buku informasi pbs
DESCRIPTION
PBSTRANSCRIPT
-
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
-
PENGENALAN KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Pusat PAJSK PPsi SPPBS PENJAMINAN KUALITI Pementoran Pemantauan Penyelarasan Pengesanan PELAPORAN PBS (Pendidikan Khas)
-
PENGENALAN
-
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik
Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah
-
PBS mewakili perkataan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam satu lingkungan membawa maksud persekitaran sistem PBS.
melambangkan bahawa setiap murid yang termasuk dalam sistem PBS ini mestilah tahu pencapaian prestasi masing-masing melalui guru yang mendidik. Semua yang terlibat dengan murid itu juga akan tahu prestasi murid berkenaan untuk tindakan masing-masing .
-
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020
Akses
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
Kualiti
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender menjelang tahun 2020)
Ekuiti
Perpaduan
Kecekapan
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada
-
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan (professional judgement) tentang produk sesuatu program pendidikan (prestasi murid)
Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran
-
2009 - 2010
Mesyuarat dan perbincangan
meja bulat
17 Dis 2010
Kelulusan pelaksanaan
PBS oleh Kabinet
Pelaksanaan
PBS mulai Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai 2012
Januari 2011
2005 2007
Seminar & konferens yang
melibatkan pakar
pentaksiran pendidikan dari dalam dan luar
negara
2008
Kajian Rintis (550
sekolah rendah)
Reformasi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia perlu kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai Kurangkan penekanan terhadap prestasi pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan (LP, 2006, 2007 & 2010)
Pentaksiran pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada PBS dan peperiksaan perlu kekal dalam sistem pada lower stake di sekolah rendah dan menengah rendah (Lembaga Peperiksaan, 2005, 2006 & 2010; Mokhtar et al., 2006)
Pentadbir sekolah dan guru-guru bersetuju PBS dilaksanakan Bimbingan dan sokongan harus diberikan kepada guru-guru ICT perlu dinaik taraf (Lembaga Peperiksaan, 2009)
-
PBS terdiri daripada dua bidang iaitu akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) Bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
-
Pentaksiran Sekolah ialah komponen utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.
Dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah
-
Pentaksiran Sekolah merangkumi;
1. Pentaksiran Rujukan Standard
Melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran tidak membandingkan pencapaian murid
2. Pentaksiran Formatif dan Sumatif
Assessment for learning (Pentaksiran untuk pembelajaran)
Assessment of learning (Pentaksiran tentang pembelajaran)
Dilaksanakan sepanjang masa Pengajaran dan Pembelajaran
3. Diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
4. Dirancang, dibina, ditadbir di sekolah
-
Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah;
1. Holistik
2. Berterusan
3. Fleksibel
4. Merujuk standard prestasi
-
Pentaksiran Sekolah terbahagi kepada 2 peringkat;
1. Sekolah Rendah;
Tahun 1 - 6
melihat perkembangan (Development)
melibatkan semua mata pelajaran
2. Sekolah Menengah Rendah
Tingkatan 1 - 3
melihat perkembangan (Development)
melibatkan semua mata pelajaran
-
Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu Disusun secara hierarki Digunakan untuk tujuan pelaporan Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5, Band 6
STANDARD PRESTASI
(Performance Standard)
-
Tahu,faham, boleh buat dengan beradab misali 6
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji 5
Tahu,faham dan boleh buat dengan beradab 4
Tahu, faham dan boleh buat 3
Tahu dan faham 2
Tahu 1
Standard Prestasi
-
BAND STANDARD
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Kerangka Pernyataan Standard
