buku garis panduan pbs & praktikum

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 06-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    1/157

    1

    GARIS PANDUANPRAKTIKUM /

    AMALAN PROFESIONAL

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP)

    LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN(LPP)

    LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN PRASEKOLAH(LPP PRASEKOLAH)

    LPP MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH(LPP-LPBS)

    UNIT PRAKTIKUMINSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    2/157

    2

    GARIS PANDUANAMALAN PROFESIONAL

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANDENGAN KEPUJIAN

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    3/157

    3

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    Pengenalan 4 Definisi Isti lah 5

    I. PROGRAM AMALAN PROFESIONAL 8

    1. Pendahuluan 82. Konsep 83. Rasional 84. Matlamat 95. Objektif 96. Pelaksanaan Program Amalan Profesional 107. Penilaian Amalan Profesional 11

    II. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 12

    1. Konsep 132. Objektif 133. Strategi Pelaksanaan 144. Kehadiran 155. Status Pelaksanaan 156. Peranan dan Tanggungjawab 167. Lampiran 1(PBS) 18

    Lampiran 1-1( Panduan Menulis Pernyataan Profesional ) 19 Lampiran 1-2( Panduan Penyediaan Portfolio ) 20 Lampiran 1-3( Senarai Semak Penyediaan Portfolio ) 21 Lampiran 1-4( Rekod Kolaborasi/Interaksi/Perbincangan ) 22

    Lampiran 1-5( Penulisan Refleksi ) 23 Lampiran 1-6( Amalan Refleksi ) 24 Lampiran 1-7A( Aktiviti Profesional Semester 1 ) 25 Lampiran 1-7B( Aktiviti Profesional Semester 2 ) 27 Lampiran 1-7C( Aktiviti Profesional Semester 3 ) 28 Lampiran 1-7D( Aktiviti Profesional Semester 4 ) 29 Lampiran 1-8( Borang Kehadiran PBS ) 30 Lampiran 1-9( Laporan Perkembangan Pelajar ) 31

    III. PRAKTIKUM 31

    1. Konsep 32

    2. Objektif 323. Prosedur Pelaksanaan 324. Peranan dan Tanggungjawab 345. Kehadiran Praktikum 396. Penangguhan Praktikum 397. Kes Gagal Praktikum 408. Syarat Taksiran Prestasi Pelajar dalam Praktikum 409. Wajaran Penilaian Praktikum 41

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    4/157

    4

    Muka Surat 10. LAMPIRAN 2 (Praktikum) 42

    1. Lampiran 2-1 ( Guru Pembimbing Sebagai Mentor ) 432. Lampiran 2-2 ( Pengajaran Berpasangan ) 45 3. Lampiran 2-3 ( Penulisan Jurnal Mingguan ) 47 4. Lampiran 2-3A ( Senarai Semak Penulisan Jurnal ) 49

    5. Lampiran 2-3B ( Panduan Penyediaan Portfolio Praktikum ) 50 6. Lampiran 2-3C ( Senarai Semak Portfolio Praktikum ) 52 7. Lampiran 2-4 ( Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum ) 54 8. Lampiran 2-4 ( Laporan Aktiviti Kokurikulum ) 559. Lampiran 2-5 ( Pencerapan Klinikal ) 56 10. Lampiran 2-6 ( Borang PR1 ) 5811. Lampiran 2-7 ( Borang PR1/P ) 60 12. Lampiran 2.7A ( Panduan Penggunaan Borang PR1 & PR1/P ) 62 13. Lampiran 2-8 ( Borang PR1/PRA)=Pra-Sekolah 69 14. Lampiran 2-9 ( Borang PR1/P/PRA)=Pra-Sekolah 7015. Lampiran 2-9A ( Panduan Penggunaan Borang PR1/PRA dan PR1/P/PRA ) 73 20. Lampiran 2-10 ( Borang PR1/MP )=Pddk Khas Masalah Pembelajaran 79

    21. Lampiran 2-11 ( Borang PR1/P/MP )=Pddk Khas Masalah Pembelajaran 81 22. Lampiran 2-11A ( Panduan Penggunaan Borang PR1/MP dan PR1/P/MP ) 83 23. Lampiran 2-12 ( Borang PR1/ML )=PK Masalah Penglihatan 87 24. Lampiran 2-13 ( Borang PR1/P/ML )=PK Masalah Penglihatan 8925. Lampiran 2-13A ( Panduan Penggunaan Borang PR1/ML dan PR1/P/ML ) 91 26. Lampiran 2-14 ( Borang PR1/MD )=PK Masalah Pendengaran 95 27. Lampiran 2-15 ( Borang PR1/P/MD )=PK Masalah Pendengaran 97 28. Lampiran 2-15A ( Pand Penggunaan Borang PR1/MD dan PR1/P/MD ) 99 29. Lampiran 2-16 ( Borang PR1/PEMULIHAN ) 103 30. Lampiran 2-17 ( Borang PR1/P/PEMULIHAN ) 105 31. Lampiran 2-17A ( Pand Peng Borang PR1/P dan PR1/P/PEMULIHAN ) 107 32. Lampiran 2-18 (Borang PR2 ) 114

    33. Lampiran 2-18A ( Panduan Penggunaan Borang PR2 ) 117

    IV. INTERNSHIP 121

    1. Konsep 1212. Objektif 1213. Prosedur Pelaksanaan 1214. Peranan dan Tanggungjawab 1235. Penilaian Prestasi Pelajar Dalam Internship 124

    6. LAMPIRAN 3 (Internship) 1251. Lampiran 3-1 ( Borang PR3 Penilaian Internship ) 126

    2. Lampiran 3-2 ( Panduan Penggunaan Borang Penilaian Internship PR3 ) 129

    V. PRAKTIKUM KPLI/KPLI SM/KDPM 132

    LAMPIRAN 4 (KPLI/KDPM)1. Lampiran 4-1 ( Borang PR1 KPLI ) 133 2. Lampiran 4-2 (Panduan Penggunaan Borang PR1 KPLI ) 135 3. Lampiran 4-3 ( Borang PR1_PRA_KPLI ) 142 4. Lampiran 4-4 ( Panduan Penggunaan Borang PR1/PRA KPLI ) 144 5. Lampiran 4-5 ( Borang PR2 KPLI ) 149 6. Lampiran 4-6 ( Panduan Penggunaan Borang PR2 KPLI ) 152

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    5/157

    5

    PENGENALAN

    Garis Panduan Amalan Profesional Latihan Perguruan Praperkhidmatan digubal sebagai

    panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program IjazahSarjana Muda Perguruan (PISMP). Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi

    maklumat berkaitan dengan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan

    Internship. Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan

    tanggungjawab semua pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian

    dinyatakan secara jelas . Di dalam bahagian lampiran dimuatkan pelbagai borang bimbingan

    dan penilaian, serta dokumen lain yang berkaitan bagi membantu melaksanakan program ini

    dengan berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah pembimbing, guru

    pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta

    tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional . Di samping itu garis

    panduan ini juga dapat membantu pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan,

    penyeliaan dan penilaian pelajar.

    Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) khasnya Pasukan Pengurusan

    Praktikum, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri boleh menggunakan garispanduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran

    yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan

    pelantikan, penempatan (praktikum dan PBS), pemantauan dan kerja-kerja penyelarasan

    Amalan Profesional.

    Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai landasan untuk membantu usaha menjayakan

    Amalan Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna dalam menyempurnakan sistem

    latihan perguruan kendalian Bahagian Pendidikan Guru. Usaha ini adalah selaras denganhasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan

    Misi Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    6/157

    6

    DEFINISI ISTILAHPensyarahPembimbing

    : Merujuk kepada pensyarah IPG yang dilantik olehPengarah untuk membimbing, menyelia dan menilaiprestasi pelajar semasa praktikum.

    Guru Pembimbing : Merujuk kepada guru sekolah yang berpengalaman

    dalam mata pelajaran major/elektif dan diilantik olehJabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebagai pembimbingkepada pelajar.

    Pengurus Sekolah : Merujuk kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan danPenyelia Petang.

    Pelajar : Merujuk kepada peserta Program Ijazah Sarjana MudaPerguruan sepenuh masa yang sedang mengikutilatihan praperkhidmatan yang dianjurkan olehKementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

    Murid : Merujuk kepada murid sekolah rendah tempat programamalan profesional dilaksanakan.

    Institut PendidikanGuru Malaysia

    : Merujuk kepada institut perguruan di bawahKementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikanprogram latihan perguruan.

