buku cerita digital 2014

32
‘SIPUT HASAN DAN HUTAN AJAIB’ (Buku Cerita Digital Sebagai Kaedah Interaktif) Oleh: Lim Yi Ming Jesma binti Ismail Unit Pemulihan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Perlis SINOPSIS: Yahya Othman dan Roselan Baki (2007) berpendapat majoriti murid pemulihan sukar menguasai kemahiran membaca dan tidak memahami apa yang dibaca. ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’ merupakan satu set pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada CD-ROM perisian buku cerita digital secara interaktif yang diinovasikan daripada buku cerita tradisional untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahirian membaca. Kaedah abjad telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan cerita interaktif kerana murid-murid telah diperkenalkan dengan huruf-huruf a hingga z pada awal persekolahan mereka. Kaedah maltisensori dengan mengambil kira pelabagai deria turut diterapkan dalam inovasi ini. Oleh itu, satu kajian berdasarkan kaedah pemerhatian dan ujian telah dilakukan untuk meninjau keberkesanan cerita interaktif yang dihasilkan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid pemulihan. Empat orang responden terdiri dari murid pemulihan yang sama tahap pencapaian akademik telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Responden (A, B, C dan D) dibahagikan kepada dua kumpulan. Responden A dan C kumpulan interaktif menggunakan buku digital bertindak sebagai kumpulan rawatan. Responden B dan D daripada kumpulan tradisional menggunakan buku cerita bercetak sebagai kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi responden A dan responden C secara drastik peningkatan 53% kepada 100% mendahului responden B dan responden D selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan buku cerita digital secara interaktif. Di samping menjalankan pemerhatian dan ujian, pengkaji telah menemu bual guru pemulihan dan guru bahasa Melayu di sekolah. Guru pemulihan juga mendapati bahawa reponden A dan responden C menjadi lebih yakin dan berminat dalam pembelajaran selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dengan pengkaji. Konklusinya, pebelajaraan

Upload: yi-ming-lh

Post on 11-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

inocasi

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Cerita Digital 2014

‘SIPUT HASAN DAN HUTAN AJAIB’ (Buku Cerita Digital Sebagai Kaedah Interaktif)

Oleh:

Lim Yi MingJesma binti Ismail

Unit Pemulihan Jabatan Bimbingan dan KaunselingIPG Kampus Perlis

SINOPSIS:

Yahya Othman dan Roselan Baki (2007) berpendapat majoriti murid pemulihan sukar menguasai kemahiran membaca dan tidak memahami apa yang dibaca. ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’ merupakan satu set pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada CD-ROM perisian buku cerita digital secara interaktif yang diinovasikan daripada buku cerita tradisional untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahirian membaca. Kaedah abjad telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan cerita interaktif kerana murid-murid telah diperkenalkan dengan huruf-huruf a hingga z pada awal persekolahan mereka. Kaedah maltisensori dengan mengambil kira pelabagai deria turut diterapkan dalam inovasi ini. Oleh itu, satu kajian berdasarkan kaedah pemerhatian dan ujian telah dilakukan untuk meninjau keberkesanan cerita interaktif yang dihasilkan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid pemulihan. Empat orang responden terdiri dari murid pemulihan yang sama tahap pencapaian akademik telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Responden (A, B, C dan D) dibahagikan kepada dua kumpulan. Responden A dan C kumpulan interaktif menggunakan buku digital bertindak sebagai kumpulan rawatan. Responden B dan D daripada kumpulan tradisional menggunakan buku cerita bercetak sebagai kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi responden A dan responden C secara drastik peningkatan 53% kepada 100% mendahului responden B dan responden D selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan buku cerita digital secara interaktif. Di samping menjalankan pemerhatian dan ujian, pengkaji telah menemu bual guru pemulihan dan guru bahasa Melayu di sekolah. Guru pemulihan juga mendapati bahawa reponden A dan responden C menjadi lebih yakin dan berminat dalam pembelajaran selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dengan pengkaji. Konklusinya, pebelajaraan berbantukan komputer dalam pengajaran bacaan dilihat sebagai satu usaha untuk memberikan impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan dan memahami teks di kalangan murid pemulihan. Inovasi ini disasarkan kepada semua murid yang yang mempunyai masalah dalam kemahiran membaca.

