informasi pentaksiran berasaskan sekolah...

24
5/7/2014 1 Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1

Upload: tranthuan

Post on 03-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 1

Informasi

Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS)

1

Page 2: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 2 2

Buku informasi ini merupakan panduan ringkas tentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang boleh dijadikan rujukan oleh guru, murid, ibu bapa dan pemegang taruh. Untuk maklumat dan penerangan lanjut tentang PBS, sila hubungi Lembaga Peperiksaan (LP) melalui : URL: www.moe.gov.my/lp E-mel: [email protected] Telefon: 03 - 8889 3640/ 3520/ 3601/ 3551 03 - 8884 3022

Cetakan Pertama 2014

Hak Cipta Terpelihara © 2014

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku

Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan

semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua

bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman

atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:

Pengarah Peperiksaan,

Lembaga Peperiksaan,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

ISBN 978 - 967 - 12360 - 4 - 8

Page 3: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 3

3

PENGENALAN Apa itu Pentaksiran Pendidikan? Apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? Mengapa perlu PBS? Apakah Hubungkait Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran?

KOMPONEN PBS Apa itu Pentaksiran Sekolah (PS)?

Apakah Mata Pelajaran dalam PS? Apa itu Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid ? Apakah Jenis Instrumen Pentaksiran dalam PS? Apakah Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS? Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PS?

Apa itu Pentaksiran Pusat (PP)?

Apa itu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)? Apakah Tanggungjawab LP dan Pihak Sekolah dalam Pelaksanaan PT3? Apakah Mata Pelajaran yang Ditaksir dalam PT3? Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PT3?

Apa itu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)? Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PAJSK?

Apa itu Pentaksiran Psikometrik (PPsi)? Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PPsi?

PENJAMINAN KUALITI PBS Bagaimanakah Penjaminan Kualiti PBS?

PENAMBAHBAIKAN PBS

3

Page 4: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 4

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan.

4

Satu proses mendapatkan maklumat

Guru membuat keputusan tentang prestasi murid

Tentang apa yang murid: • tahu • boleh buat • boleh amalkan

Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran daripada yang formal sehinggalah kepada yang kurang formal.

Kurang formal Lebih formal

Tidak berstruktur

• Perjumpaan/ pertemuan tidak rasmi

• Perbualan

Sangat berstruktur

• Peperiksaan

• Ujian setara

• Ujian aptitud

Kurang berstruktur

• Soal selidik

• Pemerhatian

• Pentaksiran kendiri

Berstruktur

• Ujian dalam kelas

• Senarai semak

• Tugasan praktikal

• Projek

• Kajian kes

Page 5: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 5

5

5

• Mengenali diri dan potensi murid.

• Memberi fokus terhadap pembelajaran murid.

• Mendapat maklum balas tentang kaedah pengajaran-pembelajaran.

Guru

• Tahu apa yang telah dikuasai oleh anak.

• Dapat mengenali diri dan potensi anak untuk digilap.

Ibu Bapa

Pihak Berkepentingan

• Tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang telah melalui sistem pendidikan negara.

• Mendapat modal insan yang holistik merangkumi kemahiran kebolehkerjayaan.

• Tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai melalui maklum balas guru.

• Mengenali diri dan potensi untuk diperkembangkan.

• Berupaya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada masa kini dan hadapan.

Murid

• Terlibat dalam pelbagai aktiviti pentaksiran yang lebih bermakna.

Page 6: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 6

BPK BILIK DARJAH/SEKOLAH LP

KURIKULUM PEDAGOGI PEPERIKSAAN

Standard Kandungan Pengajaran & Pembelajaran

Pentaksiran

UPSR

Standard Pembelajaran

❶ PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) SPM

Pentaksiran sebagai

Pembelajaran

(Assessment as

Learning)

Pentaksiran untuk

Pembelajaran

(Assessment

for Learning)

Pentaksiran tentang

Pembelajaran (Assessment of

Learning)

Band/Deskriptor (Formatif)

Ujian bulanan & Peperiksaan

Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif)

❷ PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

❸ PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)

❹ PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

❶ PS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru di sekolah.

- Fokus utama pentaksiran ialah pembelajaran menarik dan bermakna kepada murid.

- Perekodan prestasi murid dalam PS adalah untuk kegunaan guru merancang PdP dan pentaksiran yang lebih berkesan.