    Bilik Darjah : Merujuk kepada tempat sesi pengajaran danpembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel,dan makmal.

    Sekolah : Merujuk kepada sekolah-sekolah rendah yang ditadbir

    di bawah KPM .

    Pemantauan : Merujuk kepada proses mengesan pelaksanaanprogram amalan profesional oleh ahli JKIPIPG .

    Rentasan : Merujuk kepada proses pengesahan kes gagal/cemerlang dalam program amalan profesional.

    Cemerlang : Merujuk kepada markah 90 peratus dan ke atas dalamprogram praktikum akhir.

    Gagal : Merujuk kepada markah kurang 40 peratus atau gagalmematuhi prosedur-prosedur program amalanprofesional atau melanggar Akta 174 .

    JKIAPIPG : Merujuk kepada Jawatankuasa Induk AmalanProfesional Institut Pendidikan Guru Malaysia

    JKPPIPG : Merujuk kepada Jawatankuasa Peperiksaan danPenilaian Institut Pendidikan Guru

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    7/157

    7

    BAHAGIAN 1

    PROGRAM AMALAN PROFESIONAL

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    8/157

    8

    PROGRAM AMALAN PROFESIONAL

    1. PENDAHULUAN

    Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruanpraperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan IndukPembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmudan kemahiran yang diterima di dalam bilik kuliah ke situasi pengajaran dan pembelajaransebenar di bilik darjah.

    2. KONSEP

    Amalan Profesional merupakan satu program yang mendedahkan pelajar kepada kerjalapangan yang juga satu kontinum dalam program latihan perguruan praperkhidmatan di IPGM.Program ini terbahagi kepada tiga bahagian:

    (i) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

    (ii) Praktikum (Pengajaran makro dan mikro dijalankan sebelum praktikum olehJabatan Ilmu Pendidikan/ Jabatan Pengkhususan/ Jabatan Major)

    (iii) Internship

    Pembahagian ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:

    Program Amalan Profesional

    PBS Praktikum Internship

    Rajah 1.1 : Konsep Program Amalan Profesional

    3. RASIONAL

    Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran danteori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaranpembelajaran yang tersendiri . Hasil pengalaman dan proses refleksi dan penambahbaikansecara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan(situational knowledge ) dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesionalperguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Melalui program latihan praktikyang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental , pelajar dapat membina,menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yangberkesan.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    9/157

    9

    Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripadapenilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPG dansekolah. Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangansistem latihan terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme keguruan.

    INSANGURU ILMU PROFESIONAL PERGURUAN

    R R

    ILMU BINAAN(SITUATIONAL KNOWLEDGE )

    R R

    TEORI TERSENDIRI(PERSONAL THEORIES )

    R RR

    PELAJAR TEORI PRAKTIS

    R = Refleksi

    Rajah 1.2 : Proses Pembinaan Insan Guru dalam Program Amalan Profesional

    4. MATLAMAT

    Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep,prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional.Amalan profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supayamempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

    Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiahguru yang unggul dan bukan sebagai guru bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian,program amalan profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu sertamelibatkan usaha sama antara IPG, JPN dan sekolah.

    5. OBJEKTIF

    5.1 Melalui program amalan profesional, diharapkan pelajar akan dapat:

    (i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilaiprofesional perguruan

    (ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti(iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid

    INOVASI

    KREATIVITI

    INOVASI

    KREATIVITI

    PENAMBAHBAIKAN

    PENAMBAHBAIKAN

    PENAMBAHBAIKAN

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    10/157

    10

    (iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

    (v) menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran

    (vi) menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran

    (vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran,seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru

    (viii) membuat refleksi/renungan, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalamsemua aspek tugas guru dan

    (ix) membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesionalperguruan.

    5.2 Melalui program amalan profesional ini juga, pihak IPG dan sekolah dapat:

    (i) memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspekpengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah

    (ii) mengeratkan hubungan profesional antara IPG dengan sekolahmelalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam kontekspengajaran pembelajaran dan

    (iii) menilai prestasi pelajar semasa program amalan profesional.

    6. PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PROFESIONAL

    Program amalan profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan sepertidalam Jadual 1.1.

    Pelaksanaan Program Amalan Profesional

    Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship

    Semester 1 2 3 4 5 6 7 8

    Program PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Prakt 1 Prakt 2 Prakt 3 Internship

    Tempoh 1

    minggu

    1

    minggu

    1

    minggu

    1

    minggu

    4

    minggu

    8

    minggu

    12

    minggu

    4

    Minggu

    KreditDiserapkan dalam mata pelajaran

    major/elektif 2 4 6 2

    WajaranDimasukkan dalam tugasan mata

    pelajaran major/elektif 100% 100% 100% 100%

    Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    11/157

    11

    7. PENILAIAN AMALAN PROFESIONAL

    Wajaran bagi penilaian setiap aktiviti PBS, Praktikum dan Intership dalam Amalan Profesionalpelajar adalah seperti dalam Jadual 1.1.

    7.1 Syarat Penentuan Keputusan

    Prestasi pelajar dalam amalan profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkandalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yangdikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG).

    (i) Penentuan LULUS adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

    - Kehadiran 100 % dalam amalan profesional- Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir amalan profesional- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan

    (ii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

    - Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategorilulus.

    - Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran danbimbingan yang diberikan.

    - Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali.- Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    12/157

    12

    BAHAGIAN 2

    PENGALAMAN BERASASKAN

    SEKOLAH (PBS)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    13/157

    13

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    1. KONSEP

    Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen Amalan

    Profesional bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PendidikanRendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman

    awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS

    juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi

    pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,

    refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat

    memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan

    tugas sebenar seorang guru.

    2. OBJEKTIF

    Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat:

    (i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

    (ii) menghayati kerjaya seorang guru

    (iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah

    (iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid

    (v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran

    (vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

    (vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran

    pembelajaran dan budaya sekolah

    (viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

    analitikal

    (ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan

    (x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru, dan

    (xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

    refleksi selepas PBS dilaksanakan .

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    14/157

    14

    3. STRATEGI PELAKSANAAN

    (i) Tempoh

    Tempoh pelajar menjalani PBS adalah selama 1 minggu bagi setiap Fasa iaitumulai semester 1 hingga semester 4 seperti dalam Jadual 1.1.

    Pembelajaran Berasaskan Sekolah

    Semester 1 2 3 4

    Program PBS

    Fasa 1PBS

    Fasa 2PBS

    Fasa 3PBS

    Fasa 4

    Tempoh 1 Minggu 1 Minggu 1 Minggu 1 Minggu

    Kredit Diserapkan dalam mata pelajaran major / elektif

    Wajaran Dimasukkan dalam tugasan mata pelajaran major / elektif

    Jadual 1.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

    (ii) Penempatan

    Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh UnitPraktikum IPGM dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan matapelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambilkiralokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Inibertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahanpelbagai sebelum mereka di tempatkan di sekolah untuk parktikum.

    (iii) Prosedur Pelaksanaan

    a) IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

    b) IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatanpelajar dan pelaksanaan PBS.

    c) IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBSuntuk pelajar.

    d) IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan

    pelajar.

    e) Jabatan Ilmu Pendidikan/ mata pelajaran major/ elektif akan memberikantugasan dan panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untukdisempurnakan mengikut Semester / Fasa yang ditetapkan. (rujuk Jadual2.1)

    f) Hasil aktiviti PBS dan dibincang bersama pensyarah yang berkenaansemasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.1)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    15/157

    15

    Semester Tugasan

    1 Pengajian Profesional

    2 Subjek Major

    3 Elektif 14 Elektif 2

    Jadual 2.1: Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

    (iv) Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

    a) Pelajar dikehendaki memperoleh maklumat umum tentang sekolah di mana merekamenjalani setiap Fasa PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.

    b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yangditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan.

    c) Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaranelektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema yangdicadangkan di dalam Lampiran 1-7B.

    d) Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telah ditetapkan.

    4. KEHADIRAN

    a) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib.

    b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahandoktor/pegawai perubatan.

    c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapatkebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGM.

    d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yangditetapkan.