Page 2: Buku Cerita Digital 2014

1.0 TAJUK

Buku Cerita Digital ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’ Sebagai Kaedah

Interaktif merupakan satu set pengajaran dan pembelajaran yang

terdiri daripada CD-ROM perisian buku cerita digital secara interaktif

yang diinovasikan daripada buku cerita tradisional untuk membantu

murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca.

2.0 SINOPSIS

Yahya Othman dan Roselan Baki (2007) berpendapat majoriti murid

pemulihan sukar menguasai kemahiran membaca dan tidak

memahami apa yang dibaca. ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’

merupakan satu set pengajaran dan pembelajaran yang terdiri

daripada CD-ROM perisian buku cerita digital secara interaktif yang

diinovasikan daripada buku cerita tradisional untuk membantu murid-

murid yang mengalami masalah dalam kemahirian membaca. Kaedah

abjad telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

berasaskan cerita interaktif kerana murid-murid telah diperkenalkan

dengan huruf-huruf a hingga z pada awal persekolahan mereka.

Kaedah maltisensori dengan mengambil kira pelabagai deria turut

diterapkan dalam inovasi ini. Oleh itu, satu kajian berdasarkan kaedah

pemerhatian dan ujian telah dilakukan untuk meninjau keberkesanan

cerita interaktif yang dihasilkan dalam meningkatkan pencapaian

kemahiran membaca di kalangan murid pemulihan. Empat orang

responden terdiri dari murid pemulihan yang sama tahap pencapaian

akademik telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Responden

(A, B, C dan D) dibahagikan kepada dua kumpulan. Responden A dan

C kumpulan interaktif menggunakan buku digital bertindak sebagai

kumpulan rawatan. Responden B dan D daripada kumpulan tradisional

menggunakan buku cerita bercetak sebagai kumpulan kawalan.

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi responden A dan

Page 3: Buku Cerita Digital 2014

responden C secara drastik peningkatan 53% kepada 100%

mendahului responden B dan responden D selepas melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan buku cerita digital secara

interaktif. Di samping menjalankan pemerhatian dan ujian, pengkaji

telah menemu bual guru pemulihan dan guru bahasa Melayu di

sekolah. Guru pemulihan juga mendapati bahawa reponden A dan

responden C menjadi lebih yakin dan berminat dalam pembelajaran

selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif

dengan pengkaji. Konklusinya, pebelajaraan berbantukan komputer

dalam pengajaran bacaan dilihat sebagai satu usaha untuk

memberikan impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan dan

memahami teks di kalangan murid pemulihan. Inovasi ini disasarkan

kepada semua murid yang yang mempunyai masalah dalam

kemahiran membaca.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Secara amnya, kajian yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai

Nyior, Pulau Pinang bertujuan untuk meninjau keberkesanan cerita

interaktif dalam meningkatkan pencapaian kemahiran membaca di

kalangan murid pemulihan. Objektif am kajian adalah untuk:

3.1.1 Menilai prestasi pencapaian murid dalam bacaan dan kefahaman

menggunakan perisian cerita secara interaktif.

.3.1.2 Meninjau sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam

Ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan yang

menggunakan buku cerita bercetak secara tradisional dengan

kumpulan rawatan

yang menggunakan buku cerita interaktif.

3.1.3 Mengkaji kesan aplikasi perisian cerita secara interaktif dalam

pengajaran untuk kata adjektif dan membaca ayat dalam

kalangan murid berpencapaian rendah.

Page 4: Buku Cerita Digital 2014

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

3.1.1 menyebut dan membaca kata adjektif dalam cerita.

3.1.2 menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut situasi.

3.1.3 membaca cerita dengan intonasi yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Inovasi buku cerita digital ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’ ini disasarkan

kepada murid pemulihan untuk meningkatkan minat membaca dan

mengatasi masalah kesukaran untuk menyebut serta menggunakan kata

adjektif dengan betul. Inovasi ini juga disasarkan kepada murid arus

perdana yang mempunyai masalah yang sama iaitu untuk meningkatkan

keupayaan menyebut dan membaca serta menggunanakan kata adjektif

dengan betul.

5.0 LATAR BELAKANG

5.1 PROSES PENGHASILAN INOVASI

Tarikh Masa Yang

Diambil

Aktiviti

22/7/2013 1 minggu Mencari sumber bahan dan menulis

skrip

- Mencari sumber maklumat dan

idea untuk mereka cerita.

- Menentukan kandungan skrip

untuk murid pemulihan tahun 3.

