat apabila perlu untuk melaksanakan siasatan serta sesi perbicaraan sebelum membuat sebarang usul dan cadangan penalti kepada Senat.

1.2. Tempoh Pengajian dan Taburan Jam Kredit

Pelajar hendaklah menamatkan pengajian dalam tempoh yang dinyatakan dalam Jadual 1 dari tarikh pendaftaran kecuali dengan kebenaran Senat.

Jadual 1: Tempoh pengajian bagi Program Sijil dan Diploma Jenis Pembelajaran Sijil Diploma

Program sepenuh masa Min 4 semester

(2 tahun) 5 Semester (2 ½ tahun)

Maks 8 semester (4 tahun)

10 Semester (5 tahun)

Bilangan Jam Kredit Minima untuk Bergraduat 60 90

Page 54: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 5

2. PERTADBIRAN AKADEMIK

2.1. Pendaftaran

2.1.1. Pendaftaran Kursus

a. Pelajar WAJIB membuat pengesahan bahawa mereka akan meneruskan pengajian bagi semester yang berikutnya dalam tempoh dua (2) minggu dari awal semester baru.

2.1.2. Jumlah Jam Kredit Setiap Semester

a. Bilangan jam kredit yang seharusnya didaftarkan oleh seseorang pelajar di dalam sesuatu semester panjang mesti tidak kurang daripada dua belas (12) dan tidak melebihi lapan belas (18) jam kredit. Manakala dua (2) hingga sepuluh (10) jam kredit yang diperlukan bagi semester pendek.

b. Pelajar-pelajar yang ingin mendaftar kurang daripada dua belas (12) atau lebih daripada lapan belas (18) jam kredit wajib memohon kebenaran khas terlebih dahulu daripada Ketua Akademik.

c. Pelajar yang berstatus Kedudukan Bersyarat Mengulang Kursus Gagal (KSMP) yang mendapat PNGK di antara 1.50 hingga 1.99 dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada lima belas (15) jam kredit sahaja.

d. Pelajar yang berstatus Kedudukan Bersyarat Mengulang Kursus Gagal (KSMP) yang mendapat PNGK di antara 1.00 hingga 1.49 dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada dua belas (12) jam kredit sahaja.

2.1.3. Tambah dan Gugur Kursus

a. Pelajar yang ingin menukar kombinasi pendaftaran kursus perlu melaksanakan permohonan secara atas talian melalui modul http://prereg.ptpl.edu.my dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Penasihat Akademik / Mentor, Pengurus Program dan Ketua Sekolah.

Page 55: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 6

b. Pelajar dibenarkan untuk menambah kursus semasa semester panjang dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh permulaan semester dan pengguguran kursus mestilah dilaksanakan dalam masa empat (4) minggu daripada tarikh permulaan semester.

c. Pelajar dibenarkan untuk menambah kursus semasa semester pendek dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh permulaan semester dan pengguguran kursus mestilah dilaksanakan sehingga minggu ke-dua (2) dari awal semester.

d. Pelajar yang memohon untuk menambah dan menggugurkan kursus dalam satu permohonan selepas minggu ke-empat (4) (dalam minggu 4-9) perlu mendapatkan kelulusan daripada Penasihat Akademik / Mentor, Pengurus Program dan Ketua Sekolah bersama-sama dengan penalti berjumlah RM200.00 setiap kursus. Gred TD akan diberikan di dalam transkrip.

e. Sebarang perubahan pendaftaran kursus selepas minggu ke-sembilan (9) adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2.1.4. Pendaftaran Atas Talian

a. Pelajar wajib mendaftar kursus untuk semester berikutnya melalui KLAS 2 pada minggu ke-dua belas (12) semester semasa.

b. Pelajar perlu berbincang dengan Mentor atau Pengurus Program masing-masing berkenaan kombinasi kursus sebelum pendaftaran kursus atas talian dilakukan.

c. Denda sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada pelajar yang gagal mendaftar kursus pada tarikh dinyatakan dan denda tambahan sebanyak RM5.00 setiap hari dikenakan untuk hari berikutnya.

d. Penganugerahan diploma atau sijil oleh Kolej PTPL hanya akan dilaksanakan kepada pelajar yang telah mendaftar dan memenuhi segala Peraturan Akademik secara sah sahaja.

2.2. Kehadiran

a. Setiap pelajar wajib menghadiri kuliah, tutorial atau sesi amali

Page 56: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 7

yang telah ditentukan oleh pihak Kolej untuk melayakkan beliau menduduki peperiksaan rasmi dan/atau meneruskan pengajian.

b. Pengiraan kehadiran mengambilkira semua jam pembelajaran tambahan yang ditentukan oleh pihak Kolej kepada pelajar.

c. Pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus yang berkenaan sekiranya tidak mencapai keperluan minimum kehadiran sebanyak 85% dan dengan itu dianggap gagal dan diberikan Gred F.

d. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan bahawa kehadiran mereka ke semua kuliah, tutorial dan sesi amali mencapai 85%. Amaran akan diberikan secara lisan dan bertulis oleh Penasihat Akademik / Mentor masing-masing apabila ketidakhadiran mencapai 5%, 10% dan 15%. Surat amaran akan dikeluarkan kepada pelajar semasa pengesahan kursus yang pertama dilakukan. Sekiranya kehadiran pelajar masih tidak memuaskan, maka pelajar akan ditangguhkan pengajiannya atau menarik diri dalam kursus semasa pengesahan kursus yang kedua dilakukan.

e. Walaubagaimanapun pertimbangan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kesihatan ataupun telah mendapat kebenaran daripada Pengetua untuk dikecualikan daripada menghadiri kelas di atas sebab-sebab yang munasabah. Bagi situasi sebegini, sijil sakit / laporan kesihatan atau dokumen yang berkaitan adalah diperlukan.

f. Pelajar wajib memastikan bahawa mereka bersedia untuk menghadiri sebarang sesi ujian, penilaian, peperiksaan mahupun ujian lisan (viva) yang ditetapkan oleh Kolej. Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab yang diterima boleh menyebabkan kegagalan pelajar dan Gred F diberikan.

2.3. Mengulang Kursus

Kursus yang telah digredkan F (gagal) perlu diulangi sebaik kursus itu ditawarkan dalam semester berikutnya. Peraturan-peraturan kehadiran dan lain-lain keperluan kursus adalah sama. Walau bagaimanapun, pelajar

Page 57: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 8

digalakkan untuk mengulangi mana-mana kursus dengan tujuan untuk memperbaiki PNGK mereka pada mana-mana semester sebelum tamat pengajian.