    5. STATUS PELAKSANAAN PBS

    Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan yang berikut:

    a) Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8)

    b) Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)

    c) Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)

    d) Melengkapkan Borang Kehadiran dan Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran1-8 dan dan 1-9)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    16/157

    16

    6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    (i) Pelajar:

    a) Menghadiri taklimat PBS

    b) Memahami objektif PBS

    c) Melaksanakan tugasan PBS

    d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS

    e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPG dan peraturansekolah

    f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitarandan kelengkapan sekolah

    g) Berbincang dengan guru tentang tugas yang dilaksanakan di sekolah

    h) Bersama mentor sebagai pembantu dalam pelaksanaan pengajaranpembelajaran di bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS.

    i) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusankelas sebagai bahan refleksi.

    j) Mendokumentasikan segala hasil tugasan dan hasil refleksi secara berterusandalam portfolio individu.

    k) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang

    pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS.

    l) Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada pensyarah mata pelajaran IlmuPendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untukperbincangan, bimbingan dan penilaian.

    (ii) Sekolah

    a) Mengenal pasti dan melantik guru terlatih yang berpengalaman sebagai mentor untuk membantu pelajar yang menjalani PBS

    b) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

    c) Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan program PBS

    d) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaransekolah/pengajaran/aktiviti bimbingan guru yang berpengalaman

    e) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagimenyempurnakan tugasan PBS

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    17/157

    17

    f) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah

    g) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS danmengesahkan Borang Kehadiran PBS

    h) Menilai kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan PerkembanganPelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)

    i) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar

    j) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakandengan sempurna

    k) Melibatkan pelajar sebagai pembantu guru sahaja dalam pengajaranpembelajaran di bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS

    (iii) IPGM (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan /Major/ Elektif )

    a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis PanduanPelaksanaan PBS

    b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS

    c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.

    d) Memastikan tugasan PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa

    yang mencukupi diberikan kepada pelajar

    e) Memberikan taklimat kepada pihak sekolah dan pelajar berhubung dengankonsep, objektif dan tugasan dalam pelaksanaan PBS

    f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan

    g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan

    h) Memastikan pelajar membuat tugasan dan menyerahkan kepada pensyarahmata pelajaran yang berkaitan untuk dinilai

    i) Menetapkan satu sesi refleksi dua minggu selepas Laporan PBS disiapkansebagai ruang untuk pembentangan, perbincangan dan penilaian.

    j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah

    k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGdengan segera

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    18/157

    18

    LAMPIRAN 1(PBS)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    19/157

    19

    LAMPIRAN 1-1

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHPANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK TUGASAN

    1. Pengenalan

    Pernyataan profesional/kontrak tugasan merujuk kepada harapan/tugasan yangditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentuperlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapaiobjektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilaisendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

    2. Tujuan Pernyataan Profesional

    2.1 Menyatakan fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan

    dengan sistematik2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti

    yang difokuskan2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/

    penambahbaikan

    3. Pernyataan Profesional

    3.1 Sebelum PBS Kenal pasti fokus utama tugasan Tujuan tugasan Merancang strategi pelaksanaan Instrumen penilaian

    3.2 Semasa PBS Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang Mengumpul data Merekod

    3.3 Selepas PBS (refleksi) Menganalisis data

    Menilai Melapor

    4. Penilaian Pernyataan Profesional (pencapaian objektif fokus tugasan) Pencapaian objektif Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    20/157

    20

    LAMPIRAN 1-2PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

    1. Pengertian Portfolio

    1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambarantentang seorang profesional dari segi:

    1.1.1 Pengetahuan1.1.2 Kemahiran1.1.3 Pengalaman1.1.4 Kelayakan1.1.5 Matlamat dan pencapaian

    1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkandengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman,1992).

    2. Tujuan Portfolio

    2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS

    2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai

    2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.

    2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan danpengalaman baru.

    2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik danprofesional.

    3. Ciri-Ciri Portfolio

    3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.3.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar menghargai usaha dan diri sendiri.3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan

    penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

    4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

    4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    21/157

    21

    LAMPIRAN 1-3PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

    Bil Tajuk Item Tandakan

    1 Biodata (ditulis dalamhelaian berasingan)

    1.1) Nama1.2) No. Kad Pengenalan

    1.3) Major dan Ambilan

    1.4) Tarikh PBS

    2Pernyataan Profesional /Kontrak Tugas(Lampiran 1)

    2.1) Penyataan sebelum PBS

    2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

    2.3) Penilaian dan laporan

    3

    Instrumen PengumpulanData BerhubungTugasan (yang manasesuai mengikutkeperluan)

    3.1) Pemerhatian3.2) Senarai semak

    3.3) Temu bual

    3.4) Soal selidik

    4 Kolaborasi (Lampiran 3)

    4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

    4.2) Perbincangan dengan mentor

    4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

    4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

    4.5) Interaksi dengan murid

    5 Ilmu/Pengetahuan BaruMelalui

    5.1) Pemerhatian

    5.2) Senarai Semak

    5.3) Temu bual

    5.4) Soal selidik

    5.5) Pengalaman di bilik darjah (Lampiran 6)

    6 Refleksi (Lampiran 5) 6.1) Aktiviti

    6.2) Perbincangan/Interaksi

    7 Laporan Akhir

    Ulasan Pensyarah: ____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    Tandatangan _________________ Nama ___________________________Tarikh _________

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    22/157

    22

    LAMPIRAN 1-4PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

    Tarikh : ________________________ Masa : ___________________________

    Nama Guru Yang Ditemui: ______________________________________________________

    Tajuk/Perkara : _______________________________________________________________

    Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

    Pengesahan oleh guru yang ditemui:

    Tandatangan : ____________________________________

    Nama : ____________________________________

    Jawatan : ____________________________________

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    23/157

    23

    LAMPIRAN 1-5PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    PENULISAN REFLEKSI

    1. Definisi Refleksi

    Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk

    membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia

    memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuatandaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

    Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategipelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi inimembolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secaraefektif.

    2. Tujuan Refleksi

    Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

    Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkankualiti setiap tugasan secara berterusan.

    Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasidalam setiap tugas yang dijalankan.

    Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

    3. Ciri-ciri Refleksi

    Bermula dengan mengingat kembali Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu

    Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

    4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

    Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiriuntuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksanaialah:

    4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar sepertimembincangkan:

    Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

    Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

    Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktivititersebut ?

    Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambahbaikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

    4.2 Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    24/157

    24

    LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    AMALAN REFLEKSI( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar )

    1. Isu/Perkara yang difokuskan:

    2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

    2.1 Kekuatan:

    2.2 Kelemahan:

    3. Cadangan Penambahbaikan:

    (S ila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda )

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    25/157

    25

    LAMPIRAN 1-7APENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    AKTIVITI PROFESIONAL(SEMESTER 1)

    1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di dalamborang berikut

    Bil Perkara Catatan / data

    1 Nama dan Alamat Sekolah

    2 No. telefon sekolah

    3 Alamat e-mail/web Sekolah

    4 Lokasi

    5 Nama Guru Besar

    6 Nama GPK 17 Nama GPK HEM

    8 Nama GPK Kokurikulum

    9 Nama Penyelia Petang

    10 Gred Sekolah

    11 Bilangan Guru Lelaki:

    Perempuan:

    12 Kelayakan Profesional Guru Siswazah:

    Bukan Siswazah:

    13 Bilangan Kelas

    14 Purata Saiz Kelas

    15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain

    Lelaki

    Perempuan

    16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    26/157

    26

    2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

    2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakanpengajaran pembelajaran.

    2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkandi bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

    2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakanoleh murid?

    2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yangberasaskan ICT ?

    2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktivitipembelajaran?

    2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    27/157

    27

    LAMPIRAN 1-7B

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHAKTIVITI PROFESIONAL

    (SEMESTER 2)

    Pengurusan Bilik Darjah

    Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahberdasarkan mata pelajaran major. Fokuskan pemerhatian anda denganberpandukan soalan-soalan berikut:

    1. Bagaimanakah perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaranpembelajaran?

    2. Bagaimanakah murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan?

    3. Bagaimanakah pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan?

    4. Bagaimanakah cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid?

    5. Bagaimanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan?

    6. Bagaimanakah guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses pengajarandan pembelajaran sedang berjalan?

    7. Bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid dalam proses pengajarandan pembelajaran?

    8. Adakah peraturan bilik darjah disediakan ?

    Jika ada, adakah peraturan itu dilaksanakan secara berkesan ?