Page 5: Buku Cerita Digital 2014

- Merujuk sumber bacaan dan

huraian sukatan pelajaran murid

pemulihan tahun 3

- Bermula mereka cerita ‘Siput

Hasan dan Hutan Ajaib’.

- Menaip skrip cerita dalam bentuk

Microsoft Word.

29/7/2013 1 hari Menyemak skrip

- Membuat perubahan dan

penambahbaikan terhadap skrip

yang telah siap ditaip dalam

bentuk Word

- Menyemak skrip supaya tiada

sebarang kesalahan bahasa dan

istilah kata serta penggunaan kata

yang kurang sesuai dengan tahap

murid.

30/7/2013 2 hari Memuat turun sumber bahan yang

berguna

- Mencari dan memuat turun grafik/

gambar yang sesuai untuk watak

dalam buku cerita digital ‘Siput

Hasan dan Hutan Ajaib’

- Mencari dan memuat turun

wallpaper yang sesuai diletakkan

sebagai latar slaid atau buku

Page 6: Buku Cerita Digital 2014

cerita

- Mencari dan memuat turun muzik

latar belakang yang sesuai

digunakan

2/8/2013 1 minggu Permulaan kerja penghasilan buku

cerita digital

- Mula menghasilkan slaid buku

cerita digital.

- Menaipkan perkataan mengikut

setiap babak.

- Masukkan grafik dan gambar

yang sesuai.

- Masukkan wallpaper pada setiap

slaid.

10/8/2013 1 minggu Rakaman audio dan penerapan unsur-

unsur bunyi ke dalam slaid

- Merakam audio untuk buku cerita

digital.

- Membaca satu demi satu ayat

dengan sebutan yang tepat.

- Memasukkan unsur bunyi seperti

bunyi kicauan burung dalam slaid.

- Memasukkan muzik latar

belakang.

- Menyelaraskan semua unsur yang

Page 7: Buku Cerita Digital 2014

ada dalam buku cerita digital.

- Rehearse semua slaid buku cerita

digital untuk menyemak timing

setiap slaid

24/8/2013 3 hari Memasukkan Animasi, transition dan

efek

- Memasukkan animasi pada grafik-

grafik.

- Memasukkan unsur tansition agar

kelihatan lebih menarik.

- Penambahan efek-efek dalam

setiap slaid.

- Mewarnakan teks dalam slaid

mengikut suku kata.

27/8/2013 2 hari Prebiu

- Prebiu buku cerita digital

- Membuat pembetulan dan

penambahbaikan

29/8/2013 1 hari Slaid Pengajaran

- Penghasilan slaid pengajaran kata

adjektif berdasarkan kandungan

cerita ‘Siput Hasan dan Hutan

Ajaib’.

30/8/2013 1 hari Penghasilan soalan ujian berasaskan

Page 8: Buku Cerita Digital 2014

ICT

- Menggunakan software

Wondershare Quiz Creator untuk

menghasilkan soalan ujian

interaktif

- Memasukkan maklum balas untuk

setiap soalan.

31/8/2013 1 hari Semakan dan Penyelarasan Akhir

- Melakukan semakan dan

penyelarasan terakhir terhadap

semua kandungan buku cerita

digital, slaid pengajaran dan ujian

intetraktif.

1/9/2013 1 hari Merakam dalam CD-ROM

- Inovasi dimasukkan ke dalam CD-

ROM dan bersedia untuk

digunakan

6.0 ISU DAN MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI BUKU CERITA

DIGITAL

Inovasi yang dilakukan merupakan salah satu cara membantu murid-

murid pemulihan yang mempunyai masalah dalam penguasaan

kemahiran membaca. Membaca merupakan satu proses yang kompleks

menghubungkan aspek pengetahuan, kebolehan, kemahiran mental dan

fizikal (Idris dan Dahlia Janan, 2006). Membaca ialah satu proses

Page 9: Buku Cerita Digital 2014

pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca

dengan bahan yang dibaca. Dalam hal ini, sesetengah murid pemulihan

tidak berminat untuk membaca kerana beranggapan aktiviti membaca

merupakan suatu aktiviti yang sukar dan tidak mungkin dikuasai oleh

mereka. Sehubungan itu, murid pemulihan yang kurang diberi

pendedahan kepada kata-kata adjektif tidak dapat menyebut kata adjektif

dan menggunakannya dalam situasi yang betul. Oleh itu, inovasi ini direka

khas untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Singh (2003) dalam Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd

Hasan Selamat dan Bahaman Abu Samah (2009), pengajaran multimedia

adalah bersesuaian apabila murid mempunyai domain pengetahuan lepas

dan kecenderungan pembelajaran yang rendah. Dalam konteks ini,

pengkaji tertarik untuk menghasilkan buku cerita interaktif yang diselitkan

dengan unsur-unsur audio, grafik, animasi dan teks untuk menarik minat

murid membaca di samping membantu mereka menguasai kemahiran

membaca dengan berkesan. Sehubungan itu, penggunaan kata-kata

adjektif dalam konteks cerita membolehkan murid memahami makna kata

adjektif dan menggunakan kata adjektif dalam situasi yang betul.

Buku cerita digital adalah perisian cerita secara interaktif

diinovasikan daripada buku cerita bercetak yang dihasilkan pengkaji bagi

murid-muid yang menghadapi masalah dalam membaca dan pengukuhan

kepada aspek tatabahasa. Kesan animasi, audio, efek dan muzik latar

belakang telah dimasukkan ke dalam cerita interaktif untuk menjadi cerita

lebih menarik agar murid lebih berminat belajar kemahiran membaca dan

kata-kata adjektif.

Kaedah abjad telah digunakan dalam pengajaran kata adjektif

menerusi buku cerita digital. Kaedah ini sesuai diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran cerita interaktif kerana murid-murid telah

diperkenalkan kepada huruf-huruf a hingga z pada awal persekolahan

mereka. Di samping itu, kaedah ini sesuai dengan binaan perkataan bahasa

Page 10: Buku Cerita Digital 2014

Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga

membolehkan murid-murid mengeja perkataan-perkataan baharu yang belum

dipelajarinya. Dengan ini, murid-murid masih dapat membaca teks yang terdapat

banyak perkataan baharu dengan mengaplikasikan kaedah abjad.

Berdasarkan penerangan di atas, suku kata dalam perkataan yang

dibezakan dengan warna merah dan hitam memudahkan murid mengeja

perkataan tersebut dengan mudah. Selain itu, murid dapat melihat

sesuatu perkataan dengan jelas tanpa perlu mengambil masa lama untuk

mengenal pasti suatu perkataan yang dibaca. Berikut merupakan contoh

kandungan buku cerita digital dan slaid pengajaran kata adjektif:

Rajah 1.0 Perkataan berwarna berdasarkan suku kata

Inovasi ini berupaya meningkatkan keyakinan murid pemulihan

yang mengahadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca.

Bagi murid pemulihan yang lemah dalam kemahiran membaca, mereka

boleh mendengar rakaman audio buku cerita digital lalu membaca

mengikut potensi mereka. Majoriti murid pemulihan sukar menguasai

kemahiran membaca kerana mereka cepat bosan dan hilang tumpuan

terutama apabila mereka menjumpai kosa kata baru yang belum pernah

dipelajari. Dengan bantuan rakaman audio melalui inovsi ini, murid

pemulihan boleh menyebut dan membaca perkataan baru dengan lebih

efektif. Lantaran itu, mereka lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti

membaca.

Page 11: Buku Cerita Digital 2014

Muzik Latar Belakang

Animasi

Audio

Grafik dan Teks

BAHAN

Konklusinya, penggunaan buku cerita digital berbantukan komputer

dalam pengajaran bacaan dilihat sebagai satu usaha untuk memberikan

impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan dan memahami teks

(Yahya dan Roselan, 2007). Penggunaan buku cerita digital secara

interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berupaya

membantu murid-murid khasnya murid pemulihan menguasai kemahiran

lisan, bacaan serta fahaman dengan berkesan.

7.0 HURAIAN INOVASI PEDAGOGI

Rajah 2.0 Bahan-bahan yang digunakan dalam buku cerita interaktif

Page 12: Buku Cerita Digital 2014

7.1 BAHAN

Buku cerita digital yang bertajuk ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’

telah menggunakan banyak bahan atau sumber multimedia seperti

rakaman suara, animasi, gambar, perkataan berwarna, slaid power point

agar dapat merangsang deria murid dengan berkesan dalam proses

pembelajaran dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran dalam

buku cerita digital ini.

