undang-undang malaysia - pidm.gov.my · pdf filedalam akta ini pada kos minimum kepada sistem...

109
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Upload: lambao

Post on 02-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 1

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

Akta 642

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSITMALAYSIA 2005

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia2 AKTA 642

Tarikh Persetujuan Diraja … … 2 Ogos 2005

Tarikh diterbitkan dalam Warta … 11 Ogos 2005

Hakcipta Pencetak H

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yangdilantik).

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 3

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Bab 1

Penubuhan

3. Penubuhan Perbadanan

4. Objektif Perbadanan

5. Meterai perbadanan dan meterai faksimile

6. Penyempurnaan dokumen

7. Penubuhan jawatankuasa

8. Pejabat Perbadanan

9. Kuasa untuk melantik Wakil dan ejen

10. Penubuhan subsidiari

Bab 2

Lembaga Pengarah

11. Tugas dan komposisi

12. Lembaga boleh membuat undang-undang kecil

13. Tempoh jawatan pengarah

14. Kehilangan kelayakan dan penamatan pengarah Lembaga

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 642

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSITMALAYSIA 2005

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia4 AKTA 642

Seksyen

15. Tindakan dan prosiding Lembaga tidak terjejas oleh kekosongan, dsb.

16. Saraan dan elaun bagi pengarah

17. Tugas pengarah

18. Mesyuarat

Bab 3

Ketua Pegawai Eksekutif

19. Pelantikan, fungsi dan kebertanggungjawaban

20. Terma dan syarat perkhidmatan

Bab 4

Pegawai dan pekerja

21. Pelantikan, terma dan syarat perkhidmatan

22. Bantuan kewangan kepada pegawai, pekerja dan orang lain

Bab 5

Tugas dan kuasa

23. Sekatan menyiasat secara khusus hal ehwal pelanggan tertentu

24. Kerahsiaan

25. Kuasa Perbadanan

26. Pemerolehan dan pelupusan melibatkan Perbadanan

27. Kuasa untuk melantik konservator dan konservator tambahan, dsb.

28. Hak untuk melupus dan mengekalkan nilai harta

BAHAGIAN III

KEWANGAN

29. Kumpulan wang dan sumber kumpulan wang

30. Peminjaman wang kepada Perbadanan

31. Pelaburan dibenarkan

32. Tahun kewangan

33. Kehendak bagi menyimpan buku, rekod, akaun atau dokumen lain

34. Juruaudit

35. Penyata kewangan dan laporan tahunan

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 5

BAHAGIAN IV

INSURANS DEPOSIT

Bab 1

Keanggotaan, pembatalan dan penamatan

Seksyen

36. Takrif

37. Keanggotaan disifatkan

38. Terma dan syarat keanggotaan

39. Pembatalan keanggotaan

40. Penamatan keanggotaan

41. Kesan pembatalan atau penamatan

Bab 2

Premium

42. Premium pertama

43. Premium tahunan

44. Pengiraan premium tahunan

45. Tiada tolakan atas bayaran premium

46. Surcaj premium

47. Caj lampau tempoh

48. Peraturan-peraturan premium

Bab 3

Skop perlindungan

49. Skop perlindungan

50. Deposit dengan institusi bergabung, dsb.

51. Deposit institusi anggota diperoleh oleh institusi bukan anggota

52. Deposit disifatkan

53. Bukan sebahagian deposit

Bab 4

Bayaran

54. Bayaran

55. Bayaran wajib

56. Bayaran budi bicara

57. Bayaran pendahuluan

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia6 AKTA 642

Seksyen

58. Tarikh mengira liabiliti

59. Bagaimana pulangan atau faedah atas deposit dikira bagi bayaran wajib

60. Perbadanan boleh membayar pulangan atau faedah atas bayaran wajib

61. Bagaimana pulangan atau faedah atas deposit dikira bagi bayaran budibicara

62. Pulangan atau faedah atas deposit berkaitan indeks

63. Pelepasan liabiliti

64. Subrogasi

65. Penyerahhakan

66. Batasan masa bagi tuntutan

BAHAGIAN V

PEMERIKSAAN INSTITUSI ANGGOTA

67. Bank Negara Malaysia menyediakan maklumat

68. Pemeriksaan

69. Pemeriksaan khas

BAHAGIAN VI

TINDAKAN OLEH PERBADANAN

70. Pemberitahuan mengenai tidak berdaya maju

71. Kuasa Perbadanan dalam hal institusi anggota tidak berdaya maju

72. Penyelesaian ketetapan

73. Penubuhan Jawatankuasa Pentaksir

74. Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalan di bawahperenggan 71(1)(c)

75. Kuasa mengurangkan modal syer dan membatalkan syer institusianggota di bawah perenggan 71(1)(c)

76. Penggantungan prosiding

77. Pelanjutan masa

78. Perjanjian diatasi bagi maksud perenggan 71(1)(c)

79. Perbekalan dan pendahuluan lanjutan

80. Perjanjian atau transaksi kewangan

81. Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah perenggan 71(1)(c)dan (d)

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 7

Seksyen

82. Keutamaan bayaran dalam hal penggulungan institusi anggota

83. Pemakaian Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau AktaBank Islam 1983

BAHAGIAN VII

KESALAHAN

84. Pengemukaan diri sebagai institusi anggota

85. Pernyataan palsu

86. Kegagalan memberi maklumat, dsb.

87. Kesalahan am

88. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau bukan perbadanan atauoleh pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

89. Kuasa Perbadanan untuk mengkompaun kesalahan

90. Mahkamah boleh memerintahkan pematuhan

91. Hukuman kewangan tambahan

92. Perintah pematuhan atau penyekatan

93. Mendapatkan balik denda

BAHAGIAN VIII

PERUNTUKAN AM

94. Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan

95. Pengemukaan maklumat kepada Bank Negara Malaysia

96. Pengiktirafan kehakiman

97. Penggulungan Perbadanan

98. Imuniti

99. Pemakaian dan ketidakpakaian Akta lain

100. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah,undang-undang kecil, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota

JADUAL

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005
Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhanPerbadanan Insurans Deposit Malaysia bagi mentadbir sisteminsurans deposit di bawah Akta ini dan bagi perkara yangbersampingan atau berkaitan dengannya.

[ ]

BAHAWASANYA kestabilan sistem kewangan adalah kunci pemutuspembangunan dan kemakmuran ekonomi Malaysia:

DAN BAHAWASANYA sistem insurans deposit adalah suatu komponenpenting bagi jaring keselamatan kewangan kerana ia menggalakdan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan:

DAN BAHAWASANYA maksud sistem insurans deposit adalah untukmelindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemuadeposit mereka dalam hal keadaan kegagalan sesuatu institusianggota dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia untuk ditubuhkandi bawah Akta ini bagi menjalankan fungsi yang dimandatkandengan cepat dan berkesan dan menggalakkan pengurusan risikoyang kukuh dalam sistem kewangan:

DAN BAHAWASANYA peruntukan khusus diperlukan demi kepentinganorang awam bagi memberi kuasa kepada Perbadanan untukmelaksanakan dengan segera tindakan ketetapan yang dinyatakandalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 642

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSITMALAYSIA 2005

9

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia10 AKTA 642

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan InsuransDeposit Malaysia 2005.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteriboleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanyaperuntukan yang berlainan Akta ini.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“aset” termasuklah apa-apa kemudahan pembiayaan Islam,kemudahan kredit konvensional, harta, perniagaan dan perusahaandalam apa-apa jenis;

“aset Islam” ertinya suatu aset yang diurus atau dimiliki melaluisuatu perniagaan perbankan Islam atau perniagaan kewanganIslam;

“aset konvensional” ertinya suatu aset selain aset Islam;

“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yangditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958[Akta 519];

“berkaitan”, berhubung dengan suatu perbadanan, ertinya berkaitanmengikut pengertian seksyen 6 Akta Syarikat 1965[Akta 125];

“bersekutu” ertinya suatu perbadanan yang tidak kurang daripadadua puluh peratus dan tidak lebih daripada lima puluh peratusdaripada syer perbadanan itu dipegang oleh perbadanan lain,perbadanan yang mula-mula disebut itu adalah menjadi suatuperbadanan bersekutu kepada perbadanan yang lain itu;

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 11

“cagaran” termasuklah suatu gadai janji atau gadaian, sama adadi sisi undang-undang atau ekuiti, debentur, bil pertukaran, notajanji hutang, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar ataukonstruktif, surat hipotekasi, tanggung rugi, aku janji dan cara lainuntuk menjamin pembayaran atau pelepasan hutang atau liabiliti,sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau samaada terletak hak atau kontingen;

“deposit” ertinya—

(a) suatu deposit konvensional; atau

(b) suatu deposit Islam;

“deposit diinsuranskan” ertinya deposit yang secara berasingandiinsuranskan sebagai deposit Islam atau deposit konvensionalmenurut seksyen 49;

“deposit Islam” ertinya suatu jumlah wang atau nilai wang yangditerima atau dibayar menurut terma oleh mana-mana orang, yangpenerimaan dan pembayaran balik hendaklah mengikut termamana-mana perjanjian yang selaras dengan Syariah atas apa-apaasas termasuk jagaan atau perkongsian keuntungan;

“deposit konvensional” ertinya deposit sebagaimana yangditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Bank dan Institusi-InstitusiKewangan 1989 [Akta 372] dan tidak termasuk suatu depositIslam;

“depositori pusat” mempunyai erti yang sama sebagaimanayang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Perindustrian Sekuriti(Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];

“ditentukan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan darisemasa ke semasa secara bertulis;

“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan darisemasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“dokumen” mempunyai erti yang sama sebagaimana yangditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu pertubuhan,perbadanan atau bukan perbadanan, ertinya statut, piagam,memorandum persatuan, perkara persatuan, kaedah-kaedah,

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia12 AKTA 642

undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain,yang di bawahnya atau dengannya pertubuhan itu diperbadankanatau ditubuhkan, atau struktur pengelolaan dan pentadbirannya,bidang fungsi, urusan, kuasa atau tugasnya yang dinyatakan, samaada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

“ejen depositori yang dibenarkan” mempunyai erti yang samasebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta PerindustrianSekuriti (Depositori Pusat) 1991;

“kumpulan perniagaan” ertinya suatu kumpulan syarikat yangsesuatu institusi anggota itu adalah berkaitan atau bersekutudengan syarikat lain dalam kumpulan yang sama;

“Gabenor” ertinya Gabenor Bank Negara Malaysia;

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—

(a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalamtindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masasekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta,atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakanbagi memindahhakkan, menyerahhakkan, memperuntukkan,menyerahkan, atau selainnya memindahkan ataumelupuskan harta jika orang yang menyempurnakandokumen pemindahhakan itu adalah tuan punya ataupemilik, atau jika di dalamnya dia berhak mendapatsuatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan atausebahagian kepentingan itu;

(c) apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur,bon, pinjaman saham, hak langganan atau waran bolehdipindah milik;

(d) apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa notabank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen,bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuandeposit boleh niaga;

(e) apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisiundang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran,sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atauresit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain yang

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 13

menjaminkan pembayaran atau pelepasan suatu hutangatau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau padamasa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;dan

(f) apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;

“institusi kewangan” ertinya suatu bank berlesen atau syarikatkewangan berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen2 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau suatubank Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];

“institusi anggota” ertinya mana-mana institusi kewangan yangdisifatkan sebagai institusi anggota di bawah seksyen 37 yangkeanggotaannya tidak dibatalkan di bawah seksyen 39 atau ditamatkandi bawah seksyen 40;

“Jawatankuasa Pentaksir” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah seksyen 73;

“kemudahan kredit konvensional” ertinya—

(a) pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kreditperdagangan atau kemudahan lain dalam apa-apa juabentuk atau dengan apa-apa jua nama di mana orangyang kepadanya pendahuluan, pinjaman, kredit perdaganganatau kemudahan lain telah diberikan mempunyai akses,secara langsung atau tidak langsung, kepada kumpulanwang atau harta orang yang memberinya;

(b) pemberian suatu jaminan atau apa-apa cagaran berhubungdengan kewajipan mana-mana orang; atau

(c) apa-apa urus niaga atau transaksi seumpama itusebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan;

“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu perbadanan, ertinyaseseorang orang sebenar, tidak kira dengan apa jua nama, yang,sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang ataulebih, bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa pengarah, bagipenjalanan urusan dan pentadbiran perbadanan itu;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya ketua eksekutif Perbadanan;

“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang DisatukanPersekutuan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan;

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia14 AKTA 642

“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Perbadanan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi kewangan;

“meterai faksimile” ertinya pendua kepada meterai biasaPerbadanan;

“orang terjejas” ertinya—

(a) mana-mana syarikat yang mempunyai tugas atau liabilitidi bawah suatu kemudahan pembiayaan Islam ataukemudahan kredit konvensional kepada Perbadanan ataumana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masasekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen;

(b) mana-mana subsidiari syarikat yang disebut dalamperenggan (a);

(c) mana-mana syarikat yang telah menyediakan jaminanbagi pelaksanaan atau penunaian suatu tugas atau liabilitiyang terhutang oleh mana-mana orang kepada Perbadananatau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada padamasa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama adaterletak hak atau kontingen; atau

(d) mana-mana syarikat yang sekurang-kurangnya lima peratusdaripada modal syernya telah digadaikan, disandarkanatau digadaijanjikan oleh mana-mana orang untuk menjaminpelaksanaan atau pelepasan suatu tugas atau liabilitiyang terhutang oleh mana-mana orang kepada Perbadananatau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada padamasa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama adaterletak hak atau kontingen;

“orang terjejas utama” ertinya mana-mana syarikat yang disebutdalam perenggan (a) takrif “orang terjejas”;

“pegawai”, berhubung dengan suatu institusi anggota atauseseorang orang terjejas, ertinya pegawai sebagaimana yangditakrifkan di bawah seksyen 4 Akta Syarikat 1965 dan, sebagaitambahan kepadanya, termasuklah seorang yang dilantik di bawahperenggan 71(1)(c) untuk mengambil alih kawalan ke atas suatuinstitusi anggota atau seorang penerima, pengurus, penerima danpengurus atau pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah;

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 15

“pejabat” termasuklah ibu pejabat, tempat utama perniagaan,cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaanyang diadakan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhadsahaja dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;

“kemudahan pembiayaan Islam” ertinya—

(a) pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kreditperdagangan atau kemudahan lain dalam apa-apa juabentuk atau dengan apa-apa jua nama di mana orangyang kepadanya pendahuluan, pinjaman, kredit perdaganganatau kemudahan lain telah diberikan mempunyai akses,secara langsung atau tidak langsung, kepada kumpulanwang atau harta orang yang memberinya dan hendaklahtermasuk, tanpa batasan, apa-apa perkiraan jualan danbelian balik, perkiraan usaha sama, jualan penangguhanbayaran, perkiraan perkongsian pulangan dan apa-apaperkiraan pembiayaan lain yang dibuat mengikut Syariah;

(b) sewa beli, sewa dan beli, pemajakan, pemfaktoran,perdagangan hutang dan urus niaga atau transaksi yangseumpamanya;

(c) pemberian suatu jaminan atau apa-apa cagaran berhubungdengan kewajipan mana-mana orang; atau

(d) apa-apa urus niaga atau transaksi seumpama itusebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan;

“pendaftar kapal Malaysia” ertinya pendaftar kapal Malaysiayang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan PerkapalanSaudagar 1952 [Ord. 70/1952] dan termasuklah Pendaftar BesarKapal yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan itu;

“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat yang telahditetapkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Syarikat 1965;

“pendaftar mahkamah” ertinya mana-mana Pendaftar, TimbalanPendaftar, Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong PendaftarMahkamah Tinggi yang dilantik di bawah seksyen 10 Akta MahkamahKehakiman 1964 [Akta 91];

“Pendaftar tanah” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkandi bawah seksyen 5 Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], Pendaftarsebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 4 Ordinan Tanah

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia16 AKTA 642

Sabah [Sabah Bab 68] atau Pendaftar di bawah Kanun TanahSarawak [Sarawak Bab 81], mengikut mana-mana yangberkenaan;

“pendeposit” ertinya seorang—

(a) yang akaunnya telah atau akan dikreditkan berkenaandengan wang yang menjadi suatu deposit Islam ataudeposit konvensional atau sebahagian daripada deposititu; atau

(b) kepadanya suatu institusi anggota bertanggungan berkenaandengan suatu surat cara yang dikeluarkan bagi wangyang menjadi suatu deposit Islam atau deposit konvensionalatau sebahagian daripada deposit itu;

“Pengerusi” ertinya pengerusi Lembaga;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Insurans Deposit Malaysiayang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“perbadanan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yangditakrifkan di bawah seksyen 4 Akta Syarikat 1965;

“perniagaan kewangan Islam” ertinya mana-mana perniagaankewangan yang tujuan dan operasinya tidak melibatkan apa-apaunsur yang tidak dibenarkan oleh agama Islam;

“perniagaan perbankan Islam” mempunyai erti yang samasebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta BankIslam 1983;

“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungandan dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi dan hadiah, yangkena dibayar atau hendak diberikan berhubung dengan apa-apadeposit Islam, atau mana-mana dokumen, perjanjian, perkiraandan surat cara yang berkaitan dengan suatu kemudahan pembiayaanIslam;

“sekuriti” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkandi bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];

“surat cara modal” ertinya syer keutamaan, pinjaman saham,hutang berjangka subordinat atau surat cara lain yang diluluskanoleh Bank Negara Malaysia sebagai layak untuk menjadi kumpulanwang modal bagi maksud Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan1989 dan Akta Bank Islam 1983;

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 17

“syarikat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkandi bawah seksyen 4 Akta Syarikat 1965;

“syer” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkandi bawah seksyen 4 Akta Syarikat 1965;

“subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yangditakrifkan di bawah seksyen 5 Akta Syarikat 1965;

“tahun taksiran”, berhubung dengan pengiraan dan pembayaranpremium di bawah Akta ini, ertinya, tempoh yang bermula padahari pertama bulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satuDisember setiap tahun atau apa-apa tempoh lain yang diluluskanoleh Menteri;

“liabiliti” termasuklah hutang, kewajipan dan obligasi daripadatiap-tiap jenis, sama ada pada masa sekarang atau pada masahadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen.

(2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yanglain, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai mana-manakaedah, peraturan, undang-undang kecil, perintah, pemberitahuan,garis panduan, pekeliling, nota atau mana-mana perundangansubsidiari lain yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini.

BAHAGIAN II

PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Bab 1

Penubuhan

Penubuhan Perbadanan

3. Maka dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanandengan nama “Perbadanan Insurans Deposit Malaysia” yang kekalturun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, danboleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namaperbadanannya.

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia18 AKTA 642

Objektif Perbadanan

4. (1) Objektif Perbadanan adalah bagi—

(a) mentadbir suatu sistem insurans deposit di bawah Aktaini;

(b) memperuntukkan insurans terhadap kehilangan sebahagianatau kesemua deposit sesuatu institusi anggota;

(c) memperuntukkan insentif untuk pengurusan risiko wajardalam sistem kewangan; dan

(d) menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistemkewangan.

(2) Dalam mencapai objektifnya di bawah perenggan (1)(b)dan (d), Perbadanan hendaklah bertindak dalam apa-apa cara bagimeminimumkan kos kepada sistem kewangan.

Meterai perbadanan dan meterai faksimile

5. (1) Meterai perbadanan dan meterai faksimile Perbadananboleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah ataudibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2) Lembaga boleh mengadakan suatu meterai faksimile danboleh membenarkan tandatangan mana-mana pengarah dan setiausahadibuat melalui cetakan atau cara mekanikal yang lain.

(3) Meterai perbadanan hendaklah digunakan dengan kebenaranLembaga dan tiap-tiap surat cara yang meterai perbadanan itudicapkan hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah danhendaklah ditandatangan balas oleh setiausaha atau oleh seorangpengarah kedua atau oleh seorang lain yang dilantik oleh Lembaga,dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupasebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu, disahkansebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagaitelah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(4) Tiap-tiap surat cara yang meterai faksimile dicapkan danditandatangani oleh seorang pengarah dan setiausaha melaluicetakan atau cara mekanikal lain hendaklah mempunyai kuasayang sama dan sah seolah-olah meterai perbadanan itu telahdicapkan atas surat cara demikian dan surat cara itu telahditandatangani mengikut subseksyen (3).

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 19

(5) Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secarakehakiman hendaklah mengambil pengiktirafan kehakiman terhadapmeterai perbadanan dan meterai faksimile.

(6) Meterai perbadanan dan meterai faksimile hendaklah disimpandalam jagaan setiausaha atau seorang yang lain sebagaimanadibenarkan oleh Lembaga.

Penyempurnaan dokumen

6. Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakanoleh seorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidakdikehendaki untuk berada di bawah meterai boleh dengan carayang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan apa-apa dokumenatau surat cara itu bolehlah disempurnakan bagi pihak Perbadananoleh mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa bagipihaknya oleh Lembaga secara am atau khusus.

Penubuhan jawatankuasa

7. Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasasebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untukmelaksanakan fungsinya.

Pejabat Perbadanan

8. Perbadanan boleh, di dalam atau di luar Malaysia, menubuhkanmana-mana pejabat sebagaimana yang difikirkannya perlu atausuai manfaat untuk melaksanakan fungsinya.

Kuasa untuk melantik Wakil dan ejen

9. (1) Perbadanan boleh, melalui surat cara di bawah meteraiperbadanannya, melantik seseorang sama ada di Malaysia atau disuatu tempat di luar Malaysia untuk menjadi Wakilnya, dan orangyang dilantik itu boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukanapa-apa tindakan atau menyempurnakan apa-apa kuasa atau fungsiyang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan ataumenyempurnakan.

(2) Perbadanan boleh, di dalam atau di luar Malaysia, melantikmana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk melaksanakan apa-apa tindakan bagi pihak Perbadanan.

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia20 AKTA 642

Penubuhan subsidiari

10. (1) Bagi maksud menjalankan fungsi, kuasa dan tugasnyadi bawah Akta ini, Perbadanan boleh menubuhkan subsidiarisedemikian sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat.

(2) Mana-mana subsidiari Perbadanan yang ditetapkan olehnyahendaklah mempunyai kuasa dan imuniti Perbadanan, termasukkuasa dan imuniti yang diperuntukkan dalam seksyen 25, 26, 27,28, perenggan 71(1)(b), Jadual Kedua, Ketiga dan Keempatsebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.

Bab 2

Lembaga Pengarah

Tugas dan komposisi

11. (1) Maka hendaklah ada suatu lembaga pengarah yang hendaklahbertanggungjawab bagi penjalanan urusan dan hal ehwal Perbadanandan hendaklah menjalankan segala kuasa dan melakukan segalatindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Perbadanan.

(2) Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut:

(a) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri yanghendaklah mempunyai pengalaman dalam sektor swastaberkaitan;

(b) Gabenor;

(c) Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

(d) seorang pengarah yang dilantik oleh Menteri daripadasektor awam; dan

(e) tidak lebih daripada tiga pengarah lain yang dilantik olehMenteri yang hendaklah mempunyai pengalaman dalamsektor swasta berkaitan dan sekurang-kurangnya seorangdaripada mereka hendaklah mempunyai pengalaman dalamsektor perbankan dan kewangan berkaitan.

(3) Tanpa menjejaskan subseksyen 18(2), tiada seorang pengarahpun dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e) layak untuk dilantiksebagai Pengerusi oleh Menteri.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 21

Lembaga boleh membuat undang-undang kecil

12. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, membuat apa-apaundang-undang kecil sebagaimana yang perlu atau suai manfaatberhubung dengan pentadbiran, pengurusan, kawalan, urusan, asetdan hal ehwal Perbadanan termasuk—

(a) fungsi, kuasa, tugas, saraan, faedah dan terma dan syaratperkhidmatan, tatakelakuan atau surcaj ke atas pegawai,pekerja dan ejen Perbadanan;

(b) percanggahan kepentingan berkenaan dengan pengarah,pegawai dan pekerja Perbadanan yang sedang berkhidmatdan pengarah, pegawai dan pekerja yang telahmeninggalkan perkhidmatan Perbadanan;

(c) pelantikan, terma rujukan dan aktiviti jawatankuasa yangditubuhkan oleh Perbadanan;

(d) kaedah-kaedah dan tatacara yang kena dipatuhi olehpengarah di mesyuarat Lembaga; atau

(e) apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untukdiperuntukkan di bawah undang-undang kecil dalamAkta ini.

(2) Undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen inihendaklah mengikat semua orang yang undang-undang kecil ituterpakai.

(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang kecilyang dibuat di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahandi bawah Akta ini.

Tempoh jawatan pengarah

13. (1) Pengarah yang dilantik oleh Menteri di bawahsubseksyen 11(2) hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempohyang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantiksemula.