    9. Adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada, bagaimanakah aktiviti kumpulandiuruskan dan dilaksanakan?

    10. Bagaimanakah sesi pengajaran dan pembelajaran ditamatkan?

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    28/157

    28

    LAMPIRAN 1-7C

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHAKTIVITI PROFESIONAL

    (SEMESTER 3)

    1. Pembelajaran Murid

    Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalanberikut:

    1.1 Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru?

    1.2 Bagaimanakah guru memastikan objektif yang ditetapkan itu tercapai?

    1.3 Bagaimanakah guru dapat mengesan pembelajaran telah berlaku?

    1.4 Bagaimanakah guru melaksanakan pembelajaran berdasarkan perbezaan individumurid?

    2. Masalah Pembelajaran Murid

    Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah. Kenal pasti beberapa orang murid yang menghadapi masalahpembelajaran. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut:

    2.1 Huraikan secara ringkas masalah pembelajaran murid yang anda kenal pasti.

    2.2 Laksanakan sesi temu bual dengan murid berkenaan untuk mendapatkanmaklumat dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah yangdikenal pasti.

    2.3 Senaraikan jenis dan punca yang menyebabkan masalah pembelajaran ituberlaku.

    2.4 Cadangkan apakah tindakan yang anda dapat laksanakan untuk membantumengatasi masalah murid tersebut?

    Nota: Sila berbincang dan mendapatkan bimbingan daripada mentor dan guru-guru lain

    yang terlibat secara langsung dengan murid yang terlibat dengan masalah yang dikaji.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    29/157

    29

    LAMPIRAN 1-7D

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHAKTIVITI PROFESIONAL

    (SEMESTER 4)

    1. Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran

    Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah bagi dua orang guru. Fokuskan pemerhatian anda denganberpandukan pernyataan/aspek-aspek berikut dan buat catatan:

    1.1 Teknik penyoalan guru

    1.2 Cara guru memberikan penerangan

    1.3 Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

    1.4 Respons guru terhadap hasil kerja murid

    1.5 Penggunaan papan tulis, papan kenyataan dan persekitaran pembelajaran

    1.6 Pelaksanaan aktiviti kelas, kumpulan dan individu

    1.7 Hubungan mata ke mata ( eye-contact ) dan intonasi suara guru

    1.8 Kemahiran-kemahiran lain yang dikenal pasti

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    30/157

    30

    LAMPIRAN 1-7E

    FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    1. Tajuk aktiviti berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang ditawarkan pada setiapsemester.

    2. Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas.

    3. Kandungan aktiviti yang dicadangkan:

    3.1. Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasab harian yang perlu dijalankansemasa PBS

    3.2. Fokus aktiviti ialah:

    Berkaitan dengan sukatan pelajaran Ada unsur pemerhatian terhadap P&P Melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah Mengenal persekitaran sekolah (termasuk iklim dan budaya sekolah) Meliputi sumber P&P Meliputi strategi P&P / kemahiran mengajar

    4. Format penulisan laporan aktiviti PBS.

    4.1. Format penulisan laporan aktiviti PBS adalah seperti berikut: (cth)

    Font Arial Seni huruf ialah 12 Langkau 11/2 baris Rujukan mengikut format APA Lampiran

    4.2. Panjang penulisan ditentukan oleh Jabatan yang memberi aktiviti berkenaan

    4.3. Tarikh penyerahan penulisan aktiviti (2 minggu selepas tamat tempoh PBS)

    5. Refleksi selepas PBs dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

    Nota: tiada tugasan lain yang diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telahditetapkan

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    31/157

    31

    LAMPIRAN1-8INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS DATORAZALI ISMAIL

    BORANG KEHADIRANPENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

    Sekolah : _________________________________________________________

    Alamat Sekolah : _________________________________________________________

    Tarikh PBS : ______________________ hingga ____________________________

    Bil Nama Pelajar No. KP Major Tarikh

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Catatan:

    * Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit PraktikumIPG selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah

    * Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaranPengarah/ Timbalan Pengarah IPG

    Tandatangan Ketua Kumpulan : _____________________

    Nama : _____________________________________________

    Tarikh : __________________________

    Pengesahan Guru Besar:

    Tandatangan _________________________ Tarikh : ____________________

    Cop Sekolah

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    32/157

    32

    LAMPIRAN1-9INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS DATORAZALI ISMAIL

    PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHLAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

    (Diisikan oleh Pengurus Sekolah )

    Nama Pelajar : _________________________________ No. K.P. : ___________________________

    Major : ______________________________________ Ambilan : ___________________________

    Tandakan( )

    AspekL

    em

    ah

    S e d er h an

    a

    B ai k

    Ulasan

    Sahsiah danPerwatakan

    a) Penampilan diri

    b) Pekerti

    c) Keprihatinan

    d) Sifat/Peribadi sebagaipendidik

    KomunikasiBerkesan:

    a) Berinteraksi secara beretika

    b) Keupayaan memerhati,

    berbincang dan membuatrefleksi

    c) Berupaya menyampaikan ideasecara berkesan

    BudayaProfesionalGuru:

    a) Berupaya membina hubunganpositif dengan warga sekolah

    b) Sentiasa berusaha untukmendapatkan ilmu, bimbingandari mentor dan guru-guru lain

    c) Komited terhadap tugasanyang diberikan oleh IPG

    Tandatangan Guru Besar ________________________ Tarikh ____________________

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    33/157

    117

    BAHAGIAN 3

    PRAKTIKUM

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    34/157

    32

    PRAKTIKUM

    1. KONSEP

    Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikanguru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajarandengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.

    2. OBJEKTIF

    Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

    a) menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran

    b) mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran

    c) mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai

    d) merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan danindividu

    e) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran

    f) memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme kerguruan;

    g) memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfoliodengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri

    h) mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam prosespengajaran pembelajaran

    i) menguasai kemahiran fasilitator dan

    j) menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

    3. PROSEDUR PELAKSANAAN

    (i) Syarat

    Pelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi setiap semester.RujukJadual 1.1

    (ii) Penempatan

    a) Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPG dan sekolahdengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

    b) Pelajar ditempatkan di sekolah rendah.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    35/157

    33

    (iii) Tempoh

    Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus.Rujuk Jadual 1-1 .

    (iv) Bilangan Waktu Mengajar

    a) Minimum 8 waktu mengajar seminggu

    b) Maksimum 12 waktu mengajar seminggu

    c) Pelajar major Prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaransepenuhnya dalam seminggu.

    d) Dalam Fasa 1 pelajar wajib mengajar mata pelajaran major, manakaladalam Fasa 2 dan Fasa 3 pelajar wajib mengajar mata pelajaran major dansatu daripada mata pelajaran elektif.

    e) Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali

    semasa Praktikum 1.

    f) Pelajar major Prasekolah perlu mengajar secara berpasangan bagi satu haripengajaran penuh sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempohpraktikum.

    (v) Bilangan Penyeliaan

    a) Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.

    b) Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.

    c) Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.

    d) Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbingperlu dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum tamat praktikum.

    e) Jadual 3.1 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk pensyarahpembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah melibat pelaksanaanaktiviti kokurikulum.

    Praktikum MataPelajaranPra

    penyeliaan IPGM SekolahPenyeliaan

    Bersama Jumlah

    Praktikum 1

    (4 minggu)Major 1 1 2 1 5

    Praktikum 2(8 minggu)

    Major 1 2 3 1 7

    Elektif 1 2 2 1 5

    Praktikum 3(12 minggu)

    Major 1 3 4 1 9

    Elektif 2 2 2 1 4

    Jadual 3.1 : Agihan Penyeliaan

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    36/157

    34

    4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    (i) Pelajar

    a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

    b) Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum

    c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untukmencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masingsemasa praktikum

    d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sokongan di sekolah

    e) Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumatmaklumat lain kepada pensyarah major dan elektif sebelum prapenyeliaan

    f) Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG danperaturan sekolah

    g) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjangtempoh praktikum

    h) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan

    i) Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke UnitPraktikum pada setiap bulan

    j) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

    k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaanmengajar

    l) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap mengikut formatsebelum melaksanakan pengajaran

    m) Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancangpengajaran

    n) Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan

    mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran ( Rujuk Lampiran 2-2 )

    o) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yangkritikal semasa praktikum. Penulisan Jurnal dibuat berdasarkan tempoh masayang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan(Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A)

    p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satukomponen kokurikulum (Rujuk Lampiran 2-4)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    37/157

    35

    q) Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan profesionalkepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada setiap kalibimbingan/penyeliaan dijalankan

    r) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Ketua UnitPraktikum IPG

    s) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali keIPG selepas tamat praktikum .