7.1.1 Grafik dan Teks

Gambar-gambar yang memudahkan kefahaman murid terhadap isi

kandungan cerita telah diselitkan dalam buku cerita digital, fambar

tersebut juga dijadikan sebagai rangsangan untuk murid membaca

ayat dan menyebut kata adjektif. Di samping itu, teks yang

diwarnakan berdasarkan suku kata membolehkan murid

mengesan sesuatu perkataan dengan mudah.

Deria: Penglihatan

7.1.2 Audio

Rakaman audio dimasukkan ke dalam buku cerita digital sebagai

panduan kepada murid untuk membaca ayat dan kata adjektif.

Deria: Pendengaran

7.1.3 Muzik Latar Belakang

Muzik latar belakang yang berunsur suspens, komedi dan

keajaiban dimasukkan ke dalam buku cerita digital untuk menarik

perhatian murid dan meningkatkan kefahaman murid semasa

melakukan aktiviti membaca.

Deria: Pendengaran

Page 13: Buku Cerita Digital 2014

7.1.4 Animasi

Unsur animasi yang diselitkan dalam buku cerita digital dapat

menarik perhatian murid serta merangsang minda murid untuk

belajar dan seterusnya meningkatkan daya ingatan murid

terhadap perkataan yang dilihat.

Deria: Penglihatan

7.2 CARA PELAKSANAAN/ PENGGUNAAN

Terdapat empat langkah untuk menggunakan buku cerita digital dengan berkesn.

Langkah 1: Pra ujian

Objektif:

Ujian pra dilakukan untuk meninjau tahap penguasaan pengguna terhadap

kemahiran membaca dan kata adjektif sebelum menjalankan langkah

pengajaran.

Pengguna hanya perlu mengklik pada ujian pra dalam menu untuk menjalankan

ujian awal sebelum langkah pengajaran dilakukan.

Page 14: Buku Cerita Digital 2014

Kemudian, pengguna akan menjumpai satu tetingkap yang bertajuk ‘Quiz Siput

Hasan’. Pengguna perlu memasukkan kata kunci iaitu ‘hasan’ pada ruang yang

disediakan.

Selepas itu, pengguna dikehendaki menulis nama sendiri dan nama keluarga ke

dalam petak yang disediakan untuk memudahkan kerja rekod.

Page 15: Buku Cerita Digital 2014

Ujian ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pada bahagian pertama, pengguna dikehendaki memilih huruf-huruf yang perlu

diisikan ke dalam ruang kosong berdasarkan gamabr yang ditunjukkan.

Pengguna hanya perlu mengklik pada tempat bulat untuk membuat pilihan.

Pengiraan masa akan bermula setelah pengguna mengisikan nama mereka dan

masuk ke dalam soalan pertama.

Setelah memilih jawapan, pengguna hanya perlu mengklik pada petak submit,

satu tetingkap maklum balas akan keluar, pengguna boleh klik pada petak ‘ok’

atau tekan enter untuk meneruskan ujian pra.

Page 16: Buku Cerita Digital 2014

Pada bahagian kedua, pengguna perlu mendengar kepada rakaman suara dan

menulis perkataan yang didengar mereka dalam ruang kosong yang disediakan.

Sekiranya pengguna hendak mendengar sekali lagi rakaman suara, pengguna

boleh menekan simbol untuk memainkan lagi rakaman suara itu.

Pada bahagian ketiga, murid dikehendaki memilih kata adjektif berdasarkan

ayat yang dibaca dan menulis kata adjektif dalam ruangan kosong.

Page 17: Buku Cerita Digital 2014

Langkah 2: Cerita interaktif ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’

Objektif:

Melatih pengguna membaca dengan lancar.

Memberi pendedahan awal tentang penggunaan kata adjektif.

Pengguna balik kepada slaid menu dan menekan pada ‘Cerita Siput Hasan’

Page 18: Buku Cerita Digital 2014

Pengguna mendengar kepada rakaman suara dan melihat kepada perkataan

dalam slaid. Pengguna boleh memainkan rakaman suara dengan mengklik

simbol play pada grafik pembesar suara. Selepas itu, pengguna boleh menekan

ikon next untuk pergi ke slaid seterusnya dan ikon back untuk ke slaid

sebelumnya.

Langkah 3: Mari Mengeja

Objektif:

Melatih pengguna mengeja kata adjektif yang terdiri daripada suku kata

KVK dan KVKK.

Menyebut kata adjektif dengan betul.

Setelah habis membaca buku cerita digital, pengguna mengklik pada ikon rumah

untuk balik ke slaid menu tadi dan menekan ‘Mari Mengeja’.