❷ Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan oleh Guru Penasihat.

❸ Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.

❹ Pentaksiran Pusat dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan panduan

penskoran yang setara (standardised) oleh Lembaga Peperiksaan. 6

Page 7: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 7

• Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan PdP sebagai sebahagian prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid:

- Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning)

- Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)

• Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid:

- Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning)

PS Dilaksanakan oleh sekolah

• Perancangan

• Pembinaan item dan instrumen

• Pentadbiran

• Pemeriksaan dan penskoran

• Perekodan

• Pelaporan

Fungsi PS

• Mengukuhkan pembelajaran murid

• Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru

• Memberi maklumat tentang penguasaan murid

Pentaksiran Rujukan Standard

• Melihat perkembangan pembelajaran murid

• Melaporkan penguasaan murid mengikut standard tanpa membandingkan pencapaian murid

Pentaksiran Formatif &

Sumatif

7

Page 8: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 8

Peringkat Rendah; Tahun 1 - 6 melihat perkembangan (Development) melibatkan semua mata pelajaran

Peringkat Menengah Rendah:

Tingkatan 1 – 3 melihat perkembangan (Development) melibatkan semua mata pelajaran

Pentaksiran Sekolah terbahagi kepada dua peringkat;

Mata Pelajaran Peringkat Menengah Rendah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

8

Page 9: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 9

Apa itu Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM)?

Tema/Kemahiran/ Tajuk Band Pernyataan Deskriptor

Tema , kemahiran dan tajuk

pembelajaran mengikut

dokumen kurikulum.

Satu label yang

digunakan untuk

menunjukkan tanda

aras tertentu yang

disusun secara

hierarki digunakan

bagi tujuan pelaporan

individu.

Pernyataan tentang sejauh mana murid perlu

mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai bagi setiap standard aras penguasaan.

Deskriptor mengandungi cakupan kriteria atau

aspek yang ditaksir, tingkah laku yang perlu

dipamerkan dalam pentaksiran dan dimensi

kualiti tingkah laku (Qualifier) yang perlu

dipamerkan oleh murid.

• Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab misali Band 6

• Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji Band 5

• Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab Band 4

• Tahu, faham dan boleh buat Band 3

• Tahu dan faham Band 2

• Tahu Band 1

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) ialah panduan untuk mentaksir dan melapor pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid mengikut tahap-tahap seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Panduan ini merangkumi tema/kemahiran/tajuk, band, pernyataan deskriptor seperti berikut:

Standard Prestasi Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid pada peringkat atau aras perkembangan pembelajaran murid.

9

Page 10: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 10

Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara Instrumen pentaksiran yang digunakan ialah:

Apakah Jenis Instrumen yang Digunakan dalam PS?

8. Lembaran kerja 9. Soal jawab 10. Kuiz 11. Senarai semak 12. Latihan / Tugasan rumah

10

Page 11: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 11

Memperbaiki

kelemahan/ masalah

murid dalam pembelajara

n

• Memantau, mentaksir dan melapor perkembangan pembelajaran setiap murid.

• Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran untuk tindakan susulan yang berkesan.

• Mendapatkan profil kelas atau gambaran tentang perkembangan pembelajaran murid untuk guru merancang pengajaran yang lebih berkesan.

• Memberikan maklumat yang segera tentang perkembangan pembelajaran murid kepada guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak berkepentingan sebagai asas perbincangan untuk tindakan meningkatkan prestasi murid.

• Memberi maklum balas tentang keberkesanan sesuatu intervensi pengajaran yang dilaksanakan.

• Merancang dan menetapkan sasaran pencapaian murid di awal tahun secara individu dan kolaboratif.

Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.

Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.

Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.

Memberi sokongan moral kepada guru untuk melaksanakan PS.

Menjalankan pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan.

Apakah Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS?

11

Guru Sekolah

Pentadbir Sekolah

Page 12: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 12

• Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences).

• Menggalakkan anak mengambil bahagian dalam aktiviti PBS.

• Memastikan anak bertanggungjawab melaksanakan tugasan pentaksiran mengikut prosedur yang ditetapkan.

• Mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak melalui komunikasi dengan mereka.

• Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah.

• Membimbing anak dan bukannya melaksanakan tugasan

pentaksiran untuknya. • Mendapatkan pelaporan

perkembangan dan pencapaian anak daripada pihak sekolah dari semasa ke semasa seperti melalui “Hari Terbuka”.

• Melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

• Melaksanakan tugasan pentaksiran mengikut kemampuan masing-masing.

• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri berdasarkan maklum balas daripada guru dan memperbaiki prestasi.

• Mendapatkan nasihat dan tunjukajar daripada guru atau rakan sebaya cara memperbaiki pembelajaran dan prestasi.

Apakah Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS?

12

Ibu bapa Murid

Pihak Berkepentingan

• Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran.

• Memahami dan menyedari

peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah.

• Memberi pelbagai bentuk

sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

Page 13: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 13

Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PS? Contoh Pelaporan Pentaksiran Sekolah

SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

TINGKATAN 1, 2013

Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI No. Kad Pengenalan/ No. Murid : 990722145118

Tingkatan : 1 Nekad Tarikh: 1 Julai 2013

13

Gred Pencapaian

Dalam Peperiksaan Pertengahan

Tahun

Mata Pelajaran

Pernyataan Deskriptor Perkembangan Pembelajaran Murid Selepas Enam Bulan

A Cemerlang

Bahasa Melayu

Band 4 Lisan: Berbincang dan mengemukakan hujah yang relevan untuk menerima atau menolak pendapat secara sopan dalam pelbagai situasi.

Band 4

Baca: Membaca dan menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan.

Band 4 Tulis: Menulis kerangka penulisan, idea utama dan idea sokongan berdasarkan sesuatu tajuk dalam perenggan dengan betul.

B Kepujian

Bahasa Inggeris

Band 3 Oral: Talk about self, family and friends correctly and display understanding when others talk about themselves. Listen and respond to texts and recall main ideas.

Band 3 Reading: Read aloud a variety of text genres with good pronunciation and intonation, obtain information by filling in the blanks adequately, able to find meanings of unfamiliar words from a variety of sources and using contextual clues

Band 4 Writing: Write a text expressing one’s opinions with a fair amount of sentence patterns, writing conventions, vocabulary and creativity.

A Cemerlang

Geografi

Band 6 Kemahiran Geografi: Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geografi yang sesuai.

Band 4 Bentuk Muka Bumi: Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas.

Tanah tinggi Tanah pamah Pinggir laut Saliran

B Kepujian

Pendidikan Muzik

Band 2 Teori: Menjelas dan menerangkan mengenai konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni, Warna ton, Tekstur, Bentuk, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminology dengan betul.

Band 4 Nyanyian: Mengaplikasikan teknik nyanyian dengan betul tanpa bimbingan.

Band 3 Alat Muzik: Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan bimbingan.

Band 3 Etika: Mengamalkan nilai-nilai murni semasa latihan dan persembahan.

Page 14: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 14

Pentaksiran Pusat (PP) merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah

menggunakan instrumen pentaksiran, tugasan, panduan penskoran dan jadual penggredan yang

disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Pelaporan PP dikeluarkan oleh pihak sekolah.

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan

melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum

pelaporan dikeluarkan.

Moderasi

Moderasi ialah suatu proses menyelaras

markah yang diberi oleh beberapa orang

pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi

mendapatkan satu markah yang dipersetujui

bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan

peraturan pemarkahan yang disediakan dan

merupakan prosedur untuk memastikan

ketekalan (konsistensi) pemberian markah

antara pemeriksa.

Verifikasi

Verifikasi pula ialah proses menentusahkan

markah yang diperoleh murid adalah markah

yang selayaknya diterima.

14

Page 15: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 15

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen Pentaksiran Pusat yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Tanggungjawab Pihak Sekolah

Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

• Memasang instrumen Ujian Bertulis

berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen serta membuat verifikasi instrumen.

• Menyediakan jadual dan mentadbir PT3 dalam tempoh ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3.

• Melaksanakan moderasi skrip jawapan PT3 dengan Panduan Penskoran di antara Ketua Panitia mata pelajaran dengan guru mata pelajaran PT3.

• Memeriksa skrip jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran yang telah melalui aktiviti moderasi.

• Melaksanakan moderasi dan verifikasi skor bersama Pentaksir Luar yang dilantik oleh LP.

• Menghantar keputusan ke Lembaga Peperiksaan.

• Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.

15

Apakah Tanggungjawab LP dan Pihak Sekolah dalam Pelaksanaan PT3?