    (ii) Pensyarah Pembimbing

    (a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada PengarahIPG

    (b) Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

    (c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan praktikum

    (d) Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum

    (e) Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru pembimbingsecara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional

    (f) Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasakepada Unit Praktikum

    (g) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum denganmenggunakan senarai semak yang ditetapkan (Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A)

    (h) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini

    (i) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum

    (j) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukanperhatian dan tindakan Unit Praktikum dengan menggunakan borang yangditetapkan

    (k) Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar pelajar

    (l) Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip pencerapan klinikal (Rujuk(Lampiran 2-5)

    (m) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadualpenyeliaan yang telah dicadangkan

    (n) Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaiankokurikulum (Rujuk Lampiran 2-4)

    (o) Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaanpraktikum

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    38/157

    36

    (p) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang

    (q) Melengkapkan borang bimbingan (PR1) dan menyerahkan salinan asal kepadapelajar

    (r) Pensyarah major dan elektif wajib membuat rumusan prestasi praktikum setiappelajar bersama-sama guru pembimbing major atau elektif dengan

    menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2)

    (s) Menyerahkan Borang Penilaian Prestasi (PR2) yang lengkap dan kemaskinikepada Ketua Unit Praktikum .

    (iii) Guru Pembimbing

    (a) Menghadiri taklimat praktikum dan kursus yang dijalankan oleh IPG

    (b) Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru pembimbing(Rujuk Lampiran 2-1)

    (c) Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek pengajaranpembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah :

    - jadual waktu- sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru- rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian- sumber pengajaran pembelajaran- proses pengajaran pembelajaran- pengajaran berpasangan- amalan pemulihan dan pengayaan di dalam pengajaran pembelajaran- teknik penyoalan- pentaksiran dan penilaian murid

    - pengurusan bilik darjah- penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif - pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum)- hal-hal lain yang berkaitan

    (d) Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajaran

    (e) Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaanmengajar pelajar

    (f) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan

    menggunakan senarai semak yang ditetapkan (Rujuk Lampiran 2-3 dan2-3A)

    (g) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang

    (h) Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal denganmenggunakan borang bimbingan (PR1)

    (i) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    39/157

    37

    (j) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar darisemasa ke semasa sepanjang tempoh amalan profesional

    (k) Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum

    (l) Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas ( cemerlang, gagal, masalahdisiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segera

    (m) Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah pembimbingdengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2)

    (iv) Pengurus Sekolah

    (a) Menghadiri taklimat pengurusan praktikum yang dijalankan oleh pihak IPG

    (b) Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum di peringkat sekolah

    (c) Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yangberpengalaman dan sanggup membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum

    (d) Memberi taklimat kepada pelajar tentang:- sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya

    sekolah- tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru

    disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran,guru tugas khas dan tugas staf sokongan

    - latar belakang murid dan masyarakat setempat- tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah- pengelolaan gerak kerja kokurikulum- maklumat-maklumat lain yang berkaitan

    (e) Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar

    (f) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.

    (g) Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang:

    - menunjukkan prestasi cemerlang- tidak menjalankan tugas dengan memuaskan- tidak hadir tanpa sebab.- terlibat dengan kes-kes disiplin- menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan

    (h) Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar

    (i) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang KehadiranPraktikum

    (j) Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secaraberterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yangdisediakan

    (k) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    40/157

    38

    (l) Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikumdilaksanakan dengan sempurna dan berkesan

    (m) Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru dalam salah satukomponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, unit beruniform atausukan/permainan

    (v) Pasukan Pengurusan Praktikum

    (a) Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh BPG KPM

    (b) Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum

    (c) Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN

    (d) Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah pembimbing

    (e) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan praktikum kepada pelajar,pensyarah pembimbing dan pihak sekolah

    (f) Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah pembimbingdan guru pembimbing

    (g) Memastikan kelancaran pelaksanaan program praktikum

    (h) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum

    (i) Melaksanakan sesi refleksi praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali keIPG

    (j) Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum

    (k) Menguruskan dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan olehJKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan

    (l) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes amalan profesional untuk dibawa keJKIAPIPG

    (m) Menyediakan laporan tahunan praktikum untuk kegunaan IPG

    (n) Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan borang tuntutan elaun guru

    pembimbing dan pelajar

    (o) Menyediakan Laporan Pelaksanaan Praktikum Pelajar dan menghantarkannyakepada BPG

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    41/157

    39

    (vi) Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru (JKIAPIPG)

    (a) Menentukan dasar amalan profesional dilaksanakan

    (b) Menjalankan pemantauan pelaksanaan amalan profesional

    (c) Menjalankan penyeliaan rentasan ke atas pelajar yang dicadangkan sebagai kesgagal dan kes berpotensi cemerlang.

    (d) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempohamalan profesional, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnya

    (e) Mengesahkan kehadiran dan keputusan amalan profesional

    5. KEHADIRAN PRAKTIKUM

    (a) Pelajar diwajibkan hadir 100% semasa praktikum

    (b) Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum hanya dengankebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah haripraktikum ialah :

    Pelajar jatuh sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG

    (c) Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% dengan kebenaran adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

    Kehadiran Praktikum Tindakan

    90% ke atas JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlumelengkapkan kehadiran praktikum atau tidak.

    70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum.

    Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum.

    Jadual 3.2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Praktikum Kurang Daripada 100%

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    42/157

    40

    (d) Kehadiran praktikum yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpakebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib IPG untukdiambil tindakan.

    6. PENANGGUHAN PRAKTIKUM

    (a) Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Pengarah

    Pendidikan Guru. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepadaPengarah IPG

    (b) Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuatkuasapenangguhan praktikum

    (c) Pelajar dibenarkan menangguh praktikum sekali sahaja sepanjang tempohpengajian

    (d) Pelajar mesti melaporkan diri ke institut asal mereka selepas tamat tempohpenangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum

    (e) Elaun tidak akan dibayar dalam masa penangguhan praktikum. Elaun hanyaakan dibayar semula bermula daripada tarikh pelajar melaporkan diri

    (f) Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawahbimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat kelulusanPengarah Pendidikan Guru.

    7. KES GAGAL PRAKTIKUM

    (a) Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaandan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG).

    (b) Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang praktikum sekali sahajabagi setiap peringkat praktikum.

    8. SYARAT TAKSIRAN PRESTASI PELAJAR DALAM PRAKTIKUM

    (a) Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepadabimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.

    (b) Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing danpensyarah pembimbing dengan menggunakan borang bimbingan (PR1).

    (c) Pensyarah pembimbing dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasipelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2).

    (d) Penilaian prestasi pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepadakomponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 3-3.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    43/157

    41

    Komponen Penilaian Rujukan Wajaran

    1. Kemahiran Interpersonaldan Intrapersonal

    Portfolio dan perbincangandengan pihak sekolah

    10%

    2. Pengetahuan tentangMata Pelajaran

    Portfolio 10%

    3. Pengajaran dan

    PembelajaranPortfolio 30%

    4. Komunikasi Porfolio 10%

    5. Pengurusan Bilik Darjah Portfolio 10%

    6. Penilaian Porfolio dan buku kerja murid 10%

    7. Kokurikulum Portfolio 10%

    8. Peranan-peranan lain Portfolio dan hasil kerja pelajar 10%

    Jumlah 100%

    Jadual 3-3: Komponen Penilaian Praktikum

    9. WAJARAN PENILAIAN PRAKTIKUM

    9.1 Penilaian bagi setiap peringkat praktikum dibuat berdasarkan mata pelajaranmajor, elektif 1 dan elektif 2. Setiap mata pelajaran mempunyai wajaran yangberbeza.

    9.2 Wajaran markah bagi setiap peringkat praktikum adalah 100%. (Rujuk Jadual3.4)

    Praktikum Tempoh(minggu) Bidang Wajaran Wajaran DalamAmalanProfesional

    Praktikum 1 4 Major 100% 100%

    Praktikum 2

    8

    Major 70%

    100%

    Elektif 1 30%

    Praktikum 3

    12

    Major 70%

    100%

    Elektif 1 30%

    Jadual 3.4: Wajaran Penilaian Praktikum

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    44/157

    42

    LAMPIRAN 2(Praktikum)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    45/157

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    46/157

    44

    latihan yang lebih praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas dantanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan pelajar ke arahsuatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapatdipastikan yang pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Dengan cara ini merekaakan dihala ke arah perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorangguru.