2.4. Penangguhan Pengajian

2.4.1. Permohonan Penangguhan Pengajian

a. Penangguhan pengajian boleh ditakrifkan sebagai tempoh yang diluluskan untuk tidak belajar seperti yang dipohon oleh pelajar. Sebab-sebab permohonan ini mesti munasabah dan boleh diterima sebelum kelulusan boleh diberikan.

b. Pelajar-pelajar TIDAK DIBENAR untuk tangguh pengajian tanpa sebab yang munasabah dan ia tertakluk kepada kelulusan Senat.

c. Pelajar yang menangguhkan pengajian perlu akur bahawa program yang sedang diikuti mungkin akan mengalami perubahan struktur dan kandungan sekembalinya beliau untuk menyambung pengajian kelak (mendaftar semula). Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyesuaikan diri sekiranya terdapat sebarang perubahan berkenaan.

d. Jika pelajar memilih untuk menangguhkan pengajian setelah membayar yuran pengajian, Kolej akan mengekalkan yuran pengajian pelajar sehingga mereka memulakan pengajian semula di Kolej.

e. Pelajar tidak digalakkan menangguh pengajian kerana ia boleh melewatkan jangkamasa pengajian kecuali atas sebab-sebab munasabah. Walau bagaimanapun, pelajar mesti mendapatkan kelulusan daripada Ketua Akademik dengan mengemukakan permohonan untuk penangguhan pengajian bersama-sama dengan laporan perubatan atau lain-lain bukti yang berkaitan.

f. Tempoh penangguhan yang dibenarkan jika lulus pada satu-satu masa ialah satu (1) semester.

g. Pelajar tidak dibenarkan untuk menangguhkan pengajian lebih daripada dua (2) semester panjang berturut-turut. Bilangan

Page 58: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 9

semester maksimum yang dibenarkan untuk penangguhan pengajian adalah tertakluk kepada bilangan semester / tempoh maksimum pengajian yang sedang diikuti.

h. Sekiranya pelajar tidak hadir selama dua (2) semester panjang berturut-turut tanpa pemberitahuan boleh mengakibatkan pengajian mereka diberhentikan secara automatik. Sekiranya hal ini berlaku, pelajar-pelajar yang ingin meneruskan program tersebut perlu mendaftar semula sebagai pelajar baru.

i. Pelajar-pelajar yang menangguhkan pengajian lebih daripada dua (2) semester berturut-turut atas sebab-sebab perubatan tidak tertakluk dalam peraturan 2.4.1. (g).

2.4.2. Prosedur Penangguhan Pengajian

a. Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian wajib memaklumkan kepada pihak Kolej dengan cara melengkapkan Borang Permohonan Penangguhan Pengajian dan menyerahkan kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod PTPL setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada Mentor, Pengurus Program dan Ketua Sekolah. Dokumen sokongan dari pusat perubatan yang diiktiraf perlu disertakan sekiranya penangguhan disebabkan oleh faktor kesihatan.

b. Tarikh akhir untuk permohonan penangguhan pengajian ditetapkan dalam Kalendar Akademik. Permohonan penangguhan perlu dibuat sebelum tarikh akhir tamat.

2.4.3. Yuran Penangguhan Pengajian

a. Yuran pengajian bagi penangguhan dalam semester aktif sedia ada akan ditentukan oleh Jabatan Akaun dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

b. Yuran pengajian akan dikecualikan bagi kelulusan untuk menangguhkan pengajian pada semester berikutnya.

2.4.4. Melancong Dalam Semester Semasa & Sesi Peperiksaan

Page 59: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 10

Walaupun melancong dibenarkan semasa cuti semester atau hujung minggu, pelajar tidak digalakkan berbuat demikian sepanjang tempoh semester atau peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Kalendar Akademik.

2.4.5. Status sebagai Pelajar Berdaftar

a. Pelajar-pelajar yang menangguhkan pengajian akan kehilangan hak dan keistimewaannya sebagai seorang pelajar di sepanjang tempoh tersebut termasuk penggunaan kemudahan yang terdapat di Kolej, sehinggalah beliau mendaftar semula di semester berikutnya.

2.5. Pertukaran Program

a. Pertukaran program ditakrifkan sebagai penukaran daripada program yang sedia ada kepada program baru, bermula dari semester baru berikutnya.

b. Kelulusan boleh diberikan kepada seseorang pelajar yang memohon pertukaran program jika sekiranya beliau memenuhi syarat kemasukan untuk program baru yang dipohon.

2.6. Kelayakan dan Prosedur Penukaran Program

a. Pelajar-pelajar layak bertukar program dalam Kolej sekiranya:

i. penerimaan adalah bagi mengikuti program sedia ada di Kolej;

ii. memenuhi syarat-syarat kemasukan program baru;

iii. mendapat kelulusan penerimaan daripada Ketua Sekolah dan Ketua Akademik;

iv. mendapat kelulusan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa untuk tujuan visa pelajar (pelajar antarabangsa sahaja).

b. Pelajar yang perlu melengkapkan Borang Permohonan Pertukaran Program dan menyerahkan kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod setelah mendapat pengesahan daripada Mentor, Pengurus

Page 60: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 11

Program dan Ketua Sekolah.

c. Dalam apa jua keadaan, pemindahan tidak berkuat kuasa dengan serta-merta melainkan jika ia dengan segera diselesaikan pada akhir semester iaitu selepas peperiksaan akhir semester.

d. Pelajar-pelajar yang mendapat tajaan dikehendaki mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada agensi penaja sebelum permohonan penukaran dilakukan.

2.6.1. Pemindahan Kredit

a. Kursus yang setara dalam program sebelumnya dengan program baru boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit. Permohonan pemindahan kredit hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pemindahan Kredit dan mengemukakan kepada Ketua Akademik untuk diproses.

b. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan nasihat daripada Pengurus program dan Ketua Sekolah bagi program baru untuk memastikan bilangan kursus yang boleh dipindahkan dalam program baru.

c. Permohonan pemindahan kredit mestilah dibuat dalam minggu pertama di semester satu (1) sesuatu pengajian (permohonan pengecualian kredit hanyalah dibuat sekali sahaja bagi sesuatu pengajian secara keseluruhannya dan bukan di setiap permulaan semester). Borang permohonan yang lengkap mestilah disertakan dengan slip keputusan peperiksaan. Pemindahan kredit yang diluluskan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Kandungan silibus yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 75% sama dengan kursus sebelumnya yang diambil;

ii. Gred minimum yang dicapai bagi kursus sebelumnya adalah C;

iii. Jumlah kredit antara kursus yang dipohon dengan kursus sebelumnya yang diambil adalah sama atau lebih;

d. Pelajar yang layak untuk pemindahan kredit tetapi gagal untuk

Page 61: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 12

mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap sebagai tidak berminat dengan permohonan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

e. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan Kemasukan dan Rekod bagi keputusan permohonan pada penghujung minggu ke-2, semester pertama. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyemak keputusan permohonan tersebut di Pejabat Kemasukan dan Rekod atau menerusi KLAS e-KLAS.

2.6.2. Pengecualian Kredit

a. Bagi tujuan permohonan pengecualian kredit, permohonan mestilah dibuat pada awal program iaitu dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minggu orientasi (permohonan pengecualian kredit hanyalah dibuat sekali sahaja bagi sesuatu pengajian secara keseluruhannya dan bukan di setiap permulaan semester). Borang permohonan yang lengkap mestilah disertakan dengan dengan salinan transkrip dari institusi terdahulu bersama-sama dengan silibus kursus masing-masing.

b. Syarat-syarat pengecualian kredit:

i. kandungan kursus dipohon untuk pengecualian kredit mestilah sekurang-kurangnya 75% sama dengan yang kursus sebelum ini;

ii. Gred minimum yang dicapai bagi kursus sebelum ini adalah C;

iii. Maksimum bilangan kredit yang dibenarkan untuk pengecualian adalah 30% daripada jumlah kredit program berdaftar.

c. Pelajar yang layak mendapat pengecualian kredit tetapi gagal untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap tidak berminat dengan permohonan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

d. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan

Page 62: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 13

Kemasukan dan Rekod bagi keputusan permohonan pada penghujung minggu ke-2, semester pertama. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyemak keputusan permohonan tersebut di Jabatan Kemasukan dan Rekod atau menerusi KLAS.