(2) Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, masing-masinghendaklah menjadi pengarah sepanjang tempoh mereka memegangjawatan sebagai Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia22 AKTA 642

Kehilangan kelayakan dan penamatan pengarah Lembaga

14. (1) Tiada seorang pun boleh dilantik atau dikekalkan, sebagaiseorang pengarah Lembaga yang merupakan—

(a) seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat ataumana-mana Dewan Perundangan;

(b) seorang pegawai sesuatu institusi anggota; atau

(c) seorang ketua bahagian atau mana-mana orang yangmemegang mana-mana jawatan atau kedudukanseumpamanya, dalam sesuatu parti politik.

(2) Menteri boleh menamatkan atau menggantung pelantikanmana-mana pengarah jika—

(a) dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya menjaditidak berupaya untuk menjalankan tugasnya;

(b) telah dikenakan ke atas pengarah itu apa-apa bentuk sekatanatau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawahmana-mana undang-undang berhubung dengan pencegahanjenayah, atau tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayahatau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau buangnegeri atau imigresen;

(c) dia menjadi seorang bankrap, menggantung pembayaranatau mencapai persetujuan dengan pemiutangnya;

(d) dia telah dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah dibawah mana-mana undang-undang yang boleh dihukumpemenjaraan, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja,atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatudenda, dalam mana-mana mahkamah di dalam atau diluar Malaysia;

(e) dia bersalah kerana salah laku serius berhubung dengantugasnya di bawah Akta ini; atau

(f) dia tidak hadir, kecuali atas sebab cuti yang diberikanoleh Menteri dalam hal Pengerusi atau oleh Pengerusidalam hal semua pengarah lain, daripada dua mesyuaratLembaga dalam mana-mana tempoh dua belas bulan.

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 23

(3) Walau apa pun subseksyen (2), mana-mana pengarah yangdilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 11(2) boleh padabila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulistidak melebihi tiga puluh hari kepada Menteri.

Tindakan dan prosiding Lembaga tidak terjejas oleh kekosongan,dsb.

15. Lembaga boleh bertindak walau apa pun apa-apa kekosongandan prosidingnya tidak boleh menjadi tidak sah oleh—

(a) ketidakhadiran mana-mana pengarah;

(b) apa-apa kecacatan kemudiannya diketahui dalam pelantikanatau kelayakan mana-mana pengarah atau pembentukanLembaga;

(c) apa-apa peninggalan, kecacatan atau salah aturan dalampengadaan atau penjalanan sesuatu mesyuarat; atau

(d) kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorangpengarah Lembaga.

Saraan dan elaun bagi pengarah

16. Tiap-tiap pengarah yang menghadiri mana-mana mesyuaratLembaga hendaklah dibayar oleh Perbadanan apa-apa fi, saraandan elaun lain sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri, atassyor Lembaga.

Tugas pengarah

17. (1) Seorang pengarah Lembaga hendaklah, pada setiap masa,bertindak dengan jujur dan demi kepentingan Perbadanan danmenggunakan kebijaksanaan yang munasabah dalam menunaikantugas jawatannya.

(2) Seorang pengarah atau mana-mana orang yang pernah menjadiseorang pengarah tidaklah boleh—

(a) menggunakan secara tidak wajar apa-apa maklumat yangdiperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai seorangpengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidaklangsung, suatu faedah bagi dirinya atau bagi mana-manaorang lain; atau

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia24 AKTA 642

(b) melakukan, memperkatakan atau menyiarkan apa-apa yangboleh memudaratkan kepentingan Perbadanan.

Mesyuarat

18. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekerap yang diperlukantetapi tidak kurang daripada empat kali setahun.

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratLembaga dan semasa ketiadaannya, pengarah yang hadir hendaklahmemilih seorang pengerusi daripada kalangan pengarah dalamperenggan 11(2)(e) dan orang yang dipilih itu hendaklahmempengerusikan mesyuarat itu dan mempunyai segala kuasaPengerusi.

(3) Kuorum bagi mesyuarat Lembaga tidaklah boleh kurangdaripada empat orang pengarah, sekurang-kurangnya dua daripadanyaadalah terdiri daripada pengarah yang disebut dalam perenggan11(2)(b), (c) atau (d).

(4) Keputusan Lembaga hendaklah diambil secara undi lebihsuara pengarah yang hadir dan mengundi.

(5) Dalam hal suatu bilangan undi yang sama banyak, Pengerusihendaklah mempunyai suatu undi pemutus.

(6) Suatu ketetapan secara bertulis, ditandatangani oleh semuapengarah yang pada masa itu berhak untuk menerima notis suatumesyuarat pengarah, adalah sah dan berkesan seolah-olah ia telahdiluluskan di suatu mesyuarat pengarah yang sewajarnya diadakandan dijalankan dan apa-apa ketetapan boleh terdiri daripada beberapadokumen dalam bentuk serupa, setiap satunya ditandatangani olehseorang pengarah atau lebih.

(7) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusidaripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan videosecara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan perhubunganatau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalammana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu,pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, telahmemohon bagi kebenaran itu.

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 25

Bab 3

Ketua Pegawai Eksekutif

Pelantikan, fungsi dan kebertanggungjawaban

19. (1) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dilantik oleh Menteri,atas syor Lembaga.

(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab dalampentadbiran urusan dan hal ehwal harian Perbadanan.

(3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungan menjawabdan bertanggungan menerangkan kepada Lembaga bagi penjalanankuasanya dan pelaksanaan tugasnya.

(4) Semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Ketua PegawaiEksekutif, Lembaga boleh membenarkan seorang pegawai Perbadananuntuk melaksanakan tugas, fungsi dan tanggungjawab Ketua PegawaiEksekutif.

Terma dan syarat perkhidmatan

20. Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah—

(a) bagi maksud Bab 4, disifatkan sebagai seorang pegawaiatau pekerja Perbadanan dan tertakluk kepada terma dansyarat perkhidmatan; dan

(b) menikmati apa-apa pampasan dan apa-apa kemudahanlain yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Lembaga.

Bab 4

Pegawai dan pekerja

Pelantikan, terma dan syarat perkhidmatan

21. (1) Perbadanan boleh melantik mana-mana pegawai atau pekerjasebagaimana perlu untuk menjalankan urusan dan hal ehwalPerbadanan dan pegawai atau pekerja sedemikian hendaklahmemegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan,elaun dan faedah, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa termadan syarat perkhidmatan sebagaimana yang boleh diputuskan olehLembaga.

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia26 AKTA 642

(2) Seorang pegawai atau pekerja Perbadanan hendaklah, padasetiap masa, bertindak secara suci hati dan mematuhi apa-apakehendak, piawaian, tugas dan tatakelakuan termasuk surcajsebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil yangdibuat oleh Lembaga di bawah perenggan 12(1)(a).

(3) Perbadanan boleh, dengan kelulusan Lembaga, menubuhdan menyenggara suatu kumpulan wang pencen atau simpananbagi pegawai dan pekerjanya daripada wang Perbadanan.

Bantuan kewangan kepada pegawai, pekerja dan orang lain

22. Perbadanan boleh memperuntukkan—

(a) subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan Islam ataukemudahan kredit konvensional, dengan atau tanpapulangan atau faedah, bagi maksud perumahan, kenderaan,perubatan, dan pembiayaan atau pinjaman belas kasihanlain, kepada pegawai dan pekerjanya;

(b) kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kreditkonvensional, dengan atau tanpa pulangan atau faedah,bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada pegawaidan pekerjanya atau mana-mana orang lain; dan

(c) derma kepada mana-mana orang,

menurut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang bolehdiputuskan oleh Lembaga.

Bab 5

Tugas dan kuasa

Sekatan menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal pelanggantertentu

23. Tanpa menjejaskan kuasa penelitian, pemeriksaan, penyiasatan,siasatan atau ketetapan yang diberikan kepada Perbadanan, tiadaapa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(a) membenarkan Menteri untuk mengarahkan Perbadanan;atau

(b) membenarkan Perbadanan,

untuk menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal mana-manapelanggan suatu institusi anggota.

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 27

Kerahsiaan

24. (1) Tiada pengarah, pegawai, pekerja atau ejen Perbadanantermasuk seorang yang dilantik di bawah subseksyen 25(3) ataumana-mana orang yang kerana apa-apa jua sebab, mempunyaidengan apa-apa cara akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar,surat-menyurat atau apa-apa jua dokumen lain, bahan atau maklumatyang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal Perbadanan, BankNegara Malaysia, suatu institusi anggota atau seorang pelangganBank Negara Malaysia yang dia telah memperoleh semasapelaksanaan tugasnya atau penjalanan fungsinya, boleh memberi,mengemukakan, menzahirkan, menyiarkan, atau selainnyamendedahkan, kepada mana-mana orang, dokumen, bahan ataumaklumat demikian kecuali pendedahan itu diperlukan—

(a) di bawah mana-mana undang-undang;

(b) bagi pelaksanaan tugasnya atau penjalanan fungsinyadi bawah Akta ini; atau

(c) apabila dikehendaki berbuat demikian menurutundang-undang oleh mana-mana mahkamah.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa dokumen, bahanatau maklumat yang pada masa pendedahan itu adalah, ataupuntelah dijadikan, tersedia ada menurut undang-undang kepadaorang awam daripada apa-apa sumber.

(3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen, bahanatau maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan denganmelanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipunmendedahkan dokumen, bahan atau maklumat itu kepadamana-mana orang lain.

(4) Jika Perbadanan dalam masa penjalanan mana-mana kuasanya,atau penunaian mana-mana tugasnya atau fungsinya, di bawahAkta ini atau di bawah mana-mana jua undang-undang lain,mengesyaki mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahandi bawah Akta ini, atau mana-mana jua undang-undang lain, makaadalah sah di sisi undang-undang bagi Perbadanan untuk memberimaklumat mengenai pelakuan itu kepada seorang pegawai polis,atau menyampaikan mana-mana maklumat berhubung dengankesalahan itu kepada mana-mana institusi anggota atau orang lainyang terjejas oleh kesalahan itu atau kepada mana-mana pihak

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia28 AKTA 642

berkuasa lain atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasatdi bawah atau menguatkuasakan peruntukan undang-undang yangdi bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Perbadanan telah dilakukan.

(5) Subseksyen (4) hendaklah berkuat kuasa dan berkesansepenuhnya, walau apa pun apa-apa ketidakselarasan berkenaandengannya atau yang bertentangan dengannya, dalam Akta ini ataumana-mana undang-undang lain.

(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempohtidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Perbadanan

25. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai semua kuasa sebagaimanayang perlu untuk atau berkaitan dengan, atau semunasabahnyabersampingan dengan, bagi mencapai objektifnya, pelaksanaanfungsinya atau penunaian tugasnya.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), bagi maksudAkta ini, Perbadanan boleh melakukan semua perkara yang perluatau bersampingan dengan objektif Perbadanan dan terutama sekaliPerbadanan boleh—

(a) bagi maksud mengurangkan atau mengelakkan suatu risikokepada sistem kewangan atau suatu kerugian terancamkepada Perbadanan—

(i) memperoleh aset daripada suatu institusi anggota;

(ii) membuat pinjaman atau pendahuluan dengan atautanpa cagaran, atau jaminan dengan atau tanpacagaran apa-apa pinjaman atau pendahuluan yangdiperuntukkan, kepada suatu institusi anggota;

(iii) memperoleh, dengan cara cagaran atau selainnya,syer atau surat cara modal suatu institusi anggotadan memegang dan melupuskan syer atau surat caramodal itu; atau

(iv) membuat atau menjamin suatu deposit dengan suatuinstitusi anggota;

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 29

(b) memegang, melupus atau selainnya berurusan denganaset yang diperoleh daripada suatu institusi anggota;

(c) meminjam atau meningkatkan kumpulan wang mengikutapa-apa cara yang difikirkan patut oleh Perbadanan;

(d) memperoleh dan memegang apa-apa harta alih atau hartatak alih bagi kegunaannya sendiri dan melupuskan atauselainnya berurusan dengan harta demikian;

(e) menjamin, menanggung rugi atau menjadi bertanggunganbagi bayaran wang atau pelaksanaan apa-apa kewajipan;

(f) menggadai janji, menggadai atau mewujudkan suatulien untuk memastikan atau menjamin pelaksanaankewajipannya atau kewajipan mana-mana orang lain;

(g) membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana oranguntuk mencapai objektifnya atau berhubung denganpelaksanaan fungsinya termasuk suatu perjanjian perikatanstrategik dengan Bank Negara Malaysia;

(h) menyelesai atau mengkompromi apa-apa tuntutan olehatau terhadap Perbadanan; atau

(i) melakukan semua perkara lain yang perlu untukmenjalankan apa-apa kuasa Perbadanan.

(3) Perbadanan boleh, sama ada secara am atau dalammana-mana hal tertentu, melantik mana-mana orang yang bukanseorang pengarah, pegawai atau pekerja Perbadanan, untuk memberiapa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukan olehnya dalampenjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian tugasnya,di bawah Akta ini, atau untuk menjalankan, melaksanakan ataumenunaikan kuasa, fungsi atau tugas demikian sebagaimana yangditentukan oleh Perbadanan dan tertakluk kepada pengawasanLembaga bagi pihak dan atas nama Perbadanan.

Pemerolehan dan pelupusan melibatkan Perbadanan

26. (1) Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh memperoleh ataumelupuskan mana-mana aset—

(a) menurut peruntukan peletakhakan statutori yang dinyatakandalam Jadual Kedua; atau

(b) mengikut undang-undang am.

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia30 AKTA 642

(2) Suatu perakuan peletakhakan yang dikeluarkan mengikutJadual Kedua hendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalamJadual Kedua itu dan hendaklah mengikat mana-mana orang yangterjejas dengannya.

Kuasa untuk melantik konservator dan konservator tambahan,dsb.

27. (1) Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh melantik seorangkonservator untuk mentadbir seorang orang terjejas jika ia berpuashati bahawa—

(a) orang terjejas utama—

(i) tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupayauntuk membayar hutangnya; atau

(ii) tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupayauntuk memenuhi kewajipannya kepadapemiutangnya;

(b) kemandirian orang terjejas utama dan keseluruhan ataumana-mana bahagian asetnya sebagai usaha berterusanboleh tercapai;

(c) penghasilan yang lebih menguntungkan akan aset orangterjejas utama boleh dicapai selain suatu penggulungan;atau

(d) pelantikan itu boleh mencapai penghasilan yang lebihmenguntungkan atau suatu penyelesaian yang lebih cepatakan suatu tugas atau liabiliti yang terhutang olehmana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-manasubsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang ataupada masa hadapan, atau sama ada terletak hak ataukontingen.

(2) Perbadanan boleh melantik seorang atau lebih konservatorbagi orang terjejas.

(3) Perbadanan boleh pada bila-bila masa selepas pelantikanmana-mana konservator di bawah subseksyen (2) melantikkonservator tambahan dan boleh, pada bila-bila masa, menamatkanmana-mana konservator sedia ada dan melantik seorang konservatorbaru untuk menggantikannya.

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 31

(4) Tiada apa-apa dalam subseksyen (3) boleh digunakan untukmenamatkan pentadbiran mana-mana orang terjejas melainkanditamatkan oleh Perbadanan di bawah Jadual Ketiga.

(5) Apa-apa keputusan Perbadanan yang berhubungan denganpelantikan seorang konservator, seorang konservator tambahan,penamatan mana-mana konservator sedia ada dan pelantikan seorangkonservator baru bagi menggantikannya, adalah muktamad danmengikat.

(6) Pelantikan seorang konservator hendaklah mempunyai kesanyang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(7) Mana-mana konservator termasuk seorang konservatortambahan yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mempunyaikuasa dan tugas yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(8) Seorang konservator, dalam penjalanan kuasanya di bawahJadual Ketiga, tidak dikehendaki untuk memberitahu ataumendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang orang terjejasdalam suatu mesyuarat agung atau selainnya walau apa punapa-apa rukun undang-undang, kontrak atau apa-apa jua dalammana-mana undang-undang termasuk seksyen 132C, 132D, 132E

dan 132G Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumenkonstituen orang terjejas itu.

(9) Mana-mana orang yang melanggar—

(a) perenggan 9, 11 atau 15; atau

(b) subperenggan 8(1), 12(1), 13(2), 14(1), 17(1) atau 20(1),

Jadual Ketiga melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Hak untuk melupus dan mengekalkan nilai harta

28. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang dan sebagaitambahan kepada mana-mana kuasa lain yang boleh dipunyai olehPerbadanan di bawah mana-mana kontrak atau undang-undang—

(a) Perbadanan; dan

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia32 AKTA 642

(b) mana-mana orang yang memperoleh suatu aset daripadaPerbadanan,

sebagai pemegang jaminan atas apa-apa harta, sama ada sebagaipemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang serah hak,pemegang lien atau selainnya, adalah berhak—

(i) untuk melupuskan harta itu atau mana-mana bahagianharta itu secara triti persendirian mengikut Jadual Keempat;dan

(ii) jika harta itu terdiri daripada tanah, untuk mengambilsemua langkah yang ia rasakan patut untuk mengekalkannilai tanah itu atau memudahkan pelupusan tanah itusecara triti persendirian mengikut Jadual Keempat, termasukmemasuki tanah itu, sama ada secara bersendirian ataudengan mana-mana orang yang dibenarkan olehnya, untukmemeriksa, melindungi, menjamin, menyenggara ataumembaiki tanah itu.

(2) Pemerolehan dan pelupusan harta mengikut Jadual Keempathendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalam Jadual itu.

BAHAGIAN III

KEWANGAN

Kumpulan wang dan sumber kumpulan wang

29. (1) Bagi maksud Akta ini, Perbadanan hendaklah menyenggaradan mentadbir dua kumpulan wang berasingan—

(a) suatu kumpulan wang Islam yang hendaklah terdiridaripada—

(i) segala premium yang diterima oleh Perbadanandi bawah Akta ini; dan

(ii) segala wang atau aset lain yang boleh dalamapa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sahkepada, diterima oleh atau diletak hak pada

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 33

Perbadanan yang berhubungan dengan mana-manaperkara yang bersampingan dengan kuasa, tugasdan fungsinya,

berkenaan dengan deposit Islam; dan

(b) suatu kumpulan wang konvensional yang hendaklah terdiridaripada—

(i) segala premium yang diterima oleh Perbadanandi bawah Akta ini; dan

(ii) segala wang atau aset lain yang boleh dalamapa-apa cara menjadi kena dibayar dengan sahkepada, diterima oleh atau diletak hak padaPerbadanan yang berhubungan dengan mana-manaperkara yang bersampingan dengan kuasa, tugasdan fungsinya,

berkenaan dengan deposit konvensional.

(2) Perbadanan diberi kuasa untuk mengkredit segala pendapatanpengendalian langsung kepada, atau mengecaj segala perbelanjaan,kos dan kerugian terhadap, kumpulan wang Islam atau kumpulanwang konvensional, mengikut mana-mana yang berkenaan, ataujika pendapatan, perbelanjaan, kos atau kerugian itu tidak dapatditentukan secara khusus berpunca daripada sama ada kumpulanwang Islam atau kumpulan wang konvensional, kredit atau caj ituhendaklah berkadaran dengan jumlah premium Islam dankonvensional yang dipungut dalam tahun taksiran sebelum tahunyang apa-apa kredit atau caj itu dibuat.

(3) Berhubung dengan tahun taksiran pertama Perbadanan,apa-apa kredit atau caj itu hendaklah diputuskan oleh Perbadanan.

Peminjaman wang kepada Perbadanan

30. (1) Menteri boleh, atas permintaan Perbadanan, meminjamkanwang kepada Perbadanan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimanayang diputuskan oleh Menteri.

(2) Apa-apa peminjaman wang menurut subseksyen (1) hendaklahdibuat daripada Kumpulan Wang Disatukan dan jika peminjamansedemikian dibuat, Menteri hendaklah menyebabkan suatu penyatamengenai peminjaman itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyatseawal peluang yang mungkin.

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia34 AKTA 642

Pelaburan dibenarkan

31. (1) Perbadanan boleh melabur dalam yang berikut:

(a) sekuriti denominasi ringgit yang dikeluarkan atau dijaminoleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia atau daripadagred pelaburan tinggi sebagaimana yang dinilaikan olehsuatu agensi penilaian yang mempunyai reputasi;

(b) deposit dengan Bank Negara Malaysia atau mana-manainstitusi kewangan; atau

(c) apa-apa pelaburan lain yang diluluskan oleh Menteri,atas syor Lembaga.

(2) Perbadanan boleh, semata-mata bagi maksud melindungiapa-apa pendedahan yang berbangkit daripada perenggan (1)(a),(b) atau (c), membuat transaksi terbitan kewangan, sama adadiniagakan di bursa atau di kaunter termasuk kontrak swap, niagahadapan, opsyen dan hadapan.

(3) Apa-apa pelaburan yang dibuat oleh Perbadanan di bawahsubseksyen (1) daripada kumpulan wang Islam hendaklah mengikutprinsip Syariah.

Tahun kewangan

32. Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, tahunkewangan Perbadanan hendaklah bermula pada hari pertama Januaridan berakhir pada hari ke tiga puluh satu Disember pada setiaptahun.

Kehendak bagi menyimpan buku, rekod, akaun atau dokumenlain

33. Perbadanan hendaklah menyebabkan buku, rekod, akaun ataudokumen lain disimpan dan hendaklah, secepat yang dapatdilaksanakan, selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkandisediakan bagi tahun kewangan itu penyata kewangan yang sesuaimengikut Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)1980 [Akta 240].

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 35

Juruaudit

34. Akaun Perbadanan hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Penyata kewangan dan laporan tahunan

35. Perbadanan hendaklah dalam masa tiga bulan dari penutupantahun kewangannya menghantar suatu salinan akaun tahunan yangdiperakui oleh Ketua Audit Negara dan suatu laporan tahunanmengenai perjalanan kerja Perbadanan sepanjang tahun itu kepadaMenteri, yang hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan,menyebabkan ia dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan DewanRakyat.

BAHAGIAN IV

INSURANS DEPOSIT

Bab 1

Keanggotaan, pembatalan dan penamatan

Takrif

36. Bagi maksud Bahagian ini—

(a) “deposit” ertinya baki belum dibayar daripada agregatdeposit sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen2(1) yang diterima atau dipegang oleh suatu institusianggota daripada atau bagi pihak seseorang dalampenjalanan biasa perniagaan pengambilan deposit institusianggota itu dan hendaklah termasuk—

(i) suatu draf bank, cek diperakui atau surat caraseumpama yang lain atau arahan bayaran, yangdikeluarkan atau dibuat terhadap suatu akaun deposityang institusi anggota itu menjadi terutamanyabertanggungan;

(ii) suatu cek yang dimasukkan ke dalam suatu sistempembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen6(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627] walauapa pun apa-apa kelengahan atau kegagalan olehinstitusi anggota itu untuk mengkreditkan akaunitu; atau

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia36 AKTA 642

(iii) apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan lainsebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan,

tetapi tidak termasuk—

(A) suatu deposit yang tidak boleh kena dibayardi Malaysia;

(B) deposit mata wang asing;

(C) deposit pasaran kewangan;

(D) deposit surat cara boleh niaga dan deposit pembawalain;

(E) perjanjian beli balik; dan

(F) apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan lainsebagaimana yang boleh ditentukan olehPerbadanan; dan

(b) “akaun amanah” termasuklah wang yang dipegang dalamakaun bagi maksud suatu amanah.

Keanggotaan disifatkan

37. (1) Tiap-tiap institusi kewangan adalah disifatkan sebagai suatuinstitusi anggota dari tarikh mula berkuat kuasa Akta ini.

(2) Mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan setelah mulaberkuat kuasanya Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu institusianggota dari tarikh ia diberikan lesen di bawah Akta Bank danInstitusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983,mengikut mana-mana yang berkenaan.

Terma dan syarat keanggotaan

38. (1) Terma dan syarat keanggotaan suatu institusi anggotahendaklah ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah seksyen 100.

(2) Suatu institusi anggota hendaklah mematuhi terma dansyarat sebagaimana yang boleh ditetapkan menurut subseksyen (1).

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 37

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didendaharian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap harikesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pembatalan keanggotaan

39. Perbadanan hendaklah membatalkan keanggotaan suatu institusianggota dengan memaklumkan institusi anggota itu secara bertulisjika lesen institusi anggota itu telah diserah balik atau dibatalkandi bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau,dalam hal institusi anggota yang merupakan suatu bank Islam,dibatalkan di bawah Akta Bank Islam 1983.

Penamatan keanggotaan

40. (1) Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas Perbadananmenerima suatu pemberitahuan di bawah seksyen 70 dan sama adaatau tidak Perbadanan telah menjalankan mana-mana kuasanyadi bawah seksyen 71, mengadakan suatu mesyuarat untukmemutuskan sama ada keanggotaan institusi anggota itu patutditamatkan.