    3.5 Sponsoring dan Pengantaraan

    Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasanmembina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab. Sebarangperhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh keduapihak. Pelajar perlu mencari bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarangpandangan dan cadangan guru pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsimasalah dan maklumat secara profesional.

    4. Prinsip Bimbingan

    4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.

    4.2 Mencelah hanya apabila perlu.

    4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah)

    4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan.

    4.5 Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.

    4.6 Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.

    4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.

    4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan dll).

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    47/157

    45

    LAMPIRAN 2-2

    PENGAJARAN BERPASANGAN

    1. Konsep

    Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran

    pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentangpersediaan dan penyampaian pelajaran semasa amalan profesional.

    2. Objektif

    Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat:

    2.1.mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal berasaskan ungkapan two heads are better than one .

    2.2.berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran pembelajaran, cara-cara

    meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengantugas mereka.

    2.3.berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar.

    2.4.mengkaji kelemahan pengajaran pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalanuntuk mengatasinya.

    2.5.memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai.

    2.6.meningkatkan kreativiti.

    3. Garis Panduan

    3.1.Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:

    3.1.1. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:

    a) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.

    b) Kemahiran mengajar

    c) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba

    pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan

    3.1.2. Proses pembelajaran berlaku melalui:

    a) perbincanganb) pemerhatian danc) maklum balas

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    48/157

    46

    3.1.3. Jenis-jenis interaksi:

    a) Tandem: proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua orangpelajar bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran.

    b) Berpasukan : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitudua orang pelajar bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar

    berasingan.

    c) Individu : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu duaorang pelajar berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran danmengajar berasingan.

    3.2. Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali seminggudalam 3 minggu pertama amalan profesional.

    3.3. Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak UnitAmalan profesional.

    3.4. Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberikan gred.

    4. Perkara-perkara Yang Diberi Perhatian Dalam Pengajaran Berpasangan

    4.1. Pensyarah perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea perlu diatasi secaraprofesional.

    4.2. Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasanganakan dijalankan.

    4.3. Guru pembimbing/pensyarah pembimbing memastikan pengajaran berpasangan

    dijalankan.

    4.4. Pelajar diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    49/157

    47

    LAMPIRAN 2-3PENULISAN JURNAL MINGGUAN

    1. Konsep

    Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah,pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri berkaitan dengan

    pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan sesuatutugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagaiasas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatumasalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri.

    2. Objektif

    Pelajar dapat:

    2.1. menyimpan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk dijadikanrenungan

    2.2. menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya

    2.3 menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikanmasalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi keberkesanannya melaluipenambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara berterusan

    .2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang sentiasa

    berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sertaperkembangan murid

    2.5. menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan dengan

    pensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap profesionalismekeguruannya

    2.6. meningkat tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana pemikiran kritisdan analitikal

    2.7. meningkatkan kemahiran profesionalismenya

    3. Garis Panduan

    3.1. Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.

    3.2. Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaianatau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum.

    3.3. Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi pandangan,cadangan.dan tindakan susulan.

    3.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya setiapmasalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    50/157

    48

    3.5. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasimasalah yang telah difokuskan.

    3.6. Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi mengesankemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.

    3.7. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai guru

    profesional.

    3.8. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masapraktikum untuk disemak oleh pembimbing.

    4. Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal

    4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untukmemastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

    4.2. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru

    pembimbing.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    51/157

    49

    LAMPIRAN 2-3A

    SENARAI SEMAK PENULISAN JURNAL

    TAJUK/FOKUS/ISU : _________________________________________

    BIL. PERKARA STATUS CATATANAda Tiada1. Ada isu/peristiwa/masalah yang

    difokuskan.2. Perkembangan/Isu /Peristiwa/

    Masalah/Yang DifokuskanRelaven/Sesuai.

    3. Isu/ Masalah/Peristiwa YangDifokuskan Dianalisis SecaraTerperinci.

    I. Mengenal Pasti Punca/ Sebab

    Isu/ Masalah /PeristiwaYangDifokuskan.

    II. Mengenal Pasti KemungkinanPenyebab KepadaIsu/Masalah.

    III. Mengenal Pasti KelemahanIsu/ Masalah /PeristiwaYangDifokuskan.

    IV. Mengenal Pasti KekuatanIsu/Masalah /PeristiwaYangDifokuskan.

    V. Meramal Kesan dan AkibatIsu/Masalah/PeristiwaYangDifokuskan.

    4. Kajian Lampau Yang BerkaitanIsu/Masalah (literature review)

    I. Sesuai/Releven dengan isu

    II. Mencukupi

    III. Ada sumber rujukan

    5 Cadangan dan idea diberikanuntuk menyelesaikan setiappunca/kelemahanIV. Sesuai dan releven

    V. Kritis/kreatif

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    52/157

    50

    Tandatangan Pensyarah/Guru Pembimbing

    ---------------------------------------------( )

    BIL. PERKARASTATUS

    CATATANAda Tiada6 Tempoh masa ditetapkan untuk

    menyelesaikan isu/masalah yangdikenal pasti.

    7. Tindakan Susulan Dirancang UntukDilaksanakan Bagi MenyelesaikanIsu/Masalah. Yang Dikenal pasti.

    I. Pelan Tindakan/Jadual Kerja/Senarai Semak Disediakan.

    Sila rujuk bukti di dalamfortfolio pelajar

    II. Rujukan pembacaan/internet/perbincangan dll.

    Sila rujuk bukti di dalamfortfolio pelajar

    8. Pelaksanaan Terhadap Langkah-langkah PenambahbaikanDijalankan.

    I. Tempoh masa yang ditetapkansesuai.

    Sila rujuk bukti di dalamfortfolio pelajar

    II. Keberkesanan Langkah YangDicadangkan.

    Sila rujuk bukti di dalamfortfolio pelajar

    9. Kesimpulan/RefleksiI. Menilai semula kesan dari

    tindakan/langkah yang telahdijalankan.

    II. Halangan-halangan yang timbul(jika ada)

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    53/157

    51

    LAMPIRAN 2-3B

    PRAKTIKUMPANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

    1. Pengertian Portfolio

    1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambarantentang seorang profesional dari segi:1.1.1 Pengetahuan1.1.2 Kemahiran1.1.3 Pengalaman1.1.4 Kelayakan1.1.5 Matlamat dan pencapaian

    1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkandengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif.

    (Shulman,1992).

    2. Tujuan Portfolio

    2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam Praktikum

    2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan guru pembimbing untukmenilai

    2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.

    2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan

    pengalaman baru.

    2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik danprofesional.

    3. Ciri-Ciri Portfolio

    3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.

    3.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar menghargai usaha dan diri sendiri.

    3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.

    3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangandan penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

    4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

    4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.

    4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas Praktikum.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    54/157

    52

    LAMPIRAN 2-3CSENARAI SEMAK PORTFOLIO PRAKTIKUM

    (Diisikan oleh Pensyarah Pembimbing setiap kali penyeliaan)

    Nama Pelajar : _______________________________________________

    Kursus & Major : _______________________________________________

    Bil Item-Item

    Sila Masukkan Tarikh danTandakan ( ) atau (x) Catatan

    1 Biodata Guru Pelatih

    2

    Pernyataan Profesional: Ditulis sebelum bermula sesipraktikum. Fokuskan satuprojek/aktiviti shj.

    a)Apa yang telah dilaksanakansemasa praktikumb)Apa yang telah dilalui dandilaksanakan sepanjang praktikumc)Apa yang telah dicapaisepanjang praktikum

    Ditulis seminggu sebelumtamat praktikum. Menilai hasildari projek/aktiviti itu.