2.6.3. Pengecualian Kursus

a. Pengecualian kursus merujuk kepada pengecualian yang diberikan bagi sesuatu kursus program pengajian, tetapi diganti dengan kursus yang lain dengan jam kredit yang setara seperti yang ditetapkan dalam keperluan program. Kursus yang diluluskan untuk pengecualian tidak boleh membawa apa-apa pemindahan kredit dan tidak akan dimasukkan ke dalam pengiraan PNGK.

b. Pelajar-pelajar layak untuk mendapatkan pengecualian kursus bagi mana-mana matapelajran umum (MPU) yang diutarakan oleh Kementerian Pendidikan atau kursus yang dicadangkan Sekolah tetapi ianya tertakluk kepada kelulusan Senat Kolej.

c. Permohonan pengecualian kursus hendaklah dikemukakan pada awal program ini (iaitu dalam masa 7 hari selepas minggu orientasi). Pelajar yang layak mendapat pengecualian kursus tetapi gagal mengemukakan sebarang permohonan dianggap sebagai tidak berminat dengan permohonan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan dilayan.

d. Pelajar hendaklah dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan Kemasukan dan Rekod bagi keputusan permohonan pengecualian kursus pada penghujung minggu ke-2 semester pertama. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyemak keputusan permohonan di Jabatan Kemasukan dan Rekod.

2.6.4. Pengecualian Awal (Advanced Standing)

a. Pengecualian Awal (Advanced Standing) boleh diberikan kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berkelulusan Diploma dari PTPL / MSU dengan kelulusan daripada Senat.

b. Sebaik sahaja pelajar yang berkelayakan dari pengajian terdahulu yang diiktiraf dan disahkan untuk Pengecualian (Advanced

Page 63: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 14

Standing) oleh Senat, mereka dibenarkan mendaftar terus ke tahun kedua pengajian dalam program Sarjana Muda (di cawangan PTPL yang menjalankan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda).

2.7. Tarik Diri dari Pengajian

a. Pelajar-pelajar yang ingin menarik diri dari Kolej sebelum tamat program pengajian hendaklah memaklumkan secara bertulis dengan melengkapkan Borang Tarik Diri dan dikemukakan Ke Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan bayaran yuran pengajian akan berterusan.

b. Pelajar-pelajar boleh menarik diri daripada pengajian sebelum tamat program secara sukarela. Penarikan tersebut akan diproses mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kolej.

c. Bayaran balik yuran pengajian (jika ada) adalah berpandukan kepada pembayaran balik Kolej dan pelajar dinasihatkan untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan.

2.8. Penamatan dan Penyingkiran dari Pengajian

a. Jika pelajar didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib yang serius dan mencemar imej Kolej, pengajian mereka akan ditamatkan dengan serta-merta.

b. Penamatan pengajian juga disebabkan oleh mana-mana satu atau gabungan perkara-perkara berikut:

i. Prestasi akademik yang lemah secara berterusan;

ii. Ketidakhadiran yang tinggi dalam kelas;

iii. Mengabaikan surat-surat amaran yang dikeluarkan oleh Kolej;

iv. Memberi sebab-sebab yang tidak boleh diterima sebagai

Page 64: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 15

tindak balas kepada surat amaran yang dikeluarkan;

v. Dinasihatkan oleh Sekolah;

vi. Menghantar dokumen palsu ke Kolej;

vii. Melebihi tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan untuk melengkapkan program.

c. Pelajar akan diberi surat amaran dan akan dirujuk kepada seorang Kaunselor untuk sokongan dan bimbingan jika prestasi akademik dan kehadirannya merosot. Jika keadaan ini berterusan, surat amaran kedua dikeluarkan dan diikuti dengan surat penamatan belajar.

d. Surat penamatan belajar boleh dikeluarkan tanpa notis amaran jika melibatkan kesalahan jenayah atau memburukan nama Kolej.

e. Selepas penamatan pengajian, pelajar kehilangan semua hak dan keistimewaan sebagai pelajar termasuklah penggunaan kemudahan Kolej dan semua perkhidmatan akademik serta pentadbiran. Pelajar yang ditamatkan pengajian perlu mematuhi prosedur-prosedur keluar serta-merta dan tidak dibenarkan memasuki Kolej.

3. PEPERIKSAAN

3.1. Kelayakan Menduduki Peperiksaan

a. Setiap pelajar wajib mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak kolej seperti kehadiran, syarat khas kursus dan pembayaran yuran bagi melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

b. Pelajar yang dilarang menduduki peperiksaan atas sebab-sebab kehadiran dan lain-lain keperluan khas kursus akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum waktu peperiksaan.

3.2. Jangkamasa dan Tempoh Peperiksaan

a. Peperiksaan dijadualkan mengikut Kalendar Akademik. Secara

Page 65: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 16

umumnya, satu (1) minggu diperuntukkan untuk Peperiksaan Pertengahan Semester dan dua (2) minggu diperuntukkan untuk Peperiksaan Akhir Semester.

b. Peperiksaan mungkin dijadualkan dalam dua (2) atau tiga (3) sesi setiap hari.

c. Secara umumnya, peperiksaan akhir semester dijadualkan untuk tempoh tiga (3) jam bagi setiap kursus.

d. Bagi peperiksaan pertengahan semester, setiap kursus diperuntukkan dua (2) jam waktu peperiksaan.

e. Pelajar tidak boleh mempunyai sebarang komitmen terhadap sebarang aktiviti lain dalam tempoh peperiksaan.

3.3. Jadual Peperiksaan

Setiap pelajar perlu ambil maklum tarikh dan waktu peperiksaan dengan teliti. Jadual muktamad peperiksaan pertengahan dan akhir semester boleh diakses secara atas talian dalam tempoh dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula.

3.4. Pertembungan Jadual Peperiksaan

a. Sekiranya terdapat pertembungan jadual peperiksaan bagi lebih daripada satu kursus, maka adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Peperiksaan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

b. Pelajar dikehendaki menyemak dengan Jabatan Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual peperiksaan bagi kursus-kursus yang bertembung. Notis kepada pelajar akan dibuat secara atas talian melalui e-KLAS dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari daripada tarikh permulaan Peperiksaan Pertengahan Semester dan tujuh (7) hari daripada tarikh permulaan Peperiksaan Akhir Semester.

c. Pelajar yang terlibat dengan pertembungan jadual peperiksaan dikehendaki menduduki peperiksaan untuk semua kursus yang

Page 66: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 17

terlibat di bilik kuarantin yang berasingan sehingga tamat sesi peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan menggunakan jadual yang normal. Pelajar dikehendaki mematuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan, termasuklah dalam waktu di antara kedua-dua peperiksaan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan mengakibatkan pelajar dianggap melanggari peraturan peperiksaan.

3.5. Lokasi / Bilik Peperiksaan

Peperiksaan akan dijalankan di lokasi-lokasi yang kondusif selaras dengan proses peperiksaan. Maklumat tentang bilik peperiksaan akan dimuatkan di dalam Jadual Peperiksaan Muktamad yang akan dimuat naik ke e-KLAS.