(2) Jika Lembaga bercadang untuk menamatkan keanggotaaninstitusi anggota itu, Perbadanan hendaklah memberi notis bertulismengenai cadangannya kepada institusi anggota itu dan hendaklahmemberikan institusi anggota itu suatu peluang untuk membuatrepresentasi dalam masa lima hari dari tarikh notis itu berkenaandengan cadangan itu.

(3) Jika representasi telah diterima oleh Perbadanan daripadainstitusi anggota itu, Lembaga hendaklah menimbang representasiitu dan hendaklah membuat suatu pemutusan untuk mengesahkanatau tidak mengesahkan cadangan untuk menamatkan keanggotaaninstitusi anggota itu.

(4) Jika Lembaga telah mengesahkan cadangannya untukmenamatkan keanggotaan institusi anggota itu, ia hendaklahmemaklumkan Menteri mengenai pemutusannya secara bertulis.

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia38 AKTA 642

(5) Jika Menteri tidak bersetuju dengan pemutusan oleh Lembaga,Menteri hendaklah dalam masa lima belas hari dari tarikh penerimaannotis itu memaklumkan kepada Lembaga mengenai keputusannyasecara bertulis berhubung dengan pemutusan itu, dan arahan ituhendaklah mengikat Lembaga.

(6) Jika Menteri tidak memaklumkan kepada Lembaga mengenaikeputusannya dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen(5), Menteri hendaklah disifatkan sebagai telah meluluskan cadanganLembaga untuk menamatkan keanggotaan itu dan Perbadananhendaklah—

(a) dengan serta-merta memaklumkan Bank Negara Malaysiasewajarnya; dan

(b) mengeluarkan suatu notis bertulis mengenai penamatankeanggotaan kepada institusi anggota itu dankeanggotaannya hendaklah ditamatkan selepas tamattempoh yang ditentukan dalam notis itu.

(7) Jika, pada bila-bila masa selepas suatu notis penamatantelah diberikan kepada suatu institusi anggota di bawah subseksyen(6), Perbadanan berpuas hati bahawa sebagai akibat daripadaapa-apa tindakan oleh institusi anggota itu, atau mana-mana oranglain, risiko kepada pendeposit atau kepada Perbadanan telah dielakkanatau telah dikurangkan secara substansial, Perbadanan bolehmembatalkan notis penamatannya itu dan memaklumkan Menterisewajarnya.

(8) Penamatan suatu keanggotaan oleh Perbadanan adalahmuktamad.

Kesan pembatalan atau penamatan

41. (1) Jika keanggotaan suatu institusi anggota telah dibatalkandi bawah seksyen 39 atau ditamatkan di bawah seksyen 40—

(a) institusi itu tidak boleh memakai atau menggunakanperkataan “insurans deposit” atau apa-apa terbitan daripadaperkataan ini dalam apa-apa bahasa atau apa-apa perkataanlain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan bahawainstitusi itu adalah suatu institusi anggota;

Page 39: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 39

(b) institusi itu hendaklah memaklumkan pendepositnya secarabertulis bahawa baki deposit yang belum dijelaskan denganinstitusi itu hendaklah terus diinsuranskan selama tempohdua tahun dari tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatanitu, melainkan jika deposit itu telah dikeluarkan kesemuanyaatau telah mencapai kematangannya, mengikut mana-manayang terawal;

(c) dalam hal suatu pembatalan disebabkan suatu institusianggota menyerah balik lesennya, institusi itu adalahdikehendaki untuk memberitahu pendepositnya mengenaipembatalan keanggotaannya mengikut cara yang ditetapkanoleh Perbadanan;

(d) institusi itu tidak boleh dianggap sebagai suatu institusianggota hanya dengan sebab depositnya terus diinsuranskandi bawah perenggan (b), seksyen 50 atau 51; dan

(e) institusi itu tidaklah boleh dilepaskan daripada kewajipanatau liabilitinya kepada Perbadanan yang telah terakrusebelum pembatalan atau penamatan keanggotaannya.

(2) Bagi maksud perenggan (1)(b), pembatalan atau penamatankeanggotaan tidak boleh menjejaskan kewajipan, hak dan kebolehanPerbadanan untuk membuat suatu pembayaran di bawah Bab 4Bahagian ini.

(3) Bagi maksud perenggan (1)(c), institusi anggota itu hendaklahmenanggung rugi Perbadanan dalam hal keadaan apa-apa bayaranyang telah dibuat oleh Perbadanan kepada pendeposit, berkenaandengan apa-apa depositnya sebagaimana yang telah dipindah ataudiperoleh oleh institusi anggota yang lain atau mana-mana oranglain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.

(4) Perbadanan boleh, mengikut apa-apa cara dan melaluimana-mana media sebagaimana yang disifatkannya suai manfaat,memberi notis awam mengenai pembatalan atau penamatanmana-mana keanggotaan suatu institusi anggota jika pada pendapatPerbadanan, kepentingan awam menghendaki supaya notis itudiberikan.

(5) Jika suatu institusi anggota berkewajipan untuk membayarbalik kepada seseorang apa-apa wang yang telah diterima ataudipegang oleh institusi anggota itu, wang itu hendaklah disifatkansebagai tidak menjadi sebahagian daripada suatu deposit bagi maksudinsurans deposit dengan Perbadanan jika tarikh pada masa orang

Page 40: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia40 AKTA 642

yang memperoleh kepentingannya dalam wang itu adalah suatutarikh selepas tarikh yang pada masa keanggotaan institusi anggotaitu dibatalkan atau ditamatkan oleh Perbadanan.

(6) Mana-mana institusi anggota yang melanggar perenggan (1)(a),(b) atau (c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan,didenda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagitiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bab 2

Premium

Premium pertama

42. (1) Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut premiumyang kena dibayar oleh suatu institusi anggota bagi tahun taksiranyang ia menjadi suatu institusi anggota (selepas ini disebut “premiumpertama”) seperti yang berikut:

(a) dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau

(b) suatu kadar yang boleh ditetapkan oleh Perbadanan dengankelulusan bertulis terlebih dahulu oleh Menteri,

mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(2) Tiada premium pertama dikehendaki untuk dibayar berhubungdengan mana-mana deposit yang dipindahkan daripada suatu institusianggota kepada suatu institusi anggota yang lain dalam suatukumpulan perniagaan yang premium telahpun dibayar bagi tahuntaksiran itu yang institusi anggota itu menjadi suatu anggota.

(3) Suatu institusi anggota hendaklah membayar premium pertamakepada Perbadanan di ibu pejabat Perbadanan dalam masa tigapuluh hari dari tarikh ia menjadi suatu anggota.

Premium tahunan

43. (1) Tiap-tiap institusi anggota hendaklah, bagi setiap tahuntaksiran berikutan tahun taksiran yang ia menjadi institusi anggota,membayar premium tahunan secara berasingan bagi deposit Islamdan deposit konvensional yang diletakkan dengannya.

Page 41: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 41

(2) Kadar premium tahunan maksimum di bawah Akta ini adalahseperti yang berikut:

(a) 0.5 peratus bagi deposit Islam diinsuranskan; dan

(b) 0.5 peratus bagi deposit konvensional diinsuranskan,

atau mana-mana kadar atau kadar-kadar yang lebih rendahsebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Perbadanan, dengankelulusan Menteri.

(3) Kuantum apa-apa premium tahunan yang dibayar di bawahperenggan (2)(a) dan (b), secara agregat, tidak boleh kurang daripadadua ratus lima puluh ribu ringgit.

(4) Mana-mana institusi anggota yang melanggar subseksyen(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didendaharian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap harikesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pengiraan premium tahunan

44. (1) Premium tahunan hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a) kadar premium untuk diguna pakai kepada suatu institusianggota hendaklah berdasarkan kepada jumlah depositdiinsuranskan yang dipegang oleh institusi anggota itupada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya;

(b) premium tahunan deposit Islam dan konvensional hendaklahdikira secara berasingan; dan

(c) kadar premium yang boleh dipakai bagi setiap institusianggota hendaklah berdasarkan apa-apa kriteriasebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(2) Premium yang kena dibayar oleh suatu institusi anggotahendaklah berdasarkan kepada penyata yang diperakui oleh ketuaeksekutif institusi anggota itu yang hendaklah dikemukakan mengikutapa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yangdikehendaki oleh Perbadanan.

Tiada tolakan atas bayaran premium

45. Melainkan jika Perbadanan bersetuju sebaliknya dalammana-mana hal tertentu, tiada bayaran premium boleh dibuat kepadaPerbadanan oleh suatu institusi anggota yang telah dikurangkan

Page 42: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia42 AKTA 642

atau selainnya diselaraskan berdasarkan kepada mana-mana tuntutanoleh suatu institusi anggota terhadap Perbadanan.

Surcaj premium

46. (1) Walau apa pun bayaran premium pertama berkenaan dengantahun taksiran pertama atau premium tahunan berkenaan denganmana-mana tahun taksiran tertentu, Perbadanan boleh mentaksirdan memungut daripada institusi anggota suatu surcaj premium keatas jumlah deposit diinsuranskan oleh suatu institusi anggotaberkenaan dengan tahun taksiran itu atau mana-mana bahagiandaripadanya.

(2) Agregat premium yang telah dibayar dan surcaj premiumdi bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun taksiran tertentutidak boleh melebihi 0.5 peratus setahun daripada jumlah depositdiinsuranskan oleh institusi anggota itu.

(3) Jika pada pendapat Perbadanan bahawa suatu institusi anggotatelah tidak atau tidak—

(a) menepati mana-mana peraturan, kaedah, perintah,undang-undang kecil, pemberitahuan, garis panduan,pekeliling atau nota yang berhubungan dengan amalankewangan dan perniagaan yang kukuh yang dikeluarkanoleh Bank Negara Malaysia;

(b) menepati terma dan syarat keanggotaan, dan mana-manaperaturan, kaedah, perintah, undang-undang kecil,pemberitahuan, garis panduan, pekeliling atau notaPerbadanan berkenaan dengan insurans deposit;

(c) mematuhi permintaan bagi maklumat atau menyekat hakuntuk akses kepada maklumat oleh Perbadanan, BankNegara Malaysia atau mana-mana orang yang bertindakbagi pihak Perbadanan, di bawah Akta ini; atau

(d) menyenggara rekod deposit sewajarnya atau ia salah nyata,sama ada melalui tindakan atau peninggalan, mana-manamaklumat, termasuk maklumat mengenai depositdiinsuranskan, yang digunakan sebagai suatu asas bagipentaksiran premium,

Perbadanan hendaklah—

(i) berunding dengan Bank Negara Malaysia tentang amaunsurcaj premium dan sebab bagi pengenaan surcaj premiumitu; dan

Page 43: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 43

(ii) memberi institusi anggota itu suatu peluang untuk didengaratas cadangan surcaj premium itu.

(4) Perbadanan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulisdaripada Menteri sebelum mengenakan surcaj premium kepadainstitusi anggota yang telah tidak atau tidak mematuhi atau menepatikehendak di bawah subseksyen (3).

Caj lampau tempoh

47. Jika mana-mana premium atau surcaj premium yang perludibayar dan kena dibayar di bawah seksyen 42, 43 atau 46 belumdibayar oleh institusi anggota pada tarikh kena dibayar, premiumbelum dibayar itu hendaklah, tanpa notis lanjutan disampaikankepada institusi anggota itu, dinaikkan ke suatu jumlah sebagaimanayang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan mengenai premiumbelum dibayar itu.

Peraturan-peraturan premium

48. Perbadanan boleh membuat apa-apa peraturan berkenaandengan pemutusan premium pertama dan premium tahunantermasuk—

(a) penubuhan suatu sistem pengkelasan institusi anggotadalam kategori berlainan;

(b) kriteria atau faktor yang hendak diambil kira, tatacarayang hendak diikuti oleh Perbadanan dalam memutuskankategori yang suatu institusi anggota itu dikelaskan; dan

(c) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya.

Bab 3

Skop perlindungan

Skop perlindungan

49. (1) Perbadanan hendaklah secara berasingan menginsuranskankategori deposit yang berikut yang diletakkan dengan institusianggota:

(a) deposit Islam; dan

(b) deposit konvensional.

Page 44: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia44 AKTA 642

(2) Bagi maksud subseksyen (1), jika seorang pendeposit memilikilebih daripada satu deposit dengan sesuatu institusi anggota, agregatdeposit itu hendaklah diinsuranskan—

(a) berkenaan dengan wang pokok dan pulangan bagi depositIslam, setakat amaun maksimum enam puluh ribu ringgit;dan

(b) berkenaan dengan wang pokok dan faedah bagi depositkonvensional, setakat amaun maksimum enam puluh riburinggit.

(3) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen 100—

(a) jika suatu institusi anggota berkewajipan untuk membayarbalik wang kepada seorang pendeposit yang bertindaksebagai seorang pemegang amanah untuk seorang yanglain atau sebagai pemunya bersama dengan seorang yanglain, dan peramanahan atau pemunyaan bersama itu telahdidedahkan dalam rekod institusi anggota itu—

(i) deposit pendeposit itu sebagai pemegang amanahatau sebagai seorang pemunya bersama, hendaklahdisifatkan sebagai suatu deposit berasingan daripadamana-mana deposit pendeposit itu yang bertindakbagi pihaknya sendiri atau bertindak bagi amanahyang lain atau keupayaan bersama dengan institusianggota itu;

(ii) jika seorang pemegang amanah bertindak bagi duaatau lebih benefisiari, deposit yang dipegang olehnyasebagai amanah bagi setiap benefisiari, hendaklahsetiap satu disifatkan sebagai suatu depositberasingan; dan

(iii) deposit yang dipegang sebagai amanah oleh seorangpemegang amanah bagi seorang benefisiari dalamsuatu institusi anggota hendaklah disifatkan sebagaisuatu deposit berasingan daripada suatu depositbenefisiari itu dengan institusi anggota bagi pihakdirinya sendiri dan hendaklah juga disifatkan sebagaiberasingan daripada mana-mana deposit yangdipegang sebagai amanah oleh pemegang amanahyang lain untuk benefisiari itu dalam institusi anggota;

Page 45: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 45

(b) bagi mengelakkan keraguan, jika seorang pendeposit adalahpemunya bersama bagi suatu deposit dalam suatu institusianggota dengan seorang yang lain, kesemua depositpendeposit itu dengan orang itu hendaklah diagregatkandan disifatkan sebagai satu deposit dan hendaklahdiinsuranskan setakat amaun maksimum enam puluh riburinggit; atau

(c) bagi maksud perenggan 3(a) dan (b)—

(i) institusi anggota itu hendaklah menyatakan dalamrekodnya—

(A) bagi suatu akaun amanah, bahawa akaun itudipegang oleh pemegang amanah bagibenefisiari yang dinamakan; atau

(B) bagi suatu akaun bersama, nama individupemegang akaun bersama;

(ii) pemegang amanah hendaklah—

(A) menyenggara rekod terperinci sebagaimanayang boleh ditetapkan oleh Perbadananmengenai akaun amanah itu;

(B) mengemukakan kepada institusi anggota ituapa-apa rekod sebagaimana yang dikehendakioleh institusi anggota dari semasa ke semasadi bawah Akta ini; dan

(C) memfailkan suatu akuan berkanun yangmemperakui ketepatan rekod yangdikemukakan di bawah subsubperenggan (B)apabila dikehendaki oleh institusi anggotaitu;

(iii) pemegang amanah dalam menyenggara danmengemukakan mana-mana rekod mengenai akaunamanah yang dikehendaki di bawah subperenggan(3)(c)(ii) hendaklah memastikan bahawa maklumatyang diberikan itu adalah betul, tepat dan lengkapdan tidak mengandungi maklumat yang salah ataumengelirukan dan institusi anggota itu hendaklahbergantung kepada apa-apa rekod bagi maksudsubperenggan (3)(c)(i) dan pemegang amanahhendaklah menanggung rugi institusi anggota itudalam hal keadaan apa-apa prosiding undang-undangyang berhubungan dengan rekod itu.

Page 46: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia46 AKTA 642

(4) Walau apa pun apa-apa dalam perenggan (3)(a), Perbadanantidak boleh menginsuranskan secara berasingan deposit yang dipegangsebagai amanah bagi mana-mana benefisiari sekiranya, pada pendapatPerbadanan, amanah itu diwujudkan terutamanya bagi maksudmendapatkan atau menaikkan insurans deposit.

(5) Bagi maksud subperenggan (3)(a)(iii), mana-mana deposityang dipegang sebagai amanah oleh seorang pemegang amanahyang sama untuk benefisiari yang sama hendaklah diagregatkandan disifatkan sebagai satu deposit.

(6) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen 100 dan pendedahan yang dibuat oleh pemegang amanahdi bawah subperenggan (3)(c)(ii), jika seorang pendeposit—

(a) mengendalikan satu perniagaan sebagai tuan punya tunggalatau seorang rakan kongsi suatu perkongsian; atau

(b) menjalankan mana-mana amalan profesional,

yang telah didedahkan dalam rekod institusi anggota, suatu depositperniagaan itu atau amalan profesional itu hendaklah disifatkansebagai berasingan daripada deposit pendeposit bagi pihak dirinyasendiri atau sebagai pemegang amanah atau pemunya bersama.

Deposit dengan institusi bergabung, dsb.

50. (1) Jika seseorang yang mempunyai deposit dengan dua ataulebih institusi anggota yang bergabung dan terus beroperasi sebagaisatu institusi anggota (dalam Bab ini disebut sebagai “institusidigabung”), deposit orang itu dengan institusi yang bergabungpada hari yang institusi digabung itu terbentuk, ditolak apa-apapengeluaran daripada deposit itu, hendaklah disifatkan sebagaidan terus diinsuranskan secara berasingan oleh Perbadanan bagitempoh dua tahun, atau sekiranya matang atau sehingga dikeluarkan,mengikut mana-mana yang lebih awal, setelah institusi yangbergabung itu menjadi sebahagian daripada institusi digabung itu.

(2) Suatu deposit yang dibuat oleh orang yang disebutdalam subseksyen (1) dengan institusi digabung selepas hari institusidigabung itu terbentuk hendaklah diinsuranskan oleh Perbadananhanya setakat agregat deposit orang itu dengan institusi digabungitu tidak kurang daripada enam puluh ribu ringgit.

Page 47: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 47

(3) Jika suatu institusi anggota memperoleh deposit daripadainstitusi anggota yang lain atau institusi yang bergabung, deposititu, ditolak apa-apa pengeluaran daripada deposit itu, hendaklahterus diinsuranskan secara berasingan daripada mana-mana depositsehingga had perlindungan enam puluh ribu ringgit bagi tempohdua tahun, atau sekiranya matang atau sehingga dikeluarkan, mengikutmana-mana yang lebih awal, selepas tarikh pemerolehan.

(4) Suatu institusi anggota hendaklah menyenggara apa-apa rekodsebagaimana yang perlu bagi maksud subseksyen (1)dan (2).

Deposit institusi anggota diperoleh oleh institusi bukan anggota

51. (1) Jika deposit dengan suatu institusi anggota akan diperoleholeh seseorang yang bukan institusi anggota, deposit sedemikianhendaklah disifatkan sebagai dan terus diinsuranskan oleh Perbadanansehingga had enam puluh ribu ringgit bagi baki tahun taksiran itu,atau sehingga matang atau sehingga dikeluarkan, mengikutmana-mana yang lebih awal, selepas pemerolehan deposit itu olehpemeroleh institusi bukan anggota itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), dan mengikut mana-mana kaedahsebagaimana yang dibuat oleh Perbadanan—

(a) berhubung dengan pendeposit, institusi anggota ituhendaklah—

(i) mendapatkan kebenaran bertulis sekurang-kurangnyatujuh puluh lima peratus daripada semua pendepositatau wakil diri mereka untuk memindahkan deposit;

(ii) mendapatkan perakuan bertulis daripada setiappendeposit bahawa pendeposit sedar bahawa deposityang dipindahkan kepada institusi bukan anggotaakan diinsuranskan bagi baki tahun taksiran itu,atau sehingga matang atau sehingga dikeluarkan,mengikut mana-mana yang lebih awal, deposit yangdiletakkan dengan institusi bukan anggota digabungtidaklah lagi diinsuranskan secara keseluruhan atausecara sebahagian oleh Perbadanan;

Page 48: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia48 AKTA 642

(iii) apabila dikehendaki secara bertulis, membayarkepada seorang pendeposit, amaun wang pokokdeposit itu dan pulangan atau faedah, yang dikirasehingga tarikh pengeluaran dan tiada caj atau penaltiboleh dikenakan berkenaan dengan pembayaran itu;dan

(iv) menyediakan suatu pernyataan bahawa kewajipaninstitusi anggota yang diperoleh itu untuk membayardeposit akan diambil alih oleh institusi bukan anggotaitu; dan

(b) berhubung dengan institusi bukan anggota yangmemperoleh, membuat suatu perjanjian secara bertulisuntuk mengambil alih liabiliti institusi anggota yangdiperoleh berhubung dengan deposit itu pada terma dansyarat yang sama.

(3) Bagi maksud perenggan (2)(b), institusi anggota itu hendaklahmenanggung rugi Perbadanan dalam hal keadaan apa-apa bayaranyang dibuat oleh Perbadanan kepada pendeposit, berkenaan dengandeposit berkenaan yang telah dipindahkan atau diperoleh olehpemeroleh institusi bukan anggota.

Deposit disifatkan

52. Jika suatu institusi anggota mengambil alih deposit daripadainstitusi anggota yang lain di bawah seksyen 50, deposit itu adalahbagi maksud seksyen 42 dan 43, disifatkan telah diletakkan denganinstitusi anggota yang mengambil alihnya pada hari ia diambilalih.

Bukan sebahagian deposit

53. Jika wang yang atau telah diterima oleh suatu institusi anggotayang institusi itu telah mengeluarkan atau mempunyai kewajipanuntuk mengeluarkan suatu surat cara membuktikan suatu deposit,selain suatu draf bank, cek diperakui, cek kembara, surat kreditbayar dahulu atau perintah kiriman wang—

(a) wang itu tidak menjadi suatu deposit melainkan jika suratcara dan rekod institusi itu menentukan orang yang berhak,pada tarikh pengeluaran surat cara itu, bagi pembayaranbalik wang yang dibuktikan itu;

Page 49: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 49

(b) orang yang disebut dalam perenggan (a) hendaklahdisifatkan sebagai pendeposit berkenaan dengan wangitu kecuali butiran suatu pindah milik surat cara itudicatatkan dalam rekod institusi itu, dalam hal ini penerimapindah milik terkini ditunjukkan dalam rekod itu hendaklahdisifatkan sebagai pendeposit; dan

(c) catatan suatu pindah milik dalam rekod suatu institusianggota itu adalah tidak berkesan bagi maksud perenggan(b), jika catatan itu dibuat selepas pembatalan ataupenamatan keanggotaan institusi anggota itu.

Bab 4

Bayaran

Bayaran

54. (1) Semua bayaran yang dibuat oleh Perbadanan berkenaandengan—

(a) deposit Islam dan segala kos bersekutu di atasnya hendaklahdibuat daripada kumpulan wang Islam; dan

(b) deposit konvensional dan segala kos bersekutu di atasnyahendaklah dibuat daripada kumpulan wang konvensional.

(2) Semua bayaran yang dibuat oleh Perbadanan hendaklahberdasarkan kepada rekod deposit institusi anggota sebagaimanayang Perbadanan berpendapat ternyata berhak ke atasnya.

Bayaran wajib

55. Perbadanan hendaklah, mengikut cara yang diperihalkan dalamsubseksyen (2), membuat bayaran berkenaan dengan mana-manadeposit diinsuranskan dengan Perbadanan jika suatu perintahpenggulungan telah dibuat berkenaan dengan—

(a) suatu institusi anggota yang memegang deposit itu; atau

(b) mana-mana orang yang kepadanya deposit itu telahdipindahkan—

(i) di bawah perenggan 41(1)(c) daripada suatu institusianggota yang telah menyerah balik lesennya; atau

Page 50: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia50 AKTA 642

(ii) di bawah subseksyen 51(1) daripada suatu institusianggota yang bergabung dengan orang itu.

(2) Jika Perbadanan berkewajipan untuk membuat bayarandi bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana deposit,Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin dandalam apa-apa hal tidak kurang daripada tiga bulan dari tarikhperintah penggulungan membuat bayaran kepada orang ituberdasarkan kepada rekod institusi anggota sebagaimana yangPerbadanan berpendapat ternyata berhak ke atasnya mengikutapa-apa cara yang disifatkan sesuai oleh Perbadanan.