    3

    Pengetahuan Baru: Sumber pengetahuan berkaitandg masalah yg dihadapi

    a)Hasil Pembacaan Sediakan sinopsis, peta minda,bahan bacaan dibacab)Hasil Perbincanganc)Hasil Kajian Kes Rumusan/Dapatand)Hasil Pemerhatian Rumusan/Dapatan

    4

    Refleksi bagi setiapaktiviti/tugas yang telahdijalankan:

    Pelajar dimestikanmengamalkan pemikiranreflektif setiap masa

    a)Pengajaran dan Pembelajaran Semak RPH setiap hari.Gunakan format refleksi P&Pb)Tugas-tugas khasc)Peristiwa yang terlibatd)Pengalaman tertentu

    5

    Tindakan Hasil RefleksiPengajaran & PembelajaranHarian/Tugas/Aktiviti/Jurnal

    Pelajar melaksanakan tindakanreflektif selepas setiap refleksi

    a)Pelan/langkah tindakan untukpenambahbaikan

    Semak pelan/ langkah / strategiyang diambil

    b)Pelaksanaan penambahbaikan

    Semak bukti-bukti pelan/

    langkah / strategi yang telahdilaksanakanc)Penilaian/Refleksi Rumusan/Kesimpulan/Hasil

    6

    Hasil Kerja Harian Guru Pelatih

    Semak sebagai bahan buktihasil yang telah dibuat dandigunakan dalam pengajaran

    a)Catatan, lakaran, draf awalb)Koleksi hasil kerja akhir i. bahan bantu mengajar ii.moduliii.perisian digital,video dan audio

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    55/157

    53

    iv.Pengurusan Grafik

    c)Koleksi hasil terbaik guru pelatih Dibuktikan kekuatan dankeberkesanan

    7

    Inovasi Pedagogi: Menggalak kreativiti, ciptaandan penemuan baru olehpelatih

    I.Kaedah/Teknik/Strategi

    II.Bahan Bantu Mengajar

    8Teori sendiri yang dibina hasilpengalaman yang dilaluisepanjang praktikum

    Bukti-bukti melalui catatan &data, yang dianalisis

    9Ilmu binaan sendiri yangterbentuk hasil teori yang diujidan dibuktikan secara saintifik

    Bukti-bukti melalui catatan &data, yang dianalisis

    10

    Bukti-bukti / Dokumen yangmenunjukkan prosesmelaksanakan sesuatu tugas:a) Surat Lantikan/Arahanb) Proses Kolaborasi/Bimbingan

    c) Senarai Semak/Soal Selidikd) Laporan Pencapaian/Prestasie) Surat/Sijil Penghargaanf) Artikel/Eseig) Jadual Kerjah) Gambar/Foto Aktiviti/Tugas

    yang telah dijalankan.

    11

    Pengajaran Berpasangan: Semak bukti-bukti spt RPH,sukatan pelajaran, refleksi, dll.a) Perancangan

    b) Pelaksanaanc) Refleksi/Laporan

    12

    Penilaian Pengajaran &Pembelajaran: Setiap Kemahiran/ Topik yangdiajar a) Formatif Bersifat Diagnostikb) Sumatif Ujian Bulananc) Jadual Penentu Ujian (JPU) Setiap Ujian ditadbirkand) Panduan Memberi Markah(PMM)

    13Salinan Borang Penyeliaan danBimbingan Pensyarah dan GuruPembimbing (Borang PR1)

    14

    Penglibatan Kokurikulum:a) Surat Lantikan

    b) Jadual Kerja/Rancangan AktivitiSepanjang Praktikum

    Semak jadual/ rancanganaktiviti yang disediakan

    c) Refleksi setiap kali tugas Gunakan format yangdisediakand) Penilaian Setiap kemahiran yang diajar

    TandatanganPensyarah Pembimbing : _____________________________ Tarikh: ______________

    (Nama: )

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    56/157

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    57/157

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    58/157

    56

    LAMPIRAN 2-5

    PENCERAPAN KLINIKAL

    1. Konsep

    Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian,pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian,penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

    2. Objektif

    Pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan pelajar bersama-sama berusaha:

    (i) memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran,

    (ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran

    3. Lingkaran Pencerapan Klinikal

    A. SIDANG PRAPEMERHATIAN

    menjalinkan perhubungan menentukan strategi pengajaran

    pembelajaran meramalkan hasil pembelajaran menentukan fokus pemerhatian

    B. PEMERHATIAN

    memerhati pengajaran guru membuat catatan

    membuat huraian

    E. ANALISIS SIDANGPASCA PEMERHATIAN

    membuat refleksi dan menganalisissidang pasca pemerhatian

    C. ANALISIS

    mengkategorikan data menentukan strategi sidang

    pasca pemerhatian memikirkan soalan yang

    akan dikemukakan kepadapelajar

    D. SIDANG PASCA PEMERHATIAN

    berbincang berdasarkan data membuat kesimpulan mengenal pasti strategi seterusnya

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    59/157

    57

    4. Langkah-Langkah Dalam Pencerapan Klinikal

    A. Sidang Prapemerhatian

    Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka mental)dan langkah-langkah (prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku.Pembimbing perlu berusaha menjalinkan perhubungan dan menyakinkan pelajar bahawa tujuannya adalah untuk membantu beliau dalam aspek-aspek profesional.Peringkat ini juga digunakan untuk menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujuibersama.

    B. Pemerhatian

    Dalam peringkat ini pembimbing memerhati pengajaran yang disampaikan oleh pelajar dan membuat catatan (data). Pembimbing juga menyediakan huraian data bagimembantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktupengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

    C. Analisis

    Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing dan pelajar dengantujuan:

    (i) menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokuskepada apa yang telah dipersetujui.

    (ii) merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan.

    Pembimbing mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pascapemerhatian, soalan dan kesimpulan.

    D. Sidang Pasca Pemerhatian

    Dalam sidang ini pensyarah pembimbing/guru pembimbing berbincang dengan pelajar tentang pengajaran dengan

    - merujuk kepada perkara-perkara (episod-episod) tertentu dalampelajaran.- mencari penerangan atau penjelasan.- mengenal pasti alternatif.

    E. Analisis Sidang Pasca Pemerhatian

    Langkah ini melibatkan pensyarah pembimbing/guru pembimbing menganalisis sidangpasca pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan membuat penilaiankendiri.

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    60/157

    58

    LAMPIRAN 2-6

    Borang PR1BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM

    Nama Pelajar : _________________________________ No. K.P.: __________________

    Kursus : __________________________ Ambilan: _________________________ (bulan tahun )

    Pengkhususan/Major: _____________________________________________________

    Praktikum (Tandakan ):

    Praktikum 1 Praktikum 2 Praktikum 3

    Sekolah : ________________________________________________________________

    Mata Pelajaran : ____________________________ Tajuk : ______________________

    Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Masa : _______ Penyeliaan Ke: ______

    Petunjuk Tahap

    (Sila bulatkan angka yang berkenaan)

    Tahap 1: Terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi perhatian.

    Tahap 2: Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian

    Tahap 3: Pencapaian sederhana, masih perlu peningkatan

    Tahap 4: Baik dalam banyak aspek

    Tahap 5: Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    61/157

    59

    BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM (PR1)

    Komponen Aspek Tahap Ulasan

    a. Hasil pembelajaran 1 2 3 4 5

    b. Isi pelajaran 1 2 3 4 5

    (A) c. Strategi pengajaran pembelajaran 1 2 3 4 5PERANCA-

    NGAN d. Sumber pengajaran pembelajaran 1 2 3 4 5

    e. Penerapan nilai 1 2 3 4 5

    f. Unsur KB 1 2 3 4 5

    a. Permulaan 1 2 3 4 5

    b. Perkembangan pengajaran 1 2 3 4 5

    (B) c. Pengurusan bilik darjah 1 2 3 4 5PELAKSA-

    NAAN d. Komunikasi 1 2 3 4 5

    e. Kualiti pembelajaran 1 2 3 4 5

    f. Penutup 1 2 3 4 5

    g. Pencapaian hasil pembelajaran 1 2 3 4 5

    h. Aplikasi nilai 1 2 3 4 5

    (C) a. Pemikiran reflektif 1 2 3 4 5AMALAN

    REFLEKSI b. Catatan reflektif 1 2 3 4 5

    c. Pembinaan portfolio 1 2 3 4 5

    a. Penampilan diri 1 2 3 4 5

    (D) b. Keprihatinan 1 2 3 4 5SIKAPDAN c. Pekerti 1 2 3 4 5

    SAHSIAHd. Sifat Profesional 1 2 3 4 5

    (E)ULASAN KESELURUHAN:

    .................................................................................................. Tandatangan Pensyarah Pembimbing/Guru Pembimbing (Tandatangan Pelajar )

    (Nama: )

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    62/157

    60

    LAMPIRAN 2-7

    Borang PR1/PBORANG PENILAIAN PRAKTIKUM 1

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(Dilengkapkan bersama oleh pensyarah dan guru pembimbing)

    Nama Pelajar : _________________________________ No. K.P.: __________________

    Kursus : __________________________ Ambilan: _________________________ (bulan tahun )

    Pengkhususan/Major: _____________________________________________________

    Sekolah : ________________________________________________________________

    Mata Pelajaran : ____________________________ Tajuk : ______________________

    Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Masa : ___________________________

    ( Perhatian: Borang ini digunakan pada penyeliaan akhir Praktikum I sahaja)

    Petunjuk Tahap

    (Sila bulatkan angka yang berkenaan)

    Tahap 1: Terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi perhatian.