Page 19: Buku Cerita Digital 2014

Pengguna akan menjumpai slaid pengajaran mengeja seperti di bawah.

Pengguna boleh mendengar rakaman suara berulang kali dengan hanya

mengklik pada ikon pembesar suara dan menekan ikon next untuk pergi kepada

slaid seterusnya dan ikon back untuk ke slaid sebelumnya.

Page 20: Buku Cerita Digital 2014

Langkah 4: Jom Uji

Objektif:

Mengukuhkan kemahiran membaca dan menggunakan kata adjektif.

Menguji kefahaman pengguna selepas melaksanakan langkah

pengajaran.

Cara mengguna dalam langkah 4 adalah sama seperti yang diterangkan dalam

langkah 1. Langkah ini merupakan ujian pasca yang dijalankan setelah murid

melalui sesi pengajaran berasaskan buku cerita digital dan slaid pengajaran

‘Mari Mengeja’. Satu perbezaan yang ada adalah ujian pasca ini ditambah satu

lagi bahagian untuk menguji kefahaman murid terhadap cerita yang dibaca.

Bahagian yang ditambah adalah seperti berikut:

Page 21: Buku Cerita Digital 2014

7.3 KOS

Bil Item Kuantiti Jumlah (Rm)

1 CD-ROM 1 1.00

2 Kertas Laminated 3 3.00

Laminate 3 3.00

3 Cover CD 1 1.00

Jumlah Keseluruhan 8.00

7.4 KEBERKESANAN/ KEJAYAAN INOVASI

Page 22: Buku Cerita Digital 2014

Inovasi ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior,

Pulau Pinang. Selepas dilaksanakan menunjukkan peningkatkan

pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid pemulihan seperti

jadual di bawah.

Jadual 1.0 Analisis pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca

Berdasarkan analisis pencapaian ujian pra dan pasca (jadual 1.0),

Ifti memperoleh markah sebanyak 20% dan Danusha memperoleh

markah sebanyak 33%, Danusha menunjukkan prestasi yang lebih baik

dalam ujian pra. Namun, dalam ujian pasca, Ifti berjaya mendahului

Danusha dengan perolehan markah sebanyak 75% setelah menjalankan

tiga fasa pembelajaran kemahiran membaca berasaskan cerita interaktif.

Meninjau daripada perspektif yang lain, Anis hanya dapat

menjawab dua soalan daripada lima soalan objektif. Dalam bahagian B,

Anis dikehendaki menulis perkataan yang disebut oleh guru. Anis hanya

dapat menulis perkataan ‘putih’ sahaja. Namun begitu, perkataan ‘cantik’

dan ‘sedap’ sepatutnya telah dipelajari oleh Anis dalam tahun satu dan

Page 23: Buku Cerita Digital 2014

dua. Dalam bahagian C, Anis berjaya menjawab tiga daripada lima

soalan. Pengkaji tidak dapat memastikan sama ada Anis betul-betul

faham tentang maksud perkataan tersebut atau menjawab secara teka

cuba (guess and answer). Oleh sebab soalan yang terkandung dalam

bahagian D adalah soalan kefahaman yang berkaitan dengan isi

kandungan cerita interaktif ‘Siput Hasan dan Hutan Ajaib’, Anis hanya

perlu menjawab soalan bahagian D setelah sesi pengajaran interaktif

dilaksanakan terhadapnya. Kesimpulannya, Anis telah berjaya menjawab

lapan daripada lima belas soalan dalam ujian pra. Dengan kata lain, Anis

memperoleh 53% dalam ujian pra.

Pada masa yang sama, Balqis telah menjalankan ujian pra secara

menulis di tempat bertentangan dengan Anis dalam bilik darjah. Keadaan

Balqis adalah berbeza dengan Anis, Balqis menjawab soalan ujian pra

dengan pantas dan tenang. Dia dapat menjawab semua soalan dalam

bahagian A dan empat daripada lima soalan dalam bahagian B. Dalam

bahagian C, Balqis tidak jelas terhadap makna kata adjektif, oelh itu dia

hanya berjaya menjawab dua daripada lima soalan. Kesimpulannya,

Balqis telah berjaya menjawab sebelas daripada lima belas soalan dalam

ujian pra dan memperoleh 73% dalam ujian pra.