Bayaran budi bicara

56. Perbadanan boleh, dengan kebenaran bertulis terlebih dahuluoleh Menteri, membuat bayaran berkenaan dengan mana-manadeposit diinsuranskan oleh Perbadanan jika—

(a) institusi anggota yang memegang deposit itu ataumana-mana orang yang kepadanya deposit itu telahdipindahkan di bawah perenggan 41(1)(c) daripada suatuinstitusi anggota yang telah menyerah balik lesennya ataudi bawah subseksyen 51(1) daripada suatu institusi anggotayang bergabung dengan mana-mana orang, tidak dapatmembuat apa-apa bayaran berkenaan dengan deposit itu,disebabkan oleh—

(i) suatu perintah mahkamah;

(ii) apa-apa tindakan yang diambil oleh suatu badankawal selia atau Perbadanan; atau

(iii) apa-apa tindakan yang telah diambil oleh penerima,pengurus atau penerima dan pengurus semasa tempohbila suatu institusi anggota itu berada dalampenerimaan;

(b) suatu petisyen bagi penggulungan telah diserahkan kepadamahkamah terhadap institusi anggota yang memegangdeposit atau mana-mana orang yang kepadanya deposititu telah dipindahkan di bawah perenggan 41(1)(c) daripadasuatu institusi anggota yang telah menyerah balik lesennyaatau di bawah subseksyen 51(1) daripada suatu institusianggota yang bergabung dengan orang itu; dan

Page 51: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 51

(c) keanggotaan institusi anggota yang memegang deposititu telah dibatalkan atau ditamatkan.

Bayaran pendahuluan

57. Perbadanan boleh menjalankan budi bicaranya berkenaan denganseksyen 55 dan 56 untuk membuat bayaran pendahuluan kepadapendeposit.

Tarikh mengira liabiliti

58. (1) Tarikh bagi mengira liabiliti bagi bayaran wajib olehPerbadanan hendaklah pada tarikh penggulungan itu mula berkuatkuasa.

(2) Tarikh bagi mengira liabiliti bagi bayaran budi bicaraberkenaan dengan suatu keadaan di bawah seksyen 56 hendaklahpada tarikh keadaan itu pertama kali berlaku.

Bagaimana pulangan atau faedah atas deposit dikira bagi bayaranwajib

59. Bagi maksud mengira bayaran wajib oleh Perbadanan berkenaandengan mana-mana deposit diinsuranskan oleh Perbadanan jikasuatu perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan suatuinstitusi anggota yang memegang deposit itu, wang pokok, termasukpulangan atau faedah terakru, mengikut mana-mana yang berkenaan,berhubung dengan deposit itu hendaklah dimasukkan hanya sehinggatarikh penggulungan itu mula berkuat kuasa.

Perbadanan boleh membayar pulangan atau faedah atas bayaranwajib

60. Jika Perbadanan membuat suatu bayaran wajib di bawahseksyen 55, Perbadanan boleh atas budi bicaranya sendiri membayar,sebagai tambahan kepada amaun yang Perbadanan berkewajipanuntuk membayar, pulangan atau faedah, mengikut mana-mana yangberkenaan, ke atas amaun itu pada suatu kadar yang diputuskanoleh Perbadanan bagi tempoh bermula pada tarikh penggulunganitu mula berkuat kuasa berkenaan dengan suatu institusi anggotayang memegang deposit itu dan berakhir pada tarikh bayaran itudibuat berkenaan dengan deposit itu, tetapi agregat bayaran yang

Page 52: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia52 AKTA 642

dibuat di bawah seksyen ini dan seksyen 55 berhubung dengandeposit itu hendaklah dalam apa-apa hal tidak melebihi enam puluhribu ringgit.

Bagaimana pulangan atau faedah atas deposit dikira bagi bayaranbudi bicara

61. Bagi maksud mengira bayaran oleh Perbadanan berkenaandengan mana-mana deposit diinsuranskan oleh Perbadanan jikaPerbadanan membuat suatu bayaran budi bicara—

(a) tertakluk kepada perenggan (b), pulangan atau faedahterakru, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungdengan deposit itu hendaklah dimasukkan hanya sehinggatarikh bayaran oleh Perbadanan; atau

(b) jika suatu prosiding bagi penggulungan suatu institusianggota yang memegang deposit itu telah dimulakansebelum tarikh bayaran oleh Perbadanan tetapi suatuperintah penggulungan belum lagi dibuat, pulangan ataufaedah terakru, mengikut mana-mana yang berkenaan,berhubung dengan deposit itu hendaklah dimasukkan hanyasehingga tarikh penggulungan itu mula berkuat kuasa.

Pulangan atau faedah atas deposit berkaitan indeks

62. Apa-apa pulangan atau faedah, mengikut mana-mana yangberkenaan, yang disebut dalam seksyen 59 atau 61 berhubungdengan suatu deposit yang dipegang oleh suatu institusi anggotahendaklah diputuskan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkanoleh Perbadanan jika suatu bayaran yang perlu dibuat oleh institusianggota itu berkenaan dengan deposit itu akan diputuskan, secarakeseluruhan atau sebahagian, dengan merujuk dalam apa-apa carakepada—

(a) harga pasaran sesuatu sekuriti, komoditi atau surat carakewangan;

(b) kadar pertukaran antara dua mata wang;

(c) suatu kadar rujukan yang diputuskan dengan merujukkepada mana-mana satu atau lebih harga atau kadar itu;

(d) suatu kadar rujukan yang diputuskan dengan merujukkepada mana-mana satu atau lebih keadaan bukankewangan; atau

Page 53: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 53

(e) apa-apa indeks boleh ubah lain atau sumber rujukansebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.

Pelepasan liabiliti

63. Bayaran di bawah Bab ini oleh Perbadanan berkenaan denganmana-mana deposit diinsuranskan oleh Perbadanan melepaskanPerbadanan daripada semua liabiliti setakat amaun bayaran yangdibuat berkenaan dengan deposit itu, dan tiada dalam apa-apa halkeadaan pun Perbadanan mempunyai apa-apa kewajipan untukmemastikan pemakaian wajar dalam apa-apa cara pembayaran itudibuat.

Subrogasi

64. Jika Perbadanan membuat suatu bayaran di bawah Bab iniberkenaan dengan mana-mana deposit, Perbadanan adalahdisubrogasi, setakat amaun bayaran yang dibuat, terhadap semuahak dan kepentingan pendeposit dan boleh mengambil suatu tindakanberkenaan dengan hak dan kepentingan itu atas nama pendepositatau atas nama Perbadanan.

Penyerahhakan

65. Jika Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar, Perbadananboleh menahan bayaran berkenaan dengan mana-mana deposit dengansesuatu institusi anggota sehingga ia telah menerima suatupenyerahhakan secara bertulis akan semua hak dan kepentinganpendeposit berhubung dengan deposit itu.

Had masa bagi tuntutan

66. Tiada tindakan boleh diambil terhadap Perbadanan berkenaandengan kewajipan Perbadanan untuk membuat bayaran berhubungdengan suatu deposit yang dipegang oleh suatu institusi anggotayang sedang digulung melainkan jika tindakan itu dimulakan dalammasa sepuluh tahun selepas tarikh penggulungan itu mula berkuatkuasa.

Page 54: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia54 AKTA 642

BAHAGIAN V

PEMERIKSAAN INSTITUSI ANGGOTA

Bank Negara Malaysia menyediakan maklumat

67. Bank Negara Malaysia boleh, dalam masa yang sesuai,menyediakan kepada Perbadanan—

(a) laporan bertulis susulan daripada pemeriksaan yangdijalankan di bawah seksyen 69 Akta Bank danInstitusi-Institusi Kewangan 1989 atau seksyen 31 AktaBank Islam 1983 atau mana-mana undang-undang lainyang berkaitan yang sesuatu institusi anggota itu tertakluk;

(b) suatu perkadaran atau melalui apa-apa cara lain, suatupentaksiran mengenai keselamatan dan kekukuhan institusianggota, termasuk keadaan kewangannya;

(c) apa-apa maklumat yang Bank Negara Malaysia merasakanberkaitan mengenai apa-apa perkara yang disebut dalamperenggan (a) atau (b); atau

(d) apa-apa maklumat yang didapati daripada perhatian BankNegara Malaysia mengenai apa-apa perubahan dalam halkeadaan institusi anggota yang boleh memberi kesan secaramaterial kepada kedudukan Perbadanan sebagaipenanggung insurans.

Pemeriksaan

68. (1) Bagi maksud Akta ini, Bank Negara Malaysia bolehmemeriksa operasi sesuatu institusi anggota atas permintaanPerbadanan.

(2) Skop pemeriksaan di bawah subseksyen (1) boleh termasukpemeriksaan mengenai—

(a) sama ada rekod deposit yang disenggarakan oleh suatuinstitusi anggota adalah wajar dan mencukupi;

(b) sama ada laporan yang dibuat oleh suatu institusi anggotamengenai premiumnya adalah betul secara substansial;

(c) pematuhan terhadap terma dan syarat atau apa-apa kehendaklain bagi keanggotaan; atau

Page 55: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 55

(d) mana-mana hal lain yang dipersetujui secara bersamadengan Bank Negara Malaysia.

(3) Perbadanan boleh, dengan kebenaran bertulis terlebihdahulu oleh Bank Negara Malaysia, menugaskan suatu audit bebasberkenaan dengan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) atausubseksyen 69(1).

(4) Suatu salinan apa-apa laporan yang dibuat di bawahsubseksyen (3) hendaklah disediakan oleh Perbadanan kepada BankNegara Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas penyiapan laporan.

(5) Perbadanan boleh mendapatkan apa-apa kos yangditanggung di bawah seksyen ini daripada suatu institusi anggotasebagai suatu hutang yang kena dibayar dan boleh dibayar kepadaPerbadanan.

Pemeriksaan khas

69. (1) Jika Perbadanan mempunyai sebab untuk mempercayaibahawa suatu bayaran yang dibuat di bawah Bab 4 Bahagian IVhampir berlaku Perbadanan boleh menjalankan pemeriksaan khasmenurut mana-mana perjanjian perikatan strategik yang dibuatdengan Bank Negara Malaysia di bawah perenggan 25(2)(g).

(2) Skop pemeriksaan khas di bawah subseksyen (1) bolehtermasuk pemeriksaan rekod, buku, akaun atau dokumen dan transaksilain suatu institusi anggota.

(3) Bagi maksud seksyen ini, pegawai atau pekerja Perbadananatau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Perbadanan adalahberhak untuk menghendaki pegawai, juruaudit, penerima, pengurus,penerima dan pengurus, pelikuidasi, ejen atau mana-mana oranglain daripada institusi anggota itu untuk mengemukakan apa-apadokumen, bahan, maklumat atau penjelasan sebagaimana yangdikehendaki oleh Perbadanan.

(4) Perbadanan boleh mendapatkan apa-apa kos pemeriksaankhas daripada suatu institusi anggota sebagai suatu hutang yangkena dibayar dan boleh dibayar kepada Perbadanan.

(5) Perbadanan hendaklah membuat suatu laporan kepada BankNegara Malaysia apabila selesainya pemeriksaan khas itu.

Page 56: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia56 AKTA 642

BAHAGIAN VI

TINDAKAN OLEH PERBADANAN

Pemberitahuan mengenai tidak berdaya maju

70. Bank Negara Malaysia boleh memberitahu Perbadanan secarabertulis jika suatu institusi anggota telah terhenti, atau,berkemungkinan untuk terhenti, menjadi berdaya maju.

Kuasa Perbadanan dalam hal institusi anggota tidak berdayamaju

71. (1) Jika Perbadanan telah menerima suatu pemberitahuandi bawah seksyen 70, ia boleh menjalankan satu atau lebih kuasayang berikut:

(a) menghendaki institusi anggota itu—

(i) mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan,atau untuk melakukan atau tidak melakukanapa-apa tindakan atau perkara, yang berhubungandengan dirinya, urusannya atau pegawainya dalammasa sebagaimana yang dirasakan perlu atau suaimanfaat oleh Perbadanan;

(ii) untuk berhenti daripada menerima, mengambil,menyetuju terima atau membayar deposit ataudaripada menjalankan keseluruhan urusannya atausebahagian daripadanya; atau

(iii) untuk menyusun semula keseluruhan atau sebahagiandaripada urusan institusi anggota itu,

sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Perbadanan;

(b) walau apa jua pun perenggan 25(2)(a), memperoleh syerinstitusi anggota itu daripada pemegang syernya yangsedia ada atau melanggan syer yang dikeluarkan olehinstitusi anggota itu mengikut dokumen konstituen institusianggota itu;

(c) mengambil alih kawalan keseluruhan aset, liabiliti, urusandan hal ehwal institusi anggota itu, dan menjalankankesemua urusan dan mengurus aset, liabiliti dan hal ehwal,atau mengambil alih kawalan apa-apa bahagian aset,liabiliti, urusan dan hal ehwalnya, termasuk melupuskanaset dan menjalankan apa-apa bahagian urusan dan

Page 57: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 57

hal ehwalnya atau melantik mana-mana orang untuk berbuatdemikian bagi pihaknya (selepas ini dalam Bahagian inidisebut sebagai “orang dilantik”), dan terma dan syaratorang dilantik hendaklah, tertakluk kepada arahan yangpelantikan itu dibuat, diputuskan oleh Perbadanan danhendaklah mengikat institusi anggota berkenaan; danmembayar kos dan perbelanjaan Perbadanan atau saraanorang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan,daripada kumpulan wang dan aset institusi anggota itusebagai gadaian pertama ke atasnya;

(d) memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk melantikseorang penerima, pengurus atau penerima dan pengurusuntuk mengurus kesemua atau sebahagian daripada aset,liabiliti, urusan dan hal ehwal institusi anggota itu; atau

(e) tertakluk kepada kelulusan Menteri, mengemukakan suatupetisyen kepada Mahkamah Tinggi bagi menggulunginstitusi anggota itu atau mana-mana institusi kewanganyang keanggotaannya telah dibatalkan di bawahseksyen 39 atau ditamatkan di bawah seksyen 40.

(2) Perbadanan atau orang dilantik, dalam melaksanakanmana-mana transaksi di bawah Bahagian ini—

(a) tidak dikehendaki untuk memaklumkan atau mendapatkankelulusan pemegang syer atau pemiutang institusi anggotaitu dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya walauapa pun apa-apa kaedah undang-undang, kontrak atauapa-apa jua dalam mana-mana undang-undang termasukseksyen 132C, 132D, 132E dan 132G Akta Syarikat 1965atau apa-apa jua dalam dokumen konstituen institusianggota itu; dan

(b) tidak dikehendaki untuk membuat suatu tawaran ambilalih atau dikehendaki untuk memperoleh syer pemegangsyer lain mana-mana institusi anggota atau peminjamnyawalau apa pun apa-apa rukun undang-undang, kontrakatau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang.

(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendakseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh,

Page 58: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia58 AKTA 642

sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi lima puluhribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepassabitan.

Penyelesaian ketetapan

72. (1) Jika Perbadanan telah mengambil alih kawalan atau melantikseseorang untuk berbuat demikian bagi pihaknya di bawah perenggan71(1)(c), Perbadanan dan orang dilantik boleh, sebagai tambahankepada mana-mana hak dan kuasanya, menjalankan mana-manaketetapan yang meliputi—

(a) suatu transaksi atau beberapa siri transaksi yang melibatkanjualan atau pelupusan lain oleh institusi anggota itu keatas kesemua atau sebahagian daripada asetnya ataupengambilalihan oleh seorang yang lain ke atas keseluruhanatau sebahagian daripada liabilitinya atau kedua-duanya;atau

(b) apa-apa transaksi atau beberapa siri transaksi lain bagimaksud untuk menyusun semula kesemua atau sebahagiandaripada urusan institusi anggota itu.

(2) Jika Perbadanan menimbangkan bahawa mana-mana ketetapanyang disebut dalam subseksyen (1) telah diselesaikan secarasubstansial, ia hendaklah menyebabkan suatu notis atas hal ituyang menyatakan tarikh ketetapan itu telah, pada pendapatPerbadanan, diselesaikan secara substansial untuk disiarkan dalamWarta.

(3) Perbadanan hendaklah membuat petisyen bagi suatupenggulungan terhadap institusi anggota itu sekiranya, pada pendapatPerbadanan, mana-mana ketetapan yang disebut dalamsubseksyen (1) tidak diselesaikan secara substansial pada atausebelum tarikh iaitu—

(a) dua tahun selepas tarikh Perbadanan atau orang dilantikmengambil alih kawalan institusi anggota itu; atau

(b) tamat tempoh bagi mana-mana pelanjutan tempoh yangdinyatakan dalam subseksyen (4).

(4) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meluluskan satu ataulebih pelanjutan tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (3)(b)

Page 59: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 59

bagi sesuatu tempoh lanjutan yang tidak melebihi tiga tahun dansetiap pelanjutan tidak boleh melebihi satu tahun.

(5) Tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (3) dan (4)tidak boleh melebihi lima tahun dari tarikh Perbadanan atau orangdilantik mengambil alih kawalan institusi anggota itu.

Penubuhan Jawatankuasa Pentaksir

73. (1) Maka dengan ini ditubuhkan suatu jawatankuasa dengannama “Jawatankuasa Pentaksir” yang fungsinya adalah seperti yangdinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2) Mana-mana keputusan yang dibuat oleh JawatankuasaPentaksir ke atas suatu permohonan pemegang syer yang menentangdi bawah Jadual Pertama adalah muktamad dan mengikat.

(3) Sehingga Perbadanan menetapkan kaedah-kaedah di bawahsubseksyen (4), Jawatankuasa Pentaksir boleh memutuskan tatacaradan kelakuannya sendiri bagi prosidingnya.

(4) Perbadanan boleh menetapkan kaedah-kaedah berhubungdengan tatacara dan kelakuan prosiding atau di hadapan JawatankuasaPentaksir dan kaedah-kaedah itu hendaklah mengatasi apa-apa tatacaradan kelakuan yang diputuskan terlebih dahulu oleh JawatankuasaPentaksir di bawah subseksyen (3).

Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalandi bawah perenggan 71(1)(c)

74. (1) Jika kawalan sesuatu institusi anggota telah diambil alihdi bawah perenggan 71(1)(c), institusi anggota dan pegawainyahendaklah dengan serta-merta mengemukakan aset, liabiliti, urusandan hal ehwalnya kepada kawalan itu, dan hendaklahmemperuntukkan Perbadanan dan, jika kawalan itu diambil aliholeh orang dilantik, juga kepada orang dilantik, segala kemudahanyang boleh dikehendaki untuk menjalankan urusan dan menguruskanaset, liabiliti dan hal ehwal, termasuk melupuskan aset institusianggota itu.

(2) Jika kawalan sesuatu institusi anggota telah diambil alihdi bawah perenggan 71(1)(c), Perbadanan atau orang dilantik,

Page 60: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia60 AKTA 642

mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah kekal mengawalaset, liabiliti, urusan dan hal ehwal institusi anggota berkenaan,dan menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabiliti danhal ehwal, termasuk melupuskan aset institusi itu atas nama danbagi pihak institusi itu sehingga pelantikan itu dibatalkan olehPerbadanan.

(3) Sepanjang tempoh kawalan sesuatu institusi anggota di bawahperenggan 71(1)(c), maka hendaklah terletak hak pada Perbadananatau pada orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan,semua kuasa institusi anggota, dan pengarahnya, di bawah dokumenkonstituen institusi itu, atau yang boleh dijalankan oleh institusianggota atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang,atau bagaimana jua pun selainnya, tidak kira sama ada kuasa ituboleh dilaksanakan melalui ketetapan, ketetapan khas atau mengikutapa-apa jua cara lain.

(4) Semasa tempoh kawalan sesuatu institusi anggota di bawahperenggan 71(1)(c) sedang berkuat kuasa, tiada pengarah institusianggota boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung,terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan institusi anggotaitu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan olehPerbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yangberkenaan, dan tiada saraan daripada apa-apa jua jenis boleh terakruatau kena dibayar kepada mana-mana pengarah institusi anggotaitu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis olehPerbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yangberkenaan, berhubung dengan apa-apa aktiviti yang dikehendakiatau dibenarkan sebagaimana yang disebut terdahulu oleh Perbadananatau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5) Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawasuatu penjalanan kuasa di bawah perenggan 71(1)(c) tidaklahmempunyai kesan sebagai memberi kepada, atau meletak hak pada,Perbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yangberkenaan, apa-apa hak kepada, atau apa-apa kepentingan benefisialdalam, mana-mana aset institusi anggota itu.

(6) Jika Perbadanan atau orang dilantik telah mengambil alihkawalan suatu institusi anggota di bawah perenggan 71(1)(c),Perbadanan atau orang dilantik—

(a) dalam menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabilitidan hal ehwal institusi anggota atau dalam menjalankan

Page 61: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 61

mana-mana transaksi yang berhubung dengan institusianggota itu atau aset, urusan dan hal ehwalnya, termasukmelupuskan aset, hendaklah disifatkan bertindak sebagaiejen kepada institusi anggota itu; dan

(b) tidak boleh, dengan sebab mengambil alih kawalan institusianggota itu atau apa-apa tindakan yang diambil olehnya,bertanggungan sebagai telah mengambil alih atau telahmenanggung apa-apa kewajipan atau liabiliti institusianggota itu atas dirinya sendiri.

(7) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh,sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi lima puluh riburinggit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kuasa mengurangkan modal syer dan membatalkan syer institusianggota di bawah perenggan 71(1)(c)

75. (1) Jika Perbadanan atau orang dilantik, telah mengambil alihkawalan institusi anggota di bawah perenggan 71(1)(c) danPerbadanan atau orang dilantik, berpendapat bahawa modal berbayarinstitusi itu telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yangada, Perbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yangberkenaan, boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatuperintah bagi mengurangkan modal syer institusi itu denganmembatalkan apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telahkerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada.

(2) Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawahsubseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusianggota, Mahkamah boleh—

(a) atas suatu permohonan oleh Perbadanan atau orang dilantik,mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b) jika, apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikhapa-apa panggilan yang dibuat oleh institusi anggota itukepada pemegang syernya supaya membayar syer merekamasing-masing, bayaran bagi apa-apa syer itu belum lagidibuat,

juga memerintahkan supaya syer itu yang bayarannya belum lagidibuat dibatalkan dengan sewajarnya.

Page 62: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia62 AKTA 642

(3) Jika modal syer sesuatu institusi anggota dikurangkandi bawah subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dibatalkandi bawah subseksyen (2), Perbadanan atau orang dilantik, mengikutmana-mana yang berkenaan, boleh menyebabkan dokumen konstitueninstitusi itu diubah dengan sewajarnya.

(4) Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan atau orang dilantikdi bawah peruntukan yang disebut terdahulu dalam seksyen inihendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang bolehdijalankan di bawah subseksyen 64(1) Akta Syarikat 1965, danjika sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawahsubseksyen (1)—

(a) Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasayang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64Akta Syarikat 1965 berhubung dengan suatu permohonanbagi pengesahan yang disebut dalam permohonan itu;dan

(b) subseksyen 64(9) dan (10) Akta Syarikat 1965 hendaklahterpakai berhubung dengan permohonan itu.

Penggantungan prosiding

76. (1) Jika Perbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-manayang berkenaan, telah mengambil alih kawalan sesuatu institusianggota di bawah perenggan 71(1)(c)—

(a) tiada injunksi boleh dibenarkan atau mana-mana tindakanatau prosiding guaman lain boleh dimulakan terhadapPerbadanan atau orang dilantik berkenaan denganpengambilalihan kawalan;

(b) tiada injunksi boleh dibenarkan atau mana-mana tindakanatau prosiding guaman lain boleh dimulakan atau diteruskanterhadap institusi anggota atau berkenaan dengan asetnya;

(c) tiada penahanan, garnisan, pelaksanaan atau carapenguatkuasaan lain suatu penghakiman atau perintahterhadap institusi anggota atau asetnya boleh diambilatau diteruskan;

Page 63: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 63

(d) tiada pemiutang institusi anggota mempunyai apa-aparemedi terhadap institusi anggota atau asetnya;

(e) tiada pemiutang mempunyai apa-apa hak tolakan terhadapinstitusi anggota, bagi lebih pasti, tidaklah termasukpenyatuan akaun yang disenggara dalam penjalanan biasabagi maksud memperuntukkan perkhidmatan penjelasandan penyelesaian atau perkhidmatan yang disebut dalamseksyen 79; dan

(f) tiada seseorang pun boleh menamatkan atau memindaapa-apa perjanjian dengan institusi anggota atau menuntutsuatu bayaran dipercepatkan di bawah apa-apa perjanjiansedemikian dengan institusi anggota itu hanya oleh sebab—

(i) ketidaksolvenan institusi anggota itu;

(ii) suatu keingkaran, sebelum pengambilalihan kawalandi bawah perenggan 71(1)(c) oleh Perbadanan atauorang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan,berkuat kuasa, oleh institusi anggota itu dalammelaksanakan kewajipannya di bawah perjanjianitu; atau

(iii) pengambilalihan kawalan di bawah perenggan71(1)(c) oleh Perbadanan atau orang dilantik,mengikut mana-mana yang berkenaan,

dari tarikh pengambilalihan kawalan institusi anggota itu olehPerbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yangberkenaan.