3.6. Slip Kemasukan Peperiksaan

a. Setiap pelajar yang menduduki peperiksaan wajib memiliki Slip Kemasukan Peperiksaan. Kegagalan membawa slip peperiksaan adalah melanggar peraturan peperiksaan.

b. Slip Kemasukan Peperiksaan boleh diperolehi secara atas talian daripada e-KLAS tidak lewat daripada tiga (3) hari daripada tempoh permulaan peperiksaan. Slip Kemasukan Peperiksaan juga boleh diperolehi di Jabatan Peperiksaan dengan caj RM10.00.

c. Pelajar perlu menjelaskan semua yuran tertunggak jika ada sebelum cetakan slip peperiksaan dapat dibuat.

d. Pelajar perlu menyemak dan mengesahkan bahawa maklumat yang tertera pada slip peperiksaan adalah tepat dan lengkap. Sekiranya terdapat kesilapan, pelajar hendaklah memaklumkan Jabatan Peperiksaan.

3.7. Senarai Kehadiran Peperiksaan dan Nombor Tempat Duduk

Senarai Kehadiran Peperiksaan yang lengkap dengan nombor tempat duduk dan nama pelajar akan dimuat naik ke dalam e-KLAS untuk rujukan pelajar

Page 67: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 18

sehari sebelum peperiksaan bermula.

3.8. Peraturan Peperiksaan

3.8.1. Maklumat Am

a. Setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan mestilah telah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kolej termasuklah pembayaran yuran. Dalam keadaan yang tertentu, pelajar mungkin dibenarkan untuk menduduki sebahagian daripada kerja kursus atau peperiksaan tetapi keputusannya tidak akan diumumkan, sehinggalah baki yuran tertunggak dijelaskan.

b. Sekiranya terdapat pertembungan jadual peperiksaan bagi lebih daripada satu kursus, maka adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Peperiksaan. Kegagalan untuk mematuhi arahan-arahan yang diberi boleh mengakibatkan pelajar boleh dianggap telah melanggar peraturan-peraturan peperiksaan.

c. Pelajar adalah diingatkan bahawa sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan peperiksaan akan dikenakan tindakan tegas, termasuklah kemungkinan dibuang daripada kolej dan / atau diberikan status Gagal dalam peperiksaan oleh Senat kolej.

d. Peraturan peperiksaan ini adalah berkuatkuasa untuk semua jenis peperiksaan, kecuali penilaian untuk latihan industri dan pembentangan seminar yang mungkin peraturan-peraturannya tidak tertakluk kepada klausa 3.8.1 (a), (b) and (c).

e. Jika peperiksaan diambil di tempat lain selain daripada premis kolej, maka pegawai yang bertanggungjawab bagi program tersebut perlu memastikan bahawa peperiksaan berkenaan dijalankan dan diawasi menurut polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej dengan mengambilkira suasana persekitaran serta kemudahan setempat. Jika pegawai terlibat tidak berpuas hati, maka beliau hendaklah melaporkan kepada Pengetua.

Page 68: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 19

f. Setiap pelajar mestilah mematuhi kod etika berpakaian kolej sebelum dibenarkan memasuki dewan peperiksaan.

g. Pelajar adalah diingatkan bahawa sebarang pelanggaran peraturan-peraturan peperiksaan akan dikenakan tindakan tegas, termasuklah kemungkinan dibuang daripada kolej, dan / atau diberikan status gagal dalam penilaian atau peperiksaan oleh Senat kolej.

3.8.2. Pengendalian Peperiksaan

Setiap pelajar dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut:

Sebelum Peperiksaan

a. Semak jadual peperiksaan dan ambil maklum akan tarikh-tarikh peperiksaan.

b. Bawa Kad Matrik pelajar dan slip kemasukan peperiksaan.

c. Semak nombor tempat duduk di dalam senarai kehadiran pelajar yang dimuat naik ke dalam e-KLAS.

d. Hadir dan berkumpul di luar dewan peperiksaan selewat-lewatnya 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

e. Memasuki dewan peperiksaan yang betul sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.

f. Ambil tempat duduk yang telah ditetapkan mengikut senarai kehadiran peperiksaan. Letakkan Kad Matrik pelajar dan slip kemasukan peperiksaan pada hujung kanan meja peperiksaan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pengawas Peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.

g. Sebarang jenis kot, jaket, beg dan lain-lain barang yang dibawa mestilah diletakkan di tempat yang telah ditentukan oleh Pengawas Peperiksaan.

h. Adalah dilarang sama sekali untuk membawa ke dalam dewan sebarang buku, kamus, nota, kertas, telefon bimbit, jadual

Page 69: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 20

matematik atau sebarang peralatan yang berupaya untuk menyimpan data elektronik, selain daripada yang ditentukan dan dibenarkan untuk peperiksaan yang berkenaan. Kesemua barang-barang ini mestilah diserahkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

i. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau merokok di dalam dewan peperiksaan.

j. Pelajar yang tiba dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula, masih dibenarkan untuk mengambil peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun, tiada masa tambahan yang akan diberikan.

k. Pelajar-pelajar yang tiba selepas 30 minit peperiksaan bermula tidak dibenarkan untuk memasuki dewan peperiksaan, kecuali dengan kebenaran daripada pengawas peperiksaan.

Semasa Peperiksaan

a. Pelajar-pelajar dikehendaki membaca dan mematuhi arahan yang dinyatakan di muka hadapan buku jawapan. Pelajar perlu mengisi maklumat pada Slip Kehadiran Peperiksaan dan maklumat lain yang diperlukan di muka hadapan buku jawapan.

b. Pelajar perlu menulis nombor Kad Matrik pelajar pada setiap halaman buku jawapan dan helaian jawapan lain yang akan dikepilkan bersama sebagai sebahagian daripada buku jawapan.

c. Pelajar tidak dibenarkan membuka kertas soalan dan menjawab sehingga pengumuman bermulanya peperiksaan diumumkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.

d. Sebaik sahaja permulaan peperiksaan diumumkan, pelajar mestilah memastikan kertas soalan yang betul diberikan, lengkap dengan muka surat sebelum mula menjawab soalan.

e. Sekiranya soalan yang salah diberikan, pengawas peperiksaan yang bertugas mestilah dimaklumkan dengan segera.

Page 70: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 21

f. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan alatulis yang diluluskan. Segala deraf jawapan mestilah diserahkan bersama dengan skrip jawapan.

g. Pelajar-pelajar mesti mematuhi arahan yang diberikan oleh pengawas peperiksaan. Ini termasuklah arahan untuk meninggalkan bilik peperiksaan.

h. Sebarang bentuk komunikasi di antara pelajar sesama pelajar atau pihak lain adalah dilarang sama sekali.

i. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bentuk bantuan berkaitan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berlangsung.

j. Pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan sebarang bantuan daripada pengawas peperiksaan hendaklah mengangkat tangan.

k. Pelajar-pelajar juga perlu memaklumkan kepada pengawas peperiksaan tentang sebarang gangguan (contoh: bunyi bising) yang memberi kesan kepada mereka ketika sesi peperiksaan.

l. Pelajar-pelajar tidak dibenar sama sekali meninggalkan dewan peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung. Pelajar yang ingin meninggalkan dewan untuk tempoh seketika bagi tujuan ke tandas mestilah memperolehi kebenaran pengawas peperiksaan terlebih dahulu. Setelah mendapat kebenaran, pelajar tidak sepatutnya cuba menghubungi sesiapa atau merujuk kepada bahan-bahan berkaitan peperiksaan ketika berada di luar dewan peperiksaan. Pelajar juga seboleh-bolehnya perlu diiringi oleh pengawas peperiksaan.

m. Keluar ke tandas hanya dibenarkan selepas 30 minit pertama dan sebelum 30 minit terakhir peperiksaan dijalankan.

n. Pelajar yang meninggalkan dewan peperiksaan tanpa kebenaran pengawas peperiksaan adalah dianggap telah menamatkan peperiksaan dan dengan itu tidak akan dibenarkan untuk kembali memasuki dewan peperiksaan semula.