    Tahap 2: Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian

    Tahap 3: Pencapaian sederhana, masih perlu peningkatan

    Tahap 4: Baik dalam banyak aspek

    Tahap 5: Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

    Tahap Peratus 10% Peratus 20% Peratus 30% Peratus 40%12345

    0 2.02.1 4.04.1 6.0

    6.1 - 8.08.1 - 10.0

    0 4.04.1 8.0

    8.1 12.012.1 16.016.1 20.0

    0 6.06.1 12.012.1 18.018.1 24.024.1 30.0

    0 8.08.1 16.0

    16.1 24.024.1 32.032.1 40.0

    SULIT

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    63/157

    61

    Komponen Aspek Tahap Catatan

    a. Hasil pembelajaran 1 2 3 4 5

    b. Isi pelajaran

    (A) c. Strategi pengajaran pembelajaranPERANCANGAN

    (30 markah) d. Sumber pengajaran pembelajaran

    e. Penerapan nilai Markah =

    f. Unsur KBKK

    a. Permulaan 1 2 3 4 5

    b. Perkembangan pengajaran

    (B) c. Pengurusan bilik darjahPELAKSANAAN

    (40 markah) d. Komunikasi

    e. Kualiti pembelajaran

    f. Penutup

    g. Pencapaian hasil pembelajaran Markah =

    h. Aplikasi nilai

    (C) a. Pemikiran reflektif 1 2 3 4 5AMALAN

    REFLEKSI b. Catatan reflektif (10 markah)

    c. Pembinaan portfolio Markah =

    a. Penampilan diri 1 2 3 4 5(D)

    SIKAP b. KeperihatinanDAN

    SAHSIAH c. Pekerti(20 markah) Markah =

    d. Sifat Profesional

    JUMLAH MARKAH = (A + B + C + D) X 100 =

    ULASAN KESELURUHAN:

    Tandatangan Pensyarah Pembimbing Tandatangan Guru Pembimbing

    .......................................................... -----------------------------------------------------(Nama: ) (Nama: )

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    64/157

    62

    LAMPIRAN 2-7A

    PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PR1 dan PR1/P

    1. Borang PR1 digunakan oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing semasamenjalankan bimbingan dan penyeliaan dalam Praktikum 1, Praktikum 2 danPraktikum 3.

    2. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan untuk fokusbimbingan. Bagi setiap aspek, disediakan tahap untuk mengenal pasti peringkatprestasi/kecekapan pelajar. Kriteria setiap peringkat untuk setiap aspek dihuraikandalam lampiran ini.

    3. Borang PR1 akan digunakan sebagai bahan rujukan untuk membuat penilaian danrumusan bersama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada akhir setiappraktikum.

    4. Satu salinan Borang PR1 yang telah lengkap diisi perlu diberikan kepada pelajar selepas setiap bimbingan bertujuan memberi maklum balas dan dimasukkan dalamportfolio.

    5. Borang PR1/P digunakan untuk penyeliaan bersama pensyarah pembimbing dan gurupembimbing pada akhir Praktikum 1 sahaja

    6. Borang PR2 digunakan untuk membuat penyeliaan bersama pensyarah pembimbingdan guru pembimbing pada akhir Praktikum 2 dan Praktikum 3.

    7. Borang PR1/P dan Borang PR2 adalah SULIT dan tidak boleh diberi kepada pelajar.

    Petunjuk berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mencatat ulasan dalam Borang PR1

    A PERANCANGAN

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    a. HasilPembelajaran

    Hasil pembelajarantidak eksplisit, tidaksesuai denganperingkat kebolehanmurid dan tidakmemenuhi kehendaksukatan pelajaran

    Hasil pembelajarankurang eksplisit,kurang tepat dankurang sesuai dengankebolehan murid sertakehendak sukatanpelajaran

    Hasil pembelajaraneksplisit, tepat, jelas,tetapi kurang spesifikmengikut kebolehanmurid serta kehendaksukatan pelajaran

    Hasil pembelajaraneksplisit, tepat, jelasdan spesifik mengikutkehendak sukatanpelajaran tetapikurang mengikutkebolehan murid serta

    kehendak sukatanpelajaran

    Hasil pembelajaraneksplisit, tepat, jelasdan spesifik mengikutkebolehan murid sertakehendak sukatanpelajaran

    b. Isi Pelajaran

    Isi tidak sesuai denganhasil pembelajaran dansukatan pelajaran.

    Pemeringkatan isipelajaran tidakmengikut urutan bagimencapai hasilpembelajaran

    Isi kandungan kurangsesuai dengan hasilpembelajaran dansukatan pelajaran.

    Pemeringkatan isipelajaran kurangmengikut urutan untukmencapai hasilpembelajaran

    Isi sesuai denganhasil pembelajarandan sukatanpelajaran.

    Pemeringkatan isipelajaran kurangmengikut urutan bagimencapai hasilpembelajaran

    Isi sesuai denganhasil pembelajarandan sukatanpelajaran.

    Pemeringkatan isi jelas mengikut urutanbagi mencapai hasilpembelajaran

    Isi amat sesuaidengan hasilpembelajaran dansukatan pelajaran.

    Pemeringkatan isiamat jelas mengikuturutan bagi mencapaihasil pembelajaran

  • 8/3/2019 Buku Garis Panduan PBS & Praktikum

    65/157

    63

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

    c. StrategiPengajaranPembelajaran

    Strategi dan aktivititidak sesuai dan tidakmengambil kira hasilpembelajaran yanghendak dicapai, isipelajaran, keunikanindividu murid (cth:kecerdasan pelbagai),sumber pengajaranpembelajaran, masadan situasi.

    Strategi dan aktivitikurang sesuai dankurang mengambilkira hasilpembelajaran yanghendak dicapai, isipelajaran, keunikanindividu murid,sumber pengajaranpembelajaran, masadan situasi.

    Strategi dan aktivitisesuai tetapi hanyamengambil kirasebahagian daripadafaktor berikut: hasilpembelajaran yanghendak dicapai, isipelajaran, keunikanindividu murid,sumber pengajaranpembelajaran, masadan situasi.

    Strategi dan aktivitisesuai, bertepatandan mengambil kirasemua aspekpengajaranpembelajarantermasuk unsur-unsur ICT dan KMD.

    Strategi dan aktivitiamat sesuai,bertepatan danmengambil kirasemua aspekpengajaranpembelajarantermasuk unsur-unsur ICT dan KMD.

    d. Sumber PengajaranPembelajaran

    Pemilihan sumber yang

    tidak sesuai, tidakmencukupi, tidakmenarik, tidakmencabar dan tidakberfungsi

    Pemilihan sumber

    kurang sesuai, kurangmencukupi, kurangmenarik, kurangmencabar dan kurangberfungsi

    Pemilihan sumber

    sesuai, mencukupi,tetapi kurang menarik,kurang mencabar dankurang berfungsi

    Pemilihan sumber

    baik, sesuai sertamembantu prosespengajaranpembelajarantermasukpenggunaan ICT

    Pemilihan sumber

    amat baik dan amatsesuai serta amatmembantu prosespengajaranpembelajarantermasukpenggunaan ICT

    e. Nilai

    Tidak mencatatkan nilaiyang perlu diterapkandalam pengajaran

    Pemilihan nilai yangtidak sesuai untukditerapkan melaluipelajaran yang akandisampaikan.

    Pemilihan nilai kurangsesuai untukditerapkan melaluipelajaran yang akandisampaikan.

    Pemilihan nilai sesuaiuntuk diterapkanmelalui pelajaranyang akandisampaikan.

    Pemilihan nilai amatsesuai untukditerapkan melaluipelajaran yang akandisampaikan.

    f. Unsur KB

    Tiada pernyataanmengenai kemahiranberfikir. Tiada buktipenggunaan alatberfikir. Tiada contohsoalan berdaya fikir.Pemilihan kemahiranberfikir tiada perkaitandengan isi kandunganpelajaran. Tiada bahanrangsangan yangsesuai dengankemahiran.

    Terdapat pernyataankemahiran