(2) Subseksyen (1) tidak boleh menghalang mana-mana orangyang menanggung kerugian daripada apa-apa tindakan Perbadananatau orang dilantik daripada memulakan suatu tindakan bagi gantirugi untuk kerugian yang dialami oleh orang itu.

(3) Walau apa-apa pun apa-apa tindakan yang dimulakanmenurut subseksyen (2), Perbadanan atau orang dilantik bolehmeneruskan penjalanan mana-mana atau kesemua kuasanya di bawahAkta ini.

Page 64: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia64 AKTA 642

Pelanjutan masa

77. Jika—

(a) bagi apa-apa maksud suatu tindakan dikehendaki dilakukandalam suatu tempoh yang tertentu atau sebelum suatumasa yang tertentu di bawah peruntukan mana-manaundang-undang atau mana-mana perjanjian; dan

(b) Akta ini menghalang tindakan itu daripada dilakukandalam tempoh atau sebelum masa itu,

maka tempoh itu disifatkan sebagai dilanjutkan atau masa itudisifatkan sebagai ditangguhkan selama tempoh tindakan itu dihalangoleh Akta ini daripada dilakukan.

Perjanjian diatasi bagi maksud perenggan 71(1)(c)

78. Jika Perbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-manayang berkenaan, telah mengambil alih kawalan suatu institusi anggotadi bawah perenggan 71(1)(c), apa-apa ketentuan dalam mana-manaperjanjian yang dibuat oleh institusi anggota itu sebelumpengambilalihan kawalan tidak mempunyai kuat kuasa atau kesansekiranya ia—

(a) mempunyai kesan untuk memperuntukkan bagi, ataumembenarkan, apa-apa jua pun, dalam perkara matan,yang bertentangan dengan seksyen 76; atau

(b) memperuntukkan, dalam perkara matan, bahawa atas—

(i) ketidaksolvenan institusi anggota itu;

(ii) keingkaran oleh institusi anggota itu dalampelaksanaan suatu kewajipan; atau

(iii) pengambilalihan kawalan,

institusi anggota itu terhenti untuk mempunyai hak untukmenggunakan atau berurusan dengan aset yang jika tidak, institusianggota itu sepatutnya ada.

Perbekalan dan pendahuluan lanjutan

79. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 76 dan 78 boleh ditafsirkansebagai—

(a) melarang seseorang daripada menghendaki bayaran dibuatsecara tunai bagi barangan, perkhidmatan, penggunaan

Page 65: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 65

harta dipajakkan atau dilesenkan atau balasan berhargalain yang diperuntukkan selepas pengambilalihan kawalandi bawah perenggan 71(1)(c) atau pelantikan seorangpenerima, pengurus atau penerima dan pengurus di bawahperenggan 71(1)(d), mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b) menghendaki pendahuluan wang atau kredit kepada suatuinstitusi anggota selepas pengambilalihan kawalan di bawahperenggan 71(1)(c) atau pelantikan seorang penerima,pengurus atau penerima dan pengurus di bawah perenggan71(1)(d), mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c) menghendaki peruntukan kepada sesuatu institusi anggota,selepas pengambilalihan kawalan di bawah perenggan71(1)(c) atau pelantikan seorang penerima, pengurus ataupenerima dan pengurus di bawah perenggan 71(1)(d) bagimana-mana perkhidmatan yang berikut jika dilakukanberkemungkinan, mengikut mana-mana yang berkenaan,pada pendapat munasabah orang yang memberikanperkhidmatan itu, akan menyebabkan orang yangmendahulukan wang atau kredit kepada suatu institusianggota setelah pengambilalihan kawalan atau pelantikanatau yang membawa kepada, selepas pengambilalihankawalan atau pelantikan berkenaan, kepada suatu tuntutanoleh orang itu terhadap suatu institusi anggota, iaitu:

(i) perkhidmatan pengurusan wang tunai;

(ii) perkhidmatan berhubung dengan penebusan suratcara hutang;

(iii) perkhidmatan berhubungan dengan pengeluaran suratkredit atau jaminan;

(iv) perkhidmatan pemerakuan cek;

(v) perkhidmatan perbekalan mata wang;

(vi) perkhidmatan pemindahan kumpulan wang danperkhidmatan perintah pengiriman wang;

(vii) perkhidmatan hantar serah sekuriti dan penyelesaian;

(viii) perkhidmatan kad caj, kad kredit, kad debit dankad bayaran;

(ix) perkhidmatan perbankan automatik dan mesin teler;

(x) perkhidmatan pemindahan kumpulan wang secaraelektronik di tempat jualan;

Page 66: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia66 AKTA 642

(xi) perkhidmatan cek konsainan;

(xii) perkhidmatan lain yang seumpama dengan yangdisebut dalam subperenggan (i) hingga (xi);

(xiii) mana-mana perkhidmatan daripada jenis yang samayang ditetapkan dalam peraturan; dan

(xiv) suatu jaminan liabiliti berkenaan dengan mana-manaperkhidmatan yang disebut dalam subperenggan (i)hingga (xiii).

Perjanjian atau transaksi kewangan

80. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 76 boleh menghalangpenamatan mana-mana perjanjian atau transaksi yang berikutmengikut termanya atau penolakan suatu amaun yang kena dibayardalam perjanjian atau transaksi itu termasuk:

(a) suatu perjanjian mata wang atau swap kadar faedah;

(b) suatu perjanjian semerta, niaga hadapan, hadapan ataupertukaran mata wang asing lain;

(c) suatu swap komoditi;

(d) suatu perjanjian belian semula;

(e) mana-mana terbitan, gabungan atau opsyen berkenaandengan, atau perjanjian yang seumpama dengan, suatuperjanjian atau transaksi yang disebut dalam perenggan(a) hingga (d);

(f) mana-mana perjanjian induk berkenaan denganmana-mana perjanjian atau transaksi yang disebut dalamperenggan (a) hingga (d);

(g) suatu jaminan liabiliti di bawah suatu perjanjian atautransaksi yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d);atau

(h) mana-mana perjanjian atau transaksi daripada jenis yangsama yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

Page 67: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 67

Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah perenggan71(1)(c) dan (d)

81. (1) Berkenaan dengan suatu institusi anggota yang Perbadananatau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, telahmengambil alih kawalan di bawah perenggan 71(1)(c) atau seorangpenerima, pengurus atau penerima dan pengurus telah dilantikdi bawah perenggan 71(1)(d), Perbadanan, orang dilantik, penerima,pengurus atau penerima dan pengurus, mengikut mana-mana yangberkenaan, hendaklah mempunyai kuasa—

(a) (i) untuk memasuki ke dalam mana-mana premis suatuinstitusi anggota dan mengambil milik dan kawalanatas aset dan menghendaki mana-mana orangdi dalam premis itu untuk bertanggungjawab danmenyerahkan kepada Perbadanan, orang dilantik,penerima, pengurus atau penerima dan pengurus,mengikut mana-mana yang berkenaan, milikan dankawalan atas aset itu;

(ii) tertakluk kepada subperenggan (iii), untuk menjualatau selainnya melupuskan aset dan aku janji urusaninstitusi anggota itu melalui triti persendirian ataujualan awam atau dengan apa-apa cara lain dan atasapa-apa terma dan syarat sebagaimana yangPerbadanan, orang dilantik, penerima, pengurus ataupenerima dan pengurus, mengikut mana-mana yangberkenaan, menyifatkannya sesuai;

(iii) untuk menjual atau selainnya melupuskanmana-mana aset yang tertakluk kepada sesuatuperjanjian yang mewujudkan suatu kepentingancagaran kepada mana-mana orang yang bersetujuuntuk mengambil alih kewajipan terjamin olehkepentingan cagaran itu;

(iv) untuk mengatur bagi pengambilalihan semua ataumana-mana bahagian liabiliti suatu institusi anggotaoleh seseorang;

(v) untuk menjalankan urusan sesuatu institusi anggotasetakat yang Perbadanan, orang dilantik, penerima,pengurus atau penerima dan pengurus, mengikutmana-mana yang berkenaan, menyifatkannya perluatau berfaedah;

Page 68: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia68 AKTA 642

(vi) untuk membawa guaman bagi, membela,mengkompromi dan menyelesaikan, atas nama suatuinstitusi anggota, apa-apa tuntutan yang dibuat olehatau terhadapnya;

(vii) atas nama suatu institusi anggota, membuat semuatindakan dan melaksanakan semua penerimaan dandokumen lain dan bagi maksud itu, apabila perlu,menggunakan meterai perbadanannya; atau

(viii) untuk membuat semua perkara lain sebagaimanayang perlu atau bersampingan dengan penjalananhak, kuasa, keistimewaan dan imuniti Perbadanan,orang dilantik, penerima, pengurus atau penerimadan pengurus; atau

(b) untuk mendapatkan balik daripada aset suatu institusianggota semua kos, caj dan perbelanjaan, termasuk saraan,yang dibelanjakan dengan sepatutnya oleh Perbadanan,orang dilantik, penerima, pengurus atau penerima danpengurus dalam penjalanan kuasa di bawahperenggan (a), diutamakan atas semua tuntutan lain.

(2) Tanpa membataskan subseksyen 74(6), jika Perbadanan,orang dilantik, penerima, pengurus atau penerima dan pengurusmenjalankan satu atau lebih kuasa di bawah subseksyen (1),Perbadanan, orang dilantik, penerima, pengurus atau penerima danpengurus itu tidak boleh, dengan sebab penjalanan kuasa demikian,dipertanggungkan sebagai telah mengambil alih ataudipertanggungkan apa-apa kewajipan atau liabiliti sesuatu institusianggota itu bagi dirinya sendiri.

Keutamaan bayaran dalam hal keadaan penggulungan institusianggota

82. (1) (a) Jika sesuatu institusi anggota digulung di bawahperenggan 71(1)(e), hasil likuidasi institusi anggotaitu hendaklah, tertakluk kepada seksyen 10 AktaProsiding Kerajaan 1956 [Akta 359] danperenggan (b), dibayar kepada pendeposit diutamakanatas semua liabiliti tidak bercagar lain:

Dengan syarat bahawa hasil daripada likuidasi—

(i) aset Islam hendaklah digunakan untukmembayar deposit Islam; dan

Page 69: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 69

(ii) aset konvensional hendaklah digunakan untukmembayar deposit konvensional:

Dengan syarat selanjutnya bahawamana-mana lebihan selepas membayar—

(A) deposit Islam di bawah subperenggan (i)hendaklah digunakan untuk membayardeposit konvensional; dan

(B) deposit konvensional di bawahsubperenggan (ii) hendaklah digunakanuntuk membayar deposit Islam; dan

(b) jika seseorang penerima, pengurus atau penerima danpengurus telah dilantik di bawah perenggan 71(1)(d) atausuatu institusi anggota telah digulung di bawah perenggan71(1)(e), semua kos, caj dan perbelanjaan yang sepatutnya,termasuk saraan, bagi penerima, pengurus, penerima danpengurus atau pelikuidasi yang dilantik hendaklah kenadibayar daripada aset institusi anggota itu diutamakanatas semua tuntutan lain.

(2) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah seksyen 100 dan berhubung dengan perenggan 71(1)(e),keutamaan bayaran bagi deposit Islam hendaklah mengikut carayang berikut:

(a) deposit Islam berasaskan jagaan; dan

(b) deposit Islam lain.

Pemakaian Akta Bank dan Institusi–Institusi Kewangan 1989atau Akta Bank Islam 1983

83. (1) Perbadanan dalam menggunakan mana-mana kuasanyadi bawah Bahagian ini terhadap sesuatu institusi anggota yangdilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi–Institusi Kewangan1989 atau di bawah Akta Bank Islam 1983, mengikut mana-manayang berkenaan, hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta itusebagai tambahan kepada peruntukan Akta ini dan tidak bolehmengurangkan Akta itu.

Page 70: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia70 AKTA 642

(2) Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasandi antara peruntukan Akta Bank dan Institusi–Institusi Kewangan1989 atau Akta Bank Islam 1983 dengan Akta ini, Akta-Akta ituhendaklah terpakai.

BAHAGIAN VII

KESALAHAN

Pengemukaan diri sebagai institusi anggota

84. (1) Tiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagaisuatu institusi anggota, atau menggambarkan yang ia ataumana-mana orang lain adalah diinsuranskan di bawah sistem insuransdeposit melainkan jika orang lain itu adalah suatu institusi anggota.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihilima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didendaharian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap harikesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pernyataan palsu

85. Mana-mana orang yang menyediakan, menandatangani,meluluskan atau menyetujui dalam mana-mana—

(a) akaun, pernyataan, penyata, laporan atau dokumen lainyang dikehendaki untuk dikemukakan kepada Perbadanandi bawah Akta ini yang dia tahu atau mempunyai sebabuntuk mempercayai adalah palsu, atau mengandungimaklumat palsu atau mengelirukan; atau

(b) penyata yang tidak menunjukkan maklumat berpatutanyang dikehendaki untuk dikemukakan kepada Perbadanandi bawah Akta ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai

Page 71: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 71

tambahan, didenda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgitbagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kegagalan untuk memberi maklumat, dsb.

86. Tiap-tiap institusi anggota yang gagal atau cuai—

(a) dalam masa yang ditentukan bagi berbuat demikian, untukmemberi Perbadanan apa-apa akaun, rekod, pernyataan,penyata, laporan atau dokumen lain berkenaan denganurusan atau hal ehwal suatu institusi anggota yangdikehendaki untuk dikemukakan kepada Perbadanandi bawah Akta ini; atau

(b) untuk memberi maklum balas, dalam masa yang ditentukandalam notis, kepada suatu permintaan bagi maklumatatau penjelasan berkenaan dengan suatu institusi anggotayang dibuat oleh atau bagi pihak Perbadanan di bawahAkta ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagaitambahan, didenda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagitiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kesalahan am

87. Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, mana-mana orang, selain Perbadanan, yang melakukan suatu kesalahandi bawah Akta ini, melanggar atau tidak mematuhi mana-manaperuntukan Akta ini atau apa-apa penentuan atau kehendak yangdibuat, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk,atau notis yang diberi, atau apa-apa batasan, terma, syarat atausekatan yang dikenakan, atau apa-apa perkara lain bagaimana juapun dilakukan, pada penjalanan mana-mana kuasa yang diberi dibawah, menurut atau menurut kuasa, mana-mana peruntukan Aktaini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a) dalam hal orang sebenar, didenda tidak melebihi limaratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh,

Page 72: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia72 AKTA 642

sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi limaribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusanselepas sabitan; atau

(b) dalam mana-mana hal lain, didenda tidak melebihi satujuta ringgit.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau bukan perbadananatau oleh pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

88. (1) Jika suatu kesalahan telah dilakukan oleh mana-manapertubuhan perbadanan atau bukan perbadanan di bawah Akta ini,mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan merupakanseorang pengarah, pegawai atau pengawal pertubuhan perbadananatau bukan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atasapa-apa sifat sedemikian, atau telah dengan apa jua cara atauapa-apa takat bertanggungjawab bagi pelaksanaan apa-apa urusanatau bagi pengurusan apa-apa aset, liabiliti atau hal ehwal pertubuhanperbadanan atau bukan perbadanan itu, atau telah membantu dalampengurusan sedemikian, melakukan kesalahan itu melainkan jikadia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpapersetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankansegala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itusebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, mengambil kirakepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(2) Jika mana-mana orang (selepas ini disebut sebagai “prinsipal”dalam subseksyen ini) adalah bertanggungan di bawah Akta inibagi apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan,peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakanhukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan,peninggalan, pengabaian atau keingkaran demikian yang dilakukanoleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh keraniatau pekhidmat ejen itu.

(3) Subseksyen (2) hendaklah terpakai jika perbuatan, peninggalan,pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani ataupekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau olehejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh keraniatau pekhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejenitu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Page 73: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 73

(4) Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” hendaklah mempunyaierti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1)Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Kuasa Perbadanan untuk mengkompaun kesalahan

89. (1) Perbadanan, dengan persetujuan Pendakwa Raya, bolehdalam hal yang difikirkannya layak dan patut untuk berbuatsedemikian, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan olehmana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, denganmembuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkesalahan dengan membayar kepada Perbadanan dalam masa yangditentukan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang sebagaimanayang ditentukan dalam tawaran itu yang tidak boleh melebihi limapuluh peratus daripada amaun denda maksimum termasuk dendaharian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yangakan dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan ataskesalahan itu.

(2) Apa-apa wang yang dibayar kepada Perbadanan menurutperuntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadisebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat padabila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelumapa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaunyang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yangditentukan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yangdiberikan oleh Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu bolehdimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yangkepadanya tawaran itu dibuat.

(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen(1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengankesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untukmengkompaun itu dibuat.

Mahkamah boleh memerintahkan pematuhan

90. Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawahAkta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-manadenda atau tempoh pemenjaraan yang boleh dikenakan,memerintahkan orang itu untuk membetulkan pelanggaran Aktaini yang berkenaan dengannya orang itu telah disabitkan.

Page 74: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia74 AKTA 642

Hukuman kewangan tambahan

91. Jika seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawahAkta ini, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa sebagaiakibat daripada pelakuan kesalahan itu orang yang disabitkan itumemperoleh suatu faedah kewangan atau bahawa suatu faedahkewangan telah terakru kepada orang itu, memerintahkan orangyang disabitkan itu untuk membayar, walau apa pun amaunmaksimum mana-mana denda yang selainnya boleh dikenakandi bawah Akta ini, suatu denda tambahan dalam suatu amaun yangsama dengan anggaran mahkamah mengenai amaun faedah kewanganitu.

Perintah pematuhan atau penyekatan

92. Jika seseorang tidak mematuhi mana-mana peruntukan Aktaini yang terpakai berkenaan dengan orang itu, Perbadanan bolehmemohon kepada suatu Mahkamah Tinggi untuk suatu perintahmengarahkan orang itu mematuhi atau menyekat orang itu daripadabertindak melanggar peruntukan itu dan, atas permohonan itu,mahkamah boleh memerintahkan sedemikian dan membuatapa-apa perintah selanjutnya yang difikirkannya patut.

Mendapatkan balik denda

93. Segala denda yang kena dibayar di bawah Akta ini bolehdidapatkan balik dan dikuatkuasakan, dengan kos, atas tindakanguaman oleh Perbadanan, dimulakan oleh Perbadanan dan, apabiladidapatkan balik, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagiandaripada Kumpulan Wang Disatukan.

BAHAGIAN VIII

PERUNTUKAN AM

Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan

94. (1) Melainkan diperuntukkan sebaliknya secara nyata dalamAkta ini, jika, bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya,pelaksanaan mana-mana fungsinya, atau penunaian mana-manatugasnya, di bawah Akta ini, Perbadanan menghendaki apa-apa

Page 75: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 75

maklumat daripada mana-mana institusi anggota atau daripadamana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusianggota, dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusanatau hal ehwal institusi anggota atau perbadanan yang berkaitanitu, institusi anggota atau perbadanan yang berkaitan itu hendaklah,walau apa pun subseksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-InstitusiKewangan 1989 atau subseksyen 34(1) Akta Bank Islam 1983,mengemukakan maklumat itu kepada Perbadanan.

(2) Mana-mana pegawai atau ejen institusi anggota atauperbadanan yang berkaitan atau mana-mana orang lain yangmempunyai akses atau memegang atau memiliki buku, rekod, akaunatau dokumen lain suatu institusi anggota atau perbadanan yangberkaitan hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta secara bertulisoleh Perbadanan untuk melakukan sedemikian, mengemukakanbuku, rekod, akaun atau dokumen lain itu kepada Perbadanansebagaimana yang ia kehendaki.

(3) Jika maklumat yang didapati oleh Perbadanan di bawahsubseksyen (1) atau (2) berhubung dengan akaun, urusan atauhal ehwal mana-mana pelanggan mana-mana institusi anggota atauperbadanan yang berkaitan yang membekalkan maklumat, makamaklumat itu hendaklah menjadi rahsia di antara Perbadanan denganinstitusi anggota itu atau perbadanan yang berkaitan yangmembekalkannya.

(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendakdi bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh,sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi tiga puluh riburinggit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pengemukaan maklumat kepada Bank Negara Malaysia

95. Bank Negara Malaysia berhak kepada semua maklumat yangdidapati oleh atau dikemukakan kepada Perbadanan, sama adasemasa menjalankan suatu pemeriksaan, penelitian atau selainnya,berkenaan dengan urusan dan hal ehwal institusi anggota ataumana-mana subsidiarinya atau gabungannya atau mana-mana orangyang berurusan dengan institusi anggota itu atau mana-mana subsidiariatau gabungannya, yang berkaitan dengan keselamatan dan kekukuhanatau pengendalian, institusi anggota itu.

Page 76: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia76 AKTA 642

Pengiktirafan kehakiman

96. Mahkamah hendaklah mengambil pengiktirafan kehakimanmengenai—

(a) apa-apa fakta atau perkara yang dikehendaki disiarkandi bawah Akta ini; dan

(b) apa-apa fakta atau perkara yang dinyatakan dalamapa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Penggulungan Perbadanan

97. Tiada statut yang berhubungan dengan ketidaksolvenan ataupenggulungan mana-mana pertubuhan perbadanan terpakai bagiPerbadanan dan tiada dalam apa jua keadaan urusan dan hal ehwalPerbadanan boleh digulungkan.

Imuniti

98. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa juapun prosiding lain boleh dibuat atau dibawa, dimulakan ataudikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapanmana-mana pihak berkuasa lain terhadap—

(a) Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri;

(b) Menteri;

(c) Perbadanan;

(d) Bank Negara Malaysia;

(e) mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau ejenmana-mana Kerajaan, Perbadanan atau Bank NegaraMalaysia, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya;

(f) penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasiatau konservator yang dilantik menurut Akta ini; atau

(g) mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihakmana-mana Kerajaan, Perbadanan, Bank Negara Malaysia,mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau ejen, samaada secara peribadi atau atas sifatnya sebagai seorangyang bertindak bagi pihak sedemikian,

Page 77: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 77

bagi atau oleh kerana, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatanyang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkandaripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukanatau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurutatau pada melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yangdimaksudkan, Akta ini, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan,petunjuk, notis atau apa-apa jua pun perkara lain yang dikeluarkandi bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu telahdilakukan atau dibuat, atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat,dengan suci hati.

(2) Bagi maksud seksyen ini, mana-mana anggota pentadbiranKerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri hendaklah disifatkan sebagaiseorang pegawai Kerajaan masing-masing.

(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkansebagai untuk melepaskan Perbadanan daripada kewajipan untukmembuat bayaran berkenaan dengan suatu deposit diinsuranskandi bawah Akta ini.

Pemakaian dan ketidakpakaian Akta lain

99. (1) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Perbadanan atau pengarah, pegawai, pekerjaatau ejen Perbadanan berkenaan dengan mana-mana perbuatan,peninggalan, pengabaian atau pengingkaran yang dibuat ataudilakukan olehnya atas sifat rasminya.

(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidaklah terpakaibagi Perbadanan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan, kaedah-kaedah,perintah, undang-undang kecil, arahan, garis panduan, pekelilingatau nota

100. (1) Perbadanan boleh membuat, dari semasa ke semasa—

(a) dengan kelulusan Menteri, apa-apa peraturan, kaedah atauperintah; atau

Page 78: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia78 AKTA 642

(b) undang-undang kecil, arahan, garis panduan, pekelilingatau nota,

sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesansepenuhnya kepada peruntukan Akta ini, untuk menjalankan ataumencapai objektif dan maksud Akta ini, atau mana-manaperuntukannya, atau untuk melaksanakan peruntukan Akta iniselanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah.

(2) Mana-mana peraturan, kaedah, perintah, undang-undang kecil,arahan, garis panduan, pekeliling atau nota yang dibuat di bawahseksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana kelas,kategori atau perihal orang dan peruntukan berlainan boleh dibuatbagi orang, kelas, kategori atau perihal orang yang berlainan.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apaperaturan, kaedah, perintah, undang-undang kecil, arahan, garispanduan, pekeliling atau nota boleh dibuat berkenaan dengan—

(a) borang, termasuk borang pemberitahuan, notis danperakuan, bagi maksud Akta ini;

(b) kelakuan, urusan dan hal ehwal Perbadanan;

(c) deposit seorang pemegang amanah, pemilik bersama atausuatu deposit bagi suatu perniagaan atau amalan profesionaldi bawah seksyen 49;

(d) perlindungan deposit dan hal yang berkaitan dengannyamengenai yang berikut:

(i) jika seseorang telah mendepositkan dengan dua ataulebih institusi anggota yang bergabung dan terusberoperasi sebagai satu institusi anggota di bawahseksyen 50; atau

(ii) jika deposit itu akan diperoleh oleh seorang yangbukan suatu institusi anggota di bawah seksyen 51;

(e) keutamaan bayaran bagi deposit Islam berhubung dengandeposit Islam berdasarkan jagaan dan deposit Islam yanglain;

Page 79: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 79

(f) pulangan atau faedah yang kena dibayar di bawahsubsubperenggan 1(12)(j) Jadual Kedua;

(g) borang, kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan;atau

(h) apa-apa jua di bawah Akta ini yang dikehendaki untukdibuat sebagai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah,perintah, undang-undang kecil, arahan, garis panduan,pekeliling atau nota.