Page 71: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 22

o. Pelajar yang sakit dan tidak berupaya untuk meneruskan peperiksaan perlu melaporkan kepada pengawas peperiksaan.

p. Pelajar adalah dilarang sama sekali daripada terlibat dengan mana-mana perkara yang berikut:

i. Memiliki sebarang maklumat yang tidak dibenarkan sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak atau pun simpanan data elektronik;

ii. Meminjam sebarang alat atau bahan daripada mana-mana pelajar lain kecuali dengan kebenaran pengawas peperiksaan;

iii. Cuba untuk membaca atau meniru jawapan mana-mana pelajar lain;

iv. Menyebabkan gangguan atau kekacauan di dalam dewan peperiksaan.

Selepas Peperiksaan

a. Pelajar-pelajar mestilah berhenti menulis sebaik sahaja diarahkan berbuat demikian oleh pengawas peperiksaan. Pelajar-pelajar dikehendaki terus berada di tempat duduk masing-masing sementara skrip jawapan, lebihan kertas jawapan dan bahan-bahan lain dikutip oleh pengawas peperiksaan.

b. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk membawa keluar sebarang kertas atau bahan-bahan yang yang digunakan daripada dewan peperiksaan.

c. Pelajar-pelajar hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan dengan tertib apabila diarah berbuat demikian.

3.9. Salahlaku Peperiksaan

Pihak kolej memandang serius terhadap kes salahlaku peperiksaan. Sekiranya terdapat mana-mana keadaan yang berikut wujud semasa peperiksaan, kelakuan ini dianggap salahlaku peperiksaan.

Page 72: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 23

a. Memalsukan Kad Matrik pelajar atau slip kemasukan peperiksaan;

b. Berkomunikasi sewaktu peperiksaan dijalankan;

c. Membawa masuk bahan-bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan;

d. Membawa keluar bahan-bahan berkaitan peperiksaan daripada dewan peperiksaan;

e. Menggunakan nota dan kalkulator atau lain-lain alat elektronik bagi tujuan meniru di dalam peperiksaan;

f. Mendapatkan sebarang maklumat, bahan atau peralatan yang membantu di dalam peperiksaan;

g. Menerima maklumat yang mengandungi sebahagian atau keseluruhan soalan peperiksaan;

h. Menawarkan rasuah kepada pengawas peperiksaan, staf akademik atau pentadbiran, pemeriksa dan individu lain yang mempunyai kaitan dengan penilaian;

i. Memperolehi atau cuba mendapatkan akses kepada kertas soalan peperiksaan sebelum peperiksaan berlangsung;

j. Melaksanakan sebarang tindakan melanggar peraturan peperiksaan.

3.10. Penalti Salahlaku Peperiksaan

a. Pelajar yang terlibat dengan sebarang bentuk salahlaku peperiksaan akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk siasatan lanjut dan perbicaraan. Setelah mencapai keputusan, Lembaga Disiplin akan mendapatkan kelulusan dan pengesahan Senat. Penalti yang dikenakan adalah salah satu atau kombinasi daripada perkara yang berikut, tertakluk kepada tahap kesalahan:

i. Dibuang daripada kolej;

ii. Digantung pengajian daripada kolej untuk tempoh tidak

Page 73: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 24

melebihi satu (1) semester;

iii. Gagal bagi kursus yang berkaitan;

iv. Gagal dalam semua kursus yang didaftarkan bagi sesi akademik berkenaan;

v. Penilaian semula keseluruhan atas sebahagian kursus yang terlibat;

vi. Dihalang daripada mengambil peperiksaan;

vii. Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat;

viii. Menerima amaran bertulis;

ix. Menghadiri sesi kaunseling;

x. Penalti minimum RM1000.00.

3.11. Peruntukan-peruntukan Lain

3.11.1. Masalah Kesihatan dan Keadaan-keadaan Lain Yang Diperakui

Pelajar yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya memenuhi keperluan-keperluan akademik seperti menghadiri kuliah, melengkapkan tugasan serta penilaian, atau menghadiri peperiksaan disebabkan oleh kesihatan yang tidak memuaskan, mestilah mendapatkan sijil atau laporan kesihatan atau sebarang dokumen sebagai bukti ketidakhadiran dan menyerahkannya kepada Penasihat Akademik / Mentor dan Pengurus Program atau Ketua Sekolah. Jawatankuasa Akademik Kolej boleh mempertimbangkan maklumat yang diberikan oleh pelajar apabila ingin membuat syor kepada Senat.

3.11.2. Peperiksaan Khas

a. Pelajar-pelajar yang tidak dapat menghadiri peperiksaan akhir di atas sebab-sebab kesihatan atau sebab-sebab lain yang diperakukan oleh Senat boleh memohon untuk menduduki Peperiksaan Khas.

b. Dalam konteks peperiksaan, laporan kesihatan atau sijil cuti sakit atau dokumen-dokumen sokongan lain mestilah dihantar kepada Jabatan Peperiksaan dalam tempoh 48 jam daripada tarikh peperiksaan dijalankan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pelajar dianggap tidak hadir tanpa alasan yang

Page 74: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 25

munasabah, dan akan diberikan gred F (Gagal) bagi kursus yang berkenaan.

c. Kelulusan bagi permohonan menduduki Peperiksaan Khas adalah dalam bidang kuasa Senat sepenuhnya. Bagi permohonan yang diluluskan, Senat berhak memutuskan pelajar untuk diberikan status Peperiksaan Khas Jenis 1 (SE1) atau Peperiksaan Khas Jenis 2 (SE2).

d. Bagi SE1, pelajar-pelajar hanya perlu melengkapkan penilaian akhir pada sesi berikutnya, iaitu hanya perlu menduduki peperiksaan akhir. Markah dan gred kerja kursus adalah kekal sebagaimana sesi yang lepas.

e. Bagi SE2, pelajar-pelajar perlu mengikuti semula kuliah dan melaksanakan semua kerja kursus yang ditetapkan bagi kursus yang terlibat. Penentuan markah kerja kursus terakhir akan dibuat berdasarkan markah terbaik yang dicapai di antara kedua-dua kerja kursus semasa dan sebelumnya.

f. Pelajar-pelajar yang gagal menduduki SE1 disebabkan kes penangguhan semester pengajian akan diberikan status SE2 secara automatik pada semester yang berikutnya.

g. Peperiksaan Khas akan dilaksanakan pada tarikh mengikut jadual yang telah diluluskan oleh Senat.

h. Sebarang rayuan untuk menukar status SE perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh keputusan SE dikeluarkan.