Graf 1.0 Pencapaian Subjek Kajian

Page 24: Buku Cerita Digital 2014

Berdasarkan graf bar 1.0 di bawah, jelas dilihat bahawa Balqis dan

Danusha menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan Anis

dan Ifti dalam ujian pra. Namun, keputusan Anis (100%) dan Ifti (75%) di

ujian pasca selepas menjalankan pengajaran secara interaktif sebanyak

tiga fasa telah mendahului keputusan Balqis (95%) dan Danusha (65%)

yang menjalankan tiga fasa pengajaran dan pembelajaran secara

tradional menggunakan buku cerita bercetak.

Graf 2.0 Perkembangan prestasi responden dari ujian pra ke ujian pasca

Penggabungjalinan pendekatan cerita dan penggunaan multimedia

berupaya menghasilkan satu perisian pengajaran dan pembelajaran yang

bersifat interaktif di mana ia mampu meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid.

Kenyataan ini dapat dibuktikan dalam dapatan kajian (graf 2.0) yang

menunjukkan peningkatan prestasi responden A dan responden C secara

drastik selepas melaksanakan pembelajaran kemahiran membaca

berbantukan cerita interaktif. Penggunaan CD-ROM perisian interaktif

dalam pengajaran bacaan menggalakkan murid belajar secara interaktif

dan kreatif malahan berupaya membantu murid-murid mengatasi masalah

membaca dan meningkatkan prestasi mereka dalam pencapaian

Page 25: Buku Cerita Digital 2014

akademik. Hal ini kerana unsur-unsur animasi, kesan audio, muzik latar

belakang dan gambar-gambar yang menarik telah diintegrasikan dalam

buku cerita digital secara interaktif inif.

Unsur-unsur animasi dan gambar-gambar bergerak dapat

mengelakkan murid berasa bosan dalam membaca, memudahkan murid

yang lemah dalam memahami kandungan yang dibaca dan mengekalkan

tumpuan perhatian murid dalam aktiviti membaca. Kesan audio yang

diselitkan dalam inovasi cerita interaktif dapat membimbing murid

membaca dengan sebutan. Murid boleh mendengar dan meniru sebutan

dengan tepat sambil membaca perkataan yang ditunjukkan. Hal ini turut

disokong oleh Lewin (2000) yang mengatakan bahawa penggunaan

komputer seperti komputer, CD-ROM dan buku cerita interaktif yang

diterapkan unsur-unsur menarik dipercayai dapat meningkatkan

kemahiran membaca dalam kalangan murid, khususnya murid sekolah

rendah. CD-ROM perisian interaktif membolehkan murid belajar mengikut

kadar sendiri.

Pembelajaran kendiri juga boleh dilaksanakan melalui buku cerita

digital secara interaktif yang diinovasikan. Konklusinya, penggunaan

komputer dalam pengajaran bacaan dilihat sebagai satu usaha untuk

memberikan impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan dan

memahami teks (Yahya dan Roselan, 2007).

Inovasi ini juga turut diperkenalkan kepada guru-guru pemulihan

dan guru-guru bimbingan dan kaunseling Negeri Perlis yang boleh

digunakan sebagai satu terapi bercerita dalam pengajaran dan

pembelajaran, sempena Seminar Integrasi Terapi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran yang telah dijalankan.

Page 26: Buku Cerita Digital 2014

7.5 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN

Buku cerita digital ini berpotensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain

kerana ia boleh digunakan berulang kali. Buku cerita digital yang tahan

lama tidak seperti buku cerita biasa yang akan rosak akibat punca semula

jadi seperti oxidisation dan punca manusia, misalnya kanak-kanak yang

membaca tidak menjaga buku itu. Namun, buku cerita digital yang

berasakan ICT tidak menghadapi masalah tersebut.

Selain itu, buku cerita digital yang serba guna boleh digunakan oleh

pengajaran guru dalam kelas dan pembelajaran kendiri oleh murid di

mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Buku cerita digital ini sesuai

digunakan dalam pengajaran kata adjektif oleh guru-guru kerana sifatnya

yang interaktif mampu menarik minat dan mengekalkan tumpuan murid

untuk belajar. Selain itu, penggunaan kata adjektif dalam konteks

memudahkan murid memahami makna kata adjektif dan cara

menggunakan kata adjektif. Meninjau dari perspektif yang lain, buku cerita

digital boleh digunakan untuk mengajar kemahiran membaca kepada satu

kelas. Murid-murid dalam kelas ditayangkan buku cerita satu slaid demi

satu slaid. Mereka diminta membaca selepas mendengar rakaman audio.