(4) Apa-apa peraturan atau perintah yang dibuat di bawah seksyenini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkandi hadapan Dewan Rakyat secepat yang dapat dilaksanakan selepaspenyiarannya.

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 73]

JAWATANKUASA PENTAKSIR

Tafsiran

1. Dalam seksyen 73 dan Jadual ini—

“pemegang syer menentang” ertinya pemegang syer suatu institusi anggota,sama ada secara berseorangan atau secara kolektif memegang agregat syer tidakkurang daripada lima peratus daripada modal dikeluarkan dan berbayar institusianggota, yang mempertikaikan harga diperniagakan;

“harga diperniagakan” ertinya harga pada mana suatu jualan atau pelupusanapa-apa aset atau urusan substansial suatu institusi anggota yang Perbadananatau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah mengambilalih kawalan di bawah perenggan 71(1)(c) yang telah diperniagakan di bawahperenggan 2.

Notis

2. (1) Jika Perbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan,telah mengambil alih kawalan mana-mana institusi anggota di bawah perenggan71(1)(c) dan Perbadanan atau orang dilantik mengurus niaga mana-mana asetatau urusan substansial institusi anggota itu secara jualan atau pelupusan,Perbadanan atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklahmemberi notis mengenai jualan atau pelupusan itu dalam sekurang-kurangnyadua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, satu daripadanya hendaklahdalam bahasa kebangsaan.

Page 80: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia80 AKTA 642

(2) Notis di bawah subperenggan (1) hendaklah—

(a) menyatakan harga diperniagakan; dan

(b) menentukan bahawa mana-mana pemegang syer menentang boleh,tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh notis di bawahsubperenggan (1), memohon secara bertulis kepada Perbadanan bagisuatu kajian semula mengenai kemunasabahan harga diperniagakanoleh Jawatankuasa Pentaksir.

(3) Suatu permohonan di bawah subsubperenggan (2)(b) hendaklah dalambentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

Kajian semula harga jualan aset atau urusan substansial oleh JawatankuasaPentaksir

3. (1) Jika Perbadanan menerima mana-mana permohonan daripada mana-manapemegang syer menentang di bawah subsubperenggan 2(2)(b), ia hendaklahdalam masa yang munasabah menubuhkan Jawatankuasa Pentaksir dan merujukpermohonan itu kepada Jawatankuasa itu.

(2) Jawatankuasa Pentaksir hendaklah terdiri daripada tiga orang, yang dipilihdaripada suatu panel yang mengandungi sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri,atas syor Perbadanan.

(3) Tiada tindakan atau prosiding oleh Jawatankuasa Pentaksir menjadi tidaksah semata-mata oleh sebab—

(a) apa-apa kecacatan dalam penubuhan Jawatankuasa Pentaksir; atau

(b) apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan dalam prosidingJawatankuasa Pentaksir.

Kuasa Jawatankuasa Pentaksir untuk mengkaji semula kemunasabahanharga diperniagakan

4. (1) Apabila suatu permohonan pemegang syer menentang dirujukkan kepadaJawatankuasa Pentaksir di bawah subperenggan 3(1), ia hendaklah mengkajisemula kemunasabahan harga diperniagakan itu.

(2) Dalam mengkaji semula kemunasabahan harga diperniagakan itu,Jawatankuasa Pentaksir hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:

(a) apa-apa perkara yang ia rasakan berkaitan termasuk fakta bahawasuatu notis dalam perenggan 2 telah dikeluarkan; dan

(b) keadaan pasaran yang terpakai bagi jualan atau pelupusan aset yangseumpama atau urusan di bawah suatu penerimaan atau likuidasi,

dan dalam semua keadaan ia hendaklah menolak faedah yang diperoleh daripadamana-mana bantuan kewangan khas yang diperuntukkan, secara langsung atautidak langsung, kepada institusi anggota oleh Perbadanan atau Bank NegaraMalaysia.

Page 81: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 81

(3) Walau apa pun subperenggan (2), jika suatu institusi anggota adalahtidak solven, balasan sebanyak satu ringgit adalah disifatkan sebagai munasabah.

(4) Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa—

(a) harga diperniagakan adalah rendah daripada harga yang padapendapatnya adalah balasan munasabah bagi aset atau urusan substansial(dalam subperenggan ini disebut sebagai “harga munasabah”), iahendaklah menasihatkan Perbadanan supaya membayar kepada institusianggota itu perbezaan di antara harga diperniagakan dengan hargamunasabah itu dan Perbadanan hendaklah dalam apa-apa tempohyang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir membayar hargaperbezaan itu kepada institusi anggota itu; atau

(b) harga diperniagakan adalah harga munasabah, ia hendaklahmenasihatkan Perbadanan sewajarnya.

(5) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh anggota Jawatankuasa Pentaksiryang mengesahkan mana-mana keputusan Jawatankuasa Pentaksir hendaklahmenjadi keterangan muktamad bagi keputusan itu.

Pemegang syer menentang hendaklah diberitahu keputusan JawatankuasaPentaksir

5. Perbadanan hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan memberitahupemegang syer menentang mengenai keputusan Jawatankuasa Pentaksir di bawahsubperenggan 4(5).

Honorarium dan elaun

6. Pentaksir yang dilantik di bawah perenggan 3 hendaklah dibayar denganapa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan sara hidup sebagaimana yangdiputuskan oleh Lembaga.

JADUAL KEDUA

[Seksyen 26]

PELETAKHAKAN STATUTORI

Perakuan peletakhakan

1. (1) Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yanglain—

“kepentingan berdaftar” ertinya apa-apa hak atau kepentingan dalam—

(a) suatu gadaian yang subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965 terpakaidan yang didaftarkan sewajarnya mengikut subseksyen itu; dan

(b) tanah yang telah didaftarkan sewajarnya di bawah Akta HakmilikStrata 1985 [Akta 318], Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabahatau Kanun Tanah Sarawak;

Page 82: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia82 AKTA 642

“kepentingan dalam tanah” ertinya—

(a) apa-apa kepentingan dalam tanah, sama ada berdaftar atau boleh didaftar,termasuk kepentingan yang baginya Akta Hakmilik Strata 1985 terpakaidan yang boleh dipindahmilikkan di bawah Bahagian Empat BelasKanun Tanah Negara atau Bahagian V Ordinan Tanah Sabah atauBahagian VII Kanun Tanah Sarawak;

(b) apa-apa kaveat pemegang lien atau kaveat lain; dan

(c) apa-apa hak dan kelayakan lain yang berhubungan dengan tanah;

“kewajipan didedahkan” ertinya sesuatu kewajipan atau liabiliti yang terhutangkepada penanggung kewajipan oleh penjual di bawah atau berkenaan denganaset dan kewajipan atau liabiliti itu didedahkan oleh penjual kepada pembelisecara bertulis sebelum tarikh peletakhakan;

“pembeli” digunakan dalam rujukan kepada—

(a) suatu pemerolehan di bawah subperenggan 25(2)(a)(i) atau menurutperenggan 4 Jadual Keempat ertinya Perbadanan atau subsidiarinyayang subsidiari itu telah ditetapkan di bawah subseksyen 10(2); dan

(b) suatu pelupusan di bawah perenggan 25(2)(b) atau 28(1)(b) ertinyaseseorang yang kepadanya aset itu dilupuskan di bawah perengganitu;

“penanggung kewajipan” ertinya mana-mana orang yang berhutang suatutugas atau kewajipan dalam apa-apa bentuk, sama ada pada masa sekarang ataupada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, kepada penjualdi bawah atau berkenaan dengan sesuatu aset, termasuk tanpa batasan, seseorangpenanggung kewajipan di bawah suatu kemudahan pembiayaan Islam, kemudahankredit konvensional, cagaran atau hak dalam tindakan yang lain;

“penjual” digunakan dalam rujukan kepada—

(a) perenggan 25(2)(a) ertinya suatu institusi anggota yang disebut dalamperenggan itu; dan

(b) perenggan 25(2)(b) atau 28(1)(b) ertinya Perbadanan;

“perakuan peletakhakan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawahsubperenggan 1(3) dan termasuklah suatu perakuan peletakhakan gantian yangdikeluarkan di bawah perenggan 3;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang dinyatakan dalam suatu perakuanpeletakhakan sebagai tarikh yang mana suatu aset terletak hak pada pembeli;

“tuntutan didedahkan” ertinya apa-apa tuntutan khusus yang didedahkankepada pembeli oleh penjual secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan;

(2) Suatu perakuan peletakhakan boleh dalam apa-apa bentuk sebagaimanayang diputuskan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

Page 83: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 83

(3) Jika Perbadanan bercadang untuk memperoleh atau melupuskan suatuaset menurut peruntukan peletakhakan statutori yang dinyatakan dalam Jadualini, Perbadanan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan peletakhakan mengikutJadual ini.

(4) Suatu perakuan peletakhakan hendaklah dikeluarkan di bawah meteraiperbadanan atau meterai faksimile Perbadanan.

(5) Suatu perakuan peletakhakan boleh dikeluarkan oleh Perbadanan sebelum,semasa atau selepas tarikh peletakhakan.

(6) Jika Perbadanan memperoleh atau melupuskan suatu aset denganmengeluarkan suatu perakuan peletakhakan—

(a) dalam hal sekiranya aset itu dipegang berseorangan oleh penjual, asetitu hendaklah pada dan dari tarikh peletakhakan itu terletak hak padapembeli; dan

(b) dalam hal sekiranya aset itu dipegang bersesama oleh penjual danseorang yang lain, aset itu hendaklah pada dan dari tarikh peletakhakanitu terletak hak pada pembeli bersesama dengan seorang yang lain itu.

(7) Suatu perakuan peletakhakan yang menyatakan bahawa suatu aset telahdiletak hak pada pembeli hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenaipeletakhakan itu pada tarikh peletakhakan.

(8) Tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang termasuk subseksyen4(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], rukun undang-undang atauperjanjian yang membataskan atau melarang hak penjual atau menghendakiapa-apa persetujuan untuk menyerah hak, menjual, melupus atau memindah asetitu hendaklah terpakai atau mempunyai apa-apa kuat kuasa berkenaan denganapa-apa pemerolehan oleh pembeli atau pelupusan oleh penjual, kecuali bahawasesuatu pelupusan aset oleh penjual itu hendaklah tertakluk kepada kelulusanbadan kawal selia yang berkaitan atau Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitanyang mempunyai bidang kuasa atas pelupusan itu.

(9) Jika aset yang diperoleh oleh pembeli mengikut Jadual ini adalah suatukemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional, pembeliadalah disifatkan telah memberi pembiayaan, pendahuluan, pinjaman ataukemudahan lain atau memberi jaminan, mengikut mana-mana yang berkenaan,walau apa pun pembiayaan, pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain ataujaminan yang telah digunakan atau dikeluarkan oleh penjual.

(10) Jika cagaran bagi suatu kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahankredit konvensional yang diletak hak di bawah Jadual ini pada pembeli termasuklahsuatu syer—

(a) bagi maksud perenggan 6A(9)(b) Akta Syarikat 1965, pembeli ituhendaklah disifatkan memegang suatu kepentingan dalam syer hanyamelalui cagaran bagi maksud suatu transaksi yang dalam penjalananurusan biasa berkaitan dengan peminjaman wang; dan

Page 84: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia84 AKTA 642

(b) kepentingan pembeli dalam syer hendaklah diabaikan bagi maksudseksyen 6A Akta Syarikat 1965.

(11) Pembeli hendaklah, pada dan dari tarikh peletakhakan sesuatu aset,memperoleh segala hak, hakmilik dan kepentingan penjual, pada masa sekarangdan pada masa hadapan, dan kewajipan yang didedahkan oleh penjual padamasa sekarang dan pada masa hadapan berkaitan dengan, aset itu, bebas daripadaapa-apa bebanan atau tuntutan kecuali apa-apa kepentingan berdaftar yang terpakaipada tarikh peletakhakan dan tuntutan didedahkan.

(12) Tanpa menjejaskan subperenggan (6), (7), (8), (9), (10) dan (11), berhubungdengan sesuatu aset yang terletak hak pada pembeli—

(a) setiap penanggung kewajipan berkenaan dengan aset itu hendaklahdisifatkan telah membebaskan dan melepaskan penjual daripadakewajipan didedahkan berkenaan dengan aset itu;

(b) setiap penanggung kewajipan dan tiap-tiap orang lain yang mempunyaiapa-apa hak, hakmilik atau kepentingan dalam aset itu hendaklahdisifatkan telah bersetuju dengan dan menerima pengambilalihan olehpembeli bagi semua kewajipan didedahkan berkenaan denganaset itu;

(c) sesuatu surat cara sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu suratikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah,di bawah atau menurut kuasanya, penjual mempunyai hakmilik ataupemunyaan atau hak ke atas aset itu, hendaklah ditafsirkan dan hendaklahmempunyai kuat kuasa seolah-olah apa-apa sebutan di dalamnyamengenai penjual telah digantikan dengan sebutan mengenai pembeli;

(d) sesuatu surat cara sedia ada berhubung dengan aset itu yang penjualadalah suatu pihak kepadanya hendaklah mempunyai kuat kuasa setakatyang ia terpakai kepada kewajipan yang didedahkan, tuntutan didedahkandan kepentingan berdaftar seolah-olah pembeli adalah menjadi suatupihak kepada surat cara itu dan bukannya penjual;

(e) sesuatu mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau persetujuansedia ada berhubung dengan aset itu yang telah diberikan kepadapenjual, sama ada bersendirian atau secara bersesama dengan oranglain, hendaklah disifatkan mempunyai kuat kuasa, seolah-olah diberikankepada pembeli sama ada bersendirian atau bersesama dengan oranglain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(f) jika aset itu ialah cagaran yang dipegang sebaik sebelum tarikhpeletakhakan oleh penjual, atau oleh seorang penama atau oleh pemegangamanah bagi penjual, sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasanapa-apa liabiliti, termasuk apa-apa liabiliti yang berbangkit daripadapendahuluan masa depan, oleh mana-mana orang, cagaran itu hendaklahdipegang oleh pembeli, penama itu atau pemegang amanah itu sebagaipenama, atau pemegang amanah bagi, pembeli, mengikut mana-manayang berkenaan, dengan keutamaan yang sama seperti penjual, dansetakat liabiliti itu, hendaklah tersedia kepada pembeli sebagai cagaranbagi pembayaran atau pelepasan liabiliti itu;

Page 85: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 85

(g) sebagai tambahan kepada apa-apa hak, kuasa atau remedi lain yangdiberikan kepada pembeli dalam Jadual ini, pembeli hendaklahmempunyai hak, kuasa dan remedi (dan khususnya hak dan kuasayang sama tentang pengambilan atau penentangan undang-undangatau prosiding lain atau pembuatan atau penentangan permohonankepada mana-mana pihak berkuasa) untuk menentukan, melindungiatau menguatkuasakan hak, hakmilik, kepentingan atau kewajipandidedahkan terletak hak pada pembeli termasuklah hak, hakmilik,kepentingan atau kewajipan itu berhubung dengan mana-manaundang-undang atau prosiding lain atau permohonan kepadamana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikhpeletakhakan oleh atau terhadap penjual, dan penentangan mana-manatuntutan didedahkan atau kepentingan berdaftar seolah-olah merekapada setiap masa mempunyai hak, hakmilik, kepentingan atau kewajipanpembeli;

(h) sesuatu penghakiman atau award yang didapati oleh penjual berhubungdengan aset itu dan tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikhpeletakhakan hendaklah dikuatkuasakan oleh pembeli;

(i) tiada pemerolehan oleh pembeli atau pelupusan oleh penjual, akanaset itu menjadi tidak sah atau boleh jadi tidak sah disebabkan olehpemakaian mana-mana undang-undang; atau

(j) jika apa-apa—

(i) bentuk pulangan atas kemudahan pembiayaan Islam; atau

(ii) faedah,

yang kena dibayar di bawah mana-mana perjanjian berkenaan denganaset itu tidak lagi boleh diputuskan sebagaimana yang diperuntukkandalam perjanjian itu, pulangan atau faedah kena dibayar itu hendaklahsebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 100 atau dalamapa-apa hal tertentu, sebagaimana yang pembeli bersetuju denganpenanggung kewajipan.

(13) Tanpa menjejaskan subperenggan (6), (7), (8), (9), (10), (11) dan (12),sesuatu peletakhakan apa-apa aset kepada pembeli tidak boleh—

(a) dianggap sebagai meletakkan—

(i) pembeli itu;

(ii) penjual itu;

(iii) mana-mana orang yang mendapat hakmilik daripada pembeli;atau

(iv) mana-mana orang lain,

yang mungkir atau ingkar di bawah, apa-apa kontrak atau pecahkepercayaan;

(b) dianggap sebagai menimbulkan suatu hak atau tugas bagi mana-manaorang untuk—

(i) menamatkan, membatalkan atau mengubahsuaikan sesuatuperjanjian;

Page 86: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia86 AKTA 642

(ii) menguatkuasakan atau mempercepatkan pelaksanaan sesuatukewajipan; atau

(iii) menghendaki pelaksanaan sesuatu kewajipan yang tidak secaralain berbangkit untuk pelaksanaan;

(c) dianggap sebagai meletakkan penjual, pembeli atau mana-mana oranglain dalam melanggar mana-mana undang-undang, rukunundang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawalselia penyerahhakan, jualan, pelupusan atau pindah milik apa-apa asetatau pendedahan maklumat;

(d) melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu kewajipan;

(e) menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; atau

(f) dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apahak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai)atau keutamaan yang penjual berhak kepadanya dan yang menurutkuasa perenggan ini telah meletak hak pada pembeli.

(14) Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (6), (7), (8), (9), (10), (11),(12) dan (13) tetapi tertakluk kepada perenggan 2, dalam mana-mana prosidingyang dibawa oleh atau terhadap pembeli berkenaan dengan apa-apa aset yangterletak hak pada pembeli menurut Jadual ini, tiada seorang pun boleh, melainkanjika tuntutan itu adalah suatu tuntutan didedahkan, menimbulkan apa-apa tuntutanatau pembelaan kepada prosiding itu mana-mana perkara yang berikut:

(a) orang itu ada atau mungkin ada suatu tolakan atau tuntutan balasterhadap penjual atau mana-mana orang lain;

(b) mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terdahulu, sama adadi sisi undang-undang atau ekuiti, dalam aset itu;

(c) mana-mana orang yang menjadi pihak kepada atau mengambil bahagiandengan apa-apa fraud, desakan, paksaan, pengaruh tidak wajar atausalah nyata;

(d) terdapat kesilapan undang-undang atau fakta;

(e) mana-mana perjanjian yang berkaitan dengan aset itu adalah bagimelaksanakan maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apabalasan yang diberikan atau diterima di bawahnya adalah menyalahiundang-undang, atau objektif perjanjian itu yang membentuk ataumenjadi sebahagian daripada aset itu adalah menyalahi undang-undang;

(f) terdapat kegagalan balasan secara menyeluruh atau tiada balasan atauterdapat apa-apa balasan yang gagal sebahagiannya;

(g) orang yang menyempurnakan, disifatkan telah menyempurnakan ataumenjadi pihak kepada, mana-mana dokumen hakmilik bagi aset ituatau kontrak bertulis yang menjadi keterangan, membangkitkan ataumenjamin aset itu, tidak memahami dokumen itu;

Page 87: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 87

(h) orang yang menyempurnakan, disifatkan telah menyempurnakan ataumenjadi pihak kepada, apa-apa dokumen hakmilik bagi aset itu ataukontrak bertulis yang menjadi keterangan, membangkitkan atau menjaminaset itu, tidak mempunyai keupayaan atau kuasa untuk melakukannya;dan

(i) terdapat suatu kekhilafan dalam mana-mana penyata akaun yangdikeluarkan oleh penjual atau mana-mana orang lain berkenaan denganapa-apa hutang berhubung dengan aset itu.

Pengekalan hak

2. (1) Seseorang yang dihalang daripada membuat suatu tuntutan terhadap mana-mana pembeli atau dihalang daripada membangkitkan suatu pembelaan terhadappembeli itu di bawah Jadual ini, adalah berhak meminta pampasan terhadappenjual berkaitan dengan tuntutan itu.

(2) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa orang yang disebut dalamsubperenggan (1) mempunyai tuntutan terhadap penjual termasuk mana-manakepentingan ekuiti terdahulu dalam aset itu yang mungkin dapat dibangkitkanatau dituntut oleh orang itu tetapi dihalang oleh subperenggan 1(14) orang ituadalah berhak mendapat pampasan daripada penjual berkenaan dengan tuntutanitu yang pada pertimbangan Mahkamah adalah adil dan munasabah.

Perakuan peletakhakan gantian

3. (1) Perbadanan boleh mengeluarkan suatu perakuan peletakhakan baru untukmenggantikan mana-mana perakuan peletakhakan yang telah dikeluarkannyasebelum ini bagi maksud membetulkan apa-apa peninggalan atau khilaf dalamperakuan peletakhakan itu.

(2) Apa-apa perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawahsubperenggan (1) disempurnakan di bawah meterai perbadanan atau meteraifaksimile Perbadanan menyatakan bahawa suatu aset telah diletak hak padapembeli hendaklah menjadi keterangan muktamad akan peletakhakan itu padamasa tarikh peletakhakan dinyatakan dalam perakuan peletakhakan gantian itu.

(3) Jika mana-mana undang-undang menyatakan suatu tempoh waktu yangmana suatu pindah milik apa-apa aset yang dinyatakan sebagai subjek suatuperakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subperenggan (1)hendaklah didaftarkan atau difailkan, tempoh itu hendaklah bermula dari tarikhperakuan peletakhakan gantian itu dikeluarkan.

(4) Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pembeli, penjual, konservatoratau mana-mana orang lain, dalam pergantungan kepada suatu perakuanpeletakhakan yang sebelumnya dikeluarkan tidaklah terjejas oleh mana-manapeninggalan atau khilaf yang diperbetulkan dalam suatu perakuan peletakhakangantian yang dikeluarkan di bawah subperenggan (1).

(5) Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan bagi suatu perakuan peletakhakanhendaklah disifatkan termasuklah suatu sebutan bagi suatu perakuan peletakhakangantian yang dikeluarkan di bawah subperenggan (1).

Page 88: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia88 AKTA 642

Peruntukan tambahan mengenai tanah

4. (1) Walau apa pun peruntukan Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah,Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang lain, apa-apa kaveatatau perintah larangan yang telah dimasukkan, didaftarkan atau diserah simpan,sebelum, pada atau selepas, atau diserahkan untuk catatan, pendaftaran atauserahan simpan pada atau selepas, tarikh peletakhakan itu tidaklah boleh menghalangsuatu pindah milik apa-apa kepentingan dalam tanah penjual kepada pembeli.

(2) Jika suatu perakuan peletakhakan meletak hak pada pembeli apa-apakepentingan dalam tanah—

(a) di Semenanjung Malaysia, apabila diterima—

(i) bayaran fi yang ditetapkan; dan

(ii) perakuan peletakhakan,

Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara hendaklah, tanpa keperluanbagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumenlanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran danmembuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan semuaperkara yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;

(b) di Sabah, apabila diterima—

(i) bayaran fi yang ditetapkan; dan

(ii) perakuan peletakhakan,

Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sabah hendaklah, tanpa keperluanbagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumenlanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran danmembuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan semuaperkara yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;atau

(c) di Sarawak, apabila diterima—

(i) bayaran fi yang ditetapkan; dan

(ii) perakuan peletakhakan,

Pendaftar di bawah Kanun Tanah Sarawak hendaklah, tanpa keperluanbagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumenlanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran danmembuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan semuaperkara yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu.

(3) Bagi maksud Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah, Kanun TanahSarawak atau mana-mana undang-undang lain, suatu perakuan peletakhakanhendaklah menjadi keterangan muktamad tentang suatu peletakhakan akan sesuatukepentingan dalam tanah pada pembeli.

Page 89: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 89

Pendaftar lain hendaklah memberi kuat kuasa kepada perakuan peletakhakan

5. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain, PendaftarSyarikat, pendaftar kapal Malaysia, depositori pusat, ejen depositori yang diberikuasa dan mana-mana orang yang menyenggarakan suatu daftar atau rekodpemilikan, kepentingan atau cagaran, mengikut mana-mana yang berkenaan,(dalam perenggan ini disebut sebagai “Pendaftar”) hendaklah, apabila diterima—

(a) bayaran fi yang ditetapkan; dan

(b) perakuan peletakhakan,

tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumenlanjut, melaksanakan semua perkara dan membuat segala catatan atau memorialpada mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh Pendaftar sebagaimanayang perlu untuk memberi kuat kuasa kepada peletakhakan aset yang berkaitandengan perakuan peletakhakan itu.