Page 16: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 16

Ujian Lisan & Ujian Bertulis

Pelbagai Instrumen

Ujian Bertulis

Peperiksaan Pusat 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Science 4. Mathematics 5. Sejarah 6. Geografi 7. Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB) 8. Pendidikan Islam 9. Bahasa Tambahan

• Bahasa Cina • Bahasa Tamil • Bahasa Iban • Bahasa Kadazandusun • Bahasa Arab

• Bahasa Punjabi

Sehingga 2013 - PMR

• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris

• Science • Mathematics • Pendidikan Islam • Kemahiran Hidup Bersepadu • Bahasa Tambahan

o Bahasa Cina o Bahasa Tamil o Bahasa Iban o Bahasa Kadazandusun o Bahasa Arab

• Sejarah • Geografi

Murid beragama Islam - 8 atau 8 + bahasa tambahan

Murid bukan beragama Islam - 7 atau 7 + bahasa tambahan

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

16

Page 17: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 17

Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PT3?

Contoh Pernyataan Keputusan PT3

17

PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014

NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA

GILIRAN

V100 A 001

NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP 990907-10-5397

KOD MATA PELAJARAN GRED

02 BAHASA MELAYU A Cemerlang

03 BAHASA MELAYU LISAN A Cemerlang

12 BAHASA INGGERIS PENULISAN B Kepujian

13 BAHASA INGGERIS LISAN C Baik

21 SEJARAH B Kepujian

23 GEOGRAFI B Kepujian

31 BAHASA ARAB C Baik

45 PENDIDIKAN ISLAM A Cemerlang

50 MATHEMATICS B Kepujian

55 SCIENCE A Cemerlang

76 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

(TEKNIKAL)

B Kepujian

Gred Tafsiran Gred A Cemerlang B Kepujian C Baik D Memuaskan E Mencapai tahap minimum F Belum mencapai tahap minimum

Tafsiran Gred PT3

Page 18: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 18

KOMPONEN PAJSK

KOKURIKULUM

SUKAN & PERMAINAN

SEGAK & BMI

Penyertaan,

penglibatan dan

pencapaian Sukan

dan Permainan

di peringkat

sekolah, daerah,

negeri, negara &

antarabangsa.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) • Mengukur tahap

kecergasan.

Body Mass Index (BMI) • Merekodkan tentang

ketinggian dan berat

badan bagi

menentukan tahap

jisim badan.

Penyertaan,

penglibatan dan

pencapaian

dalam kerja

sukarela semasa

atau luar waktu

sekolah.

EKSTRA

KURIKULUM

KELAB & PERSATUAN

Penyertaan,

penglibatan dan

pencapaian Kelab

dan Persatuan

di peringkat

sekolah, daerah,

negeri, negara &

antarabangsa.

BADAN BERUNIFORM

Penyertaan,

penglibatan dan

pencapaian Badan

Beruniform

di peringkat

sekolah, daerah,

negeri, negara &

antarabangsa.

PAJSK dilaksanakan di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah dan di Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah.

Komponen PAJSK

PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid.

18

Page 19: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 19

Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PAJSK?

ELEMEN ASPEK SUKAN/

PERMAINAN KELAB/

PERSATUAN BADAN

BERUNIFORM EKSTRA

KURIKULUM

PENGLIBATAN

Jawatan Ketua Pasukan Bola Jaring

Pengerusi Kelab Bahasa Melayu

Tali Pinggang Hitam (Tae Kwon Do)

Ketua Murid Sekolah

Peringkat Daerah Sekolah Daerah

Komitmen Menunjukkan kepimpinan,

bertanggungjawab dan menepati

waktu.

Menunjukkan Kepimpinan,

Menepati waktu dan menunjukkan

minat.

Menunjukkan Kepimpinan,

Menepati waktu dan menunjukkan minat.

Khidmat Sumbangan

Teknikal-atlet Pengurusan Pengurusan-Mentadbir Badan

Beruniform (Tae Kwon Do)

PENYERTAAN Kehadiran 40 40 40

PRESTASI Tahap Prestasi

Johan Daerah Penyertaan Naib Johan Daerah

PELAPORAN MARKAH

Skor Elemen 95 98 96 10

Jumlah Skor (%) 85 93 87

10% 7.9 CGPA 79.25

Pernyataan Pelaporan

Syabas. Anda seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai. Anda hendaklah mengekalkan prestasi dan usaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Semoga kecemerlangan ini boleh diteladani oleh orang lain.

SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 3, 2014

Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI Tingkatan : 3 Nekad No. Kad Pengenalan/ No. Murid : 990722145118 Tarikh: 13 November 2014

19

Jenis Ujian Skor

Naik Turun Bangku (kadar nadi seminit) 4

Tekan Tubi (ulangan) 3

Ringkuk Tubi Separa (ulangan) 1

Jangkauan Melunjur (jarak – cm) 4

Jumlah Skor 12

Gred C

Pencapaian Baik

Tinggi (cm) 154

Berat (kg) 40

BMI 16.87

Tafsiran Normal

RUMUSAN PENTAKSIRAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)

Page 20: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 20

UJIAN APTITUD • Aptitud Umum (Tahun 3 & 6) • Aptitud Khusus (Tkt 3)

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

INVENTORI PERSONALITI • Inventori Tret Personaliti

(Tkt 1 & 4) • Inventori Minat Kerjaya

(Tkt 1, 3 & 5)

Tidak berasaskan kurikulum

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan.

Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

LP menyediakan instrumen

Pelaporan adalah secara deskriptif

Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability).

Apa Tujuan?

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitud dan personaliti murid.

Apa

Itu PPsi? Komponen PPsi yang diuji di peringkat rendah dan menengah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti.

Bila?

Instrumen PPsi disediakan oleh LP manakala Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Kaunselor sekolah mengurus pelaksanaan PPsi.

Siapa laksana?

20

Page 21: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 21

Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PPsi?

INVENTORI

MINAT

KERJAYA

UJIAN APTITUD KHUSUS

Konstruk Skor (10)

Realistik

Investigatif

Artistik

Verbal Linguistik

Visual Ruang

Logik Matematik

Muzik

Naturalis

Kinestatik

Interpersonal

Intrapersonal

Existential

9

8

8

7

5

4

4

4

3

Pentaksiran Psikometrik mengukur kebolehan semula jadi

dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan

persekitaran melalui Inventori Minat Kerjaya dan Ujian

Aptitud Khusus. Inventori Minat Kerjaya bertujuan untuk

mendapatkan maklumat tentang kecenderungan kerjaya

murid. Ujian Aptitud Khusus bertujuan untuk mendapatkan

maklumat tentang kecerdasan serta minat atau

kecenderungan murid.

Keputusan Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud

Khusus anda adalah seperti berikut:

SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 3, 2014

Nama : NURUL HANI BINTI HASHIM No. Kad Pengenalan/ No. Murid : 990520085116 Tingkatan : 3 Nekad

PENERANGAN

REA

LIST

IK

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan

mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan

tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan

peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek

praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar

bangunan.

INV

ESTI

GA

TIF

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik,

saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka

membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan,

menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains

dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan

intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya

bercorak teknikal.

AR

TIST

IK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi,

ekspresif, original, bebas,kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam

situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang.

Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

SOSI

AL

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama,

kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada

orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi

dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi

perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

ENTE

RP

RIS

ING

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan,

perniagaan dan keusahawanan.Wujudnya suasana pengaruh-

mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta

menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk

mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

KO

NV

ENSI

ON

AL Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data,

nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci,

mengikut peraturan dan arahan.

Petunjuk Inventori Minat Kerjaya

PENERANGAN

Verbal Linguistik

Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi.

Visual ruang

Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.

Logik Matematik

Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.

Muzik Keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.

Naturalis Keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

Kinestatik Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

Inter personal

Keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

Intra personal

Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.

Existential Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

Petunjuk Ujian Aptitud Khusus

21

Ulasan Guru:

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………..

Page 22: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 22

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/JPN/PPD/ Sekolah.

PENJAMINAN KUALITI PBS

22

• Memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai.

•Memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

•Memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran

•Membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Pementoran Penyelarasan

Pengesanan Pemantauan

Page 23: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 23

23

23

PENAMBAHBAIKAN PBS

Page 24: Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)ppdkotatinggi.moe.gov.my/wp-content/uploads/2017/... · Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ... Tahun 1 - 6 melihat perkembangan ... Pendidikan

5/7/2014 24 24

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

ISBN 978 - 967 - 12360 - 4 - 8