-
Hubungkait Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens
BAND PERNYATAAN
STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6 5 4 3 2 1
Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran
APA yang murid tahu dan boleh buat
BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat
-
BAND PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR EVIDEN
1
Tahu
B1
Mengetahui
asas menengur,
berutur,
membaca dan
menulis
B1DL1
Mengecam,
mengajuk dan
mengesan bunyi
yang didengar
B1DB1
Membunyikan
huruf, mengeja
suku kata dan
membaca
perkataan
B1DT1
Menulis huruf, suku
kata dan perkataan
B1DL1E1
Mengajuk bunyi yang
didengar
B1DL1E2
Menentukan arah bunyi yang
didengar
B1DB1E1
Membunyikan huruf vokal
dan menamakan konsonan
B1DB1E2
Mengeja dan membatang
suka kata terbuka dan
tertutup
B1DB1E3
Membaca perkataan yang
terdiri daripada kata nama
B1DT1E1
Menulis huruf, suku kata dan
perkataan
-
Memperbaiki kelemahan/
masalah murid dalam
pembelajaran
Mengubahsuai strategi
pengajaran
Meningkatkan keyakinan
kepada murid untuk belajar
1 2 3 4
-
BAND STANDARD
6 Memahami, menaakul dan menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.
5 Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca/ditulis dalam pelbagai situasi dengan tepat
4 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul
3 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
1 Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis
-
Pentaksiran Pusat (PP) merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
-
Prinsip Pentaksiran Pusat;
1. Format dan tugasan disediakan oleh LP
2. Tugasan berbeza setiap tahun
3. Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP
4. Dilaksanakan di sekolah
5. Ditaksir oleh guru mata pelajaran
6. Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi
7. Pelaporan ditentukan oleh LP
8. Penjaminan kualiti dan standard
-
Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PP bagi sesuatu mata pelajaran adalah mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Instrumen pentaksiran yang digunakan ialah;
1. Tugasan bertulis
2. Kerja amali
3. Projek
4. Pemerhatian
5. Persembahan
6. Demonstrasi
7. Kajian lapangan
8. Kajian kes
9. Ujian bertulis
10. Ujian lisan
11. Kuiz
-
Pelaksanaan Pentaksiran Pusat
Guru menerima arahan tugasan daripada LP.
Guru menyediakan bahan mengikut garis panduan
MERANCANG
Murid melaksanakan tugasan berdasarkan jadual pelaksanaan yang ditetapkan
MELAKSANA
Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP.
Guru merekod prestasi murid dan hantar skor ke LP
MENSKOR
-
PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK)
KOKURIKULUM
BMI
SUKAN /PERMAINAN
SEGAK
Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa
Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab dan Persatuan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa
Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang
ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan.
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
Mengukur tahap kecergasan
Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah /di luar sekolah/ Luar Negara/ Dalam Negara
EKSTRA KURIKULUM
KELAB/ PERSATUAN
BADAN UNIFORM
Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Unit Uniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa
-
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.
Ujian Jangkauan Melunjur
Ujian Ringkuk Tubi Separa Ujian Tekan Tubi
Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
-
Indeks Jisim Badan (BMI) dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. Objektif Pentaksiran BMI adalah: mengukur BMI murid menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan
ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid
Pelaksanaan pentaksiran BMI dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan semasa
-
Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
-
Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Konstruk yang diukur ialah: i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
-
Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.
-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.
-
KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
UJIAN APTITUD Aptitud Umum Aptitud Khusus
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
INVENTORI PERSONALITI
Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran
Tidak berjadual, Dicadangkan
kepada semuamurid
Tidak berjadual Tidak diwajibkan untuk
semua murid
Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan
Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
LP sediakan item / instrumen dan manual yang komprehensif
Penskoran secaradikotomus, polikotomus, kadaranpilihan
Pelaporan secaradeskriptif dan individu
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
-
Fungsi Pentaksiran Psikometrik
1. Mengumpul data boleh menyumbang kepada maklumat Profil Murid.
2. Profil murid dijadikan sebagai satu perkara /aspek yang ditaksir.
3. Profil murid berperanan sebagai sumber maklumat dalam membantu pembelajaran murid dan proses pengajaran & pembelajaran guru.
Tujuan Ujian Psikometrik
1. Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan.
2. Membantu membuat keputusan yang praktikal /realistik.
3. Memahami secara lebih mendalam; keadaan semula jadi dan perbezaan individu.
4. Memberi pendedahan maklumat kerjaya yang lebih luas dan tepat (meluaskan aspirasi kerjaya)
-
Psikometrik
Aptitud
Aptitud Am
Aptitud Khusus
Personaliti
Inventori Tret Personaliti
Inventori Minat Kerjaya
KEGUNAAN UJIAN PSIKOMETRIK
Tiga sebab utama kesukaran pelajar membuat pemilihan kerjaya (Amir Awang,1983) 1. Tidak boleh membuat keputusan kerana minat di dalam
pelbagai bidang, minat tidak jelas dan tiada minat langsung 2. Pelajar tidak dapat mengagak dengan baik minat, potensi
dan personalitinya 3. Kurang pengetahuan dan maklumat
-
1. Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat.
2. Berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi.
Ujian Aptitud Am
1. Mengukur prestasi keseluruhan murid melangkaui pelbagai jenis kebolehan mental.
2. Mengukur kebolehan yang lebih khusus seperti kemahiran dan verbal yang boleh meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
Ujian Aptitud
Ujian Aptitud Khusus
1. Mengenal pasti atau menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.
2. Memberi gambaran jenis bidang atau aliran yang sesuai dipelajari murid.
3. Menjadi rujukan guru dalam merancang strategi P&P yang sesuai mengikut kebolehan murid.
-
Mengukur Kecerdasan: i. Verbal Linguistik (Pintar Perkataan) ii. Visual Spatial (Pintar Visual dan Ruang) iii. Logik Matematik (Pintar Nombor) iv. Muzik (Pintar Muzik) v. Naturalis (Pintar Alam Semulajadi) vi. Kinestatik (Pintar Jasmani) vii. Interpersonal (Pintar Sosial) viii. Intrapersonal (Pintar Kendiri) ix. Existential (Pintar Kewujudan)
Ujian Aptitud
-
Inventori Personaliti
Membantu murid menyedari potensi /
kekuatan dan kelemahan diri
Membantu murid dan ibu bapa
Mengenal pasti personaliti murid
Membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran
Inventori
Personaliti
Membantu murid merancang
hala tuju kerjaya
Ujian Psikometrik Personaliti
Autonomi
Kreatif
Agresif
Ekstrovert
Pencapaian
Kepelbagaian
Intelektual
Kepemimpinan
Struktur
Resilien
Menolong
Analitikal
Kritik diri
Wawasan
Ketelusan
Tret
Personaliti
Realistik
Investigatif
Artistik
Sosial
Enterprising
Konvensional
Minat
Kerjaya
-
Inventori Tret Personaliti
Teori PerkembanganKerjaya
Teori Personaliti
Teori Tret danFaktor (Frank Parson 1909)
TeoriPerkembanganKerjaya Super
(1909)
Teori PersonalitiBig Five (Costa &
McCrea 1992)
Teori PersonalitiNarrow (2004)
-
Ujian Minat Kerjaya
Teori Tipologi Kerjaya Holland. Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: 1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan
ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan.
2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya.
3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya.
4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.
-
Selaras dengan konsep ICT sebagai pengupaya, LP telah menyediakan sistem aplikasi SPPBS bagi tujuan merekod dan menyimpan data akademik dan bukan akademik.
Data-data yang disimpan dapat diautomasikan dengan cekap dan berkesan bagi penghasilan pelaporan sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN atau KPM.
Panduan penggunaan sistem ini boleh dimuat turun sama ada melalui laman web LP http://www.moe.gov.my/lp atau pada menu BANTUAN di dalam sistem SPPBS.
Lembaga Peperiksaan juga telah mewujudkan Meja Bantuan peringkat pertama yang bertanggungjawab sebagai Single point of contact berkaitan aplikasi SPPBS kepada pengguna.
Meja Bantuan SPPBS boleh dihubungi melalui: [email protected] Telefon 03-8884 3158 Faks 03-8884 3156 SPPBS
Rekod prestasi murid
Pelaporan deskriptif
Pelaporan formatif/ kumulatif
Akademik Bukan Akademik
-
Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/ JPN/PPD/ Sekolah.
PENJAMINAN KUALITI PBS
-
Pegawai Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menyediakan Manual Penjaminan Kualiti. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat
kementerian bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menjalankan penataran penjaminan kualiti, iv. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti
penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian
untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran.
SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS
-
Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri
bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS. iv. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. v. Menjalankan penataran penjaminan kualiti. vi. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti
penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan vii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat
kementerian untuk dihantar kepada Lembaga Peperiksaan.
SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS
-
Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah
bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.
iv. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. v. Menjalankan penataran penjaminan kualiti; vi. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti
penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan vii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat
kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS
-
Pentadbir Sekolah i. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.
ii. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. iii. Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti. iv. Mengenalpasti personel yang perlu menjalani
penjaminan kualiti. v. Menyediakan dokumen/bahanrujukan penjaminan
kualiti. vi. Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis
panduan yang ditetapkan. vii. Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti
dan mengambil tindakan susulan. viii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat sekolah
untuk dihantar ke PPD.
SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS
-
Kingsoft Office
PEMENTORAN
-
PEMENTORAN
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
i. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.
ii. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.
iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara
mentor dan guru yang dibimbing.
Objektif Pementoran
-
JENIS-JENIS PEMENTORAN
Formal Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru. Informal Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah tanpa jadual yang ditetapkan.
-
Pementoran dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Pementoran luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD
PERSONEL PEMENTORAN
-
PERANAN MENTOR
i. Membimbing guru menggunakan dokumen standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
ii. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
iii. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.
iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan pembelajaran.
v. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
vi. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.
vii. Menyediakan laporan dapatan pemantauan.
-
Kingsoft Office
PENYELARASAN
-
PENYELARASAN
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.
Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
-
OBJEKTIF PENYELARASAN
i. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
ii. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
iii. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.
iv. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.
v. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
vi. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.
vii. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
-
i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama..
ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.
JENIS PENYELARASAN
-
PERSONEL PENYELARASAN Penyelarasan dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Penyelarasan luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD
-
i. Membantu guru faham kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
ii. Membantu guru menyediakan tugasan pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
iii. Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS.
iv. Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS.
v. Mengesahkan tugasan dan skor yang diberikan oleh guru adalah adil bagi semua murid.
PERANAN PENYELARAS
-
PEMANTAUAN
-
Objektif Pemantauan
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
PEMANTAUAN
i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di
sekolah. iii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh
guru. iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan
ketidakakuran. v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan
penambahbaikan.
-
Pemantau dalaman: Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau luaran : Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.
JENIS PEMANTAUAN
-
PERSONEL PEMANTAUAN
Pemantau dalaman dijalankan oleh: Pengetua / Guru Besar Guru Penolong Kanan GKMP Guru Cemerlang Ketua Panitia Jurulatih Utama Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar Pemantau luaran dijalankan oleh: Pegawai LP Pegawai JPN Pegawai PPD Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP
-
PERANAN PEMANTAU
Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah i. Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran
dan pembelajaran. ii. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan
pentaksiran sekolah . iii. Memberi maklumbalas dan membimbing guru yang
dipantau berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan.
iv. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS
v. Menyediakan laporan dapatan pemantauan PBS
Pemantauan Pengurusan PBS i. Menyemak pengurusan Fail Induk, Fail Perkembangan Murid
dan Fail Showcase. ii. Menyemak laporan program penjaminan kualiti. iii. Memberi maklumbalas dan membimbing pihak sekolah
berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan.
iv. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pengurusan PBS.
v. Menyediakan laporan dapatan pemantauan.
-
Kingsoft Office
PENGESANAN
-
Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.
i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran.
PENGESANAN
Objektif Pengesanan
-
JENIS PENGESANAN
Pengesanan Dalaman Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pengesanan Luaran Pengesanan Luaran dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP). Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.
-
PERSONEL PENGESANAN
Pengesanan dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Pengesanan luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP
-
PERANAN PENGESANAN
i. Mengesahkan kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
ii. Mengesahkan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
iii. Mengenalpasti dan membuat penambahbaikan instrumen pentaksiran.
iv. Mengenalpasti kepelbagaian instrumen pentaksiran.