(2) Bagi maksud perenggan ini, subseksyen 112A(1) Akta Syarikat 1965hendaklah disifatkan terpakai bagi pembeli seolah-olah perkataan “tiga puluh”dalam subseksyen itu telah digantikan dengan perkataan “seratus lapan puluh”.

Imuniti Pendaftar

6. Seseorang Pendaftar di bawah perenggan 4 atau 5 tidaklah bertanggungankepada mana-mana orang berkenaan dengan pembuatan apa-apa memorial padadokumen hakmilik daftaran atau apa-apa catatan atau memorial lain dalamdaftar atau rekod yang bergantung pada perakuan peletakhakan itu.

Gantian automatik dalam mana-mana prosiding undang-undang atau lain

7. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiap-tiap pendaftarmahkamah hendaklah secara automatik apabila menerima suatu salinan perakuanpeletakhakan melaksanakan semua perkara dan membuat segala catatan dalammana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh pendaftar itu sebagaimanayang perlu untuk memberi kesan kepada penggantian pembeli di tempat penjualsebagai pihak dalam mana-mana prosiding undang-undang atau yang lain.

JADUAL KETIGA

[Seksyen 27]

KUASA DAN TUGAS KONSERVATOR

Tafsiran

1. (1) Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yanglain—

“Bursa Malaysia” ertinya Bursa Malaysia Berhad, suatu syarikat awam berhadyang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan diluluskan sebagai suatubursa saham di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

Page 90: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia90 AKTA 642

“pemiutang bercagar” ertinya seorang yang memegang sebagai cagaran bagisuatu liabiliti orang terjejas—

(a) suatu gadaian yang didaftarkan sewajarnya di bawah Kanun TanahNegara, Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak ke atastanah yang dimiliki oleh orang terjejas;

(b) suatu gadaian tetap atau terapung atas aku janji atau aset orang terjejasdan yang, jika dikehendaki oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat1965, adalah telah didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen108(1) Akta Syarikat 1965;

(c) suatu penyerahhakan oleh orang terjejas atas haknya di bawah suatuperjanjian untuk membeli tanah atau suatu petak bagi suatu bangunanyang dokumen hakmilik keluaran kepada tanah atau hakmilik stratakepada petak bagi bangunan itu belum lagi dikeluarkan pada masapenyerahhakan;

(d) dokumen hakmilik keluaran kepada mana-mana tanah atau pajakanpendua yang dimiliki oleh orang terjejas dan berkenaan dengan suatupemegang kaveat lien yang telah dimasukkan sewajarnya mengikutperuntukan Kanun Tanah Negara;

(e) suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas sekuriti bolehdipasarkan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965)yang dimiliki oleh orang terjejas dan yang, sekiranya diperlukansewajarnya oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, telah didaftarkansewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965; atau

(f) suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas wang yangdiletakkan atas deposit tetap oleh orang terjejas telah didaftarkansewajarnya di bawah subseksyen 108(1) Akta Syarikat 1965.

(2) Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meminda takrif “pemiutang bercagar”dalam subperenggan (1) melalui notis yang disiarkan dalam Warta.

Tempoh pentadbiran

2. (1) Pentadbiran orang terjejas oleh konservator hendaklah bermula dari tarikhpelantikan konservator dan hendaklah berterusan sehingga ditamatkan olehPerbadanan.

(2) Lembaga boleh melantik suatu jawatankuasanya sendiri yang dipengerusikanoleh salah seorang daripada pengarahnya dan mengandungi seorang atau duaorang lagi pengarah dan orang lain yang mempunyai kepakaran berkaitan ataudengan pengalaman berkaitan untuk mengawasi, memantau dan menilai prestasimana-mana atau kesemua konservator yang dilantik oleh Perbadanan.

(3) Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah, darisemasa ke semasa, membuat apa-apa cadangan atau syor termasuk suatu cadanganbagi penamatan konservator bagi pertimbangan Perbadanan.

(4) Seorang konservator hendaklah dilepaskan daripada pelantikannya apabilapenamatan pelantikannya diluluskan oleh Perbadanan.

Page 91: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 91

(5) Jika pelantikan seorang konservator telah dilepaskan di bawah perengganini atau subperenggan 26(2), dia hendaklah, berkuat kuasa mulai dari pelepasanitu, dilepaskan daripada segala tugas dan liabiliti berkenaan dengan pentadbirannyaatau selainnya berhubung dengan kelakuannya sebagai seorang konservator.

(6) Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang suatu tindakanatau prosiding lain oleh mana-mana orang bagi kerugian atau kerosakan disebabkanoleh perbuatan salah laku yang sengaja atau kecuaian melampau oleh konservator.

Pemberitahuan pelantikan konservator

3. (1) Jika seorang konservator telah dilantik, konservator itu hendaklah—

(a) dalam masa dua hari selepas pelantikan sedemikian memberi notisbertulis kepada orang terjejas;

(b) dalam masa tujuh hari selepas pelantikan sedemikian menyerah simpansuatu notis mengenai pelantikan konservator dengan—

(i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia; dan

(ii) dalam hal suatu syarikat awam tersenarai, Bursa Malaysia,

dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini; dan

(c) dalam masa tujuh hari selepas pelantikan itu menyebabkan suatu notismengenai pelantikan konservator disiarkan dalam sekurang-kurangnyadua akhbar harian di Malaysia, satu daripadanya hendaklah dalambahasa kebangsaan.

(2) Tiap-tiap invois, pesanan barangan atau perkhidmatan, surat perniagaan,cek, nota kredit atau surat cara boleh niaga atau dokumen lain yang, selepaspelantikan seorang konservator berhubung dengan orang terjejas, telah dikeluarkanoleh atau bagi pihak orang terjejas atau konservator, adalah suatu dokumendi atas atau di dalamnya yang tertera nama orang terjejas, hendaklah mengandungiperkataan “Konservator Dilantik” atau perkataan seumpama.

(3) Sesuatu pelanggaran perenggan ini tidaklah menjejaskan kesahan tindakankonservator dalam pentadbiran orang terjejas.

Kesan pelantikan konservator

4. Pelantikan seorang konservator di bawah seksyen 27 tidak boleh—

(a) diambil kira sebagai meletakkan konservator, orang terjejas ataumana-mana orang lain yang melanggar atau ingkar di bawahmana-mana kontrak atau dalam pecah kepercayaan;

(b) diambil kira sebagai membangkitkan suatu hak kepada mana-manaorang untuk—

(i) menamatkan, membatalkan atau mengubah suai suatu perjanjian;

(ii) menguatkuasakan atau mempercepatkan pelaksanaan suatukewajipan; atau

Page 92: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia92 AKTA 642

(iii) menghendaki pelaksanaan suatu kewajipan yang jika tidak,berbangkit untuk pelaksanaan;

(c) diambil kira sebagai meletakkan konservator, orang terjejas ataumana-mana orang lain yang melanggar mana-mana undang-undangatau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal seliapenyerahhakan, jualan, pelupusan atau pindah milik apa-apa aset ataupendedahan maklumat;

(d) melepaskan seorang penjamin daripada suatu kewajipan;

(e) menidaksahkan atau melepaskan suatu kontrak atau cagaran;

(f) dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apahak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai)atau keutamaan berhubung dengan suatu aset; atau

(g) dianggap sebagai meletakkan Perbadanan atau konservator dalampelanggaran mana-mana undang-undang atau apa-apa perintahmahkamah.

Kuasa am konservator

5. Seorang konservator hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a) kuasa untuk menukar tempat pejabat berdaftar orang terjejas;

(b) kuasa untuk mengguna meterai perbadanan orang terjejas;

(c) kuasa untuk melakukan semua tindakan dan menyempurnakan atasnama dan bagi pihak orang terjejas apa-apa surat ikatan, resit ataudokumen lain;

(d) kuasa untuk melantik mana-mana ejen untuk membuat apa-apa urusanyang tidak dapat dibuat sendiri oleh konservator atau yang bolehdibuat dengan lebih mudah oleh seseorang ejen dan kuasa untukmengambil dan memecat pegawai dan pekerja berhubung dengan orangterjejas;

(e) kuasa untuk menubuhkan subsidiari orang terjejas;

(f) kuasa untuk memindah kepada subsidiari orang terjejas semua ataumana-mana bahagian aset orang terjejas;

(g) kuasa untuk mengambil dan mengekalkan insurans berkenaan denganaset orang terjejas;

(h) kuasa untuk mengambil milikan, mengumpul dan mendapatkan asetorang terjejas dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosidingsebagaimana yang dianggapnya suai manfaat kepada konservator;

(i) kuasa untuk menjual atau selainnya melupus aset orang terjejas secaralelongan awam atau kontrak persendirian;

(j) kuasa untuk memberi atau menerima suatu penyerahan balik suatupajakan atau penyewaan aset orang terjejas, dan untuk mengambilsuatu pajakan atau penyewaan apa-apa aset yang dikehendaki atausesuai untuk aset orang terjejas;

Page 93: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 93

(k) kuasa untuk membuat semua perkara, termasuk melaksanakan kerja,sebagaimana yang perlu bagi pengurusan dan penghasilan aset, urusandan hal ehwal orang terjejas;

(l) kuasa untuk mendapatkan kumpulan wang, meminjam wang ataumemberi cagaran ke atas aset orang terjejas;

(m) kuasa untuk mengeluar, menerima, membuat dan mengendors apa-apabil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak orangterjejas;

(n) kuasa untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal orangterjejas yang belum dipanggil;

(o) kuasa untuk membuat apa-apa bayaran yang diperlukan ataubersampingan dengan pelaksanaan fungsinya;

(p) kuasa untuk menjalankan urusan orang terjejas;

(q) kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi dan menjalankan apa-apakuasa, yang orang terjejas, mana-mana pengarah atau pegawainyaboleh melaksanakan atau menjalankan sekiranya seorang konservatortidak dilantik;

(r) kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai seorang pengarahorang terjejas, sama ada untuk mengisi suatu kekosongan atau sebagaimana-mana pengarah tambahan;

(s) kuasa untuk melantik seorang peguam cara, akauntan atau orangberkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalampelaksanaan fungsinya berhubung dengan orang terjejas;

(t) kuasa untuk memecat atau menggantung jawatan mana-mana pengarahorang terjejas atau melantik orang lain untuk bertindak sebagai pengarahorang terjejas walau apa pun apa-apa undang-undang atau dokumenkonstituen orang terjejas;

(u) kuasa untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosidingundang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak orang terjejas;

(v) kuasa untuk merujuk kepada timbang tara apa-apa persoalan yangmelibatkan orang terjejas;

(w) kuasa untuk membuat apa-apa perkiraan atau kompromi bagi pihakorang terjejas;

(x) kuasa untuk memeringkat dan menuntut dalam kebankrapan,ketidaksolvenan atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutangkepada orang terjejas dan untuk menerima dividen atau pulangan, danuntuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang orang terjejas;

(y) kuasa untuk mengemuka atau membela suatu petisyen untukpenggulungan orang terjejas; atau

(z) kuasa untuk membuat semua perkara lain yang bersampingan denganpenjalanan kuasa yang disebut terdahulu.

Page 94: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia94 AKTA 642

Tugas am konservator

6. (1) Tanpa menjejaskan perenggan 11, 13 dan 14, konservator hendaklah,dengan pelantikannya, mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannyasemua aset yang kepadanya orang terjejas berhak atau ternyata berhak.

(2) Konservator hendaklah menguruskan aset, urusan dan hal ehwal orangterjejas—

(a) pada bila-bila masa sebelum kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagarorang terjejas di bawah perenggan 22, mengikut apa-apa arahan yangdiberikan oleh Perbadanan; dan

(b) pada bila-bila masa selepas kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagarorang terjejas di bawah perenggan 22, mengikut cadangan itusebagaimana yang boleh diubahsuaikan dari semasa ke semasa mengikutperenggan 24.

Konservator sebagai ejen orang terjejas

7. Konservator hendaklah, dalam pentadbiran orang terjejas, disifatkan bertindaksebagai ejen orang terjejas.

Pegawai orang terjejas hendaklah melaksanakan atau menjalankan fungsidengan kelulusan bertulis

8. (1) Jika seorang konservator telah dilantik, tiada seorang pun, termasuklembaga pengarah orang terjejas, selain daripada konservator hendaklahmelaksanakan atau menjalankan atau berupa sebagai melaksanakan ataumenjalankan suatu fungsi sebagai seorang pegawai orang terjejas, kecuali dengankelulusan bertulis terlebih dahulu konservator.

(2) Jika konservator meluluskan pelaksanaan atau penjalanan sesuatu fungsiseorang pegawai bagi orang terjejas mengikut subperenggan (1), konservatoritu hendaklah membayar kepada pegawai itu suatu fi atau apa-apa saraan lainsebagaimana yang diputuskan dengan munasabahnya oleh konservator.

(3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (2) dan walauapa pun mana-mana undang-undang atau kontrak lain, tiada saraan apa-apa juapun akan terakru atau boleh dibayar kepada mana-mana pegawai orang terjejaskecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh konservator itu berhubungdengan mana-mana aktiviti yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh konservatorbagi tempoh pentadbiran orang terjejas.

(4) Bagi maksud subperenggan (1), konservator adalah berhak untukmenjalankan segala fungsi lembaga pengarah orang terjejas.

(5) Dalam perenggan ini, seseorang pekerja orang terjejas tidak boleh ditafsirkansebagai seorang pegawai semata-mata kerana dia adalah seorang pekerja orangterjejas.

Page 95: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 95

Urus niaga dengan aset orang terjejas

9. Jika seseorang orang terjejas berupa sebagai membuat atau mana-manaorang berupa sebagai membuat bagi pihak orang terjejas, sesuatu transaksi atauurus niaga dengan mana-mana aset orang terjejas, transaksi atau urus niaga ituhendaklah menjadi batal melainkan jika—

(a) ia adalah suatu transaksi atau urus niaga yang dibuat oleh Perbadananatau konservator; atau

(b) keizinan bertulis terlebih dahulu daripada konservator telah diperolehuntuk transaksi atau urus niaga itu.

Pampasan

10. (1) Jika Mahkamah mendapati seseorang bersalah bagi suatu kesalahandi bawah subperenggan 9(2) dan Mahkamah berpuas hati bahawa orang terjejasatau seorang lain telah menanggung kerugian atau kerosakan kerananya, Mahkamahboleh memerintahkan orang yang melakukan kesalahan itu membayar pampasankepada orang yang telah menanggung kerugian atau kerosakan itu.

(2) Walau apa pun subperenggan (1) konservator boleh memulakan prosidingguaman terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan balik aset orang terjejasatau pampasan sebagai gantinya.

Kewajipan pegawai orang terjejas

11. (1) Seseorang pegawai atau pekerja orang terjejas hendaklah dalam masatujuh hari selepas pelantikan konservator—

(a) menyerahkan kepada konservator semua buku, rekod, akaun ataudokumen lain orang terjejas dalam milikan pegawai atau pekerja itu;dan

(b) jika pegawai atau pekerja itu mengetahui tempat letaknya buku, rekod,akaun atau dokumen lain yang berhubungan dengan orang terjejas,memaklumkan konservator tempat letaknya buku, rekod, akaun ataudokumen itu.

(2) Seseorang pegawai atau pekerja orang terjejas hendaklah—

(a) memberi konservator apa-apa maklumat berkenaan dengan aset, urusan,hal ehwal dan hal keadaan kewangan orang terjejas; dan

(b) membantu konservator pada bila-bila masa,

sebagaimana yang dikehendaki secara munasabah oleh konservator.

Penyiasatan urusan dan hal ehwal

12. (1) Konservator boleh menghendaki mana-mana orang yang disebut dalamsubperenggan (2), dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh itu atau apa-apa

Page 96: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia96 AKTA 642

masa lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh konservator, menentusahkandan mengemukakan kepada konservator suatu pernyataan mengenai urusan danhal ehwal orang terjejas dalam suatu bentuk yang diputuskan oleh konservatoryang mengandungi—

(a) butiran aset dan liabiliti orang terjejas;

(b) nama dan alamat pemiutang orang terjejas;

(c) cagaran yang dipegang oleh pemiutang orang terjejas yang disebutdalam subsubperenggan (1)(b);

(d) tarikh cagaran yang disebut dalam subsubperenggan (1)(c) telahdiberikan;

(e) suatu akuan berkanun yang dibuat menurut peruntukan Akta AkuanBerkanun 1960 [Akta 13], mengisytiharkan maklumat dalam pernyataanhal ehwal itu sebagai benar dan betul; dan

(f) apa-apa maklumat lanjut atau maklumat lain sebagaimana yangdikehendaki oleh konservator.

(2) Konservator boleh menghendaki orang yang berikut supaya menentusahkandan mengemukakan pernyataan urusan dan hal ehwal yang disebut dalamsubperenggan (1):

(a) orang yang menjadi atau pernah menjadi pegawai orang terjejas;

(b) orang yang pernah mengambil bahagian dalam pembentukan orangterjejas pada bila-bila masa dalam masa dua tahun sebelum pelantikankonservator itu; atau

(c) orang yang dalam penggajian orang terjejas atau pernah berada dalampenggajian orang terjejas dalam masa dua tahun sebelum pelantikankonservator yang, pada pendapat konservator, mempunyai maklumatyang dikehendaki.

(3) Konservator boleh pada bila-bila masa melepaskan seseorang daripadaapa-apa kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah subperenggan (1) atau(2).

(4) Konservator hendaklah, apabila fungsi dan tugasnya di bawah Akta initamat, memulangkan kepada orang terjejas apa-apa buku, pernyataan, rekod,akaun atau dokumen lain atau apa-apa jua yang disebut di bawah subperenggan11(1), perenggan ini dan perenggan 13.

(5) Dalam perenggan ini, “penggajian” termasuklah penggajian di bawahsuatu kontrak untuk perkhidmatan.

Hak konservator ke atas buku, rekod, akaun atau dokumen lain orangterjejas

13. (1) Tertakluk kepada subperenggan (3), tiada seorang pun berhak berbandingdengan konservator—

(a) untuk menyimpan dalam milikan buku, rekod, akaun atau dokumenlain orang terjejas; atau

Page 97: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 97

(b) untuk menuntut atau menguatkuasakan suatu lien ke atas buku, rekod,akaun atau dokumen lain orang terjejas.

(2) Konservator boleh memberikan notis kepada seseorang berhubung denganbuku, rekod, akaun atau dokumen lain orang terjejas dan orang itu hendaklahmenyerahkan kepada konservator buku, rekod, akaun atau dokumen lain yangdisebut dalam notis itu yang ada dalam milikannya.

(3) Subperenggan (1) dan (2) tidaklah terpakai berhubung denganmana-mana buku, rekod, akaun atau dokumen lain—

(a) yang berhak dimiliki oleh seorang pemiutang bercagar orang terjejasmelainkan jika disebabkan oleh suatu lien; atau

(b) orang terjejas yang ditahan oleh mana-mana badan kawal selia,

tetapi konservator itu adalah berhak untuk memeriksa dan membuat salinanbuku, rekod, akaun atau dokumen lain itu.

Hak konservator ke atas aset orang terjejas

14. (1) Konservator boleh menghendaki mana-mana orang yang mempunyaidalam milikan atau kawalannya aset, buku, rekod, akaun atau dokumen lainyang orang terjejas ternyata berhak kepadanya untuk menyerahkan, memberikan,menyerah balik atau memindahkan aset, buku, rekod, akaun atau dokumen lainkepada konservator dengan serta-merta atau dalam apa-apa tempoh yang diarahkanoleh konservator dan orang itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan,memberikan, menyerah balik atau memindahkan aset, buku, rekod, akaun ataudokumen lain itu kepada konservator.

(2) Jika konservator menyita apa-apa aset yang bukan aset orang terjejas danpada masa penyitaan itu, mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabahuntuk mempercayai, bahawa dia berhak untuk menyita aset itu, maka konservatortidak bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugianatau kerosakan yang diakibatkan oleh penyitaan itu melainkan jika kerugian dankerosakan itu disebabkan dengan sengaja oleh konservator atau mana-manaorang yang bertindak bagi pihaknya atau oleh kecuaian konservator sendiri.

Kesan menyekat atau menghalang konservator

15. Tiada seorang pun boleh menyekat atau menghalang penjalananmana-mana tugas, hak atau kuasa oleh seorang konservator.

Penolak tuntutan

16. (1) Tertakluk kepada subperenggan (3), jika mana-mana bahagian asetorang terjejas yang terdiri daripada—

(a) apa-apa kepentingan dalam tanah yang mengandungi waad yangmembebankan;

(b) syer dalam perbadanan;

Page 98: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia98 AKTA 642

(c) kontrak yang tidak menguntungkan; atau

(d) apa-apa aset lain yang tidak boleh dijual atau tidak sedia untuk dijual,oleh sebab ia mengikat pemiliknya kepada pelaksanaan apa-apa tindakanyang membebankan atau kepada pembayaran apa-apa jumlah wang,

konservator boleh dalam masa dua belas bulan selepas dia menyedari akanmana-mana aset yang tersebut di atas, menolak tuntutan mana-mana asetsedemikian.

(2) Hak mana-mana orang yang terjejas oleh konservator menurut penjalanankuasanya untuk menolak tuntutan di bawah subperenggan (1) hendaklah diuruskanmengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu dan apa-apa pampasankepada orang itu hendaklah diperingkatkan sebagai suatu hutang tidak bercagar.

(3) Konservator boleh untuk tidak menjalankan kuasanya di bawahsubperenggan (1) untuk menolak tuntutan apa-apa kontrak pasaran.

(4) Bagi maksud subperenggan (3), suatu “kontrak pasaran” mempunyai ertiyang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 101 Akta PerindustrianSekuriti 1983 dan hendaklah termasuk kontrak niaga hadapan yang diniagakandalam pasaran niaga hadapan yang dijelaskan melalui suatu pusat penjelasandiluluskan.

Moratorium

17. (1) Tertakluk kepada subperenggan (6), dengan pelantikan konservator,suatu moratorium hendaklah berkuat kuasa yang dalam tempoh itu—

(a) tiada perintah perogatif boleh dibuat atau apa-apa tindakan atau prosidingguaman lain boleh dimulakan terhadap Perbadanan, konservator atauorang terjejas berkenaan dengan—

(i) pelantikan konservator; atau

(ii) mana-mana kuasa yang dijalankan di bawah Akta ini atauapa-apa tindakan yang diambil atau ditinggal untuk diambilberikutan dengan atau berbangkit daripada pelantikankonservator;

(b) apa-apa petisyen untuk penggulungan orang terjejas hendaklah ditolakoleh mahkamah;

(c) tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulunganorang terjejas;

(d) tiada penerima, pengurus, penerima dan pengurus atau pelikuidasisementara boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklahtamat dengan serta merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya;

(e) tiada langkah boleh diambil—

(i) untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakanapa-apa cagaran ke atas mana-mana aset orang terjejas;

(ii) untuk menguatkuasakan suatu penghakiman ke atas mana-manaaset orang terjejas;

Page 99: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 99

(iii) untuk memiliki semula apa-apa aset dalam milikan, jagaanatau kawalan orang terjejas; atau

(iv) untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada orangterjejas berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap orangterjejas,

kecuali dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Perbadanan;

(f) tiada prosiding, pelaksanaan atau proses undang-undang lain bolehdimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadaporang terjejas atau asetnya kecuali dengan keizinan bertulis terlebihdahulu daripada Perbadanan;

(g) apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen 176 Akta Syarikat1965 hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatanyang dikeluarkan menurut subseksyen 176(10) Akta Syarikat 1965hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta-merta; dan

(h) tiada prosiding, pelaksanaan atau proses undang-undang lain bolehdimulakan atau diteruskan, terhadap mana-mana orang yang menyediakansuatu jaminan atau yang bertindak sebagai seorang penjamin bagiliabiliti orang terjejas kecuali dengan keizinan bertulis terlebih dahuludaripada Perbadanan.

(2) Tempoh moratorium yang diperuntukkan dalam subperenggan (1) hendaklahbagi tempoh selama dua belas bulan bermula dari tarikh pelantikan konservatordan boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Perbadanan.

(3) Walau apa pun subperenggan (2), Perbadanan boleh melanjutkan moratoriumitu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang disifatkan Perbadanan sesuai bagimembolehkan konservator menyediakan atau menjalankan suatu cadangandi bawah Jadual ini.

(4) Jika tempoh moratorium itu dilanjutkan menurut subperenggan (3), suatunotis mengenai pelanjutan itu hendaklah disiarkan sekurang-kurangnya dalamdua akhbar harian di Malaysia, satu daripadanya hendaklah dalam bahasakebangsaan.