3.11.3. Yuran Peperiksaan Khas

a. Pelajar-pelajar yang telah diluluksan untuk Peperiksaan Khas perlu membayar Yuran Peperiksaan Khas seperti yang ditunjukkan di Jadual 3 di bawah:

Page 75: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 26

Jadual 3: Yuran Peperiksaan Khas

Peperiksaan Khas

Ketidakhadiran disebabkan Kesihatan (MC)

Ketidakhadiran disebabkan Alasan-alasan Lain

Sijil/Diploma (RM)

Setiap Kursus

Bacelor (RM)

Setiap Kursus

Sijil/Diploma (RM)

Setiap Kursus

Bacelor (RM) Setiap Kursus

SE1

(dijalankan dalam sesi peperiksaan normal)

20 30 RM20 + RM150 penalti

RM30 + RM150 penalti

SE1

(dijalankan di luar sesi peperiksaan normal)

RM600 RM600 RM600 + RM300 penalti

RM600 + RM300 penalti

SE2 Yuran Pengajian Standard

3.11.4. Mengulang Kursus Bagi Kes Ketidakhadiran Peperiksaan Tanpa

Alasan Munasabah

Pelajar perlu mengemukakan laporan perubatan daripada hospital atau klinik yang diiktiraf kepada Jabatan Peperiksaan dalam tempoh dua (2) hari daripada tarikh peperiksaan dijalankan. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan dianggap tidak hadir peperiksaan dan akan diberikan gred F (Gagal) untuk kursus yang berkenaan. Pelajar perlu menjelaskan bayaran yuran penuh untuk kursus yang perlu diulang ini.

3.11.5. Peperiksaan Ulangan Khas

a. Pelajar yang telah mengambil semua kursus dalam sesuatu program tetapi masih tidak layak bergraduat kerana gagal dalam SATU (1) kursus, boleh mengemukakan rayuan untuk mengambil Peperiksaan Ulangan Khas. Jumlah yuran sebanyak RM300.00 akan dikenakan.

b. Peperiksaan Ulangan Khas ini akan dijadualkan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

c. Borang Peperiksaan Ulangan Khas perlu dilengkapkan dan dihantar ke Jabatan Kemasukan dan Rekod dalam tempoh dua (2)

Page 76: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 27

minggu daripada tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Jumlah yuran sebanyak RM300.00 akan dikenakan.

3.12. Pengumuman Keputusan Peperiksaan

a. Semua keputusan peperiksaan akan diumumkan kepada pelajar setelah diluluskan dan disahkan oleh Senat. Pelajar-pelajar boleh melihat dan mencetak slip keputusan peperiksaan secara atas talian.

b. Bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian, slip keputusan peperiksaan boleh diperolehi daripada Jabatan Peperiksaan atau mencetak sendiri slip keputusan peperiksaan secara atas talian.

c. Hanya keputusan peperiksaan yang dikeluarkan daripada Jabatan Peperiksaan dianggap sah. Keputusan peperiksaan daripada sumber-sumber lain adalah tidak sah.

3.13. Sijil dan Transkrip Akademik

Kedua-dua dokumen sijil dan transkrip akademik HANYA akan dikeluarkan kepada pelajar selepas majlis graduasI.

4. STRUKTUR PENILAIAN

Semua kursus adalah digredkan dengan mengambil kira kerja kursus dan penilaian-penilaian lain termasuklah peperiksaan akhir yang dikendalikan pada setiap semester. Penggredan untuk semua kursus yang ditawarkan kecuali kursus-kursus tanpa peperiksaan akhir, adalah dengan menilai kerja kursus dan peperiksaan pertengahan semester (atau Ujian 1 dan Ujian 2) sebanyak 50% - 60% dan peperiksaan akhir sebanyak 40% - 50%.

4.1. Skema Penggredan dan Nilai Gred

a. Secara umumnya, skema penggredan bagi kursus-kursus teras adalah seperti di Jadual 4 di bawah:

Page 77: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 28

Jadual 4: Skema Penggredan Kursus Teras Gred Markah Nilai Gred Status

A A-

80 - 100 75 - 79

4.00 3.67

Cemerlang

B+ B B-

70 - 74 65 - 69 60 - 64

3.33 3.00 2.67

Kepujian

C+ C C- D+ D

55 - 59 50 - 54 46 - 49 43 - 45 40 - 42

2.33 2.00 1.67 1.33 1.00

Lulus

F 0 - 39 0.00 Gagal

b. Skema Penggredan bagi kursus-kursus tertentu bergantung kepada keperluan program ditunjukkan di Jadual 5 di bawah:

Jadual 5: Skema Penggredan bagi Kursus-kursus Lain Gred Markah Nilai Gred Status

A A-

80 - 100 75 - 79

4.00 3.67

Cemerlang

B+ B B-

70 - 74 65 - 69 60 - 64

3.33 3.00 2.67

Kepujian

C+ C

55 - 59 50 - 54

2.33 2.00

Lulus

F 0 - 49 0.00 Gagal

4.2. Gred Tanpa Nilai

a. TL (Tidak Lengkap)

Gred ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang tidak berjaya melengkapkan penilaian akibat keadaan kesihatan dan sebab-sebab lain yang dibenarkan. Pelajar-pelajar dikehendaki melengkapkan penilaian kursus mengikut keputusan Senat.

b. SM (Sedang Maju)

Gred yang diberikan kepada sesuatu kursus yang mana penilaiannya memerlukan lebih daripda satu semester untuk dilengkapkan. Contoh

Page 78: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 29

kursus adalah Projek Penyelidikan dan Latihan Industri.

c. TD (Tarik Diri)

Gred yang diberikan kepada kursus-kursus yang telah digugurkan pendaftarannya selepas minggu keempat semester (antara minggu 5 – 9).

d. PC (Pengecualian)

Gred yang diberikan kepada kursus-kursus yang telah diberikan pengecualian kredit.

4.3. Sistem Penilaian dan Purata Nilai Gred

a. Semua kursus akan diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

b. Pengiraan PNGS dan PNGK akan mengambilkira Gred F.

c. Gred bagi kursus yang diulang akan menggantikan gred asal di dalam pengiraan PNGK.]

d. Pelajar-pelajar dibenarkan mengulang kursus-kursus bagi tujuan memperbaiki gred. Gred terbaik akan diambikira dalam pengiraan PNGK. Walau bagaimanapun, latihan industri dikecualikan dalam peruntukan ini.

e. Kursus-kursus yang digredkan sebagai F (Gagal) perlu diulang segera apabila kursus-kursus berikut ditawarkan pada semester berikutnya. Peraturan berkaitan kehadiran dan keperluan-keperluan lain adalah kekal.

f. Pengiraan PNGS dan PNGK adalah seperti yang berikut:

i. Purata Nilai Gred Semester (PNGS)

PNGS = Jumlah Nilai Gred Dalam Satu Semester

Jumlah Jam Kredit Dalam Semester Yang Sama

Page 79: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 30

Contoh : Semester I

Kod Kursus

Gred Nilai Gred Jam Kredit

(Nilai Gred) X (Jam Kredit) setiap kursus

LBIL0023 A 4.00 3 12.00 TCS1013 C 2.00 3 6.00 TMT1033 B+ 3.33 3 9.99 TCS1063 D 1.00 3 3.00 Jumlah : 15 40.98

PNGS = 40.98 = 2.73

15

ii. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

PNGK Semester = Jumlah Nilai Gred Terkumpul Untuk Semua Semester

Jumlah Jam Kredit Terkumpul

Contoh : Semester I

Kod Kursus

Gred Nilai Gred Jam Kredit

(Nilai Gred) X (Jam Kredit) setiap kursus

LBIL0023 A 4.00 3 12.00 TCS1013 C 2.00 3 6.00 TMT1033 B+ 3.33 3 9.99 TCS1063 D 1.00 3 3.00 Jumlah : 15 40.98

Semester II

Kod Kursus

Gred Nilai Gred Jam Kredit

(Nilai Gred) X (Jam Kredit) setiap kursus

TCN1013 B 3.00 3 9.00 TCT1024 B+ 3.33 4 13.32 TCS1044 A 4.00 4 16.00 TMT1023 A 4.00 3 12.00 UCS1183 C+ 2.33 3 6.99 Jumlah : 17 57.31