-
Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS) dan PAJSK boleh dijana melalui SPPBS oleh pihak sekolah secara berkala atau apabila diperlukan. Pelaporan PS boleh dijana dalam dua bentuk iaitu pelaporan formatif dan laporan kumulatif melalui SPPBS
-
Prestasi Kumulatif
-
PBS (Pendidikan Khas)
-
PBS (Pendidikan Khas)
Murid Pendidikan Khas
Kategori murid pendidikan khas adalah seperti berikut:
Bermasalah Pembelajaran (BP)
Bermasalah Penglihatan (BL)
Bermasalah Pendengaran (BD)
PBS diwajibkan kepada semua murid termasuk murid pendidikan khas dan tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang diikuti oleh murid tersebut, sama ada di Aliran Perdana mahupun Pendidikan Khas dan ditaksir menggunakan DSP yang disediakan. Keperluan khas untuk murid berkenaan mesti disediakan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pelaksanaan PBS.
-
PS DAN PP BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH
INSTITUSI
ALIRAN/KELAS KURIKULUM
BERMASALAH PENDENGARAN
SKPK KELAS KHAS KSSR
SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF
KSSR KSSR + KSSR
PK
KELAS KHAS KSSR PK
BERMASALAH PENGLIHATAN
SKPK KELAS KHAS KSSR
SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF
KSSR KSSR + KSSR
PK
KELAS KHAS KSSR PK
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SKPK KELAS KHAS KSSR
SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF
KSSR KSSR + KSSR
PK
KELAS KHAS KSSR PK
Nota: KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR PK : Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas SKPK: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi
-
PS DAN PP BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH
INSTITUSI ALIRAN/KELAS KURIKULUM
BERMASALAH PENDENGARAN
SMPK KELAS KHAS KBSM
SMK (PPKI)
INKLUSIF KBSM
KELAS KHAS DALAM PROSES PENYEDIAAN
BERMASALAH PENGLIHATAN
SMPK KELAS KHAS KBSM
SMK (PPKI)
INKLUSIF KBSM
KELAS KHAS DALAM PROSES PENYEDIAAN
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK (PPKI)
INKLUSIF KBSM
KELAS KHAS DALAM PROSES PENYEDIAAN
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SMPK: Sekolah Menengah Pendidikan Khas PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi
-
P.KHAS (TAHAP 1) P.KHAS (TAHAP 2)
1 Bahasa Melayu 1 B. Melayu
2 Bahasa Inggeris 2 B. Inggeris
3 Matematik 3 Matematik
4 Pendidikan Muzik 4 Pendidikan Muzik
5 Pendidikan Seni Visual 5 Pendidikan Seni Visual
6 Pendidikan Jasmani 6 Pendidikan Jasmani
7 Pendidikan Islam 7 Pendidikan Islam
8 Pendidikan Moral 8 Pendidikan Moral
9 Pengurusan Diri 9 Pengurusan Kehidupan
10
Pengurusan Tingkah Laku 10 Kemahiran Hidup
11
Kemahiran Manipulatif 11 Pend Sains, Sosial Dan Alam Sekitar
12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
-
MATA PELAJARAN PEND KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN
TAHAP 1 TAHAP 2
1 Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)
1 Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)
2 Seni Visual Suaian 2 Seni Visual Suaian
3 Pendidikan Jasmani Suaian 3 Pendidikan Jasmani Suaian
4 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
-
MASALAH PENDENGARAN PENDIDIKAN KHAS
(TAHAP 1&2)
1 BAHASA MALAYSIA (UBAH SUAI)
2 BAHASA INGGERIS (UBAH SUAI)
3 BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
4 PENDIDIKAN ISLAM (UBAH SUAI)
MATA PELAJARAN BAGI MURID BERMASALAH PENDENGARAN
-
BIDANG BUKAN AKADEMIK
KATEGORI PAJSK PPsi
SEKOLAH RENDAH
Bermasalah Pembelajaran
Bagi 2 komponen dalam bidang bukan akademik iaitu PAJSK dan PPsi, murid pendidikan khas bagi ketiga-tiga kategori akan melalui PBS seperti mana murid yang lain. Namun begitu, bagi kekangan dalam penglibatan yang berpunca dari kecacatan, murid boleh dikecualikan daripada PBS pada komponen tersebut. Guru boleh menggunakan kaedah lain seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk merekod dan melapor perkembangan murid.
Bermasalah Penglihatan
Bermasalah Pendengaran
SEKOLAH MENENGAH
Bermasalah Pembelajaran
Bermasalah Penglihatan
Bermasalah Pendengaran