(5) Perbadanan tidaklah boleh bertanggungan atas sesuatu tindakan atauganti rugi berkenaan dengan sesuatu keengganan untuk memberi keizinannyadi bawah subperenggan (1).

(6) Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang apa-apa prosidingguaman atau jenayah daripada dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badankawal selia di bawah mana-mana undang-undang terhadap orang terjejas.

(7) Tertakluk kepada subperenggan (5), subperenggan (1) tidak menghalangmana-mana orang yang menanggung kerugian daripada apa-apa tindakanPerbadanan, konservator atau orang terjejas daripada memulakan suatu tindakanbagi ganti rugi untuk kerugian yang dialami oleh orang itu.

Page 100: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia100 AKTA 642

(8) Walau apa pun apa-apa tindakan yang dimulakan menurut subseksyen(7), Perbadanan, konservator atau orang terjejas boleh meneruskan penjalananmana-mana atau semua kuasanya di bawah Akta ini.

(9) Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah perenggan ini adalah muktamaddan mengikat.

Mendapatkan balik wang balasan daripada aset yang diperoleh atau dijualsebelum pelantikan konservator

18. (1) Bagi maksud perenggan ini—

“balasan wang”, berhubung dengan suatu pemerolehan atau jualan olehorang terjejas, ertinya balasan bagi pemerolehan atau jualan yang kena dibayarselain melalui pengeluaran syer oleh orang terjejas;

“pengarah” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkandi bawah seksyen 4 Akta Syarikat 1965;

“nilai aset” termasuklah nilai bagi mana-mana nama baik atau keuntunganyang mungkin diperoleh daripada aset atau balasan yang seumpama.

(2) Jika mana-mana aset yang telah diperoleh oleh orang terjejas untukbalasan wang dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan seorang konservatordi bawah Akta ini—

(a) daripada seorang yang pada masa pemerolehan, seorang pengarahbagi orang terjejas; atau

(b) daripada suatu syarikat yang pada masa pemerolehan, seorang yangjuga pengarah adalah juga pengarah bagi orang terjejas,

konservator boleh mendapatkan balik daripada orang atau syarikat yang daripadanyaaset itu telah diperoleh apa-apa amaun yang wang balasan bagi pemerolehanitu melebihi nilai aset itu pada masa pemerolehannya.

(3) Jika apa-apa aset telah dijual oleh orang terjejas bagi sesuatu balasanwang dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan seorang konservator di bawahAkta ini—

(a) kepada seorang yang pada masa jualan, seorang pengarah bagi orangterjejas; atau

(b) kepada suatu syarikat yang pada masa jualan, seorang yang jugapengarah adalah juga pengarah bagi orang terjejas,

konservator boleh mendapatkan balik daripada orang atau syarikat yang kepadanyaaset itu telah dijual apa-apa amaun yang nilai aset itu ketika jualan melebihibalasan wang.

Page 101: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 101

Keutamaan tidak wajar

19. (1) Dengan pelantikan konservator, apa-apa pemindahan, gadai janji,penyempurnaan, penahanan, kewajipan, penyelesaian, gadaian, penyerahhakan,penghantaran barangan, bayaran atau tindakan lain yang berhubungan denganapa-apa aset yang dibuat, ditanggung oleh atau terhadap orang terjejas yang,sekiranya ia dilakukan oleh atau terhadap orang perseorangan, akan menjadibatal atau boleh batal jika dilakukan semasa dia dalam keadaan bankrap dibawah undang-undang kebankrapan, bolehlah dielakkan atau didapatkan olehkonservator itu.

(2) Bagi maksud subperenggan (1), jika rujukan dibuat dalam undang-undangkebankrapan kepada suatu tarikh bagi maksud untuk memutuskan kesankebankrapan ke atas transaksi yang disebut di dalamnya, tarikh itu hendaklahmenjadi tarikh pelantikan konservator.

Pengosongan jawatan penerima, dsb.

20. (1) Mana-mana penerima, pengurus, penerima dan pengurus atau pelikuidasisementara yang mengosongkan jawatannya mengikut subsubperenggan 17(1)(c)hendaklah dengan serta-merta menyerahkan semua aset, buku, rekod, akaunatau dokumen lain orang terjejas kepada konservator.

(2) Semua jumlah wang yang ditanggung dengan sewajarnya berkenaandengan kos, perbelanjaan dan saraan mana-mana penerima, pengurus, penerimadan pengurus atau pelikuidasi sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah dicajkan pada dan dibayar daripada hasil yang direalisasikan orangterjejas mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan di bawah perenggan 22.

Konservator hendaklah menyediakan cadangan

21. (1) Konservator hendaklah, tertakluk kepada terma dan syaratpelantikannya, menyediakan dan mengemukakan kepada Perbadanan suatucadangan yang membentangkan rancangan konservator berkenaan dengan orangterjejas.

(2) Cadangan konservator atau mana-mana pengubahsuaian kepada cadangandi bawah perenggan 24 boleh termasuk mana-mana peruntukan sebagaimanayang difikirkan patut oleh konservator.

(3) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, cadangan ituboleh memasukkan peruntukan untuk—

(a) suatu kompromi atau perkiraan di antara orang terjejas dan pemiutangnyaatau mana-mana kelas pemiutang atau di antara orang terjejas dengananggotanya atau dengan mana-mana kelas anggota atau di antaraorang terjejas dengan penghutangnya atau mana-mana kelas penghutang;

(b) pengubahan atau pengurangan semua atau sebahagian daripada modalsyer orang terjejas;

Page 102: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia102 AKTA 642

(c) jualan semua atau sebahagian daripada aku janji atau aset orang terjejas;

(d) pemindahan kepada mana-mana syarikat mengenai keseluruhan ataumana-mana bahagian aku janji, aset atau liabiliti orang terjejas;

(e) penyambungan oleh atau terhadap syarikat yang disebut dalamsubsubperenggan (d) akan mana-mana prosiding undang-undang yangbelum selesai oleh atau terhadap orang terjejas;

(f) penggulungan atau pembubaran tanpa penggulungan orang terjejas;atau

(g) mana-mana peruntukan lain yang perlu untuk memastikan cadanganatau rancangan konservator atau mana-mana kompromi, perkiraan,penyusunan semula atau pengabungan berkenaan dengan orang terjejashendaklah dijalankan dengan sepenuhnya dan berkesan.

(4) Perbadanan hendaklah menimbangkan cadangan yang dikemukakan olehkonservator dan, tidak kurang daripada tiga puluh hari selepas pengemukaancadangan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkanoleh Menteri, melulus atau menolak cadangan itu.

Mesyuarat pemiutang bercagar

22. (1) Konservator hendaklah, selepas kelulusan bagi cadangan oleh Perbadanan,menghantar melalui pos berdaftar bayar dahulu atau mengikut apa-apa cara lainyang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir setiap pemiutang bercagarorang terjejas yang diketahui oleh konservator—

(a) suatu salinan cadangan itu;

(b) jika Perbadanan menyifatkannya sesuai, suatu memorandum daripadaPerbadanan yang membentangkan apa-apa perkara yang pada pandanganPerbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalammenimbangkan cadangan itu; dan

(c) suatu notis mesyuarat pemiutang bercagar bagi maksud yang dinyatakandalam perenggan ini.

(2) Suatu mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas hendaklah diadakandalam masa empat belas hari selepas pengeluaran notis mesyuarat pemiutangbercagar di bawah subperenggan (1).

(3) Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan di bawahsubperenggan (2) hendaklah memutuskan sama ada untuk melulus atau menolakcadangan itu.

(4) Jika—

(a) lebih suara pemiutang bercagar mengikut nilaian, hadir dan mengundi,sama ada dengan sendiri atau melalui proksi, pada mesyuarat itumeluluskan cadangan itu; atau

(b) tiada pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh konservatordan Perbadanan meluluskan cadangan di bawah subperenggan 21(4),

cadangan itu, termasuk cadangan sebagaimana ia boleh diubah suai kemudiannyadi bawah perenggan 24, hendaklah mengikat orang terjejas, semua pemegang

Page 103: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 103

syer dan pemiutang orang terjejas atau mana-mana orang lain yang terjejas olehcadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan ataumakluman mengenai cadangan itu.

(5) Bagi maksud subsubperenggan (4)(a), suatu ketetapan untuk meluluskancadangan itu dengan apa-apa pengubahsuaian hendaklah disifatkan sebagai suatupenolakan cadangan itu.

(6) Walau apa pun mana-mana undang-undang—

(a) kelulusan atau pelaksanaan suatu cadangan di bawah subperenggan(4), termasuk cadangan sebagaimana ia boleh diubah suai kemudiannyadi bawah perenggan 24, tidak boleh melepaskan mana-mana cagaranyang diperuntukkan oleh mana-mana orang untuk menjamin apa-apatugas atau liabiliti yang terhutang oleh orang terjejas kepadamana-mana pemiutang orang terjejas kecuali mengikut cara dan setakatyang diperuntukkan dalam cadangan itu; dan

(b) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam cadangan itu setiapcagaran, tugas atau liabiliti sedemikian bagi orang yangmemperuntukkan cagaran itu hendaklah sentiasa sah dan berkuatkuasa terhadap orang itu walau apa pun kelulusan atau pelaksanaancadangan itu, termasuk cadangan itu sebagaimana ia boleh diubahsuai kemudiannya di bawah perenggan 24, atau mana-mana kompromi,perkiraan, penyusunan semula atau penggabungan berkaitan denganorang terjejas.

(7) Kegagalan untuk memberitahu mana-mana pemiutang bercagar orangterjejas mengenai mesyuarat pemiutang bercagar tidak boleh menidaksahkanmesyuarat yang diadakan di bawah subperenggan (2) atau ketetapan yang diluluskandalam mesyuarat itu.

(8) Bagi mengelakkan keraguan, jika Perbadanan adalah pemiutang bercagarorang terjejas, Perbadanan adalah berhak untuk menghadiri dan mengundidi mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan oleh konservatordi bawah subperenggan (2) atau perenggan 24.

Pelaksanaan cadangan

23. (1) Tertakluk kepada perenggan 22, 24 dan 25, konservator hendaklahmelaksanakan cadangan itu mengikut termanya.

(2) Konservator hendaklah—

(a) dalam masa empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan itu olehpemiutang bercagar orang terjejas di bawah perenggan 22;

(b) jika tiada pemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator, dalammasa empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan itu oleh Perbadanandi bawah subperenggan 21(4); atau

(c) dalam masa empat belas hari dari tarikh kelulusan cadangan di bawahsubperenggan 21(4),

Page 104: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia104 AKTA 642

menyebabkan disiarkan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar harian di Malaysia,satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, kelulusan cadangan itudan masa serta tempat bagi mana-mana pemiutang orang terjejas untuk memeriksabutiran mengenai cadangan itu.

(3) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak,suatu cadangan yang diluluskan atau diubah suai di bawah Akta ini bolehdilaksanakan, dan konservator hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakandan melakukan semua perkara yang perlu untuk menjalankan dengan sepenuhnyadan berkesan dan melaksanakan cadangan atau mana-mana bahagian cadanganitu tanpa memerlukan apa-apa notis kepada atau kelulusan atau keizinanmana-mana pemegang syer, pemiutang orang terjejas atau mana-mana oranglain yang terjejas oleh cadangan itu atau kelulusan atau pengesahan oleh mahkamah,dan apa-apa notis, kelulusan, kebenaran atau pengesahan sedemikian, sama adadikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, kontrak atau selainnya,hendaklah disifatkan sebagai telah diberi atau didapati sewajarnya, mengikutmana-mana yang berkenaan.

(4) Jika mana-mana bahagian aset orang terjejas adalah tertakluk kepada hakpemiutang bercagar atau mana-mana orang lain dan suatu cadangan telah diluluskandi bawah Akta ini, konservator berhak untuk menguruskan aset sedemikianmengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.

(5) Konservator hendaklah menggunakan semua hasil yang direalisasikandalam pelaksanaan cadangan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam cadanganitu.

(6) Jika seorang konservator memindah milik aset atau liabiliti menurutsuatu cadangan, maka aset itu hendaklah dipindahmilikkan dan diletak hakpada, dan liabiliti itu hendaklah dipindahmilikkan kepada dan menjadi liabiliti,penerima pindah milik, bebas dalam hal mana-mana aset tertentu jika cadanganitu mengarahkan sedemikian, daripada mana-mana gadaian, kaveat atau bebananlain.

(7) Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam mana-manaundang-undang, Perbadanan atau subsidiarinya boleh memperoleh mana-manaaset atau cagaran boleh pasar yang dikeluarkan oleh, orang terjejas.

(8) Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam mana-manaundang-undang, konservator hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukansemua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada dan untuk melaksanakancadangan yang diluluskan mengikut perenggan 21 dan 22 atau diubah suaimengikut perenggan 24.

(9) Jika suatu cadangan memberi kesan kepada modal syer orang terjejas,konservator hendaklah dalam masa empat belas hari selepas cadangan itu diluluskanmengikut Jadual ini, memberitahu Pendaftar Syarikat bagaimana cadangan itumemberi kesan kepada modal syer orang terjejas.

(10) Suatu notis di bawah subperenggan (9) hendaklah dalam apa-apa borangsebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Page 105: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 105

(11) Apabila suatu notis diserah simpan di bawah subperenggan (9), kesemuakehendak di bawah Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang lainyang berkenaan dengan perubahan dalam modal syer orang terjejas hendaklahdisifatkan sebagai telah dipatuhi dan, berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakandalam cadangan itu, modal syer orang terjejas hendaklah sebagaimana yangdinyatakan dalam notis itu.

(12) Dengan serahan simpan notis di bawah subperenggan (9), butiran yangditunjukkan dalam notis itu hendaklah disifatkan sebagai menggantikan butiranyang bersamaan dengannya dalam dokumen konstituen orang terjejas.

Pengubahsuaian kepada cadangan

24. (1) Konservator boleh pada bila-bila masa selepas—

(a) cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejasdi bawah perenggan 22; atau

(b) jika tiada pemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator, kelulusancadangan itu oleh Perbadanan di bawah subperenggan 21(4),

mencadangkan ubah suaian kepada cadangan itu.

(2) Jika Perbadanan berpandangan bahawa ubah suaian yang dicadangkantidak berbeza secara substansial daripada cadangan pemiutang bercagar di bawahsubperenggan (1), Perbadanan hendaklah memutuskan keperluan untuk mengadakansuatu mesyuarat pemiutang bercagar untuk menimbang cadangan ubah suaianyang dicadangkan itu.

(3) Keputusan Perbadanan di bawah subperenggan (2) hendaklah muktamad,konklusif dan mengikat konservator, orang terjejas, kesemua pemegang syerdan pemiutang orang terjejas dan orang lain yang terjejas dengan cadangan itusama ada orang itu mempunyai pengetahuan atau makluman mengenai cadanganyang diubah suai itu.

(4) Sekiranya Perbadanan memutuskan bahawa adalah perlu untuk mengadakansuatu menyuarat pemiutang bercagar untuk menimbang ubah suaian yangdicadangkan, Perbadanan hendaklah melalui notis bertulis memaklumkankonservator mengenai keperluan untuk mengadakan mesyuarat itu.

(5) Konservator hendaklah, dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaannotis daripada Perbadanan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimanayang dinyatakan oleh Perbadanan dalam notis itu, mengadakan suatu mesyuarat.

(6) Konservator hendaklah, sebelum mesyuarat yang diadakan di bawahsubperenggan (5), menghantar melalui pos berdaftar bayar dahulu atau mengikutapa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir setiappemiutang bercagar yang diketahui oleh konservator—

(a) suatu salinan ubah suaian yang dicadangkan itu;

Page 106: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia106 AKTA 642

(b) jika Perbadanan menyifatkan sesuai, suatu memorandum daripadaPerbadanan menyatakan perkara yang pada pandangan Perbadananpatut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalam menimbangkanubah suaian yang dicadangkan itu; dan

(c) suatu notis mesyuarat pemiutang bercagar bagi ubah suaian yangdicadangkan itu dalam perenggan ini.

(7) Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas untuk menimbang ubahsuaian yang dicadangkan itu hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut carayang dinyatakan dalam perenggan 22.

(8) Tanpa menjejaskan perenggan 25, pematuhan mana-mana syarat kelulusanyang dikenakan oleh suatu badan kawal selia tidak boleh ditafsirkan sebagaisuatu ubah suaian kepada cadangan bagi maksud perenggan ini.

Syarat kelulusan kawal selia

25. (1) Jika—

(a) kelulusan mana-mana badan kawal selia dikehendaki bagi melaksanakancadangan itu; atau

(b) kelulusan mana-mana badan kawal selia dikehendaki untuk melaksanakanapa-apa ubah suaian yang dicadangkan kepada cadangan itu,

dan syarat kelulusan yang dikenakan oleh badan kawal selia itu, Perbadananboleh, walau pun pemiutang bercagar orang terjejas telah bersetuju dengancadangan di bawah perenggan 22 atau 24, mengarahkan konservator untukmembuang cadangan itu atau selainnya memberhentikan pelaksanaan cadanganitu jika Perbadanan berpendapat bahawa syarat kelulusan sedemikian adalahbukan demi kepentingan orang terjejas.

(2) Keputusan Perbadanan di bawah subperenggan (1) hendaklah mengikatorang terjejas, semua pemegang syer dan pemiutang orang terjejas danmana-mana orang lain yang terjejas oleh sebab cadangan itu, sama ada atautidak orang itu mempunyai pengetahuan atau makluman mengenai cadangan itu.

Penolakan atau pemberhentian cadangan

26. (1) Jika Perbadanan mengarahkan konservator untuk membuang cadanganatau selainnya tidak meneruskan pelaksanaan cadangan di bawah perenggan 25atau cadangan itu tidak diluluskan di bawah perenggan 22 atau 24, Perbadananboleh menimbangkan pilihan lain untuk menguruskan pengurusan dan pelupusanaset orang terjejas dan boleh—

(a) meminta konservator untuk mengemukakan suatu cadangan baru;

(b) membatalkan moratorium yang dikenakan di bawah perenggan 17;atau

(c) melantik seorang konservator gantian.

Page 107: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 107

(2) Walau apa pun subperenggan (1), Perbadanan boleh pada bila-bila masamenamatkan pelantikan seorang konservator dan pentadbirannya jika padapendapatnya penerusan pentadbiran itu tidak boleh lagi mencapai objektif yangdinyatakan dalam subseksyen 27(1).

(3) Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah subperenggan (1) atau (2) adalahmuktamad dan mengikat.

Kelayakan konservator

27. (1) Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai seorang konservator melainkanjika—

(a) orang itu ialah orang sebenar; dan

(b) dia telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya dan tidakmenarik balik persetujuannya pada tarikh pelantikannya.

(2) Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai konservator:

(a) juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta Syarikat 1965;

(b) seorang yang mempunyai, pada pendapat Perbadanan, pengalamanyang dikehendaki; atau

(c) seorang yang, pada pendapat Perbadanan, berupaya melaksanakantugas seorang konservator.

(3) Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai konservator:

(a) suatu perbadanan;

(b) seorang bankrap belum lepas;

(c) seorang pemegang gadai janji mana-mana aset orang terjejas;

(d) seorang juruaudit orang terjejas; atau

(e) seorang pegawai orang terjejas.

Dua orang atau lebih konservator

28. Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai konservator bagi orang terjejas—

(a) fungsi atau kuasa konservator boleh dilaksanakan atau dijalankanoleh mana-mana satu daripada mereka atau oleh kedua-duanya ataukesemua mereka secara bersesama; dan

(b) sebutan bagi konservator dalam Akta ini adalah sebutan bagimana-mana satu daripada mereka yang dilantik, mengikut mana-manayang berkenaan.

Laporan mengenai salah laku

29. Jika sesuatu penyiasatan ke dalam urusan dan hal ehwal orang terjejasoleh konservator mendedahkan apa-apa fraud, misfeasans atau salah laku lainberkaitan dengan penajaan atau pembentukan orang terjejas atau dalam pengurusan

Page 108: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Undang-Undang Malaysia108 AKTA 642

orang terjejas atau hal ehwalnya, atau jika telah berlaku apa-apa pelesapan ataupenahanan salah apa-apa aset kepunyaan orang terjejas, konservator hendaklahmelaporkan fraud, misfeasans atau salah laku sedemikian kepada badan kawalselia atau badan penguatkuasa yang berkaitan.

Kesahan transaksi

30. Apa-apa bayaran yang dibuat, transaksi yang dibuat atau apa-apa tindakanatau perkara lain yang dilakukan dengan suci hati oleh, atau dengan keizinankonservator, adalah sah dan mempunyai kuat kuasa bagi maksud Akta ini dantidaklah terbatal, boleh batal atau dianggap sebagai suatu keutamaan tidak wajarsemasa penggulungan orang terjejas.

JADUAL KEEMPAT

[Seksyen 28]

HAK UNTUK MENGEKAL, MELUPUS ATAU MEMPEROLEH HARTA

Tafsiran

1. Dalam Jadual ini—

“pemeroleh” ertinya seseorang yang disebut dalam perenggan 28(1)(b);

“pembeli” ertinya mana-mana orang yang kepadanya Perbadanan ataupemeroleh melupuskan apa-apa harta di bawah seksyen 28;

“undang-undang tanah yang berkaitan” ertinya—

(a) dalam hal Semenanjung Malaysia, kaedah-kaedah tanah Negerimasing-masing;

(b) dalam hal Sabah, Ordinan Tanah Sabah; atau

(c) dalam hal Sarawak, Kanun Tanah Sarawak.

Kuasa disifatkan untuk memperoleh

2. Bagi maksud seksyen 28—

(a) Perbadanan atau pemeroleh hendaklah disifatkan diberi kuasa olehpemberi jaminan sesuatu cagaran untuk memberi kuasa pemindahanpemilikan harta kepada pembeli; dan

(b) setiap pendaftar mahkamah, Pendaftar Syarikat, Pendaftar tanah,pendaftar kapal Malaysia, depositori pusat, ejen depositori diberi kuasadan mana-mana orang yang menyenggara suatu daftar atau rekodpemilikan atau kepentingan, mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah menerima suatu perakuan peletakhakan yang dilaksanakanoleh Perbadanan atau pemeroleh dan tertakluk kepada bayaran fi yang

Page 109: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - pidm.gov.my · PDF filedalam Akta ini pada kos minimum kepada sistem kewangan: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 642 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2005

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 109

ditetapkan di bawah undang-undang tanah yang berkaitan, mendaftarpindah milik harta itu atau mana-mana bahagian harta itu kepadapembeli tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailanapa-apa dokumen selanjutnya.

Jualan harta melalui triti persendirian

3. (1) Suatu jualan melalui suatu triti persendirian di bawah seksyen 28 bolehdibuat melalui suatu kontrak persendirian, lelongan, tender atau mana-manacara jualan lain.

(2) Peruntukan statutori peletakhakan yang dinyatakan dalam Jadual Keduahendaklah terpakai bagi apa-apa jualan, pemerolehan atau urus niaga di bawahJadual ini oleh Perbadanan.

Perbadanan boleh memperoleh harta

4. Jika Perbadanan, subsidiarinya atau seorang pemeroleh sebagai pemegangjaminan atas apa-apa harta sama ada sebagai pemegang gadaian, pemeganggadai janji, pemegang serah hak, pemegang lien atau selainnya menjalankanhaknya di bawah seksyen 28 untuk melupuskan harta itu atau mana-manabahagian harta itu melalui triti persendirian maka, walau apa punapa-apa jua yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan,subsidiarinya atau mana-mana pemeroleh, mengikut mana-mana yang berkenaan,boleh tanpa perlu membayar apa-apa deposit, memperoleh harta sedemikianatau sebahagian daripada harta itu dan menolak harga belian terhadap apa-apaliabiliti yang terhutang kepada Perbadanan, subsidiarinya atau pemeroleh itu.

Hak pemerolehan Perbadanan atau pemeroleh hendaklah terpakai

5. Hak Perbadanan atau pemeroleh di bawah seksyen 28 boleh dijalankan—

(a) walau apa pun apa-apa perintah jualan yang dibuat sama ada di bawahmana-mana kaedah mahkamah, Kanun Tanah Negara, Ordinan TanahSabah atau Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undanglain atau apa-apa langkah atau prosiding yang diambil atau sementaramenunggu untuk menjual harta;

(b) tanpa memerlukan apa-apa kelulusan, pengesahan atau perintahmahkamah; atau

(c) bersesama dengan apa-apa hak atau remedi yang diperuntukkan olehmana-mana undang-undang atau kontrak.

Hak Perbadanan atau pemeroleh tidak boleh dibataskan

6. Hak Perbadanan atau pemeroleh yang dijalankan di bawah seksyen 28adalah tidak eksklusif daripada apa-apa hak atau remedi lain yang diperuntukkanoleh mana-mana undang-undang atau kontrak.