Page 80: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 31

Jumlah jam kredit terkumpul = 32 Jumlah nilai gred terkumpul = 98.29 PNGK = 98.29 = 3.07

32

4.4. Status Akademik

a. Kedudukan Baik (KB)

Seseorang pelajar diberi status Kedudukan Baik (KB) dan dibenarkan meneruskan pengajian jika mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 dan lulus semua kursus pada semester tertentu.

b. Kedudukan Baik Mengulang Kursus Gagal atau Tidak Lengkap (KBMP)

Seseorang pelajar diberi status KBMP jika memperolehi PNGK minimum 2.00 tetapi mempunyai kursus yang masih gagal (F) atau tidak lengkap (TL).

c. Kedudukan Bersyarat (KS)

Seseorang pelajar diberi status KS apabila memperolehi PNGK di antara 1.00 – 1.99.

d. Kedudukan Bersyarat Mengulang Kursus Gagal dan Tidak Lengkap (KSMP)

Seseorang pelajar diberi status KSMP apabila memperolehi PNGK di antara 1.00 – 1.99 dan Gagal (F) atau Tidak Lengkap (TL) dalam kursus tertentu.

e. Gagal dan Diberhentikan (GB)

Seseorang pelajar berada pada status Gagal dan diberhentikan (GB) apabila memperolehi PNGK kurang daripada 1.00 pada mana-mana semester pengajian. Pelajar juga dianggap gagal jika memperolehi status KS atau KSMP sebanyak tiga (3) kali berturut-turut (iaitu PNGK di antara 1.00 – 1.99 untuk tiga (3) semester berturut-turut.

Page 81: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 32

5. SALAHLAKU AKADEMIK

Pihak kolej memandang serius terhadap kes salahlaku akademik. Sekiranya berlaku mana-mana keadaan seperti yang disenarai di bawah, perlakuan ini dianggap sebagai salahlaku Akademik.

a. Tidak memberi atau memalsukan maklumat berkaitan kelayakan kemasukan, kelayakan pengecualian awal (advanced standing), penilaian yang masih tertangguh atau cuti. Ini termasuk juga memalsukan maklumat dengan tujuan untuk mendapat pertimbangan khas seperti penundaan atau pengecualian daripada kerja;

b. Menjadi sebahagian daripada pihak yang mempunyai tujuan untuk melanggar atau mengelak peraturan-peraturan Kolej;

c. Menjadi sebahagian daripada pihak yang mengatur seseorang mewakili calon sebenar menduduki peperiksaan;

d. Melaksana atau bertindak dengan tingkah laku atau tatacara yang mungkin akan menjejaskan peluang calon lain;

e. Meminta individu lain menyiapkan tugasan tetapi mengaku sebagai hasil kerja mereka sendiri;

f. Membentangkan data laporan amali, projek dan sebagainya berdasarkan kepada hasil kerja pelajar lain yang telah diubahsuai, disalin atau diperolehi dengan cara yang salah;

g. Menggunakan sebarang bentuk amalan yang tidak adil atau tidak jujur dalam peperiksaan termasuk percubaan melanggar peraturan peperiksaan Kolej, sebarang percaturan dengan orang lain untuk berbuat demikian atau sebarang hasutan kepada orang lain untuk berbuat demikian;

h. Meniru hasil kerja pelajar lain;

i. Plagiat termasuk:

i. Menyalin perkataan-perkataan daripada ayat atau perenggan dari satu atau lebih sumber yang merupakan hasil kerja atau data orang lain (termasuk buku, artikel, tesis, kerja-kerja yang tidak diterbitkan,

Page 82: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 33

kertas kerja, seminar dan kertas persidangan, laporan dalaman, nota kuliah, pita atau karya seni kreatif) tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya;

ii. Menghasilkan parafrasa ayat, perenggan atau tema yang sangat mirip;

iii. Menggunakan idea, hasil kerja atau data kajiselidik tanpa memberi pengiktirafan kepada pemilik asal;

iv. Menyerahkan kerja yang telah dihasilkan oleh orang lain seolah-olah ianya adalah kerja sendiri;

v. Menyerahkan hasilkerja kumpulan sebagai karya individu. Bagi kes di mana projek-projek dikendalikan secara bersama, pelajar mewakili setiap individu daripada kumpulan tersebut tetapi tidak menyatakan dengan sebenarnya sumbangan mereka yang sepatutnya dikenalpasti.

vi. Apa-apa bahan yang sama atau yang hampir sama dengan bahan yang telah dikemukakan oleh pelajar yang sama bagi tujuan penilaian projek atau kajian lain sebelum ini (plagiat sendiri).

6. RAYUAN

Pihak Kolej memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengemukakan rayuan ke atas sebarang keputusan yang melibatkan keputusan peperiksaan akademik dan salahlaku peperiksaan. Rayuan perlu dibuat secara bertulis dan dimajukan kepada pegawai yang bertanggungjawab berdasarkan jenis rayuan yang dipohon.

Pelajar-pelajar boleh membuat rayuan ke atas sebarang keputusan akademik seperti yang dinyatakan di bawah:

a. Semakan Semula (Pemeriksaan Semula)

i. Pelajar-pelajar yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan untuk semakan semula atau pemeriksaan semula keputusan peperiksaan.

ii. Rayuan perlu dikemukakan kepada Jabatan Peperiksaan dalam

Page 83: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 34

tempoh dua (2) minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan dengan mengisi borang Permohonan Semakan Semula.

iii. Borang permohonan yang telah lengkap mestilah dihantar ke Jabatan Peperiksaan dengan menyertakan resit bayaran yuran semakan semula berjumlah RM80.00 bagi setiap kursus. Bayaran ini tidak boleh dituntut balik.

iv. Semasa proses semakan semula, skrip jawapan pelajar akan disemak semula oleh Panel Pemeriksa bagi memastikan skrip jawapan diperiksa dengan betul dan markah diberikan secara tepat.

v. Jawatankuasa Akademik peringkat Kolej akan membincang, seterusnya menyemak keputusan pemarkahan semula sebelum dikemukakan kepada Senat untuk pengesahan dan kelulusan. Setiap keputusan yang disahkan oleh Senat dianggap muktamad dan tidak sebarang rayuan susulan yang akan dilayan.

b. Status Keputusan Peperiksaan Khas

i. Pelajar-pelajar juga boleh mengemukakan rayuan untuk menukar status Peperiksaan Khas dengan menghantar permohonan bertulis kepada Jabatan Peperiksaan.

ii. Rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

iii. Jawatankuasa Akademik akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang permohonan ini sebelum dikemukakan kepada Senat untuk pengesahan dan kelulusan.

c. Kemasukan Semula Setelah Gagal Mendaftar

i. Pihak Kolej memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengemukakan rayuan terhadap permohonan kemasukan. Pelajar-pelajar boleh memohon kepada Jawatankuasa Rayuan untuk kemasukan semula setelah gagal menghadiri kuliah untuk tempoh tiga (3) semester berturut-turut.

ii. Pelajar-pelajar di dalam kategori ini boleh menghantar rayuan

Page 84: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 35

secara bertulis kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod serta menyatakan dengan jelas kes dan alasan rayuan dibuat.