Sekiranya murid tidak pasti dengan sebutan suatu perkataan, guru boleh

memainkan sekali lagi rakaman audio tersebut.

Murid pemulihan yang merendahkan diri dan kurang berkeyakinan

untuk membaca di depan khalayak boleh menggunakan perisian ini bagi

tujuan penguasaan kemahiran membaca. Mereka boleh mengakses buku

cerita digital di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Mereka boleh

meniru sebutan rakaman audio dan belajar membaca dalam situasi yang

kondusif dan selesa. Mereka boleh menjalankan ujian secara interaktif

tanpa perlu bimbingan atau bantuan guru. Hal ini kerana perisian buku

cerita digital yang dilengkapkan dengan panduan pengguna yang ringkas

dan mesra pengguna mudah untuk diakses dan digunakan oleh murid

sendiri.

Page 27: Buku Cerita Digital 2014

Sehubungan itu, buku cerita digital yang senang diperbanyakkan

dengan cara burn ke dalam CD-ROM amat sesuai untuk disebarluaskan.

Tambahan lagi, keberkesanannya telah dibukti melalui kajian-kajian yang

dibuat ke atas murid pemulihan.

Kesimpulannya, buku cerita digital yang mempunyai ciri-ciri serba

guna, keluwesan, praktikal, tahan lama dan mudah diperbanyakkan amat

berpotensi untuk disebarluaskan.

Rujukan

Abdul Aziz. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat dan Bahaman Abu Samah.

(2009). Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan tradisional

ke pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar

berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, (5), 79-89.

Belajar melalui komputer: Empat matapelajaran guna teknologi multimedia mulai

1998. (1998, September 24). Berita Harian, A2.

Chris, C. (2005). Chris Crawford on Interactive Storytelling. US: New Riders.

Chun, D. M, & Plass, J. L. (1996). Effects of multimedia annotations on

vocabulary acquisition. The Modern Language Journal, 80, 181-198.

Erman, H. (2010). Kajian keperluan teknologi multimedia dalam membantu

pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar

sekolah rendah. KYM international: Seminar Teknologi Maklumat.

Fennema, E. dan Sherman, J.A. (1976). Fennema-Sherman Mathematics

Attitude Scales: Instruments Designed Measure Attitudes Towards the

Learning of Mathematics by Females and Males. Winconsin Center for

Educational Research, 14-22.

Fishbein, M. dan Ajzen, I. (1975). Belief, Attitude, Intention, and Behavior: An

Introduction to Theory and Research. Addison-Wesley Educational

Research, 98-103

Page 28: Buku Cerita Digital 2014

Flecther, J. D. (2003). Evidence for Learning From Technology Asissted

Instruction. New York: Lawrence Erlba Associates.

Franca, G., Paolo, P., & Amalia, S. (2010). Interactive Storytelling for Children.

Proceeding of the 9th International Conference on Interaction Design and

Children. USA: ACM.

Gasyeki, D. M. (1993). Making sense of multimedia to this volume (eds.)

Multimedia for learning development, apllication, evaluation. New Jersey:

Educational Technology.

Idris dan Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:

Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Penerbit

UPSI.

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa

Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Kementerian Pendidikan

Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala lumpur:

AG Grafik Sdn. Bhd.

Lewin, C. (2000). Exploring the effects of talking books software in UK primary

classrooms. Journal of Research in Reading, 23 (2): 149-157.

Marzuki Nyak Abdullah. (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Majid konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Robiatul A’dawiah dan Halimah Bandioze. (2011). Pembangunan perisian cerita

animasi interaktif untuk pendidikan sains. Jurnal Teknologi Pendidikan

Malaysia, (1), 5-17.

Shannon, D. (2008). Computer Science Fairy Tales'. Journal of Computing

Sciences in Colleges , 24 (2), 98-104.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2007). Aplikasi komputer dalam

pengajaranbahasa: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan.

Page 29: Buku Cerita Digital 2014

Diakses pada 2 September 2013 dari

http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf.

Yahya Othman. (2009). Kesan pendekatan holistik ke atas penguasaan

pemahaman teks dalam kalangan murid berpencapaian rendah dan

sederhana. Journal of Applied Research in Education, 13: 84-98.

Zaidatol Akmaliah . (2005). Pengenalan dalam memperkasa pendidikan pelajar

Berisiko. Kedah: UPM.

.