iii. Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar melalui Pendaftar akan memanjangkan rayuan ini kepada Jawatankuasa Rayuan yang dipengerusikan oleh Presiden.

iv. Keputusan Jawatankuasa Rayuan kemudiannya akan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan disampaikan kepada pelajar yang berkenaan.

d. Meneruskan Pengajian Setelah Gagal Program Pengajian

i. Seseorang pelajar yang mendapat keputusan Gagal dan diberhentikan (GB) boleh mengemukakan rayuan untuk meneruskan pengajian.

ii. Rayuan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman keputusan peperiksaan dengan menyertakan bayaran yuran sebanyak RM 150.00. Bayaran ini tidak boleh dituntut semula.

iii. Rayuan akan dibawa ke Jawatankuasa Rayuan untuk kelulusan dan pengesahan.

iv. Sebarang rayuan semula susulan keputusan Jawatankuasa Rayuan tidak akan dilayan.

e. Keputusan Perbicaraan Salahlaku Peperiksaan

i. Pelajar-pelajar diberi tempoh tujuh (7) hari untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan perbicaraan kes salahlaku peperiksaan sebaik sahaja menerima keputusan berkenaan.

ii. Rayuan perlu dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar, yang akan merujukkannya kepada Jawatankuasa Rayuan untuk pertimbangan.

iii. Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad dan sebarang rayuan susulan tidak akan dilayan.

Page 85: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 36

f. Rayuan Ke Atas Keputusan Pemberhentian daripada Pengajian atau Buang daripada Kolej

i. Pelajar-pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan terhadap keputusan pemberhentian pengajian atau buang daripada kolej.

ii. Jawatankuasa Rayuan Kolej ditubuhkan sebagai tempat pelajar untuk mengemukan rayuan terakhir. Proses rayuan akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Rayuan dan keputusan akan dibuat olehnya, samada kekal dengan keputusan sedia ada iaitu pemberhentian atau penalti lain berdasarkan tahap kesalahan yang dilakukan.

iii. Pelajar-pelajar diberi tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh keputusan diterima untuk mengemukakan rayuan.

iv. Rayuan perlu dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada Jabatan Kemasukan dan Rekod, yang akan merujukkannya kepada Jawatankuasa Rayuan untuk pertimbangan.

v. Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad dan sebarang rayuan susulan tidak akan dilayan.

7. GRADUASI DAN ANUGERAH AKADEMIK

7.1. Borang Graduasi

Semua pelajar tahun akhir mesti melengkapkan ‘Clearance Form’ sebelum meninggalkan Kolej. Pelajar yang gagal berbuat demikian tidak akan dijemput ke Majlis Graduasi. Borang berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Kemasukan & Rekod Pelajar. Pelajar perlu menyerahkan borang yang lengkap diisi kepada Jabatan Kemasukan & Rekod Pelajar.

7.2. Penganugerahan Kelayakan

a. Keputusan dan pengesahan kelayakan akademik adalah di dalam bidang kuasa Senat sepenuhnya berdasarkan Peraturan Akademik yang telah ditetapkan.

b. Sijil dan Transkrip Akademik boleh diambil di Jabatan Peperiksaan selepas

Page 86: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 37

majlis graduasi diadakan.

7.3. Majlis Graduasi

a. Surat jemputan ke Majlis Graduasi yang mengandungi maklumat terperinci majlis serta persediaan yang berkaitan akan dihantar kepada pelajar melalui pos oleh Jabatan Kemasukan & Rekod Pelajar.

b. Pelajar-pelajar perlu memastikan alamat tetap tempat tinggal di dalam KLAS 2 adalah tepat dan terkini.

c. Perinciaan tentang Majlis Graduasi dan keperluan-keperluan yang berkaitan boleh diperolehi di laman web Kolej.

7.4. Anugerah

a. Kolej memperakui pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang cemerlang seperti berikut:

i. Senarai Presiden

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang melengkapkan sekurang-kurangnya 12 jam kredit dalam sesuatu semester dengan memperolehi pencapaian PNGS 3.50 dan mencapai gred A bagi kursus Pengkayaan Kompetensi Personal (PEC).

ii. Anugerah Industri

Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang pencapaiannya dalam projek akhir atau Latihan Industri. Anugerah terhad kepada seorang sahaja penerima di peringkat pengajian Diploma daripada Kumpulan Kolej PTPL.

iii. Anugerah Akademik

Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dari segi akademik pada setiap semester dan terhad kepada seorang bagi setiap program. Pelajar-pelajar ini adalah di kalangan mereka yang mendapat anugerah Senarai Presiden pada setiap semester.

Page 87: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 38

iv. Anugerah Mohd Shukri Yajid

Anugerah diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan / atau mempunyai sifat keusahawanan yang menyerlah. Anugerah terhad kepada seorang sahaja penerima di peringkat pengajian Diploma daripada Kumpulan Kolej PTPL.

v. Anugerah Emas Presiden

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada pelajar yang memperolehi pencapaian keseluruhan yang cemerlang di dalam kedua-dua aspek akademik dan kemahiran insaniah. Pelajar mesti memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 3.75 pada setiap semester pengajian. Anugerah terhad kepada seorang sahaja penerima di peringkat pengajian Diploma daripada Kumpulan Kolej PTPL.

7.5. Penilaian untuk Bergraduat

Pelajar-pelajar mestilah memenuhi semua syarat-syarat berikut untuk dikurniakan sijil atau diploma:

a. Mencapai PNGK minimum 2.00;

b. Memenuhi keperluan kredit untuk bergraduat;

c. Lulus semua kursus;

d. Lulus dengan minimum gred C untuk semua kursus Pengkayaan Kompetensi Personal (PEC) seperti yang dinyatakan di Klausa 7.3, Bahagian I.

7.6. Penganugerahan Sijil dan Diploma

Sijil atau diploma dianugerahkan kepada pelajar yang telah:

a. Memenuhi semua keperluan Peraturan Akademik.

b. Diperakui supaya diberikan Sijil atau Diploma yang berkenaan.

c. Menjelaskan segala bayaran yuran yang telah ditetapkan oleh

Page 88: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

K u m p u l a n K o l e j P T P L

Mukasurat 39

Kolej bagi program yang didaftar.

8. UMUM

Senat mempunyai kuasa untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan kepada mana-mana peruntukan di dalam Peraturan Akademik ini pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Page 89: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod

Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15

BUKU PERATURAN AM & AKADEMIK

Saya telah membaca serta memahami isi kandungan Buku Peraturan Am & Akademik yang diterbitkan oleh Kolej PTPL di laman webnya. Saya berjanji akan mematuhi semua panduan serta peraturan am dan akademik yang telah ditetapkan dalam Buku ini.

Saya faham Kolej PTPL berhak untuk menangguh atau menamatkan pengajian sekiranya saya melanggari mana-mana peraturan yang ditetapkan tanpa perlu memulangkan semula mana-mana yuran pengajian yang telah dibayar kepada pihak Kolej PTPL.

Nama Pelajar :__________________________________________ No. Matrik Pelajar :__________________________________________ Tandatangan Pelajar :__________________________________________ Tarikh :__________________________________________

Nama Saksi :__________________________________________ Tandatangan Saksi :__________________________________________ Tarikh :__________________________________________

Page 90: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod
Page 91: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod
Page 92: Buku Peraturan Am dan Akademik Pelajar Sesi 2014/15 · PDF filetahun. b. Setiap pelajar yang ... Menjalankan Kursus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidkan ... kesihatan. 4.5 Rekod